Tugas frasa

Preview:

Citation preview

TUGAS FRASA• Subjek• Frasa

Ainu Suhana Binti Yakob

Nurul Salwa Binti Ngamidon

Farahanaidayu Binti Rahibin

Nurfairuza Syahira Binti Mohd Sudud

SUBJEK

Frasa yang terletaknya di hadapan predikat dalam susunan ayat biasa.

Aminah seorang doktor.

SUBJEK

Subjek boleh terdiri daripada unsur berikut:1. Kata nama2. Kata ganti nama3. Kata kerja ( kata nama )4. Kata adjektif ( kata nama )

KATA NAMA

Kata nama yang menduduki subjek boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas atau kata nama terbitan.

Mak Kiah bekerja sebagai penjual sayur- sayuran di pasar itu.

KATA GANTI NAMA

Kata ganti nama diri Saya pelajar baharu di sekolah ini.

Kata ganti nama tunjuk

Itu kucing kesayangan ibu saya.

KATA KERJA ( KATA NAMA )

Kata kerja mengambil tugas kata nama Berfungsi sebagai subjek.

Memasak adalah hobi saya.

KATA ADJEKTIF ( KATA NAMA )

Kata adjektif mengambil tugas kata nama Berfungsi sebagai subjek

Akhlak mulia sangat dituntut oleh semua agama.

PREDIKAT

Frasa yang terletak selepas subjek Boleh diisi oleh frasa-frasa berikut

1. Predikat frasa nama2. Predikat frasa kerja3. Predikat frasa adjektif4. Predikat frasa sendi nama

PREDIKAT FRASA NAMA

Boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas, dan kata nama terbitan.

Abangnya polis.

PREDIKAT FRASA KERJA

Boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif, kata kerja transitif dan kata kerja terbitan.

Mereka beriadah setiap petang.

PREDIKAT FRASA KERJA

i) Kata Bantu Aspeka) akan dan belum

- perbuatan yang belum dilakukan.Saya akan bertolak ke Australia pada pagi esok.

b) sedang dan masih- perbuatan yang sedang berlaku dan belum selesai. Dia masih terlibat gejala lumba haram.

PREDIKAT FRASA KERJA

c) sudah, telah dan pernah- sesuatu perbuatan itu telah selesai dilakukan.

Siti pernah bekerja sebagai guru.

PREDIKAT FRASA KERJA

ii) Kata Bantu Ragam

- perkataan yang menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.hendak, mahu, harus, boleh, mesti dan dapat

Ayah hendak ke luar negeri pada malam esok.

PREDIKAT FRASA ADJEKTIF

Boleh terdiri daripada kata adjektif asal atau kata adjektif ganda.

Pengantin itu nampak menawan.

PREDIKAT FRASA SENDI NAMA

Terdiri daripada kata sendi nama yang diikuti oleh frasa nama

Hadiah itu untuk kawan baiknya.

SOALAN1) Bina satu ayat lengkap yang terdiri daripada

subjek, predikat dan kata bantu.

2) Huraikan fungsi kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

SOALAN

3) Tentukan jenis kata bantu predikat frasa kerja tersebut:•Saya belum makan lagi.•Adik sudah siap membuat kerja sekolah.•Kami dapat ikut rombongan skolah ke Langkawi.•Ibu sedang membasuh baju ayah.•Kita harus saling membantu antara satu sama lain.

Recommended