33
Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010 PENGURUSAN ZAKAT DI NEGERI SELANGOR: ISU DAN CABARAN 1 Tuan Haji Ahmad Shahir bin Makhtar Puan Hajjah Adibah bt. Abdul Wahab Lembaga Zakat Selangor (MAIS) 1. MUQADDIMAH Di Malaysia, pengurusan zakat adalah terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab negeri-negeri. Kebanyakan negeri, pengurusan zakat terletak di bawah Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) dan terdapat juga di setengah negeri diwujudkan institusi khas yang agak tersendiri dari MAIN. Pelaksanaan segala dasar dan kegiatan Majlis Agama Islam di sesebuah negeri berkenaan dilaksanakan melalui Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri dan dipertanggungjawabkan kepada MAIN. MAIN ini adalah terletak di bawah DYMM Sultan/Raja atau SPB Yang Dipertuan Agong yang mana ia bertanggungjawab ke atas segala urusan berkaitan dengan kegiatan Islam di negeri berkenaan termasuklah di dalam pengendalian urusan zakat. Kewujudan satu institusi khas untuk memungut zakat yang dikendalikan dengan cara yang profesional telah membuka era baru dalam pengurusan zakat di negara ini. Bermula dengan kewujudan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di Wilayah Persekutuan dalam tahun 1991 seterusnya diikuti oleh beberapa negeri yang lain seperti Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dahulunya dikenali Pusat Zakat Selangor (PZS), Pusat Urus Zakat (PUZ) di Pulau Pinang ,Pusat Kutipan Zakat (PKZ) di Pahang, Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) dan Pusat Zakat Melaka (PZM). Majlis Agama Islam Negeri-negeri berkenaan telah mewujudkan anak syarikat atau perbadanannya sendiri untuk mengurus kutipan zakat secara korporat dan profesional. Melalui konsep pengurusan zakat secara moden dan profesional ini, ia telah berjaya memberi lembaran baru kepada banyak pihak ekoran penerapan nilai-nilai korporat terhadap sistem pengurusan dan prestasi perkhidmatan kakitangan yang meningkat telah merubah imej institusi zakat menjadi sebuah organisasi yang cemerlang dan kutipan zakat yang meningkat secara drastik pada setiap tahun. Walau bagaimanapun, hanya Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (PUZ) saja yang diberi mandat 1 Kertas Kerja ini dibentangkan pada Konvensyen Kebangsaan Perancangan dan Pengurusan Harta Dalam Islam 2010, anjuran Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM, 14 Julai 2010, di Bilik Senat, Bangunan Canselori, UKM.

PENGURUSAN ZAKAT DI NEGERI SELANGOR: ISU DAN CABARAN

  • Upload
    malaya

  • View
    1

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

PENGURUSAN ZAKAT DI NEGERI SELANGOR: ISU DAN CABARAN1

Tuan Haji Ahmad Shahir bin Makhtar Puan Hajjah Adibah bt. Abdul Wahab Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

1. MUQADDIMAH

Di Malaysia, pengurusan zakat adalah terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab

negeri-negeri. Kebanyakan negeri, pengurusan zakat terletak di bawah Majlis Agama Islam

Negeri-negeri (MAIN) dan terdapat juga di setengah negeri diwujudkan institusi khas yang

agak tersendiri dari MAIN. Pelaksanaan segala dasar dan kegiatan Majlis Agama Islam di

sesebuah negeri berkenaan dilaksanakan melalui Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri

dan dipertanggungjawabkan kepada MAIN. MAIN ini adalah terletak di bawah DYMM

Sultan/Raja atau SPB Yang Dipertuan Agong yang mana ia bertanggungjawab ke atas segala

urusan berkaitan dengan kegiatan Islam di negeri berkenaan termasuklah di dalam

pengendalian urusan zakat.

Kewujudan satu institusi khas untuk memungut zakat yang dikendalikan dengan cara

yang profesional telah membuka era baru dalam pengurusan zakat di negara ini. Bermula

dengan kewujudan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di Wilayah Persekutuan dalam tahun 1991

seterusnya diikuti oleh beberapa negeri yang lain seperti Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

dahulunya dikenali Pusat Zakat Selangor (PZS), Pusat Urus Zakat (PUZ) di Pulau Pinang

,Pusat Kutipan Zakat (PKZ) di Pahang, Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) dan Pusat Zakat

Melaka (PZM). Majlis Agama Islam Negeri-negeri berkenaan telah mewujudkan anak

syarikat atau perbadanannya sendiri untuk mengurus kutipan zakat secara korporat dan

profesional.

Melalui konsep pengurusan zakat secara moden dan profesional ini, ia telah berjaya

memberi lembaran baru kepada banyak pihak ekoran penerapan nilai-nilai korporat

terhadap sistem pengurusan dan prestasi perkhidmatan kakitangan yang meningkat telah

merubah imej institusi zakat menjadi sebuah organisasi yang cemerlang dan kutipan zakat

yang meningkat secara drastik pada setiap tahun. Walau bagaimanapun, hanya Lembaga

Zakat Selangor (LZS) dan Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (PUZ) saja yang diberi mandat

1 Kertas Kerja ini dibentangkan pada Konvensyen Kebangsaan Perancangan dan Pengurusan

Harta Dalam Islam 2010, anjuran Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM, 14 Julai 2010, di Bilik Senat, Bangunan Canselori, UKM.

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

oleh MAIN berkenaan untuk mengurus kutipan dan agihan zakat di negeri masing-masing.

Beberapa MAIN yang lain juga dalam proses memperkemaskan sistem pengurusan zakat

negeri-negeri sama ada dengan menubuhkan anak syarikat, perbadanan negeri mahupun

memantapkan pengurusan zakat sedia ada dengan lebih baik lagi.

2. PENGURUSAN ZAKAT DI NEGERI SELANGOR

2.1 Penubuhan Pusat Zakat Selangor (PZS)

Pengkorporatan pengurusan zakat di negeri Selangor bermula apabila Majlis Agama Islam

Selangor (MAIS) menubuhkan Pusat Zakat Selangor (MAIS) atau sebelum itu dikenali

sebagai Pusat Pungutan Zakat MAIS pada 15 Februari 1994 dengan nama daftar syarikat

MAIS Zakat Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh MAIS

dengan modal berbayar sebanyak RM500,000. Penubuhan PZS ini adalah bertujuan untuk

memperbaiki kaedah pengurusan zakat yang sedia ada kepada sistem pengurusan yang lebih

profesional seperti yang diamalkan dalam dunia korporat.

Walau bagaimanapun, PZS mula beroperasi sepenuhnya pada Oktober 1995 setelah

segala persiapan dan kelengkapan meliputi penambahan dan pengambilan baru kakitangan,

penyediaan perisian sistem komputer, penyempurnaan kelengkapan pejabat, penyediaan

peraturan-peraturan kerja, latihan kakitangan dan sebagainya dapat disempurnakan.

Objektif pengkorporatan pengurusan zakat di Selangor adalah seperti berikut:

(a) Memantapkan pengurusan institusi zakat.

(b) Melicinkan pentadbiran, pungutan dan agihan zakat.

(c) Mencapai kecekapan yang optimum dengan kos yang minimum.

(d) Membentuk imej baru institusi zakat yang lebih progresif dan pro-aktif.

(e) Menjadi role model kepada pengurusan Institusi zakat di negara ini.

(f) Mengembalikan keyakinan masyarakat dan kegemilangan institusi zakat.

Dengan beroperasinya PZS bererti ia telah diberikan mandat untuk pengurusan

pungutan zakat harta di negeri Selangor bagi pihak MAIS. Sehubungan itu, urusan kutipan

zakat Selangor tidak lagi berada di bawah bidang kuasa Baitulmal tetapi diawasi oleh sebuah

Lembaga Pengarah yang dianggotai oleh pelbagai golongan yang mempunyai kepakaran

dalam bidang masing-masing sama ada bidang syariah mahupun profesional yang lain.

Kesemua ahli yang menganggotai Lembaga Pengarah PZS ini adalah berdasarkan pelantikan

yang dibuat oleh pihak MAIS sendiri.

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

Pada tahun 1998, MAIS memberi mandat kepada PZS bagi menguruskan kutipan

zakat fitrah dan padi serta agihan zakat. Di antara tujuan penyerahan mandat ini adalah bagi

memastikan semua pengurusan zakat di negeri Selangor dapat diurus dengan lebih baik di

bawah satu institusi dan MAIS dapat memberi fokus kepada urusan kepentingan umat Islam

yang lain seperti pembangunan harta wakaf, pusaka dan sebagainya.

2.2 Perubahan Nama dan Entiti PZS (MAIS) kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Perubahan nama PZS kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS) telah disempurnakan oleh

DYMM Sultan Selangor pada 31 Januari 2006 bersamaan 1 Muharram 1427H. Di antara

justifikasi penukaran PZS kepada LZS adalah bagi memberi imej baru kepada PZS dari segi

urusan kutipan dan agihan zakat yang telah mencapai RM100 juta setahun, di samping

membawa tanggungjawab yang lebih besar dari segi kutipan, pengagihan zakat,

perkhidmatan pelanggan dan organisasi keseluruhannya. Kesemua pengurusan, operasi dan

kepentingan PZS diserap terus kepada LZS termasuk kakitangan.

Jadual 1: Kronologi Penubuhan Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Tahun Peristiwa1994 Pusat Pungutan Zakat (PPZ -MAIS) mula didaftarkan dengan nama MAIS

ZAKAT Sdn Bhd1995 Memulakan operasi sepenuhnya meliputi penggunaan perisian komputer, resit

zakat berkomputer. Beroperasi di Seksyen 14, Petaling Jaya.1996 Nama Pusat Pungutan Zakat MAIS ditukar kepada Pusat Zakat Selangor (MAIS)

atau dikenali PZS (MAIS)1997 Ibupejabat PZS (MAIS) berpindah ke Seksyen 9 Shah Alam1998 Mendapat mandat Kutipan zakat fitrah dan padi. Pusat Agihan Zakat

diserapkan kedalam PZS (MAIS).2000 Ibu Pejabat PZS (MAIS) dipindahkan ke kompleks MAIS, Klang

Mendapat pengiktirafan MS ISO 9002.2004 Memindahkan lokasi ibu pejabat ke lokasi yang lebih strategik iaitu di

Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam. Menerima anugerah kualiti MS ISO 9001: 2000

2006 PZS (MAIS) bertukar kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah

(Pemerbadanan) 1952 melalui Surat Ikatan Amanah (Trust Deed) yang didaftar di Bahagian

Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri. LZS ditadbir melalui Lembaga Pemegang

Amanah (LPA) yang dilantik oleh MAIS dan buat masa ini seramai sepuluh orang Ahli

Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) telah dilantik yang terdiri daripada gabungan golongan

agama, akademik, korporat dan profesional.

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

Objektif penubuhan LZS ialah:

(a) Memperkasa pengurusan institusi zakat;

(b) Memaksimakan potensi kutipan zakat;

(c) Menangani dan membasmi kemiskinan;

(d) Meningkatkan syiar Islam dan membangunkan sosio ekonomi ummah;

(e) Memberi perkhidmatan pelanggan yang berkualiti.

Demi memantapkan perkhidmatan dan pengurusan LZS, aspek sumber manusia

sering dititikberatkan. Perkara ini amat penting agar LZS dapat memberikan perkhidmatan

yang terbaik kepada para pelanggannya. Sejajar dengan penambahan kakitangan akan

dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan. LZS bermula dengan sepuluh orang

kakitangan pada awal operasinya tahun 1995 (pada masa itu dikenali PZS) dan kini

mempunyai seramai 300 orang kakitangan keseluruhannya. Memandangkan LZS

melaksanakan perkhidmatan berhubungan manusia, maka program pembangunan modal

insan menjadi agenda utama LZS setiap tahun.

Bagi memantapkan pengurusan dan operasi LZS, LPA telah menubuhkan enam

Jawatankuasa dengan portfolio yang ditetapkan dan dipengerusikan oleh seorang ALPA.

Ahli-ahli Jawatankuasa ini terdiri di kalangan ALPA dan golongan pakar dari luar LZS, enam

jawatankuasa adalah seperti berikut:

(a) Jawatankuasa Operasi Kutipan Zakat.

(b) Jawatankuasa Operasi Agihan Zakat.

(c) Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan.

(d) Jawatankuasa Audit .

(e) Jawatankuasa Kewangan.

(f) Jawatankuasa Tender.

3. PENGURUSAN KUTIPAN ZAKAT DI SELANGOR

Semenjak ditubuhkan LZS telah menunjukkan peningkatan kutipan yang membanggakan.

Bermula dengan kutipan sebanyak RM7 juta pada tahun 1994, LZS telah berjaya mengutip

RM15.8 juta pada tahun 1995. Diikuti peningkatan kutipan sebanyak RM28.6 juta pada

tahun 1996. Manakala pada tahun 1997 kutipan zakat telah meningkat kepada RM31.3 juta

dan pada tahun 1998 hasil kutipan zakat LZS telah mencapai jumlah RM37.3 juta. Setelah

beroperasi hampir 15 tahun, LZS berjaya mencapai kutipan dan agihan zakat tertinggi di

Malaysia dengan kutipan tahun 2009 berjumlah RM283.7 juta dan agihan berjumlah

RM275.9 juta dengan bilangan pembayar seramai 155,000 orang.

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

3.1 Aktiviti Dakwah dan Penerangan

Aktiviti dakwah dan penerangan merupakan tunjang kepada LZS untuk mentarbiahkan

umat Islam khususnya golongan muda tentang zakat. Oleh itu pelbagai program dan aktiviti

diatur sepanjang tahun bertujuan untuk menyebarluaskan dakwah zakat kepada seramai

mungkin umat Islam di Selangor agar mewujudkan ummah yang arif tentang ibadah rukun

ini. Program dan aktiviti yang dijalankan itu diperincikan seperti berikut:

(a) Operasi Masjid (Khutbah)

Pembacaan khutbah tentang zakat telah dilaksanakan di masjid-masjid terpilih dan

disampaikan oleh khatib-khatib masjid serta khatib daripada LZS. Selain itu satu khutbah

juga ditulis khas untuk dibaca bersempena bulan Disember dan Ramadan. Di samping itu,

LZS juga telah melatih 15 khatib yang terdiri daripada kakitangan LZS. Latihan yang

diberikan telah berjaya menjadikan khutbah zakat itu disampaikan dengan lebih baik dan

berjaya menarik perhatian jemaah solat Jumaat.

(b) Ceramah dan Forum

Aktiviti ceramah telah diadakan secara puratanya sebanyak 15 kali dalam tempoh seminggu.

Ceramah diadakan termasuk melalui media seperti radio dan televisyen, masjid dan surau,

kilang-kilang, pejabat kerajaan dan swasta, pusat membeli belah serta taman-taman

perumahan. Di samping itu, beberapa aktiviti forum berjaya diadakan dengan kerjasama

surau, masjid dan majlis perbandaran yang terpilih.

(c) Program Bersama Jemaah Haji

Program ini merupakan program tahunan yang dijalankan oleh LZS dengan kerjasama

Lembaga Tabung Haji. Sebanyak 10 ceramah diadakan khusus untuk bakal jemaah haji.

Setiap ceramah memberi penekanan terhadap qada zakat dan juga wasiat untuk

menzakatkan harta sekiranya berlaku kejadian yang diingini ketika di tanah suci. Sepanjang

ceramah berlangsung, sebanyak 5,000 risalah, telah diedarkan kepada bakal haji.

3.2 Mengoptimumkan Kutipan Zakat Perniagaan

(a) Operasi Taksiran

Operasi taksiran merupakan operasi yang dijalankan dari semasa ke semasa sepanjang

tahun. Ia melibatkan aktiviti seperti taklimat di premis syarikat, rundingan zakat, taksiran

zakat syarikat dan kutipan zakat perniagaan di premis-premis perniagaan sepanjang tahun

merangkumi syarikat persendirian, subsidiari kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan

(GLC), koperasi, Pertubuhan Peladang Kawasan dan sebagainya.

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

(b) Seminar dan Bengkel Taksiran Zakat Perniagaan

Seminar dan Bengkel Taksiran Zakat Perniagaan ini diadakan khusus untuk syarikat-

syarikat yang berpotensi dan berminat untuk mengetahui dengan terperinci maklumat

berkenaan zakat perniagaan. Dalam bengkel tersebut, para peserta diberi penerangan

tentang cara pengiraan zakat perniagaan di samping pendedahan tentang isu-isu terkini

zakat perniagaan.

(c) Majlis Pembayaran Zakat

Majlis pembayaran ini diadakan bertujuan untuk meraikan pembayar zakat perniagaan di

LZS. Di dalam program ini, diadakan juga aktiviti pengagihan zakat bagi memberi peluang

pembayar-pembayar zakat melihat sendiri bagaimana pengagihan zakat dilaksanakan dan

siapa penerima-penerimanya. Beberapa sesi penerangan dan dialog di antara pembayar

zakat bagi bertukar-tukar pandangan.

(d) Pelantikan Ejen Cukai dan Firma Audit

Pelantikan Ejen Cukai dan Firma Audit sebagai ejen kutipan zakat khususnya zakat

perniagaan telah banyak membantu peningkatan kutipan zakat perniagaan syarikat. Mereka

yang dilantik akan mencadangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah syarikat-syarikat yang

menjadi pelanggan mereka berkaitan taksiran zakat perniagaan.

3.3 Operasi Pekeliling Kerajaan

Operasi Pekeliling Kerajaan ini adalah operasi Skim Potongan Gaji (Skim Berkat) kepada

kakitangan kerajaan berdasarkan pekeliling pembayaran zakat pendapatan menerusi

potongan gaji yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2004.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti taksiran zakat, penghantaran notis taksiran dan

taklimat yang memfokuskan agensi-agensi kerajaan di Negeri Selangor. Operasi Pekeliling

Kerajaan juga memainkan peranan besar dalam memberi impak yang cukup berkesan ke

atas kutipan zakat pendapatan di LZS. Secara dasarnya, operasi ini telah berjaya

meningkatkan bilangan pembayar melalui potongan gaji bagi sektor kerajaan daripada

12,569 orang pada tahun 2004 kepada 27,620 orang pada tahun 2005. Sementara itu,

pencapaian kutipan untuk zakat pendapatan juga telah meningkat sebanyak 18 peratus

daripada RM130.7 juta (2008) ke RM153.8 juta pada tahun 2009.

3.4 Memperluaskan Ejen Kutipan, Penolong Amil IPT dan Kaunter Zakat

LZS sentiasa menitikberatkan kemudahan kepada para pelanggannya. Justeru itu, LZS

menyediakan pelbagai alternatif pembayaran zakat dengan mengambil kira perkembangan

teknologi terkini, kemudahan yang disediakan oleh pesaing, pembayaran zakat dan lain-lain

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

kaedah terkini di pasaran yang boleh dimanfaatkan. Jumlah ejen kutipan LZS yang terkini

adalah sebanyak 13 ejen bank, pejabat pos,syarikat juruaudit dan ejen cukai. Bagi

perkhidmatan bank, pembayar zakat boleh membayar zakat melalui kaunter bank yang

terdapat di seluruh negeri Selangor yang dilantik, melalui perbankan internet, kad debit,

Maybank phonebanking, mesin deposit bank, SMS Bank Islam dan kad kredit Bank Islam

dan Ambank. LZS juga dari semasa ke semasa menambah bilangan kaunter zakat bagi

kemudahan umat Islam membayar zakat dengan 23 buah kaunter LZS di seluruh negeri

Selangor. Walaupun LZS telah menyediakan pelbagai kemudahan membayar zakat melalui

ejen kutipan bank dan pos, tetapi hampir 60 peratus pembayaran zakat adalah dari

perkhidmatan kaunter zakat LZS. Di samping itu, LZS juga telah melantik beberapa Institusi

Pengajian Tinggi (IPT) sebagai penolong amil bagi melaksanakan kutipan zakat melalui

potongan gaji di kalangan warga kerjanya dan melakukan sebahagian pengagihan zakat

kepada para pelajar dan warga kerjanya.

3.5 Skim Berkat

Skim Berkat adalah satu skim pembayaran zakat melalui potongan gaji dan buat masa ini

bilangan majikan yang telah menggunakan produk Skim Berkat ini adalah berjumlah 2,620

majikan dan bilangan pembayar zakat pula ialah seramai 101,482 orang. Di samping itu, LZS

turut menyediakan kemudahan e-majikan yang dibangunkan bertujuan untuk memberi

kemudahan tambahan kepada para majikan yang menyertai Skim Berkat. LZS juga

mengadakan kursus e-majikan bagi memberi kefahaman kepada majikan yang

menggunakan kemudahan ini Pelbagai aktiviti bertujuan untuk meningkatkan prestasi

kutipan melalui Skim Berkat diadakan yang melibatkan operasi seperti taklimat, pameran

dan pembukaan kaunter.

3.6 Operasi Promosi

Aktiviti promosi masih lagi menjadi tunjang utama dalam meningkatkan kesedaran berzakat

di kalangan masyarakat Islam Negeri Selangor. Melalui aktiviti promosi berterusan yang

dijalankan itu, LZS dapat membudayakan ibadah zakat di kalangan masyarakat Islam di

Selangor khususnya. Pelbagai bentuk promosi telah dilaksanakan sepanjang tahun bertujuan

untuk memperkasakan kutipan zakat. Aktiviti promosi ini bukan sahaja dijalankan di

peringkat ibu pejabat LZS tetapi juga melibatkan daerah. Aktiviti ini dipergiatkan lagi

terutamanya menjelang waktu puncak iaitu tiga bulan terakhir di hujung tahun (Oktober -

Disember).

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

(a) Kesetiaan Pelanggan

Kesetiaan pelanggan merupakan aspek yang amat dititikberatkan. LZS sentiasa memastikan

setiap pelanggan mendapat maklumat dan penghargaan yang sama bagi setiap individu.

Antara kaedah yang dilaksanakan termasuklah surat peringatan (Reminder) kepada

pembayar apabila tiba haul mereka pada setiap tahun. Tujuannya adalah untuk

mengingatkan para pembayar tentang zakat yang perlu mereka tunaikan.

(b) Promosi melalui media massa

Media massa juga turut memainkan peranan dalam memberi pendedahan dan informasi

tentang LZS kepada orang ramai. Oleh yang demikian, hebahan melalui media turut

dijalankan dalam usaha menyedarkan masyarakat tentang kepentingan berzakat. Antara

aktiviti promosi melalui media massa yang dilaksanakan sepanjang tahun ialah:

(i) Mengedarkan kenyataan akhbar kepada pihak media sekurang-kurangnya tiga kali

sebulan untuk melaporkan serta menyebarkan sebarang aktiviti atau program.

(ii) Mengadakan sesi sidang akhbar bagi aktiviti tertentu.

(iii) Temu bual khas dalam program-program di stesen TV seperti RTM, TV3,Astro dan

TV9.

(iv) Temu bual khas dalam slot-slot di stesen radio seperti Selangor FM dan IKIM.fm.

(v) Temu bual khas di majalah-majalah seperti Al-Islam (terbitan Kumpulan Utusan).

(vi) Membawa pihak media membuat lawatan ke projek-projek agihan zakat.

(c) Promosi melalui media-media lain

Sepanjang akhir tahun (Oktober hingga Disember), kain rentang digantung di lokasi yang

strategik di seluruh Selangor bagi tujuan promosi zakat. Manakala sebanyak 1,000 bunting

digantung bermula 15 Disember hingga 30 Januari setiap tahun di tiang lampu jalan utama

di seluruh negeri Selangor.

(d) Skuad Dakwah Zakat (SDZ)

Skuad Dakwah Zakat (SDZ) berperanan sebagai pasukan pemasaran LZS bagi menyebarkan

maklumat zakat yang merangkumi aspek kutipan dan agihan ke seluruh negeri Selangor. Di

samping itu ia juga berperanan sebagai salah satu medium dakwah zakat LZS. Menggunakan

tema ‘Sahabat Zakat Prihatin’, SDZ telah meletakkan sasaran program kepada seluruh umat

Islam di negeri Selangor. Ia dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu skuad kutipan dan

skuad agihan, aktiviti yang dijalankan termasuklah mengedarkan risalah, gotong-royong,

membaiki, melawat dan membersihkan rumah fakir miskin terpilih.

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

(e) Kuiz Zakat Online

Kuiz Zakat Online (KZOL) telah dilancarkan pada Ogos 2005 Ia bertujuan untuk

mempromosikan kaedah pembayaran zakat melalui internet. Penyertaannya terbuka kepada

pembayar zakat dan pembayar perlu menjawab soalan yang dikemukakan di laman web LZS

di www.e-zakat.com.my.

(f) Pameran

Aktiviti pameran merupakan salah satu promosi yang telah dijalankan bukan sahaja bagi

memberi maklumat tentang zakat tetapi juga memperkenalkan LZS kepada masyarakat.

(g) Operasi Tol

Sepanjang tahun beberapa operasi tol telah dijalankan melibatkan operasi di Lebuh Raya

Persekutuan PLUS,Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya KESAS dan

sebagainya. Sebanyak 50,000 flyers zakat diedarkan sepanjang operasi tersebut.

4. PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT DI SELANGOR

Zakat merupakan tunjang dalam pembelaan asnaf dan ummah. Lantaran itu, LZS akan

memastikan kutipan zakat di Selangor dapat dimaksimumkan dan diuruskan dengan baik,

telus dan menyeluruh dalam mengagihkannya kepada yang berhak. Agihan zakat diberi

kepada lapan asnaf sepertimana yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran, firman Allah SWT

yang bermaksud:

“Sesungguhnya zakat itu hanya untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus zakat (amil), muallaf yang dipujuk hati mereka, untuk memerdekakan hamba,orang-orang yang berhutang, orang-orang berjuang di jalan Allah, orang- orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai ketetapan yang diwajibkan Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Taubah 9: 60).

Pada dasarnya, zakat diagihkan kepada lapan asnaf iaitu asnaf fakir, miskin, amil,

muallaf, fisabilillah, riqab, gharimin dan ibni sabil, dan takrifnya adalah bersandarkan

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Objektif agihan zakat di negeri Selangor adalah seperti berikut;

(a) Melaksanakan agihan zakat sepertimana perintah Allah S.W.T.

(b) Menyalurkan agihan zakat dengan lebih efisien.

(c) Mewujudkan masyarakat seimbang dari segi ekonomi, rohani, duniawi dan ukhrawi.

(d) Mengurangkan kadar kemiskinan di negeri Selangor.

(e) Meningkatkan syiar Islam di negeri Selangor.

(f) Memberi keyakinan kepada pembayar-pembayar zakat dan masyarakat.

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

(g) Mempelbagaikan program agihan zakat sesuai dengan keperluan semasa asnaf.

LZS memberikan penekanan kepada lima program iaitu Program Pembangunan

Sosial, Program Pembangunan Ekonomi, Program Pembangunan Pendidikan, Program

Pembangunan Institusi Agama dan Program Pembangunan Insan. Melalui program

tersebut, LZS telah merangka agenda dalam membentuk asnaf yang bukan sahaja dapat

mengeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan, tetapi juga dapat memenuhi kehendak

rohani dan menjadi insan yang rabbani. Setiap program yang disusun ini akan memberi

keutamaan kepada tiga asnaf utama iaitu fakir, miskin dan mualaf. Pemilihan asnaf utama

ini dilaksanakan melalui jawatankuasa pemilihan yang ditubuhkan dan kelayakan asnaf

dinilai berdasarkan Haddul Kifayah yang ditetapkan.

4.1 Program Pembangunan Sosial

Di bawah Program Pembangunan Sosial, LZS bertanggungjawab memastikan tiada asnaf

yang mengalami masalah tempat tinggal, nafkah sara hidup serta mendapat peluang

pendidikan sebagaimana orang lain. Sehubungan dengan itu, pelbagai bentuk bantuan telah

disediakan bertujuan untuk memenuhi keperluan asasi dan sekali gus membolehkan asnaf

tersebut menjalani kehidupan yang lebih seimbang. Pada setiap tahun, LZS telah

membelanjakan hampir RM50 juta wang zakat di bawah program ini, antara bantuan-

bantuan yang diberikan termasuklah bantuan bina/baik pulih/sewa rumah, caruman skim

perlindungan takaful untuk fakir miskin, bantuan makanan dan kewangan bulanan,

Ramadan dan hari raya, bantuan kecemasan/runcit dan perubatan, bantuan untuk program

sempena Hari Kebesaran Islam (Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Ramadan), hari keluarga,

gotong-royong dan ziarah.

Berdasarkan kepada bantuan-bantuan yang disediakan oleh LZS maka berikut

adalah perincian berkenaan bantuan yang telah diberikan pada tahun 2009:

• Sebanyak 377 buah rumah telah dibina dan 461 buah lagi dibaik pulih oleh LZS.

• LZS telah meletakkan tanggungjawab kepada 90 buah pusat rawatan dialisis untuk

menerima para pesakit yang mendapat sumbangan bantuan rawatan dialisis daripada

LZS. Sepanjang tahun 2009, seramai 878 orang pesakit buah pinggang telah mendapat

tajaan tersebut.

• Seramai 8,648 asnaf fakir dan miskin telah menerima bantuan kewangan bulanan

sepanjang tahun 2009 dengan 359 orang.

• Seramai 7,234 orang asnaf fakir dan miskin telah menerima bantuan makanan bulanan

pada tahun 2009.

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

4.2 Program Pembangunan Ekonomi

Program Pembangunan Ekonomi adalah khusus untuk asnaf fakir,miskin dan muallaf, di

mana melalui program keusahawanan yang dilaksanakan oleh LZS merupakan jalan keluar

bagi menangani kemiskinan. Ibarat memberi ‘pancing’, ia bukan sahaja memberikan asnaf

fakir/miskin pendapatan lumayan, malah mendidik mereka menjadi insan yang berjaya di

dunia dan akhirat. Program ini juga adalah salah satu program utama agihan zakat yang

dilaksanakan oleh LZS selain pendidikan, sosial, pembangunan insan dan institusi agama.

Program keusahawanan ini sebagai salah satu mekanisme pengagihan wang zakat

kepada asnaf fakir/miskin dan muallaf merupakan proses jangka panjang, ia bukan sahaja

mengurangkan kadar kemiskinan malah membangunkan modal insan. Kemiskinan tidak

dapat diatasi dengan hanya memberi bantuan kebendaan dan wang ringgit semata-mata.

Maka LZS telah menggariskan pelaksanaan agihan wang zakat dengan cara mendidik,

memberi ilmu, membimbing dan membangunkan asnaf zakat berdasarkan potensi yang ada

pada mereka.

Faktor utama keberkesanan agihan zakat yang berdasarkan kajian (R&D) terbukti

program keusahawanan mampu meningkatkan taraf hidup asnaf fakir/miskin malah kaedah

yang sama juga dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam membangunkan taraf ekonomi

orang Melayu, dengan berniaga dan pembangunan insan. Faktor lain ialah kecenderungan

asnaf fakir/miskin itu sendiri. Berdasarkan pengalaman yang lepas, setiap asnaf fakir/

miskin ini tidak dapat meningkatkan pendapatan mereka,sekadar cukup makan dan terus-

menerus berada di kepompong kemiskinan. Permasalahan ini berlaku disebabkan oleh

beberapa perkara seperti berikut;

(i) Kekurangan modal,

(ii) Kekurangan ilmu keusahawanan,

(iii) Kekurangan ilmu pengurusan kewangan,

(iv) Kekurangan ilmu pemasaran, kualiti produk dan jenama,

(v) Kekurangan bimbingan dan pemantauan berterusan,

(vi) Tidak mempunyai jati diri dan watak usahawan, masalah sikap yang tidak komited

dan bersungguh-sungguh,

(vii) Kekurangan pengisian rohani dalam mengamalkan sifat-sifat terpuji seperti amanah,

jujur, ikhlas dan sebagainya.

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

Dalam hal ini, LZS telah mengambil pendekatan bagi menangani permasalahan

tersebut di antaranya ialah:

(i) Pemberian modal awal dan modal tambahan apabila terdapat perkembangan

perniagaan.

(ii) Setiap asnaf akan diteliti latar belakang dan kecenderungan mereka. Proses

pemilihan adalah agak ketat kerana LZS mahu memastikan hanya mereka yang

benar-benar layak sahaja dipilih. Layak dalam erti kata ada kebolehan,minat

berniaga dan keinginan untuk belajar serta kemampuan fizikal.

(iii) Memberi ilmu dan bimbingan kepada mereka sebelum dan semasa menjalankan

perniagaan.

(iv) Modal di antara RM2,000 hingga RM50,000 akan diberi setelah jenis perniagaan

(yang berpotensi) ditetapkan. Modal ini adalah modal hangus yang tidak perlu di

bayar balik dan bentuknya lebih berupa peralatan dan modal kerja seperti mesin,

barang keperluan perniagaan serta sewaan premis.

(v) Bagi kategori pertama (modal di antara RM500 – RM5,000) adalah asnaf fakir/

miskin yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti berniaga nasi lemak,

goreng pisang di gerai, mesin rumput dan sebagainya. Bagi kategori kedua

(modal melebihi RM5,000 – RM50,000) adalah asnaf fakir/miskin yang

menjalankan peniagaan berskala besar seperti membuka restoran, kedai dobi,

makanan tradisional, bengkel dan sebagainya.

(vi) Setiap asnaf yang terpilih akan diberi kursus asas perniagaan, termasuk

pengendalian kewangan dan motivasi sebelum memulakan perniagaan, diberi

latihan dan pemantauan, namun bagi kategori kedua, LZS akan memberi

bimbingan dan pemantauan yang lebih eksklusif.

(vii) Memberi ilmu kerohanian dan amalan ibadah seperti menanamkan sifat-sifat

terpuji dan menghindari sifat-sifat mazmumah.

Tujuan latihan ini adalah untuk memberi perubahan sikap, kemahiran dan ilmu

pengetahuan yang dapat memberi kepuasan serta peningkatan mereka. Ilmu yang diberi

bukan semata-mata ilmu dan kemahiran berniaga semata-mata tetapi diterapkan nilai-nilai

kerohanian Islam yang menekankan tanggungjawab sebagai seorang Islam, sifat-sifat

mahmudah seperti amanah, jujur, ikhlas dan sebagainya. Di samping itu, dorongan motivasi

juga ditekankan bagi memantapkan jati diri mereka. Di samping itu, LZS turut menubuhkan

Kumpulan Usahawan Asnaf Zakat (KUAZ) di mana ahli-ahlinya terdiri daripada asnaf yang

pernah menerima bantuan modal daripada LZS. Melalui KUAZ, LZS bertindak memantau

dan menjaga kepentingan ahli di samping membantu mempromosi serta menjenamakan

produk keluaran asnaf tersebut.

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

4.3 Program Pembangunan Pendidikan

Program Pembangunan Pendidikan merupakan keutamaan LZS dalam membantu asnaf

fakir dan miskin dalam aspek pendidikan. Kesedaran tentang peri pentingnya pendidikan ini

bukan sahaja diterapkan kepada ibu bapa tetapi juga membudayakannya di kalangan anak-

anak asnaf agar mereka sedar bahawa hanya dengan pendidikan mereka mampu berjaya

dalam hidup. Malah, program ini juga membuka peluang kepada anak-anak asnaf untuk

bersekolah ke peringkat yang lebih tinggi serta bebas daripada buta huruf. Pada setiap

tahun, LZS membelanjakan hampir RM15 juta wang zakat di bawah program ini. LZS

menyalurkan bantuan pendidikan seperti bantuan yuran persekolahan (mengikut kadar

yang telah ditentukan), kelengkapan persekolahan termasuklah pakaian, alat tulis, beg

sekolah, terutamanya kepada para pelajar di peringkat tadika, sekolah rendah dan sekolah

menengah. Buat masa ini, LZS telah menyumbangkan dermasiswa kepada 401 orang pelajar

yang mengikuti pengajian Islam dan perubatan di Mesir,74 orang pelajar yang mengikuti

pengajian di Jordan dan 23 orang pelajar yang mengikuti pengajian di Morroco.

4.4 Program Pembangunan Institusi Agama

Di bawah program ini, sejumlah besar zakat diperuntukkan bagi tujuan pembangunan

institusi agama seperti masjid, surau, sekolah dan surau sekolah di seluruh Selangor. Ini

bertujuan bagi menjamin kebajikan dan keselesaan, di samping mengatasi permasalahan

struktur bangunan, kerosakan agar pembinaan institusi agama dapat dilaksanakan dengan

sempurna. Bukan itu sahaja, malahan pembinaan dan baik pulih institusi agama ini akan

dipantau supaya menepati spesifikasi pembinaan, agar kualiti pembinaan benar-benar

terjamin demi keselesaan umat Islam. Pada setiap tahun, LZS membelanjakan hampir RM15

juta wang zakat di bawah program ini. Di antara bentuk agihan zakat di bawah program

pembangunan ini iaitu bantuan karpet dan peralatan masjid/surau dan sekolah agama serta

bantuan pembinaan/baik pulih masjid, surau, sekolah agama dan institusi agama luar

negara.

4.5 Program Pembangunan Insan

Program Pembangunan Insan ini diwujudkan khusus untuk asnaf fakir dan miskin sebagai

usaha untuk melahirkan golongan asnaf yang berkeyakinan, berdaya saing dan berilmu

melalui program-program yang berbentuk rohani, jasmani dan motivasi yang seimbang di

dunia dan akhirat. Pada setiap tahun, LZS membelanjakan hampir RM8 juta wang zakat di

bawah program ini yang diadakan dengan mensasarkan peserta terdiri daripada warga

emas, ibu bapa, ibu tunggal, bapa tunggal, belia, pelajar dan juga mahasiswa. Keberkesanan

modul program pembangunan ini juga sentiasa dipantau bagi memastikan hasrat untuk

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

mengeluarkan 10% kemiskinan relatif dengan pelbagai aktiviti disusun sepanjang tahun

iaitu:

Aktiviti/Program Kumpulan Sasar Program Tahsinul Ibadah Lelaki/wanita berumur 40 tahun ke atas Kursus Pembangunan Ibu Tunggal (Program Hijrahku)

Ibu tunggal berumur 55 tahun ke bawah dan mempunyai anak yang bersekolah

Program Pembangunan Keluarga Ibu bapaKursus Kemahiran Terapi Ibu tunggalKursus Masakan Komerial Lelaki & wanita (Dewasa)Kursus Kemahiran Jahitan Ibu TunggalKursus Pembangunan Belia Belia 18 – 40 tahunProgram Bina Insan Selangor Pelajar tingkatan 4 & 6Kem Remaja Cemerlang Generasi Gemilang

Pelajar tingkatan 1, 2 & 4

Kem Motivasi Pelajar Cemerlang Pelajar UPSRKem Motivasi Pelajar Cemerlang Pelajar PMRKem Motivasi Pelajar Cemerlang Pelajar SPMKem Kecemerlangan SPRA Pelajar yang menduduki SPRAKursus Keusahawanan Peserta penerima modalLawatan Seminar Bengkel Ibu tunggal/pelajarProgram Anak/Keluarga Angkat Semua golongan sasar

5. PROJEK-PROJEK AGIHAN ZAKAT

LZS juga melaksanakan agihan Zakat dalam bentuk projek bagi memastikan pengagihan

Zakat dapat dipaparkan dan ia membantu meningkatkan keyakinan umat Islam iaitu:

(a) D’Asnaf Kraf merupakan salah satu projek asnaf yang diusahakan dengan konsep

'Homebase' sebagai salah satu usaha untuk menambah pendapatan asnaf fakir dan

miskin. peserta-pesertanya terdiri dari kaum wanita yang majoritinya ibu-ibu

tunggal. Projek ini telah dimulakan secara kecil-kecilan sejak tahun 2003 dan produk

yang mula-mula dihasilkan adalah kraf tangan dari kertas terpakai (surat khabar dan

majalah). Selain itu, produk seperti tasbih dan aksesori wanita telah mula dihasilkan.

Di antara objektif projek ini ialah membantu menambah pendapatan melalui

aktiviti Homebase dan membentuk jati diri asnaf dalam melahirkan usahawan kraf

dalam usaha meningkatkan taraf hidup.

(b) Bengkel Jahitan, LZS telah menubuhkan lima bengkel jahitan. Setiap bengkel

mempunyai antara 10-15 orang peserta yang terdiri dari asnaf miskin. Mereka adalah

kaum wanita yang dengan tanggungan keluarga yang tinggi, juga ibu-ibu tunggal

yang tidak mempunyai pendapatan lain. Peserta-peserta ini ditugaskan untuk

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

menjahit pakaian seragam sekolah bagi tujuan agihan kepada anak-anak fakir miskin

yang lain.

(c) Pusat Latihan Asnaf Zakat (PULAZ) merupakan sebuah pusat latihan asnaf

yang tersendiri, yang mampu untuk mengurus dan mengendalikan sejumlah

golongan asnaf tajaan Lembaga Zakat Selangor yang terpilih untuk mengikuti kursus

atau program-program yang telah direncanakan oleh pihak pengurusan sepanjang

tahun. PULAZ berjaya mengendalikan program dan kursus untuk golongan asnaf

yang merangkumi pelbagai aspek seperti Kursus Asas Keusahawanan, Hijrah Kerjaya

serta Syukur Asnaf.

(d) Darus Salamah (Rumah Perlindungan Orang Tua) diwujudkan untuk

menempatkan warga emas perempuan yang kurang bernasib baik atau tersisih dari

keluarga kerana belenggu kemiskinan. Selain tempat perlindungan, mereka juga

diberi pengisian rohani dan jasmani untuk memanfaatkan usia tuanya kepada

perkara yang terbaik.

(e) Perkhidmatan Dobi adalah satu inovasi terkini dari Lembaga Zakat Selangor

(MAIS) ialah mewujudkan satu Pusat Perkhidmatan Dobi yang dikendalikan

sepenuhnya oleh asnaf dan dipantau oleh LZS. Dengan moto “Bersih & Suci”

diharapkan usaha mewujudkan Pusat Perkhidmatan Dobi untuk projek asnaf ini

dapat membantu mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.

(f) Desa Ehsan dan Desa Kasih adalah sebuah penempatan kelompok asnaf fakir/

miskin yang diwujudkan sejak tahun 1998 di beberapa daerah negeri Selangor. Buat

masa terdapat hampir 500 unit rumah telah dibina berbentuk rumah sebuah dan

kembar. Mereka yang terpilih mendiami penempatan adalah mereka yang tidak

mempunyai tanah untuk mendirikan rumah dan mempunyai tanggungan yang

ramai.

(g) Asrama Baitul Hasanah adalah asrama anak-anak asnaf fakir/miskin yang

didirikan oleh LZS bagi menangani keciciran pendidikan anak-anak asnaf fakir/

miskin khususnya di peringkat umur 8 hingga 12 tahun. Buat masa ini terdapat dua

buah asrama Baitul Hasanah di Kuala Selangor dan Hulu Selangor. LZS merancang

untuk membina asrama ini di setiap daerah yang boleh menempatkan 30 hingga 40

orang penghuni. LZS juga telah membina sebuah Kompleks Asrama Pusat yang boleh

menempatkan 200 orang anak-anak asnaf fakir/miskin di Klang.

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

6. ISU DAN CABARAN DARI ASPEK PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

6.1 Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

Dalam melaksanakan tanggungjawab mengurus institusi zakat, pengurusan dan

pembangunan sumber manusia adalah penting bagi memastikan perkhidmatan pelanggan

kepada umat Islam dapat dilaksanakan terbaik seiring dengan syarikat-syarikat

konglomerat. Dari segi pengurusan, usaha mengenal pasti jumlah warga kerja yang

diperlukan mesti selari dengan keperluan sebenar sama ada dari segi kutipan mahupun

agihan zakat, buat masa ini tiada institusi yang hampir sama operasinya dengan LZS yang

boleh dijadikan rujukan atau perbandingan. Meskipun LZS telah mempunyai seramai 300

orang warga kerja, tetapi LZS masih dalam proses membuat kajian dan mengenal pasti

keperluan sebenar sumber manusia bagi memenuhi tanggungjawab mengutip dan

mengagihkan zakat berikutan peningkatan jumlah kutipan dan agihan zakat pada setiap

tahun. Di samping itu, keperluan sumber manusia di peringkat sokongan juga penting

seperti teknologi maklumat, kewangan, undang-undang, audit dalam dan sebagainya. Begitu

juga soal pengurusan perkhidmatan dan kebajikan warga kerja, LZS mengambil berat

perkara berkenaan bagi memastikan warga kerjanya dapat menjalankan tanggungjawab

sebagai amil dengan sempurna dan efisien. Manakala dari segi pembangunan sumber

manusia, LZS menitik beratkan soal peningkatan kemahiran, ilmu akademik dan pengisian

rohani dengan pelbagai program dan kursus. Dalam peningkatan ilmu akademik, LZS telah

menyediakan skim cuti belajar, pinjaman qardhul Hassan dan dermasiswa. LZS perlu

berkorban mengizinkan warga kerjanya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi

sama ada pengajian separuh masa atau sepenuh masa,meskipun banyak tanggungjawab

yang perlu dilaksanakan, tetapi demi keperluan masa depan organisasi, persiapan

peningkatan ilmu dan kemahiran warga kerjanya mesti dilakukan.

6.2 Pengurusan Kewangan

Dalam memastikan tanggungjawab mengurus kutipan dan agihan zakat dilaksanakan

dengan berkesan, cabaran yang dihadapi adalah bagaimana memastikan sistem pengurusan

kewangannya adalah yang terbaik sama ada dari segi penyediaan bajet, pengurusan aliran

wang tunai, perakaunan dan sebagainya. Bagi tujuan itu Jawatankuasa Kewangan

ditubuhkan oleh LPA dan mereka memainkan peranannya bagi memastikan pemantauan

pengurusan kewangan dapat dilakukan mengikut standard yang ditetapkan. Cabaran dari

segi pengurusan kewangan ialah kutipan zakat hanya meningkat begitu tinggi pada dua

bulan sahaja iaitu pada bulan Ramadhan dan Disember pada setiap tahun, pada masa yang

sama LZS mempunyai komitmen agihan zakat yang mesti dilakukan pada setiap bulan

seperti bantuan kewangan/makanan bulanan asnaf fakir/miskin, bantuan dialisis, bantuan

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

elaun guru KAFA dan sebagainya. Sebagai contoh, agihan zakat di negeri Selangor pada

bulan Januari hingga Mei tahun 2010 melebihi dari jumlah kutipan zakat pada tempoh yang

sama iaitu agihan berjumlah RM120 juta berbanding kutipan berjumlah RM95 juta.

Beberapa strategi telah disusun bagi menangani cabaran tersebut oleh pihak pengurusan

LZS.

Cabaran kedua pula ialah pada pandangan masyarakat seolah-olah wujud wang zakat

yang tidak diagihkan pada penutupan tahun kewangan 31 Disember pada setiap tahun.

Keadaan yang sebenarnya berlaku peningkatan kutipan zakat yang tinggi pada bulan

Disember kerana umat Islam membayar zakat bagi mendapatkan rebet cukai pendapatan

sebelum 31 Disember pada setiap tahun. Sebagai contoh, kutipan zakat di negeri Selangor

pada tahun 2009 ialah RM283.7 juta dan agihan zakat ialah RM275.9 juta, manakala

kutipan zakat pada bulan Disember pula ialah RM67.6 juta. Ia menunjukkan terdapat wang

zakat tidak diagihkan berjumlah RM7.8 juta pada tahun 2009, sedangkan sebenarnya wang

zakat tersebut ‘belum diagihkan’ berikutan kutipan zakat tersebut diterima pada hari

terakhir bulan Disember. Walau bagaimanapun, pada tahun 2010 ini pihak LZS telah

meningkatkan unjuran bajet agihan zakat berbanding sasaran kutipan zakat RM300 juta.

6.3 Pemantapan Sistem Teknologi Maklumat

Pemantapan sistem teknologi maklumat adalah suatu perkara yang mesti dilaksanakan oleh

mana-mana organisasi yang ingin mencapai kecemerlangan. Bagi mendapatkan sistem

teknologi maklumat yang terbaik dan terkini, sudah pasti melibatkan kos yang tinggi. Ia

menjadi cabaran kepada LZS untuk menampung kos tersebut dan pelaburan perlu dilakukan

bagi mendapatkan sistem teknologi maklumat yang terbaik. Dengan pelaburan pada masa

kini, ia akan memudahkan segala urusan pengurusan kutipan dan agihan zakat di negeri

Selangor bagi jangka panjang. Di samping pelaburan kewangan, cabaran untuk memastikan

mendapatkan dan membangunkan sistem teknologi maklumat yang terbaik dan efisien.

Berikutan itu, LZS telah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu teknologi Maklumat yang

melibatkan golongan pakar dan profesional dalam teknologi maklumat bagi membangun

dan memantau sistem teknologi maklumat.

6.4 Meningkatkan Kawalan Dalaman

Aspek kawalan dalaman adalah salah satu cabaran di dalam menguruskan dana yang

berjumlah ratusan juta ringgit. Oleh itu Jawatankuasa Audit di peringkat ALPA dibentuk

bagi memantau operasi kewangan, pengurusan dan membantu memperkemaskan polisi–

polisi berkaitan kewangan. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab dalam mengkaji

kecekapan operasi LZS khususnya yang berkaitan dengan bidang risiko utama. Tenaga

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

mahir dan pengalaman amat penting bagi melaksanakan proses pengauditan dapat

dilakukan dengan berkesan. Bagi memastikan semuanya adalah di dalam baik dan terkawal,

proses pengauditan perlu dilakukan dengan konsisten sepanjang tahun yang memfokuskan

kepada kewangan dan pengurusan LZS, iaitu;

(a) Audit Pengurusan dan Kewangan yang dilaksanakan oleh Unit Audit Dalam.

(b) Audit Kualiti Dalaman yang dilaksanakan oleh Pasukan Audit Kualiti.

(c) Audit Kepatuhan (Compliance) yang dilakukan oleh Pasukan SIRIM.

(d) Audit Kewangan yang dilakukan oleh Jabatan Audit Negara dan Audit Luar.

(e) Audit Dalaman MAIS yang dilaksanakan oleh Pasukan Audit Dalam MAIS.

6.5 Memastikan Pengagihan Zakat Dilaksnakan pada Tahun Semasa

Cabaran seterusnya adalah pihak pengurusan LZS perlu memastikan prinsip utama kepada

asas belanjawan dipatuhi iaitu setiap kutipan zakat semasa mesti dihabisi bagi tahun yang

sama. Bagi memastikan perkara yang berkenaan belanjawan zakat yang dilaksanakan di LZS

adalah berasaskan belanjawan berimbang. Namun begitu ia perlu mengambil kira

keperluan dana pusingan awal bagi menampung operasi suku pertama tahun berikutnya.

Berikutan kutipan zakat yang secara konsisten setiap tahun didominasi pada bulan

Disember maka wang zakat yang belum digunakan adalah sesuatu yang biasa dicatatkan

oleh LZS. Justeru satu jawatankuasa dibentuk yang dipengerusikan Setiausaha MAIS bagi

memperuntukkan wang zakat tersebut kepada projek–projek yang ingin dibangunkan dan

memberi manfaat penuh kepada asnaf zakat.

7. ISU DAN CABARAN DARI ASPEK PUNGUTAN ZAKAT

7.1 Fahaman Tradisional Masyarakat Tentang Pembayaran Zakat

Zakat merupakan ibadah yang telah disyariatkan sejak awal Islam iaitu sejak 1400 tahun

dahulu. Ibadah zakat ini telah melalui proses evolusi yang bermula daripada zaman

Rasulullah, para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in hinggalah Islam sampai ke Nusantara di zaman

kesultanan Melaka. Pelbagai generasi ulama telah menyesuaikan ibadah zakat dengan

zaman masing-masing dan proses ini berterusan sehingga kini. Sehubungan itu, di sebalik

usaha institusi zakat memperkenalkan pelbagai pembaharuan dalam komteks pengurusan

zakat, ia tidak boleh lari daripada fahaman tradisional umat Islam yang kerap berpegang

kepada amalan lama yang menyukarkan pendekatan baru terhadap pembayaran zakat.

Fahaman tradisional ini terbahagi kepada dua iaitu dari aspek pengiraan zakat dan

kedua dari aspek kaedah pembayaran zakat. Cabaran fahaman tradisional umat Islam di

Malaysia dari aspek pengiraan zakat adalah mereka sukar menerima harta-harta baru yang

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

dikenakan zakat seperti zakat pendapatan atai zakat mal-mustafad. Apabila mereka merujuk

kepada kitab-kitab lama, zakat pendapatan ini tidak dinyatakan oleh kebanyakan kitab yang

muktabar dan ulama-ulama terdahulu. Pendapatan yang dikenakan zakat ini termasuklah

gaji, bonus, pendapatan bebas, komisen, royalti dan lain-lain hasil daripada usaha yang baik.

Institusi zakat perlu bijak menangani isu ini bagi memastikan potensi kutipan zakat dapat

dioptimumkan dan golongan yang layak menunaikan zakat akan menunaikan kewajipan

mereka.

Fahaman tradisional umat Islam yang memberikan cabaran kepada institusi zakat

adalah dari aspek kaedah bayaran. LZS memperkenalkan pelbagai kaedah bayaran zakat

selain kaedah tradisional iaitu pembayaran melalui potongan gaji dan pembayaran melalui

elektronik seperti internet, mesin ATM, kad kredit dan sebagainya. Sebahagian masyarakat

masih tidak boleh menerima kaedah ini kerana mereka rasa seolah-olah pembayaran zakat

mereka tidak sah jika tiada keadaan ijab dan qabul sebagaimana pembayaran zakat yang

dilaksanakan di kaunter-kaunter. Bagi menangani fahaman tradisional ini, LZS meneruskan

usaha dakwah dan penerangan yang dibuat agar akhirnya keseluruhan umat Islam akan

dapat menerima perubahan yang ada.

7.2 Wujud Jurang di antara Fatwa Sedia Ada dengan Permasalahan Ummah untuk Membayar Zakat

Dr. Yusuf Qaradawi mengupas dengan jelas tentang keperluan fatwa zakat yang

kontemporari dengan meletakkan peluasan sumber zakat sebagai syarat pertama yang boleh

menjamin kejayaan zakat dalam aplikasi semasa adalah dengan memperluaskan ruang

kewajipan berzakat. Beliau berpendapat setiap harta yang berkembang boleh dikenakan

zakat meskipun Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah menyebutnya dengan terperinci.

Pendapat ini tentunya berbeza dengan pendapat para ulama yang mengambil pendekatan

mengambil ayat al-Quran mahupun hadis tanpa ta’wil dan menggunakan qiyas dalam

menyatakan pendapat mereka dalam isu kewajipan berzakat seperti Ibn Hazm dan yang

sependapat dengannya yang berpandangan bahawa zakat hanya diwajibkan ke atas lapan

jenis harta yang pernah dikutip zakatnya oleh Rasulullah s.a.w. Dalam kitab al-Muhalla,

beliau menyebut bahawa jenis harta tersebut adalah unta, lembu, kambing, gandum, biji

gandum, kurma, perak dan emas. Bahkan Ibn Hazm berpendapat anggur kering pun tidak

diwajibkan zakat kerana hadisnya tidak sahih.

Tetapi dari segi realitinya kini bentuk kekayaan manusia telah berubah. Ekonomi

manusia kini telah berubah daripada berasaskan pertanian kepada perkhidmatan dan

perindustrian. Perubahan ini menjadikan golongan yang kaya bukan lagi para petani,

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

penternak tetapi konglomerat yang memegang pelbagai jawatan tinggi sebagai ahli lembaga

pengarah syarikat, ketua operasi eksekutif, pengurus besar, presiden syarikat hinggalah

kepada golongan eksekutif dan pegawai. Malah bentuk kekayaan manusia juga telah berubah

daripada berasaskan emas dan perak kepada pelaburan-pelaburan yang kompleks.

Banyak persoalan hukum yang perlu dijawab dan ia memerlukan komitmen para

cendekiawan menjalankan kajian agar fatwa zakat adalah lebih kontemporari dan mampu

mengejar segala permasalahan ummah yang semakin kompleks.

7.3 Potensi Kutipan Zakat Masih Luas

Berdasarkan kepada statistik penduduk Islam di negeri Selangor terdapat seramai 1.3 juta

penduduk Islam yang berumur 25 tahun ke atas. Selain itu berdasarkan kepada bilangan

syarikat yang aktif di negeri Selangor yang diperoleh daripada Suruhanjaya Pendaftaran

Syarikat, terdapat sebanyak lebih kurang 20,000 buah syarikat aktif (angka ini tidak

termasuk syarikat yang berdaftar sebagai perniagaan tunggal). Individu dan syarikat ini

merupakan populasi yang berpotensi untuk menunaikan zakat. Berdasarkan kepada purata

pembayaran zakat pada tahun 2006, purata bayaran zakat individu adalah RM1,129.54 dan

purata pembayaran zakat syarikat adalah RM5,513.29 dan ini menjadikan potensi kutipan

zakat di negeri Selangor adalah RM1.2 billion! Untuk maklumat lanjuk sila rujuk Jadual 2 di

bawah:

Jadual 2: Potensi Kutipan Zakat dengan Andaian 100% Populasi Layak Berzakat

Populasi Purata Bayaran (RM) Potensi (RM) Individu 1,316,864 orang 1,129.54 1,213,891,556,147 Syarikat 20,000 buah syarikat 5,513.29 110,265,800

JUMLAH 1,214,001,821,947

Angka ini adalah satu angka yang ekstrem kerana realiti sebenar adalah tidak semua

golongan dewasa dikenakan zakat begitu juga dengan syarikat. Terdapat golongan yang tidak

layak membayar zakat kerana harta mereka belum memcapai kadar minima yang diwajibkan

zakat. Malah terdapat golongan yang fakir dan miskin yang terdiri daripada golongan yang

layak menerima zakat. Dengan andaian bahawa hanya 30 peratus sahaja yang layak

membayar zakat, jumlah zakat yang sepatutnya dikumpulkan adalah RM479 juta. Ini adalah

angka yang realistik dan munasabah untuk dicapai (Sila rujuk Jadual 3 di bawah).

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

Jadual 3: Potensi Kutipan Zakat dengan Andaian 30% Populasi Layak Berzakat

Populasi (30% Layak Berzakat) Purata Bayaran (RM) Sasaran Kutipan (RM) Individu 395,059 orang 1,129.54 446,235,168.77 Syarikat 6,000 buah syarikat 5,513.29 33,079,740.00

JUMLAH 479,314,908.77

Cabaran yang dihadapi berdasarkan kepada dapatan potensi ini adalah analisa

jurang di antara potensi dan pencapaian sebenar. Berdasarkan kepada prestasi tahun 2010,

berikut adalah jurang yang diperolehi:

Jadual 4: Jurang Potensi dan Pencapaian Sebenar Kutipan Zakat di Selangor

Kategori Pembayar Pencapaian Potensi Jurang Pencapaian (%) Individu 155,000 395,059 240,059 39.24 Syarikat 2,000 6,000 4,000 33.33

Berdasarkan kepada potensi kutipan zakat, cabaran yang perlu ditangani adalah

usaha gigih bagi mencapai ke arah RM479 juta di mana sehingga tahun 2010, jumlah

kutipan harta yang diraih adalah sebanyak RM273 juta iaitu dengan 57% pencapaian. Oleh

itu, sebanyak RM206 juta lagi perlu dicari bagi mencapai sasaran tersebut (rujuk Carta1 di

bawah).

Carta 1: Pencapaian Sebenar Berbanding Baki Potensi Kutipan Zakat Harta

7.4 Perbezaan Pengiraan Nisab antara Negeri-negeri

Malaysia bukan merupakan sebuah negara yang besar dengan 14 buah negeri yang

mempunyai pendekatan tersendiri di dalam memungut zakat. Pendekatan ini menghasilkan

kaedah pelaksanaan yang tidak seragam dan fenomena ini merupakan satu cabaran lantaran

masyarakat kerap kali keliru dengan kaedah yang digunakan. Kekeliruan ini amat ketara

bagi negeri-negeri yang bersempadan terutama di antara negeri Selangor dengan Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur. Berikut adalah contoh perbezaan:

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

(a) Perbezaan Kadar Nisab

Bil Negeri Nisab (RM)1 Wilayah Persekutuan 9 300 002 Selangor 9 000 003 Melaka 9,430.004 Negeri Sembilan 9 350 005 Terengganu 9 196 80

(b) Perbezaan Kadar Zakat Fitrah

Berikut adalah kadar zakat fitrah di seluruh negeri di Malaysia:

Bil Negeri Kadar (RM)1 Wilayah Persekutuan 7.002 Kedah 7 003 Pahang 7 004 Perak 7.005 Selangor 7 006 Pulau Pinang 7 007 Terengganu 5.00/7.00/8.008 Johor 5 00/7 709 Kelantan 6 8010 Melaka 6.3011 Negeri Sembilan 6 5012 Perlis 6 0013 Sarawak 6.0014 Sabah 6 60

Usaha berterusan dijalankan oleh Sekretariat Pusat Zakat Negeri-negeri (SPZN) bagi

memastikan jurang yang ada dapat didekatkan. JAWHAR juga telah dan sedang mengambil

tindakan berkaitan isu ini.

7.5 Pengagihan Zakat Sendiri

Cabaran yang besar yang dihadapi oleh institusi zakat adalah sikap pembayar yang gemar

mengagihkan sendiri zakat mereka. Fenomena agih zakat sendiri ini bukan sahaja

melibatkan individu-individu tetapi juga syarikat-syarikat gergasi yang wujud di negara ini.

Terdapat juga golongan yang mengagihkan keseluruhan wang zakat mereka, namun terdapat

juga yang mengagihkan sendiri hanya sebahagian. Tiada statistik khas yang dapat

dikeluarkan bagi mengetahui tahap amalan ini. Terdapat juga golongan yang tampil ke

kaunter LZS hanya untuk mendapatkan khidmat pengiraan zakat dan mereka dengan jelas

mengatakan yang mereka akan mengagihkan sendiri zakat yang dikira kepada golongan

yang memerlukan.

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

Di dada-dada akhbar juga kita kerap dipaparkan mengenai syarikat-syarikat yang

mengadakan majlis agihan zakat kepada asnaf-asnaf yang mereka dapati layak. Perkara ini

akan menjadi lebih rancak menjelang bulan Ramadan. Terdapat juga institusi, NGO atau

juga individu yang menjadi ‘amil’ tidak bertauliah yang mengumpul zakat daripada individu

atau syarikat dengan menggunakan kekuatan ‘nama’ masing-masing untuk mengagihkan

kepada asnaf tertentu. Pembayar membayar atas dasar kepercayaan tanpa dokumen yang

sah.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah jelas mengatakan bahawa amalan ini adalah sah

tetapi berdosa. Malah amalan ini merupakan satu ketirisan di dalam melaporkan jumlah

zakat yang dikeluarkan sedangkan institusi zakat amat memerlukan statistik sebenar tentang

pembayaran zakat oleh orang ramai. Satu pendekatan yang lebih strategik diperlukan bagi

mengatasi masalah ini agar ia tidak berleluasa walaupun pastinya amalan ini tetap akan

berterusan.

7.6 Peruntukan Undang-undang yang Longgar

Aspek perundang merupakan satu cabaran juga dalam memungut zakat. Peruntukan sedia

ada iaitu di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor hanya menggariskan

tentang kewajipan umum untuk membayar zakat dan zakat fitrah. Selain itu, Enakmen

Jenayah Syariah hanya menggariskan denda yang boleh dikenakan jika tidak membayar

zakat. Peruntukan yang umum ini tidak memberi kuasa yang jelas kepada institusi zakat

menjalankan tugas mereka di samping ia membuka ruang yang luas untuk umat Islam tidak

menunaikan zakat secara formal.

Bagi mengatasi masalah ini, MAIS melalui LZS telah berusaha mewujudkan

Peraturan-peraturan Zakat dan Fitrah Negeri Selangor. Peraturan ini di dalam peringkat

proses mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor sebelum diwartakan. Peraturan ini

dijangka boleh membantu LZS di dalam melaksanakan tugasnya agar lebih mantap dan

berkesan. Peraturan ini diharap akan dapat membantu mendisiplinkan umat Islam agar

menunaikan zakat dengan tepat sama ada dari aspek pengiraan zakat, pengagihan zakat dan

melaksanakan ibadah zakat secara konsisten.

7.7 Tiada Rebet Zakat Perniagaan

Rebet merupakan satu insentif yang sangat menarik bagi membayar zakat. Rebet zakat

pendapatan yang kini dinikmati oleh individu memberikan ruang kepada pembayar zakat

tanpa membuatkan mereka merasa terbeban. Masalah kini yang dihadapi adalah bagi

pembayaran zakat perniagaan yang dibayar oleh para syarikat. Dengan tiadanya rebet zakat

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

perniagaan, entiti korporat terpaksa membayar dua kali iaitu zakat dan cukai. Usaha untuk

mendapatkan rebet zakat perniagaan ini dilaksanakan secara berterusan dengan menjadikan

topik ini sebagai subjek perbincangan semasa Persidangan Zakat dan Cukai dan beberapa

kertas cadangan telah dikemukakan kepada pihak berwajib terutama kepada jawatankuasa

yang terlibat dengan penyediaan belanjawan tahunan negara. Usaha ini perlu diteruskan

kerana rebet yang dimohon tidak seperti yang dinyatakan di dalam Akta Cukai Pendapatan

tetapi ia dihadkan kepada peratusan tertentu daripada harta bersih syarikat yang berkenaan.

8. ISU DAN CABARAN DARI ASPEK AGIHAN ZAKAT

8.1 Pembasmian Kemiskinan

Isu pengagihan zakat telah banyak diperkatakan dan dibincangkan ketika ini, sebahagian

masyarakat tidak yakin dengan pengagihan zakat yang dilakukan oleh institusi zakat

khususnya dalam konteks pembasmian kemiskinan. Di pihak institusi zakat sendiri

khususnya LZS, pelbagai bantuan telah disalurkan bagi memastikan asnaf fakir miskin

mendapat pembelaan sewajarnya seperti bantuan kewangan/makanan bulanan, bantuan

pendidikan, bantuan rumah malah aktiviti-aktiviti ekonomi asnaf telah banyak dilakukan

bagi memastikan peningkatan sosio ekonomi di kalangan asnaf.

Agenda pembasmian kemiskinan telah menjadi agenda nasional dan pihak kerajaan

sendiri telah melakukan pelbagai program pembasmian kemiskinan melalui pelbagai agensi

sejak merdeka lagi seperti rancangan FELDA, FELCRA dan sebagainya. Terdapat program

pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan berjaya mencapai

matlamatnya dan ada sebahagiannya kurang mencapai matlamatnya ekoran pelbagai

masalah dan cabaran yang dihadapi oleh agensi berkaitan sama ada dari segi permasalahan

golongan sasar mahupun keberkesanan program tersebut. Begitu jugalah yang dihadapi oleh

LZS dalam melaksanakan agihan zakat, terdapat pelbagai permasalahan dan cabaran yang

perlu dihadapi khususnya dalam melaksanakan program pembasmian kemiskinan yang

menjurus memastikan setiap asnaf fakir dan miskin itu berdikari dan berusaha keluar dari

kepompong kemiskinan.

Walaupun banyak cabaran yang perlu dilalui, usaha dan tawakal kepada Allah S.W.T

perlu digembleng bagi memastikan agihan zakat dilaksanakan dengan berkesan dan berjaya

dalam menjadikan asnaf berdikari. Antara cabaran yang dihadapi oleh LZS sendiri dalam

menghadapi golongan sasar (asnaf fakir/miskin/muallaf) ialah;

(i) Sikap asnaf sendiri yang sentiasa mahu dibantu oleh institusi zakat dan tidak mahu

berdikari serta sentiasa mengharapkan bantuan saban tahun.

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

(ii) Kesulitan dalam penentuan fakir/miskin/muallaf: walaupun menggunakan garis

panduan, masih terdapat keraguan dalam penerimaan maklumat. Sebagai contoh

pemohon yang melepasi Had Kifayah tetapi masih dalam keadaan susah dan muallaf

yang memohon bantuan muallaf sedangkan tempoh telah tamat.

(iii) Permasalahan di kalangan asnaf yang hendak berniaga, tetapi tiada pengalaman dan

memerlukan modal yang besar; beberapa proses tapisan perlu dilakukan untuk

menentukan kelayakan mereka, justeru mereka perlu bermula dari awal dengan

menghadiri kursus dan baru diberi bantuan.

(iv) Terdapat juga asnaf yang telah diberi bantuan modal tetapi gagal meneruskan

perniagaannya dan memohon bantuan untuk perniagaan yang lain.

(v) Terdapat penerima yang tidak menghargai atau bersyukur di atas bantuan yang

diberikan sebagai contohnya mereka menjual peralatan bantuan perniagaan yang

diberi, tidak menjaga kebersihan rumah yang diberikan dan sebagainya.

(vi) Terdapat asnaf yang mengharapkan semata-mata bantuan kewangan atau makanan

bulanan tanpa mahu berusaha mencari pendapatan.

(vii) Terdapat asnaf yang tidak memanfaatkan bantuan yang diberi dengan sewajarnya

dengan menggunakannya kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah.

(viii) Sebahagian ibu bapa yang tergolong dalam asnaf ini tidak memberi perhatian kepada

anak-anak mereka yang telah diberi bantuan pendidikan.

(ix) Terdapat pemohon bantuan Zakat yang tidak bersikap jujur dan benar dalam

melaporkan maklumat yang diberikan.

8.2 Pengagihan Zakat Khusus untuk Asnaf Fakir/Miskin

Terdapat sebilangan umat Islam menganggap bahawa agihan zakat hanya untuk membantu

asnaf fakir dan miskin, tidak wajar diagihkan kepada keperluan lain dari asnaf fisabilillah

yang boleh dibantu oleh pihak kerajaan mahupun agensi-agensinya, sebagai contoh

pembayaran elaun guru KAFA, elaun Ahli Jawatankuasa masjid, pembinaan atau baik pulih

institusi agama seperti sekolah agama,surau dan masjid. Berikutan persepsi itu, ada

kalangan mereka membuat bayaran zakat sendiri kepada asnaf fakir/miskin, tanpa

memikirkan bahawa agihan yang dilakukannya hanya melibatkan dua asnaf saja dari lapan

asnaf.

8.3 Hanya Institusi Zakat Dipertanggungjawabkan kepada Isu Kemiskinan

Sejak akhir-akhir ini telah wujud satu persepsi masyarakat bahawa apabila berlaku kes-kes

melibatkan kemiskinan di kalangan umat Islam sama ada yang dipapar dalam media

elektronik, media cetak atau sebaliknya, institusi zakat akan dipertanggungjawabkan dan

situasi ini berbeza pada 10 tahun dahulu. Institusi zakat seperti LZS adalah pelengkap

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

kepada pelbagai agensi kerajaan yang sedia ada sama ada di peringkat Kerajaan Pusat

mahupun Kerajaan Negeri. Tanggungjawab menangani kemiskinan adalah tanggungjawab

bersama antara pelbagai agensi kerajaan, swasta, institusi zakat dan masyarakat.

8.4 Persepsi Berkenaan Takrifan Asnaf Fakir/Miskin

Persepsi umat Islam kepada takrifan asnaf fakir/miskin bahawa mereka mestilah terdiri

daripada orang tua, ibu tunggal, orang kurang upaya dan tidak memiliki aset. Tidak kesemua

mereka layak dikategorikan sebagai asnaf fakir/miskin, kerana penilaian adalah berdasarkan

had kifayah sesebuah keluarga. Terdapat kes-kes orang tua yang tinggal sendirian di

kampung mempunyai anak yang berpendapatan tinggi atau ada hasil kebun atau sawah bagi

menampung keperluannya. Begitu juga bagi ibu tunggal dan orang kurang upaya yang

mempunyai keluarga atau harta yang boleh menampung kehidupannya. Ada juga persepsi

menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai rumah khusus di dalam bandar, tidak layak

dikategorikan sebagai asnaf fakir/miskin. Ada kes yang melibatkan seorang suri rumah dari

ibu tunggal yang tinggal di rumah teres atau apartmen yang ditinggalkan oleh arwah

suaminya, pihak LZS akan melihat keperluan hidupnya dan pendidikan anak-anak.

8.5 Pembelaan Asnaf Fakir/Miskin Yang Telah Terkeluar dari Takrifan Pembelaan

dan bantuan berterusan pada peringkat awal adalah perlu kepada asnaf fakir/ miskin yang

telah melepasi takrifan berdasarkan had kifayah. Kebanyakan asnaf fakir/ miskin telah

dibantu melalui bimbingan dan bantuan berterusan dari agihan zakat yang diperoleh

khususnya mereka yang mendapat bantuan modal ekonomi. Walau bagaimanapun apabila

mereka telah terkeluar dari takrifan asnaf fakir/miskin dan tidak mendapat pembelaan

dari institusi zakat, ada di antara mereka mula tidak dapat meneruskan kehidupan

mereka sedia kala dan jatuh fakir/miskin semula. Kerjasama dari agensi-agensi kerajaan yang

berkaitan amat diperlukan bagi memberi suntikan/pinjaman modal agar aktiviti-aktiviti

ekonomi yang dilaksanakan dapat diteruskan. Kemungkinan juga takrifan asnaf ar-riqab

boleh dikembangkan bagi membantu mereka yang telah terkeluar dari takrifan asnaf

fakir/miskin di kalangan umat Islam di peringkat pertengahan mendapat pembelaan

melalui pinjaman qardhul Hassan dalam mengembangkan ekonominya bagi mengelakkan

terjebak kepada aktiviti pinjaman along.

8.6 Peningkatan Agihan Zakat bagi Asnaf Fisabilillah

Peningkatan agihan zakat bagi asnaf fisabilillah berlaku di kebanyakan negeri di Malaysia

pada setiap tahun dan terdapat pandangan agar institusi zakat perlu mengurangkan agihan

zakat bagi asnaf fisabillah. Tetapi jika diperhalusi agihan bagi asnaf fisabilillah adalah bagi

menampung keperluan aktiviti-aktiviti dakwah, pendidikan dan pengembangan syiar Islam

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

yang tidak secara langsung membantu menangani kemiskinan jiwa, jati diri, akhlak dan ilmu

di kalangan umat Islam. Sebagai contoh pembayaran elaun guru KAFA di negeri Selangor

yang berjumlah RM26 juta setahun bagi menampung sebahagian pembayaran elaun

RM1,000 sebulan melibatkan lebih 6,000 orang guru KAFA yang dibiayai bersama oleh

Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Guru-guru agama inilah

yang mendidik ilmu agama Islam kepada anak-anak di peringkat sekolah rendah.

8.7 Asnaf Yang Sama Menerima Bantuan

Budaya agihan zakat sendiri oleh pembayar kepada asnaf sama ada asnaf fakir/miskin,

fisabilillah dan sebagainya tanpa melalui institusi zakat telah menyebabkan berlaku

pertindihan dalam penerimaan bantuan. Niat murni pembayar zakat oleh individu atau

syarikat bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan adalah suatu amalan yang mulia

dan harus dipuji. Keinginan untuk mengagihkan zakat berikutan pembayar zakat ingin

merasai kepuasan pengagihan zakat mereka sendiri dan bagi syarikat sebagai memenuhi

tanggungjawab sosial. Walau bagaimanapun, usaha tersebut adalah lebih baik dilaksanakan

secara bersama institusi zakat bagi mengelakkan berlakunya pertindihan penerima yang

sama menerima bantuan, memastikan penerima bantuan termasuk dalam takrifan asnaf,

menyelaras penerima bantuan dan meningkatkan keyakinan masyarakat kepada fungsi dan

tanggungjawab institusi zakat. Terdapat pembayar zakat yang tidak memahami takrifan

asnaf dan tidak merujuk kepada institusi zakat atau MAIN, mereka telah mengagihkan zakat

kepada anak-anak yatim. Terdapat juga persoalan adakah tanggungjawab menunaikan

kewajipan berzakat boleh disamakan dengan memenuhi tanggungjawab sosial yang diminta

oleh pihak kerajaan kepada institusi perbankan dan syarikat? Persoalan ini boleh

dibahaskan dan perlu diperhalusi oleh pihak yang berautoriti. Bagi menangani cabaran ini,

beberapa institusi zakat dan MAIN telah menawarkan skim agihan zakat semula kepada

pembayar zakat berdasarkan kadar yang ditentukan dan dibincangkan bersama penerima

bantuan yang ingin disalurkan.

8.8 Promosi Program Agihan Zakat

Kebanyakan institusi zakat dan MAIN telah membuat pelbagai promosi program-program

agihan zakat yang dilaksanakan melalui media elektronik dan cetak seperti televisyen,

majalah, akhbar, iklan billboard, pamflet, portal dan sebagainya. Walau bagaimanapun

masih kedapatan umat Islam yang masih tidak maklum agihan zakat yang dilakukan oleh

institusi zakat atau MAIN. Sebagai contoh pada tahun 2009, LZS telah menerbitkan satu

program dokumentari berkaitan agihan zakat yang bertajuk “AL-BARAKAH” di TV9 selama

13 siri yang ditayangkan selama 2 bulan, pemasangan 42 iklan di billboard di masjid-masjid

seluruh negeri Selangor, 592 paparan berita di media cetak dan sebagainya. Begitu juga

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

usaha yang dilakukan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) yang menerbitkan

dokumentari agihan zakat yang bertajuk “INFAQ’ yang ditayangkan di TV1 pada tahun

2008. Kekurangan maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti agihan zakat telah menyebabkan

wujudnya tanggapan ketidakpercayaan dan tiada ketelusan kepada institusi zakat.

Memandangkan kos iklan media elektronik dan cetak agak tinggi menyebabkan institusi

zakat terpaksa melaburkan kos pemasaran dengan peruntukan agak terhad. Walau

bagaimanapun cabaran ini sedang ditangani bersama institusi zakat dan MAIN dengan

kerjasama JAWHAR melalui perkongsian kos bagi pelaburan menerbitkan dokumentari

agihan zakat.

9. CADANGAN

9.1 Mewujudkan Forum Zakat

Satu forum zakat yang khas boleh diwujudkan dan digerakkan bagi menyemarakkan lagi

usaha meningkatkan syiar zakat. Forum ini boleh dianggotai oleh mana-mana pihak yang

berhasrat secara langsung menyumbang idea dan tenaga bagi membantu institusi zakat

sedia ada melalui sesi diskusi ilmiah, seminar, penulisan dan sebagainya. Institusi zakat

boleh membantu kelangsungan forum ini dengan sumbangan dana atau sumber-sumber lain

agar lebih ramai pihak yang akan terlibat meningkatkan syiar zakat di Malaysia. Forum ini

boleh dijadikan salah satu wahana bagi mendapatkan maklum balas daripada orang ramai,

mempertemukan pihak-pihak yang berwajib, mencipta jaringan komunikasi dan pelbagai

lagi. Ura-ura menubuhkan forum ini telah ada dan usaha penubuhannya perlu diteruskan

agar lebih cepat institusi zakat berkembang di negara ini.

9.2 Pemantapan Peranan JAWHAR

Pihak kerajaan persekutuan telah menubuhkan satu jabatan khas bagi menyelaras aktiviti

zakat di Malaysia iaitu Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) sejak tahun 2004 yang

berperanan untuk merancang, menyelaras, membangun dan memantau pengukuhan

institusi zakat di Malaysia. Banyak usaha yang telah dilaksanakan namun ia masih boleh

dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Pihak kerajaan perlu memberi lebih peruntukan

kepada JAWHAR bagi membolehkan JAWHAR memainkan peranannya dengan peruntukan

penerbitan iklan atau dokumentari berkaitan zakat di media elektronik/cetak dan billboard

serta mengadakan lebih banyak program ilmiah.

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

9.3 Selaras Bancian Penduduk

Jabatan Perangkaan menjalankan bancian penduduk bagi mendapatkan maklumat

terperinci mengenai penduduk Malaysia. Institusi zakat sangat dahagakan maklumat

bancian ini kerana hasil daripada bancian, institusi zakat dapat mengetahui pendapatan

penduduk. Maklumat pendapatan penduduk ini amat penting untuk mengenal pasti

golongan yang daif iaitu fakir dan miskin serta golongan yang berpendapatan tinggi yang

tertakluk untuk membayar zakat.

9.4 Peranan IPTA dan IPTS dalam Membuat Kajian Zakat Secara Berterusan untuk Dimanfaatkan oleh Institusi Zakat

Institusi zakat mempunyai sumber yang terhad untuk menjalankan kajian yang

komprehensif dan boleh disandari. Pihak institut pengajian tinggi awam khususnya yang

menerima pelbagai geran, mempunyai ramai pakar-pakar dalam pelbagai bidang boleh

berbincang dengan institusi zakat untuk menghasilkan kajian-kajian yang boleh

dimanfaatkan oleh institusi zakat secara langsung. Terdapat juga ramai penuntut di

peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang boleh dimanfaatkan bagi menjalankan kajian

yang boleh membantu industri. Satu gerak kerja terancang perlu dijalankan untuk

memastikan cadangan ini dapat direalisasikan. Aktiviti ini akan menjadi aktiviti menang-

menang di antara pusat pengajian tinggi dengan institusi zakat di mana pihak pusat

pengajian tinggi yang diamanahkan untuk membuat kajian, menjalankan kajian

sebagaimana yang disasarkan dan bagi institusi zakat pula mereka mendapat input yang

amat berguna untuk diguna pakai oleh mereka bagi memberikan perkhidmatan terbaik

kepada orang ramai.

9.5 Memberi Persepsi Baru dengan Sokongan kepada Institusi Zakat

Umat Islam mempunyai peranan yang besar dalam menentukan hala tuju institusi zakat di

negara ini. Sebenarnya banyak transformasi pengurusan dan operasi yang telah dilakukan

oleh institusi zakat dan MAIN pada masa kini jika dibandingkan 16 tahun yang lalu dengan

pelbagai inovasi baru dari segi kutipan dan agihan zakat. Dari segi kutipan zakat, jumlah

keseluruhannya bagi semua negeri pada tahun 1993 ialah RM91,933,241.00 dan pada tahun

2008, jumlah kutipan zakat bagi semua negeri ialah RM1,006,712,433.87. Bagi negeri

Selangor, LZS berjaya mendapat kutipan zakat pada tahun 2009 berjumlah RM283.7 juta

berbanding RM5.4 juta pada tahun 1990. Begitu juga agihan zakat di negeri Selangor, LZS

telah mengagihkan zakat berjumlah RM275.9 juta pada tahun 2009 berbanding RM2.7 juta

pada tahun 1990.

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

Sokongan dan dokongan dalam memberi persepsi baru kepada institusi zakat adalah

amat penting agar segala usaha yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak yang diberi

amanah mengurus institusi zakat dapat melakukannya dengan penuh tanggungjawab dan

berkesan. Peranan ini boleh dimainkan oleh pihak kerajaan, swasta, pemimpin masyarakat,

individu dan sebagainya. Keyakinan dan kepercayaan perlu diberi kepada institusi zakat dan

MAIN agar usaha memartabatkan rukun Islam yang ketiga ini dapat dilaksanakan dengan

efektif dan efisien. Sebarang usaha penambahbaikan ke atas kelemahan yang wujud sedang

digerakkan dan sebarang cadangan serta pandangan membina dari semua pihak amat

diperlukan demi kepentingan ummah.

10. PENUTUP

Pelbagai isu dan cabaran dihadapi oleh Lembaga Zakat Selangor dalam mengendalikan

operasi kutipan dan agihan zakat di negeri Selangor. Isu dan cabaran yang digariskan di

dalam kertas ini adalah antara isu dan cabaran utama walau dari segi realitinya terlalu

banyak lagi permasalahan yang perlu ditangani. Isu dan cabaran yang dihadapi terutamanya

kerana ibadah zakat adalah satu ibadah yang dinamik yang perlu diuruskan selari dengan

keperluan ummah semasa tanpa mengesampingkan prinsip-prinsip ibadah zakat. Adalah

menjadi harapan agar pengalaman LZS dalam memperkasa institusi Zakat di negeri

Selangor dapat menjadi pemangkin ke arah perkembangan institusi Zakat di Malaysia demi

mengangkat martabat ummah.

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim

Abd. Samad bin Ibrahim. 2007. Usahawan Asnaf Zaakat Bukan Sekadar Terima Bantuan. Majalah Asnaf Bil. 1/2007 LZS.

Ahmad Hidayat Buang. 2004. Dilema Perundangan Zakat Di Malaysia: Antara

Penguatkuasaan dan Strategi Pujukan/Galakan/Intensif Membayar Zakat. Prosiding Muzakarah Pakar Zakat, hlm. 193 -200.

Ahmad Shahir bin Makhtar. 2007. Paradigma Pengurusan Institusi Zakat: Pengalaman

Lembaga Zakat Selangor. Persidangan Zakat dan Cukai Peringkat Kebangsaan: PWTC, 2007.

Aidit bin Ghazali. 2008. Modal Insan Membentuk Asnaf Kelas Satu. Majalah Asnaf Bil.

1/2008 LZS.

Hailani bin Muji Tahir. 2008. Akidah Asas Pembangunan Modal Insan. Majalah Asnaf Bil. 1/2008 LZS.

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

Laporan Tahunan Pusat Zakat Selangor Pelbagai Tahun.

Laporan Zakat 2008. Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Mohd. Sabri bin Mat Nor. 2008. Latihan: Wadah Asnaf Berdikari. Majalah Asnaf Bil. 1/2008 LZS.

Mujaimi Tarimin. 1995. Zakat Pengajian: Satu Penilaian Terbaru di Malaysia. Tesis PhD. Universiti Malaya, Malaysia.

Zulkefly Abdul Karim, Mohd Azlan Shah Zaidi & Hairunizam Wahid. 2004. Pendapatan dan

sasaran Perbelanjaan Dana Zakat: Di Negeri Perak, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan. Prosiding Muzakarah Pakar Zakat, hlm.79-94.

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

LAMPIRAN

JUMLAH KUTIPAN ZAKAT NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 1995 HINGGA 2009 (RM)

JENISTAHUN

HARTA FITRAH JUMLAH PENINGKATAN PERATUS

PENINGKATAN

1995 12,755,296.10 3,140,021.70 15,895,317.80 - -

1996 24,976,271.01 3,650,595.00 28,626,866.01 12,731,548.21 80.10 1997 26,351,770.72 4,998,378.64 31,350,149.36 2,723,283.35 9.51 1998 32,932,815.02 4,435,486.33 37,368,301.35 6,018,151.99 19.20 1999 30,739,165.85 4,526,308.74 35,265,474.59 -2,102,826.76 -5.63 2000 39,966,873.24 11,379,997.50 51,346,870.74 16,081,396.15 45.60 2001 55,160,808.47 6,271,942.19 61,432,750.66 10,085,879.92 19.64 2002 70,937,300.90 7,968,825.00 78,906,125.90 17,473,375.24 28.44 2003 78,016,867.05 8,277,365.00 86,294,232.05 7,388,106.15 9.36 2004 98,734,674.19 9,085,932.00 107,820,606.19 21,526,374.14 24.95 2005 123,818,131.40 9,338,255.00 133,156,386.40 25,335,780.21 23.50 2006 149,943,584.69 9,892,668.10 159,836,252.79 26,679,866.39 20.04 2007 190,534,968.00 11,554,176.00 202,089,144.00 42,252,891.21 26.44 2008 232,204,921.00 12,267,963.00 244,472,884.00 42,383,740.00 20.97 2009 267,168,563.00 16,618,483.00 283,787,046.00 39,314,162.00 16.08

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010

LAMPIRAN

JUMLAH AGIHAN ZAKAT NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 1994 HINGGA 2009 (RM)

KADAR KENAIKAN / PENURUNANTAHUN JUMLAH (RM)

RM %1994 14,044,147.00 - - 1995 19,428,008.27 5,383,861.27 38.34 1996 25,247,033.03 5,819,024.76 29.95 1997 24,293,549.97 -953,483.06 -3.78 1998 30,746,798.52 6,453,248.55 26.56 1999 31,673,722.25 926,923.73 3.01 2000 32,045,744.98 372,022.73 1.17 2001 52,529,725.65 20,483,980.67 63.92 2002 66,843,412.58 14,313,686.93 27.25 2003 85,240,949.41 18,397,536.83 27.52 2004 100,937,028.00 15,696,078.59 18.41 2005 114,170,658.14 13,233,630.14 13.11 2006 146,905,517.00 32,734,858.86 28.67 2007 176,979,357.00 30,073,840.00 20.47 2008 188,998,771.00 12,019,414.00 6.79 2009 275,893,749.48 86,894,978.48 45.98

JUMLAH 1,385,978,172.28