1
SEJAK usianya 10 tahun, Mithalina Mohammad Taib sudah mengimpikan detik dia menjadi pelajar Sekolah Seni Singapura (Sota). Lantaran itulah, apabila dia diterima memasuki sekolah khas bagi bakat seni terbaik itu, ia merupakan detik paling bahagia dalam hidupnya. Hari ini, Mithalina, 12 tahun, akan memulakan pengajian tahun pertama dalam program seni visual di Sota. Sebagai syarat pemohonan bagi pro- gram seni visual, bekas pelajar Sekolah Rendah Perempuan Raffles (RGPS) itu bukan hanya perlu tekun mempersiap- kan diri bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), bahkan dia ju- ga perlu menyiapkan portfolio bagi mengetengahkan karya-karya seninya sejauh ini. “Sejujurnya, saya rasa agak gemen- tar untuk mula sekolah. Saya harap saya akan senang buat kawan baru nan- ti,” kata Mithalina, anak sulung tiga be- radik. Dia menambah: “Program di Sota jauh berbeza jika dibandingkan di sekolah rendah. Jadi untuk memper- siapkan diri, saya sudah pun mula mem- baca buku teks dan berlatih membuat lakaran yang perlu saya lakukan di sekolah nanti sebagai persiapan.” Di Sota, Mithalina merupakan ant- ara penerima biasiswa David Marshall. Biasiswa itu, yang diberikan ber- dasarkan penilaian keputusan PSLE dan portfolio pelajar, menampung yu- ran sekolah serta yuran tambahan sela- ma enam tahun pengajiannya di sekolah tersebut. Semasa ditemui Berita Harian (BH), kededua ibu bapa Mithalina berkata mereka menyokong pilihan puteri mereka itu menyertai Sota dan melalui Program Diploma International Bacca- laureate (IBDP) yang ditawarkan sekolah tersebut. Ibunya, Cik Mimi Melanie Moham- ed, 44 tahun, berkata beliau bangga anaknya mendapat tempat di Sota – satu-satunya institusi pengajian setem- pat yang menerima pelajar seni di per- ingkat usia 12 tahun. “Saya dan suami telah melihat bakatnya dalam seni sejak dia kecil lagi dan kami ingin dia meraih peluang ini untuk mendalamkan minatnya dalam seni,” katanya. Suri rumah itu menambah, pada usia empat tahun, karya seni Mithalina yang dihasilkannya menggunakan pa- pan magnetik menarik perhatian sau- dara-mara. “Mereka terus galakkan agar Mith- alina belajar seni,” katanya penuh bangga. Mithalina mendapat ilham daripada artis Andy Warhol dan pelukis buku kanak-kanak, Eric Carle. “Malah, saya begitu tertarik dengan lukisan tin sup Andy Warhol yang ber- warna-warni semasa kami sekeluarga melawat muzium sehingga saya jadi- kannya ilham bagi lukisan untuk pemo- hanan ke Sota,” kata Mithalina. Dengan pengaruh teknologi kini tu- rut menyelinap dalam dunia seni, Mith- alina akur beliau kini gigih mempelajari sofwe seperti Adobe Photoshop. Namun, melakar menggunakan ta- ngan tetap menjadi ‘cinta pertamanya’. “Sebelum membuat lukisan atau uki- ran, mesti dahulunya membuat laka- ran. Sebab itulah saya gemar seni laka- ran sebab bagi saya ia adalah asas se- ni,” ujarnya. Gadis berbakat seni penuhi impian belajar di Sota TARIKAN SENI: Mithalina Mohammad Taib, pelajar tahun satu Sota program seni visual, bersama lukisannya yang membawa mesej hentikan pembunuhan ikan paus. –Foto-foto TAUFIK A. KADER “Program di Sota jauh berbeza jika dibandingkan di sekolah rendah. Jadi untuk mempersiapkan diri, saya sudah pun mula membaca buku teks dan berlatih membuat lakaran yang perlu saya lakukan di sekolah nanti sebagai persiapan.” – Mithalina Mohammad Taib. 7 SETEMPAT

| Jumaat, 2 Januari 2015 7 SEKOLAH

  • Upload
    others

  • View
    6

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: | Jumaat, 2 Januari 2015 7 SEKOLAH

SEJAK usianya 10 tahun, MithalinaMohammad Taib sudah mengimpikandetik dia menjadi pelajar Sekolah SeniSingapura (Sota).

Lantaran itulah, apabila dia diterimamemasuki sekolah khas bagi bakat seniterbaik itu, ia merupakan detik palingbahagia dalam hidupnya.

Hari ini, Mithalina, 12 tahun, akanmemulakan pengajian tahun pertamadalam program seni visual di Sota.

Sebagai syarat pemohonan bagi pro-gram seni visual, bekas pelajar SekolahRendah Perempuan Raffles (RGPS) itubukan hanya perlu tekun mempersiap-kan diri bagi Peperiksaan TamatSekolah Rendah (PSLE), bahkan dia ju-ga perlu menyiapkan portfolio bagimengetengahkan karya-karya seninyasejauh ini.

“Sejujurnya, saya rasa agak gemen-tar untuk mula sekolah. Saya harapsaya akan senang buat kawan baru nan-ti,” kata Mithalina, anak sulung tiga be-radik.

Dia menambah: “Program di Sotajauh berbeza jika dibandingkan disekolah rendah. Jadi untuk memper-siapkan diri, saya sudah pun mula mem-baca buku teks dan berlatih membuatlakaran yang perlu saya lakukan disekolah nanti sebagai persiapan.”

Di Sota, Mithalina merupakan ant-ara penerima biasiswa David Marshall.

Biasiswa itu, yang diberikan ber-dasarkan penilaian keputusan PSLEdan portfolio pelajar, menampung yu-ran sekolah serta yuran tambahan sela-ma enam tahun pengajiannya disekolah tersebut.

Semasa ditemui Berita Harian (BH),kededua ibu bapa Mithalina berkatamereka menyokong pilihan puterimereka itu menyertai Sota dan melaluiProgram Diploma International Bacca-laureate (IBDP) yang ditawarkansekolah tersebut.

Ibunya, Cik Mimi Melanie Moham-ed, 44 tahun, berkata beliau banggaanaknya mendapat tempat di Sota –satu-satunya institusi pengajian setem-pat yang menerima pelajar seni di per-ingkat usia 12 tahun.

“Saya dan suami telah melihatbakatnya dalam seni sejak dia kecil lagidan kami ingin dia meraih peluang iniuntuk mendalamkan minatnya dalamseni,” katanya.

Suri rumah itu menambah, padausia empat tahun, karya seni Mithalinayang dihasilkannya menggunakan pa-pan magnetik menarik perhatian sau-dara-mara.

“Mereka terus galakkan agar Mith-alina belajar seni,” katanya penuhbangga.

Mithalina mendapat ilham daripadaartis Andy Warhol dan pelukis bukukanak-kanak, Eric Carle.

“Malah, saya begitu tertarik denganlukisan tin sup Andy Warhol yang ber-warna-warni semasa kami sekeluargamelawat muzium sehingga saya jadi-kannya ilham bagi lukisan untuk pemo-hanan ke Sota,” kata Mithalina.

Dengan pengaruh teknologi kini tu-rut menyelinap dalam dunia seni, Mith-alina akur beliau kini gigih mempelajarisofwe seperti Adobe Photoshop.

Namun, melakar menggunakan ta-ngan tetap menjadi ‘cinta pertamanya’.

“Sebelum membuat lukisan atau uki-ran, mesti dahulunya membuat laka-ran. Sebab itulah saya gemar seni laka-ran sebab bagi saya ia adalah asas se-ni,” ujarnya.

SERONOK memulakan per-jalanan akademik barunya.

Begitulah perasaan AisyahNurul Izza sedang dia sedia me-mulakan pengajian di Sekolah Pe-rempuan Raffles (RGS) hari ini.

Pelajar lulusan MadrasahAl-Irsyad Al-Islamiah itu merupa-kan murid madrasah terbaikPeperiksaan Tamat SekolahRendah (PSLE) tahun lalu.

Malah, keputusannya adalahterbaik sejak pelajar madrasah di-wajibkan mengambil PSLE pada2008.

Seorang yang minat dengansubjek Kimia dan Matematik, diatelah pun menyelesaikan kursusPengenalan Kimia, sebuah mo-dul tawaran Universiti Duke diCoursera, sebuah pembekal pe-ngajian dalam talian.

Walaupun tidak sabar mulabersekolah di RGS, Aisyah akurbeliau turut berasa gementar.

“Persekitaran sekolah di RGSpasti berbeza sama sekali denganmadrasah, namun saya berdoa

saya dapat menyesuaikan diridan tidak sabar berkenalan den-gan kawan baru.

“Harapan saya ialah merebutpeluang yang disediakan kepadasaya bagi mendapatkan seberapabanyak pengalaman baru,” ujarAisyah, 12 tahun.

Sementara itu, Aisyah jugaberharap dapat diterima menyer-tai Program Pilihan Muzik (MEP)di RGS nanti. Dia gemar bermainpiano dan mempunyai kelulusangred lima.

Di samping itu, Aisyah turutberminat dalam sukan dan me-rancang menyertai kegiatan bala-pan dan padang (Track & Field)selain menyertai Kelab Cogi-taire, sebuah kelab khusus bagipeminat matematik, sains danalam sekitar.

Dalam pada itu, ibu Aisyah,Cik Novi Fitriani, mempunyaisatu harapan penting bagi anak-nya itu.

Beliau berharap pendedahankepada sekitaran sekolah di RGS

akan dapat mempertingkat key-akinan diri anaknya itu dan mem-bangunkan ciri kepimpinannya.

“Aisyah ni seorang yang pe-malu,” kata Cik Novi,tersenyum sambil menjeling kearah anaknya.

Cik Novi menambah, setelahanaknya itu menyesuaikan diridalam sekitaran sekolah yang ba-ru kelak, mereka merancangmenyambung pengajian agama-nya nanti.

“Memang kami sama-samarancangkan bagi Aisyah mengam-bil diploma agama secara sepa-ruh masa di masa depan. Aisyahjuga suka bahasa Arab dan sa-yang jika tidak diteruskan,”ujarCik Novi, 42 tahun.

Azam Aisyah dalam melang-kah ke sekolah baru ini adalahuntuk menjadi seorang pelajaryang lebih baik.

“Di sekolah menengah, suka-tan pembelajarannya akan ber-tambah dan saya ingin lebihtekun belajar,” kata beliaupenuh tekad.

Gadis berbakat seni penuhiimpian belajar di Sota

Pelajar terbaik madrasahghairah sambung belajar di RGS

“Harapan saya ialah merebut peluang yang disediakan kepada sayabagi mendapatkan seberapa banyak pengalaman baru.”

– Aisyah Nurul Izza.

TARIKAN SENI: Mithalina Mohammad Taib, pelajar tahun satu Sota program seni visual,bersama lukisannya yang membawa mesej hentikan pembunuhan ikan paus. –Foto-fotoTAUFIK A. KADER

PERTINGKATKAN ILMU: Aisyah Nurul Izza bersiap sedia bagi hari pertamanya di Sekolah Perempuan Raffles (RGS).

SEKOLAH

“Program di Sota jauh berbeza jika dibandingkan di sekolah rendah. Jadi untukmempersiapkan diri, saya sudah pun mula membaca buku teks dan berlatih membuatlakaran yang perlu saya lakukan di sekolah nanti sebagai persiapan.”

– Mithalina Mohammad Taib.

DiscoverGreenerPastures

Call 1800 289 8822or e-mail

[email protected] place your

Change ofAddress Notices

Berita Harian | Jumaat, 2 Januari 2015 7

Berita SETEMPAT