View
1.564
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PJM 3102 Pergerakan AsasPergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor
1
Pengenalan
Pergerakan lokomotor secara kreatif dapat dilakukan dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang,
masa, beban dan aliran. Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ia terbahagi kepada dua
iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai
oleh bahagian tubuh badan. Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan
pergerakan. Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian kawasan seperti aras - tinggi, sederhana, rendah. Arah -
hadapan, belakang sisi, atas, bawah. Aliran - awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig-zag. Ekstensi - mengecil, membesar
Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan serta-merta.
Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang
dilengkapi dengan alat-alat. Serta-merta - Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat, tegas,
spontan dan dinamik. Kawal-lambat - Pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal. Lakuannya
lambat, licin, beralun dan berayun, boleh dirasakan sebagai sesuatu yang tidak perlu cepat atau tergesa-gesa.
Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan ini dapat
dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayan otot semasa melakukan pergerakan. Halus-ringan - Lakuan
pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan
setempat. Berat-kuat - Lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. Memerlukan tenaga dan
menggunakan otot-otot yang kuat. Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan,
berterusan dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran terikat.
1
PJM 3102 Pergerakan AsasPergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor
2
Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan
lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang. Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran.
Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu.
Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan
masa. Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan. Haluan ialah melibatkan corak
gerakan contohnya samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan lain-lain. Masa adalah masa yang
digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau
terkawal.
Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai- bagai bahagian tubuh badan. Melakukan kemahiran
motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik. Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat
aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran. Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Mengkoordinasi
bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan. Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik
melalui pergerakan. Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang
berfaedah.
Matlamat Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor
Memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor . Meningkatkan kemahiran koordinasi dan
pergerakan kanak-kanak. Mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-
elemen pergerakan (ruang, masa, kuasa). Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak. Membentuk para
2
PJM 3102 Pergerakan AsasPergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor
3
pelajar mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas serta minda yang cerdas. Pelajar mendapat kesedaran tentang
kepentingan kesihatan dan kecergasan tubuh badan yang sememangnya membawa manfaat kepada diri mereka.
Pelajar dapat melibatkan penggunaan seluruh anggota badan dalam melakukan pelbagai jenis pergerakan. Dapat
mengaplikasikan pergerakan asas dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Menggalakkan pelajar menggunakan
idea dan daya cipta kreativiti bagi melaksanakan pergerakan asas dalam melakukan pelbagai jenis pergerakan.
Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak. Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul
untuk menjaga postur yang baik. Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan. Mengisi masa dengan aktiviti-
aktiviti yang berfaedah
Pergerakan Lokomotor
Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan di tempat tersebut.
Pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut
bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretapi. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang
menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting,
lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.
Pergerakan Bukan Lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih
tempat. Pergerakan bukan lokomotor merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil. Lebih tertumpu
3
PJM 3102 Pergerakan AsasPergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor
4
kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Pergerakan yang tidak mengubah
dasar menyokong pelaku pergerakan. Cth, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar
alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada
dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Pergerakan bukan lokomotor adalah seperti mengilas
badan, memusing, meregang, menunduk, menghayun, mengangkat, menolak, manarik, menjatuh, mengongcang,
melantun, membuai badan, dan lain-lain lagi.
Objektif Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor
Secara umum objektif pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor adalah alat yang digunakan untuk
mengukur pengetahuan atau kebolehan dalam sesuatu kemahiran fizikal dan mental. Seorang guru atau jurulatih
biasanya akan mengukur tahap kebolehan dan pengetahuan para pelajarnya tentang aktiviti dan sukan melalui ujian-ujian
pergerakan yang ditadbir sendiri oleh guru tersebut.
Banyak sebab mengapa kita melakukan pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor. Contohnya,
seorang guru cuba membuat penilaian terhadap keberkesanan aktiviti fizikal, menilai tahap kemahiran dan penerimaan
pelajar, mengesan kelemahan, mengukur minat serta kecenderungan para pelajar dan sebagainya. Menurut Johnson &
Nelson (1986), terdapat 8 sebab mengapa kita perlu melakukan pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor
dalam sebarang aktiviti fizikal. Antara sebab-sebab tersebut adalah seperti di bawah;
i. Menilai tahap pencapaian semasa pelajar atau atlit dalam kemahiran-kemahiran yang tertentu.
ii. Menyediakan pelajar atau atlit dengan aktiviti yang lebih mencabar.
4
PJM 3102 Pergerakan AsasPergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor
5
iii. Sebagai panduan guru atau jurulatih untuk memilih atlit baru.
iv. Memberi pandangan mengenai jenis sukan yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar.
v. Untuk menilai keberkesanan sesuatu program latihan.
vi. Sebagai panduan bagi guru atau jurulatih menyediakan program latihan yang lebih sistematik dan efektif.
vii. Membolehkan pelajar mengetahui tahap daya tahan otot sendiri dan membandingkan dengan pelajar-pelajar
lain.
viii. Untuk memotivasikan pelajar atau atlit agar mereka dapat memperbaiki dan meningkatkan tahap kecergasan
mereka.
Tarikh
06hb Ogos 2012 ( Isnin )
Masa
4.30 petang
Tempat
Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna
Kumpulan Sasaran
Kanak-kanak Tahap 1 berumur 7 tahun
Panduan Pelaksanaan Demonstrasi
5
PJM 3102 Pergerakan AsasPergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor
6
i. Prosedur Pelaksanaan Demonstrasi
Berdasarkan sejarah perkembangan manusia, setelah manusia menjadi lebih bertamadun mereka akan berusaha
mencari pelbagai insiatif yang lebih efisien untuk mengukur tahap kecergasan mereka. Manusia akan berusaha untuk
mengekalkan kualiti hidup mereka dalam apa jua situasi. Justeru, dapat dilihat pada peristiwa lampau di mana pada
zaman Greek dahulu rakyatnya sering dikerah untuk melibatkan diri di dalam sistem pertahanan negara. Pada zaman
tersebut kecergasan fizikal dan mental diberi keutamaan oleh rakyat Rom dan Sparta. Rakyat bagi kedua-dua buah
negara ini diwajibkan untuk menjalani latihan kecergasan fizikal bagi membina kekuatan dan daya tahan otot agar kondisi
mereka sentiasa cergas, kuat dan berani untuk mempertahankan negara.
PERKARA KETERANGAN
Objektif Di akhir aktiviti ini nanti, subjek dapat mengukur tahap
pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor pada
semua jenis pergerakan dengan betul dan tepat.
Kesahan Kesahan lahir ( Face validity )
Kebolehpercayaan Tiada
a. Pastikan subjek melakukan pergerakan dengan
kedudukan yang betul dan sesuai.
b. Pelajar sebagai subjek hendaklah berada dalam
kedudukan sokong hadapan dengan tangan lurus di
bawah, tapak tangan di atas permukaan tanah serta
6
PJM 3102 Pergerakan AsasPergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor
7
Kaedah
selari dengan bahagian bahu.
c. Hujung kaki menyentuh lantai , bahagian torso dan
kaki hendaklah diluruskan.
d. Ketika menggerakkan atau memberi kelajuan
pergerakan, kedudukan badan subjek mestilah lurus.
e. Otot pada bahagian lengan dan bahu hendaklah
menolak kembali badan kekedudukan asal. Lakuan ini
dibuat berterusan dan tanpa rehat.
g. Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dikira
tamat / batal apabila :
i. Subjek berhenti untuk rehat sama ada sengaja
atau tidak.
ii. Teknik pergerakan yang dirancang tidak
dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.
iii. Sudut pada bahagian siku tidak lurus.
h. Bagi memastikan ketepatan dan kesahan pergerakan
ini, guru yang terlibat boleh melakukan satu demonstrasi
terlebih dahulu.
Skor Bilangan ulangan lakuan yang betul akan dikira dan
dicatat sebagai skor subjek.
Alatan Sketel, Reben
Limitasi a. Skor akan hanya dikira dan dicatat apabila subjek
7
PJM 3102 Pergerakan AsasPergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor
8
melakukan pergerakan dengan cara / prosedur yang
betul.
b. Kedudukan badan membongkok ketika melakukan
sebarang aktiviti.
STESEN/PERGERAKAN PENERANGAN ALATAN/GAMBAR
8
PJM 3102 Pergerakan AsasPergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor
9
Pergerakan Lokomotor
S1/ Berlari
1. Mula digarisan permulaan.
2. Pegang reben pada keduabelah tangan.
3. Kaki kanan berada di hadapan dan lari.
4. Berlari dengan aliran bengkang-bengkok sambil
memusing-musingkan reben dan bergerak ke
Stesen 2
Pergerakan Bukan
Lokomotor
S2 / Menghayun
1. Duduk di atas bangku secara menegak.
2. Hayunkan kaki ke kanan dan ke kiri dengan kiraan
lapan.
3. Hayunkan kaki ke depan dan belakang dengan
kiraan lapan.
4. Berdiri dan berlari ke Stesen 3.
Pergerakan Lokomotor
S3 / Berjalan
1. Genggam kayu pemegang reben.
2. Berjalan bebas sambil memusingkan reben 360º
dan bergerak ke Stesen 4.
9
PJM 3102 Pergerakan AsasPergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor
10
Pergerakan Bukan
Lokomotor
S4 / Membongkok
1. Bongkokkan badan ke hadapan.
2. Berjalan sambil menghayunkan tangan ke kanan
dan ke kiri sambil memegang reben dan bergerak
ke Stesen 5.
Pergerakan Lokomotor
S5 / Melompat
1. Berdiri setempat dan depakan tangan.
2. Dengan memegang reben lakukan lompat bintang
sambil bergerak ke Stesen 6.
Pergerakan Bukan
Lokomotor
S6 / Mengilas
1. Duduk sambil melutut.
2. Pegang reben dan depakan tangan.
3. Mengilas sambil memusingkan reben.
4. Berdiri dan bergerak ke Stesen 7.
Pergerakan Lokomotor
S7 / Hop
1. Letakkan tangan di pinggang dan lakukan hop.
2. Depakan tangan dan lakukan hop.
3. Teruskan lakukan pergerakan sama sehingga
sampai ke Stesen 8.
10
PJM 3102 Pergerakan AsasPergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor
11
Pergerakan Bukan
Lokomotor
S8 / Melentik/Meleding
1. Duduk melutut.
2. Letakkan tapak tangan di atas tanah dan ledingkan
badan.
3. Pada posisi yang sama putarkan reben pada
tangan kanan kemudian tangan kiri.
4. Berdiri dan berjalan ke Stesen 9.
Pergerakan Lokomotor
S9 / Skip
1. Pegang reben dan putar-putarkan.
2. Lakukan skip satu hala dalam bulatan besar.
3. Terus melakukan skip dan bergerak ke Stesen 10.
Pergerakan Bukan
Lokomotor
S10 / Memusing
1. Tangan bercekak pinggang.
2. Pusingkan badan sambil berjengket dan angkat
kedua-dua tangan yang memegang reben serta
putarkan reben di atas kepala.
3. Depakan tangan.
11
PJM 3102 Pergerakan AsasPergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor
12
Pelan Kedudukan Ujian Amali Pergerakan Asas
Pergerakan 1 (Lokomotor)
Pergerakan 2 (Bukan Lokomotor)
Pergerakan 3 (Lokomotor)
Pergerakan 6 (Bukan Lokomotor) Pergerakan 5 (Lokomotor) Pergerakan 4 (Bukan Lokomotor)
Pergerakan 7 (Lokomotor)
Pergerakan 8 (Bukan Lokomotor) Pergerakan 9 (Lokomotor)
Pergerakan 10 ( Bukan Lokomotor)
12
MULA
Berlari
MenghayunBerjalan
Melompat Membongkok
Melentik/Meleding
Hop
Mengilas
Skip
Memusing
TAMAT
PJM 3102 Pergerakan AsasPergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor
13
Rumusan
Secara keseluruhannya aktiviti pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor merupakan salah
satu faktor asas dalam menentukan kecergasan fizikal dan kebolehan seseorang pelajar menguasai kemahiran.
Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang dijalankan ini dapat menilai tahap pencapaian pelajar atau atlit dalam
kemahiran-kemahiran sukan yang tertentu. Sesungguhnya, usaha menjadikan pelajar mahir dalam pergerakan asas
memerlukan usaha guru yang bukan sedikit malah menuntut pergorbanan yang agak besar juga. Di samping itu ia juga
dapat mengesan potensi maksimum pelajar atau atlit serta melakukan persiapan dan persediaan awal bagi menghadapi
aktiviti yang lebih mencabar. Ini memandangkan usaha mengesan bakat yang terpendam dalam kalangan pelajar
memerlukan satu mekanisme yang tepat dan jitu.
Keputusan akhir dalam pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor pelajar dijadikan kriteria bagi memilih pelajar
untuk sukan atau permainan yang tertentu. Selain daripada itu juga pergerakan asan ini boleh dijadikan sebagai kriteria
untuk memilih aktiviti yang sesuai dengan tahap keupayaan kemahiran pelajar. Sebagai seorang jurulatih atau guru,
pergerakan fizikal ini ini dapat dijadikan sebagai panduan atau menilai keberkesanan sesuatu program latihan yang
dirancangkan agar ianya lebih sistematik dan efektif. Apa yang lebih menarik lagi ia juga dapat memotivasikan pelajar
atau atlit agar mereka dapat memperbaiki dan meningkatkan tahap kecergasan fizikal mereka.
Rujukan
13
PJM 3102 Pergerakan AsasPergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor
14
Astrad, P.O.,& Rodahl, K. (1986). Textbook of work physiology: physiology based of exercise (3rd Ed). U.S.A.: McGraw-Hill, Inc.
Baumgartner, T. A. & Jackson, A. S. (1999). Measurement for evaluation in physical education and exercise science (6th Ed). U.S.A.: McGraw-Hill, Inc.
Bowers, R. W. & Fox, E. L. (1992). Sports physiology (3rd Ed). Dubuque, Lowa: Wm. C. Brown Publishers.
Corbin, C.B., & Lindsey, R. (1985). Concepts of physical fitness with laboratories. (6th Ed). Dubuque, Lowa: Wm. C. Brown Publishers.
Greenberg, J. S., Dintiman, G. B. & Oakes, B. M.(1998). Physical fitness and wellness. U.S.A.: Allyn & Bacon A Viacom Company.
Johnson, B. L., & Nelson, J. K. (1986). Practical measurement for evaluation in physical education (4th Ed). New York: Macmillian Publishing Company.
J Rehabil Outcomes Meas. (1998). Trunk and lower extremity muscle endurance: normative data for adults. Retrived January 23, 2003 from http://www.gymball.com/muscle.endurance.html
Martini, F. H. & Bartholomew, E. F. (2000). Essentials of anatomy & physiology (2nd Ed). New Jersey: Prentice-Hall, Inc.
MIMS Consumer Health Group (2000). Women Beat Men On Muscle Endurance. Retrived January 23, 2003 from http://www.mydr.com.au.
Muscular Fitness Testing (n.d.). Abdorminal curl. Retrieved Januari 6, 2003 from http://www.uoragon.edu/reatr/student/ft/ftmf.html.
Plowman, S. A. (1999). The curl-up assessment – what is the rationale for the curl-up assessement. Retrived January 23, 2003 from http://www.cooperinst.org.
14
PJM 3102 Pergerakan AsasPergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor
15
Powers, S. K. & Howley, E. T. (2001). Exercise Physiology theory and application to fitness and performance. U.S.A.: McGraw-Hill, Inc.
Safrit, M. J. & Wood, T. M. (1995). Introduction to measurement in physical education and exercise science (3rd Ed). U.S.A.: Mosby-Year Book Inc.
Sports Coach. (1997). Press-up test. Retrieved Januari 6, 2003 from http://www.brianmac.demon.co.uk/pressuptst.htm.
Strand, B.N., Scantling, E. & Johnson, M. (1997). Fitness education: teaching concepts-based fitness in the schools. Gorsuch Scarisbrick, Publishers. Arizona, United State of America.
Thompson, P. J. L. (1991). Introduction to coaching theory. England: The International Amateur Athletic Federation.
Wheeler, T. (1997). Muscle endurance. Retrieved January 14, 2003 from http://physciotheraphy.curtin.edu.au/community/educational_resources/ep552_97/mendurance.html.
15
Recommended