26
Pentaksiran Psikometrik Inventori Minat Kerjaya Sesi 2 LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Powerpoint imk tingkatan 3 2014 27 MEI

Embed Size (px)

Citation preview

Pentaksiran PsikometrikInventori Minat Kerjaya

Sesi 2LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Perkembangan Kerjaya Super Asas yang digunakan dalam teori ini ialah:

1. Faktor yang mempengaruhi corak kerjaya : sosioekonomi, kebolehan mental dan fizikal, ciri peribadi dan peluang yang ada

2. Kepuasan kerjaya : peranan kerja3. Kematangan kerjaya : kejayaan dalam pencapaian

pada usia dan tugas4. 5 peringkat kematangan kerjaya : Pertumbuhan,

Penerokaan, Pengukuhan, Pengekalan dan Penurunan

INVENTORI MINAT KERJAYA PSIKOMETRIK

1. Peringkat pertumbuhan (Lahir hingga 14 Tahun)

- Tahap fantasi (4-10 tahun) - Tahap minat (11 hingga 12 tahun) - Tahap kebolehan (13 hingga 14 tahun)

2. Peringkat Penerokaan (15 hingga 24 tahun)

3. Peringkat Pengukuhan (25 – 44 tahun)4. Peringkat Pengekalan (45 – 64 tahun)5. Peringkat Penurunan (65 tahun ke

atas)

PERINGKAT PERKEMBANGAN KERJAYA

(Donald Edwin Super 1971)

Teori Tipologi Kerjaya Holland Asas yang digunakan dalam teori ini ialah:

1. pemilihan kerjaya adalah berdasarkan ekspresi personaliti individu di samping kesesuaian persekitaran pekerjaan

2. minat seseorang itu lahir daripada personalitinya3. individu daripada jenis pekerjaan yang sama

mempunyai persamaan dari segi pola personalitinya

4. keselarasan antara personaliti dan persekitaran akan meningkatkan prestasi kerja, pencapaian, kestabilan dan kepuasan kerja.

INVENTORI MINAT KERJAYA PSIKOMETRIK

6 Personaliti

Realistik

Investigatif

Artistik

Sosial

Enterprising

Konvensional

Holland-Andaian 1 PSIKOMETRIK

Terdapat enam jenis persekitaran pekerjaan yang menyokong personaliti individu dan didominasi oleh jenis personaliti tertentu iaitu :

Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) Konvensional (K).

Holland-Andaian 2 PSIKOMETRIK

Individu akan mencari persekitaran atau pekerjaan selaras dengan personaliti yang membolehkan mereka menunjukkan kemahiran dan kebolehan serta melahirkan sikap dan nilai di samping berusaha menyelesaikan sebarang masalah dan peranan yang wujud dalam persekitaran tersebut.

Menurut Holland (1973), individu akan berasa puas sekiranya dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran berkenaan. Misalnya, individu yang mempunyai personaliti realistik akan berasa puas sekiranya dapat bekerja dalam persekitaran realistik juga.

Holland Andaian 3 PSIKOMETRIK

Tingkah laku seseorang individu boleh ditentukan melalui interaksi antara personaliti dan kriteria-kriteria persekitarannya.

Menurut Holland (1973), sekiranya kita mengetahui tentang pola personaliti dan persekitarannya secara tidak lansung kita akan dapat meramalkan perkara berkaitan pemilihan kerjaya, pencapaian kerjaya, kecekapan personal, tingkah laku pendidikan dan sosial serta pertukaran pekerjaan.

Holland Andaian 4 PSIKOMETRIK

Kaed

ah p

enta

dbir

anCARTA ALIR PENTADBIRAN IMK

Murid dikumpulkan

Edaran kertas ujian dan borang jawapan

Penerangan

Murid menjawab soalan

Pengiraan Skor

Pengisian Skor dalam Borang Profil Psikometrik (BPP)

Pentafsiran Skor

Penyimpanan Fail

•Masa : Bulan ke 2 sesi persekolahan•Sasaran : Murid Tingkatan 3•Tempat : Sesuai dan Kondusif

( cth.Dewan peperiksaan)

• Arahan menjawab mengikut keperluan inventori• Menjawab di atas borang jawapan• Kertas ujian tidak boleh diconteng dan perlu dikembalikan

• Masa : 30 – 40 minit

• Murid mengira skor masing-masing dengan bimbingan GBKSM

• Mengedar BPP kepada murid• Murid memindahkan skor ke dalam borang BPP

• GBKSM akan memberikan tafsiran skor

• Pengesahan / tandatangan GBKSM• Fail Unit bimbingan dan Kaunseling (TERHAD)• Simpan mengikut urutan nama dalam kelas• Disimpan di Unit Bimbingan dan Kaunseling

Pengiraan skor perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati agar kebolehpercayaan skor dapatannya tepat.

Borang jawapan IMK mengandungi 6 lajur dan 30 baris. Bilangan lajur menjelaskan bahawa instrumen ini mengukur 6 konstruk iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising, dan Konvensional.

30 baris menjelaskan bahawa setiap konstruk diwakili oleh 30 item.

Pengiraan PSIKOMETRIK

Pengiraan skor mentah adalah seperti berikut;

i. Pada lajur pertama, pelajar dikehendaki mengira jawapan yang ditanda Y sahaja iaitu dari nombor 1 -10, 61- 70 dan 121 - 130. Jumlah skor Y ditulis dalam jadual yang disediakan di bahagian bawah borang jawapan yang bertanda R.

ii. Pengiraan ini diulangi pada lajur kedua, ketiga, keempat, kelima, dan keenam .

iii. Pilih 3 jumlah skor yang tertinggi (3 kod mata Holland).iv. Masukkan skor Tiga Kod Mata Holland ke dalam Borang

Profil Psikometrik (BPP) untuk mengenalpasti kecenderungan kerjaya.

PengiraanPSIKOMETRIK

Pentafsiran Inventori Minat Kerjaya

LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

R I

C A

E S

Minat PSIKOMETRIK

• Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan.

Penerangan

• Jurutera, Jurubina, Animator, Pengaturcara Komputer, Juruterbang, Ahli Radiologi, Pustakawan, Juruteknik Elektronik, Chef, Atlet, Ahli Bomba Dan Penyelamat, Pemandu, Tentera, Operator Mesin, Mekanik, Ahli Perkebunan Dan Pembuat Perabot.

Kerjaya• Praktikal, mekanikal, materialistik, suka

menggunakan peralatan dan mesin, introvert, akur, natural (semula jadi), berhemah, tulen, tegas dan berprinsip.

Ciri

RealistikPSIKOMETRIK

• Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.

Penerangan

• Pegawai Perubatan, Ahli Farmasi, Psikiatrik, Ahli Ekonomi, Ahli Kajicuaca, Ahli Biologi, Ahli Botani, Ahli Agronomi, Ahli Fizik, Ahli Kaji Bintang, Ahli Kimia, Ahli Kajibumi, Penyelidik Sains, Angkasawan, Ahli Antropologi, Profesor, Guru Sains Dan Matematik.

Kerjaya

• Pemerhati, analitikal, rasional, teliti, intelektual, introvert, introspektif, optimistik, ingin tahu, teoris dan jitu.

Ciri

InvestigatifPSIKOMETRIK

• Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistik.suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-ulang. Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni kreatif.

Penerangan

• Arkitek, Penulis Seni Kreatif, Artis, Pemimpin Orkestra, Pengubah Lagu, Pengarang, Pelukis, Wartawan Hiburan, Kartunis, Pereka Grafik, Pereka Fesyen, Juruhias Dalaman, Jurufoto, dan Jurusolek.

Kerjaya

• Imaginatif, intuitif, ekspresif, estetika, emosional, introspektif, reflektif, tulen, bebas, sensitif dan idealistik.Ciri

ArtistikPSIKOMETRIK

• Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial.

Penerangan

• Guru, Pensyarah, Kaunselor, Pekerja Sosial, Pegawai Perhubungan Awam, Penyambut Tetamu, Pegawai Kebajikan, Jururawat, Paramedik, Pramugari/ Pramugara Dan Pemandu Pelancong.

Kerjaya

•Sosial, suka menolong, bekerjasama, mesra, peramah, sabar, ekstrovert, empati, baik hati, bertanggungjawab dan boleh dipercayai..Ciri

Sosial PSIKOMETRIK

• Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan keusahawanan. Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

Penerangan

• Usahawan, Pengarah Syarikat, Spekulator, Eksekutif Pengiklanan, Eksekutif Pemasaran, Agen Insuran, Pengarah Publisiti, Peguam, Ahli Politik, Pengurus Hotel, Pengurus Bank, Wartawan, Jurujual, Jurulatih dan Agen Pelancongan.

Kerjaya • Ciri kepimpinan, sukakan pencapaian, bertenaga,

daya pujuk yang tinggi, suka mempengaruhi, kebolehan memanipulasi, suka meneroka (adventurous), yakin diri, optimistik, mudah mesra, berwawasan, bercita-cita tinggi, berusaha, sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert dan bijak berkomunikasi.

Ciri

PSIKOMETRIKEnterprising

• Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor, dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan.

Penerangan

• Kerani, Setiausaha, Penyimpan Kira-kira, Guru Perdagangan/ Guru Perakaunan, Akauntan, Jurutrengkas, Pegawai Bank, Pegawai Cukai, Operator Komputer, Penilai Harta, Juru Audit, Juruwang dan Pegawai Perangkaan.

Kerjaya

• Berstruktur tinggi, teliti, daya tahan tinggi, akur, praktikal, mengikut aturan, defensif, menurut perintah, cermat, cekap dan rutin.

Ciri

PSIKOMETRIKKonvensional

REALISTIK INVESTIGATIF

ENTERPRISING

ARTISTIK

SOSIAL

KONVENSOINAL

TEORI HOLLAND APABILA PERSONALITI SESEORANG ITU SESUAI DENGAN ALAM

SEKELILINGNYAMAKA HASILNYA IALAH KEPUASAN DALAM KERJAYANYA.

KeselarasanTahap HubunganPaling SelarasR-R, I-I, A-A, S-S, E-E, C-C.

Kedua SelarasR-I, RC, IA, IR, AS, AI,SE, SA, EC, ES, CR, CE

Ketiga SelarasRE, RA, IC, IS, AR, AE, SI, SC, EA, ER, CS, CI.

Paling Tidak SelarasRS, SR, IE, EI, AC, CA.

Tahap Ketekalan / Pola Personaliti

Tinggi RI,RC,IR,IA,AI,AS,SA, SE, ES, EC, CE dan CR

Sederhana RA, RE, IS, IC, AR, AE, SC, ER, CS dan CI.

Rendah RS, IE, AC, SR, EI dan CA

PENEGUHANRealistik : R-I-C / R-C-I Investigatif : IRA / IARArtistik : AIS / ASISosial : SEA / SAEEnterprising : ESC / ECSConventional : CRE / CER

• Pengesahan / tandatangan GBKSM• Fail Unit bimbingan dan Kaunseling

(TERHAD)• Simpan mengikut urutan nama dalam kelas• Disimpan di Unit Bimbingan dan Kaunseling

Penyimpanan Profil

Terima Kasih