23
1 PENCAPAIAN KERAJAAN UMAWI SEPANJANG PEMERINTAHAN Ratna Safitri Binti Purnomo (P73396) ______________________________________________________________ _____ ABSTRAK Pemerintahan Bani Umayyah adalah satu sejarah yang memaparkan perkembangan Islam bermula zaman Muawiyah Bin Abi Sufiyan sehingga Marwan Bin Muhammad. Pemerintahan Bani Umayyah berjalan selama 90 tahun bermula dari 40 Hijrah sehingga 132 Hijrah. Sepanjang pemerintahan khalifah Bani Umayyah banyak pencapaian dan kemajuan yang telah di lakukan oleh para khalifah sehingga membawa Bani Umayyah ke satu tamadun Islam yang cemerlang di zamannya.Artikel ini cuba mendalami sumbangan dan pencapaian yang telah dilakukan oleh khalifah- khalifah zaman Bani Umayyah sehingga sebelum kejatuhannya. Dapatan menunjukkan antara sumbangan yang dicapai pada zaman Bani Umayyah ialah menubuhkan dan menyusun jabatan ketenteraan dengan lebih sistematik.Kepesatan ekonomi dari sudut perdagangan di Andalusia,perkembangan daripada sudut ilmu sains dan perubatan dan politik dan pentadbiran Bani Umayyah yang berjaya membuka banyak tanah jajahan.

PENCAPAIAN KERAJAAN UMAWI SEPANJANG PEMERINTAHAN

  • Upload
    ukm-my

  • View
    0

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

1

PENCAPAIAN KERAJAAN UMAWI SEPANJANG PEMERINTAHAN

Ratna Safitri Binti Purnomo (P73396)

______________________________________________________________

_____

ABSTRAK

Pemerintahan Bani Umayyah adalah satu sejarah yang memaparkan

perkembangan Islam bermula zaman Muawiyah Bin Abi Sufiyan

sehingga Marwan Bin Muhammad. Pemerintahan Bani Umayyah

berjalan selama 90 tahun bermula dari 40 Hijrah sehingga 132

Hijrah. Sepanjang pemerintahan khalifah Bani Umayyah banyak

pencapaian dan kemajuan yang telah di lakukan oleh para

khalifah sehingga membawa Bani Umayyah ke satu tamadun Islam

yang cemerlang di zamannya.Artikel ini cuba mendalami

sumbangan dan pencapaian yang telah dilakukan oleh khalifah-

khalifah zaman Bani Umayyah sehingga sebelum kejatuhannya.

Dapatan menunjukkan antara sumbangan yang dicapai pada zaman

Bani Umayyah ialah menubuhkan dan menyusun jabatan ketenteraan

dengan lebih sistematik.Kepesatan ekonomi dari sudut

perdagangan di Andalusia,perkembangan daripada sudut ilmu

sains dan perubatan dan politik dan pentadbiran Bani Umayyah

yang berjaya membuka banyak tanah jajahan.

2

PENCAPAIAN KERAJAAN UMAWI SEPANJANG PEMERINTAHAN

ISI KANDUNGAN

i. Pendahuluan

ii. Penyataan Masalah

iii. Metod Kajian

iv. Objektif Kajian

v. Analisis Kajian

5.1 Pencapaian dari sudut ketenteraan

5.2 Pencapaian dari sudut sains dan perubatan

5.3 Pencapaian dari sudut ekonomi

5.4 Pencapaian dari sudut Politik

vi. Penutup

vii. Rujukan

3

1.0 PENDAHULUAN

Pemerintahan Bani Umayyah adalah sebuah pemerintahan yang

ditubuhkan selepas zaman Khulafa’ Ar Rasyidin yang bermula

pada tahun 41 H dan berakhir pada 132 H. Kerajaan ini

dinisbahkan kepada Umayyah Bin Abd Shams Bin Abd Manaf.

Selepas kematian Sayidina Ali R.A, kuasa kepimpinan telah

diserahkan kepada Hasan Bin Ali, namun begitu Hasan Bin Ali

telah menarik diri dari jawatan khalifah dan menyerahkan kuasa

kepimpinan kepada Muawiyah Bin Abi Suffian untuk memastikan

keamanan dan kesatuan umat Islam agar sentiasa terjamin. Tahun

tersebut dikenali sebagai tahun perdamaian atau pun ‘amm al

jama’ah.Dengan perlantikan Muawiyah Bin Abi Suffian maka

bermulalah era pemerintahan Bani Umayyah yang berpusat di

Dimashq atau dikenali sebagai Damsyik yang terletak di Syiria,

kota ini telah menggantikan Madinah sebagai pusat pemerintahan

4

yang sebelum ini terletak di Madinah dan Kufah. Pemindahan

pusat pemerintahan ke Dimashq telah mendekatkan kota kerajaan

Islam ini dengan kerajaan musuh iaitu Byzantain yang

berpangkalan di Konstantinople. Keadaan ini menyebabkan

tentera Islam berusaha memperkukuhkan kawasan kubu sepadan

negeri kerana kedudukannya sangat terdedah dengan serangan

musuh (Shalabi 1984)

Sepanjang 90 tahun berlangsung pemerintahan Bani Umayyah,

terlalu banyak konflik dalaman yang berlaku.Analisis yang

mendalam terhadap sejarah jatuh bangun kerajaan Umawiyyah akan

membawa kita kepada satu titik, bahawa konflik-konflik yang di

hadapi oleh para khalifah pada Zaman Bani Umayyah, tidak

menghalang mereka untuk melakukan pembangunan dan meningkatkan

kemajuan. Kejayaan yang di capai telah berjaya mengangkat

Tamadun Islam ke satu tahap yang boleh dibanggakan,banyak

sumbangan dan kemajuan yang telah dapat di capai sepanjang

zaman kerajaan Bani Umayyah sama ada dari sudut politik,

ketenteraan, pendidikan kepada orang arab.

Pada zaman Muawiyah mereka berjaya menyebarkan kekuasaan Islam

ke benua eropah iaitu Andalusia (Sepanyol) dan permulaan

membuka pintu Islam agar masuk ke dunia barat. Pembangunan

tamadun ilmu berlaku dengan rancak di Andalusia, sehingga ia

di tandai barat sebagai The Golden Age Of Islam.

5

2.0 PENYATAAN MASALAH

Bani Umayyah dipilih sebagai subjek kajian disebabkan beberapa

kenyataan yang menunjukkan pencapaian yang gemilang pada zaman

Umayyah. Yusuf Al Qardhawi menyebutkan bahawa Umawiyyah

sebagai Dawlah al Futuhat wa al Ta’sis al Hadhari ( kerajaan pembukaan

Islam dan permulaan tamadun) manakala kerajaan selepasnya

ialah kerajaan Abbasiyyah sebagai Dawlah Izdihar al Ilm wa al Hadharah

(kerajaan perkembangan ilmu dan tamadun). (Al Qardhawi 2006)

Sejarah juga menunjukkan bahawa, banyak pencapaian cemerlang

pada zaman Umayyah sepanjang pemerintahan, bahkan perluasan

kuasa Islam yang berlaku pada zaman Umayyah menyebabkan Islam

berjaya menembusi dunia eropah hingga hari ini.

Hamka berdasarkan kenyataannya dalam karya beliau iaitu

‘sejarah umat Islam’

‘’Jika dikatakan bahawa Muawiyah yang mendirikan dan Abd Malik yang

mengembalikan segenap kekuasaan, maka al walid yang menegakkan sampai

teguh yang menyebabkan kerajaan Umawiyah itu amat disukai kerana banyak jasa

dan buah tangannya’’

Meskipun pemerintahan Bani Umayyah di warnai dengan pelbagai

konflik dalaman yang berlaku, pemberontakan demi

pemberontakan, kelemahan kepimpinan beberapa khalifah dan

perpecahan dalaman. Seolah-olah melihatkan bahawa kerajaan

Umawiyah hanya dipenuhi dengan konflik Namun begitu para

pemimpin Bani Umayyah tetap dapat membangunkan proses

perkembangan tamadun.Oleh itu, dalam kajian ini adalah untuk

melihat apakah pencapaian-penpacapaian cemerlang di era umawi

6

yang telah menjadikan kerajaan umawi mencapai satu tanda aras

kecemerlangan sebuah tamadun.

3.0 METODE KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif. Iaitu

pengumpulan data dan analisis dokumen. Dokumen-dokumen yang

dikumpulkan adalah daripada pelbagai jenis iaitu artikel

jurnal,buku,disertasi dan lain-lain lagi. Untuk mendapatkan

maklumat yang tepat dokumen-dokumen daripada sumber primer dan

skunder akan di analisis agar menepati dapatan dan objektif

kajian.

Analisis data yang digunakan berbentuk deskriptif, mengolah

sumber primer dan sumber sekunder yang ada di lakukan melalui

proses pengumpulan data, terdapat banyak maklumat yang ada dan

perlu untuk di saring.

Selain itu kajian ini juga menggunakan kaedah tematik yang

membahagikan pencapaian kepada empat bentuk iaitu dari sudut

ketenteraan, sains dan perubatan, ekonomi dan politik.

7

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian tajuk ini ialah :

1. Mengenal pasti kejayaan Bani Umayyah dalam membentuk

angkatan tentera laut

2. Menganalisa perkembangan ilmu sains dan perubatan pada

Bani Umayyah

3. Mengenal pasti sumbangan dari sudut ekonomi dan

perdagangan

4. Mengenal pasti perluasan kuasa yang dilakukan pada zaman

Umawi

5.0 ANALISIS KAJIAN

5.1 PENCAPAIAN DARI SUDUT KETENTERAAN

Pada permulaannya, bangsa Arab tidak mempunyai kecenderungan

terhadap ilmu perkapalan kerana latar belakang bangsa Arab

8

yang memiliki sifat badwi dan hidupnya berpindah randah. Oleh

itu terdapat beberapa sebab mengapa bangsa arab tidak sukakan

laut.

Kedudukan mereka jauh dari laut

Mereka sering menerima berita bahaya laut seperti terumbu

karang yang mampu menghalang perjalanan (Mohammad Kurdi

1983)

Kedudukan negara mereka di kawasan padang pasir

menyebabkan kesukaran mendapatkan kayu-kayu yang kuat

untuk membina kapal, selain logam besi yang diperlukan

bagi membuat paku serta bahan-bahan lain seperti tar )

Assayid Abd Aziz & Ahmad Mukhtar 1969)

Pada zaman khalifah Umar Al khatab, beliau sendiri menghalang

operasi laut kepada umat Islam,ini kerana khalifah bimbangkan

keselamatan mereka yang tidak mahir dalam ilmu perkapalan. Ini

kerana Khalifah Umar Al khatab pernah menghantar Al qamah Bin

Mujazziz Al Mudliji raja Abyssinia (Ethiopia) melalui jalan

laut,tetapi tentera Islam mengalami kekalahan yang teruk

sehingga Khalifah Umar memutuskan untuk tidak mengirimkan

tentera melalui jalan laut.(Abdussyafi 2014) namun begitu

apabila berlakunya pembukaan kawasan yang berhubung dengan

Laut Mediterranean seperti Syam dan Mesir. Umat Islam telah

menyedari kepentingan mengubah polisi laut dan menubuhkan

angkatan laut bagi menghadapi serangan musuh dengan menguasai

perairan.

Khalifah Umar Al Khatab membahagikan tentera kepada dua

kumpulan,iaitu tentera tetap dan tentera sukarela. Tentera

9

tetap adalah tentera yang tidak dibenarkan berkecimpung

dengan urusan lain,manakala tentera tidak sukarela dibenarkan

berkecimpung dengan urusan lain. (Sahrulazmi dlm Abd Rauf

2011)

Pada zaman Umawiyyah, jabatan ketenteraan terus berkembang dan

bertambah luas, merangkumi tentera laut dan kapal.Terdapat

juga dokumen yang merekodkan senarai nama tentera dan sistem

bergaji.Bilangan tentera arab pada zaman Muawiyyah bin Abu

Suffian mencapai 40,000 orang tentera termasuk tentera bergaji

dan sukarela tanpa memisahkan antara tentera laun dan darat.

(Hasan Ibrahim 1996)

Pemimpin pertama yang mengasaskan limbungan kapal adalah

Muawiyah Bin Abu Sufyan. Limbungan kapal merujuk kepada kilang

yang didirikan untuk membaiki kapal laut (Al Hamawi t.t) yang

pada kebiasaannya terletak dipersisiran laut atau

sungai.Muawiyah menjadikan Akka sebagai pusat utama pembinaan

kapal di pantai Syam (Sahrulazmi dlm Abu Nasr 2011),bahkan

beliau turut membawa masuk pekerja yang mahir dari Rom (Al

Hamawi t.t) dan ada juga yang mengatakan orang Yunani dan

Syiria (Hitti 1970). Pada tahun 54 H, Muawiyah Bin Abi Sufyan

mendirikan sebuah lagi limbungan kapal bagi membina kapal laut

di pelabuhan ar Rawdha di sungai Nil Mesir yang dikenali

sebagai limbungan kapal Jazirah atau sina’ah al Jazirah (Al Hamawi

t.t). Ia adalah limbungan kapal pertama yang didirikan di

Mesir. Sebelum Tunisia mempunyai kapal sendiri, tentera Islam

bergantung pada kapal-kapal perang daripada mesir dalam

ekspedisi laut ke pulau Sicily dan Pulau Sardinia. Namun

begitu operasi mereka di bahagian Barat Laut Mediterranean

10

sering kali tergugat kerana persisiran pantai Mesir sering di

ancam oleh armada laut Byzantine. Oleh itu para gabenor Afrika

telah menyedari akan kepentingan limbungan kapal di salah satu

pesisiran pantai Afrika utara dan mewujudkan tentera laut bagi

melindungi persisiran pantai daripada diserang Byzantain.

Akhirnya Khalifah Abd Malik Bin Marwan mengarahkan gabenornya

di Afrika Utara iaitu Hassan Bin An Nu’man supaya membina

limbungan kapal bagi membina senjata-senjata laut di Tunis.

Pada zaman kerajaan Umawiyyah Umat Islam memiliki tiga armada

laut iaitu Syam, Mesir dan Afrika Utara di mana setiap armada

laut mempunyai panglima laut atau Amir al Bahr. Pada awalnya

orang arab tidak mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal dan

menggerakkannya ke tengah lautan. Oleh itu mereka mendapat

bantuan daripada bangsa lain seperti Qibti, Byzantine dan

Yunan yang mahir dalam bidang itu. Selepas kerajaan Islam

kukuh mereka sering berulang alik menggunakan laut. Kesannya

orang arab semakin mahir dan mampu membinanya sendiri.

(Sahrulazmi dlm Salim 2006)

5.2 PERKEMBANGAN ILMU SAINS DAN PERUBATAN

Kemajuan keilmuan dan kebudayaan pada zaman Umawiyyah telah

mencapai kejayaan yang gemilang. Banyak kejayaan yang telah

dicapai, bahkan telah mempengaruhi kepada kemajuan di dunia

Eropah. Pusat pemerintahan Bani Umayyah yang berada di Dimashq

merupakan kota yang penuh dengan peninggalan kemajuan

sebelumnya lagi.Daerah kekuasaannya selain yang telah

diwariskan oleh khulafa’ arrasyidin, telah pun menguasai

Andalusia, Afrika Utara, Syam,Iraq, Khurasan. Dalam daerah

11

kekuasaannya terdapat kota kebudayaannya seperti Yunani,

Iskandariah, Antiokia, Harran, Yunde Sahfur.(Ahmad Amin 2012)

Yang telah dikembangkan oleh para intelektual Yahudi, Nasrani

dan Zoroaster. Setelah masuknya islam menguasai kota-kota

budaya itu, para ilmuan tetapa memelihara ilmu-ilmu

peninggalan Yunani bahkan mendapat perlindungan. Ada antara

mereka yang memegang jawatan di pejabat khalifah. Ada yang

menjadi Doktor peribadi khalifah dan bendahara. Kehadiran

mereka serba sedikit banyak mempengaruhi ilmu pengetahuan.

Dalam bidang kimia dan perubatan juga turut dikembangkan.

Khalid Bin Yazib merupakan salah seorang tokoh dalam Ilmu

kimia dan perubatan. Khalid Bin Yazid juga telah mendapat

gelaran ‘Hakim alu Marwan’ yang merupakan orang pertama yang

menterjemahkan ilmu tib dan kimia dari bahasa Greek ke Bahasa

Arab. Beliau telah memanggil sekumpulan orang-orang Greek yang

tinggal di Mesir dan telah meminta mereka menterjemahkan

kitab-kitab dalam Bahasa Greek dan Kibti tentang ilmu kimia ke

dalam bahasa Arab (Hassan Ibrahim 1996) Disebabkan kecewa

dari sudut politik, beliau telah menukar peranan hidupnya

kepada lapangan ilmu pengetahuan dengan mendalami ilmu kimia

dan teknologi melalui Maryanus al Iskandarani, yang

kemudiannya telah bangkit menterjemahkan buku-buku sains Kimia

dari bahasa Kibti dan Yunani ke dalam Bahasa Arab, apabila

beliau berhubung dengan ilmuan Yunani di Egypt seperti

Maryanus. Kegiatan penterjemahan oleh Khalid ini di anggap

sebagai peringkat awal penterjemahan buku asing ke dalam

Bahasa Arab ( al Rifai 2006)

12

Pada zaman pemerintahan Marwan Bin Al Hakam, berlakunya

penterjemahan buku-buku perubatan dari tulisan asal dalam

bahasa Siryani Oleh Kannasy Ahrun b ‘Ayan ke dalam bahasa Arab

oleh Masarjuih (masarjawyh) seorang tabib Parsi (Alchemy

website ttp) .Buku terjemahan Masarjuih ini di anggap sebagai

buku perubatan pertama yang diterjemah di dalam Islam ke dalam

Bahasa Asing ke Arab. Penterjemahan ini terpelihara hingga ke

zaman Umar Abd Aziz yang pernah menerbitkannya untuk bacaan

umum masyarakat Islam agar dapat dimanfaatkan ( al Rifai 2006)

Pada zaman pemerintahan Abd Malik Bin Marwan. beliau telah

memulakan penterjemahan buku-buku perubatan khususnya

ensiklopedia perubatan hasil dari tulisan Ahrun B Ibbah al

Iskandarani( al Rifai 2006) Selain itu itu, disebut juga

bahawa Salim iaitu setiausaha kepada khalifah Hisyam turut

berperanan dalam kerja penterjemahan. Usaha yang dilakukan

oleh Khalid b. Yazid dan tokoh-tokoh tersebut telah membawa

kepada permulaan proses perhatian umat Islam yang sebelumnya

terbatas dalam lapangan ilmu-ilmu agama, bahasa atau ilmu

naqliah kepada pendekatan baharu dengan memberi perhatian

kepada lapangan ilmu ‘aqliah, sains dan lain-lain.

Pada zaman khalifah Al walid bin Abd malik pula, beliau

memberikan perhatian kepada pembinaan Bimaristan iaitu hospital

untuk merawat orang sakit juga sebagai tempat pengajian dalam

bidang perubatan. Bimaristan berasal daripada perkataan Parsi

yang bermaksud Bima (sakit) Stan (tempat). Terdapat juga

penjagaan khas bagi orang yang mempunyai masalah mental.

Bimaristan ini mempunyai bahagian-bahagian tertententu yang

memisahkan antara wad lelaki dan perempuan, juga mempunayi wad

13

khusus yang menenpatkan jenis penyakit yang berbeza. Di

Bimaristan juga terdapat Orthopedia, pembedahan,

Ophtalmology. Juga mempunyai tempat-tempat khas untuk pesakit

mental. (Gorrini 2002)

Kemajuan kerajaan bani Umayyah dalam mengembangkan ilmu sains

dan perubatan ke dalam hidup masyarakat merupakan satu

sumbangan terbesar yang menunjukkan keluasan pandangan Islam

dalam menerima pelbagai bentuk ilmu pengetahuan yang

mendatangkan manfaat dan tidak sekadar berlegar-legar di

bidang ilmu naqliah semata-mata.

5.3 SUMBANGAN DARI SUDUT EKONOMI

Pada awal pemerintahan Bani Umayyah, perkembangan mata wang

Islam telah terjejas apabila pemberontak-pemberontak ketika

itu mengeluarkan mata wang sendiri bagi membuktikan kekuasaan

mereka dibeberapa wilayah Islam tertentu. Rentetan dari itu

pengeluaran dan pengawalan wang pada zaman Umawiyyah telah

dilakukan oleh gabenor setiap wilayah. Antara gabenor yang

mengeluarkan mata wang sendiri ialah Hajjaj Bin Yusuf al

Thaqafi, Abdullah Bin al Zubayr dan Musab bin al Zubayr. Mata

wang yang dikeluarkan masih menggunakan mata wang Parsi dan

Rom dengan tambahan unsur islam, termasuk tulisan Abd Allah Amir

al Mu’minin. (Hassan dlm Edawaty 2012)

Pada awal pemerintahan Muawiyah Bin Abi Sufiyan, beliau tidak

menempa atau mencetak mata wang baru, beliau hanya meneruskan

tradisi khulafa’ arrasyidin yang mencetak kalimah dan lafaz

bahasa arab, manakala tarikh mata wang tersebut tercatat

mengikut tarikh Parsi atau takwim hijri. Pada awal zaman Umawi

14

juga terdapat mata wang bukan emas dan perak iaitu fulus atau

tembaga yang digunakan secara meluas. Mata wang fulus ini

digunakan untuk pembelian barangan kecil dan murah. Mata wang

tembaga ini telah digunakan secara meluas oleh orang Rom sejak

awal lagi tetapi ia tidak digunakan secara meluas di kalangan

orang Arab sebelum penaklukan wilayah-wilayah syira. Khalifah-

khalifah selepas Muawiyah Bin Abi Sufiyan dilaporkan tidak

mencetak atau menempa mata wang baru, hanya mengguna pakai

mata wang dinar yang sedia ada. Keadaan ini berterusan

hinggalah ke zaman khalifah Umawiyah yang ke-lima iaitu Abd

Malik Bin Marwan merupakan seorang khalifah yang mempunyai

semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan ekonomi Islam.

Justeru beliau menetapkan tiga matlamat utama dalam ekonomi

mata wang. Matlamat tersebut ialah :

1. Membebaskan negara Islam dari menggunakan mata wang asing

(Parsi dan Rom). Pembebasan ini sama ada dari sudut

ekonomi dan pembebasan dari unsur-unsur bukan islam pada

mata wang.

2. Menyatukan seluruh umat islam pada satu mata wang sahaja

setelah terdapat pelbagai mata wang yang dikeluarkan oleh

gabenor. Kerana kepelbagaian ini telah menimbulkan

kesukaran bagi umat Islam terutama bila terdapat

perbezaan antara nilai dan berat antara mata wang-mata

wang ini.( Dawud dlm Salmy 2012)

3. Hanya kerajaan saha yang berhak mengeluarkan mata wang.

( Dawud dlm Salmy 2012)

15

Sehubungan denga itu untuk mencapai misi ini Abd malik Bin

Marwan telah mengeluarkan Dinar Islam pertama pada tahun 76H .

(Dawud dlm Salmy 2012)

Usaha Abd Malik Bin Marwan ini merupakan satu sumbangan yang

besar kepada negara dan umat Islam kerana dengan ini telah

wujudnya mata wang bagi umat Islam. Beliau merupakan seorang

khalifah yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam

mempertahankan ekonomi Islam, akhirnya mata wang ini diterima

secara meluas di seluruh wilayah islam dan dunia eropah pada

ketika itu.

Semasa Islam berkembang di Andalus, kedatangan Islam ke sana

telah berjaya memulihkan ekonomi yang lumpuh semasa

pemerintahan sebelumnya iaitu pemerintahan Rom dan Visigoth.

Semasa pemerintahan Banu Umayyah, Andalus adalah sebuah negara

yang termaju di Eropah,walaupun pada ketika itu banyak

berlakunya pergolakan politik. Oleh yang demikian untuk

memastikan Andalus sentiasa kukuh, maka Andalus memerlukan

satu sistem ekonomi yang kukuh untuk menjamin keseragaman

hidup masyarakat andalus.

Menurut Hitti, perkembangan pesat Andalus dalam sektor ekonomi

dapat dilihat, apabila hasil perindustrian dan pertaniaan

andalus melebihi keperluan negeri (Hitti 1970) Jumlah penduduk

Andalus yang semakin bertambah dari semasa kesemasa juga

menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap produk pengeluaran

tempatan supaya sentiasa mencukupi keperluan rakyat.

Pengeluaran dan penghasilan produk yang melebihi permintaan

pula membolehkan produk-produk tersebut di eksport ke luar.

16

Di bawah pemerintahan Bani Umayyah, kegiatan pertanian telah

dimajukan semula, pelbagai usaha dilakukan untuk meletakkan

ekonomi Andalus ke satu tahap yang tinggi. Pemerintah

memperkenalkan pelbagai teknik baru untuk meningkatkan hasil

pertanian dengan, dengan memperkenalkan sistem perairan baru,

pengenalan tanaman-tanaman baru, teknik penanaman, kalendar

pertanian dan sebagainya (Reilly dlm Noranizah & Ezad 2012)

sistem pertanian yang baru diperkenalkan telah banyak memberi

kesan yang baik kepada rakyat, dan tidak dikuasai oleh

golongan pemerintah semata-mata. Selain itu bidang-bidang

ekonomi lain seperti perindustrian dan perlombongan juga turut

diberi perhatian.

Sehubungan dengan itu bidang perindustrian merupakan tulang

belakang kepada perkembangan ekonomi di Andalus di samping

bidang pertanian (Imaduddin dlm Noranizah&Ezad 2012)

kemunculan institusi-institusi intelektual menghasilkan

penemuan-penemuan baru telah memperkasakan lagi bidang ini.

Institusi-Institusi ini juga telah melahirkan lebih ramai

tenaga mahir. Di samping faktor bekalan mentah yang banyak dan

permintaan yang tinggi telah memajukan lagi sektor ini.

Tuntasnya, kedatangan Islam ke Andalusia telah berjaya

mengubah landskap ekonomi orang Andalusia kepada satu tahap

yang boleh dibanggakan dan dapat memberi banyak manfaat untuk

rakyat. Namun begitu kemajuan ini bukanlah tumbuh secara

semula jadi, tetapi ia dipengaruhi dengan inisiatif pemerintah

yang mahukan ekonomi itu dimajukan.

5.4 SUMBANGAN DALAM POLITIK DAN PENTADBIRAN

17

Selepas kematian Ali r.a umat islam telah membai’ah Hassan

Bin Ali sebagai khalifah, namun begitu untuk menjaga perpaduan

umat Islam, Ali menyerahkan kuasa kepimpinan kepada Muawiyah

Bin Abi Sufiyan pada 25 Rabiul awal 41 Hijrah, pada tahun itu

digelar sebagai am al jama’ah (tahun kesatuan) . Peralihan

kekuasaan khalifah yang berlaku juga turut mengubah corak

pemerintahan yang ada pada zaman khulafa’ ar rasyidin iaitu

sistem syura kepada pemerintahan monarki iaitu pemerintahan

melalui sistem warisan dan menjadikan kekuasaan mutlak kepada

pemerintah pada ketika itu. Hal ini kerana Muawiyah Bin Abi

Sufiyan telah melantik puteranya iaitu Yazid bin Muawiyah

sebagai pemerintah seterusnya bagi menggantikan beliau.

Sepanjang pemerintahan kerajaan Bani Umayyah , banyak siri

usaha dalam melakukan penyebaran kuasa Islam, melalui

penaklukan demi penaklukan. Perluasan kuasa bukanlah suatu

tugas yang mudah. Ia memerlukan beberapa elemen penting

seperti kestabilan politik dalam negara dan memerlukan

pemimpin yang bercita-cita besar.(Shalabi 1984) Kerajaan

Umawiyah memang terkenal dengan sejarah perluasan kuasa Islam,

sebagai menyambung usaha pada zaman khulafa’ arrasyidin.

Perluasan kuasa islam pada zaman Umayyah dibahagikan kepada

tiga kawasan. Pertama, pertembungan dengan kuasa Byzantine di

Asia Kecil, pengepungan konstantinople, serta perluasan kuasa

Islam dikepulauan Mediterranean. Kedua melibatkan perluasan

kuasa Islam di Afrika Utara sehingga menyeberangi Selat

Giblatar ke Andalus. Manakala bahagian ketiga adalah perluasan

kuasa Islam di sebelah Timur iaitu dari Iraq menuju ke Timur.

Bahagian ketiga terbahagi kepada dua cabang di mana satu

18

bergerak ke Utara menuju Bilad Wara’ an nahar dan satu lagi

bergerak ke Selatan iaitu as Sind.

Perluasan kuasa Islam ke kawasan pertama meliputi kepulauan

laut mediteranian, adalah kawasan sasaran perluasan kuasa yang

utama bagi kerajaan Umawiyyah. Ini kerana kedudukan Dimashq

sebagai ibu kota kerajaan Umawiyyah, terletak berhampiran

sempadan kerajaan Byzantine. Di samping pihak musuh

sememangnya bercita-cita merampas kembali Syam daripada

kekuasaan Islam. (Salim & al abadi dlm Sahrulazmi 2011)

Antara kawasan yang ditakluki semasa zaman pemerintahan

Umayyah yang meliputi kawasan laut ialah

Pulau Cyprus

Pulau Rhodes

Pulau Kriti

Pulau Arados

Pulau Pantelleria

Pulau Sicily

Pulau Sardinia

Pulau Corsica

Pulau-pulau Balearic

Di samping perluasan kuasa ke atas pulau-pulau di atas,

terdapat juga usaha kerajaan Umawiyah untuk membuka

konstantinople dan andalus. Catatan pertama menunjukkan

operasi pertama membuka konstantinople bermula pada 49 H.

Selain itu ada yang menyebutkan 50 H dan 51 H.(Dahlan dlm

Sahrulazmi 2011) Usaha pembukaan pertama di gerakkan oleh

Khalifah Muawiyah B Abi Sufiyan di sertai dengan beberapa

19

orang sahabat iaitu Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin az

Zubair, Abu Ayyub Al Ansari di bawah pimpinan Yazid Bin

Muawiyah. Yang melibatkan kekuatan laut dan darat. Namun

cubaan pertama itu tidak berjaya. Percubaan kedua pada tahun

54 H berlanjutan hingga 60 H, namun operasi kedua juga tidak

berjaya dan tentera Islam terpaksa kembali selepas kematian

Muawiyah Bin Abi Sufiyan. Operasi terkuat oleh kerajaan

Umawiyah ke Konstantinople ialah pada zaman Sulaiman Bin Abd

Malik pada tahun 98 H. Namun usaha itu juga tidak berjaya.

Kegagalan tentera Islam telah memberikan kesan yang cukup

mendalam pada peristiwa sejarah abad pertengahan. Di mana

Byzantine berjaya mengekalkan kuasa mereka.

Selain usaha pembukaan konstantinople, tentera Islam juga

berusaha membuka Andalus. Dalam operasi pengintipan ke Andalus

pada tahun 91 H. seramai 500 orang tentera diketuai oleh

Zur’ah Tarif bin Malik di hantar oleh Musa Bin Nusayr

menyeberangi selat Giblartar. Akhirnya usaha yang dilakukan,

Andalus jatuh ke atas kekuasaan Islam.

Penaklukan Andalusia pada zaman umayyah, telah membuka demensi

baru Islam di Eropah. Dakwah islam akhirnya tersebar merentasi

benua, kerana usaha-usaha penaklukan ini.

20

6.0 PENUTUP

Berdasarkan kepada pencapaian dan kejayaan yang telah dicapai

sepanjang pemerintahan kerajaan Umayyah menunjukkan

kebijaksanaan para khalifah dalam pemerintahannya. Meskipun

berlakunya pelbagai pergolakan politik dan masalah dalaman,

ini tidak sama sekali menghalang para khalifah untuk mencipta

kemajuan dan kejayaan, sehingga adanya pencapaian-pencapaian

yang begitu membanggakan. Seperti terbentuknya armada laut

umawi dan limbungan kapal bangsa arab telah membawa kepada

kukuhnya angkatan laut dan mudahnya untuk melakukan perluasan

kuasa, kewujudan limbungan kapal juga memberikan manfaat

kepada sektor perdagangan umawi yang menggunakan jalan laut,

selain itu perluasan kuasa yang telah dilakukan pada zaman

Umawi telah merentasi sempadan Eropah, dan perintis kepada

perkembangan Islam di barat. Pembangunan tamadun ilmu dan

ekonomi di Andalus turut memberikan impak yang besar kepada

pembangunan negara yang berdekatan dengannya.

21

viii. RUJUKAN

Abdussyafi Muhammad Abd Lathif. 2014. Bangkit dan runtuhnya

khilafah Bani Umayyah. Terjemahan. Indonesia : Pustaka Al

Khautar.

Ahmad Shalabi. 1984. Mausu’ah tarikh al islami 2 ad dawlah al

umawiyah wal harākatul fikriyah wa thauriyatul khilalaha. Edi. ketujuh.

Kaherah: Maktabah Nahdah Misriyah

Ahmad Amin. 2012. Dhuha al Islam. T.tp:t.pt.

As Sayid Abd Aziz & Ahmad Mukhtar Al Abadi. 1969. Tārīkh al

bahriyyah al islamiyyah fi al maghrib wa al andalus. Beirut Lubnan: Dar

Nahdah al Arabiah.

22

Anuar Al Rifa’i. 2006. Al Islām fi hadratuhu wa nizamuhu. Beirut

Lubnan: Darl fikr.

Hassan Ibrahim Hassan. 1996. Tārikh al islam al siyasi wa al dīni wa

thaqāfi wa al’ijtmā’i. Kaherah : Maktabah Nahdah Misriyyah.

Mohammad Kurdi Ali. 1983. Khitat al Syam. Jil 5. Edi.ketiga.

Beirut Lubnan: Mu’assasah A’lami Matbu’at.

Muhammad Yasin Al Hamawi. Tt. Tārikh al ustul al ‘arabi. Damsyiq:

Matba’ah at Taraqq.

Noranizah Yusuf & Ezad Azraai Jamsari. 2012. Perkembangan

sektor perdagangan Andalus zaman pemerintahan kerajaan Banu

Umayyah. Jurnal Islāmiyyāt. 34. 58-70

Philip K. Hitti. 1970. History of the Arabs From the earliest times to

the present. Edi.kesembilan. Macmillan South Africa: New York

Rosanna Gorini. 2002. Attention and care to madness

during the islamic middle age in Syiria: The example of the

Bimaristan al Arghun. From princely palace to Bimaristan.

Journal of the international society for the history of Islamic medicine. 40-42

Salmy Edawaty Yaacob. 2012. Keunggulan dinar emas sebagai

mata wang: kajian berdasarkan sejarah tamadun Islam. Jurnal

Islāmiyyāt 34. 119-129.

Sahrulazmi Sidek. 2011. Armada laut Umawiyyah, panahan yang

membelah api Greek. Johor: Mazni Irfan.

The Alchemy Web Site. Ttp. Arab Medical Schools during the 12th

and 13th centuries. http://www.levity.com/alchemy/islam06.html. [25

0ct 2014]

23

Yusuf Al Qardhawi. 2006. Tārīkhunā al muftara ‘alaihi. Edi.

Kedua. Kaherah: Dar as Shorouk.