View
775
Download
3
Category
Preview:
DESCRIPTION
Find out more related information here http://www.nealizham.com
Citation preview
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
1
Panduan Cepat Dan Senang Untuk Menambah Pendapatan Perniagaan
Internet Anda
“Pelajari Teknik Mudah Dan Berkesan Untuk Anda – Atau Sesiapa Sahaja – Dalam Menjana Keuntungan Tinggi Secara
Drastik!!”
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
2
NOTIS Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan
e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap
fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku
di dunia internet kini.
Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri
oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-
book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi
yang diberi. Juga, jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang
terasa dihina dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan diambil
perhatian.
Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti
penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan
informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk
menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.
Para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang professional,
cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal kewangan.
Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam
membuat bacaan
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
3
BIODATA PENULIS
Neal Izham Sharifudin, dilahirkan di Kluang,
Johor. Mendapat pendidikan awal di Negeri Johor
dan mendapat peluang melanjutkan pelajaran di
MRSM Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar
Baba).
Berjaya mendapat keputusan yang
cemerlang pada peringkat PMR dan SPM
seterusnya menyambung pengajian ke peringkat
matrikulasi di Tangkak. Masakini beliau
merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti
Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam.
Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyai
minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan.
Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolah
lagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan
milik ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.
Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa
mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk
menangani sesuatu cabaran.
Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakan
paradigma baginya untuk terus maju.
Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban dunia
ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau
bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
4
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK/SUBTAJUK MUKA SURAT
1 Pengenalan 4
Perubahan Kecil Mampu Memberi IMPAK yang
Besar!
4
2 Penjenamaan 7
Jangan Takut Untuk Tiup Arus Perniagaan Anda
yang Tersendiri!
7
Sasarkan Kepada Bidang yang Lebih Fokus 9
Testimoni 11
3 Grafik 12
Mengubah E-Cover 12
Banner Untuk Minisite 13
Gambar Produk 14
4 Surat Jualan 16
Menggunakan Pelbagai Warna Untuk Headline 16
Menggunakan Gambar Untuk Tarik Perhatian 18
5 Video 19
Mengajar Pelanggan Langkah Demi Langkah 19
Minta Pelanggan Segera Bertindak 20
6 Kesimpulan 21
Jangan Berhenti Mencuba! 21
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
5
Bab 1: Pengenalan
Perubahan Kecil Mampu Memberi IMPAK yang BESAR!
Secara kasar, terdapat berjuta produk digital yang dijual atau diberi percuma di dunia
internet kini. Bilangan itu juga merujuk kepada jumlah pengguna internet yang semakin
meningkat dari hari ke hari. Apabila semakin banyak produk digital bersepah di alam
maya, semakin kuatlah persaingan yang perlu anda hadapi. Malah, semakin ramai yang
celik dalam hal perniagaan internet, semakin kurang jugalah pelanggan anda.
Tahukah anda bahawa terdapat banyak perubahan kecil boleh dibuat terhadap laman
web, blog, surat jualan (minisite) atau produk anda, yang kemudiannya mampu
meledakkan kembali akaun bank atau paypal anda?
Cuba anda fikirkan perkara ini, bagaimanakah seorang usahawan internet dapat
bertahan di arena perniagaan internet walaupun mempunyai satu produk sahaja?
Sebabnya mudah, sudah tentu usahawan itu sentiasa membuat perubahan kecil
tehadap produk ciptaan mereka. Contohnya suadara Jamal dengan e-booknya yang
bertajuk „Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan’ dan saudara Munawar dengan e-
book bertajuk „Jana Wang Adesense‟.
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
6
Apabila mereka membuat perubahan kecil ini dan mereka stabilkan sumber traffik ke
laman jualan produk tersebut, dan apabila mereka mampu mencapai jumlah
pengunjung ke laman jualan mereka hingga ratusan dan ribuan dalam sehari. Hasilnya
BOOM! Usahawan ini serta merta menjana keuntungan dengan drastik disebabkan
perubahan yang telah dibuat.
Contoh: Di bawah, saya sekadar menggambarkan kemungkinan yang bakal berlaku
apabila anda membuat sedikit perubahan kecil terhadap pemasaran emel.
Saya andaikan anda mempunyai jumlah pelanggan melalui emel sebanyak 50,000
orang. Apabila anda ingin memasarkan sesuatu produk melalui emel, anda akan
membina satu siri emel pujukan supaya penerima emel membeli produk yang
diniagakan. Pada masa itu, „kadar penerima membuka emel‟ adalah sebanyak 10%
sahaja.
Tetapi, jika anda mengubah tajuk emel anda menjadi lebih anggun dan bergaya,
peratusan itu akan bertambah sebanyak 2%. Kenaikan kadar kepada 2% adalah
berbaloi kerana anda hanya mengubah tajuk emel sahaja. 2% di sini bersamaan
sebanyak 1000 penerima tambahan yang akan membuka emel anda. Secara tidak
langsung, jualan anda juga pasti akan mendapat sambutan yang mendadak.
Perkiraan di atas hanya menyentuh aspek pemasaran emel sahaja. Tetapi, apa yang
saya mahu tunjukkan adalah menukar laman jualan anda menjadi lubuk pendapatan
dengan melakukan perubahan kecil. Bayangkan jika pertambahan 1000 penerima emel
seperti di atas berlaku juga terhadap jumlah pengunjung ke laman jualan anda, saya
yakin anda pasti dapat menjana keuntungan yang tidak pernah disangka-sangka.
Apa yang anda perlu buat? Anda hanya perlu membuat sedikit perubahan kecil
terhadap rupa bentuk produk dan laman jualan anda.
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
7
Sekali lagi, cuba bayangkan, anda lakukan perubahan kecil ini berulang-ulang
kali?
PEMBERITAHUAN: E-book ini akan suap anda terus menerus dengan informasi-
informasi berkenaan cara cepat dan senang dalam menjana keuntungan dengan
membuat perubahan kecil terhadap produk digital anda.
Dalam e-book ini, anda akan pelajari:
Bagaimana membuat perubahan kecil yang mantap dengan menjenamakan
produk anda? Melalui penjenamaan ini, bakal pelanggan akan mencari anda
hingga ke tangga rumah anda.
Dengan membuat sedikit perubahan kecil terhadap grafik, anda dapat menukar
suspek atau prospek menjadi pembeli atau pelanggan kepada produk anda.
Bagaimana mengubah sedikit ayat jualan dan memaksimumkan keuntungan
anda tanpa membazir dalam mengupah copywriter?
Bagaimana menggunakan pemasaran video dalam meningkatkan keuntungan
anda?
Ayuh!! Kita mulakan pelajaran kita sekarang!
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
8
Bab 2: Penjenamaan
1. Jangan Takut Untuk Tiup Arus Perniagaan Anda yang Tersendiri!
Dalam perniagaan internet, anda tidak boleh sama sekali terlalu merendah diri
walaupun anda seorang „newbie‟. Saya mengatakan begitu kerana produk dan laman
jualan anda umpama setitis air yang terkandung dalam sebuah laut.
Maksudnya, anda berada bersama-sama dengan usahawan (otai mahupun newbie) lain
dan terpaksa bersaing dalam melariskan produk yang dijual. Kesannya jika anda terlalu
merendah diri; anda bakal dipandang rendah dan produk anda pasti tidak akan
mendapat sambutan yang luar biasa.
Saya ingin mencipta satu situasi jualan di sini:
Seorang usahawan A telah mencipta dan memasarkan sebuah produk hebat dan
sangat bermutu. Usahawan A juga memberi peluang kepada para usahawan lain untuk
turut menjual kembali produk tersebut dengan memberi lesen hak jualan semula tanpa
had iaitu Private Label Rights (PLR).
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
9
Pada masa yang sama, usahawan B (otai) dan usahawan C (newbie) telah membeli
produk itu dan ingin menjual semula. Lalu mereka membina laman jualan dan
memulakan promosi. Hal yang berlaku selepas itu, usahawan B telah berjaya menjual
semula produk itu hingga menjadi reseller terbaik bagi produk berkenaan. Manakala
usahawan C hanya mendapat pulangan balik modal sahaja.
Perkara sebegini berlaku kerana usahawan B telah bergiat lama dalam perniagaan
internet. Usahawan C pula baru berjinak-jinak dalam bidang ini. Para suspek atau
prospek atau pelanggan lama pasti akan dapatkan produk itu daripada usahawan B. Ini
kerana usahawan B lebih dikenali dan dipercayai melalui produk yang pernah dijual
oleh beliau. Betapa ruginya usahawan C kerana terpaksa bersaing dengan usahawan B
yang sememangnya mempunyai kredibiliti yang sangat disegani.
Padahal, usahawan C boleh mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku. Caranya
begini:
1. Berikan bonus produk yang lebih gempak dan berbaloi-baloi berbanding
menjual produk itu semata-mata.
2. Menggunakan sistem pemasaran yang lebih efisien dan menjamin
keuntungan seperti pemasaran emel.
3. Mengubah produk asal supaya menjadi lebih unggul dan diyakini untuk
memberi sedikit kelainan daripada yang lain.
Bagi perkara ketiga di atas, saya maksudkan anda perlu menjenamakan produk
berkenaan menjadi lebih berjenama daripada sebelumnya. Dengan berbuat demikian,
hal itu dapat menonjolkan usahawan C dan menjadikan beliau berbeza daripada
usahawan B. Mudah bukan?
Saya tekankan di sini, perkara terpenting harus dilakukan untuk terus berjaya
dalam perniagaan internet, anda perlu keluar daripada kelompok usahawan yang
sedia ada!
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
10
Seterusnya, jika anda sudah berjaya dalam meraih jualan yang tinggi terhadap sesuatu
produk yang dijual, pastikan anda dedahkan atau tunjukkan „screenshot‟ akaun bank
atau paypal kepada bakal pelanggan atau pelanggan anda. Jika anda lakukan perkara
sebegini, ia adalah sesuatu yang mengagumkan apabila dilihat dan dibaca oleh orang
lain.
Hal ini bertujuan untuk buktikan bahawa betapa hebat dan uniknya cara anda berniaga
di internet. Hal ini juga bertujuan untuk membezakan antara anda dan usahawan yang
lain. Kesannya, diri anda bakal menjadi buah mulut dalam kalangan usahawan internet
dan pelayar internet.
2. Sasarkan Kepada Bidang yang Lebih Khusus
Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam membina jenama adalah; anda perlu
mewar-warkan kepada orang lain bahawa anda adalah seorang pakar dalam bidang
atau niche yang dipromosikan. Untuk menjadi seorang pakar, anda tidak perlu tahu
kesemua proses yang terlibat dalam bidang pilihan anda. Cukup dengan mempunyai
pengetahuan yang tertentu anda sudah dianggap pakar.
Contohnya: Blog perniagaan internet. Jika anda membuat carian di enjin carian (e.g.:
google) berkenaan blog perniagaan internet, beratus senarai blog yang bertemakan
dengan nama ini akan disenaraikan. Disebabkan blog-blog ini mempunyai tujuan yang
sama, andai anda turut serta dalam membina blog dengan nama yang sama, saya pasti
blog anda bakal tenggelam dalam kalangan blog-blog yang telah wujud itu. Oleh itu,
saya cadangkan supaya anda bina sebuah blog yang lebih khusus berkenaan
perniagaan internet (e.g.: Adsense Blog, Affiliate Blog dan lain-lain).
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
11
Katakan anda berminat dalam bidang pemasaran internet, jangan anda tunggu untuk
letakkan diri anda sebagai pakar, terus anggap diri anda pakar bagi pandangan orang
lain. Caranya begini:
Pada suatu hari, anda telah berjaya menyiapkan sebuah produk berkaitan teknik
pemasaran internet yang berkesan. Anda sedar bahawa situasi perniagaan internet
sekarang adalah begitu kompetitif dan sangat berdaya saing.
Oleh itu, anda buatlah pengumuman (di blog, di forum atau di mana sahaja yang
difikirkan sesuai) terlebih dahulu berkenaan produk ciptaan anda itu. Anda cuma perlu
katakan bahawa teknik yang ingin anda persembahkan itu sudah berjaya anda gunakan
untuk menarik ramai pelanggan. Tunjukkan anda sememangnya pakar semasa
membuat pengumuman itu.
Perhatikan!! Hanya dengan menonjolkan diri anda adalah pakar, anda bakal berjaya
untuk menarik perhatian orang lain (inilah perubahan kecil itu). Apa yang penting, anda
perlu kecilkan lagi skop bidang yang diceburi. Anda juga perlu mencipta satu gaya
pemasaran yang belum pernah dibuat oleh usahawan lain. Untuk tingkatkan lagi cara
pemasaran yang berkesan dan lain dari yang lain, berikan gelaran kepada diri anda
sendiri untuk merujuk terhadap bidang anda.
Contohnya: Raja Tembus Pasaran atau Tukang Pasar Produk. Walaupun sedikit pelik
bunyinya, tetapi anda bakal menjadi tumpuan dengan menggunakan kaedah ini.
Oleh itu, untuk menjadi lebih unik dan mendapat tumpuan, anda perlu kuat berimaginasi
dan kreatif dalam membina jenama.
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
12
3. Testimoni
Saya percaya, di luar sana, kesemua laman jualan produk digital mempunyai testimoni
daripada para pelanggan ataupun testimoni daripada pengreview produk anda.
Mengapa testimoni di laman jualan adalah penting? Jawapannya, testimoni dapat
menguatkan ayat jualan anda. Testimoni juga sedikit sebanyak dapat memberi sedikit
kuasa psiko kepada para pelanggan untuk menyuruh mereka bertindak membuat belian
ketika singgah di laman jualan anda.
Untuk hal testimoni ini, saya ingin anda meletakkan testimoni dari pakar dalam bidang
yang anda ceburi sahaja. Jangan diminta testimoni daripada pakar dalam bidang lain.
Hal ini dapat menjejaskan hasil jualan anda. Ini kerana, para pelanggan produk digital
pada masa kini sudah semakin bijak dalam membuat pilihan. Oleh itu, buat sedikit
perubahan terhadap ruangan testimoni dalam laman jualan anda.
Kotak-kotak untuk ruangan testimoni juga anda patut ubahkan. Binalah frame yang
cantik atau bungakan sahaja kotak-kotak testimoni anda. Mungkin anda boleh minta
pemberi testimoni supaya memberi gambar dengan memegang duit yang banyak di
tangan mereka. Dan pelbagai aspek lagi yang boleh anda fikirkan untuk diubah bagi
ruangan testimoni ini.
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
13
Bab 3: Grafik
1. Mengubah E-Cover
Cuba anda perhatikan e-cover di atas, diantara e-cover itu, e-cover manakah lebih
membantu dalam mendapatkan jualan yang tinggi? Saya pasti anda tahu jawapannya.
Kebanyakkan usahawan internet kini tidak begitu mempedulikan rupa paras produk
mereka. Mereka lebih banyak menghabiskan masa dan duit kepada freelancer, rupa
laman jualan, autoresponder dan lain-lain. Tetapi, e-cover produk mereka pula akan
dibuat sambil lewa sahaja. Usahawan seperti ini menganggap e-cover tidak memberi
impak yang besar terhadap jualan mereka. Apa yang penting adalah isi kandungan
produk mereka.
Padahal, mereka tidak sedar bahawa e-cover yang dibuat sambil lewa itu telah
menyebabkan mereka kehilangan banyak pendapatan. Ini kerana, e-cover itu langsung
tidak mencetuskan perasaan untuk membeli kepada bakal pelanggan terhadap produk
berupa seperti itu.
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
14
Hal ini mungkin mengejutkan anda – ramai pembeli pada zaman sekarang suka menilai
sesuatu produk itu dengan menilik cover terlebih dahulu. Tiada lagi istilah „Don‟t judge
the book by its cover‟. TIADA LAGI!!
Oleh itu, laburlah sedikit dalam membuat e-cover untuk produk anda. Jika anda sudah
mula membuat jualan tetapi jualan sekarang tidak begitu memberansangkan, mungkin
anda perlu mengubah e-cover produk anda sekarang supaya mendapat lebih ramai
pelanggan.
2. Banner Untuk Minisite
Banner bagi sesebuah minisite (laman jualan), juga sama penting seperti e-cover. Cuba
anda pergi ke mana-mana minisite, pada bahagian atas sekali adalah banner dan
kemudian barulah „headline‟ minisite tersebut. Selain pengunjung minisite anda ingin
membaca „headline‟ yang ditulis, mata mereka pasti terfokus juga kepada banner
minisite anda.
Jika banner anda kelihatan muram dan tidak menarik, pengunjung itu tadi mungkin tidak
berada lama di minisite anda. Seterusnya, mereka langsung tidak tertarik untuk
membuat belian. Akhirnya, mereka tidak lagi berminat untuk mencari anda dalam
mendapatkan produk yang dijual.
Tetapi, jangan pula anda gunakan banner yang tiada kaitan dengan produk anda!
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
15
Oleh itu, dapatkan produk-produk PLR yang berlambak di luar sana. Produk PLR
biasanya didatangkan dengan surat jualan beserta banner. Gunakan sahaja banner
yang telah tersedia. Anda mungkin perlu mengubah sedikit banner tersebut mengikut
kesesuaian promosi anda.
3. Gambar Produk
Anda juga boleh menggabungkan beberapa gambar produk anda untuk
menggambarkan ia akan diberi dalam bentuk pakej. Hal ini juga mampu menarik bakal
pelanggan untuk membeli selepas mendapati terdapat banyak produk yang mereka
bakal dapat dalam satu harga:
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
16
Produk yang boleh dimuatkan dalam pakej penuh produk anda termasuklah:
1. Sebuah e-book utama
2. Modul-modul e-book
3. Produk dalam bentuk CD atau DVD
4. Produk dalam bentuk video
5. Produk dalam bentuk audio
6. Kad keahlian seumur hidup
7. Dan lain-lain yang difikirkan sesuai
Ingin saya nyatakan di sini, anda tidak perlu sediakan kesemua produk seperti di atas.
Cukuplah dua atau tiga sahaja sudah memadai.
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
17
Bab 4: Surat Jualan
1. Menggunakan Pelbagai Warna Untuk Headline Dalam sesebuah surat jualan, aspek paling utama dalam proses mendapatkan jualan
adalah untuk mencuri perhatian bakal pelanggan anda. Maka, „headline‟ adalah perkara
yang paling kritikal daripada keseluruhan surat jualan.
Oleh itu, jika „headline‟ yang digunakan tidak menarik pembaca untuk membaca
kesemua ayat jualan anda, pekerjaan anda dalam membina laman jualan akan menjadi
satu usaha yang sia-sia.
Sila perhatikan „headline‟ di bawah. Pada pandangan anda, yang mana satu lebih
membuka mata pengunjung laman jualan bagi sebuah produk PLR?
"Secure Your Instant Access To A Mammoth Collection Of Constantly Adding Resell Rights, Private Label Rights, Graphics, And More... And Jumpstart Your Online Marketing
Career Starting This Second!"
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
18
Atau ini:
“Secure Your INSTANT Access To A
*MAMMOTH* Collection Of
Constantly Adding Resell Rights,
Private Label Rights, Graphics, And
More... And JUMPSTART Your
Online Marketing Career
STARTING THIS SECOND!”
Nota: Maaf kerana saya menggunakan contoh dalam bahasa Inggeris di atas.
Jadi, hanya dengan mengubah beberapa aspek terhadap „headline‟, anda akan berjaya
bermain dengan pemikiran pengunjung dan psiko pembaca supaya membaca surat
jualan anda hingga habis.
Aspek yang saya ubahkan terhadap headline di atas adalah:
1. Menukar beberapa perkataan kepada warna merah.
2. Membuat underline atau highlight kepada perkataan yang saya rasakan ianya
adalah perkataan killer.
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
19
2. Menggunakan Grafik Untuk Tarik Perhatian
Kebiasaannya, pengunjung yang melawat ke laman jualan anda, kebanyakkan daripada
mereka tidak akan membaca setiap patah perkataan dan setiap ayat yang anda
tuliskan.
Mereka akan „skim reading‟ atau „skip‟ atau „scan‟ sahaja ayat-ayat jualan anda itu.
Mereka akan terus ke bahagian paling bawah untuk melihat harga produk yang anda
letakkan. Oleh itu, untuk menarik perhatian pengunjung seperti ini, meletakkan gambar
yang menarik di tengah-tengah surat jualan adalah jalan terbaik. Apabila mereka terlihat
gambar itu, mereka pasti berhenti daripada „scan‟ dan akan baca setiap perkara yang
cuba anda ingin sampaikan.
Contoh: Jika anda seorang usahawan yang membuka sebuah laman keahlian dengan
menyediakan pelbagai produk terbaik untuk ahli, anda mungkin boleh berbuat seperti di
bawah:
“Adakah anda sanggup menangkap ikan kecil dengan apa cara sekalipun atau
anda sanggup mendaftar menjadi ahli di sini supaya perniagaan anda nanti dapat
membantu anda dalam mendapatkan ikan yang lebih besar?”
Pada pendapat saya, dengan selitkan gambar seperti di atas, anda bakal berjaya
menukarkan prospek menjadi pelanggan!
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
20
Bab 5: Video
1. Mengajar Pelanggan Langkah Demi Langkah
Adakah anda tahu bahawa video yang anda rakamkan dan diupload ke YouTube
mampu meningkatkan „conversion rate‟ terhadap laman jualan? Bukan itu sahaja, video
itu tadi turut membantu anda dalam mendapatkan keuntungan secara mendadak.
Kita ambil contoh terbaik pada masa kini. Anda pasti mengenali saudara Zamri Nanyan
iaitu seorang usahawan internet yang fokus terhadap bidang perniagaan MLM internet.
Pernahkah anda melawat ke laman jualan beliau berkaitan dengan sistem
autoviralnya? Jika anda pernah ke sana, saya pasti anda telah teruja dengan kata-kata
beliau melalui video yang ditepekkan di lamannya itu.
Pada pendapat saya, untuk permulaan membuat promosi melalui video, anda tidak
perlu muncul di skrin video itu. Cukuplah dengan membuat sebuah slide show yang
menarik perhatian pengunjung laman anda. Masa untuk slide show itu juga tidak perlu
lama, cukuplah dalam jangka masa kurang dari LIMA minit sahaja. Jika perlu,
sumbatkan lagu-lagu atau animasi untuk memberi perasaan santai kepada penonton.
Seperkara lagi, jika anda ingin meyakinkan pengunjung supaya melabur dengan
membeli produk anda, binalah video yang mengajar bukannya video yang memaksa
pengunjung untuk terus membuat belian. Kenyataannya, membuat video adalah
perkara yang lebih mudah dari menulis surat jualan panjang berjela dan perubahan
ini membuatkan anda lain dari yang lain.
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
21
2. Minta Pelanggan Segera Bertindak
Seorang lagi usahawan internet yang berjaya dalam menggunakan video untuk
mengumpul senarai pelanggan ialah saudara Ammar Zahar.
Dalam videonya di laman jualan ZeroKeHero, saudara Ammar menunjukkan kepada
anda bagaimana beliau menjana pendapatan melalui internet sehingga berjaya seperti
sekarang. Melalui video itu jugalah saudara Ammar meminta para pengunjung supaya
bertindak dengan membuat belian untuk mempelajari rahsia-rahsia beliau.
Bagaimana saudara Ammar dapat mengaut pendapatan hanya melalui video itu?
Apa yang saudara Ammar buat adalah:
1. Bina video yang menarik dan menyakinkan untuk diletakkan di laman jualan.
2. Kemudian, beliau meminta para pelanggan dan pengunjung untuk menonton
video tersebut.
3. Seterusnya, beliau sediakan satu sistem mudah untuk pengunjung dapatkan
preview awal produk tersebut.
4. Pengunjung itu tadi telah berminat dengan produk yang dinyatakan. Lalu
pengunjung menyuruh rakan-rakannya turut menonton video di laman jualan itu.
5. Akhir sekali, pengunjung dan rakan-rakannya telah dapatkan produk yang dijual
di laman jualan itu.
Saudara Ammar telah berjaya dalam membuat jualan kerana beliau menyediakan
sebuah video yang begitu berkuasa dalam menyuruh penonton supaya terus bertindak.
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
22
Bab 6: Kesimpulan
Jangan Berhenti Mencuba!
Dalam ringkasan ini, saya ingin ingatkan kembali bahawa dalam perniagaan internet,
produk digital dan pesaing anda semakin bertambah tetapi pelanggan anda pula
mungkin makin berkurang.
Jangan anda lupa untuk dapatkan traffik yang tinggi ke laman jualan anda. Tiada guna
anda buat perubahan andai tiada traffik yang baik ke laman anda.
Saya tidak akan sentuh hal-hal menjana traffik ke laman jualan. Tetapi, traffik perlu
diketahui dan dipelajari kerana ianya penting dalam mendapat jualan. Apabila anda
berjaya menarik traffik yang tinggi ke laman jualan, kerja-kerja mencuba dan mengubah
tidak akan menjadi sia-sia. Malah perkara itu akan membuatkan pendapatan anda
bertambah secara drastik.
Akhir kata saya, teruskan mencuba dalam mengubah seperti yang telah dibincangkan
di atas. Kenapa perlu membuat perubahan kecil ini? Ini adalah untuk pastikan anda
mendapat keuntungan yang maksimum daripada laman jualan anda.
Sekian, Untuk Kejayaan Bersama!
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
23
Tawaran Istimewa
Dapatkan khidmat nasihat
Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda
seorang yang serius untuk menambah ilmu.
Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat
secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan
membaca ebook ini.
Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan
pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.
Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.
Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium
Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”
Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.
http://www.BlogMudah.info
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
24
http://www.Affiliate-Malaysia.info
http://www.MLM-Malaysia.com
Recommended