27
1.0 Pendahuluan Pada zaman ini, umat Islam sedang menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran atau tentangan dari pelbagai penjuru. Ancaman dan cabaran tersebut dapat dilihat daripada pelbagai bentuk seperti mental dan juga fizikal. Sebagai contoh, penindasan terhadap orang-orang Islam berlaku melalui peperangan untuk merampas tanah orang Islam itu sendiri. Sesungguhnya Islam kini semakin dikecam oleh musuh-musuh Islam, khususnya Yahudi. Meskipun begitu, kelahiran pemikir Islam atau lebih dikenali sebagai tokoh-tokoh Islam di setiap pelusuk dunia semakin ramai, bak kata pepatah Melayu patah tumbuh hilang berganti.” Umum diketahui, Negara-negara Islam seperti Mesir, Syria, Iraq dan Indonesia adalah negara yang cukup terkenal di seluruh dunia dengan kekayaan keilmuan Islam di samping melahirkan begitu ramai tokoh Islam. Namun, keilmuan Islam di Malaysia kini juga semakin berkembang pesat dan melahirkan ramai tokoh Islam meskipun dilanda pelbagai krisis seperti ancaman ajaran Syiah, ajaran Wahabi dan juga ketidakstabilan politik. Krisis seperti ini tidak sesekali mematahkan semangat institusi keagamaan di Malaysia, malah ini semakin membakar semangat Islam dalam mengembangkan syiar Islam yang sebenar dengan meluas tanpa halangan mana- mana pihak. Kelahiran tokoh-tokoh Islam seperti ini merupakan suatu bonus dalam pemikiran keilmuan Islam masa kini. Hal ini kerana, kita sedia maklum bahawa hukum-hukum Islam yang sedia ada haruslah mengikut peredaran zaman sesuai dengan zaman tersebut. Dengan adanya tokoh Islam seperti inilah yang akan menjadi pemandu atau penunjuk arah kepada umat Islam masa kini. Mereka berperanan sebagai peneraju kegemilangan keilmuan Islam, kesinambungan daripada ajaran Islam sebenar yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. 1

Tokoh Syariah Malaysia dan luar negara

  • Upload
    kuim

  • View
    0

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

1.0 Pendahuluan

Pada zaman ini, umat Islam sedang menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran atau

tentangan dari pelbagai penjuru. Ancaman dan cabaran tersebut dapat dilihat daripada

pelbagai bentuk seperti mental dan juga fizikal. Sebagai contoh, penindasan terhadap

orang-orang Islam berlaku melalui peperangan untuk merampas tanah orang Islam itu

sendiri. Sesungguhnya Islam kini semakin dikecam oleh musuh-musuh Islam,

khususnya Yahudi. Meskipun begitu, kelahiran pemikir Islam atau lebih dikenali sebagai

tokoh-tokoh Islam di setiap pelusuk dunia semakin ramai, bak kata pepatah Melayu

“patah tumbuh hilang berganti.”

Umum diketahui, Negara-negara Islam seperti Mesir, Syria, Iraq dan Indonesia

adalah negara yang cukup terkenal di seluruh dunia dengan kekayaan keilmuan Islam

di samping melahirkan begitu ramai tokoh Islam. Namun, keilmuan Islam di Malaysia

kini juga semakin berkembang pesat dan melahirkan ramai tokoh Islam meskipun

dilanda pelbagai krisis seperti ancaman ajaran Syiah, ajaran Wahabi dan juga

ketidakstabilan politik. Krisis seperti ini tidak sesekali mematahkan semangat institusi

keagamaan di Malaysia, malah ini semakin membakar semangat Islam dalam

mengembangkan syiar Islam yang sebenar dengan meluas tanpa halangan mana-

mana pihak.

Kelahiran tokoh-tokoh Islam seperti ini merupakan suatu bonus dalam pemikiran

keilmuan Islam masa kini. Hal ini kerana, kita sedia maklum bahawa hukum-hukum

Islam yang sedia ada haruslah mengikut peredaran zaman sesuai dengan zaman

tersebut. Dengan adanya tokoh Islam seperti inilah yang akan menjadi pemandu atau

penunjuk arah kepada umat Islam masa kini. Mereka berperanan sebagai peneraju

kegemilangan keilmuan Islam, kesinambungan daripada ajaran Islam sebenar yang di

bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

1

2.0 Tokoh Syariah dalam Malaysia

2.1 Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin

2.1.1 Latar belakang Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin

Nama sebenar beliau ialah Mohd Asri bin Zainul Abidin dan dilahirkan pada tahun 1971.

Tanah kelahiran beliau ialah Negeri Pulau Pinang, Bukit Mertajam Sungai Perai.

Pendiddikan awal beliau bermula di Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad, Sungai Perai,

Pulau Pinang. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi di

Kolej Islam Klang, Selangor. Seterusnya beliau menyambung di peringkat Ijazah di

Universiti Of Jordan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Syariah.

Tanpa jemu dan lenguh dalam menimba ilmu beliau meneruskan meneroka ilmunya ke

peringkat Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia

(USM). Ketika peringkat Sarjana Muda beliau telah berjaya menulis sebuah buku ilmiah

bertajuk Al-Sahabah: Kontradiksi Antara Nas-Nas Islam Dengan Riwayat Sejarah.

Beliau juga meneruskan pengajiannya ke peringkat Ph.D dalam bidang

Pengajian Al-Quran dan As-sunnah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun

2003. Pada ketika ini beliau telah berjaya menerbitkan buku hasil tulisannya bertajuk

Sabab Wurud al-Hadith: Dirasat Tahliliyyat Bi Tarkiz Khas `ala al-Dawabit wa al-

Ma`ayir. Selain mendapat pendidikan dalam Negara, Dr. Mohd Asri juga telah

menerima lima Ijazah sanad menerusi jalur Ulama India pada tahun 2001. Kini beliau

berkhidmat tetap sebagai Pensyarah Bahagian Pengajian Islam di Universiti Sains

Malaysia (USM). Dr. Mohd Asri juga telah menerima beberapa anugerah antaranya

ialah Darjah Kebesaran Seri Sirajudin Perlis (SSP) sempena ulang tahun Hari

Keputeraan Ke-62 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Beliau juga penerima

Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis .

2

1.1.2 Sumbangan dalam bidang penulisan keilmuan dan pemikiran Islam

Dr. Mohd Asri juga telah banyak memberi sumbangan dalam pelbagai bidang termasuk

politik dan sosial masyarakat Malaysia khususnya dalam bidang pembangunan

Keilmuan Islam Negara. Pada tahun 2007 sehingga 2008 beliau telah menjadi Kolumnis

Tetap Mingguan Ruangan Pena Mufti, akhbar mingguan Malaysia. Selain itu, beliau

juga bergiat aktif dalam penerbitan buku-buku ilmuan. Antara sumbangan dalam bidang

penerbitan iaitu penyelewengan Buku “As-Salafiyyah al-Wahabiyyah: Satu Penilaian”

Persatuan Muhammadiyah Singapura tahun 2003.

Beliau bukan sahaja menjadi panel penceramah namun beliau juga menerbitkan

buku-buku ilmiah. Seiring tahun 2003 beliau telah menerbitkan buku Pertelingkahan

Para Sahabat Nabi S.A.W : Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah

(edisi kedua) Pustaka Yamien Sdn Bhd, Kuala Lumpur.Pada tahun 2004 tiga buku telah

beliau terbitkan iaitu Menilai Tarikat dan Kesufian Dengan Syariat Allah, karya Bestari

Sdn. Bhd, Selangor. Buku lainnya iaitu Menangkis Pencemaran Terhadap Agama dan

Tokoh-tokoh dan Selangkah Ke Arah Memahami al-Sunnah, karya Bestari Sdn. Bhd.

Selangor. Tahun berikutnya beliau telah menerbitkan dua buah buku ilmiah iaitu Bid`ah

Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami, Jahabersa Johor dan Sabab Wurud al-Hadith:

Dawabit wa Ma`ayir, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIA).

Tahun 2006 beliau telah menerbitkan tujuh buah buju berasingan syarikat

penerbit. Buku pertamanya pada tahun ini iaitu sambungan edisi kedua : Sabab Wurud

al-Hadith: Dawabit wa Ma`ayir, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Buku seterusnya iaitu Risalah

Koordinasi Ilmiah Ke-9, Islam Liberal: karya Bestari Sdn Bhd, Sunnah Mengenai Adab

Perbezaan Pendapat Antara Rakyat Dengan Pemerintah: Kerajaan Negeri Perlis, Al-

Imam al-Syafie: Kegemilangan Ilmu Dan Pemikiran, karya Bestari Sdn Bhd, Dasar

Aparteid Terhadap Wanita Di Malaysia: karya Bestari Sdn Bhd, dan Membela Islam:

Tanggungjawab Dan Disiplin- karya Bestari Sdn Bhd.

Tahun berikutnya iaitu 2007 dan 2008 hanya tujuh buah buku sahaja beliau

terbitkan. Tahun 2008 merangkumi tiga buah buku berjaya diterbitkan iaitu Fanatik

3

Mazhab: Kesan Terhadap Pemikiran Umat-karya Bestari Sdn Bhd, Arus Tajdid: Fikrah

Merentasi Jemaah-karya Bestari Sdn Bhd, Hadis Palsu: Kesan Terhadap Pemikiran

Umat-karya Bestari Sdn Bhd, Tajassus Dalam Operasi Pencegahan Munkar-Jabatan

Mufti Negeri Perlis, Adab-adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah-Jabatan Mufti Negeri

Perlis, Warisan al-Hadis: Antara Teras Dengan Dinamika Pemikiran-Universiti Sains

Malaysia(USM), Mengemudi Bahtera Perubahan Minda-Utusan Publication.

Disamping beliau banyak menulis buku-buku ilmuan agama beliau juga telah

menjadi panel penceramah agama bukan sahaja Malaysia juga luar Negara seperti

Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam. Beliau banyak dijemput menjadi panel

debat permasalahan dalam agama juga panel dalam seminar keagamaan khususnya di

Malaysia. Sumbangan beliau dapat dilihat ketara dalam pembukuan keilmuan Islam

khususnya dalam pelbagai permasalahan agama yang timbul di kalangan masyarakat.

Dengan perkembangan keilmuan seperti ini, pelbagai permasalahan agama yang timbul

dalam kalangan masyarakat dapat diselesaikan dengan segera dan pencerahan lebih

mengenai permasalahan dalam agama.

4

2.2 Tuan Guru Dato` Haron Bin Din

2.2.1 Latar belakang Tuan Guru Dato` Haron Bin Din

Nama sebenar beliau ialah Haron Bin Din dilahirkan pada hari Ahad,18 Ogos

1940 bersamaan 14 Rejab 1359 di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Beliau berkahwin

dengan seorang isteri dan dianugerahkan oleh Allah S.W.T dua orang lelaki dan tiga

orang perempuan anak. Beliau adalah anak ketiga dari sepuluh orang adik-beradik.

Beliau dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam.

Ibubapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar membaca al-Quran kalangan

masyarakat setempat. Disamping itu, ada kalangan adik-beradik beliau ialah tokoh

agama terkenal iaitu Ustaz Isyak Bin Din abang beliau dan adiknya Ustaz Abu Hassan

Bin Din.

Ayah beliau lebih dikenali sebagai Lebai Din yang cukup terkenal sebagai

seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam. Lebai Din juga

seorang Guru Silat Gayung Petani namun beliau tidak menurunkan ilmu silatnya

kepada anak-anaknya. Berkenaan ilmu pengubatan Islam, Lebai Din hanya

menurunkan ilmunya kepada Tuan Guru Haron Din sahaja dengan pengijazahan

ilmunya dan memberi buku catatan pengubatan Islam kepada Tuan Guru Haron Din.

Pendidikan awal beliau bermula di tangan ayah dan ibunya sendiri. Kemudian

beliau dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Seterusnya beliau

melanjutkan pendidikan ke Madrasah al-Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah,

Kelang, Selangor. Dalam melanjutkan peringkat Ijazah beliau telah menyambung

pendidikannya di Kolej Islam Malaya tahun 1962 sehingga 1965. Di kolej ini beliau telah

menerima Sijil Tertinggi Kolej dengan cemerlang dan kemudian telah mendapat hadiah

Biasiswa Persekutuan melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree” di Universiti

Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 1966 sehingga 1968. Keunikan beliau dalam

masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperoleh dua degree serentak

Ijazah Sarajana Syariah dan Diploma Pendidikan Dari Ain Shams Universiti Kaherah.

5

Setelah memperoleh Ijazah Sarjana Syariah beliau kembali ke tanah air dan

berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran Malaysia. Beberapa tahun

kemudian beliau kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang

Doktor Falsafah Ph.D Syariah dengan cemerlang daripada Universiti Darul-Ulum

Kaherah pada tahun 1972 sehingga 1974. Setelah mendapat Sijil Doktor Falsafah

beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian

Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga telah menerima

pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya pankat “Profesor” daripada

Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1986.

2.2.2 Sumbangan Dalam Bidang Pengubatan Islam

Umum diketahui ayah beliau iaitu Lebai Din adalah seorang yang terkenal dalam bidang

perawatan Islam. Dalam sepuluh adik-beradik beliau, hanya beliau seorang yang

kelihatan berminat dalam bidang pengubatan islam lalu ayahnya Lebai Din sering kali

membawanya ketika merawat pesakitnya. Walaupun pada ketika itu umurnya masih

muda beliau secara tidak langsung telah melibatkan diri dalam dunia perubatan Islam.

Setelah menjangkau umur dewasa beliau telah menuntut ayahnya untuk menurunkan

ilmu itu kepadanya walaupun pada ketika itu umur beliau masih belasan tahun. Bukan

sahaja ayahnya telah menjadi guru beliau dalam perubatan islam juga ramai telah

beliau tuntut menjadi anak murid antaranya ialah Tuan Haji Mursidi iaitu kaedah sama

dengan Dr. Kamal.

Sekembalinya ke Mesir ketika melanjutkan pelajaran dalam Ph.D beliau sempat

menuntut ilmu dengan Dr. al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi iaitu seorang Ulama`

dari Malaysia yang menetap di Mesir. Kehebatan beliau dalam ilmu pengubatan islam

antara dapat dilihat ilmu mengeluarkan benda tajam dari badan manusia seperti besi,

serpihan kaca, terkena racun dan sebagainya. Umum diketahui perubatan Islam adalah

berdasarkan Syariat, ilmu ini mempunyai dua cabang iaitu fizikal dan spiritual.

Penekanan yang menjadi keutamaan beliau ialah rawatan dengan menggunakan doa-

doa yang berdasarkan al-Quran, hadith Rasulullah S.A.W dan doa-doa lain yang jelas

maknanya tidak bercanggah dengan syariat Islam.

6

Walau bagaiamanapun, beliau juga tidak terkecuali menyumbang dalam bidang

politik. Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dari tahun 1975 hingga 1983.

Seterusnya Ketua Penerangan PAS Pusat dan juga Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan

jawatan tertinggi beliau dalam politik iaitu Timbalan Mursidul Am PAS. Kini beliau

telahmenyandang jawatan tertinggi dalam PAS iaitu Mursidul Am PAS. Beliau bukan

sahaja banyak menyumbang dalam bidang perubatan Islam juga dalam bidang Politik.

2.3.1 Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

2.3.2 Latar belakang Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau

Melaka, Kelantan. Ayah beliau ialah Haji Nik Mat Bin Raja Banjar Bin Raja Abdullah Bin

Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Ayah beliau lebih dikenali panggilan

Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu keagamaan. Ibunya

bernama Hajah Aminah Majid juga seorang guru agama bersama ayahnya di pengajian

pondok Kampung Kedai Lalat. Pendidikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bermula di tangan

ayah dan ibunya. Ketika usia beliau 9 tahun beliau telah berguru dengan Tuan Guru

Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu

sehinggalah perang Jepun meletus dan pengajian diberhentikan seketika. Namun pada

ketika itu, beliau berulang alik ke Kampung Sirih untuk berguru dengan Tok Khurasan

dan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato`

Muhammad Nur Ibrahim juga bekas Mufti Kelantan mengajarnya Ilmu Fekah.

Kepetahan beliau dalam mentelaah ilmu agama diusia muda beliau telah dapat

menguasai kitab Asmuni iaitu sebuah kitab ilmu Nahu tertinggi standing dengan murid-

murid yang lebih tua darinya. Setelah perang tamat beliau kembali menyambung

pengajiannya di Ittifaqiyah. Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajarannya di

Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga tahun 1952. Seterusnya beliau

menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deobon, India mendalami ilmu

Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Quran, Hadis dan lain-lain.

7

Pada tahun 1957 beliau menyambung pelajarannya ke Pakistan dalam bidang

Tafsir. Pada tahun 1958 beliau menyambung pula paljarannya di Kuliyatul Lughah di Al-

Azhar, Mesir dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pengajian Bahasa

Arab. Kemudian Tuan Guru Nik Abdul Azizi melanjutkan pelajarannya ke peringkat

tinggi iaitu peringkat Ph.D dalam jurusan Kehakiman dan Perundangan Islam selama 2

tahun.

1.3.3 Sumbangan Dalam Bidang Kelimuan Islam

Pada tahun 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakkaf yang

diberikan oleh ibu saudaranya Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul

Ulum, Pulau Melaka. Beliau juga mengajar di sekolah tersebut pada sebelah petang

dan di sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiyah

Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada tahun 1964 beliau berkhidmat di Ma`hoad

Muhamadi Jalan Merbau, Kota Bharu.

Dalam bidang pendakwaan, beliau cukup berpengalaman dalam bidang dakwah.

Beliau telah membimbing pelajar Ma`had Muhamadi dengan menanam kesedaran dan

akhirnya timbul satu “Halakat Pengajian” yang kini disebut Usrah. Selepas itu, wujudlah

sebuah surau di Jalan Merbau, Kota Bharu dimana surau itu dijadikan tempat latihan

sembahyang Jemaah dan penyampaian dakwah. Keistimewaan beliau seorang yang

petah bercakap telah memberikan beliau gelaran Ulama dan beliau disegani seluruh

Malaysia termasuk selatan Thailand. Pada setiap pagi jumaat bertempat di Dewan

Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang ditengah-tengah pusat Bandar menjadi medan

dakwah dan ceramah Tuan Guru dengan dihadiri ribuan umat Islam.

Sumbangan beliau dalam bidang politik, pada tahun 1967 beliau telah menjadi

ahli PAS. Pada tahun 1967 hingga 1986 beliau telah menjadi calon PAS dalam pilihan

raya kecil Parlimen Pengkalan Chepa. Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk

bertanding di kerusi Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut

Api. Kemudian, pada 1971 Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah dilantik menjadi Ketua

Dewan Ulama` PAS Pusat sehingga tahun 1995. Kemudiannya beliau dilantik lagi

sebagai Mursidul Am PAS. Pada tahun 1978 beliau juga sebagai Pesuruhjaya PAS

8

Kelantan dan pada tahun 1990 beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan.

Ketika ini bermulalah era kepimpinan ulama di Malaysia.

2.4 Profesor Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi

2.4.1 Latar belakang Profesor Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi

Profesor Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi dilahirkan pada 28 Julai 1948 Kedah. Beliau

mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kodiang, Kedah dan Sekolah

Menengah Agama Alawiah, Kangar, Perlis. Seterusnya beliau menyambung

pendidikannya ke peringkat tinggi di Kolej Islam Malaysia dan memperoleh Diploma

Pendidikan. Kemudiannya beliau menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar dalam

bidang Syariah sekitar tahun 1972 hingga 1984. Beliau adalah kelulusan Ph.D

Perundangan Islam dalam Ekonomi Islam Universiti Al-Azhar dan Ijazah Sarjana dalam

jurusan Undang-undang Univerisiti Al-Azhar.

2.4.2 Sumbangan Prof Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi

Dr. Abdul Aziz Hanafi juga seorang penceramah di Stesen Radio, mengajar kitab-kitab

di Masjid-masjid dan juga menyertai seminar di peringkat negeri dan kebangsaan dalam

usaha mengembangkan Syiar Islam. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai

pensyarah di Universiti di Brunei Darussalam dalam suatu tempoh yang panjang

sehinggalah kembali ke tanah air dan memimpin Kolej Islam Darul Ulum Pokok Sena

Kedah sehingga 2008.

Pada tahun 2009 Dr. Abdul Aziz Hanafi telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa

Fatwa Negeri Kedah dan pernah menerima anugerah Darjah Kebesaran Setia DiRaja

Kedah pada tahun 2010. Jasa dan sumbangan besar beliau yang dapat kita perhatikan

ialah semangat waja dalam menentang golongan Syiah di Malaysia yang sangat luar

biasa. Dalam keadaan umur yang agak lanjut dan jasad tidak lagi sekuat muda itu

beliau masih kuat menentang kejahatan dan provokasi Syiah yang semakin melampau.

Berperwatakan sangat sederhana, zuhud, wara` tokoh ulama ini sangat mudah

dikenali dan didekati oleh masyarakat. Beliau dihormati oleh semua pihak di kalangan

9

masyarakat dalam negeri juga luar negeri. Hanya segelintir pihak Syiah membenci

beliau. Hubungan beliau juga sangat baik dengan Sultan Kedah.

2.5 Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman

2.5.1 Latar belakang Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman

Nama beliau ialah Ghazali Bin Abdul Rahman dilahirkan pada 31 Disember 1938 di

Tobiar, Pendang, Kedah. Nama pasangan beliau ialah Puan Sri Hanan Bte Haji Bakar

dan beliau dikurniakan lapan orang anak. Pendidikan awal beliau di Sekolah Melayu

dan peringkat menengah di Sekolah Agama Tobiar, Kedah. Seterusnya beliau

melanjutkan pelajaran peringkat diploma di Universiti Ain Sham dalam jurusan

Pendidikan dan Diploma Undang-undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam Universiti

Islam Antarabangsa, Malaysia. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran beliau di

peringkat Ijazah di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dalam jurusan Perundangan

Islam. Tan Sri Sheikh Ghazali merupakan mantan Ketua Pengarah dan Ketua Hakim

Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

2.5.2 Sumbangan dalam Pembangunan Ummah

Tan Sri Sheikh Ghazali pernah menyandang beberapa jawatan penting, antaranya ialah

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia (JAKIM), Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia, Ahli Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan di Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia, Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah Kebangsaan Perbankan Islam dan

Takaful Bank Negara, Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, Ahli Panel

Mahkamah Rayuan Syariah Negeri di Wilayah Persekutuan Selangor, Perak, Pulau

Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, dan lain-lain.

Beliau juga aktif di dalam aktiviti sosial melalui pelantikan beliau sebagai Ahli

Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia

(YaPEIM); Ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah YaPEIM; Ahli Majlis

Perundingan Islam Jabatan Perdana Menteri; Pengerusi Panel Undang-Undang Majlis

10

Perundingan Islam Jabatan Perdana Menteri; Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum

Syarak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan; Ahli Majlis Agama Islam Wilayah

Persekutuan; Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaburan Majlis Agama Islam

Wilayah Persekutuan; Pengerusi Jawatankuasa "Good Governance" untuk Garis

Panduan Syarikat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; 

Ahli Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM); Pengerusi

Jawatankuasa Kerja Penasihat Syariah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM); Ahli

Lembaga Penasihat, Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM);

Panel Penasihat Pengajian Tinggi Syariah dan Undang-Undang di Universiti Sains

Islam Malaysia (USIM); Ahli Lembaga Penasihat Akademik Program Sarjana Syariah di

Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ahli Jawatankuasa Pemandu Pembangunan

Program (Steering Committee On Programme Development); Diploma Kefatwaan,

Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD); Ahli Jawatankuasa

Pemandu Pengurusan Pensijilan Halal Malaysia JAKIM; Ahli Jawatankuasa Fatwa

Negeri Sabah dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa. 

Di atas sumbangan dan jasanya terhadap pembangunan ummah, Tan Sri Sheikh

Ghazali telah mendapat pengiktirafan dan pengurniaan Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah

1416H, Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1995 dan Anugerah Penghargaan Ma'al

Hijrah 1428H, Peringkat Kebangsaan Tahun 2007. Beliau juga dilantik sebagai Ahli

Panel Pelaburan Tabung Haji pada bulan Oktober 2001 dan Ahli Jawatankuasa

Penasihat Syariah Tabung Haji pada Mei 2010.

11

3.0 Tokoh Syariah Luar Negara

3.1 Profesor Dr. Wahbah al-Zuhayli ( Syria )

3.1.1 Latar belakang Profesor Dr. Wahbah al-Zuhayli

Profesor Dr. Wahbah al-Zuhayli dilahirkan di sebuah desa Dir Atiyyah, daerah Qalmun,

Damsyiq, Syria pada 6 Mac 1932 bersamaan 1351 Hijriah. Ayah beliau ialah Haji

Mustafa al-Zuhayli merupakan seorang yang cukup terkenal dengan kesolehan dan

ketakwaannya. Ayahnya bekerja sebagai petani dan peniaga malah ayahnya sentiasa

memberi semangat kepada anaknya agar menuntut ilmu. Ayah beliau juga adalah

seorang hafiz yang cukup terkenal di sekitar kawasan beliau. Ibunya bernama Hajah

Fatimah bte Mustafa Sa`adah seorang yang kuat berpegang kepada ajaran agama.

Prof. Dr. Wahbah al-Zuhayli meninggal dunia pada tahun 1984.

Pendidikan awal bermula di desanya, kemudian beliau masuk ke peringkat

menengah di Kolej Syariah di Damsyiq selama enam tahun bermula 1946 sehingga

1952. Dr. Wahbah berjaya mendapat pangkat cemerlang di peringkat tersebut sebelum

berangkat pindah ke Mesir. Seterusnya beliau menyambung pelajarannya di peringkat

lebih tinggi iaitu peringkat ijazah di Mesir. Pada tahun 1956 beliau telah mendapat

Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada tahun 1957 beliau

mendapat dua ijazah sekaligus iaitu Ijazah Sarjana Muda Takhasus Pendidikan Bahasa

Arab dari Universiti Al-Azhar dan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti

Ain Syams, Mesir.

Setelah tamat peringkat Ijazah Sarjana Muda, perjuangan beliau di medan ilmu

bukan terhenti di situ sahaja, beliau terus menyambung pelajarannya di peringkat

Sarjana di Universiti Kaherah selama dua tahun dan meneruskan peringkat kedoktoran

falsafah di university sama. Pada tahun 1963 beliau telah berjaya memperoleh Ph.D

dengan pangkat cemerlang dari Lujnah Munaqasah terdiri daripada Muhammad Abu

Zahrah dan Dr. Hafiz Ghanim yang merupakan Menteri Pendidikan Tinggi.

12

3.1.2 Sumbangan dalam bidang Penulisan Ilmiah

Tamatnya memiliki Ph.D, Dr. Wahbah al-Zuhayli terus berkhidmat sebagai pensyarah di

Kuliah Syariah, Universiti Damsyik pada tahun 1963 dan menjadi Professor Madya

pada tahun 1969. Beliau juga pernah menjadi pensyarah pelawat di Libya di Univerisiti

Khartum dan Univerisiti Omdurman di Sudan pada tahun 2000. Menjadi penceramah

semasa bulan Ramadhan di Qatar dan Kuwait. Disamping itu, beliau juga turut memberi

khutbah Jumaat terutamanya di Masjid Uthman Damsyik dan Masjid al-Iman di Dir

Atiyyah. Beliau bukan sahaja menyampaikan ceramah di masjid, malah juga di radio,

televisyen serta seminar-seminar dalam bidang keilmuan Islam.

Sumbangan beliau dapat dilihat banyak dalam bidang penulisan ilmiah Islam.

Pertama sekali beliau berjaya menyiapkan Tafsir al-Munir yang melebihi 32 juzuk

sebanyak 16 jilid dalam masa lima tahun semasa bertugas di Emiriat Arab Bersatu

(UAE). Buku-bukunya melebihi 133 buah buku dan jika dicampur dengan risalah-risalah

kecil melebihi lebih 500 tajuk.

Berikut adalah hasil penulisan Dr. Wahbah al-Zuhayli :

Athar al-Harb fi al-Fiqh al-Islami - Dirasat Muqaranah (Kesan Peperangan dalam Fiqh Islam-Kajian Perbandingan), Dar al-Fikr, Damsyiq, 1963.

al-Wasit fi Usul al-Fiqh, (Ringkasan Usul fiqh), Universiti Damsyiq, 1966.

al-Fiqh al-Islami fi Uslub al-Jadid, (Fiqh Islam dalam Pendekatan Terbaru), Maktabah al-Hadithah, Damsyiq, 1967.

Nazariat al-Darurat al-Syar’iyyah (Teori Darurat dalam Syariat), Maktabah al-Farabi, Damsiq, 1969.

Nazariat al-Daman, (Teori Jaminan ), Dar al-Fikr, Damsyiq, 1970.

al-Usul al-Ammah li Wahdah al-Din al-Haq (Asas-Asas Penting dalam Kesatuan Agama yang Benar), Maktabah al-Abassiyah, Damsyiq, 1972.

al-Alaqat al-Dawliah fi al-Islam, (Hubungan Antarabangsa Dalam Islam), Muassasah al-Riisalah, Beirut, 1981

13

al-Fiqh al-Islami wa Adilatuh, (Fiqh Islam dan dalil-dalilnya), (8 jilid), Dar al-Fikr, Damsyiq, 1984.

Usul al-Fiqh al-Islami (Usul fiqh) (dua Jilid), Dar al-Fikr al-Fikr, Damsyiq, 1986.

Juhud Taqnin al-Fiqh al-Islami, (Kegigihan Merangka Fiqh Islam), Muassasah al-Risalah, Beirut, 1987.

Fiqh al-Mawaris fi al-Shari’at al-Islamiah, (Hukum Pesaka dalam Syariat Islam) Dar al-Fikr, Damsyiq, 1987.

al-Wasaya wa al-Waqf fi al-Fiqh al-Islami, (Wasiat dan Wakaf dalam Syariat Islam), Dar al-Fikr, Damsyiq, 1987.

al-Islam Din al-Jihad La al-Udwan, (Agama Islam adalah Agama Jihad bukan Permusuhan), Persatuan Dakwah Islam Antarabangsa, Tripoli, Libya, 1990.

al-Tafsir al-Munir fi al-Aqidah wa al-Syari’at wa al-Manhaj (Tafsir Munir dalam Akidah, Syariat dan Manhaj), (16 jilid), Dar al-Fikr, Damsyiq, 1991.

al-Qisah al-Qur’aniyyah Hidayah wa Bayan, (Kisah-Kisah Dalam al-Quran Petunjuk dan Penerangan), Dar Khair, Damsyiq, 1992.

al-Qur’an al-Karim al-bunyatuh al-Tasyri’iyyah aw Khasa’isuh al-Hadariah, ( al-Quran Asas-Asas Perundangan dan Keistimewaan Tamadun), Dar al-Fikr, Damsyiq, 1993.

al-Rukhsah al-Syari’at – Ahkamuha wa Dawabituha, (Kelonggaran Syariat- Hukum dan Prinsip), Dar al-Khair, Damsyiq, 1994.

Khasa’is al-Kubra li Huquq al-Insan fi al-Islam, ( Asas-Asas Penting bagi Hak-Hak Manusia dalam Islam), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1995.

al-Ulum al-Syari’at Bayn al-Wahdah wa al-Istiqlal ( Ulum Syariah Antara Kesatuan dan Pembebasan), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1996.

al-Asas wa al-Masadir al-Ijtihad al-Musytarikat bayn al-Sunnah wa al-Syiah, (Asas dan Sumber Ijtihad bersama antara Sunnah dan Syiah), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1996.

al-Islam wa Tahadiyyat al-‘Asr, (Islam dan Cabaran Semasa), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1996.

Muwajahat al-Ghazu al-Thaqafi al-Sahyuni wa al-Ajnabi, (Serangan Pemikiran Kebudayaan Zionis dan Asing), Dar al-Maktabi, Dmsyiq, 1996.

al-Taqlid fi al-Madhahib al-Islamiah inda al-Sunnah wa al-Syiah, (Taqlid dalam Mazhab Islam menurut ahli Sunnah dan Syiah), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1996.1

al-Ijtihad al-Fiqhi al-Hadith, (Ijtihad Fiqh Baru), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1997.11

al-Uruf wa al-Adat, (Uruf dan Adat), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1997.

14

Bay al-Asham, (Penjualan Saham), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1997.

al-Sunnah al-Nabawiyyah ( Sunnah Nabi), Dar al-Maktabi Damsyiq, 1997.

Idarat al-Waqaf al-Khairi, (Pengurusan wakaf Kebajikan), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1998.

1al-Mujadid Jamaluddin al-Afghani, (Mujadid Jamaluddin al-Afghani), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1998.

Taghyir al-Ijtihad, (Perubahan Ijtihad), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000.

Tatbiq al-Syari’at al-Islamiah (Pelaksanaan Syariat Islam), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000.

al-Zira’i fi al-Siyasah al-Syar’iyyah wa al-Fiqh al-Islami, (Zira’i dalam Siyasah Syar’iyyah dan Fiqh Islam), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1999.

Tajdid al-Fiqh al-Islami, (Pembaharuan Fiqh Islam), Dar al-Fikr, Damsyiq, 2000.

al-Thaqafah wa al-Fikr, (Keilmuan dan Pemikiran), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000.

Manhaj al-Da’wah fi al-Sirah al-Nabawiyah, (Manhaj Dakwah dalam Sirah Nabi), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000.

al-Qayyim al-Insaniah fi al-Qur’an al-Karim, (Nilai Kemanusiaan dalam al-Quran al-Karim), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000.

Haq al-Hurriah fi al-‘Alam, (Hak-hak Kebebasan dalam Dunia kini), Dar al-Fikr, Damsyiq, 2000

al-Insan fi al-Qur’an, (Kemanusiaan dalam al-Quran), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2001.

al-Islam wa Usul al-Hadarah al-Insaniah, (Islam dan Asas Tamadun Kemanusiaan), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2001.

Usul al-Fiqh al-Hanafi, (Usul fiqh Mazhab Hanafi), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2001.

Prof. Dr. Wahbah al-Zuhayli banyak memberi sumbangan dalam penulisan

keilmuan Islam. Dengan sumbangan sebegini beliau digelar Ulama Moden abad 20 ini

dengan kebijaksanaan dan ketakwaan beliau dalam menyebarkan dakwah Islam ke

seluruh dunia.

15

3.2 Syeikh Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadwi ( India )

3.2.1 Latarbelakang Syeik Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadwi

Syiekh Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadwi merupakan seorang ulama dan pemikir

Islam yang terulung. Nama sebenar beliau ialah Ali bin Abdul Havy bin Fakhruddin bin

Abdul Aliy al-Hasani. Beliau dilahirkan pada 6 Muharram 1333 Hijrah bersamaan 23

Novemmber 1914 di Takia Kala, Rae Berily, India. Dibesarkan dalam kalangan keluarga

yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Ayah beliau iaitu Sayyid Abdul Havy

adalah seorang Ulama` India dan ibunya juga seorang penghafal al-Quran serta syair-

syair sejarah Islam dalam bahasa Urdu.

Sejak kecil Syeikh Abul Hasan dididik dengan berbagai ilmu pengetahuan

meliuputi bahasa Arab, Nahu, Syair, Sastera Arab. Tafsir, Fiqh, Hadis dan sebagainya.

Antara gurunya berasal juga dari India antara lainnya berasal dari Madinah. Pada

awalnya beliau hanya menimba ilmu di rumah dan madrasah Nadwatul Ulama.

Kemudiannya beliau menyambung di peringkat lebih tinggi di Universiti Lucknow dalam

bidang Bahasa Arab sehinggalah beliau bertemu Dr. Muhammad Iqbal iaitu seorang

sarjana dan pemikir dunia Islam. Dengan ketekunan dan kekaguman beliau telah

banyak mentafsir karya-karya Dr. Muhammad Iqbal berbahasa Urdu kepada syair

berbahasa Arab. Menjadi keajaiban pada ketika itu beliau baru berusia 15 tahun dan

berjaya mentafsirkan karya-karya tersebut.

3.2.2 Sumbangan dalam bidang pemikir Islam yang terulung

Mencontohi pendekatan dakwah ulama’-ulama’ terdahulu seperti Imam As Sirhindi r.a

dan Maulana Ilyas r.a, serta beberapa tokoh Islam , Syeikh Abul Hasan telah membawa

suatu manhaj dakwah dan tarbiyah yang menyeluruh, dengan menggabung  beberapa

manhaj dan pendekatan, menjadi suatu kombinasi di antara gerakan Islam lama yang

berkah dengan sistem aplikasi yang bermanfaat. Menurut beliau, kefahaman terhadap

16

dasar-dasar dakwah akan menjadikan seorang Dai benar-benar berdakwah untuk Allah

bukan untuk kepentingan pribadi atau kelompoknya atau lainnya. Prinsip yang perlu

ada ialah berdakwah untuk kebaikan umat seluruhnya bukan untuk keuntungan

kelompok atau diri sendiri. Dasar-dasar yang digariskan beliau dalam melaksanakan

dakwah itu merupakan himpunan prinsip dasar “At Tasallub Fi Al Usul” iaitu tegas pada

prinsip dan “Al Murunah Fi Al Wasail” yakni aplikasi  dalam pelaksanaan.

Usaha gigih Syeikh Abul Hasan dalam menyampaikan kalimat haq bukan sahaja

dikagumi oleh dunia Islam malah mendapat penghormatan dari masyarakat Barat

khususnya di Eropa. Banyak undangan ceramah dan seminar yang beliau terima dari

institusi-institusi terkemuka di Eropa seperti di Geneva, Paris, Cambridge, Oxford,

Glasgow, Edinburgh dan Spanyol. Rata-rata dikalangan pendakwah dan mereka yang

terlibat dalam dunia pendidikan, baik di Timur maupun di Barat mengenali tokoh ini.

Malah adakalanya walaupun tidak berkesempatan mengenali pribadi beliau secara

langsung tetapi apabila kita membaca hasil-hasil karyanya kita akan merasakan seolah-

olah beliau adalah guru kita yang duduk bersama-sama kita.

An-Nadwi juga begitu peka dengan sistem pendidikan dan banyak mengkritik

golongan orientalis yang menyelewengkan fakta mengenai Islam. Dari segi faktor

keagamaan, tujuan orientalis adalah menyebarkan agama Kristian dan mencuba

memaparkan keunggulannya dibanding agama Islam. Di samping itu, mereka cuba

membangkitkan rasa bangga terhadap kepercayaan mereka ke dalam jiwa anak-anak

muda Islam. Dari segi politik, golongan orientalis adalah utusan barat ke negara-negara

Islam dengan tujuan membuat penyelidikan yang berhubung dengan adat, bahasa,

tabiat dan jiwa orang-orang timur. Melalui cara ini, barat dapat meluaskan kekuasaan

dan pengaruhnya ke atas umat Islam. Walaupun begitu, ada juga golongan orientalis

yang membuat penyelidikan semata-mata kerana rasa minat mereka terhadap ilmu.

Tujuan orientalis  hanya ingin mencari kelemahan tentang Islam dan

mengemukakannya untuk maksud politik maupun keagamaan.Menurut an-Nadwi, umat

Islam sekarang menghadapi kejumudan pemikiran atau mengendapnya kecerdasan

akal yang menimpa sarjana Islam atau pusat-pusat pengkajian Islam. Begitu juga,

jarang ditemui ulama yang dapat meyakinkan generasi muda mengenai keunggulan

17

Islam dan keabadian ajaran agama dalam menjalani kehidupan serta menyingkap takbir

kelemahan-kelemahan peradaban barat.

Beliau turut menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan kefahaman ini

dapat menawan jiwa orang-orang Islam. Antaranya ialah kelemahan orang Islam dari

sudut keimanan, ijtihad dan ilmu pengetahuan. Fikiran menjadi sempit dan keghairahan

terhadap agama mereka telah lenyap sama sekali. Dan para ulama tidak memainkan

peranan yang sebenarnya dan tidak pula berusaha untuk memimpin orang Islam lain

terutama anak-anak muda Islam. Serta penjajahan yang berlaku ke atas negara-negara

umat Islam. Bahkan sebagian orang-orang Islam mengkagumi falsafah barat yang

dianggap mengandungi kebenaran dan kemajuan.

An-Nadwi berpendapat bahawa jalan yang paling selamat dalam mendidik umat

Islam ialah kembali beriman kepada Alllah sebagaimana Rasulullah dahulu telah

melaksanakannya. Kemungkaran dan kerusakan adalah berawal dari keengganan

manusia untuk kembali kepada nubuwwah. Hanya dengan kembali kepada bentuk

didikan awal saja, manusia masa kini dapat diselamatkan sebagaimana manusia pada

zaman dahulu diselamatkan oleh Rasulullah. Oleh itu, beliau menyarankan umat Islam

kembali kepada madrasah kerasulan.

Beliau menggunakan manhaj dakwah dengan berdasarkan kepada al-Quran

kemudian hadith dan sirah serta kisah-kisah para sahabat. Ini jelas terbukti dalam

bukunya Rawa’i min adab al-da’wah yang mana beliau mengambil contoh-contoh

dakwah para nabi-nabi yang bersumberan al-Quran dan al-Hadith. Di samping itu,

beliau mengakui manhaj itu mungkin berbeda dari satu tempat dari satu tempat yang

lain karena dakwah harus juga melihat kondisi lingkungan. Oleh karena itu, dakwah

yang berkesan ialah dakwah yang menyentuh realita yang ada. Al-Nadwi juga

menyarankan memahami al-Quran dengan mendalam, sejarah dakwah dan tokoh-

tokoh dakwah serta adab-adab Islam.

Begitu besar sumbangan Syeikh Abul Hasan terhadap pemikiran dunia Islam di

abad ini. Sering kali barat menggunakan taktik bijak mereka untuk menjatuhkan Islam

dari segi fizikal juga mental. Pemikiran tokoh Ulama sebegini sangat penting agar kita

18

waris Islam seterusnya menggunakan kebijaksanaan akal kita agar tidak tertipu dengan

taktik Barat dalam menjatuhkan Islam secara senyap.

3.3 Syeikh Dr. Yusof al-Qardawi

3.3.1 Latar Belakang Syeikh Dr. Yusof al-Qardawi

Syiekh Dr. Yusof al-Qardawi lahir di salah sebuah perkampungan Safat Turab Markaz

Mahallah Kubra Muhafazah Gharbiah, Republic Arab Mesir pada 9 September 1926.

Beliau adalah seorang anak yatim dan dipelihara oleh bapa saudaranya. Keunikan dan

keistimewaan beliau apabila mencecah umur 10 tahun beliau sudah berjaya menghafaz

al-Quran malah memahami dengan teliti hukum-hukum tajwid dengan sempurna.

Kemudiannya beliau meneruskan pelajaran di peringkat rendah dan menengah di

Maahad Azhari dan beliau digelar Al-A`lamah kerana bukti kecerdikan beliau pada

tahap 4 rendah. Seterusnya beliau meneruskan pengajiannya di peringkat tinggi di

Universiti Al-Azhar dalam kuliah Usuluddin dan mendapat Ijazah Tertinggi pada tahun

1952 hingga 1953. setelah itu beliau juga telah mendapat Ijazah Alamiah dan diploma

pendidikan dari kuliah bahasa Arab 1954 dengan mendahului kedudukan pertama dari

500 orang pelajar.

Pada tahun 1958 beliau berjaya mendapat diploma maahad pengajian bahasa

Arab tertinggi dalam bahasa dan sastera. Kemudian pada tahun 1960 beliau berjaya

mendapat Master Degree dalam jabatan ulum Quran dan Sunnah kuliah Usuluddin.

Pada tahun 1973 beliau mendapat gelaran Doktor Falsafah dengan pangkat cemerlang

dengan dua syaraf ula dalam kuliah yang sama. Antara risalahnya pada ketika itu

adalah zakat dan kesannya dalam menyelesaikan keadaan gejala sosial. Namun beliau

terlewat mendapat sijil ijazah ekoran keadaan politik Mesir yang bergolak pada ketika

itu.

3.3.2 Sumbangan dalam bidang Pendakwahan dan Pentarbiahan

19

Syeikh Dr. Yusof al-Qardawi ialah salah seorang Ulama Islam yang berketrampilan

masa kini dalam keilmuan idea dakwah pentarbiahan dan jihad dalam dunia Islam

seluruh timur dan barat. Antara bidang terpenting yang diceburi oleh beliau ialah

penulisan Ilmiah, feqah dan fatwa, dakwah dan taujih, forum dan symposium,

perekonomian Islam, lawatan dan muhadharat, aktiviti kemasyarakatan, dan tarsyid

juga sohwah.

Penulisan dan karangan merupakan antara bidang yang paling teserlah pada diri

beliau. Beliau merupakan orang yang alim dalam karangan dan muhaqiq, sepetimana

yang disifatkan oleh Al A`llamah Abu Hasan AnNadawi di dalam kitabnya Rasail Al

I`lam. Tulisan beliau juga disifatkan oleh Al A`llamah Syiekh Abdul Aziz bin Baz sebagai

tulisan yang mempunyai pengaruh di dalam dunia Islam.

Melihat hasil tulisan karangan dan pengkajian beliau dapat meyakinkan bahawa

beliau adalah seorang penulis dan pemikir yang sebenar. Tidak berulang-ulang

tulisannya dan mempunyai ciri penulisan tersendiri mempunyai tajuk-tajuk penulisan

yang terkandung sesuatu yang baru di dalamnya seperti pembetulan pemahaman

keaslian fikr menjelasksn kekaburan mendetailkan ringkasan menjawab keraguan dan

kesangsian yang di lontarkan serta keteterangan falsafah.

Beliau telah menulis di dalam pelbagai bidang thaqafah Islam yang mana

bilangan menjangkau ratusan.dan ianya dibaca oleh para cendiakwan dunia Islam

dengan pelbagai riaksi dan sambutan. Jesteru itu tulisan beliau dicetak di dalam bahasa

Arab beberapa kali dan sebahagian besarnya diterjemah ke bahasa tempatan dunia

Islam. Jika ditinjau di negara-negara Islam didapati kitab beliau di sana samada di

dalam bahasa arab atau di dalam bahasa tempatan.

Di antara usahanya yang terserlah ialah usaha beliau di dalam bidang fekah dan

fatwa. Beliau tidak menyampaikan ceramah atau dilihat di dalam mu`tamar atau

nadwah melainkan beliau dihujani soalan-soalan yang pelbagai mengenai Islam untuk

dijawab dan jawapan yang diberi diterima pakai oleh orang ramai yang terdiri daripada

cendiakiawan muslimin yang mana jawapan tersebut bercirikan tiori ilmiah dan begitu

rasional untuk diterima pakai.

20

Melalui minbar masjid dengan berkhutbah dan mengajar, beliau menyampaikan

dakwah.Semasa beliau masih menuntut di kuliah usuluddin beliau berkhutbah di Masjid

Al Toha di Mahallah Kubra salah satu bandar yang terkenal masjid tersebut di sebut

sebagai masjid Syeikh Yusuf. Beliau telah mengimamkan ribuan makmum di dalam

solat Jumaat.

Dari segi tiori beliau telah mememberi penerangan kebanyakanya melalui

muhadharat dan durus tentang ekonomi Islam dan beliau telah mengarang beberapa

buah buku yang begitu masyhur di dunia Islam antaranya Feqh Zakat, masalah

kemiskinan dan bagaimana Islam mengatasinya.

Keperhatinan beliau di dalam ekonomi Islam dapat dilihat di dalam pendahuluan

bukunya yang bertajuk “Bai` Al Murabahah” menurutnya aku amat mengambil berat

tentang ekonomi Islam adalah sebahagian keperhatinanku dengan syariat Islam dan

menyeru kepada menggunakanya di dalam kehidupan harian dan menjadikannya

sebagai alternatif kepada sistem ekonomi ciptaan maknusia.

Di Antara Buku Karangan Belia :.

1. Feqh Wa Usuluh

2. Halal Wal Haram Fil Islam

3. Fatawa Al Muasirah 1.2.3

4. Ijtihad Fi Syariati Islam

5. Min Feqh Daulah Fi Islam

6. Fatawa baina Indhibat Wal tasib

7. Iqtisad Islam

8. Feqh Zakah

9. Fawaid Bunuk Hia Riba Haram

10. Bai` Murabahah Lil Amri Bil Syira

11. Musykilah Faqr Wakaifa A`lijuha Islam

12. Ulim Al Quraan Wa Sunnah

13. Sobr Fil Quran AlKarim

14. Aqlu Wal I`lmu Fil Quraan Al Karim

15. Kaifa Natamal Maal Quraan Al Azim

21

16. Kaifa Nataamal Maal Sunnah Nabawiah

17. Al A`qidah

18. Iman Wal Hayah

19. Wujud Allah

3.4 Syeikh Mustafa Sabri

3.4.1 Latar Belakang Syeikh Mustafa Sabri

Syeikh Mustafa Sabri dilahirkan pada tahun 1869 di Bandar Toakt yang terletak di

kawasan Anatolia Laut Hitam. Beliau menghabiskan pendidikan awalnya dan

seterusnya menghabiskan hafalan al-Qurannya di Tokat dalam usia yang sangat muda.

Seterusnya beliau bermusafir ke Bandar Kayseri untuk menuntut ilmu Islam dengan

lebih mendalam. Ketika berada di Bandar Kayseri, beliau telah berguru dengan seorang

alim yang terbilang iaitu Sheikh Haca Emin Efendi.

Kemudiannya, beliau beralih pula ke Istanbul untuk mendalami dan menimba lagi

ilmu agama dengan bersungguh-sungguh. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh

ini beliau telah menjadi perhatian para Ulama kerana kecerdasan fikiran, kebijaksanaan

dan kekuatan data hafalan yang beliau miliki. Antara gurunya pada ketika itu aialah

Sheikh Ahmed Asim Efendi dan mentauliahkan beliau ijazah.

Kehebatan beliau dapat dilihat dengan lebih ketara kerana pada usianya 12

tahun beliau telah dilantik menjadi salah seorang tenaga pengajar di Masjid Muhammad

Al-Fateh. Pada waktu itu, masjid tersebut dianggap sebuah Universiti yang sangat

penting kepada institusi kelimuan Islam bagi Kerajaan Othmaniyyah.

3.4.2 Sumbangan dalam bidang pemikiran Islam terkenal

Sumbangan Syeikh Mustafa Sabri dapat kita lihat dalam bidang pemikiran Islam dan

sumbangan beliau sangat besar dalam mengembalikan fahaman Syariah Islamiyyah di

Mesir. Pada ketika itu, fahaman Sekularisme semakin menular dalam Negara-negara

Islam. Jasa dan sumbangan beliau sangat besar dalam menghalang fahaman

sekularisme terhadap Negara Islam kerana fahaman ini sangat kuat menyokong

22

Revolusi Ataturk dalam usaha menjatuhkan Kerajaan Othmaniyyah serta berusaha

melaksanakan proses kemajuan “barat” terhadap pentadbiran Islam.

Selain itu beliau juga telah banyak menggarang kitab-kitab dalam bahasa Turki

dan bahasa Arab. Kitabnya yang paling mahsyur ialah Mauqif al-Aql wa al-Ilm wa al-

Alam min Rabb al-Amin wa Ibadihi al-Mursalin (kedudukan akal,Ilmu dan alam di dalam

hubungannya dengan Rabbul Alamin dan Para Rasul). Kitab ini diterbitkan di Kaherah

pada tahun 1950.

Kesimpulannya, Syiekh Mustafa Sabri banyak memperjuangkan dalam

mengembalikan kebenaran Islam sebenar. Beliau telah menanam semangat umat Islam

dalam menolak serta mengahpuskan fahaman sekularisme yang semakin melunar di

kalangan umat Islam. Beliau juga berusaha keras dalam mengembalikan sistem

Khilafah Islamiyyah yang telah hilang kerana kekuasaan individu tertentu dalam

menguasai dunia serta pemikiran menjatuhkan Islam itu sendiri.

3.5 Syeikh Mustafa Az-Zarqa

3.5.1 Latar belakang Syiekh Mustafa Az-Zarqa

Syeikh Mustafa Az-Zarqa dilahirkan di Aleppo, Syria pada tahun 1904. Beliau dilahirkan

dalam keluarga yang sarat dengan sejarah panjang dan kuat agama. Ayahnya ialah

Syiekh Ahmad Az-Zarqa seorang sarjana Islam sementara datuknya Syeikh

Muhammad Az-Zarqa telah diakui salah satu imam dan ulama terkenal dari abad ke-19.

Tidak hairanlah bagaimana beliau sangat berminat dalam menceburi bidang agama dan

menguasai dengan hebat.

Pendidikan awal beliau bermula di Khuttba iaitu pendidikan tradisional pra-

sekolah seperti pembelajaran mengenai al-Quran, menulis, dan membaca.

Kemudiannya beliau menyambung pendidikannya di sebuah sekolah berbahasa

Perancis sebelum berpindah ke Fereres iaitu sebuah sekolah menengah Perancis.

Pada ketika itu, sekolah menengah Perancis tersebut telah bergabung dengan sebuah

sekolah agama iaitu Al-Khusrawiyah. Dengan penggabungan ini telah memberi

23

kelebihan kepada Syeikh Mustafa Az-Zarqa mendalami dua ilmu dari pandangan

moden dan Islam.

Kemudian, dalam bidang pendidikan tertinggi beliau telah menyambung

pendidikannya di Universiti Damsyik dalam satu hukum dan lainnya dalam sastera.

Beliau telah memperolehi ijazah dalam bidang Fiqh, dari Raja Fuad 1 Universiti

Kaherah, Mesir.

3.5.2 Sumbangan dalam bidang Kehakiman Islam

Sumbangan beliau dapat kita lihat dalam bidang kehakiman Islam. Setelah beliau tamat

memiliki ijazah beliau telah menjadi guru di sekolah lamanya mengajar sastera Arab.

Kemudiannya beliau telah beralih kepada pekerjaan sebagai peguam selama 10 tahun.

Dengan masa yang agak lama ini telah memberikan beliau peluang dan ruang untuk

dekat dengan masyarakat serta mendengar permasalahan mereka.

Kenyataan beliau yang sehingga kini menjadi rujukan seluruh umat Islam dunia

antara kenyataan yang beliau keluarkan paling mahsyur iaitu beliau melihat bahawa

Islam sangat penting dar perspektif yang luas, Islam bertujuan untuk diterapkan pada

semua masyarakat. Dengan itu semua undang-undang manusia dalam situasi harus

jelas. Kenyataan beliau ini adalah untuk menjelaskan bahawa undang-undang

konvensional atau lebih dikenali undang-undang barat adalah tidak adil kepada

manusia. Undang-undang barat ini berat dan tidak adil dari segi pengadilannya.

Sungguhpun beliau menjadi seorang peguam, namun beliau sering kali dekat

dengan masyarakat kerana beliau juga mengajar di Masjid dan berbicara mengenai

permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Muslim di mana-mana sahaja berada.

Beliau selalu berusaha mencari solusi untuk menyelesaikan masalah iman, ekonomi,

dan politik dari sudut pandangan Islam.

Setelah sekian lama berjuang dalam pengadilan Islam, tanggal 3 Julai 1999

beliau kembali kepada Maha Pencipta. Isteri pertamanya wafat pada tahun 1942 dan

isteri keduanya wafat pada tahun 1983. Sumbangan beliau dalam pengadilan Islam

24

sangat besar impaknya kepada pengadilan dunia khususnya dalam mencari keadilan

undang-undang barat yang banyak digunapakai dalam Negara-negara Islam.

4.0 Penutup

Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa legasi kepimpinan Islam itu semakin

berkembang dari zaman ke zaman. Perjuangan tokoh-tokoh Islam ini haruslah dikagumi

oleh semua lapisan masyarakat Islam seluruh dunia. Selain itu, perjuangan tokoh-tokoh

ini haruslah dijadikan wadah perjuangan umat Islam kini agar kita sekali lagi mencapai

mencipta sejarah kegemilangan Islam dahulu yang telah padam. Jester itu, anak muda

Islam masa kini haruslah mencontohi dan mengkagumi sifat tokoh-tokoh tersebut

sebagai semangat untuk berjuang dalam dunia menyebarkan syiar Islam sebenar.

Segala ancaman dan tentangan itu adalah perkara biasa dalam dunia dakwah

dan jadikan ia sebagai cabaran yang harus kita tempuhi dalam mengecapi

kegemilangan Islam sebenar. Jesteru itu, anak muda Islam haruslah kuat dari segi

mental dan fizikal dalam melawan segala bentuk ancaman mental mahupun fizikal. Hal

ini kerana, musuh-musuh Islam tidak pernah tidur walau seketika dalam mencari lorong-

lorong mencapai misi mereka iaitu menjatuhkan Islam.

Kini tibalah masanya untuk kita bangkit dan bergerak setapak dihadapan musuh-

musuh kita seperti mana yang dilakukan oleh tokoh-tokoh Islam terdahulu dengan

strategi-strategi bernas agar musuh Islam ini berasa goyah dengan kekuatan yang kita

miliki. Marilah kita mengembalikan sistem kepimpinan Khalifah yang telah dihapuskan

oleh barat kerana itulah sistem kepimpinan Islam sebenar serta adil keseluruhannya.

Bak kata pepatah melayu, masak lemang jauh dari bara api akan mentah, dekat

25

dengan bara api lemang akan hangus. Peribahasa ini cukup besar maknanya buat kita

agar sentiasa berhati-hati dengan setiap langkah musuh kita kerana setiap langkah itu

memiliki maksudnya tersendiri yang kita tidak tahu.

5.0 Bibliografi

https://biopemimpin.wordpress.com/

http:// www.bankislam.com.my/bm.Pages/Dr.AhmadShahBari.Aspx

http://amioz.blogspot.com/2009/10/tokoh-islam-terbilang-malaysia.html?m=1

http://ms.wikipedia.org/wiki/AhmadMohamed Ibrahim

http://wardahsyabab.blogspot.com/2013/06/mahmud-saedon-tokoh-kehakiman-

nusantara.html?m=1

26

27