12
CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH DALAM PEMAKANAN 195 BUDAYA MAKANAN DAN PEMAKANAN HALAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Mohd Anuar Ramli, 91 Mohammad Aizat Jamaludin 92 Abstrak Budaya makanan dan pemakanan bersifat relatif. Kebiasaannya, ia berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain. Bagi masyarakat Islam budaya ini digarisbawahi dengan panduan syariat sama ada bersumberkan al-Quran ataupun al-Sunnah. Dengan kata lain budaya makanan dan pemakanan dibentuk oleh panduan halal dan haram sama ada dalam penyediaan mahupun pengambilan makanan. Sehubungan itu, kajian ini membincangkan tentang konsep budaya makanan dan pemakanan halal di samping huraian tentang sumber asas pembentukan budaya makanan dan pemakanan halal. Kajian juga membincangkan tentang budaya makanan dan pemakanan masyarakat Melayu Islam yang diwarisi turun temurun melalui proses sosialisasi makanan selain perubahan pola budaya makanan yang diwarnai dengan imperialisme cita rasa daripada Barat, Timur Tengah dan negara-negara lain. Ini kerana makanan merupakan asas dan jati diri sesuatu bangsa. Namun begitu, di sebalik penjajahan makanan ini, masyarakat Islam khususnya pengguna perlu menjaga aspek halalan tayyiba agar budaya makanan dan pemakanan tidak dicemari dengan sumber haram yang bertentangan dengan al- Quran dan al-Sunnah. Kata kunci: budaya makanan, imperialisme makanan, halalan tayyiba, haram, pantang larang Pengenalan Makanan merupakan keperluan fizikal bagi manusia. Setiap masyarakat manusia mempunyai lidah dan dapur yang tersendiri. Lidah merujuk kepada cita rasa atau bentuk selera makanan yang eksklusif dan dapur merujuk kepada menu serta penyediaan makanan yang tertentu. Ringkasnya ia merujuk kepada budaya makanan dan pemakanan sesebuah masyarakat. Lidah dan dapur ini akan membentuk pola budaya makanan yang berbeza antara satu bangsa atau etnik dengan etnik yang lain. Secara asasnya ia dipengaruhi oleh pegangan agama dan kepercayaan masing-masing di samping 91 Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh Dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. 92 Pensyarah Kanan, INHART-UIAM.

Budaya Makanan Dan Pemakanan Halal Dalam Kalangan Masyarakat Melayu Menurut Perspektif Islam

  • Upload
    malaya

  • View
    1

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH

DALAM PEMAKANAN

195

BUDAYA MAKANAN DAN PEMAKANAN HALAL DALAM

KALANGAN MASYARAKAT MELAYU MENURUT PERSPEKTIF

ISLAM

Mohd Anuar Ramli, 91

Mohammad Aizat Jamaludin92

Abstrak

Budaya makanan dan pemakanan bersifat relatif. Kebiasaannya, ia

berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain. Bagi

masyarakat Islam budaya ini digarisbawahi dengan panduan syariat

sama ada bersumberkan al-Quran ataupun al-Sunnah. Dengan kata

lain budaya makanan dan pemakanan dibentuk oleh panduan halal

dan haram sama ada dalam penyediaan mahupun pengambilan

makanan. Sehubungan itu, kajian ini membincangkan tentang konsep

budaya makanan dan pemakanan halal di samping huraian tentang

sumber asas pembentukan budaya makanan dan pemakanan halal.

Kajian juga membincangkan tentang budaya makanan dan

pemakanan masyarakat Melayu Islam yang diwarisi turun temurun

melalui proses sosialisasi makanan selain perubahan pola budaya

makanan yang diwarnai dengan imperialisme cita rasa daripada

Barat, Timur Tengah dan negara-negara lain. Ini kerana makanan

merupakan asas dan jati diri sesuatu bangsa. Namun begitu, di sebalik

penjajahan makanan ini, masyarakat Islam khususnya pengguna perlu

menjaga aspek halalan tayyiba agar budaya makanan dan pemakanan

tidak dicemari dengan sumber haram yang bertentangan dengan al-

Quran dan al-Sunnah.

Kata kunci: budaya makanan, imperialisme makanan, halalan

tayyiba, haram, pantang larang

Pengenalan

Makanan merupakan keperluan fizikal bagi manusia. Setiap masyarakat manusia

mempunyai lidah dan dapur yang tersendiri. Lidah merujuk kepada cita rasa atau

bentuk selera makanan yang eksklusif dan dapur merujuk kepada menu serta

penyediaan makanan yang tertentu. Ringkasnya ia merujuk kepada budaya

makanan dan pemakanan sesebuah masyarakat.

Lidah dan dapur ini akan membentuk pola budaya makanan yang berbeza

antara satu bangsa atau etnik dengan etnik yang lain. Secara asasnya ia

dipengaruhi oleh pegangan agama dan kepercayaan masing-masing di samping

91 Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh Dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. 92 Pensyarah Kanan, INHART-UIAM.

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH

DALAM PEMAKANAN

196

faktor geografi, iklim dan alam sekeliling. Ini kerana pola budaya makanan akan

terbentuk hasil dari interaksi manusia dengan persekitaran. Ia akan menghasilkan

panduan penyediaan dan pemilihan makanan yang dibenarkan oleh norma

masyarakat dan melahirkan pantang larang yang khusus dalam budaya makanan

tiap masyarakat.

Dalam masyarakat Islam, al-Qur'an dan al-Sunnah menjadi panduan

utama dalam pembentukan budaya masyarakat. Kedatangan Islam telah merubah

corak hidup masyarakat daripada budaya yang tidak Islami kepada budaya yang

Islami bersumberkan ajaran Islam. Dalam konteks ini, al-Qur'an dan al-Sunnah

merupakan rujukan asas kepada harmonisasi budaya makanan yang haram

kepada yang halal dalam masyarakat. Ini kerana peraturan halal-haram menjadi

asas kepada budaya masyarakat Islam di samping uruf yang tidak bertentangan

dengan syariat diterima sebagai sebahagian daripada cara hidup bersama.

Sehubungan itu kajian ini akan membincangkan tentang budaya makanan

dan pemakanan dalam masyarakat Melayu di Malaysia dengan melihat kepada

faktor yang membentuk budaya makanan berasaskan al-Quran, al-Sunnah dan urf

masyarakat.

Konsep Budaya Makanan Halal

Dalam literatur Melayu, istilah budaya makanan dilihat begitu asing dan sukar

untuk mendapatkan takrifan yang tuntas. Namun begitu, tidak bermakna tiada

budaya makanan dalam masyarakat Melayu. Dalam literatur Inggeris, istilah ini

dapat didapati dalam istilah culture of food, food of culture, culture of the fork,

culinary culture, culture and gastronomy, eating culture, culture and cooking,

culture and cuisine dan sebagainya. Setiap konsep mempunyai pemaknaan

tertentu yang berkaitan dengan budaya makanan dan masakan.

Definisi Budaya

Dari sudut etimologi, perkataan budaya berasal dari akar kata yang tersusun

daripada dua perkataan yang terpisah iaitu “budi” dan “daya”. Kalimah “budi”

bererti cahaya atau sinar yang terletak di dalam batin manusia. Perkataan “daya”

bertalian dengan upaya iaitu usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan

anggotanya apa yang digerakkan oleh budinya. Pandangan ini disokong oleh Haji

Abdul Karim Amrullah (1908M-1981M)93

dan Sutan Takdir Alisjahbana

(1908M-1994M).94

Perkataan budaya mengalami proses hiplologi95

(budi + daya

: budaya).

93 Haji Abdul Malik Karim Amrullah, Pandangan Hidup Muslim. c. 2, (Jakarta: Bulan Bintang, 1966), 221. 94 Sutan Takdir Alisjahbana, Perkembangan Sejarah Kebudayaan Indonesia Pilihan dari Jurusan Nilai-nilai. c. 3,

(Jakarta : PT. Dian Rakyat, 1982), 9. 95 Bunyi yang sama berdekatan antara satu kata. Satu daripadanya dihilangkan.

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH

DALAM PEMAKANAN

197

Dari aspek terminologi, E.B. Tylor mentakrifkan kebudayaan sebagai:

That complex whole which includes knowledge, belief, art,

morals, law, custom, and any other capabilities and habits

acquired by man as a member of society96

Menurut Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka), kebudayaan adalah;

“Usaha dan hasil usaha manusia menyelesaikan kehendaknya

buat hidup dengan alam yang ada di kelilingnya.97”

Definisi Makanan dan Pemakanan

Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu, makanan adalah rezki, nafkah, habuan

perut, juadah, panganan, sajian, hidangan, santapan.98

Dalam Kamus Dewan, ia

ditakrifkan sebagai apa sahaja yang boleh dimakan seperti nasi, roti dan lain-

lain.99

Dalam bahasa Arab disebut al-ta`am (jamak al-at`imah), iaitu sesuatu

yang diambil oleh manusia dan hidupan lain sebagai keperluan asasi demi

kelangsungan hidup.100

Dalam bahasa Inggerisnya food dihuraikan sebagai (1)

articles used for food or drink for man or other animals, (2) chewing gum, and

(3) articles used for components of any other such article.101

Justeru makanan

merupakan setiap yang dimakan sama ada dalam bentuk pepejal ataupun cecair

bagi mendapatkan tenaga dan kesihatan fizikal.102

Manakala perkataan pemakanan merujuk kepada jenis-jenis makanan

yang lazimnya dimakan atau ditentukan untuk dimakan, pilihan jenis-jenis

makanan seseorang dan lain-lain.103

Ia adalah elemen kimia yang membentuk

molekul, yang menghasilkan warna, rasa dan tekstur dalam makanan atau

dipanggil nutrien.104

Kajian tentang nutrien dan hubungannya dengan makanan

serta makhluk hidup dipanggil nutrisi atau pemakanan. Menurut Che Wan

Jasimah, pemakanan ialah sains berkenaan zat-zat atau khasiat atau nutrien dalam

makanan. Antara lima komponen utamanya termasuklah karbohidrat, lemak,

protein, vitamin dan mineral. Asasnya, pemakanan merupakan proses bagaimana

tubuh menggunakan makanan kerana dalam makanan ada nutrien.105

Dalam sains berasaskan bukti, makanan mempunyai tiga cabang termasuk

sains pemakanan (food science) (penyediaan, pengawetan, keselamatan dan

96 Edward B. Tylor, Primitive Culture. (New York : Harper Torchbooks, 1958. 97 Haji Abdul Malik Karim Amrullah, Pandangan Hidup Muslim. c. 2, (Jakarta: Bulan Bintang, 1966), 221. 98 Kamus Besar Bahasa Melayu, (Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2002) 1104. 99 Kamus Dewan, e. 3, c. 7, (Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002), 846. 100 „Abd Allah b. Muhammad b. Ahmad al-Tariqi, Ahkam al-At„imah fi al-Syariah al-Islamiyyah. (Riyadh, 1984), 6. 101 Fortin, N.D., Food Regulation: Law, Science, Policy and Practice, (New Jersey: John Wiley & Sons, 2009), 35. 102 Saadan Man dan Zainal Abidin Yahya. Halalkah Makanan Kita?: Bagaimana Mencarinya di Pasaran. (Kuala

Lumpur: PTS Islamika, 2014), 4. 103 Kamus Dewan, 846. 104 Anita Tull, Food and Nutrition, e. 3, (Oxford: New York, 1996), 1. 105 Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi, Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan: Pendekatan Islam Dan Sains.

(Kuala Lumpur: Utusan Publication, 2001), 14-19.

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH

DALAM PEMAKANAN

198

mutu), zat (nutrition) (kemujaraban makanan dalam meningkatkan kesihatan

manusia) dan kajian pemakanan (dietetics) (pengurusan zat secara optimum).106

Definisi Halal

Perkataan halal menurut bahasa Arab berasal dari kata ح ل ل menjadi حم 107

, halal

bermaksud berlawanan dengan yang haram (حالل)108

, ianya juga bererti menjadi

harus.109

Menurut al-Qaradawi halal dari segi istilah adalah perkara yang

diharuskan (dibolehkan) yang terlepas daripadanya sebarang ikatan ancaman dari

melakukannya, dan Syari‟ (Allah) memberi keizinan untuk melakukannya.110

Sedangkan antonim bagi halal adalah haram. Perkataan haram pula menurut

bahasa Arab berasal dari kata ََح ُر و menjadi حزاو iaitu berlawanan dengan yang

halal, dan al-haram (انحزاو) adalah perkara yang diharamkan oleh Allah.111

Menurut Che Wan Jasimah, hubungan antara budaya dan makanan adalah

fungsi makanan bukan sahaja sesuatu yang dapat memenuhi keperluan fisiologi

manusia semata-mata, sebaliknya ia turut mempengaruhi budaya masyarakat.

Oleh itu, ia selari dengan perkembangan budaya masyarakat.112

Justeru, ia boleh

berubah selari dengan perkembangan sains dan teknologi, malah boleh diwarisi

dari generasi kepada generasi yang lain.

Berdasarkan definisi bagi ketiga-tiga istilah tersebut, dapat dirumuskan

bahawa budaya makanan dan pemakanan halal merujuk kepada cara penyediaan

dan pengambilan makanan halal dalam sesuatu masyarakat. Ia berkait rapat

dengan jenis makanan, rasa makanan, komposisi bahan makanan dan kandungan

nutrisi yang diambil dan disediakan sama ada berdasarkan kepada kepatuhan

keagamaan, kepercayaan, petua dan pantang larang dan tradisi dalam masyarakat.

Ia juga melibatkan makanan yang boleh diambil dan makanan yang dilarang

untuk diambil, penyediaan makanan ketika sakit, ketika sambutan perayaan dan

sebagainya.

Pembentukan budaya makanan dan pemakanan ini merangkumi rantaian

proses yang bermula dari farm to fork di samping penglibatan pihak-pihak seperti

pengguna (orang yang makan), pengusaha (penyedia makanan), premis makanan,

pihak autoriti makanan dan seumpamanya.

Sebagai misal, budaya makanan masyarakat Nusantara dapat dilihat

dalam bentuk pengambilan makanan asasi, iaitu yang berasaskan nasi atau

106 Mohammad Shafiur Rahman, "Food And Nutrition: Links And Gaps Between Tradition And Evidence Based

Science", Revelation and Science, Vol. 01, No. 01 (2011) 22-31. 107 Ibn Manzur. Lisan al-„Arab. (Kaherah : Dar al-Ma‟arif, t. t.). 9: 972. 108 Ibid., 9: 974. 109 Ahmad Mokhtar „Umar. Mu‟jam al-Lughat al-„Arabiyah al-Mu‟asirah. (Kaherah: „Alim al-Kutub, 2008). 1: 548. 110 Al-Qaradawi. Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. (Beirut : al-Maktab al-Islami, 1980). 15. 111 Ibn Manzur,. Lisan al-„Arab, 9: 844-845. 112 Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi, "Budaya Pemakanan Masyarakat Malaysia dari Perspektif Agama, Polisi,

Sains dan Teknologi dengan rujukan khusus kepada pengaruh Islam dalam Penghasilan Makanan", Tesis Kedoktoran, Fakulti Sains, Universiti Malaya, 2009, 46.

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH

DALAM PEMAKANAN

199

bersumberkan tanaman padi bagi menghasilkan beras. Faktor utama yang

mendorong kepada penanaman padi adalah memenuhi keperluan fizikal manusia,

iaitu rasa lapar. Kesannya mereka berfikir dan berusaha bagaimana untuk

menghasilkan beras.

Bermula dari proses semaian hinggalah fasa penuaian, pelbagai teknik

diciptakan sesuai dengan peringkat penghasilan. Selepas penuaian padi, beras

tersebut tidak langsung dimasak, sebaliknya disimpan sebagai beras usang

sebelum diasingkan daripada kulitnya. Bagi memasak nasi, masyarakat

menggunakan teknik memasak menggunakan bahan api dan elektrik. Tujuannya

adalah untuk memakan bagi kelangsungan hidup. Selain padi diproses untuk

masakan nasi, pelbagai kaedah pemprosesan dan penghasilan makanan lain turut

dicipta sebagai lambang kecerdikan tempatan (local knowledge). Misalnya seperti

dikisar menjadi tepung beras, kemudiannya menghasilkan makanan seperti kue-

teow, laksa dan pelbagai kuih muih.

Selain padi digunakan untuk memenuhi keperluan fizikal, makanan

berasaskan padi turut dihasilkan selari dengan upacara, tradisi dan pantang larang

dalam masyarakat. Misalnya penyediaan pulut kuning ketika majlis tertentu, kuih

ketika perayaan dan larangan wanita berhaid menyediakan tapai beras. Masih

kedapatan masyarakat Nusantara yang menyediakan sajian kepada makhluk halus

(semangat) selepas fasa menuai sebagai lambang terima kasih atas hasil tuaian, 113

malah yang telah menganut agama Islam, menggantikannya dengan kenduri

doa selamat sebagai tanda kesyukuran kepada sang Pencipta.

Begitu juga dengan petua pemilihan makanan dalam kalangan

masyarakat, wujudnya istilah makanan yang panas, sejuk dan kering yang

memberi kesan berangin, sakit tubuh badan dan urat kepada mereka yang

memakannya.114

Pantang larang ini dibentuk untuk menjaga aspek kesihatan

tubuh badan manusia.115

Selain itu, di sebalik penyediaan makanan yang pedas

dan lemak terdapat petua dan kombinasi makanan untuk menawarkan rasa pedas

dan lemak tersebut. Misalnya ulam-ulaman. Ia adalah hasil formula kecerdikan

golongan tempatan (local genius) yang membentuk corak makanan dan

pemakanan masyarakat setempat.116

Budaya makanan yang diwarisi dari generasi

terdahulu diwariskan kepada generasi kemudian dan disesuaikan dengan

perkembangan masyarakat.

Justeru itu, setiap masyarakat mempunyai budaya dan tradisi yang

tersendiri dalam makanan dan pemakanan. Ia berkait rapat dengan kepercayaan

agama, pegangan tradisi, pantang larang adat, malah kawasan geografi dan iklim

113 Amat Juhari Moain, Kepercayaan Orang Melayu Berhubung Dengan Pertanian. (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka, 1990), 9. 114 Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi. Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan, 8-9. 115 Hamidah Abdul Wahab, "Petua dan Pantang Larang Tradisional dalam Alam Melayu Sarawak", International

Journal of the Malay World and Civilization, 1 (1), 2013, 89-97. 116 Mat Rofa Ismail. "Menelusuri Ethnohaiwan dan Persoalan Pemakanan Halal dalam Kitab Furu' al-Masa'il oleh

Syeikh Daud al-Fatani", Nazarudin Zainun et al. (eds.), Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara. (Pulau Pinang: USM, 2013).

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH

DALAM PEMAKANAN

200

turut berperanan dalam membentuk dan mencorak budaya tersebut. Dengan kata

lain, setiap masyarakat mempunyai “dapur” dan “lidah” yang tersendiri. Ia

merujuk kepada cita rasa masyarakat seiring dengan pengalaman generasi awal,

dan diwarisi turun temurun kepada generasi kemudian.117

Misalnya, orang Eropah banyak mengambil makanan berasaskan gandum

seperti roti, pie dan pizza, sedangkan orang Asia cenderung makanan berasaskan

padi/beras sama ada dalam bentuk nasi, kue-teow, laksa dan sebagainya. Begitu

juga agama sebagai faktor penentu dalam membentuk budaya makanan dan

pemakanan. Misalnya, penganut agama Yahudi hanya mengambil makanan

berlabel kosher, penganut agama Hindu dilarang untuk makan daging lembu dan

orang Islam dilarang makan daging khinzir dan makanan haram lain.

Sumber Asas Dalam Pembentukan Budaya Makanan Halal

Islam telah memberikan garis panduan khusus dan umum dalam pemilihan

makanan yang halal dan menjauhkan yang syubhat dan haram. Dengan itu, jelas

syariat Islam amat menitikberatkan persoalan halal haram dalam makanan. Ada

yang disebut secara terang dalam al-Quran dan al-Sunnah, dan ada yang

dibiarkan tanpa status yang khusus serta ditinggalkan kepada `urf setempat sama

ada untuk memilihnya berdasarkan penilaian yang baik dan buruk. Namun

begitu, terdapat beberapa kriteria yang ditetapkan oleh ulama dalam menentukan

baik buruknya suatu makanan. Secara tidak langsung, pengenalpastian citarasa

yang baik dan buruk tersebut dapat membantu masyarakat Islam dalam

penyediaan dan pengambilan makanan halal.

Masyarakat Melayu Malaysia sangat menitikberatkan soal makanan dan

penghasilannya. Dengan pengetahuan bersumberkan alam, masyarakat mengolah

penyediaannya berasaskan konsep halalan tayyiban. Pendekatan ini selari dengan

tuntutan Islam melalui firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 186:

Terjemahan: “Makanlah apa yang ada dimuka bumi yang halal lagi baik,

janganlah kamu menuruti langkah syaitan, sesungguhnya ia adalah musuh

yang nyata bagi kamu.”

Umumnya, bukan semua makananyang halal adalah tayyiban tetapi

kebiasaannya setiap makanan yang tayyiban pasti halal. Hal ini kerana halal

adalah merujuk kepada sesuatu yang dibenarkan atau dianggap suci oleh syarak.

Manakala tayyiban adalah aspek yang merangkumi soal kualiti, integriti,

117 Ani Haji Omar, "Pantang Larang Dalam Kalangan Orang Melayu: Analisis Dari Persoektif Teori SPB4K", Melayu:

Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 7 (1), 2014, 76-97.

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH

DALAM PEMAKANAN

201

kebersihan dan keselamatan makanan. Oleh yang demikian, setiap produk

makanan yang dihasilkan jika memenuhi konsep halalan tayyiban akan lebih

terjamin aspek kesucian dan kualiti makanannya.

Pemilihan makanan yang menepati hukum syarak dapat membantu

pembinaan rohani dan jasmani yang baik. Imam al-Ghazali mengatakan bahawa

makanan yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat doa terkabul

dan makanan yang haram akan menggelapkan hati.118

Sebagai pengguna Muslim,

berusaha untuk mencari makanan yang halal adalah satu kefardhuan sebagai

kriteria utama dalam membuat pilihan makanan, bukan hanya memilih makanan

yang lazat lagi menarik. Makanan yang haram atau syubhah perlu dielak, kecuali

ketika darurat. Ini kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada fizikal,

mental mahupun spiritual manusia.

Kemudaratan adalah asas utama dalam larangan pengambilan makanan.

Ini kerana segala bentuk makanan yang boleh mendatangkan kemudaratan

kepada fizikal dan mental manusia turut diharamkan dalam Islam. Ini kerana

Islam amat menitikberatkan keselamatan makanan (food safety) demi memelihara

nyawa pengguna (hifz al-nafs).119

Ia termasuklah sesuatu yang mengkhayalkan

seperti dadah, racun dan ganja atau yang boleh menyebabkan kematian seperti

racun. Pengharaman berkait rapat dengan wujud kemudaratan contohnya

pengharaman bangkai, darah, khinzir, khamr dan seumpamanya.120

Namun

apabila tiada lagi kemudaratan, tiada pengharaman misalnya halal binatang al-

an„am, susu, tumbuhan serta sayuran dan sebagainya.

Walaupun sesetengah produk boleh dihasilkan melalui penggunaan

teknologi, namun hakikatnya terdapat sebilangan sumber bahan tetap dianggap

haram seperti babi. Pengaruh kuat daripada uruf setempat telah membantu

membina satu persepsi budaya makanan bahawa setiap bahan bersumberkan babi

adalah haram walau wujud 1001 manfaat.121

Justeru, istilah babi menimbulkan

sensitiviti haram yang kuat dalam masyarakat Melayu. Ia menjadi antara pantang

larang yang bersifat taboo dalam penyediaan makanan halal.122

Selain al-Quran, al-Sunnah turut memainkan peranan signifikan sebagai

panduan dalam pembentukan budaya makanan halal dalam masyarakat Islam.

Terdapat pelbagai hadis Nabi yang menuntut pengambilan makanan baik,

pengharaman bahan terlarang seperti khinzir, darah, arak dan suruhan mencari

118 Abu Hamid b. Muhammad al-Ghazali, al-Halal wa al-Haram. (Beirut: Dar al-Jayl, 1987), 6-8. 119 Musfirah Syahida Mohamad, Saadan Man & Mohd Anuar Ramli "Keselamatan Makanan Menurut Perspektif Islam:

Kajian Terhadap Pengambilan Makanan Berisiko", Jurnal Fiqh, no. 12 (2015), 1-28. 120 Mohd Anuar Ramli dan Mohammad Aizat Jamaludin, "Kriteria Makanan Yang Baik dan Buruk Menurut Perspektif

Kepenggunaan Islam", Suhaimi Ab Rahman (eds.), Halal Haram dalam Kepenggunaan Isam Semasa, (Serdang: UPM, 2011), 65-83.

121 Mohd Afifuddin Mohamad et al. Islam dan Sains Kesihatan: Mudarat dan Manfaat Babi. (Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti Malaya, 2014), 69. 122 Paul Fieldhouse. Food And Nutrition: Customs And Culture. e. 2, (United Kingdom: Springer, 1995), 93.

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH

DALAM PEMAKANAN

202

sesuatu yang halal serta ancaman neraka kepada orang yang makan makanan

yang haram.123

Antaranya, sabda Nabi SAW:

Terjemahan: “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap

Muslim.” [Hadis riwayat al-Tabarani dengan sanad yang baik]

Bagi perkara yang halal, secara mutlak kita dituntut mencarinya

sebagaimana dijelaskan melalui hadis di atas manakala bagi perkara yang haram

secara mutlak dituntut untuk meninggalkannya dan bagi perkara syubhah pula

amat perlu dijauhinya. Penetapan konsep halal dan haram sangat jelas di dalam

Islam.124

Ianya sebagaimana yang telah digambarkan oleh Rasulullah dalam

beberapa hadis Baginda SAW. Selain tuntutan mencari sesuatu yang halal,

ancaman turut dinyata oleh Baginda SAW. Sabda Nabi SAW:

Terjemahan: “Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang

haram, maka nerakalah paling utama baginya.” [Hadis riwayat

Ahmad dan Tirmidhi]

Berdasarkan hadis tersebut, balasan terhadap golongan yang mengambil

sesuatu yang haram adalah berat. Ini kerana balasannya adalah neraka.

Pengambilan sesuatu yang haram ini termasuklah sesuatu zat yang haram,

sumber, teknik dan cara yang haram. Ancaman ini menjadi parameter asas dalam

kalangan masyarakat Islam dan membentuk budaya makanan halal yang

mampan.

Sehubungan itu, syariat Islam menyediakan panduan yang lengkap

berkaitan halal dan haram dalam makanan. Makanan yang jelas haram disebutkan

dengan terang dengan nas sama ada daripada al-Qur'an ataupun Sunnah,

manakala ruang lingkup yang didiamkan atau tidak disebut adalah sedikit sebagai

kelonggaran kepada masyarakat. Ini kerana peraturan ini adalah asas kepada

pembentukan budaya makanan halal dalam masyarakat Islam.

Budaya Makanan dan Pemakanan Halal di Malaysia

Malaysia merupakan di antara negara yang unik dengan kepelbagaian etnik,

budaya dan citarasa makanan. Masyarakat Islam khususnya, mempunyai budaya

123 Haitsam al-Hilal. al-At`imah wa al-Ashribah fi al-Sunnah, (terj.) Makanan dan Minuman dalam Islam. (Jakarta: al-

Kautsar, 2009), 18. 124 Muhammad Ikhlas Rosele, Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar & Mohd Anuar Ramli, "Prinsip-Prinsip Halal dan Haram

Menurut Yusuf al-Qaradawi", Nurdeng Dueraseh et al. (eds.), Halalan Toyyiba Perspektif Malaysia (Serdang: UPM, 2013), 118-125.

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH

DALAM PEMAKANAN

203

makanan yang tersendiri. Ia berkait rapat dengan amalan tradisi warisan dan

disuaipadankan dengan panduan yang digariskan oleh Syarak. Ia diwarnai dengan

corak dan bentuk makanan pelbagai etnik seperti asli Melayu, Jawa, Banjar,

Mandailing, Minang, Bugis dan sebagainya. Berbagai-bagai cita rasa dan selera

makanan wujud, antaranya manis, pedas, lemak dan masin di samping kaya

dengan nutrisi yang bervariasi. Semua elemen ini adalah hasil manifestasi identiti

budaya setempat.125

Pengaruh `uruf dan tradisi tempatan telah menghasilkan budaya makanan

yang istimewa berdasarkan latar belakang etnik atau sosio geografi masing-

masing. Terdapat sebilangan etnik pada anggapan mereka tidak menjijikkan

seperti memakan haiwan dubuk dan dhab. Manakala sebilangan lain

mengganggapnya sebagai menjijikkan kerana pada dasarnya ia bukan suatu

budaya yang diterima pakai dalam kalangan masyarakat mereka.

Penghasilan produk fermentasi seperti kicap, tapai dan air nira merupakan

di antara produk makanan dan minuman eksotik yang dihasilkan oleh masyarakat

Malaysia. Salah satu faktor yang mempengaruhi penghasilan produk tersebut

adalah disebabkan local knowledge atau pengetahuan tempatan dan keadaan

masyarakat pada ketika tersebut tidak mempunyai peralatan yang canggih seperti

peti sejuk dan bahan pengawet untuk menyimpan makanan dalam tempoh yang

lebih lama. Oleh itu, terhasil produk fermentasi yang mampu bertahan untuk

beberapa ketika sebelum ianya rosak. Hasilnya idea ini dapat menghasilkan

makanan yang membuka selera.

Selain itu, penghasilan makanan yang dianggap menjijikkan bagi

sebilangan masyarakat yang lain misalnya produk makanan esotik seperti

belacan, cincalok, budu, tempoyak, pekasam, ikan masin, daging jeruk, daging

salai dan seumpamanya mampu memenuhi keperluan makanan masyarakat ketika

musim bencana seperti tengkujuh. Hakikatnya, citarasa yang terbentuk dalam

kalangan masyarakat Melayu-Islam Malaysia banyak dipengaruhi oleh

pandangan mazhab Syafii berbanding mazhab-mazhab lain. Ia dapat dilihat dalam

pola pemilihan haiwan-haiwan akuatik dan daratan yang boleh dimakan serta

yang tidak boleh dimakan.126

Selain daripada makanan berasaskan etnik, terdapat juga peminjaman

budaya makanan yang merentasi etnik di Malaysia. Setiap kaum boleh menikmati

makanan kaum lain tanpa sebarang stereotaip perkauman. Orang Melayu, Cina

dan India boleh menikmati masakan kue-teow, roti canai dan nasi lemak. Masing-

masing menghormati peraturan dan pantang larang kaum lain. Misalnya orang

Cina tidak memasukkan unsur haram dalam makanan orang Melayu seperti arak

125 Allison James, "Cooking The Books: Global or Local Identities in Contemporary British Food Cultures?,", David

Howes et al. (eds.), Cross-Cultural Consumption: Global Markets, Local Realities, (Illinois: Routledge, 2002), 77-

78. 126 Mat Rofa Ismail. Menelusuri Ethnohaiwan dan Persoalan Pemakanan Halal dalam Kitab Furu' al-Masa'il.

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH

DALAM PEMAKANAN

204

dan khinzir, orang Melayu tidak menyediakan kari daging lembu kepada kaum

India. Peminjaman ini menghasilkan citarasa tempatan yang unik.

Namun kini, perubahan budaya makanan makin menghakis menu warisan

tempatan. Ia selari dengan penularan budaya konsumerisme yang didorong oleh

perubahan sosio-budaya masyarakat, taraf sosio-ekonomi dan perkembangan

sains dan teknologi. Dalam konteks masa kini, pelbagai cita rasa luar diimport

masuk ke dalam pasaran Malaysia. Proses ini telah mengubah pola budaya

makanan tradisi kepada percampuran cita rasa dan perubahan selera setempat.

Kini, terdapat pelbagai premis makanan dari luar Negara yang semakin

mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia. Pertumbuhan pesat restoran nasi

kandar di serata pelosok negara, penambahan jumlah mendadak restoran tomyam,

kehadiran restoran makanan segera dari Barat, kewujudan restoran makanan

Arab, kebanjiran restoran ayam penyet dan bakso telah mengubah landskap

budaya makanan asal masyarakat Melayu Islam. Dengan itu, nilai patriotisme

budaya telah terhakis dan berlaku penjajahan cita rasa yang tanpa disedari.127

Secara langsung, ia mengubah lanskap budaya makanan dalam masyarakat

Melayu di Malaysia.

Kesimpulan

Makanan menghasilkan kehidupan kepada manusia, binatang, tumbuhan malah

semua makhluk yang bernyawa. Setiap masyarakat mempunyai citarasa yang

melahirkan budaya makanan dan pemakanan tersendiri. Citarasa ini berbeza

mengikut kawasan geografi iklim dan masyarakat. Ia diwariskan daripada satu

generasi kepada generasi yang lain. Namun ia turut terdedah kepada pelbagai

bentuk perubahan.

Justeru itu, makanan merupakan lambang jati diri bangsa dan identiti

etnik. Perubahan budaya makanan ini dapat membentuk pola budaya makanan

yang baharu dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Kecenderungan ini perlu

diiringi dengan rasa sensitiviti halal yang tinggi dalam masyarakat agar selain

berlakunya penjajahan citarasa, makanan yang disajikan menepati konsep halalan

tayyiba yang digariskan oleh al-Qur'an dan al-Sunnah.

Rujukan

„Abd Allah b. Muhammad b. Ahmad al-Tariqi, Ahkam al-At„imah fi al-Syariah

al-Islamiyyah. (Riyadh, 1984), 6.

Abu Hamid b. Muhammad al-Ghazali, al-Halal wa al-Haram. (Beirut: Dar al-

Jayl, 1987), 6-8.

127 Dalam istilah lain food colonialism atau culinary imperialism. Uma Narayan, "Eating Cultures: Incorporation,

Identity and Indian Food", Social Identities: Journal for the Study of Race, Nation and Culture, vol. 1, 1 (2010), 63-86.

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH

DALAM PEMAKANAN

205

Ahmad Mokhtar „Umar. Mu‟jam al-Lughat al-„Arabiyah al-Mu‟asirah.

(Kaherah: „Alim al-Kutub, 2008). 1: 548.

Allison James, "Cooking The Books: Global or Local Identities in Contemporary

British Food Cultures?,", David Howes et al. (eds.), Cross-Cultural

Consumption: Global Markets, Local Realities, (Illinois: Routledge, 2002),

77-78.

Al-Qaradawi. Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. (Beirut : al-Maktab al-Islami,

1980). 15.

Amat Juhari Moain, Kepercayaan Orang Melayu Berhubung Dengan Pertanian.

(Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990), 9.

Ani Haji Omar, "Pantang Larang Dalam Kalangan Orang Melayu: Analisis Dari

Persoektif Teori SPB4K", Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 7

(1), 2014, 76-97.

Anita Tull, Food and Nutrition, e. 3, (Oxford: New York, 1996), 1.

Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi, "Budaya Pemakanan Masyarakat

Malaysia dari Perspektif Agama, Polisi, Sains dan Teknologi dengan rujukan

khusus kepada pengaruh Islam dalam Penghasilan Makanan", Tesis

Kedoktoran, Fakulti Sains, Universiti Malaya, 2009, 46.

Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi, Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan:

Pendekatan Islam Dan Sains. (Kuala Lumpur: Utusan Publication, 2001), 14-

19.

Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi. Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan,

8-9.

Edward B. Tylor, Primitive Culture. (New York : Harper Torchbooks, 1958.

Fortin, N.D., Food Regulation: Law, Science, Policy and Practice, (New Jersey:

John Wiley & Sons, 2009), 35.

Haitsam al-Hilal. al-At`imah wa al-Ashribah fi al-Sunnah, (terj.) Makanan dan

Minuman dalam Islam. (Jakarta: al-Kautsar, 2009), 18.

Haji Abdul Malik Karim Amrullah, Pandangan Hidup Muslim. c. 2, (Jakarta:

Bulan Bintang, 1966), 221.

Hamidah Abdul Wahab, "Petua dan Pantang Larang Tradisional dalam Alam

Melayu Sarawak", International Journal of the Malay World and

Civilization, 1 (1), 2013, 89-97.

Ibn Manzur. Lisan al-„Arab. (Kaherah: Dar al-Ma‟arif, t. t.). 9: 972.

Kamus Besar Bahasa Melayu, (Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2002) 1104.

Mat Rofa Ismail. "Menelusuri Ethnohaiwan dan Persoalan Pemakanan Halal

dalam Kitab Furu' al-Masa'il oleh Syeikh Daud al-Fatani", Nazarudin Zainun

et al. (eds.), Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara. (Pulau Pinang:

USM, 2013).

Mohammad Shafiur Rahman, "Food And Nutrition: Links And Gaps Between

Tradition and Evidence Based Science", Revelation and Science, Vol. 01, No.

01 (2011) 22-31.

Mohd Afifuddin Mohamad et al. Islam dan Sains Kesihatan: Mudarat dan

Manfaat Babi. (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2014), 69.

Mohd Anuar Ramli dan Mohammad Aizat Jamaludin, "Kriteria Makanan Yang

Baik dan Buruk Menurut Perspektif Kepenggunaan Islam", Suhaimi Ab

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH

DALAM PEMAKANAN

206

Rahman (eds.), Halal Haram dalam Kepenggunaan Isam Semasa, (Serdang:

UPM, 2011), 65-83.

Muhammad Ikhlas Rosele, Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar & Mohd Anuar Ramli,

"Prinsip-Prinsip Halal dan Haram Menurut Yusuf al-Qaradawi", Nurdeng

Dueraseh et al. (eds.), Halalan Toyyiba Perspektif Malaysia (Serdang: UPM,

2013), 118-125.

Musfirah Syahida Mohamad, Saadan Man & Mohd Anuar Ramli "Keselamatan

Makanan Menurut Perspektif Islam: Kajian Terhadap Pengambilan Makanan

Berisiko", Jurnal Fiqh, no. 12 (2015), 1-28.

Paul Fieldhouse. Food And Nutrition: Customs And Culture. e. 2, (United

Kingdom: Springer, 1995), 93.

Saadan Man, Zainal Abidin Yahya. Halalkah Makanan Kita?: Bagaimana

Mencarinya di Pasaran. (Kuala Lumpur: PTS Islamika, 2014), 4.

Sutan Takdir Alisjahbana, Perkembangan Sejarah Kebudayaan Indonesia

Pilihan dari Jurusan Nilai-nilai. c. 3, (Jakarta : PT. Dian Rakyat, 1982), 9.

Uma Narayan, "Eating Cultures: Incorporation, Identity and Indian Food", Social

Identities: Journal for the Study of Race, Nation and Culture, vol. 1, 1 (2010),

63-86.