nota Idola (full)

Preview:

Citation preview

• NABIHAH

• RASHIDAN

• FATIN

TEMA

Kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu antara pentas sandiwara dan kehidupan sebenar.

¬si penjaga panggung wayang sering membayangkan dirinya sebagai seorang hero seperti dalam pementasan. Pada suatu hari,dia bertemu dengan si hero dan memuji perwatakan hero. Si hero menyatakan bahawa kehidupan dalam pementasan adalah lebih sempurna daripada kehidupan sebenar lalu si penjaga panggung sedar akan realiti kehidupan dan cuba mencari identiti dirinya yang sebenar.

PERSOALAN

Kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah.

¬si penjaga panggung dan keluarganya tinggal di sebuah rumah berhampiran longkang yang berbau busuk dan penuh dengan nyamuk. Dia bekerja sebagai si penjaga panggung.

Tanggungjawab seorang pekerja terhadap tugasnya.

¬ si penjaga panggung masih setia menyusun kerusi selepas pementasan walaupun jam telah berdentang sebanyak 12 kali.

Kejujuran dalam menyatakan perkara yang sebenar.

¬ si hero menjelaskan kepada si penjaga panggung tentang kehidupan pementasan hanyalah sekadar sandiwara semata-mata. Kehidupan di luar panggung kebih menuntut perjuangan sepatutnya.

Rezeki setiap manusia berbeza-beza.

¬si hero dikurniakan rezeki dalam memegang watak hero manakala si penjaga panggung terus dengan pekerjaannya sebagai si penjaga panggung walaupun dia berangan-angan untuk menjadi seorang hero.

WATAK DAN PERWATAKAN

~si penjaga panggung

Berangan-angan

Si penjaga panggung merupakan seorang yang berangan-angan untuk menjadi seperti hero dalampementasan bangsawan pada suatu hari nanti.

Keras kepala

Si penjaga panggung merupakan seorang yang keraskepala. Dia tidak menerima teguran daripada isterinyaagar melupakan saja impiannya untuk menjadi sepertihero suatu hari nanti dan berpijak di bumi yang nyata.

Setia

Si penjaga panggung bertekad untuk terus bekerjasebagai penyusun kerusi di panggung bangsawanwalaupun panggung tersebut akan dirobohkan padasatu hari nanti.

~hero bangsawan

Merendah diri

Hero bangsawan tidak membangga diri sewaktu dipujioleh si penjaga panggung selepas tamat latihanpemntasan pada satu petang.

Jujur

Hero bangsawan menjelaskan bahawa kehidupan di dunia yang sebenar tidak sama dengan lakonannya sebagai hero dalam pementasan bangsawan.

~isteri si penjaga panggung

Rasional

Isteri si penjaga panggung bersikap rasional dengansentiasa menasihati suaminya agar tidak terusberangan-angan untuk menjadi hero dan berpijak di bumi yang nyata.

Penyabar

Ister si penjaga panggung bersabar dengan sikapsuaminya yang keras kepala dan sukar menerimanasihat apabila isterinya menasihatkan agar tidakterus berangan-angan untuk menjadi hero danberpijak di bumi yang nyata.

Bertanggungjawab

Isteri si penjaga panggung bertanggungjawab dalammembesarkan sepuluh orang anaknya di sebuahrumah yang terletak di lorong sempit yang berhampiran dengan bau longkang.

LATAR

LATAR TEMPAT

¬panggung bangsawan

Tempat si penjaga panggung itu bekerja sebagai penyusun kerusi selepas berakhirnya pementasan bangsawan setiap malam.

¬rumah kecil

Tempat tinggal si penjaga panggung bersama isteri dan anak-anak. Mereka tinggal berhampiran dengan sebuah longkang di lorong yang sempit.

LATAR MASA

¬waktu pagi

Si penjaga panggung berbual dengan isterinya tentang angan-angan dan minat terhadap hero bangsawan.

Waktu petang

Si penjaga panggung telah pergi menemui hero bangsawan yang baru selesai menjalani latihan pementasan bangsawan.

Waktu malam

Si penjaga panggung menyusun kerusi-kerusi selepas berakhirnya pementasan bangsawan. Dia masih meneruskan kerja menyusun kerusi walaupun jam telah berdentang dua belas kali.

LATAR MASYARAKAT

¬masyarakat yang bekerja di pentas bangsawan

Si penjaga panggung dan hero bangsawan merupakan pekerja dan pelakon yang mencari rezeki di panggung tersebut.

¬masyarakat yang kuat berangan-angan.

Si penjaga panggung menyimpan angan-angan dan cita-cita untuk menjadi seorang hero bangsawan yang berjaya dalam hidupnya.

Masyarakat yang jujur dan suka berterus terang

Hero bangsawan menjelaskan bahawa kehidupan di dunia yang sebenar tidak sama dengan lakonannya sebagai hero dalam pementasan bangsawan.

Masyarakat yang tinggal di perkampungan setingggan

Si penjaga panggung dan keluarganya menetap di sebuah rumah kecil di lorong sempit yang berdekatan dengan longkang yang berbau busuk dan berhampiran dengan timbunan sampah.

NILAI

Kesabaran

Isteri si penjaga panggung sabar menghadapi kerenah dan sikap keras kepala suaminya yang sukar menerima nasihatnya tentang pekerjaan si penjaga panggung.

Kejujuran

Hero bangsawan memberitahu si penjaga panggung secara jujur tentang perbezaan aspek kehidupan antara hero pementasan yang dilakonkannya dengan kehidupannya yang sebenar.

Amanah

Hero bangsawan telah melakonkan watak sebagai hero yang telah diamanahkan oleh sutradara dengan sebaik mungkin sehingga dia dikagumi oleh ramai orang.

Merendah diri

Si hero tidak membangga diri apabila dia dipuji oleh sipenjaga panggung kerana berjaya membawa wataksebagai hero. Baginya,pujian itu merupakan racunyang paling berbisa.

Bertanggungjawab

Hero bertanggungjawab melakonkan setiap watakyang telah dipertanggungjawabkan oleh sutradarakepadanya sehingga lakonannya mendapat pujiandaripada ramai orang.

PENGAJARAN

Sebagai seorang isteri,kita mestilah sabar dalam menghadapi masalah rumah tangga agar institusi keluarga yang harmoni dapat diwujudkan.

Isteri si penjaga panggung sabar menghadapi kerenah dan sikap keras kepala suaminya yang sukar menerima nasihatnya tentang pekerjaan si penjaga panggung.

Kita haruslah jujur dalam kehidupan dengan menyatakan perkara yang sebenar kepada orang di sekeliling kita agar perpaduan kaum dapat dikukuhkan.

Hero bangsawan memberitahu si penjaga panggung secara jujur tentang perbezaan aspek kehidupan antara hero pementasan yang dilakonkannya dengan kehidupannya yang sebenar.

Kita haruslah amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh ketua agar masyarakat yang sejahtera dapat diwujudkan.

Hero bangsawan telah melakonkan watak sebagai hero yang telah diamanahkan oleh sutradara dengan sebaik mungkin sehingga dia dikagumi oleh ramai orang.

Kita hendaklah bersikap rendah diri dalamkehidupan dengan tidak berbangga terhadapkelebihan yang dimiliki agar kita lebih disenangioleh orang lain.

Si hero tidak membangga diri apabila dia dipuji oleh sipenjaga panggung kerana berjaya membawa wataksebagai hero. Baginya,pujian itu merupakan racunyang paling berbisa.

Kita haruslah bertanggungjawab melaksanakansetiap tugasan yang telah diberikan oleh ketua agar hidup kita lebih diberkati

Hero bertanggungjawab melakonkan setiap watakyang telah dipertanggungjawabkan oleh sutradarakepadanya sehingga lakonannya mendapat pujiandaripada ramai orang.