View
373
Download
5
Category
Preview:
DESCRIPTION
komunikasi dua hala
Citation preview
Meningkatkan Kemahiran Komunikasi Dua Hala dalam Kalangan Guru Pelatih
Mohamad Zulkefli Bin Ismail
D20111048195
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan
ABSTRAK
Elemen komunikasi antara guru dengan pelajar dalam proses pengajaran menuntut guru
menggunakan kemahiran interaksi dua hala bagi memastikan isi pelajaran dapat disampaikan
dengan lancar dan pelajar-pelajarnya menerima dengan jelas serta membuat interpretasi yang
tepat mengenai maksud yang terkandung dalam mesej. Berbeza dengan komunikasi sehala,
komunikasi dua hala memberi peluarang kepada penutur menilai sama ada mesej yang
dihantarnya dapat diterima oleh penerima atau sebaliknya. Komunikasi dua hala juga memberi
ruang kepada penutur untuk menilai ketepatan mesej yang diterima oleh penerima mesej.
Pelaksanaan pengajaran yang berkesan bermula dengan perancangan pengajaran bagi satu sesi
pengajaran. Rancangan untuk menyampaikan sesuatu objektif pengajaran yang jelas dan berasa
kepada pelajar oleh guru ualah guru merancang dan menyediakan rancangan mengajar secara
bertulis. Perancangan seperti ini memudahakan bakal individu yang akan melaksanakan
pengajaran, menyemak dan memperbaikan dan menjalankan simulasi sebelum melaksanakan
proses pengajaran yang sebenar. Dalam kalangan guru pelatih mereka telah diajar bagaimana
untuk merancang pengajaran dan sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran. Pengajaran yang
baik adalah pengajaran yang mematuhi semua perancangan mengajar. Mendapati bahawa
komikasi dua hala adalah memainkan peranan dalam menjayakan proses pengajaran untuk
mencapai matlamatnya maka perancangan mengajar yang dihasilkan oleh seseorang guru boleh
dijadikan wadah untuk mengesan jangkaan penggunaan kemahiran komunikasi dua hala antara
guru dengan pelajar dalam proses pengajaran. Sehubungan dengan ini tinjauan telah dijalankan
untuk mengenai pasti penggunaan komunikasi dua hala guru dengan pelajar dalam persediaan
mengajar guru pelatih sebelum menjalankan proses pengajaran. Dapatan kajian menunjukkan
1
pelatih-pelatih lebih banyak menggambarkan penggunaan komunikasi sehala berbanding
komuniasi dua hala dalam persediaan mengajar. Dengan ini adalah dicadangkan supaya pelatih-
pelatih didedahkan peranan komunikasi dua hala dalam aktiviti pengajaran dan format serta
teknik penulisan komunikasi dua hala dalam penyediaan rancangan mengajar.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN
6.3.1.1 Menerangkan fasa dalam pembangunan sistem iaitu analisis, reka bentuk, perlaksanaan, pengujian, dokumentasi. penyelenggaraan
Kekuatan
Semasa menjalankan pengajaran makro, saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan
dan kelemahan dalam pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat menyampaikan
kandungan pelajaran dengan baik. Persediaan yang rapi telah dibuat sebelum memulakan
pengajaran makro ini bagi mengelakkan sebarang masalah yang akan berlaku semasa sesi
pengajaran. Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya menjalankan isi
kandungan dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti
pengajaran yang dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan kadedah yang sesuai dapat
menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya
aktiviti pengajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti menonton video pembuatan kek dalam set
induksi dapat menarik minat pelajar untuk bersedia menerima isi pelajaran yang akan diajar pada
hari tersebut.
Penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran saya dapat membantu mereka
memahami dengan lebih jelas isi pelajaran yang ingin saya sampaikan. Selain itu, kelantangan
suara guru juga memainkan peranan yang penting kerana suara yang lantang dan tegas akan
memudahkan murid mendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka
terhadap isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Segala arahan guru juga akan dipatuhi
oleh murid dan ini akan memudahkan guru untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang.
Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru.
Kejelasan dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada
pada setiap guru. Hal ini adalah kerana kejalasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh
mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu,
2
pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu dengan
menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar. Arahan yang jelas akan
memudahakan murid-murid faham seterusnya dapat melakukan tugasan mengikut panduan yang
telah diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid
terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
Kelemahan
Kelemahan yang dapat saya kenalpasti semasa pengajaran makro ini ialah saya tidak
pandai untuk mengaitkan video set induksi saya dengan pengajaran yang akan dijalankan. Video
tersebut saya rasa kurang sesuai kerana tulisan yang terdapat pada video sukar untuk dibaca.
Selain itu, saya juga tidak mencadangkan aktiviti susulan kepada murid untuk menarik perhatian
dan kesediaan mereka untuk menerima isi pelajaran.
Kelemahan yang saya dapat kesan pada langkah pertama ialah saya hanya menjalankan
pengajaran secara terus atau “direct teaching learning” dan menyebabkan kurangnya komunikasi
dengan pelajar. Komunikasi yang baik akan membuatkan pelajar lebih faham dan memberi
tumpuan di dalam kelas. Keadah pengajaran secara terus ini menyebabkan pelajar-pelajar saya
tidak memberi tumpuan di dalam kelas. Pada pengamatan dalam video makro yang dirakam,
saya dapati pelajar agak bosan semasa proses pengajaran yang dijalankan. Selain itu, saya juga
gagal mengawal kelas dengan baik kerana terdapat beberapa orang pelajar tidak memberi
tumpuan dan mereka melakukan kerja lain (menggunakan telefon bimbit) semasa sesi
pengajaran. Kelemahan saya ialah saya tidak menegur pelajar- pelajar yang tidak memberi
tumpuan semasa saya memberi penerangan dihadapan kelas. Tambahan pula, saya hanya berdiri
dihadapan kelas dan tidak bergerak ke belakang untuk memeriksa pelajar apa yang mereka
lakukan.
Kelemahan lain yang saya dapat kesan ialah kemungkinan bahan bantu mengajar saya
iaitu slaid mspowerpoint yang biasa dan tidak menarik menyebabkan pelajar kurang berminat
untuk mendengar isi pelajaran yang disampaikan. Sepatutnya slaid atau aktiviti yang menarik
boleh dilakukan untuk menggalakkan pelajar-pelajar mengambil bahagian di dalam kelas.
Kekurangan idea untuk membuat aktiviti yang melibatkan pelajar merupakan salah satu
kelemahan yang ada pada saya.
3
Seterusnya, pada sesi meminta pelajar untuk membuat peta minda ringkasan daripada apa
yang dipelajari pada hari tersebut juga saya tidak begitu mahir memberi arahan dan penjelasan
tentang apa yang sepatutnya ada dalam ringkasan peta minda tersebut. Selain itu, semasa
ringkasan peta minda dibuat, saya tidak pandai untuk menguruskan masa dan masa tidak cukup
untuk membuat latihan pengukuhan. Justeru, saya meminta pelajar menyiapkan tugasan tersebut
dirumah dan ini menyebabkan saya tidak mengikut langkah pengajaran iaitu menyiapkan peta
minda sebelum sesi kelas berakhir.Pada sesi menjawab soalan pengukuhan, kelemahan saya
menggunakan mspowerpoint untuk membuat persembahan macro dalam menjawab soalan,
menyebabkan jawapan terus dipaparkan.
Kelemahan seterusnya ialah pengurusan masa. Saya tidak mengikut masa yang telah
dirancang di dalam rancangan pengajaran dan menyebabkan masa terlebih selama 6 minit.
Pengurusan masa ini penting kerana ia akan menggangu subjek pengajaran yang seterusnya.
Berdasarkan video makro, saya banyak menghabiskan masa pada langkah pertama iaitu
membuat penerangan isi kandungan dan menyebabkan target untuk menyiapakan peta minda
tidak tercapai.
Langkah Penambahbaikan
Penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa akan dating ialah, saya akan cuba
untuk mencari set induksi yang bersesuaian dengan pembelajaran yang akan dijalankan supaya
pelajar lebih bersedia dari segi fizikal dan mental. Seterusnya, saya akan cuba mencari aktiviti
yang sesuai agar komunikasi antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar itu berlaku
supaya pemahaman pembelajaran dapat difahami pada tahap yang maksimum. Selain itu saya
akan cuba membaiki cara penyampaian supaya dapat pelajar lebih fokus dan tidak pula berasa
bosan dengan penyampaian yang disampaikan. Kemungkinan isi pelajaran juga boleh
diselilingkan dengan unsur jenaka atau unsur kecindan agar pelajar tidak terlalu tertekan
menerima isi pelajaran. Seterusnya penambaikan yang boleh dilakukan adalah bahan bantu
mengajar. Bahan bantu mengajar yang menarik, interaktif dan bahan yang boleh dipraktikan
sendiri oleh pelajar adalah bahan bantu mengajar yang terbaik. Penambahbaikan yang perlu
dititik berat ialah pengurusan masa. Saya akan cuba mengurus masa mengikit rancangan
pengajaran yang telah dibuat supaya sukatan pelajaran dapat dihabiskan mengikut waktu
ditetapkan disamping pelajar memahami dan menguasai isi kandungan yang telah disampaikan.
4
2.0 FOKUS KAJIAN/ISU KEPERHATINAN
Isu keperhatianan dalam kajian yang telah dilakukan ini berfokuskan kemahiran komunikasi dua
hala guru bagi meningkatkan kefahaman dan interaksi yang baik antara guru dan pelajar. Kajian
ini juga akan mengkaji punca mengapa kurang komunikasi dua hala di dalam bilik darjah. Jika
masalah ini tidak diselesaikan, kemungkinan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran adalah
kurang berbanding dengan mengadakan komunikasi dua hala yang menjadikan pelajaran itu
lebih efektif dan menarik.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini dijalankan, adalah diharapkan guru pelatih akan mencapai objektif berikut.
3.1 Objektif Umum :
Meningkatkan kemahiran komunikasi dua hala antara pelajar dan guru supaya dapat
meningkatkan tahap kefahaman pelajar dan menjadikan sesi pengajaran yang lebih
baik.
3.2 Objektif Khusus :
1. Memastikan guru dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dua hala dengan
pelajar dengan membuat persediaan dan rancangan pengajaran harian yang boleh
melibatkan komunikasi antara pelajar dan guru.
2. Membolehkan pelajar bertanya soalan apa yang mereka kurang faham supaya
guru dapat memberikan penjelaskan yang lebih mendalam.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 20 orang pelajar Kursus Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2
kumpulan AT20D untuk mengetahui kemahiran guru dalam komunikasi dengan pelajar.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
5
Bagi mengenal pasti masalah ini, saya telah melakukan beberapa langkah
pemerhatian seperti berikut :
a) Menganalisis video rakaman pengajaran makro
b) Komen-komen daripada rakan guru pelatih
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Setelah mengenalpasti pemasalahan ini, saya telah merekodkan pemerhatian tinjauan
masalah seperti berikut :
Bil
Aktiviti
Aktiviti pengajaran guru pelatih Penggunaan Komunikasi dua
hala
Skala
Tajuk : Bab 6 : Sistem Maklumat
6.3.1.1 Menerangkan fasa dalam pembangunan
system iaitu analisi, reka bentuk, perlaksanaan,
pengujian, dokumentasi dan penyelengaraan
1 2 3
1 Set induksi :
Memberi salam, bacaan doa dan bertanya khabar
/
2 Memastikan kelas dalam keadaan bersedia /
3 Bercerita mengaitkan video kek yang berkaitan
dengan tajuk
/
4 Soal jawab secara ringkas untuk mengetahui
pengetahuan sedia ada pelajar
/
5 Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada pelajar
dengan isi pelajaran
/
6 Langkah 1 :
Menerangkan kepada pelajar tentang fasa
pembangunan system iaitu fasa pertama fasa
Analisis
6
7 Menerangkan aktiviti dalam fasa analisis /
8 Menerangkan kepada pelajar fasa rekabentuk dan
aktivitinya
/
9 Menerangkan kepada pelajar fasa perlaksanaan dan
aktivitinya
/
10 Menerangkan kepada pelajar fasa pengujian dan
aktivitinya
/
11 Menerangkan kepada pelajar fasa dokumentasi dan
aktivitinya
/
12 Menerangkan kepada pelajar fasa penyelengaraan
dan aktivitinya
/
13 Menerangkan aktiviti untuk membuat peta minda /
14 Penutup
Pelajar menjawab soalan pengukuhan
/
15 Membuat kesimpulan dengan pelajar /
Jumlah skor skala 7/15 4/15 4/15
Peratusan skor skala 46.67 % 26.67% 26.67%
Petunjuk : Skala 1 – Kurang Baik
Skala 2 – Sederhana Baik
Skala 3 – Baik
7
Skala 1 Skala 2 Skala 30
5
10
15
20
25
30
35
40
45
50
Peratusan Skor Skala
Skala
Berdasarkan kepada jadual dan graf diatas dapat dirumuskan bahawa guru pelatih tidak
cenderung unutk menggunakan komunikasi dua hala dalam proses pengajaaran. Ini berdasarkan
kepada peratusan skor skala kecenderungan menggunakan komunikasi dua hala adalah sebanyak
46.67 peratus guru pelatih tidak menggunakan komunikasi dua hala dalam penyampaian,
manakala sebanyak 26.67 peratus bagi sederhana yang mempunyai unsur komunikasi dua hala
dan 26.67 peratus juga bagi komunikasi dua hala untuk skala baik.
5.3 Temubual
Saya telah menemu bual beberapa rakan saya dari kelas yang sama. Respon mereka,
mereka memberi maklum balas bahawa saya kurang membuat ‘eye contact’ dan
kurang membuat komunikasi dua hala dan menyebabkan murid tiada peluang untuk
bertanyakan soalan atau bertanya perkara yang mereka kurang faham.
5.4 Pemerhatian dan penilaian
Berdasarkan pemerhatian, dapat disimpulakan bahawa guru pelatih kurang membuat
interaksi dua hala dengan pelajar semasa sesi pengajaran. Ini boleh dibuktikan
berdasarkan skor skala yang telah dibuat. Selain itu, untuk melihat lebih jelas
8
kekurangan komunikasi dua hala ini, boleh rujuk kepada video rakaman makro yang
telah dibuat. Analisis video telah dibuat dan menunjukkan hanya empat ke lima kali
sahaja interaksi antara pelajar dan guru berlaku sepanjang sesi pengajaran dijalankan.
6.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Analisis komunikasi dua hala guru dengan pelajar dalam persediaan mengajar guru pelatih
menunjukkan bahawa kecenderungan guru pelatih untuk menggunakan komunikasi dua hala
dalam menyampaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah rendah. Walau bagaimanapun
ini bukan bermakna guru pelatih tidak mengetahui atau menyedari bahawa peranan kemahiran
komunikasi dua hala dalam proses pengajaran juga memberi kesan positif terhadap pembelajaran
pelajar.
Ini berdasarkan kepada terdapatnya 26.67% aktiviti pengajaran guru pelatih
mengandungi unsur komunikasi dua hala dan 46.67% aktiviti pengajaran guru pelatih tidak
mengandungi unsur komunikasi dua hala. Mereka kurang merancang penggunaan komunikasi
dua hala dalam rancangan pengajaran mungkin kerana mereka beranggapan bahawa kekerapan
menggunakan aktiviti komunikasi seperti ini adalah memadai atau tidak memasukkan rancangan
penggunaan aktiviti komunikasi dua hala dalam rancangan pengajaran tetapi akan
menggimakannya dalam proses pengajaran yang sebenar.
Oleh yang demikian langkah perlu diambil bagi menyedarkan guru pelatih bahawa
mereka perlu memberi penekananan kepada memasukkan aktiviti komunikasi dua hala dalam
menyediakan rancangan pengajaran. Alasan manyatakan bahawa guru pelatih akan
menggunakan kemahiran dua hala dalam proses pengajaran dan pembelajaran walaupun tidak
dinyatakan dalam rancangan mengajar kurang tepat kerana tanpa perancangan yang rapi agak
sukar untuk memasukkan kemahiran komunikasi dua hala secara adhock dalam proses
pengajaran sebenar. Oleh kerana melalui analisis yang dijalankan ini menunjukkan guru pelatih
lebih cenderung memilih penggunaan komunikasi sehala berbanding komunikasi dua hala dalam
persediaan mengajar maka dengan ini adalah dicadangkan supaya pelatih-pelatih didedahkan
dengan pengetahuan mengenai peranan komunikasi dua hala dalam aktiviti pengajaran, format
9
dan teknik penulisan komunikasi dua hala dalam penyediaan rancangan mengajar. Antara teknik
untuk memasukkan penggunaan komunikasi dua hala dalam rancangan mengajar ialah;
1) Guru mengemukakan soalan untuk dijawab oleh pelajar dalam aktiviti pengajaran walaupun
pada waktu itu peranan guru adalah untuk memberi penerangan atau penjelasan mengenai
konsep yang berkaitan dengan isi pelajaran.
2) Guru sentiasa mengamalkan penilaian berterusan sepanjang masa pengajaran untuk
mengetahui sama ada isi pelajaran yang disampaikan kepada pelaajar telah dikuasai oleh
pelajar atau sebaliknya. Penilaian dijalankan sama ada berbentuk soalan atau berbentuk
tugasan.
7.0 KESIMPULAN
Analisis komunikasi dua hala antara guru dengan pelajar dalam persediaan mengajar guru pelatih
telah dijalankan. Hasil daripada analisis ini menunjukkan bahawa guru pelatih tidak begitu
menekankan kepada penggunaan komunikasi dua hala dalam merancang sesuatu sesi pengajaran.
Memandangkan penggunaan komunikasi dua hala juga membantu keberkesanan guru
menyampaikan mesej kepada pelajar maka penggunaan komunikasi ini sewajarnya dijadikan
amalan dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
10
8.0 RUJUKAN
Mohamad Yusop Bin Ab, Hadi, Baharom Bin Mohamad, Jamaluddin Bin Hashim, Abdul
Rasyid Bin Razzaq (2008). Analisis Komunikasi Dua Hala Guru dengan Pelajar dalam
Persediaan Mengajar Guru Pelatih. Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim, Malaysia.
Nor Shafrin Ahmad, Fadzilah Amzah dan Rahimi Che Aman (2009). Kemahiran Komunikasi
Guru Pelatih Universiti Sains Malaysia. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.
11
Recommended