View
3.165
Download
3
Category
Preview:
DESCRIPTION
bina insan guru fasa 1
Citation preview
1.0 PENDAHULUAN
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang
dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha
melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta
mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program
BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu
mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi juga
perlu mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya.
Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti
yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian
dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-
bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.
YAB Dato’ Seri Abdullah Badawi, Bekas Perdana Menteri Malaysia
ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah
menegaskan bahawa pendidkan kepada pembangunan modal insan
haruslah secara holistik iaitu menyeluruh, Beliau menekankan
pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual,
pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Oleh
yang demikian, program BIG ini telah dirancang secara menyeluruh untuk
melahirkan modal insan yang bergelar guru.
Sesungguhnya Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang
berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang
sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat,
bangsa dan negara. Selain itu, program ini juga merupakan satu
kerjayaan ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang
unggul, berilmu, berkemahiran serta mempunyai sahsiah yang tinggi
seperti yang dihasratkan oleh kerajaan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
Sebagai seorang guru, kekuatan dan kemantapan dalam segala
aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial amat diperlukan
untuk menjadi guru yang cemerlang. Apabila lahirnya guru yang
cemerlang, maka lahirlah murid-murid, masyarakat dan bangsa yang
bertamadun serta mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi. Hal ini
kerana guru yang cemerlang mampu menjadi contoh teladan yang baik
kepada pelajar dan masyarakat.
Selain itu, kursus Bina Insan Guru (BIG) ini akan melahirkan seorang
guru yang memiliki ciri-ciri dan perwatakan insan pendidikan yang
berpengetahuan, berdaya maju, berdaya tahan, dan berdaya saing.
Penekanan kursus diberikan terhadap pembentukan diri guru secara
holistik dan kontekstual. Kursus ini merupakan suatu program
perkhemahan selama tiga hari dua malam. Melalui perkhemahan, para
guru akan diterapkan dengan ciri-ciri, potensi dan citra diri seorang insan
guru, pembinaan self-esteem, membina daya saing yang tinggi di samping
mampu membuat refleksi diri dalam menghadapi cabaran-cabaran yang
akan dihadapi dalam profesion perguruan pada masa yang akan datang.
2.0PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) adalah satu program yang diwajibkan
ke atas semua pelajar yang mengikuti mana-mana pengajian di IPG
seluruh Malaysia termasuklah IPG KampusTun Hussien Onn.
Program Bina Insan Guru (BIG) ini merupakan siri ke-2 dianjurkan oleh
IPG Kampus Tun Hussien Onn pada tahun 2011. Program ini akan
dijalankan di Teluk Gorek, Mersing, Johhor selama empat hari tiga malam.
Seramai 83 orang peserta yang akan mengikuti program ini yang mana
dari opsyen Tesl SJK(C), RBT SK, PP SJK(C) dan BC(SK).
3.0 OBJEKTIF
Program Bina Insan Guru (BIG) ini merupakan salah satu usaha
pencetus kepada pembinaan guru yang berakhlak mulia, bersemangat
juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, serta
bermanafaat kepada keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan
nilai-nilai keguruan. Melalui program Bina Insan Guru (BIG) ini, peserta-
peserta dapat mencapai matlamat berikut:
1. menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada
ajaran agama.
2. meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup
bersepakat bersama serta bertanggungjawab kepada pasukan.
3. meningkatkan ketahanan fizikal dan mental.
4. meningkat dan menguasai kemahiran interpersonal dan
intrapersonal serta perpaduan masyarakat.
5. meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa
dengan berkesan.
6. meningkat pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak
mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua
aspek kehidupan seharian.
Setelah tamat program ini, para pelatih guru PISMP diharapkan
akan dapat mencapai objektif seperti berikut :
1 Membina dan membentuk profesionalisme guru permulaan.
2 Membina dan membentuk sahsiah guru permulaan.
3 Membina dan membentuk kepimpinan guru permulaan.
4 Meningkatkan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dalam
menganalisis masalah untuk membuat keputusan yang jitu bagi
penambahbaikan secara berterusan.
5 Memupuk gerak balas secara positif tidak kiran dalam apa jua
keadaan sekalipun.
6 Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi mengikut
persekitaran dan kepelbagaian budaya dalam sesuatu komuniti.
7 Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran mengurus
dan mengorganisasi sesuatu program dengan baik.
8 Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek
fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.
4. TEMPAT PERKHEMAHAN
Program Bina Insan Guru Siri (BIG) siri 2/2013 di Teluk Gorek,
Mersing, Johor。
5. TARIKH PELAKSANAAN
Program Bina Insan Guru (BIG) Siri ke 2 / 2013 ini akan
dilaksanakan pada 11 March 2013 hingga 14 March 2013 iaitu 4 hari 3
malam.
6.0 SENARAI AJK KUMPULAN
Ketua Kumpulan Nor Ariff Bin Daud
Penolong Ketua
Kumpulan
Manmit Kaur A/P Paranjit Singh
AJK Moral
Nabila Binti Abdul Latiff
Lim Chin Yi
AJK Keceriaan
Daniel Koh Chong Chin
Teo Shin Ning
AJK Kebersihan
Wong Chew Shian
Tiong Zhi Soon
AJK Malam
Persembahan
Mohamad Iffat Faishal Bin Mohd Nasir
Loi She Chi
AJK Peralatan
Siti Nurdina Mardhiah Binti Mazli
Wong Kai Yeuh
AJK Keselamatan
Nor Izzatty Bt Izhar
Chong Mun Yee
7.0
REFLEKSI AKTIVITI
8.0 REFLEKSI KENDIRI
Bersyukur kepada Tuhan kerana saya teleh berjaya
melaksanankan program Bina Insan Guru sesi kedua bagi tahun 2013
yang telah dilaksanakan di Kem Teluk Gorek, Mersing, Johor pada 11
Mac hingga 14 Mac 2013 yang lalu. Kursus Bina Insan Guru (BIG)
merupakan suatu hasrat ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti
insan guru yang selaras dengan FPK dan FPG. Guru ialah pembina
generasi Malaysia, oleh itu pembangunan modal insan berkualiti tinggi
merupakan tanggungjawab seorang guru untuk melahirkan rakyat yang
berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang
unggul yang selaras dengan Wawasan 2020.
Dari program Bina Insan Guru ini, saya telah mendapati
kepentingan membentuk dan memupuk peribadi yang mantap melalui
latihan pengalaman dan pengembaraan untuk meningkatkan kemantapan
pelbagai aspek seperti segi intelek, emosi, jasmani dan rohani. serta
menonjolkan sifat atau tingkah laku yang baik seperti sifat berdikari,
kepintaran, berdisiplin, bertanggungjawab, tekad untuk berjaya,
kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berpasukan. Bukan ini sahaja,
program ini juga boleh memupuk nilai-nilai individu yang unggul,
khususnya kepada para pendidik sebagai penyumbang kepada
masyarakat supaya dapat memainkan peranan sebagai ahli yang berguna
dalam masyrakat yang dinamik.
Dalam pelbagai aktiviti program Bina Insan Guru, saya dapat
mempelajari cara untuk bergaul, berorganisasi dan bekerjasama dengan
rakan-rakan lain. Saya berada di kumpulan Crayon yang mempunyai 14
orang ahli kumpulan termasuk saya. Setiap ahli kumpulan berasal
daripada tempat yang beza dan opsyen yang tidak sama, tetapi saya dan
ahli kumpulan tidak pernah mewujudkan perselisihan faham dan
persengketan. Walaupun ahli kumpulan saya memiliki personaliti yang
tersendiri, tetapi kami selalu saling hormat dan menghormati tidak kira
bangsa dan agama. Sebelum ini, saya kurang bergaul dengan kawan
bangsa dan opsyen lain, tetapi dalam program ini, saya berpeluang
berkawan dengan rakan yang bangsa lain. Perkara ini secara tidak
lansung telah mencapai hasrat Perdana Menteri Malaysia iaitu slogan “
Satu Malaysia ”. Tuntasnya, seorang bakal guru memang harus memiliki
kemahiran komunikasi yang berkesan, dapat bersosial dengan baik dan
bekerja secara ikhlas dengan masyarakat yang pelbagai ragam dan
tingkah laku.
Saya juga mendapat mengukur sejauh mana kebolehan diri saya
dan seterusnya bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan. Misalnya dalam aktiviti ‘Water Confident’ saya dapat
meningkatkan keyakinan diri saya untuk belajar berenang dengan baik.
Dengan bantuan daripada rakan-rakan dan jurulatih, akhirnya saya telah
berjaya mengatasi ketakutan saya berada di dalam laut. Menyedari
hakikat bahawa seorang guru itu mungkin akan ditempatkan di mana-
mana sahaja tak kira di bandar mahupun luar bandar, pendedahan
seumpama ini sedikit sebanyak dapat membantu bakal guru untuk
bersikap lebih yakin mengalas tanggungjawab yang diamanahkan
kepadanya. Bukan itu sahaja, sebagai seorang bakal guru saya harus
berusaha dengan lebih gigih dalam melaksanakan tugas yang diberikan
oleh pihak atasan dengan sempurna dan jayanya.
Malah, saya juga sedar bahawa mematuhi peraturan dan undang-
undang yang telah ditetapkan adalah amat penting. Hal ini demikian untuk
memastikan keselamatan kita terjamin dan demi mengelakkan sebarang
perkara yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, saya pelajari bahawa kita
haruslah mematuhi semua peraturan dan undang-undang kerana setiap
peraturan yang ditetapkan mempunyai kewajaran dan rasionalnya.
Terutamanya kami menjalankan aktiviti yang berbahaya seperti “water
confident”, kembara dan berakit dalam laut, jurulatih kami telah
memberikan penjelasan yang sangat jelas dan memastikan kami
berpakaian lengkap dan selamat sebelum menjalankan aktiviti.
Program Bina Insan Guru juga mengajarkan saya perlu sentiasa
berdaya tahan yang tinggi. Ketahanan fizikal seperti kecergasan,
ketahanan diri; ketahanan mental seperti berfikiran positif, terbuka dan
melihat konflik dan cabaran sebagai peluang; ketahanan emosi seperti
memahami dan mengawal emosi; ketahanan spritual seperti kemantapan
keyakinan dan menjaga kesucian akidah. Pelbagai ketahanan ini telah
diterapkan ke jati diri saya. Paling susah kepada saya ialah ketahanan
mental, kerana masa yang tidak cukup untuk merehat telah menjejaskan
fikiran mental saya. Saya tidak dapat memberikan tumpuan yang sepenuh
untuk sebahagian aktiviti.
Di samping itu, saya berpendapat bahawa kursus BIG ini mampu
mencungkil bakat dan potensi yang terpendam dalam diri seseorang.
Saya telah memperhatikan sebenarnya terdapat banyak orang yang mahir
memasak dalam kumpulan kami. Makanan yang mereka sedia kepada
semua guru pelatih dan jurulatih bukan sahaja sedap, ia juga
mempaparkan kebijaksanaan ahli kumpulan saya untuk menyediakan
makanan dengan bahan-bahan yang terhad.
Saya juga bersyukur kepada tuhan yang memberikan bakat fikiran
kreaktif. Saya telah memberikan idea-idea kepada kumpulan saya
semasa dalam mencipta bendera kumpulan sendiri dan persembahan
malam kebudayaan. Jadi, saya berpendapat bahawa BIG membolehkan
setiap orang melihat kebolehan, bakat dan potensi sendiri yang tidak
perasan selama ini dan dari seseorang itu akan berusaha untuk
mengasah dan meningkatkan kebolehan dan bakat masing-masing.
Program Bina Insan Guru Berjaya melahirkan guru-guru pelatih
yang berjiwa merdeka dan perkasa. “Masa itulah emas”, masa yang tidak
cukup telah menambahkan baik pengurusan diri seperti pembina disiplin
kendiri, berdikari, penampilan dan ketrampilan. Saya juga dilatihkan bijak
membuat keputusan, cepat bertindak, tepat dan bijaksana. Contohnya,
semasa rakit kumpulan kami tenggelam, ahli kumpulan kami terus
mencubakan strategi yang lain untuk menampungkan ahli-ahli kumpulan
kami sekali sehingga berjaya. Perkara ini telah mempaparkan sebagai
seorang guru, kami mesti bijak menyelesaikan masalah.
Terdapat beberapa kelemahan pada diri saya yang telah saya
perasan dan sedar sepanjang saya menjalankan BIG ini. Antaranya
termasuklah saya tidak mempunyai keyakinan yang tinggi dalam
melakukan sesuatu perkara. Contohnya, sebelum menjalankan BIG ini,
saya telah dimaklumkan bahawa mewakili kumpulan kami untuk berkongsi
refleksi keseluruhan pada hari terakhir. Pada mulanya saya amat menolak
dan tidak mahu kerana takut akan menjatuhkan air muka. Namun atas
dorongan dan sokongan dari ahli kumpulan dan juga rakan sekelas, saya
telah mengambil keputusan untuk berkongsi perasaan saya terhadap
program BIG ini selama 4 hari 3 malam ini. Begitu juga semasa aktiviti air
dan aktiviti water confident, sebenarnya saya takut untuk menjalankan
aktiviti-aktiviti tersebut kerana saya fobia akan air dan tidak pandai
berenang. Malah, saya juga berasa takut melakukan aktiviti abseiling
kerana saya gayat tinggi. Namun dengan bantuan rakan yang sama
kumpulan dan sekelas,saya telah berjaya menjalankan semua aktiviti
yang dirancang oleh pihak institut dengan lancar dan berjaya. Jadi,
selepas BIG ini, saya dapati keyakinan saya meningkat dan sentiasa
berasa berkeyakinan diri dalam melakukan semua perkara.
Seterusnya, tidak dilupakan juga kepada sahabat-sahabat dan ahli-
ahli kumpulan BIG yang memberi bantuan dan dorongan dalam
menjayakan program ini mahupun rakan-rakan sekelas yang membantu
ketika proses penyiapan portfolio ini berlangsung. Segala komitmen
mereka amat dihargai.
Di samping itu, jutaan terima kasih juga kepada para pensyarah
yang telah banyak berkongsi pendapat dan ilmu yang berguna kepada
saya terutamanya pihak pengurusan, ketua kem iaitu, Encik Latif dan para
jurulatih iaitu jurulatih-jurulatih air, jurulatih-jurulatih darat, pihak kebajikan
dan keselamatan, fasilitator-fasilitator, jurulatih kerohanian dan moral seta
pengurus makanan. Kerjasama dari semua pihak menjadikan program
BIG ini dapat berjalan dengan lancar.
Terima kasih juga buat kedua ibu bapa saya kerana mengizinkan
saya untuk menyertai program ini dan telah banyak memberi semangat
dan dorongan yang amat bermakna untuk saya terus berusaha. Akhir
sekali, tidak dilupakan juga pihak-pihak yang terlibat secara tidak
langsung bagi menjayakan program ini. Sesungguhnya jasa kalian amat
saya hargai. Sekian terima kasih.
9.0
Bahan
Bukti
1. Senarai AJK BIG
Recommended