82
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 LATAR BELAKANG MASALAH Situasi masyarakat yang kini kelihatan seolah-olah telah memalingkan diri daripada norma kehidupan asal yang lebih besarkan agama kepada pemikiran sekular. Bahkan dilihat mereka telah semakin jinak dengan perkembangan hidup masyarakat luar yang jelas tidak mementingkan agama sebagai nilai kehidupan. Masyarakat luar yang dimaksudkan adalah masyarakat Barat yang kini seakan-akan telah mengubah pemikiran dan cara hidup masyarakat Islam khususnya di Malaysia pada ketika ini secara total. Lantaran itu, banyak perkara yang perlu dilihat agar perkara-perkara luar tersebut tidak memburukkan umat Islam. Jikalau yang jelas bercanggah, maka wajib diharamkan dan dihapuskan, dan yang tidak ada dalil yang melarang atau menyuruhnya, maka perlu dipertimbangkan kembali atau Islamisasi dan imanisasi dan sebagainya. Banyak perkara yang berkaitan antaranya termasuklah hal aurat dan fesyen semasa. Aurat itu adalah perkara yang perlu dijaga dan ditutupi oleh semua masyarakat Islam dulu kini dan selamanya. Bertepatan dengan firman Allah SWT:

Menutup aurat antara tuntutan dan mengikut fesyen dalam dimensi maqasid syariah

Embed Size (px)

Citation preview

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 LATAR BELAKANG MASALAH

Situasi masyarakat yang kini kelihatan seolah-olah telah memalingkan

diri daripada norma kehidupan asal yang lebih besarkan agama kepada

pemikiran sekular. Bahkan dilihat mereka telah semakin jinak dengan

perkembangan hidup masyarakat luar yang jelas tidak mementingkan“ ”agama sebagai nilai kehidupan. Masyarakat luar yang dimaksudkan adalah

masyarakat Barat yang kini seakan-akan telah mengubah pemikiran dan cara

hidup masyarakat Islam khususnya di Malaysia pada ketika ini secara total.

Lantaran itu, banyak perkara yang perlu dilihat agar perkara-perkara

luar tersebut tidak memburukkan umat Islam. Jikalau yang jelas bercanggah,

maka wajib diharamkan dan dihapuskan, dan yang tidak ada dalil yang

melarang atau menyuruhnya, maka perlu dipertimbangkan kembali atau

Islamisasi dan imanisasi dan sebagainya. Banyak perkara yang berkaitan“ ”antaranya termasuklah hal aurat dan fesyen semasa.

Aurat itu adalah perkara yang perlu dijaga dan ditutupi oleh semua

masyarakat Islam dulu kini dan selamanya. Bertepatan dengan firman Allah

SWT:

2

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat

pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan

mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang

zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan

tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh

mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua

mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara

mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-

saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-

hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak

berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang

aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang

akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian

kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” 1

Namun tatkala pantas paksi bumi berputar, sepantas waktu itu berlalu,

maka Barat mula memperkenalkan sebuah terminologi yang dipanggil1 Surah An-Nur ayat 31

3

fesyen . Suatu impak kepada istilah yang besar dalam dunia Islam itu“ ”sendiri. Lalu bermulalah zaman pemakaian yang pelik-pelik itu boleh digelar

fesyen atas alasan sense of art maka seni itu sendiri pincang.“ ”

Hal ini berlarutan ke tanah-tanah nusantara yang rata-rata

penduduknya adalah terdiri dari umat Islam. Maka umat Islam yang berada

ditahap muslimin atau muslimat yang belum ketahap mukminin atau

mukminah dan muttaqie en atau muttaqiat mula berpusu-pusu ke gedung-’gedung membeli belah demi mencari fesyen yang sesuai bagi mereka,“ ”demi menampakkan kecantikan mereka. Yang teruknya apabila fesyen itu“ ”menjadikan mereka terkabur hingga tinggalkan nilai agama dalam

berpakaian.

Dentuman ideologi Barat ditambah dengan kejahilan pereka fesyen

yang beragama Islam sendiri hatta pengena fesyen yang Islam, maka hal ini

menimbulkan kemafsadahan dan kepincangan dalam dunia Islam itu sendiri.

Dari kekeliruan fesyen maka timbul lah juga banyak masalah yang lain yang

akhirnya akan membawa kepada mafsadah yang lebih besar. Sebagai contoh,

pemakaian yang tidak mengikuti syarak yang sebenar akan lebih mudah

menarik lelaki untuk merogol wanita yang bepakaian tidak mengikut syarak.

Kelihatan juga umat Islam ketika ini perlu untuk mengetahui ilmu

berkaitan maqasid syariah dengan lebih extensif. Mereka sebahagian

besarnya sudah makin jauh dengan agama Islam yang diajarkan oleh Nabi

Muhammad SAW. Penampakan masyarakat melayu khususnya dalam perkara

aurat perlu tahu terhadap hikmah syarak itu diturunkan dengan lebih

mendalam. Agar mereka merasa diri mereka terpelihara dan terjaga hanya

kerana berbuat sesuatu mengikut syarak dan menepati apa yang syarak

gariskan.

4

Sesungguhnya datangnya syariah itu berpaksikan maqasid syariah,

bukan sia-sia, bahkan tiada satu pun yang datang dari Allah yang dipanggil

syariah itu adalah sia-sia atau dalam erti kata lain, syariah itu datang

bukan memberatkan manusia atau membebankannya. Namun dengan erti

menjaga mereka dari kerosakan yang asasnya didorongi oleh nafsu manusia

didunia bahkan diakhirat kelak.

1.2 PENYATAAN MASALAH

1.2.1Apakah yang dimaksudkan dengan tuntutan mentup aurat.

1.2.2Apakah pandangan islam terhadap fesyen

1.2.3Apakah yang dimaksudkan dengan dimensi maqasid syariah

dalam berpakaian.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam penyediaan latihan ilmiah ini, penulis ingin merungkaikan beberapa

perkara yang akan penulis tuliskan dibawah ini

1.3.1Menjelaskan dengan mendalam terhadap apa yang dimaksudkan

dengan tuntutan menutup aurat.

1.3.2Memberi gambaran yang jelas terhadap pandangan islam tentang

fesyen.

1.3.3Merungkaikan maksud yang ingin dinyatakan antara perkaiatan

maqasid syariah dalam berfesyen.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

5

1.4.1Kajian berkisarkan tentang tuntutan menutup aurat atau fesyen

semasa ini sebenarnya akan memberi gambaran yang kukuh

kepada umat Islam yang kian lemah ini terhadap suatu lanskap

ilmu iaini maqasid syariah. Yang berperanan didalam memberi

garis pandu yang sebenar supaya masyarakat Islam tidak tersilap

faham terhadap Islam dan mengenakan pakaian yang mengikut

tuntutan syarak.

1.4.2Kajian ini juga mampu menjadi sebagai salah satu hujah yang

kuat untuk menepis fitnah-fitnah yang dilontarkan oleh golongan

Barat yang mengatakan Islam itu sempit. Juga mengetepikan

pandangan yang mengatakan membuka aurat itu suatu langkah

ketamadunan.

1.4.3Pentingnya kajian ini ia mungkin menjadi titik tolak kepada

mereka yang kurang didikan agama agar mampu menyarung

pakaian yang mematuhi arahan syarak walaupun dengan cara

berfesyen yang betul.

1.4.4Mengelakkan berlakunya kekeliruan didalam memahami maqasid

syariah khususnya didalam lapangan aurat kerana kesilapan

menakrifkan konsep maslahah dan mafsadah.

1.4.5 Memberi suatu guidline kepada mereka yang ingin menceburi“ ”

bidang perekaan fesyen.

1.5 TAJUK KAJIAN

Menutup Aurat: Antara Tuntutan Dan Mengikut Fesyen Dalam Dimensi

Maqasid Syariah.

6

1.6 PENGERTIAN TAJUK

Mereka yang menutup aurat kerana fesyen menurut maqasid syariah, apakah

resolusinya. Atau lebih khusus boleh dikatakan orang Islam yang menutup

auratnya kerana fesyen yang ada kini sama ada yang sebelumnya tidak

menutup aurat ataupun yang sudah menutup auratnya, menurut maqasid

syariah, apakah hukum dan penjelasannya. Bolehkah fesyen menjadi suatu

aspek utama didalam menutup aurat sama ada sebagai suatu proses untuk

menarik masyarakat untuk terus menutup aurat ataupun sekadar tarikan

untuk menutup aurat.

Namun begitu penulis akan menerangkan juga pengertian tajuk

perkata iaini dengan memberi dan menghuraikan maksud secara khusus

kepada beberapa perkataan penting didalam tajuk ini. Perkataan yang akan

dihuraikan adalah menutup , aurat , tuntutan , fesyen , dimensi ,“ ” “ ” “ ” “ ” “ ”dan maqasid syariah .“ ”

1.6.1menutup.

Menutup adalah boleh diertikan juga sebagai menudung dalam konteks ini.2

Namun berlawanan dengan istilah membalut atau tidak boleh disama ertikan

dengan membalut walau secara zahirnya membalut itu juga sebagian dari

perbuatan menutup.

1.6.2aurat

menurut kamus bahasa melayu, perkataan aurat diertikan dengan bahagian

badan yang tidak boleh didedahkan mengikut hukum islam3

2 Arbak Othman, Kamus Bahasa Melayu, m.s. 5913 Ibid, m.s.22

7

1.6.3tuntutan

secara bahasa tuntutan juga bermaksud desakan dan dakwaan. Ia juga

bermaksud, meminta dengan mendesak supaya dilakukan atau ditunaikan

sesuatu.4

1.6.4fesyen

Fesyen menurut kamus bahasa melayu mempunyai beberapa maksud,

antaranya, ia adalah potongan pakaian dalam adat istiadat dan lain-lain yang

bersifat sementara dan akan berubah; cara (baru); gaya (baru).5

1.6.5dimensi

dimensi disini membawa makna sebagai konteks atau suatu rangka atau

acuan didalam membuat sesuatu.

1.6.6maqasid syariah

maqasid syariah datangnya dari dua perkataan yang berbeza, iaitu:-

-maqasid dan;

-syariah.

Didalam menghuraikan makna maqasid syariah, penulis akan menghuraikan

makna secara satu persatu dan juga makna apabila dua perkataan itu

digabungkan.

4 Ibid, m.s. 5905 Ibid, m.s. 139

8

a) Maqasid

Kalimah maqasid adalah kata jamak atau kata ganda bagi perkataan“ ”maqsad dengan huruf shad berbaris atas yang merupakan masdar mimi“ ” 6

yang berasal dari kalimah asal qasada dalam bahasa arab yang bermaksud“ ”tujuan, kehemdak, matlamat atau objektif, adil dan tidak melampau.

b) Syariah

Kalimah syariah pula adalah suatu kalimah yang berasal dari kalimah“ ”syara a yashro u syar an“ ’ ” “ ’ ” “ ’ ”7 yang mempunyai beberapa maksud

antaranya adalah, mengambil air dengan mulut, mula melakukan sesuatu,

dekat dengan jalan, meninggikan sesuatu, menetapkan dan menjelaskan

sesuatu.8 Namun makna yang paling jelas dalam konteks ini adalah

menetapkan dan menjelaskan sesuatu, sebagaimana firman Allah SWT:

yang bermaksud: “Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-

perkara ugama Yang ia tetapkan hukumNya - apa Yang telah diperintahkanNya

6 Wan Mohd Nasir (2011), Maqasid Syariah Cabaran Dan Penyelesaian Dalam Merialisasikannya, Telaga Biru Pulication, m.s. 47 ibid8 Sila rujuk: al-mu’jam alwasith, m.s. 479

9

kepada Nabi Nuh, dan Yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (Wahai

Muhammad), dan juga Yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi

Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu

berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". berat bagi orang-orang musyrik

(untuk menerima ugama tauhid) Yang Engkau seru mereka kepadaNya. Allah memilih

serta melorongkan sesiapa Yang dikehendakiNya untuk menerima ugama Tauhid itu,

dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamanya itu sesiapa Yang rujuk kembali

kepadanya (dengan taat).”9

c) Maqasid syariah

Setelah digabungkan keduanya tebitlah satu istilah khusus, terdapat banyak

takrif yang dikemukakan oleh ulama dalam kitab mereka, antaranya:’

Ibn Asyur menerangkan Maqasid Syariah sebagai: pengertian-pengertian

dan hikmat yang ditonjolkan oleh syara’ Allah SWT dalam semua suasana tasyri’ atau

kebanyakannya dimana tidak hanya didapati didalam bahagian tertentu hukum

syariah sahaja.10

9 Surah asy-syura, ayat 1310 Muhammad Al-Tahir Ibn Asyur, Maqasid Syariah Islamiyyah, Tunis m.s. 51

10

Allal al-Ffasi mengatakan Maqasid Syariah ialah: matlamat, tujuan dan

rahsia-rahsia yang ditentukan oleh syari’ Allah SWT didalam setiap peraturannya

(syriahNya)11

Dr. Al-Durani menyebut takrif maqasid dsebagai: nilai-nilai mulia yang

agung yang terkandung disebalik (didalam) lafaz-lafaz dan nas-nas yang merupakan

sasaran dan matlamat kepada tasyri’ samada berbentuk kulli atau juz’i.12

As-Syatibi menulis, sesungguhnya Syari’ah itu bertujuan mewujudkan

kemaslahatan manusia di dunia dan diakhirat.13

1.7 SKOP KAJIAN

Kajian ini adalah kajian yang memfokuskan hanya hal aurat dan

fesyen sahaja daripada banyak hal-hal agama lain yang boleh dikaji.

Walaubagaimanapun kajian ini juga akan menumpukan kepada suatu input

yang boleh dikeluarkan melalui suatu skop ilmu yang khusus iaitu dalam

kerangka ilmu maqasid syariah, sedangkan perbahasan ilmu itu banyak.

Dengan kata lain, perbincangan berkaitan fesyen dan aurat dibicarakan

dalam skop maqasid syariah sahaja, tidak akan pergi ke skop perbincangan

yang lain sebagai contoh aurat didalam Islam yang mana perbincangannya

akan ke peringkat yang lebih luas.

11 Allal al-Fasi (1963), Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah wamakarimuha, rabat,m.s. 312 Dr. fathi al-Durani,(1987), khasa’is al-Tasyri’ al-Islami fi al-Siasah wa al-Hukum, Beirut, m.s. 19413 Lihat: Drs. Totok Jumantoro, kamus Ilmu Ushul Fikih, Jakarta m.s 196

11

Kajian ini hanya berlegar-legar didalam lingkungan ilmu maqasid

syariah sahaja. Sedangkan kita boleh juga membincangkan aurat dalam

aspek yang lain. Namun kajian ini khusus menjurus kepada maqasid syariah.

Oleh kerana itu, penulis akan membataskan kajian ini kepada

beberapa aspek yang dirasakan perlu.

1.7.1Kajian ini akan menumpukan khusus terhadap aurat dan fesyen

sahaja.

1.7.2Kajian ini akan melihat kepada aurat dan fesyen dalam

perbincangan ilmu maqasid syariah.

1.7.3Akibat ketandusan ilmu yanga ada pada penulis, tidak semua

perbincangan didalam perbahasan ilmu maqasid syariah akan

dihubungkaitkan. Cukup sekadar asimilasi antara aurat dan

fesyen dengan beberapa tajuk didalam maqasid syariah.

1.8 HIPOTESIS

Fesyen pada umumnya lebih memberi maslahah (maslahah yang lebih besar)

dizaman kini berbanding mafsadah (mafsadah yang lebih kecil dari

maslahah).

1.9 SOROTAN PERPUSTAKAAN

Sorotan perpustakaan dalah suatu perkara yanga amat penting untuk diteliti.

Hal ini kerana sorotan perpustakaan dapat mengelakkan sesuatu kajian itu

dari diulangi semula dan tidak membawa faedah yang besar kepada orang

lain atau masyarakat umum. Namun begitu, dengan mengetahui hasil kajian

terdahulu seseorang penulis itu sebenarnya mampu mengelakkan daripada

membincangkan hal yang sama dalam penulisan yang akan dikajinya, malah

12

dengan melihat penulisan terdahulu, ia dapat membuka peluang kepada

penulis untuk mencari ruang-ruang kosong yang masih belum diterokai dan

perlukan kepada penambahan idea yang lebih mantap.

Sepertimana dengan kajian ini, penulis telah membuat suatu sorotan

berkaiatan dengan tajuk ini, apa yang penulis dapati adalah ramai yang

menulis hal-hal berkaitan maqasid syariah, namun tidak banyak yang

mengaitkan maqasid syariah itu dengan hal aurat dan fesyen atau lebih luas

lagi dengan hal semasa.

Di kesempatan inilah penulis akan membuat suatu kajian yang tidak

lagi dibuat oleh pengkaji-pengkaji lain.

1.10 METODOLOGI KAJIAN

Metode kajian adalah salah satu instrumen penyediaan latihan ilmiah yanga

amat penting. Hal ini adalah kerana melaluinya sesuatu kajian itu akan

dinilai berkualtiti atau tidak berdasarkan metode yang digunakan itu tepat

dan bersesuaian dengan objektif dan tujuannya atau tidak. Selain itu ia juga

merupakan suatu cara kerja untuk memahami objek yang sedang dikaji.

Dengan kata lain, metode merupakan suatu prosedur atau cara mengetahui

sesuatu yang mempunyai langkah sistematik.

Didalam pengkajian ini, penulis menggunakan beberapa metode kajian

yang dikira sesuai oleh penulis dalam memastikan kajian yang dilakukan

adalah menyeluruh dan tepat. Antaranya:

1.7.4metode pengumpulan data

Metode pengumpulan data ialah usaha-usaha yang dilakukan dengan cara

pengumpulan data dan pentafsiran terhadap data-data yang terkumpul.

13

Penulis menggunakan beberapa metode kajian untuk memperoleh maklumat

yang tepat bagi penulisan kertas kajian ini.

Di dalam proses menyiapkan kajian ini, penulis mengunjungi beberapa buah

perpustakaan untuk mendapatkan data, maklumat serta lain-lain dokumen

seperti majalah, keratan akhbar, jurnal, kertas kerja dan lain-lain yang

bersangkutan dengan tajuk ini. Antaranya :

a) Perpustakaan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam

Puri.

b) Perpustakaan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Nilam

Puri.

c) Perpustakaan Awam Kelantan.

1.7.5Metode dokumentasi

Metode dokumentasi merupakan satu cara mengumpulkan data dengan

melakukan penelitian terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungan

dengan bidang yang dikaji. Di dalam kajian ini, pengkaji menjadikan

dokumen-dokumen seperti buku-buku yang berkaitan, kajian-kajian lepas dan

sebagainya sebagai bahan dokumentasi.

Penulis merasakan metode ini relevan untuk diguna pakai dalam kajian ini

kerana ianya berguna untuk mendapatkan maklumat khusus berkenaan

pengenalan latar belakang kajian, dan juga permasalahan kajian yang

hendak dikaji sama ada dari segi perkembangan dan sebagainya.

14

Sebenarnya penggunaan metode Dokumentasi seperti buku-buku dan bahan

bahan kajian terdahulu banyak membantu penulis dalam mendapatkan data–maklumat bagi melengkapkan bahagian bab dua dan bab tiga.

15

BAB 2

KONSEP BERPAKAIAN DAN FESYEN DALAM ISLAM

2.1 PENDAHULUAN

Berpakaian itu satu perkara yang asas bagi setiap manusia, namun, Islam

datang dengan memberi garis panduan kepada manusia keseluruhannya

untuk memberi kemaslahatan kepada manusia di dunia mahupun di akhirat

secara lambat atau secara cepat. Islam itu datang sebagai rahmat kepada

seluruh alam. Allah SWT befirman:

Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan Yang cukup bagi

orang-orang Yang (cita-citanya) mengerjakan Ibadat (kepada Allah Dengan

berilmu). Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan

untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.14

Perkataan Rahmat didalam ayat ini juga merupakan hikmah kepada“ ”Islam itu sendiri, yang merupakan maqasid kepada syarak yang menjadi

rahmat atau hikmah kepada manusia. Pensyariatan kepada manusia Muslim

supaya menutup aurat juga adalah suatu kemaslahatan yang besar didunia

dan diakhirat.

Larangan-larangan terhadap menutup aurat boleh didapati didalam

banyak dalil-dalil quran dan hadith. Namun ulama ada juga yang berselisih

14 Surah Al-anbia’ ayat 106-107

16

faham mengenainya berkaitan dengan anggota-anggota aurat, sejauh mana

perlu tutup, rukhsahnya, pengeculian dan lain-lain lagi.

Didalam bab ini penulis akan menerangkan berkaitan dengan aurat,

fesyen, dan perkaitan antara keduaya.

2.2 AURAT

Didalam berbicara perihal aurat dan fesyen, maka perlu untuk diketahui

beberapa hal terhadap aurat itu sendiri dahulu. Hal ini adalah kerana

didalam membincangkan tentang fesyen maka ia berkait dengan pakaian

secara langsung dan apabila bercerita perihal pakaian dalam Islam, maka

aurat adalah perkara pertama yang perlu dititik beratkan didalam

membincangkan isu ini.

Penulis akan menjelaskan sedikit sebanyak hal berkaitan dengan aurat

yang perlu diketahui dalam membincangkan tajuk latihan ilmiah ini,

antaranya penulis akan menerangkan tentang takrif atau definisi, kedua

adalah pensabitan aurat dalam Islam, seterusnya yang ketiga adalah anggota-

angota yang dianggap aurat atuapun batasan-batasan aurat menurut

pandangan ulama yang masyhur.

2.2.1Takrif aurat

Definisi atau takrif aurat boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu dari

segi bahasa dan dari segi istiah fiqh atau istilah syarak.

i. Bahasa

17

Dari sudut bahasa aurat bermaksud kebaikan. Perkataan aurat diambil dari

perkataan arab iaitu aurah dan maksudnya didalam bahasa melayu adalah

kebaikan.15

ii. Istilah

Definisi secara istilah banyak dinyatakan oleh ulama -ulama . Namun disini’ ’hanya mengambil beberapa sahaja dari istilah-istilah itu. pertama Bahagian

tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi daripada

pandangan.16 kedua Sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT untuk

diperlihatkan kepada orang lain yang tidak dihalalkan oleh Allah SWT

2.2.2Pensabitan hukum menutup aurat didalam Islam

Apabila berkaitan dengan pemakaian maka Islam datang memberi panduan

kepada manusia untuk memakai apa dan bagaimana dan memberi

pembatasan kepada manusia didalam berpakaian. Justeru, terdapat banyak

dalil-dalil dari Al-Quran, Hadith mahupun ijma ulama mengenai hukum’menutup aurat.

Penulis akan memaparkan satu persatu antara dalil-dalil dari Al-Quran,

Al-Hadith dan Ijma para Ulama mengenai hukum menutup aurat.’

i. Al-Quran

1. Surah Al- Nur ayat 31

15 Hj. Abdul Rahman, 13 Aurat Wanita, m/s 2516 ibid

18

dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat

pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara

kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka

kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher

bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan

perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau

bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau

saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau

anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan

Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah

tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum

mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki

19

untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan

bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya

kamu berjaya.

2. Surah Al- Ahzab ayat 59

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-

perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh

tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka

dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu.

dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

3. Surah Al-Ahzab ayat 33

dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan

diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah

sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya.

20

Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana

hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu - Wahai

"AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara

Yang keji).

4. Surah Al-A’raf ayat 31

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap

kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta

minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan

orang-orang Yang melampaui batas.

ii. Al-Hadith

Dari aisyah RA bahawa Asma Binti Abu Bakar pernah menghadap’

Rasulullah denagan berpakaian agak tipis, lalu Rasulullah berpaling

dan berdabda “ wahai Asma’! orang perempuan apabila meningkat umur

haid (umur baligh), tidak boleh lagi terlibat kecuali ini dan ini . (lalu”

Rasulullah SAW pun menunjukkan pada muka dan kedua tapak tangan

baginda.)

21

Dari Ibnu Umar R.A berkata, sabda Rasulullah SAW: “barang siapa menyerupai

sesuatu kaum, maka dia itu dari golongan mereka”.

Orng lelaki tidak boleh melihat aurat orang lelaki lain dan orang

perempuan tidak boleh memandang aurat orang perempuan lain, dan

orang lelaki tidak boleh tidur bersama-sama orang lelaki lain dalam

satu pakaian dan orang perempuan tidak boleh tidur bersama orang

perempuan lain dalam satu pakaian.

iii. Ijma’ Ulama’

Para ulama telah bersepakat menyatakan bahawa rambut perempuan itu’adalaha perhiasa yang wajib ditutup dan tidak boleh dibuka dihadapan lelaki

ajnabi. Persepakatan ini telah didasari dengan firman Allah SWT. Allah SWt

befirman:

22

dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat

pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara

kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka

kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher

bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan

perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau

bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau

saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau

anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan

Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah

tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum

mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki

untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan

bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya

kamu berjaya.

Hukum yang diambil dalam ayat ini mengandungi dua perkara

Pertama: dalam ayat ini Allah SWT melarang perempuan mukmin

memperlihatkan perhiasan mereka kecuali yang zahir sahaja, dan tidak

seorang pun dari ulama khalaf dan salaf yang menyatakan bahawa rambut’wanita termasuk dalam ma zoharo minha . Inilah pendapat semua ulama .“ ” ’

23

Kedua: dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan orang mukmin supaya

mereka menutup kain tudung ke dada mereka. perkataan Al-Juyub“ ”bermakna tempat-tempat yang terbuka pada pakaian, iaitu dada. Dan kata

Al-Khimar sebagaimana dikatakan para ahli tafsir adalah jamak dari kata“ ”Al-Khimru iaitu sesuatu yang dipergunakan perempuan untuk menutup“ ”

kepalanya. (Yusuf Al-Qaradhawi, 1996, hlm 67-69)

2.2.3Anggota yang dianggap aurat menurut pandangan ulama

Ulama banyak berbeza pandangan mengenai sejauh mana anggota badan’yang perlu ditutup. Namun bersepakat terhadap kewajipan menutupnya.

Walaubagaimanapun dikesempatan yang sedikit cuma ini, penulis hanya

akan menzahirkan beberapa sahaja pandangan ulama iaini pandangan-

pandangan mazahibul arba’ah atau mazhab yang empat iaitu, mazhab Syafie,

mazhab Hanafi, mazhab Hanbali, mazhab Maliki.

i. Mazhab Syafi’e:

Asy-Syirazi, salah seorang ulama Syafi iyyah, pengarang kitab al-Muhadzab’mengatakan bahawa adapun wanita merdeka, seluruh tubuhnya adalah aurat,

kecuali wajah dan telapak tangan.

Imam nawawi pula berkata, sehingga pergelangan tapak tangan

berdasarkan firman Allah SWT: “dan janganlah mereka memperlihatkan

perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya…”

24

Sementara Ibnu Abbas pula berkata bahawa itu termasukalah wajahnya

dan kedua telapak tangannya.

Disamping itu, Rasulullah SAW melarang wanita yang sedang Ihram

mengenakan sarung tangan dan purdah. Seandainya wajah dan telapak

tangan itu aurat, nescaya baginda tidak melarang sedemikian. Selain itu

juga, kerana dorongan keperluan untuk menampakkan wajah pada waktu

jual beli, serta perlu menampakkan tangan untuk mengambil dan

memberikan sesuatu. Oleh kerana itu, wajah dan tapak tangan tidak

dianggap aurat.

Imam Nawawi menambahkan dalam syarahnya terhadap Muhadzab,

iaitu al-Majmuk bahawa antara ulama Syafi iyyah, ada yang menceritakan’atau mengemukakan pendapat ahawa telapak kaki bukanlah aurat.

ii. Mazhab Hanafi:

Dalam kitab al-Ikhtiyar, salah satu kitab mazhab Hanafi, disebutkan bahawa

tidak boleh melihat wanita lain kecuali wajah dan telapak tangannya. Jika

tidak dikhuatiri menimbulkan syahwat. Diriwayatkan dari Abu Hanifah

bahawa bbeliau menambahkan dengan kaki, kerana yang demikian itu ada

darirat yang mengambil dan memberi, serta tujuan untuk mengenali

wajahnya ketika urusan bermuamalah dengan orang lain, untuk menegakkan

kehidupan dan keperluannya, kerana tidak adanya orang yang melaksanakan

sebab-sebab kehidupannya.

Beliau berkata, sebagai dasarnya adalah firman Allah SWT: “dan

janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir

daripadanya”.

25

Para sahabat pada umumnya berpendapat bahawa hal yang

dimaksudkan ayat tersebut ialah celak dan cincin, iaitu tempatnya (bahagian

tubuh yang menempatkan celak dan cincin). Hal ini sepertimana telah

dijelaskan bahawa celak, cincin, dan macam-macam perhiasan itu adaah

halal dilihat oleh kerabat mahupun orang lain. Maka yang dimaksudkan di

sini ialah tempat perhiasan itu.

Beliau berkata, adapun kaki, maka diriwayatkan bahawa ia bukanlah

aurat secara mutlak, kerana bahagian kaki ini diperlukan untuk berjalan.

Selain itu, kemungkinan menimbulkan syahwat apabila melihat muka dan

tangan itu lebih besar, maka halalnya melihat kaki adalah lebbih utama.

Dalam satu riwayat disebutkan kaki itu adalah aurat untuk dipandang bukan

ketika solat.

iii. Mazhab Hanbali:

Dalam mazhab Hanbali kita dapati Ibnu Qudamah mengatakan dalam

kitabnya al-Mughni seagai berikut: tiada mazhab yang berselisih pandangan

tentang bolehnya wanita membuka wajahnya ketika solat dan dia tidak oleh

membuka selain wajah dan telapak tanganya.

Manakala mengenai telapak tangan ini, ada dua riwayat. Para ahli

ilmu berbeza pendapat, tetapi kebanyakan mereka sepakat bahawa boleh

melakukan solat dengan wajah terbuka. Mereka juga sepakat ahawa setiap

dari kaum wanita yang merdeka itu perlu mengenakan tutup kepalannya jika

melakukan solat dan jika dia melakukan solat dalam keadaan seluruh

kepalanya terbuka, maka dia wajib mengulangi solat itu.

26

Imam Abu Hanifah berkata bahawa kaki itu bukan aurat, kerana

kedua kaki itu biasa nampak. Kerana itu, ia adalah sama seperti wajah.

Imam Malik, al-Auzaie dan Imam Syafie berkata bahawa seluruh tubuh

wanita itu aurat kecuali muka dan tangannya, dan selain itu wajib ditutup

sewaktu mengerjakan solat. Ini adalah kerana alam menafsirkan maksud

ayat, janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa

nampak daripadanya. Selain itu, kerana Rasulullah SAW melarang wanita

berihram memakai sarung tangan dan purdah. Andai kata wajah dan tangan

itu aurat, nescaya baginda tidak akan melarang menutupnya.

Selain itu, kerana diperlukan membuka wajah dalam urusan jual beli,

begitu juga kedua tangan untuk mengambil, memegang dan memberikan

sesuatu.

Sebahagian pendapat pula mengatakan bahawa waita itu seluruhnya

adalah aurat, kerana diriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa wanita

itu aurat. Ini menurut hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan beliau

berkata bahawa ia hadith hassan lahi sahih. Tetapi Baginda Nabi memberi

peringatan untuk membuka wajah dan tangan, kerana jika ditutup, maka itu

akan menimbulkan kesulitan.

Dibolehkan juga melihat wajah wanita pada waktu urusan meminang

kerana wajah itu merupakan pusat kecantikan. Ini adalah pendapat Abu

Bakar al-Harith bin Hisyam, di mana beliau berkata bahawa wanita itu

adalah keseluruhannya adalah aurat hingga kukunya. Demikianlah

keterangan dalam kitab al-Mughni.

iv. Mazhab Maliki:

27

Dalam satu penjelasan ringkas menrusi karya daripada ad-Dardir yang

berjudul Aqrabul Masalik ila Masalik, disebutkan bahawa aurat wanita

wanita merdeka terhadap lelaki asing, iaini yang bukan mahramnya, adalah

keseluruhan tubuhnya selain wajah dan telapak tangan.

As-Shawi telah mengulas pendapat tersebut, dengan berkata bahawa,

maksudnya adalah boleh melihat baik di bahagian luar mahupun bahagian

dalam (tangan itu), tanpa maksud berlazat-lazat, dan merasainya. Jika

ermaksud untuk berlazat-lazat, hukumnya adalah haram. Beliau berkata,

apakah pada waktu itu wajib menutup wajah dan kedua tangannya? itulah“ ”pendapat ibnu Marzuq yang mengatakan bahawa ini merupakan pandangan

mazhab Maliki yang masyhur. Atau apakah wanita tidak menutup wajah dan

tangannya, sebaliknya hanya lelaki yang perlu menundukkan pandangannya?

Ini adalah pendaat yang dinukilkan oleh al-Mawaq daripada Iyadh.

Manakala Zurruq pula telah mengulas didalam syarah al-Waghlisiyyah

berhubung perbezaan antara wanita cantik dengan yang tidak cantik.

Menurutnya, bagi wanita yang cantik, mereka wajib menutup aurat,

manakala yang tidak cantik, ia hanyalah pilihan.

2.3 FESYEN

Antara perkara asas yang perlu diketahui didalam mengupas tajuk latihan

ilmiah ini, maka fesyen adalah satu perkara yang perlu di selami terlebih

dahulu. Apakah itu fesyen, dari mana asal usul perkataan ini, skopnya, dan

kehujahannya.

Fesyen itu memiliki maksud yang umum, tidak tertumpun hanya pada

pakaian, ia adalah pendahuluan kepada trend. Walaubagaimanapun, maksud

fesyen didalam latihan ini adalah fesyen yang berkaitan dengan pakaian.

28

Fesyen yang ditujukan didalam tajuk ini adalah khusus fesyen kepada

kaum wanita, bukan kaum lelaki.

2.3.1Definisi fesyen

Definisi fesyen menurut Colin McDowell, pengerusi Kumpulan Kostum di

Britain menyatakan bahawa, fesyen adalah suatu berkembang pantas“mengikut peredaran zaman, fesyen juga mengikut keadaan sosial, politik,

dan kebudayaan sesuatu tempat.

2.3.2Fesyen barat dan fesyen Islam

Pada asalnya, fesyen itu sendiri adalah satu perkataan yang diambil dari

perkataan inggeris iaitu fashion, yang mana berkembangnya dari barat.

Budaya berfesyen atau bergaya ini adalah salah satu fitrah manusia namun

dengan ada campur tangan barat maka ia makin dirosakkan dengan idea-

idea yang sudah tentu jauh dari nilai agama.

Maka pada perspektif Islam asalnya tiada dalil secara khusus yang

mengharamkan fesyen ini, bahkan didalam kaedah fiqh wujud satu kaedah

asal kepada sesuatu itu harus jika tiada dalil yang mengharamkannya .“ ”Fesyen itu suatu yang digemari manusia khususnya wanita, dan Islam pada

waktu yang sama tidak menyekat keperluan fitrah manusia secara mutlak,

namun, sesuatu yang fitrah dan baru seperti fesyen ini perlu dilihat kembali

hukumnya melihat kepada keadaan tertentu.

Walaubagaimanapun, fesyen barat adalah suatu yang haram bagi umat

Islam untuk turutinya; ianya jelas. Ini adalah kerana, fesyen-fesyen barat

adalah fesyen yang tidak menurut syarak dan menaikkan ghairah lelaki lalu

29

ingin meraih pujian semata. Hilang sepenuhnya tujuan pemakaian itu, iaitu

menjaga maruah manusia.

Tambahan lagi apabila kebanyakan orang bukan Islam di barat amat

menentang wanita menutupi seluruh tubuh mereka, mereka beranggapan

bahawasanya perbuatan seperti itu adalah pebuatan yang kolot dan menutup

hak asasi wanita itu sendiri. Sesetengah dari mereka hingga mengatakan

berbogel sebagai hak kebebasan manusia. Hal ini amat menyalahi apa yang

dituntut oleh Islam yang menjaga maslahah manusia.

Adapun fesyen itu tidaklah salah sepenuhnya, penggunaan terminologi

fesyen itu boleh juga digunapakai oleh umat Islam, hal ini kerana istilah

fesyen dan fesyen barat itu berbeza. Fesyen itu adalah suatu yang“ ” “ ”umum manakala fesyen barat itu merangkumi fesyen yang diperaga oleh

orang barat yang majoriti besarnya didominasi oleh golongan bukan Islam.

Bahkan apatah lagi kini sudah wujud istilah fesyen Islam, fesyen

muslimah, fesyen muslim, fesyen tudung, fesyen jubah, dan lain-lain. Hal

ini berlaku akibat dari istilah fesyen itu yang kadang-kadang memberi

kekeliruan kepada umat Islam itu sendiri. Maka wujudlah orang-orang Islam

yang ingin mengharmonikan fesyen itu sebagai suatu kewujudan yang

diterima oleh Islam.

Hatta realiti di Malaysia sendiri pun, ramai bahkan sebahagian besar

umat Islam di Malaysia menggunakan fesyen sebagai medium perniagaan

mereka. Mereka menggambil langkah ini untuk menyara hidup mereka,

namun bila berlaku persaingan didalam industri ini, mulalah idea-idea baru

demi meneruskan hidup didalam industri ini.“ ”

30

Idea-idea baru ini bahkan akan membawa kepada suatu keterdedahan

kepada meniru fesyen barat yang sudah tentu tidak diterima syarak. Apatah

lagi jikalau fesyen ini dibuat oleh orang Islam yang tidak mengerti Islam

sepenuhnya dan mengambil Islam pada sebahagian-sebahagian sahaja.

Konsikuansi inilah yang ditakuti berlaku didalam masyarakat Islam. Maka

perbincangan ini akan dibincangkan didalam bab ke-4 kelak.

2.3.3Kehujahan fesyen dalam Islam

Islam memberi suatu gambaran umum terhadap apa-apa isu yang baru

didalam agama, penggunaan kaedah al-aslu fi asya ibahah merupakan“ ’ ”satu kaedah yang tepat menggambarkan hal ini. Didalam urusan yang bukan

ibadah, maka setiap sesuatu itu menurut mazhab syafie adalah harus

selagimana tiada dalil yang mengharamkannya.

Didalam dunia baru kini, muncul istilah fesyen didalam urusan

manusia, apabila ia berkaitan dengan urusan manusia maka secara tidak

langsung ia juga berkaitan dengan urusan didalam Islam itu sendiri, lalu

bagaimanakah Islam mencari penyelesaian didalam setiap masalah baru.

Justeru fesyen adalah suatu yang tidak wujud dalil yang mengharamkannya

secara jelas.

Walaubagaimanapun, bukanlah mudah-mudah sahaja untuk dikelaskan

sesuatu itu cukup dengan hanya satu kaedah sahaja. Apabila sesuatu itu

tiada dalil yang jelas dan tetap, maka, ia akan termasuk didalam sesuatu

yang boleh dikhilafkan oleh para ulama. Para ulama boleh menggunapakai

mana-mana manhaj yang dikira sahih baginya.

Bukan sekadar itu, bahkan penetapan hukum perlulah melihat pada

pelbagai aspek seperti aspek realiti, keadaan, darurat, keperluan dakwah,

31

dan sebagainya. Namun, didalam menetapkan itu ilmu Maqasid Syariah

memainkan peranan yang penting didalam menentukan aspek-aspek itu

supaya penentuan itu tidak lari dari maqasid syariah atau tujuan sebenar

yang ingin dacapai syarak.

Fesyen dalam islam hukumya adalah harus berpandukan kepada dalil-

dalil yang tidak mengharamkan perkara baru didalam hal muamalah.

Namun ia boleh menjadi haram, harus, makruh didalam beberapa keadaan

yang tertentu. Didalam bab ke-4 akan dibincangkan secara lebih

terperinci mengenai hal ini.

32

BAB 3

MAQASID SYARIAH

3.1 PENDAHULUAN

Didalam merungkaikan dengan lebih dalam lagi terhadap tajuk latihan

ilmiah ini iaitu Menutup Aurat: Antara Tuntutan Dan Mengikut Fesyen“Dalam Dimensi Maqasid Syariah . Perlu diketahui beberapa perkara penting”didalam ilmu maqasid itu sendiri sebelum masuk ke tajuk sebenar

perbincangan yang lebih rumit.

Didalam bab ini penulis akan membincangkan tentang maqasid syariah

itu sendiri demi memberi kefahaman umum didalam memahami tajuk ini.

Hal ini adalah kerana maqasid syariah itu menjadi rangka teori didalam

membincangkan berkaitan aurat dan fesyen. Justeru memahami maqasid

syariah terlebih dahulu sebelum masuk ke peringkat lebih rumit adalah

amat penting demi memelihara kefahaman dan mencegah dai berlaku

kesilap fahaman.

Penulis akan merungkai berkaitan definisi maqasid syariah, bidang

pengkajiannya, pensabitannya didalam al-Quran, hadith ijma dan qias,’perbezaannya dengan usul fiqh, maqasid ammah dan maqasid khassah,

tingkatan maqasid ammah, maqasid daruruiy yang lima dan maslahah dan

mafsadah.

3.2 DEFINISI

Maqasid syariah secara bahasanya adalah tujuan-tujuan syarak . Namun“ ”pengertian secara istilah memiliki banyak tafsiran oleh pelbagai ulama

33

samada ulamak kontemporari ataupun ulama silam, namun penulis hanya

akan memberi beberapa definisi sahaja daripada ulamak-ulamak yang

terkemuka dalam bidang ini samada yang terdahulu atau terkini.

Ibn Asyur menerangkan Maqasid Syariah sebagai: pengertian-pengertian

dan hikmat yang ditonjolkan oleh syara’ Allah SWT dalam semua suasana tasyri’ atau

kebanyakannya dimana tidak hanya didapati didalam bahagian tertentu hukum

syariah sahaja.17

Allal al-Ffasi mengatakan Maqasid Syariah ialah: matlamat, tujuan dan

rahsia-rahsia yang ditentukan oleh syari’ Allah SWT didalam setiap peraturannya

(syriahNya)18

Dr. Al-Durani menyebut takrif maqasi dsebagai: nilai-nilai mulia yang

agung yang terkandung disebalik (didalam) lafaz-lafaz dan nas-nas yang merupakan

sasaran dan matlamat kepada tasyri’ samada berbentuk kulli atau juz’i.19

As-Syatibi menulis, sesungguhnya Syari’ah itu bertujuan mewujudkan

kemaslahatan manusia di dunia dan diakhirat.20

17 Muhammad Al-Tahir Ibn Asyur, Maqasid Syariah Islamiyyah, Tunis m/s 5118 Allal al-Fasi (1963), Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah wamakarimuha, rabat,m/s 319 Dr. fathi al-Durani,(1987), khasa’is al-Tasyri’ al-Islami fi al-Siasah wa al-Hukum, Beirut, m/s 19420 Lihat: Drs. Totok Jumantoro, kamus Ilmu Ushul Fikih, Jakarta m/s 196

34

Dr. Raisuniyy menakrifkannya, “ maqasid syariah ialah tujuan (sebenar)

yang ingin dihasilkan bagi ketetapan hukum Syarak (dengan tujuan) untuk

kemaslahatan manusia”21. Penulis mengira definisi dari Dr. Raisuni adalah

definisi yang paling rajih.

Walaubagaimanapun, umumnya, maqasid itu bermaksud “jalbil masoleh

wa dar’il mafasid yang bermaksud menarik segala kebaikan dan menolak”

segala kemungkarang.

3.3 BIDANG PENGKAJIAN MAQASID SYARIAH

Didalam aspek pengkajian ilmu maqsid syariah, kita akan dapati

bahawasanya ada terdapat dua bidang kajian yang boleh dilaksanakan dalam

ilmu ini. Pertama maqasid al-khitab, kedua maqasid al-ahkam. Kedua-duanya

akan dijelaskan dengan lebih lanjut dibawah ini.

3.3.1Maqasid al-khitab

Maqasid al-Khitab ialah maksud yang tersirat di sebalik pengajaran nas atau

ayat al-Quran dan Hadith. Istilah ini kebiasaannya digunakan apabila nas

syarak membawa dua pengertian. Zahir makna nas bukan makna yang

dikehendaki, dan makna kedua yang tersirat itulah yang dikehendaki.

21 Al-Raisuni, Dr. Ahmad, Nazariatul Maqasid Inda al-Imam as-Syatibi

35

Sebagai contoh, firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 103:

ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya

Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang

buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi

ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha

mengetahui.

Zahir makna ayat diatas mengatakan mengatakan ia memerintahkan

Nabi Muhammad SAW mengambil sebahagian harta para sahabat sebagai

sedekah. Namun dalam tersirat, perintah ditujukan bukan hanya pada Nabi

Muhammad SAW sahaja bahkan ia merangkumi seluruh orang beriman

khususnya para pemimpin.

Manakala, maksud harta, sebahagian harta yang dipanggil nisab.

Pengambilan harta mestilah berdasarkan syarat-syarat tertentu dan

bertujuan membahagikannya kepada orang-orang yang berhak. Ia dikenali

sebagai ibadah zakat.

3.3.2Maqasid al-ahkam

Didalam surah surah al-Taubah ayat 103:

36

ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya

Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang

buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi

ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha

mengetahui.

Setelah kita memahami maksud sebenar ayat, “ambillah

sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah” dan kita

memahami apakah maksud sebenar yang dikehendaki. Kita pasti

tertanya-tanya mengapa diambil harta mereka yang sah untuk

dibahagikan dan diagihkan kepada orang lain? Mengapa ianya harus

diagihkan hanya kepada beberapa asnaf yang telah ditetapkan?

Apakah ikmah disebalik pengumpulan dan pengagihan harta tersebut?

Maka jawapan kepada setiap persoalan ini dinamakan Maqasid al-

Ahkam.

3.4 PENSABITAN MAQASID SYARIAH DIDALAM ISLAM

Tidak ada satu pun dari keseluruhan hukum-hukum syark yang mana

pensyariatannya adalah sia-sia iaini tanpa tujuan. Dimana sahaj adanya

hukum syarak, disitulah wujudnya kemaslahatan yang ingin dicapai oleh

syarak atau kemudharatan yang ingin dicegah oleh syarak. Mencapai

37

kebaikan dan menolak keburukan adalah maqasid (tujuan) bagi setiap

hukum syarak.

Dalil-dalil bagi kenyataan diatas adalah hasil dari istiqra (kaji selidik)’terhadap nas-nas syarak. Sesiapa yang mengkaji ayat-ayat suci al-Quran dan

hadith-hadith Nabi SAW, sudah pasti dia akan dapati bahawa dimana sahaja

ada perintah (suruhan), maka di situ wujudnya maslahah dan dimana sahaja

ada larangan, maka di situ wujudnya mfsadah. Sebagai contoh kita lihat

ayat-ayat suci al-Quran dibawah ini:

bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari

Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu

mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati

Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui

akan apa Yang kamu kerjakan.22

dan di Dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, Wahai

orang-orang Yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.23

22 Surah al-Ankabut ayat 4523 Surah al-Baqarah ayat 179

38

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana

Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.24

mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak

bulan. katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu

(urusan dan amalan) manusia, khasnya Ibadat Haji. dan bukanlah perkara kebajikan:

kamu memasuki Rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan

tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang Yang bertaqwa; dan masuklah ke Rumah

(kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu

berjaya."25

24 Surah al-Baqarah ayat 18325 Surah al-Baqarah ayat 189

39

diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan

penceroboh), kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan Sesungguhnya Allah

amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).26

Ini adalah sebahagian daripada ayat-ayat suci al-Quran Karim yang

menunjukkan bahawa adanya maqasid syariah. Kerana inilah Syeikhul

Maqasid Imam as-Syatibi menyatakan bahawa kita tidak mampu membilang

setiap maqasid daripada setiap perincian hukum daripada al-Quran dan al-

Sunnah, kerana setiap hukum ada maqasidnya tersendiri.

Antara dalil secara umum yang menunjukkan bahawasanya adanya

maqasid syariah ialah firman Allah SWT:

dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk

menjadi rahmat bagi sekalian alam.27

Perkataan rahmat itu mengandungi maksud memelihara dan“ ”menghasilkan maslahah-maslahah dan menolak mafsadah-mafsadah.

Perkataan rahmat dalam ayat ini juga bermaksud memberi segala bentuk“ ”kebaikan dan menjauhi segala bentuk keburukan di dunia dan di akhirat.

Hikmah Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai rahmat untuk

seluruh alam untuk memberi keselamatan kepada manusia di dunia dan di

26 Surah al-Hajj ayat 3927 Surah al-Anbia’ ayat 107

40

akhirat dengan melakukan dan menyeru kepada segala bentuk suruhan dan

kebaikan serta menjauhi larangan dan keburukan.

3.5 PERBEZAAN MAQASID SYARIAH DENGAN USUL FIQH

Maqasid al-Syariah merupkan sebagai satu kaedah penentu hukum yang

mengambil kira faktor-faktor yang perlu diberikan perhatian dan keutamaan

serta tidak bercanggah dengan perinsip asas, seperti faktor masa, tempat,

zaman, keadaan dan lain-lain

Usul al-Fiqh adalah merupakan satu kaedah penentu hukum yang umum,

yang menjurus ke arah cara-cara untuk mengistinbat hukum (megeluarkan

hukum syarak berdasarkan nas-nas al-Quran al-Sunnah, al-Ijma , Qiyas,’Ijtihad, Ihtihsan, dan lain-lain.

Lebih jelas jika boleh digambarkan dalam bentuk rantaian. Iaini,

sebagai contoh, pertama ayat quran turun, usul fiqh sebagai alat untuk

mengeluarkan hukum, hukum lahir, maka setelah hukum lahir, hukum itu

akan dinilai menggunakan maqasid syariah, dan lain-lain metodologi

yang ada. Akhirnya akan keluarlah hukum yang lengkap yang mempunyai

nilaian maqasid syariah.

3.6 MAQASID AMAH DAN MAQASID KHASSAH DAN MAQASID JUZ’IYYAH

Maqasid syariah secara keumuman dan kekhususannya adalah terbahagi

kepada 3 bahagian. Iaitu maqasid ammah (maqasid umum), maqasid khassah

(maqasid kusus), dan maqasid juz iah (maqasid pecahan).’

3.6.1Maqasid ammah

41

Maqasid ammah adalah merupakan Mqasid Syariah yang lebih umum,

dimana keseluruhan syariaah ini diturunkan kepada seluruh manusia adalah

semata-mata bertujuan menjaga dan memelihara keamanan dan keharmonian

dalam kehidupan manusia.

Maqasid ini lebih bersifat demi menjaga keseluruhan umat dari

kerosakan dan memberi kepada kebaikan. Maka didalam jenis ini

dihimpunkan beberapa formula yang bersifat umum yang diambil tidak lain

dan tidak bukan dari al-Quran dan al-Sunnah juga. Perkara-perkara itu

adalah dikenali sebagai daruriatul khams iaini penjagaan 5 perkara asas“ ”atau darurah. Penjagaan-penjagaan itu adalah:

i. Menjaga agama

ii. Menjaga nyawa

iii. Menjaga aqal

iv. Menjaga keturunan atau maruah

v. Menjaga harta

Kesemua lima perkara yang dijaga syarak itu adalah suatu sistem yang

mengambil kira semua ummah Islam didunia ini. Formula ataupun kaedah

raf ul haraj pula bermaksud megelakkan kesempitan dengan mengekalkan’keadilan sesama manusia. Keadilan ini mampu mengeluarkan manusia dari

runtunan hawa nafsu manusia dan mengembalikannya kepada fitrah yang

menginginkan kebaikan atau maslahah. Dan sebenarnya maqasid ammah

inilah dikatakan maqasid syariah.28

3.6.2Maqasid khasah

28 Mohd Fikri Che Hussain, Pengenalan Ilmu Maqasid Syariah, 2012, m/s 42

42

Maqasid khassah adalah maqasid yang lebih khusus berbanding maqasid

ammah, ini kerana penjurusan didalam maqasid in adalah menentukan

hikmah sesuatu suruhan atau larangan tertentu. Merujuk pada satu-satu

benda bukan banyak sekali gus. Kajian dan perbincangan yang lebih khusus

di dalam hal-hal berkaitan syariat ini dapat diketahui dengan wujudnya isu

persoalan berkaitan amalan ibadah, muamalah, munakahat, dan jinayat.

Pengkhususan topiknya lebih menjurus kepada perbincangan terhadap

objektif ataupun tujuan syariat Islam dalam mensyariatkan beberapa hukum

dalam ajarannya. Contohnya Islam mensyariatkan amalan ibadah seperti

amalan bersedekah adalah untuk menolong orang-orang yang berhajat.

Amalan memberikan hak pusakan si mati keada waris agar tidak timbulnya

perbutan, pertelingkahan, iri hati, dengki serta dendam.29

Hal ini juga boleh dilihat didalam banyak ayat-ayat Quran yang

menyatakan suruhan serta tujuannya yang khsusus. Sebagai contoh Allah

SWT befirman:

bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari

Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang

itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya

29 ibid, m/s 44

43

mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah

mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.30

Didalam ayat diatas, Allah SWT memerintahkan solat dan sekaligus

memberikan penjelasan mengenai solat itu bahawasanya, antara tujuannya

adalah demi mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. Ini adalah

satu contoh yang khusus disebut didalam al-Quran tujuannya. Banyak lagi

terdapat ayat-ayat yang menjelaskan tujuan penyariatan.

Jika diteliti, maqasid khasas adalah suatu yang memanifestasikan atau

merialisasikan tuntutan maqasid ammah, iaitu didalam kandungan daruriatul

khams. Yang mana penerangan terhadap tujuan khusus seperti dinyatakan

tadi akan membawa kepada penjagaan yang umum pada akhirnya. Sebagai

contoh, solat sebagai wadah menghalang perbuatan keji dan mungkar, maka

ia adalah demi menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan, dan harta.

3.6.3Maqasid juz’iah

Maqasid ini merupakan objektif pecahan yang lebih kecil komponenya. Pada

setiap hukum terbahagi secara berasingan (juzuk) sama ada wajib, sunat,

makruh, harus, haram, bersyarat dan sebagainya.

Contohnya mas kahwin diwajibkan dalam sesebuah akad perkahwinan

demi menambahkan perasaan cinta dan bertambahnya kasih sayang antara

suami isteri. Sementara saksi dan wali pula bertujuan menetapkan

30 Surah al-Ankabut ayat 45

44

persetujuan didalam akad pernikahan yang berlangsung demi menjauhi

sebarang fitnah, pertelagahan dan kesangsian di dalam sesebuah ikatan

perkahwinan tersebut.

Begitu juga hukum yang melarang (haram) bertunang diatas

pertunangan orang lain. Hal ini adalah kerana perkara tersebut umpama

merampas hak orang lain, sekalipun wanita itu masih belum berkahwin dan

menjadi hak milik individu itu secara sah dengan ikatan tali pernikahan. Ini

demi menjauhi sebarang fitnah, pertelagahan dan kesangsian di dalam

sesebuah ikatan perkahwinan tersebut.

Tujuan lain dari aspek syariat yang menekankan pada kebencian atau

tidak suka (makruh) dengan memakan sesuatu yang berbau busuk seperti

bawang, petai, jering, dan bau rokok ialah untuk menghindari baunya yang

bususk dan boleh mengganggu perasaan dan emosi orang lain.

Sebenarnya setiap aspek didalam pembahagian maqasid syariah itu

sebenarnya adalah berkaitan rapat antara satu sama lain.

Selain itu, kaedah ini merupakan suatu tunjang yang kukuh yang

mampu membangunkan masyarakat dengan penuh keadilan berlandaskan

syariat Allah dan manhaj rasulNya yang agaung pada setiap masa dan ketika

dan pada setiap situasi dan lokasi.

Objektif utama yang menunjukkan perincian pada perundanagn ini

adalah semata-mata untuk menjaga kebaikan setiap anggota individu dan

masyrakat sekeliling.31

3.7 TINGKATAN MAQASID AMMAH

31Op. cit, m/s 46

45

Peringkat maqasid syarak terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu daruriat,

hajiat dan tahsiniat32. Menurut Dr. Ysusf al-Alim, pembahagian maslahah

kepada tiga bahagian adalah sebenarnya merupakan perkara yang ijtihadi

dan muncul setelah zaman sahabat, tabien dan juga para imam mazhab.

Dan dalil kepada pembahagian maslahah kepada tiga bahagian adalah

melalui istiqra (kaji selidik) para ulamak. Ini adalah kerana setelah mereka’memerhatikan nas-nas syarak, samada nas juz iy, nas kulli, nas am, mutlaq,’dan muqayyad, mereka mendapati kesemua nas tersebut beredar dalam

menaga tiga perkara tersebut.33

3.7.1Daruriah

Imam as-Syatibi mentakrifkan daruriat dengan katanya, “ daruriat itu satu

perkara yang menjadi kemestian dalam kehidupan manusia samada dalam urusan

keduaniaan ataupun keagamaan, sekira-kira jika ia tiada nescaya tidak akan berjalan

kemaslahatan dunia itu dengan baik, bahkan akan berada dalam kerosakan, kacau

bilau dan hilangnya kehidupan. Dan diakhirat kelak pula akan hilangnya kejayaan dan

kenikmatan kembali dengan kerugian yang nyata dengan mendapat azab seksa .” 34

Peringkat daruriah adalah peringat maqasid yang paling tinggi dan

paling asas. Tanpa daruriah maka kehidupan manusia akan pincang, hancur

dan boleh membawa kepada kematian. Pengertian secara umumnya adalah

keperluan asas. Contohnya, manusia akan mati jika tiada makanan atau air,

32 Syatibi, al-Muwafaqat, dar-makrifah, Beirut, juz 2, m/s 833 Dr. Yususf al-Alim, al-Maqasid al-Ammah Li al-syariah al-Islamiah, m/s 15534 Op. cit

46

maka air atau makanan boleh dikatakan sebagai daruriah atau keperluan

asas.

Walaubagaimanapun, keperluan asas atau daruriah yang dibincangkan

didalam dunia Islam bukanlah sepertimana yang digambarkan oleh golongan

bukan Islam yang mana hanya meletakkan material sahaja sebagai keperluan

asas. Didalam Islam, ulama sudah bersepakat mengatakan bahawasanya ada

5 perkara yang daruriy perlu dijaga oleh umat Islam supaya umat Islam itu

terpelihara.

Pertama adalah menjaga agama, kedua menjaga nyawa, ketiga menjaga

aqal, keempat menjaga keturunan atau maruah, keenam menjaga harta.

Didalam falsafah Islam, agama adalah berad ditempat pertama yang perlu

dijaga dan disusuli dengan hal keduniaan seperti menjaga nyawa, aqal,

keturunan dan harta. Jikalau seseorang mengetahui nizhom yang indah ini

sudah pasti dia akan kuat pegangan terhadap agamanya.

Didalam hal daruriah maka kebanyakanya terkandung perkara-perkara

yang menjadi wajib untuk umat Islam jauhkan diri daripadanya atau

larangan-larangan Allah yang mana haram umat Islam lakukan seperti zina,

curi, murtad, bunuh dan lain-lain. Antara lain juga adalah pada perkara

yang diwajibkan untuk umat Islam laksanakannya seperti solat 5 waktu,

puasa, zakat, haji atau lebih umum lagi rukun Islam dan lain-lain suruhan

wajib.

Walaubagaimanapun, segala syariat Islam itu pada umumnya adalah

demi menjaga agama, kerana tanpa agama manusia menjadi pincang juga

dengan agamalah manusia mengenal kehidupan. Hal penjagaan ini bukanlah

hanya memfokuskan pada hal keduniaan sahaja, bahkan didalam Islam, ia

menjagkaui penjagaan diakhirat kelak. Secara tidak langsung penjagaan

47

agama akan menjaga segala penjagaan yang lain. Justeru, walaupun aurat itu

adalah terkandung didalam menjaga keturunan atau maruah, tetapi perlu

diketahui bahawa ia berkaitan rapat antara kelima-lima penjagaan terutama

penjagaan agama.

3.7.2Hajiah

Peringkat hajiah adalah peringkat yang tanpanya tidaklah menimbulkan

kesusahan seperti yang terdapat pada daruriah, hajiah cukup hanya

mendatangkan kesenangan dan jikalau tanpanya manusia akan berada dalam

keadaan susah atau akan timbul masyaqqah. Hajiat ada dalam semua

keadaan samada ibadat, muamalat, dan juga jinayat. Contoh bagi hajiat

dalam ibadah adalah rukhsah-rukhsah yang diberikan untuk memudahkan

kita semua, seperti keharusan qasar solat, jamak solat, solat duduk pada

waktu sakit dan sebagainya.

3.7.3Tahsiniah

Peringkat tahsiniah merupakan peringkat yang menjadikan kehidupan

manusia berada di tahap akhlak yang cukup tinggi dan baik. Iaitu dengan

mengambil perkara-perkara yang baik daripada kehidupan dan meninggalkan

perkara-perkara yang kotor yang tidak diterima oleh akal yang sempurna. Ia

terkumpul dalam kemuliaan akhlak yang luhur. Contoh bagi tahsiniat dalam

ibadat ialah bersuci, menghilangkan najis, menutup aurat, dan sebagainya.

Ia terdapat dalam semua keadaan samalah seperti daruriah dan hajiah. Oleh

kerana itu jelaslah wujud tingkatan hukum taklif dalam syariat Islam.

3.7.4Kamaliah / mukammilah

48

Kamaliah sebenarnya adalah mukammil atau pelengkap kepada daruriah,

hajiah atau tahsiniah yang dinamakan sebagai mukammal. Kewujudan

kamaliah demi mencapai maqasid-maqasid tersebut dengan penuh

kesempurnaan dan mengukuhkan penjagaan terhadapnya.

Kesemua mukammil ini adalah diiktiraf oleh syarak, dengan syarat ia

tidaklah membatalkan asal mukammal itu. Kesimpulannya, hajiat adalah

mukammil kepada daruriat, tahsiniat merupakan mukammil kepada hajiat.

Oleh kerana itu, jelaslah bahawasanya daruriat adalah asal bagi hukum

syariah.

Sebagai contoh dalam perkara daruriat, disyariatkan azan dan solat

berjemaah sebagai mukammil kepada asal pensyariatan solat. Setelah

perkahwinan disyariatkan untuk menjaga nyawa dan keturunan, disyariatkan

juga kafa ah (persamaan taraf) antara pasangan suami isteri, sebagai’mukammil kepada pensyariatan perkahwinan tersebut, dengan tujuan untuk

lebih mengekalkan kebahagiaan mereka berdua, dan hal ini samalah dengan

pensyariatan melihat kepada bakal pasanagan.

Pengharaman zina adalah alat untuk menjaga keturunan dan juga

maruah, maka disyariatkan juga perkara-perkara yang boleh membawa

kepadanya, sebagai mukammil

3.8 MAQASID DARURIAH YANG LIMA (DAURIATUL KHAMS)

Didalam Firman Allah SWT, ada satu ayat yang dikira oleh ulama sebagai

pencetus utama didalam menentukan daruriatul khams. Allah SWT befirman:

49

Wahai Nabi! apabila orang-orang perempuan Yang beriman datang kepadamu untuk

memberi pengakuan taat setia, Bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada

Allah Dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan

berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan

melakukan sesuatu perkara dusta Yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati

mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu Dalam sesuatu perkara Yang

baik, - maka Terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah

mengampuni dosa mereka; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha

Mengasihani.35

Sekiranya diteliti berdasarkan firman Allah SWT tadi secara mendalam

dan saksama, pasti akan didapati lima perkara yang diistilahkan oleh para

ulama sebagai daruriatul khams iaitu penjagaan atau pemeliharaan dari 5

aspek utama seperti yang telah disebutkan di atas iaitu agama, nyawa, aqal,

keturunan atau maruah dan harta.36

3.8.1Menjaga agama

35 Surah al-mumtahanah ayat 1236 Mohd Fikri Che Hussain, pengenalan ilmu Maqasid syariah, m/s 64

50

Tugas utama syariat nabi Muhammad SAW adalah menjaga pegangan agama

iaini akidah atau pegangan agama iaini iman umatnya. Sebagaimana firman

Allah SWT:

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan

orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai

ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka

pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata

kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang

kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera

hitungan hisabNya.37

Firman Allah SWT lagi:

dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima

daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.

Perkataan agama ataupun al-Din disini adalah mewakili atau

merangkumi tiga maksud secara ringkas iaitu:

37 Surah ali-Imran ayat 19

51

i. Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah SAW.

ii. Hukum yang melibatkan keimanan kepada Allah SWT, Rasul dan

hari akhirat.

iii. Hukum-hukum yang berkenaan zahir kehidupan manusia.

Martabat yang paling tinggi dalam agama adalah persoalan

pengiktirafan tentang keesaan Allah SWT dan keyakinan pada hari Kiamat

(ahwal al-Ghaibiyyat). Peringkat ini dinamakan sebagai peringkat daruriat

(keperluan asas).

Sementara peringkat al-Hajah (al-hajiat) ataupun hajat keerluan adalah

merupakan tuntutan ibadah dan amalan wajibnya yang lain. Sementara

amalan-amalan selepas dari peringat fardu dan wajib ini dinamakan amalan

sunat dan makarim al-akhlak (kemuliaan akhlak) pula berada di eringat al-

tahsiniat.

Bagi menjaga kepentingan agama dan akidah, islam mewajibkan

beriman dengan rukun iman dan menetapkan dengan jelas rukun Islam

serta ibadah-ibadah lain. Antara langkah-langkah lain adalah:

i. Mewajibkan berjihad dengan nyawa dan harta demi menjaga

kesucian agama.

ii. Menjatuhkan hukuman bunuh bagi orang murtad dan zindik.

iii. Mengharamkan amalan bidaah dan sihir.

iv. Mengharamkan maksiat dan menetapkan hukuman yang keras

melalui pelaksanaan hudud dan takzir.38

3.8.2Menjaga nyawa

38 Mohd Fikri Che Hussain, pengenalan ilmu Maqasid syariah, m/s 66

52

Islam amat menitikberatkan atau menekankan penjagaan terhadap nyawa

disamping penjagaan lain kepada manusia yang terkandung didalam

daruriatul khams. Ternyata hikmah disebalik penjagaan nyawa amat besar

dengan menjadi kedua tertinggi selepas menjaga agama.

Namun maksud Syarak dengan menjaga nyawa itu adalah nyawa atau

jiwa yang sejahtera dengan salamah atau aman, adapun jiwa yang jahat atau

selain yang diyatakan tadi adalah tidak dimaksudkan Syarak untuk

menjaganya. Allah SWT befirman:

dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia Yang diharamkan oleh Allah

membunuhnya kecuali Dengan alasan Yang benar39

Nyawa atau hidup adalah anugerah Allah SWT setelah agama (Islam),

maka secara logikal sekalipun dapat dilihat bahawa kepentingan menjaga

nyawa ini amatlah kritikal selepas agama. Walaubagaimanapun, ideologi

barat meletakkan bahawa nyawa adalah kepentingan paling utama didalam

heirarki kepentingan sesuatu penjagaan kerana mereka tidak menganggap

agama itu penting.

Antara perkara yang termasuk didalam katagori melindungi nyawa

ialah perkara-perkara berikut:

i. Setiap individu berhak untuk hidup di bawah naungan Islam.

ii. Memelihara keharmonian dan kesucian sebagai seorang manusia.

iii. Memelihara anggota badan daripada disakiti atau dicerobohi.

iv. Menjamin kebebasan indvidu didalam berfirkir, memberi pendapat

dan bermastautin.

Bagi mengurus kehidupan manusia agar lebih baik, Allah SWT telah

mensyariatkan hukum nikah kahwin, penceraian, iddah, rujuk, hadanah,

nafkah dan lain-lain. Allah SWT juga telah mengharamkan sebarang

39 Surah Al-Isra’ ayat 33

53

pencerobohan terhadap anggota badan dan nyawa seperti melakukan sesuatu

yang menyakiti dan juga melakukan sebarang pembunuhan. Firman Allah

SWT:

dan belanjakanlah (Apa Yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah,

dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan

(dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan)

perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha

memperbaiki amalannya.40

FirmanNya lagi:

Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta

kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali

Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan

janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa

Mengasihani kamu.41

40 Surah al-Baqarah ayat 19541 Surah al-Nisa’ ayat 29

54

3.8.3Menjaga aqal

Syariat Islam menekankan terhadap penjagaan terhadap aqal atas beberapa

faktor enting yang mesti diambil perhatian. Antara faktor-faktor itu adalah:

i. Aqal adalah penentu wujudnya taklif ataupun tanggungjawab

individu terhadapa diri, keluarga dan masyarakat.

ii. Aqal dikira sebahagian anggota penting pada manusia yang perlu

dijaga.

iii. Individu yang mempunyai aqal yang sihat akan memberi manfaat

kepada masyarakat dan negara.

Demi menjaga kesejahteraan aqal, sistem Islam telah mensyariatkan

kepada umatnya untuk menuntut ilmu. Sesuai dengan saranan yang

diberikan Allah SWt didalam al-Quran. Allah SWT befirman:

Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang

dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya

supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu

bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang

beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan

55

ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha

mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan.42

Mencari ilmu ini bermula dari aspek memahami ilmu fardu ain iaitu

ilmu yang memfokuskan terhadap keperibadian individu hingga kepada

fardu kifayah iaitu yang lebih umum yang memfokuskan tanggungjawab

individu dalam sesebuah masyarakat.

Kejahilan didalam beragama boleh membawa kepada syirik sementara

jahil di bidang keduniaan akan membawa kepada kelemahan dan

kemunduran. Keperihatinan Islam terhadap penjagaan aqal lebih

dirasakan bilamana Islam mengharamkan setiap perkara yang

memabukkan serta keercayaan kepada sihir dan khurafat. Allah SWT

befirman:

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan

dan kebencian di antara kamu Dengan sebab arak dan judi, dan mahu

memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan

sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-

perkara Yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?43

3.8.4Menjaga keturunan dan maruah42 Surah al-Mujaadilah ayat 1143 Surah al-Maidah ayat 91

56

Syariat Islam menekankan aspek penjagaan keturunan kerana ia menjamin

terpeliharanya nyawa dan tubuh badan. Bahkan pertautan atau kaitan antara

hubungan persaudaraan yang disandarkan Islam kepada umatnya menjamin

pembentukan keluarga, anggota masyarakat dan sterusnya kepada sebuah

negara yang kuat dan bersatu padu.

Bermula dengan individu yang baik akan mencetuskan faedah yang

berguna kepada masyarakat dengan sikap mesra, terbinanya kasih sayang,

bertanggungjawab, sikap ingin membela kepada kaum yang lemah, sikap

perihatin dan berkebajikan sesama anggota masyarakat.

Malahan Islam juga menjamin berterusannya zuriat manusia hingga

menjelangnya akhirat. Di samping itu, syariat trurt meletakkan hukum yang

teliti dan begitu rapi demi menjaga maslahat keturunan manusia, antaranya

ialah:

i. Islam meletakkan hukum hakam semenjak dari pemilihan

pasangan, akad, hubungan suami isteri dan anak-aak serta

pendidikan mereka, hubungan kekeluargaan, pembinaan rumah

tangga bahagia, penceraian dan lain-lain

ii. Islam juga mengharamkan perbuatan atau perlakuan zina, liwat,

bersekedudukan, liwat, rogol, dan fawahish (perkara-perkara yang

keji seperti perbuatan kelucahan, perkataan keji, mencabul

kehormatan dan sebagainya). Bukan itu sahaja, bahkan Islam turut

menyekat jalan-jalan ke arahnya seperti mengharamkan pendedahan

aurat, khalwat, pergaulan bebas dan pensyariatan isti zam (hukum’meminta izin seeum memasuki rumah atau memasuki bilik peribadi

orang lain).

57

Namun bagi sestengah ulama dalam jurusan ini, mereka turut

menambah satu lagi kepentingan dan perkara yang perlu dijaga sebagai satu

pecahan daripada bab memelihara keturunan iaitu maruah ataupun

kehormatan.

3.8.5Menjaga harta

Harta merupakan nadi kepada kehidupan manusia dn tunggak kepada

sesetengah syiar Islam, bahkan kehidupan manusia adalah mustahil dapat

diteruskan jika tanpa adanya harta.

Memandangkan kepentingan ini, Islam telah menggalakkan pencarian

harta dan rezeki dengan jalan dan cara yang betul. Beberapa maslahah

dalam pemilikan harta diharuskan oleh Islm antaranya ialah:

i. Islam menjadikan keredaan kedua-dua belah pihak sebagai asas jual

beli dan muamalah.

ii. Mensyariatkan zkat, sedekah, wakaf hutang dan lain-lain.

iii. Menggalakkan pelaburan positif dan meluaskan manfaat ekonomi.

iv. Mengharamkan daripada pengambilan harta melalui penindasan,

penipuan dan pencerobohan hak orang lain.

Maka dengan itu, Islam mengharamkan perbuatan mencuri, memeras,

merompak, memakan riba, menyeludup barangan, berjudi, melakukan

penipuan, rasuah, dan lain-lain perkara yang merosakkan.

3.9 MASLAHAH DAN MAFSADAH (JALB AL-MASALIH WA DAR’ AL-MAFASID)

Telahpun jelas bahawa kedatangan syariat Islam adalah untuk memberikan

maslahah dan menola mafsadah, secara mudahnya, maslahah adalah segala

jenis kebaikan dan mafsadah adalah segala jenis keburukan.

58

Syariah Islam didatangkan dengan keadilan, kebajikan, dan

kebijaksanaan yang tulen untuk menyelesaikan masalah manusia dalam

kehidupan dunia dan akhirta mereka. Tiada kebaikan lain dapat mengatasi,

tiada kemaslahatan lain dapat menandingi kemaslahatan yang terkandung

dalam syariat Allah SWT.

Maslahah dan mafsadah itu bukanlah ditentukan oleh aqal manusia,

tetapi ditentukan oleh syariah. Ini kerana pandangan aqal manusia berbeza-

beza. Mungkin sesuatu perkara dianggap maslahah oleh sebahagian manusia

kerana ia memberikan kebaikan kepada mereka, tetapi dianggap mafsadah

oleh sebahagian yang lain, kerana mendatangkan keburuan kepada mereka.

Terdapat juga maslahah yang dianggap sebagai mafsadah kerana dorongan

hawa nafsu, dan begitulah sebaliknya.

Oleh kerana itu aqal fikiran manusia tidak boleh dan tidak mampu

menjadi kayu ukur dialam menentukan maslahah dan mafsadah. Hanya

syariat Allah SWT sahaja yang boleh menentukan ukuran maslahah dan

mafsadah kerana ia datang dari Tuhan yang menciptakan alam itu sendiri.

Maslahah yang menjadi tujuan Syariat ini adalah terbahagi kepada

lima perkara; iaitu agama, nyawa, aqal, keturunan atau maruah, dan juga

harta. Setiap yang mengandungi penjagaan terhadap lima perkara itu

dipanggil maslahah dan setiap yang merosakkan lima perkara itu atau

menghilangkan penjagaan terhadap lima perkara itu adalah disebut sebagai

mafsadah.

Penjagaan dan pemeliharaan terhadap lima perkara ini adalah suatu

aspek penting didalam penentuan syariat Islam. Ini kerana penjagaan

terhadapnya menjadi suatu cara atau suatu alat untuk menghasilkan tujuan

59

terpenting dalam kehidupan manusia iaitu mengabdikan diri yang

sebenarnya terhadap Allah SWT semata-mata.

3.9.1Pengertian maslahah

Maslahah mempunyai persamaan dari segi wazan dan maknan dengan

manfa ah. Menurut Ibn Manzur, maslahah bererti kebaikan, maslahah juga’merupakan kata tunggal kepada masalih. Ar-Razi berpendapat manfa at’adalah kelazatan atau sesuatu yang membawa kepadanya, dan penolakan

terhadap mudarata atau sebab-sebab yang membawa kepadanya.

Menurut pandangan al-Ghazali, maslahah pada asalnya bermaksud

menarik kemanfaatan atau menolak kemudaratan. Walau bagaimanapun

menurut beliau maslahahh tidak bermaksud menarik manfaat dan menolak

mudarat demi menarik kehendak manusia. Sebaliknya maslahah adalah

bermaksud memelihara kepentingan manusia menurut kehendak syarak, iaitu

bagi memelihara agama, nyawa, aqal, keturunan, dan juga harta. Setiap

perkara yang menjamin kelima bidang ini dipaanggil maslahah manakala

perkara-perkara yang menolaknya adalah mafsadah; dan mencegah mafsadah

itu adalah merupakan suatu maslahah.

Berdasarkan perbincangan ini, kita dapat merumuskan bahawa setiap

perkara yang mengandungi kebaikan samada dalam bentuk menarik

maslahah dan menolak mafsadah itu adalah maslahah.

3.9.2Jenis-jenis maslahah

60

Hadirnya Islam adalah demi memberi maslahah dan mnolak mafsadah.

Namun perlu diketahui apakah jenis-jenis maslahah ini. Maslahah terdapat

pelbagai jenis jika dilihat dari aspek yang berbeza. Maslahah jika dilihat dari

pengambilkiraan syarak terhadapnya ada tiga, iaiatulah maslahah

muktabarah, maslahah mulghah dan maslahah mursalah. Jika dilihat dari

aspek kepada siapa maslahah itu kembali, ia terbahagi kepada dua bahagian,

iaitu, maslahah kulliyyah, dan maslahah juz iyyah. Maslahah jika dilihat dari’sudut keperluan kepadanya terbahagi kepada tiga iaitu, maslahah qat iyyah,’maslahah zanniyyah dan maslahah wahmiyyah.

Penulis akan menerangkan dengan lebih mendalam lagi berkaitan

dengan jenis-jenis maslahah ini satu per satu.

Pertama: Maslahah jika dilihat dari pengambilkiraan syarak terhadapnya:

i. Maslahah muktabarah: iaitu maslahah ynag diiktiraf oleh syarak,

dan syarak pula meletkkan hukum-hukum demi mencapainya.

ii. Maslahah mulghah: iaitu maslahah yang tidak diiktiraf oleh syarak

dan ia juga tidak menganggapnya sebagai maslahah kerana ia

meluputkan maslahah yang lain yang lebih besar daripadanya.

Sebagai contoh, menyerahkan diri kepada musuh tanpa perang atau

memeranginya.

iii. Maslahah mursalah: iaitu maslahah yang tiada dalil daripada syarak

samada membenarkan atau menolaknya.

Kedua: maslahah jika dilihat kepada siapa ia dikembalikan.

61

i. Maslahah kulliyyah: iaitu maslahah yang keuntungan atau kebaikan

itu kembali kepada seluruh ummat atau sebahagian besar ummah

dan masyarakat. Contohnya, menjaga negara daripada diceroboh.

ii. Maslahah juz’iyyah: iaitu maslahah atau keuntungannya kembali

kepada perseorangan atau sebahagian kecil masyarakat sahaja.

Contohnya, pengharusan syuf ah, gadaian, keharusan menjadi’doktor, bersukan dan lain-lain.

Ketiga: maslahah dilihat dari sudut keperluan kepadanya:

i. Maslahah qat’iyyah: maslahah yang diyakini sepenuhnya diiktiraf

oleh syarak, contohnya seperti menjaga agama, menjaga nyawa,

menjaga aqal, menjaga keturunan atau maruah, dan menjaga harta.

ii. Maslahah zanniyyah: iaitu maslahah yang dalilnya datang dengan

dalil zanni atau yang difikirkan aqal bahawa ia diiktiraf oleh

syarak. Contohnya masalah kenapa hakim tidak boleh menjatuhkan

keputusan ketika marah.

iii. Maslahah wahmiyyah: iaitu maslahah pada mulanya nampak

mendatangkan kebaikan, tetapi setelah diteliti, ia sebenarnya

mendatangkan keburukan yang lebih besar atau menghilangkan

maslahah lain yang lebih besar daripadanya. Contohnyaa ialah tidak

mengenakan hukuman qisas kepada pembnuh, pelaku maksiat dan

penagih dadah untuk menghilangkan maslahah-maslahah dan

sebagainya.

3.9.3Syarat-syarat penerimaan maslahah

62

Menentukan maslahah itu perlulah dibuat degan teliti, hal ini, jika tidak,

maka maslahah itu tidak mencapai tujuan syariah itu sendiri. Justeru,

perlulah merujuk pada syarat-syarat atau disiplin yang telah digariskan

untuk menentukan maslahah. Antara syaratnya ialah:

i. Ia termasuk didalam maqasid syariah atau tujuan pensyariatan

syariah iaiatu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan atau maruah

dan harta.

ii. Ia tidak bertentangan dengan Al-Quran

iii. Ia tidak bertentangan denganal-Hadith

iv. Ia tidak bertentangan dengan al-Qias

v. Ia tidak meluputkan maslahah yang lebih besar atau lebih umum

darinya.

3.10 QAWAID MAQASIDIAH

Perkaitan antara tiga maqasid iaitu daruriat, hajiat, dan tahsiniat

disimpulkan oleh Imam Al-Syatibi sebagai qawaid maqasidiah. Dalam kitab

karangan Dr. Abdul Rahman al-Kalilani yang bertajuk Qawaid Maqasid Inda“Imam Al-Syatibi , buku khusus menceritakan tentang perkara ini telah”memberi penakrifan terhadap istilah Qawaid maqasidaih itu. Beliau

menakrifkan qawaid maqasidiah seperti berikut: “apa yang digambarkan

tentang satu tujuan umum yang diambil daripada dalil-dalil syar’ie, yang menunjukkan

syarak ingin menegakkannya berdasarkan apa yang diasaskan di atasnya daripada

hukum hakam”44.

44 Dr. Abdul Rahman al-Kailani, Qawaid Maqasid Inda Imam al-Syatibi, Dar al-Fikr, Damsyik, Suria, edisi 1, 2000, m/s 55

63

Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut:

i. Kaedah pertama: Sesungguhnya doruriy itu asal (asas) kepada

selainnya, iaitu hajiy dan tahsiniy.

ii. Kaedah kedua: Sesungghnya kecacatan pada doruriy pasti akan

membawa kecacatan pada hajiy dan tahsiniy secara menyeluruh.

iii. Kaedah ketiga: Tidak lazim (tidak mesti) dengan kecacatan hajiy

dan tahsiniy itu, kecacatan pada doruriy.

iv. Kaedah keempat: Kemungkinan lazim daripada kecacatan

keseluruhan hajiy atau keseluruhan tahsiniy itu kecacatan pada

doruriy.

v. Kaedah kelima: Perlulah memelihara hajiy dan tahsiniy demi

memelihara doruriy.

3.11 MELIHAT PADA NATIJAH PERBUATAN

Melihat kepada hujung jatuh perbuatan atau natijahnya merupakan satu

maqasid yang diambil kira oleh Syarak. Bahkan ia merupakan maqasid

dalam pensyariatan, sama ada perbuatan itu bertepatan dengan syariat atau

bertentangan dengan syarak.

Lahir dari kaedah inilah iaitu, perlulah melihat kepada natijah

perbuatan beberapa cara untuk mengeluarkan hukum. Antaranya ialah:

i. Sadd al-Zaraie’ (menyekat jalan keburukan)

64

ii. Fathu al-Zaraie’ (membuka jalan kebaikan)

iii. Masalih al-Mursalah (menarik maslahah)

iv. Man’u al-Hiyal (menegah helah-helah)

v. Muro’aatul Khilaf (memelihara khilaf)

Setiap perkara yang keburukan natijahnya adalah lebih besar

berbanding dengan maslahah asal pensyariatannya, maka perbuatan itu

dihukumkan dengan ditegah sekalipun pada asalnya adalah disuruh atau“ ” “ ”diharuskan . Inilah yang dinamakan menutup pintu keburukan , dalam“ ” “ ”

masalah ini juga terdapat kaedah menegah helah-helah dan kedah“ ”memelihara khilaf . Manakala setiap perbuatan yang kemaslahatan“ ”

natijahnya adalah lebih besar berbanding dengan asal mafsadah larangannya,

maka perbuatan itu dihukum dengan dibolehkan , sekalipun pada asalnya“ ”adalah ditegah . Inilah dianamakan sebagai membukan jalan kebaikan“ ” “ ”

Setiap perkara yang tiada pada syarak dalil dibolehkan atau“ ”ditegah (pada pandangan mujtahid pada permulaanya), tetapi natijah“ ”

perbuatan tersebut adalah perbuatan itu adalah maslahah yang besar, maka

perbuatan tersebut dibolehkan . Bahkan kadang-kadang ia boleh menjadi“ ”wajib atau sunat. Inilah yang dinamakan menarik maslahah . Manakala“ ”jika mafsadah natijahnya adalah lebih besar, maka perbuatan itu

dihukumkan dengan ditegah . Masalah ini juga termasuk dalam kaedah“ ”menutup jalan keburukan .“ ”

3.12 BEBERAPA QAWAID FIQHIAH YANG BERPAKSIKAN MAQASID SYARIAH

65

Di atas dasar syariah yang menjaga maqasid syariah, maka terdapat banyak

qawaid fiqhiah atau hukum am yang berpaksikan atau diasaskan oleh

maqasid syariah. Anatarnya:

i. Keterpaksaan mengharuskan apa yang diharamkan.

ii. Kesukaran yang melampau boleh mendatangkan hukum yang mudah.

iii. Menolak keburukan adalah lebih baik dari mengambil kebaikan.

iv. Bila terpaksa melakukan salah satu daripada dua mafsadah, maka lebih

besar risiko perlu dijauhi dengan cara melakukan yang lebih rendah risiko.

v. Perlu menolak keburukan kepada masyarakat umum sekalipun terpaksa

mengenakan keburukan terhadap individu.

vi. Tidak boleh sengaja melakukan perkara yang menyusahkan diri.

vii. Tindak tanduk pemerintah terhadap rakyat mestilah berpaksikan kebaikan.

viii. Dan lain-lain.

66

BAB 4

APLIKASI MAQASID SYARIAH DALAM PENILAIAN MASALAH FESYEN

4.1 PENDAHULUAN

Menggunapakai Maqasid syariah didalam menentukan masalah fesyen adalah

suatu yang mesti demi mendapatkan hukum yang meliputi segenap aspek

didalam penentuan hukum agar hukum itu syumul dan tidak lari dari

konteks, waqie semasa dan maslahah.

Fesyen walaubagaimanapun, perlu diperlihat dengan lebih dalam

terlebih dahulu, dimanakah kedudukannya didalam peringkat maqasid

syariah, falsafahnya, maqasid ammah dan maqasid khasah (tujuan) didalam

fesyen, dan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam fesyen. Seterusnya,

penilaian terhadap fesyen akan dibuat dengan mengaplikasikan ilmu maqasid

ssyariah yang telah dinyatakan di bab 3.

Didalam bab 4 ini, penulis akan merungkaikan berkaiatan dengan

peringkat maqasid didalam berpakaian dan berfesyen, falsafah pemakaian

Islam lawan kafir, tujuan atau maqasid fesyen, kelemahan-kelemahan fesyen

yang menjadi pertikaian hukum, dan akhirnya syarat-syarat penerimaan

fesyen.

4.2 PERINGKAT MAQASID DALAM BERPAKAIAN DAN BERFESYEN (DIMANA

LETAKNYA FESYEN DIDALAM ISLAM)

Setiap perkara yang disyariatkan Allah samada wajib, sunat, harus, dan

haram, maka ia memiliki peringkat didalam menentukan kekuatannya

didalam syariah itu sendiri. Peringkat maqasid adalaj peringkat maqasid

67

daruriah, peringkat maqasid hajiah, peringkat maqasid tahsiniah, dan

peringkat maqasid kamaliah.

Hal ini samalah juga dengan masalah fesyen dan menutup aurat ini.

Adapun menutup aurat itu adalah diletakkan didalam peringkat tahsiniyyat

yang merangkumi adab dan akhlak yang cukup tinggi. Namun fesyen

berbeza dengan menutup aurat, ia berada ditahap kamaliah iaitu keperluan

yang amat-amat tinggi berbanding kepentingan. Walaubagaimanapun, pada

keadaan tertentu fesyen boleh naik ke tahap tahsiniah pada hal yang

khusus.

4.2.1Pakaian: tahsiniah

Dimaksudkan disini adalah pakaian yang menutup aurat dengan sempurna,

maka ia berada ditahap tahsiniah. Namun, timbul persoalan, mengapa

menutup aurat hanya berada ditahap tahsiniah sedangkan pensyariatannya

adalah berada ditahap wajib? Hal ini adalah amat mudah dijawab.

Didalam salah satu perbincangan bab 3 mengenai maqasid syariah,

maka disitu ada perbincangan berkaitan mukammil dan mukammal dan“ ” “ ”juga qawaid maqasidiah. Jika diperhatikan, jawapan kepada persoalan ini

telah wujud di bab ketiga. Menutup aurat adalah berada ditahap tahsiniah,

namun ia hadir sebagai pelengkap kepada doruriah iaini menjaga maruah

khususnya.

Adapun didalam qawaid maqasidiah didalam kaedah keempat iaitu

kemungkinan lazim bagi kerosakan keseluruhan pada hajiy atau kerosakan“keseluruhan pada tahsiniy itu kerosakan pada sebahagian doruriy , dan ke”kaedah lima iaitu perlu memelihara hajiy dan tahsiniy demi memelihara“daruriy . Dua kaedah ini telah merumuskan bahawa, menutup aurat itu jika”

68

diseleweng atau tidak dijaga, maka ia akan melepaskan kerosakan yang

sepenuhnya (sepenuhnya adalah kerana aurat itu wajib ditutup) yang mana

akan merosakkan sebahagian doruriy, maka penjagaannya mampun

memelihara doruriy iaitu memelihara daruriatul khams.

4.2.2Fesyen: kamaliah

Adapun fesyen itu bayak berlaku khilaf terhadap peletakannya didalam

peringkat maqasid. Jikalau melihat pada pandangan ulamak-ulamak silam,

maka sudah tentulah ia berada didalam peringkat kamaliah bahkan mungkin

diharamkan terus. Diintai dari perspektif zaman kini, maka dilihat fesyen itu

juga sudah menjadi maslahah yang besar didalam medan dakwah.

Dizaman yang serba moden ini, maka sudah tentulah waqie nya’berbeza dengan waqie dizaman silam. Kepenggunaan terhadap apa yang

dianggap tidak relevan dizaman silap kadang-kadang amat relevan dizaman

ini. Hatta pembaharuan didalam ilmu usul fiqh sendiri pun yang

dibaharukan oleh Imam As-Syatibi ditolak dizamannya. Namun dizaman ini,

maqasid syariah amat diperlukan didalam menentukan hukum-hukum yang

baru dan hukum yang paling baik mengikut waqie dengan pertimbangan

maslahah dan mafsadah.

Waqie atau realiti fesyen itu diperlukan dalam kadar yang minima

didalam dunia Islam kini. Hal ini adalah kerana tiada dalil menghalangnya

dan tiada dalil yang menyuruhnya. Maka maslahah adalah satu aspek yang

penting untuk dilihat demi mengharmonikan fesyen ini.

Walaubagaimanapun, sesuatu itu tetap ada maslahah dan masadah. Maka

pertimbangan terhadapnya harus dilakukan. Maka secara umumnya boleh

69

dikatakan fesyen masih berada di peringkat kamaliah iaini dibawah tahap

tasiniah.

4.3 FALSAFAH PEMAKAIAN ISLAM VS KAFIR

Kod pemakaian islam dan juga bukan Islam adalah berbeza bak langit dan

bumi, tidak akan bersatu antara keduanya. Perbezaan itu dapat dilihat dari

pelbagai aspek iaitu aspek luaran, falsafah dan konsep. Namun yang paling

ketara ialah pada falsafahnya.

4.3.1Islam: menjaga daruriatul khams

Kehadiran Islam itu seperti telah diketahui adalah membawa kepada

manusia maslahah dan rahmat kepada seluruh alam. Allah SWt befirman:

dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk

menjadi rahmat bagi sekalian alam.45

Setiap tingkah laku mausia terhadap manusia (termasuk dirinya sendiri),

manusia terhadap selaiannya dan lain-lain. Semuanya adalah menarik

maslahah dan menolak mafsadah demi kelangsungan hidup manusia yang

berada ditahap yang tertinggi.

Ramai orang silap menafsir wasatiy itu hanya sekadar sederhana. Tapi

sebenarnya wasatiy itu atau seimbang adalah tertinggi. Hal ini kerana Islam

menyelaraskan kehendak fitrah manusia dengan wahyu yang meraikan fitrah

manusia dalam keadaan yang paling baik iaini disamping menjaga maslahah

dan menolak keburukan atau kerosakan.45 Surah al-Anbia’ ayat 107

70

Justeru, pakaian didalam Islam (iaini yang menutup aurat) adalah

menjaga manusia dari hilangnya maruah diri mereka. Fitrah manusia ialah

antaranya ingin dirinya berasa selamat dan fitrah terhadap malu itu, juga

sebagai tambahan untuk dilihat cantik. Islam meraikannya namun didalam

meraikannya Islam juga memberi garis pandu yang kukuh demi memberi

penjagaan yang paling baik kepada manusia untuk mereka selamat dunia

dan akhirat. Allah SWt befirman:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-

perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh

tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka

dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu.

dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

4.3.2Kafir: semata-mata nafsu

Sesungguhnya mereka yang bukan Islam tidak langsung mementingkan hal-

hal yang Islam pentingkan iaitu daruriatul khams; menjaga agama, nyawa,

aqal, nasab dan harta. Natijahnya berlaku banyak masalah sosial yang teruk,

kemuliaan akhlak disitu sudah hancur lebur dan hidup mereka dalam

keadaan resah gelisah dan ketakutan. Masalalah-masalah penzinaan

berleluasa, buang bayi, membunuh, merompak, merogol dan banyak lagi.

Semua itu dilakukan dengan sewenang-wenangnya, tanpa batas. Mereka

71

hanya mementingkan meterialistik semata, maka itulah padah mereka,

ditarik ketenangan dalam diri dan hidup mereka.

Begitu juga degan pemakaian bagi orang bukan Islam, mereka hanya

berpakaian semata-mata menurut nafsu. Apabila nafsu memandu fitrah

mereka, maka hanya kerosakan yang akan berlaku. Maslahah ditentukan

dengan hanya berpandukan akal, dan nafsu semata-mata. Maka wujudlah

yang dinamakan pemikiran liberal, secularisma, kapitalisma, sosialisma dan

lain-lain.

Bagi mereka kebebasan itu terletak pada individu itu semata-mata.

Maka, bagi sesetengah mereka, lebih banyak bahagian atau kulit badan yang

terdedah lagi cantik dan bebas. Tiada apa yang baik jika sesuatu itu didasari

hanya dengan nafsu.

4.4 PEMAKAIAN MENJAGA MARUAH ORANG ISLAM

Perlunya fesyen itu terhadap syarat-syarat yang ditetapkan adalah kerana

membuka jalan yang baik dan tertinggi dengan perinsip wasatiy dalam

Islam. Hal ini adalah kerana pakaian yang tidak diikuti dengan syarat iaitu

antaranya adalah menutup aurat dengan sempurna tidak mampu menjaga

maruah yang terkandung didalam daruriatul khams.

4.5 PEMAKAIAN MEMBAWA IMEJ ISLAM

Didalam dunia kini, keperluan semasa sudah berubah dan moden. Islam itu

juga bergerak selari dengan zaman dan realiti semasa. Prinsip wasatiah

adalah prinsip yang paling tepat meggambarkan situasi ini. Justeru, pakaian

itu secara tidak langsung menjadi salah satu imej Islam yanag sering

menjadi rujukan orang buka Islam. Imej Islam adalah merupakan salah satu

72

tujuan penjagaan yang dijaga didalam salah satu aspek didalam daruriatul

khams, iaiatu menjaga agama. Maka, jika aspek pemakaian itu menjadi

goyah dengan tidak menutup aurat, maka ia memberi suatu perspektif yang

buruk kepada orang bukan Islam.

Antara lain juga, bukan sekadar mendedahkan, bahkan keterlaluan

didalam mengambil nas syarak juga boleh menyebabkan imej Islam itu

kelihatan janggal dan berat kepada orang bukan Islam, lantas menjauhkan

hati-hati mereka dari Islam. Sebagai contoh, pemakaian yang mengenakan

purdah, maka pada waktu makan dan urusan-urusan muamalah lain yang

dibenarkan buka ditutupinya juga menunjukkan kepayahan didalam Islam.

Sedangkan Islam datang dengan meudahkan bukan memayahkan. Maka

dalam satu kaedah fiqh yang berlandaskan dengan maqasid syariah ialah

tidak boleh sengaja membuat perkara yang meyusahkan diri . Jika diberi“ ”pilihan melakukan dua perkara, maka perlu memilih yang lebih ringan

daripadanya.

Ramai orang tersilap sangka dengan penggunaan sunnah. Mereka

mengagungkan khilaf melebihi sunnah itu sendiri. Contohnya, memakai

purdah adalah khilaf, namun memudahkan urusan adalah sunnah Nabi

SAW, zaman kini di Malaysia, mereka yang memakai niqab, kononya nak

buat sunnah , namun meninggalkan sunnah yang lebih besar.“ ”

4.6 ADAKAH MASLAHAH PADA FESYEN MU’TABARAH, MULGHAH ATAU

MURSALAH?

Fesyen adalah suatu yang baru datang dalam Islam iaini tidak wujud secara

nyata atau secara penekanan khusus dizaman Rasulullah SAW dan tiada dalil

yang qat ie mengenainya. Adapun yang dekat dengannya adalah istilah’

73

tabarruj, namun tabarruj itu bukanlah sama dengan fesyen, ianya adalah

antara natijah didalam berpakaian. Namun, fesyen bukanlah suatu yag hadir

dengan dirinya sendiri, ia datang dengan kemajuan didalam bidang

pemakaian.

Justeru, maslahah yang terdapat dalam fesyen adalah maslahah yang

dikelaskan sebagai maslahah mursalah. Hal ini adalah kerana mengambil

pendekatan bahawasanya tiada ikatan dalil yang menyuruh dan melarang.

Sesuai dengan pengertian masolih al-mursalah tadi.

4.7 MASLAHAH DAN MAFSADAH PADA FESYEN

Sudah tetulah didalam setiap sesuatu itu, wujud maslahah dan mafsadahnya,

atau dalam bahasa lain pro dan kontranya. Ini tidak terkecuali pada masalah

fesyen, fesyen juga mempunyai maslahah dan mafsadahnya. Hatta didalam

firman Allah SWT sendiri pun pernah mengatakan kewujudan pertimbangan

kedua-dua maslahah dan mafsadah ini, Allah SWT befirman:

219. mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi.

katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi

manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka

bertanya pula kepadamu: apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)?

katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu).

74

Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan

hukumNya) supaya kamu berfikir:

Namun persoalannya disini ialah, yang manakah lebih besar, maslahah

atau mafsadah didalam masalah fesyen ini? Sekuat atau seqat ie manakah’maslahah yang ada pada fesyen dan sekuat atau seqat ie manakah mafsadah’yang ada pada fesyen? Lebih banyak memberi mafsadah atau lebih banyak

memberi maslahah? Hal ini akan dinyatakan dibawah ini.

4.7.1Kelemahan (mafsadah) fesyen secara umum kepada Islam

dan umat Islam

i. Memberikan satu pemikiran kepada muslimah untuk menutup aurat

kerana fesyen (kecantikan) dan bukan kerana Allah SWT.

ii. Melahirkan insan yang terlalu terbuka. Lalu membuat orang yang

sudah menutup aurat dengan sempurna menjadi kurang sempurna

kerana fesyen.

iii. Fesyen berkemungkinan akan membantutkan tujuan menutup aurat

iaitu untuk tidak menarik perhatian lelaki ajnabi dan memelihara

wanita dari pelbagai perkara.

(remark: walaubagaimanapun kemungkinan-kemungkinan ini hanya pada

zhanniy dan didalam lingkungan yang khusus, sedangkan hukum itu perlu

dilihat pada umumnya bukan pada masalah khusus didalam menetapkan

perkara umum)

4.7.2Kelemahan fesyen berdasarkan realiti masyarakat Islam

di Malaysia

75

i. Pereka fesyen muslimah kadang-kadang tidak memiliki“ ”pendidikan agama yang mantap, lalu akan menyebabkan fesyen

yang dibuat itu hanya akan lari dari tujuannya iaitu sebagai

medan dakwah kepada orang yang tidak menutup aurat dan juga

orang bukan Islam dengan cara yang berhikmah.

ii. Tatkala fesyen dijadikan sebagai subjek perniagaan, maka banyak

manusia merebut peluang untuk meniaga mencari rezeki yang

sedikit cuma. Namun, persaingan ini akan melahirkan rekaan-

rekaan yang pelbagai demi kelagsungan hidup mereka dan“ ”supaya mereka boleh hidup didalam arena itu. Apabila rekaan-“ ”rekaan yang bermacam-macam muncul kerana persaingan itu tadi,

ditakuti hatta yang belajar agama sekali pun akan hilang tujuan

fesyen yang dibenarkan (diharuskan) dalam islam.

4.7.3Tujuan atau maslahah fesyen dalam Islam (perkara yang

perlu ada hingga fesyen itu menjadi harus)

i. Pertama: Sebagai medan dan model dakwah masa kini khususnya

kepada kaum wanita untuk tutup aurat dan yang non-muslim

kearah Islam. Ini kerana naluri atau fitrah wanita itu ingin cantik

dan keinginan itu begitu kuat.46

ii. Kedua: Sebagai jalan menepis persepsi buruk orang bukan islam

terhadap Islam yang mengatakan islam itu kolot.47

46 wujud maslahah disitu, iaitu menarik manusia kepada maslahah menutup aurat daripada yang tidak menutup aurat atau menarik orang bukan islam dekat dengan Islam. Hal ini sama dengan memberi zakat kepada orang yang berjinak-jinak dengan Islam atau muallaf, lalu cantik itu sebagai tambahan atau ganti kepada duit pada zaman sekarang“ ” “ ”47 hal ini perlu melihat pada waqie, andaikata kita berada di United Kingdom , maka hal ini diambil kira, jika sekadar di Malaysia, fesyen hanya memenuhi tujuan yang ketiga

76

iii. Ketiga: Memberikan maksud keluasan dan kebebasan dan wasatiy

dalam Islam.48

4.8 SYARAT PENERIMAAN FESYEN DALAM ISLAM

Setelah dinilai dengan mendalam menerusi prinsip-prinsip maqasid syariah,

maka boleh dirumuskan bahawasanya fesyen ini adalah dibolehkan atau

diharuskan didalam Islam. Namun begitu, ia tetap perlu bahkan wajib

mengikuti syarat-syarat tertentu sebelum ianya menjadi harus dan

dibolehkan.

Syarat-syaratnya adalah:-

i. Fesyen yang dibuat dan dipakai itu mestilah menutup aurat

dengan sempurna. Ini adalah syarat yang utama didalam

mengenakan apa-apa pakaian dan merupakan asas didalam

berpakaian iaitu menutup aurat dengan sempurna. Maka ia juga

asas dan syarat yang perlu dipenuhi untuk berfesyen dan mencipta

fesyen baru.

ii. Fesyen yang dibuat dan dipakai itu mestilah tidak

mengikut pakaian rasmi agama-agama lain selain Islam.

Pakaian yang dipakai itu hendaklah jauh dari budaya-budaya

upacara-upacara agama-agama lain dan tidak menyerupainya.

iii. Fesyen itu mestilah dibuat dan dipakai untuk tujuan

dakwah supaya wanita yang tidak menutup aurat menutupnya,

dan orang bukan Islam akan tertarik dengan Islam. Syarat48 hal ini adalah kerana Islam itu meraikan fitrah manusia untuk dilihat cantik, bukan menutup sepenuhnya kehendak manusia, walaubagaimanapun, fesyen masih perlu berlandaskan syarak dan memenuhi syarat-syaratnya

77

ini sebenarnya boleh dikatakan sekadar penambahan baikan sahaja,

kerana bahawasanya sekadar memakainya dengan fitrah manusia

yang ingin cantik tidak memadai untuk mengharuskannya, perlu

ada suatu rasa untuk berdakwah tatkala memakai atau membuat

sesuatu fesyen.

iv. Tidak bertabarruj hingga membuatkan lelaki ajnabi

memandang atau menjadi tumpuan. Supaya tidak lari dari tujuan

sebenar menutup aurat aurat untuk memalingkan pandangan lelaki

dan memelihara nafsu lelaki ajnabi.

78

BAB 5

PENUTUP

5.1 PENDAHULUAN

Setelah dijelaskan sebanyak tiga bab iaini bab dua (konsep berpakaian dan

fesyen dalam Islam), bab tiga (maqasid syariah), bab empat (aplikasi

maqasid syariah dalam penilaian masalah fesyen), maka telah diketahui

banyak hal berkaitan aurat, maqasid syariah dan fesyen. Dan akhirnya di

bab keempat penulis mengemukakan didiplin terhadap menilai masalah

fesyen tersebut.

Walaubagaimanapun, didalam bab ini, iaini bab penutup, penulis akan

memberi sedikit sebanyak saranan-saranan yang patut diikuti oleh pereka

fesyen atau peniaga fesyen-fesyen muslimah dan juga terhadap peraga

fesyen itu sendiri.

5.2 PANDUAN DAN GALAKAN KEPADA PEREKA DAN PENJUAL FESYEN

Sebagai seorang muslim, maka tidak boleh tidak untuk kita mengikuti syariat

Allah SWT yang mulia ini. Bukan semata itu suruhan dari Allah SWT,

bahkan suruhan atau tuntutan itu sebenarnya adalah juga untuk

keharmonian kehidupan manusia di dunia mahupun diakhirat. Tidak

mungkin syariat Allah itu datang dengan sia-sia tanpa ada sebarang

maslahah. Setiap syariatnya mempunyai maslahah yang tertentu yang akan

membuat hidup manusia bermakna dan membawa kepada kebaikan.

Maka menjadi keharusan ditahap wajib untuk setiap muslim

mempelajari dan memantapi ilmu-ilmu agama khususnya ilmu fardhu ain.

79

Maka asas bagi setiap pereka dan penjual fesyen adalah mengetahui ilmu-

ilmu agama dengan mantap.

Dibawah adalah beberapa saranan yang telah digariskan satu per satu

sebagai panduan kepada pereka dan penjual fesyen muslimah:

i. Mendalami ilmu yang berkaitan dengan hukum aurat, batasan-

batasan aurat, konsep aurat, dan pensyariatan aurat didalam Islam.

ii. Fesyen yang dicipta memenuhi syarat yang ditetapkan seperti yang

dijelaskan didalam bab keempat.

iii. Mempunyai cita-cita dakwah dan berjuang untuk Islam bukan

hanya kerana wang perniagaan yang sedikit cuma.

iv. Kalau boleh membuat satu fesyen yang berkonsepkan pakaian“takwa iaini pakaian yang mana bilamana orang melihatnya akan”teringat kepada Allah SWT.

v. Sentiasa berwaspada dengan hasutan syaitan hanya kerana

persaingan yang dihadapi didalam arena perniagaan.

5.3 PANDUAN DAN PERINGATAN KEPADA PENGGEMAR FESYEN DAN

MASYARAKAT UMUMNYA

Setiap manusia memiliki kehendak yang tersendiri dan memang tidak

mampu dinafikannya lagi. Allah SWT menganugerahkan fitrah kepada

manusia dan dalam masa yang sama, Allah memberi pilihan kepada

hambanya untuk memilih samada untuk mengikuti syariatNya ataupun tidak.

Namun didalam syariat Allah itu mengandungi kebaikan yang tertinggi jika

diikuti iaitu syurga yang kekal abadi; tida sebarang resah didalamnya.

Fitrah itu diibaratkan sebagai sebuah kenderaan yang kita miliki,

namun tidak pula kita mampu membawanya. Akan tetapi nafsu dan Islam

80

adalah pemandunya. Nafsu adalah pemandu yang cacat keseluruhan

badannya, buta, kudung kedua tangannya, hanya kakinya sahaja yang

berfungsi, Islam adalah pemandu yang sempurna. Kita diberi pilihan untuk

memilih siapa yang akan memandu kenderaan tersebut, jika nafsu pilihan

kita, nescaya dan sudah pastilah akan binasalah kenderaan itu dan kita juga

bersama musnah, namun jika kita memilih Islam yang memandunya maka

akan selamat kita.

Begitu juga cara kita menguruskan fitrah kita sebagai hambaNya. Jika

kita memilih nafsu sebagai perantara kita, maka jauhlah kita dengan

kebaikan yang dijanjikan Allah SWT. Memilih pakaian atau fesyen itu,

perlulah ditapisi dengan ikatan Islam agar pilihan kita mendapat kebaikan di

dunia dan diakhirat sana. Sedikit saranan kepada kaum muslimah diluar

sana:

i. Sewaktu memilih pakaian atau fesyen, pastikan fesyen itu benar-

benar menutup aurat yang hakiki. Jika memilih tudung, pilihlah

yang menutup dada, warnanya tidak terlalu terang dan tidak nipis.

Sewaktu memilih baju, pilihlah yang lebih besar sedikit dan tidak

jarang.

ii. Mendalami ilmu yang berkaitan dengan hukum aurat, batasan-

batasan aurat, konsep aurat, dan pensyariatan aurat didalam Islam

iii. Pakailah stoking tangan dan stoking kaki sewaktu keluar rumah.

iv. Tidak dengan tujuan ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain

terhadap kecantikan yang kita miliki seketika cuma.

v. Pakailah ia dengan tujuan berdakwah kepada orang yang masih

belum mendapat hidayah untuk menutup auratnya, dan kepada

orang bukan Islam.

vi. Tidak bertabarruj ketika menggayakannya.

81

vii. Pilihlah fesyen yang menampakkan pakaian takwa iaini pakaian“ ”yang mampu membuat orang yang memandang ingat akan Allah

SWT.

viii. Jangan membuat perkara yang mampu merosakkan imej Islam

ketika menggayakannya. Kerana imej islam itu terletak pada

umatnya, jika umatnya membuat sesuatu yang kotor, maka Islam

akan dipersalahkan.

ix. Jika pengena fesyen itu bepurdah, maka fahami benar-benar purdah

itu.

5.4 KESIMPULAN

Dapat disimpulkan disini bahawasanya, islam itu syumul, dan memiliki

prinsip wasatiy bersamanya, maknanya, bukan sahaja membawa maslahah

kepada manusia, akan tetapi meraikan juga fitrah manusia. Tidak Islam

larang mempergayakan fesyen, namun harus diingat bahawa melakukan hal

itu jangan sampai kepada terhapusnya maqasid syariah yang menjaga

perkara daruriy iaiatu agama, nyawa, aqal, nasab atau maruah dan harta.

Asas berpakaian didalam Islam adalah menutup auarat. Jika tidak

menutup aurat didalam mengenakan pakaian, maka itu telah merosakkan

pemeliharaan terhadap maruah yang mana wujud dialam daruriatul khams.

Menutup aurat dengan tujuan khusus untuk tidak menarik perhatian lelaki

ajnabi.

Hal ini kerana nafsu lelaki akan tertarik keada aurat wanita dan jika

aurat wanita dibuka, maka lelaki yang kurang kuat imannya atau yang tiada

iman langsung akan melakukan perkara yang buruk terhadap wanita,

menghasut wanita melakukan perkara yang tidak senonoh dan lain-lain lagi.

82

Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan wanita yang tidak baik

adalah lelaki yang tidak baik, dan begitulah sebaliknya.

Sesuai dengan ajaran Islam maka, fesyen itu dibolehkan bahkan

diharuskan, walaubagaimanapun, pembolehannya adalah berdasarkan syarat-

syarat tertentu yang mesti dituruti oleh yang mengnannya.