Penipisan lapisan ozon

Preview:

Citation preview

Penipisan Lapisan Ozon

Kumpulan 4 :Asnita MapasisiCecilia ReginaDorfiana JohnNurul Hanisah HalbaniSharmiza Adlina Junaidi

Ozon terjadi apabila sinaran ultraungu matahari bertemu dengan oksigen di

atmosfera yang menyebabkan

berlakunya tindakbalas yang menghasilkan atom

oksigen.

Definisi Ozon

Penipisan Lapisan Ozon

Keadaan dimana lapisan ozon berada dibahagian stratosfera yang mengalami

hakisan akibat tindakbalas gas CFC kesan daripada aktiviti manusia dengan molekul

oksigen sehingga molekul oksigen tadi terurai.Molekul oksigen terurai mengakibatkan sinar ultraungu

memancar terus ke bumi.

Punca Penipisan Lapisan Ozon

Penggunaan Bahan Kloroflorokarbon ( CFC )

CFC cepat bertindak sebagai pemangkin yang mempercepatkan penipisan lapisan ozon dengan kehadiran cahaya ultraungu yang tinggi.

Contoh :

a) Peti sejukb) Penghawa dingin

Peningkatan Kegiatan Perindustrian

• Haba terperangkap dilapisan troposfera dan mengalami kekurangan bahangan bumi dan menjadi semakin sejuk.

• Contoh : Kegiatan perindustrian asap yang mengandungi karbon

dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida, dan sulphur dioksida.

Pelepasan Nitrogen Dioksida

• Terhasil daripada aktiviti manusia seperti ujian bom nuklear dan pelancaran roket.

• Contoh : Pembebasan gas nitrogen oksida melalui ujian nuklear.

Penyahutanan Secara Meluas

Tumbuh-tumbuhan berperanan membebaskan oksigen dan menyerap gas

karbon dioksida melalui proses fotosintesis menyebabkan kandungan oksigen di atmosfera berkurangan dan

pembentukan ozon terjejas.

Bilangan Kenderaan Bermotor

Peningkatan jumlah kenderaan meningkatkan gas karbon dioksida di atmosfera menyebabkan peningkatan

suhu dilapisan troposfera dan penurunan suhu di stratosfera lalu mempengaruhi

pertambahan hablur ais dan mempercepatkan proses penipisan lapisan

ozon.

Kesan Penipisan Lapisan Ozon

Perubahan Iklim Dunia

• Penipisan lapisan ozon menyebabkan ultraungu berlebihan lalu menyebabkan perubahan iklim dunia dalam jangka masa pendek, sehingga berlakunya pemanasan global.

• Dalam jangka masa panjang, kekurangan haba bumi terbebas ke angkasa dan tidak terperangkap oleh atmosfera menyebabkan suhu bumi menjadi sejuk.

Kenaikan Aras Laut

Peningkatan suhu global menyebabkan aras lautan meningkat dan

menenggelamkan kawasan rendah, peningkatan aras lautan berlaku sebanyak

2 mm setahun.

Kesan Kepada Hidupan Akuatik

Ekosistem akuatik terjejas dengan peningkatan sinaran ultraungu, menganggu proses fotosintesis bagi hidupan plankton,

menyebabkan rantaian makanan laut terjejas dan menjejaskan sumber ikan.

Kesan Terhadap Ekosistem Daratan

Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu meningkat dan

memusnahkan sel dan mikrorganisma yang terdapat didalam badan haiwan dan

tumbuh-tumbuhan.

Kesan Terhadap Manusia

Kanser Kulit

Pertambahan sinar ultraungu menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia

disebabkan kerana menyebabkan kulit semakin tebal dan pembentukan kedut

serta keanjalan kulit dikurangkan.

Sistem Badan

Memusnahkan urat saraf, kecacatan anggota, daya ketahanan serta

mengurangkan pengeluaran antibodi badan dan melemahkan sistem uminiti

badan dan gangguan pernafasan.

Aktiviti Pertanian

• Pemanasan ozon dan penipisan lapisan zon menyebabkan sinaran ultraungu menjejaskan pertumbuhan tanaman.

• Contoh :a) Proses berbungab) Tanaman gandumc) Soya

Aktiviti Pertanian

• Menyebabkan kemusnahan fitoplankton yang menjadi makanan ikan.

• Pemusnahan terumbu karang dan tempat pembiakan.

Langkah Mengawal Penipisan Lapisan

Ozon

Pertukaran Bahan

Melalui Persidangan

Penggunaan bahan CFC dalam gas penyejuk dan industri membuat komputer digantikan

dengan bahan berasaskan air.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ( PBB ) mengadakan persidangan bagi

membincangkan kesan penipisan lapisan ozon dan langkah untuk mengatasinya.

Kempen Kesedaran Dan Sukarela

Mengekalkan Kawasan Hutan Sebagai Hutan Simpan

Badan-badan sukarela seperti Greenpeace dan WWF, meningkatkan kesedaran kepada masyarakat dunia melalui demonstrasi, ceramah dan

bengkel.

Masalah penyahutanan yang berleluasa di negara maju membangun menyebabkan pemanasan global

berlaku oleh itu negara di seluruh dunia perlu mewartakan kawasan hutan sebagai kawasan hutan

simpan dalam mengekalkan suhu bumi.

Kesedaran Dalam Kalangan Pengguna

Masyarakat digalakkan mengurangkan penggunaan bahan CFC dalam kehidupan

harian.

Kempen Kesedaran Melalui Pendidikan

Pihak kementerian perlu menerapkan isu-isu penipisan lapisan ozon ini dalam sukatan

pelajaran seperti geografi dan sains.

Recommended