View
239
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
UTPSZ 19:16 (Pind.1/07)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP KESEDIAAN KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR PKPG_ TAHUN AKHIR YANG MENGAMBIL MATA PELAJARAN______
KEMAHIRAN HIDUP DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya MAGRIT BINTI OLIGUNG_______________________
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: KAMPUNG PARAPAT DARAT, W.D.T 38, P.M. DR. BAHARIN BIN ABU 89059 KUDAT, NAMA PENYELIA SABAH Tarikh: _29 APRIL 2008__ Tarikh: 2 MEI 2008____
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
PENGAKUAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”
Tandatangan : ………………………………..
Nama Penyelia : P.M. Dr. Baharin Bin Abu
Tarikh : 2 MEI 2008
TAHAP KESEDIAAN KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR PKPG TAHUN
AKHIR YANG MENGAMBIL MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI
FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI
MAGRIT BINTI OLIGUNG
Laporan ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali petikan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya..”
Tandatangan : ………………………………..
Nama Penulis : Magrit Binti Oligung
Tarikh : 29 April 2008
iii
DEDIKASI
Sekalung terima kasih kuberikan...
Untuk mama dan papa yang dicintai
atas pengobanan dan doa yang tidak jemu-jemu
dicurahkan untuk kejayaanku
Sekalung terima kasih kuberikan...
Untuk abang dan adik-adik yang dikasihi
kerana telah banyak memberi dorongan
di dalam menghasilkan kertas kerja ini
Sekalung terima kasih kuberikan...
Untuk rakan-rakan yang disayangi
yang telah banyak mengongsikan pendapat
dan menyumbangkan idea yang hebat
TERIMA KASIH ATAS SEGALA PENGORBANAN
YANG TELAH KALIAN LAKUKAN
iv
PENGHARGAAN
Salam sejahtera. Ucapan syukur dan terima kasih kepada Tuhan kerana telah
memberikan kekuatan dan ketabahan untuk melaksanakan kajian ini.
Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada penyelia projek, P.M. Dr. Baharin Abu
kerana telah memberikan panduan, bimbingan dan nasihat sepanjang proses
penghasilan Projek Sarjana Muda ini. Segala jasa dan pengorbanan masa yang diberi
amat dihargai. Semoga keikhlasan yang diberikan mendapat berkat kesejahteraan
dari-Nya.
Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah dan teman-teman yang banyak
membantu dari segi idea dan tenaga. Semoga anda semua akan terus dianugerahkan
kebijaksanaan untuk terus mengongsikan ilmu yang diperolehi.
Rasa penghargaan juga dihulurkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
ataupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Sekian terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan kemahiran generik
pelajar-pelajar PKPG, tindakan yang diambil untuk meningkatkan kemahiran generik
dan halangan-halangan yang dihadapi oleh pelajar untuk mempertingkatkan
kesediaan generik. Responden kajian ini terdiri daripada 92 orang pelajar PKPG
yang dipilih secara rawak mudah. Instrumen kajian yang digunakan untuk
mendapatkan data ialah soal selidik yang mengandungi 55 item. Nilai
kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi soal selidik yang digunakan adalah α = .98.
Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kekerapan,
peratus dan min dengan menggunakan perisian SPSS 11.5. Hasil kajian
menunjukkan pelajar PKPG berada pada tahap kesediaan kemahiran generik yang
tinggi. Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk
memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang
paling efektif untuk meningkatkan kemahiran ini. Hasil kajian menunjukkan
kurangnya pengetahuan dan kefahaman tentang konsep kemahiran generik menjadi
halangan utama kepada pelajar PKPG untuk mempertingkatkan kesediaan kemahiran
generik.
vi
ABSTRACT
The purposes of the research were to identify the generic skills readiness
level among the final year PKPG students, the appropriate actions to improve generic
skills and also the problems faced by the PKPG students in terms of improving their
generic skills. Respondents consisted of 92 PKPG students selected based on the
simple random sampling method. Instrument used was a set of questionnaire which
contained 55 items to obtain the data. The Alpha Cronbach reliability value of the
instrument was α = .98. The data collected were descriptively analyzed by using
SPSS 11.5 software to determine frequencies, percentages and means. Based on the
finding, the PKPG students were at the high level of generic skills readiness. The
finding also indicated that PKPG students agreed to gain reading materials on
generic skills as the most effective way to improve their skills. The finding also
showed that lack of knowledge and understanding of generic skills concept was the
strongest barrier to increase the PKPG students generic skills readiness.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN x
SENARAI LAMPIRAN xi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SIMBOL xv
SENARAI SINGKATAN xvi
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 7
1.8 Batasan Kajian 8
viii
1.9 Definisi Operasional 8
1.9.1 Tahap 9
1.9.2 Kesediaan 9
1.9.3 Kemahiran Generik 9
1.9.4 Pelajar PKPG 11
1.10 Penutup 12
2 SOROTAN PENULISAN 13
2.1 Pengenalan 13
2.2 Kemahiran Generik 13
2.2.1 Definisi Kemahiran Generik 14
2.2.2 Komponen Kemahiran Generik Peringkat
Sekolah 17
2.2.3 Komponen Kemahiran Generik Peringkat
Pengajian Tinggi 18
2.2.4 Komponen Kemahiran Generik Di
Universiti Teknologi Malaysia 23
2.3 Model Kemahiran Generik 26
2.4 Kajian Lepas Berkaitan Kemahiran Generik 28
2.5 Penutup 30
3 METODOLOGI 31
3.1 Pengenalan 31
3.2 Reka Bentuk Kajian 32
3.3 Tempat Kajian 32
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 33
3.5 Instrumen Kajian 34
3.5.1 Soal Selidik 35
3.6 Kajian Rintis 38
3.6.1 Kesahan 39
3.6.2 Kebolehpercayaan 39
3.7 Prosedur Kajian 40
ix
3.8 Analisis Data 41
3.9 Penutup 43
4 ANALISIS DATA 44
4.1 Pengenalan 44
4.2 Bahagian A (Latar Belakang Pelajar PKPG) 44
4.2.1 Latar Belakang Pelajar Mengikut Jantina 45
4.2.2 Latar Belakang Pelajar Mengikut Umur 45
4.2.3 Latar Belakang Pelajar Mengikut Bangsa 46
4.2.4 Latar Belakang Pelajar Mengikut Pengalaman
Mengajar 47
4.3 Bahagian B (Tahap Kesediaan Kemahiran Generik
Pelajar) 47
4.3.1 Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar
Bagi Aspek Kemahiran Komunikasi 48
4.3.2 Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar
Bagi Aspek Kemahiran Bekerja Dalam
Kumpulan 49
4.3.3 Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar
Bagi Aspek Kemahiran Penyelesaian Masalah 51
4.3.4 Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar
Bagi Aspek Kemahiran Menyesuaikan Diri 52
4.3.5 Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar
Bagi Aspek Kemahiran Pembelajaran
Sepanjang Hayat 54
4.3.6 Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar
Bagi Aspek Kemahiran Keyakinan Diri 55
4.3.7 Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar
Bagi Aspek Etika Dan Moral 56
4.3.8 Analisis Min Keseluruhan Tahap Kesediaan
Kemahiran Generik Pelajar 57
x
4.4 Bahagian C (Tindakan Diambil Meningkatkan
Kemahiran Generik Pelajar) 58
4.5 Bahagian D (Halangan Mempertingkatkan Kesediaan
Kemahiran Generik Pelajar) 60
4.6 Penutup 61
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 62
5.1 Pengenalan 62
5.2 Rumusan Kajian 63
5.3 Perbincangan Kajian 64
5.3.1 Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar
PKPG Tahun Akhir Yang Mengambil Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup Di Fakulti
Pendidikan, UTM, Skudai 65
5.3.2 Tindakan Yang Diambil Untuk Meningkatkan
Kemahiran Generik 67
5.3.3 Halangan Yang Dihadapi Untuk
Mempertingkatkan Kesediaan Kemahiran
Generik 69
5.4 Cadangan Kajian 71
5.4.1 Cadangan Kepada Pihak Perpustakaan UTM 71
5.4.2 Cadangan Kepada Tenaga Pengajar UTM 72
5.4.3 Cadangan Kepada Pelajar 72
5.4.4 Cadangan Kajian Lanjut 73
5.5 Penutup 73
RUJUKAN 74
LAMPIRAN (A-D) 79 - 87
xi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 79 B Borang Pengesahan Item-Item Soal Selidik 85 C Surat Pengesahan Pelajar 86 D Jadual Krejcie, R.V and Morgan D. W.(1970) 87
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Istilah Kemahiran Generik Di Beberapa Buah Negara 16
2.2 Kemahiran Generik Dalam Sistem Persekolahan Malaysia 17 2.3 Keterangan dan Tahap Kemahiran Berkomunikasi 19 2.4 Keterangan dan Tahap Kemahiran Kritis dan Kemahiran
Menyelesaikan Masalah 20 2.5 Keterangan dan Tahap Kemahiran Kerja Berpasukan 20 2.6 Keterangan dan Tahap Pembelajaran Berterusan dan
Pengurusan Maklumat 21 2.7 Keterangan dan Tahap Kemahiran Keusahawanan 21 2.8 Keterangan dan Tahap Etika dan Moral Profesional 22 2.9 Keterangan dan Tahap Kemahiran Kepimpinan 22 3.1 Saiz Sampel Berbanding Saiz Populasi 35 3.2 Kandungan Soal Selidik 38 3.3 Pembahagian Item Bagi Latar Belakang Responden 38 3.4 Bilangan Item Berdasarkan Persoalan Kajian 1 39 3.5 Skala pemeringkatan 4 mata 40 3.6 Nilai Alpha Cronbach 42 3.7 Kaedah Analisis Persoalan Kajian 43
xiii
3.8 Pengkelasan Skor Min Dan Penentuan Tahap 43 4.1 Analisis Peratusan Demografi Pelajar Mengikut Jantina 47 4.2 Analisis Peratusan Demografi Pelajar Mengikut Umur 47 4.3 Analisis Peratusan Demografi Pelajar Mengikut Bangsa 48 4.4 Analisis Peratusan Demografi Pelajar Mengikut Pengalaman
Mengajar 49
4.5 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi Aspek Kemahiran Komunikasi 50
4.6 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi Aspek
Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan 52 4.7 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi Aspek
Kemahiran Penyelesaian Masalah 53 4.8 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi Aspek
Kemahiran Menyesuaikan Diri 55 4.9 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi Aspek
Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat 56 4.10 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi Aspek
Kemahiran Keyakinan Diri 57 4.11 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi Aspek
Etika dan Moral 58 4.12 Analisis Min Keseluruhan Tahap Kesediaan Pelajar
Bagi Setiap Aspek Kemahiran Generik Pelajar 60 4.13 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Terhadap
Tindakan Yang Diambil Untuk Meningkatkan Kemahiran Generik Pelajar 61
4.14 nalisis Kekerapan Halangan Mempertingkatkan Kesediaan
Kemahiran Generik Pelajar 63
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2. 10 Kelompok Kunci Kemahiran Generik
( Shyamal Majumdar, 2002) 30
xv
SENARAI SIMBOL
S - Saiz sampel X² - Nilai chi-square pada 1 darjah kebebasan pada aras keyakinan yang
diperlukan 0.05 (3.841) N - Saiz populasi P - Nisbah populasi (dianggarkan sebagai 0.50 bagi memberi saiz sampel maksimum) d - Darjah ketepatan dinyatakan sebagai nisbah 0.05
xvi
SENARAI SINGKATAN
AS - AMAT SETUJU
ATS - AMAT TIDAK SETUJU
CS - COMUNICATION SKILLS
CTPS - CRITICAL THINKING AND PROBLEM SOLVING
EM - ETIKA DAN MORAL
IPDA - INSTITUS PERGURUAN DARUL AMAN
IPT - INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI
IPTA - INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM
KIT - KEMAHIRAN INSANIAH TAMBAHAN
KK - KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
KIM - KEMAHIRAN INSANIAH MESTI
KPT - KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
LL - LIFELONG LEARNING
LS - LEADERSHIP SKILLS
PIPP - PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
PKPG - PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU
RRJP3 - RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA
S - SETUJU
SPH - KEMAHIRAN HIDUP
SP - SISIHAN PIAWAI
SPSS - STATISTICAL PACKAGES FOR THE SOCIAL SCIENCE
TS - TEAMWORKING SKILLS
TS - TIDAK SETUJU
UTM - UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dilancarkan
oleh Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bermatlamat untuk menghasilkan
pendidikan berkualiti untuk semua rakyat Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini
terdapat 6 teras strategik yang digariskan untuk memperkukuhkan sistem pendidikan
negara. Teras 2 ‘Membangunkan Modal Insan’ adalah satu usaha melengkapkan
diri pelajar dengan pelbagai kemahiran “hard skills” dan “soft skills” di samping
ilmu akademik dan pengetahuan yang luas bagi mengisi keperluan tenaga kerja
negara semasa dan pada masa hadapan. Modal insan yang dihasilkan mempunyai
jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi (Pelita Bahasa, Jun 2007).
Pembangunan modal insan merupakan prasyarat bagi menyediakan Malaysia
untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan serta mengekalkan
pertumbuhan dan pembangunan dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang
Ketiga (RRJP3). Kemampuan dan keupayaan Malaysia menguruskan pengetahuan
dan teknologi baru akan ditentukan oleh modal insan yang berkualiti. Tenaga kerja
2
yang cekap dan berkemahiran tinggi serta mempunyai iltizam terhadap
kecemerlangan perlu dipupuk kerana arus globalisasi mendedahkan Malaysia kepada
persaingan dunia. Justeru itu, tenaga kerja perlu dilengkapkan dengan asas
pendidikan dan latihan yang kukuh serta mempunyai kesediaan kemahiran generik
seperti kebolehan berkomunikasi, kebolehan berfikir dan nilai etika dan moral yang
tinggi.
Selain daripada itu, kejayaan Malaysia memasuki era maklumat dan
keupayaan mengambil peluang yang wujud hasil daripada ledakan maklumat dan
teknologi bergantung kepada sistem pendidikan dan latihan yang dinamik dan
responsif. Pendidikan dan latihan adalah amat penting bagi mewujudkan modal
insan yang berpengetahuan bagi menyokong industri dan aktiviti ekonomi baru serta
membangunkan masyarakat yang kaya dengan maklumat, progresif, bersatu padu
dan kreatif serta mempunyai nilai positif yang membolehkan Malaysia menjadi
sebuah negara maju menjelang tahun 2020 (Kerajaan Malaysia, 1999).
Bagi mendukung usaha untuk membangunkan modal insan yang diperlukan
oleh negara ini, pelbagai peringkat institusi pendidikan negara turut sama memikul
tanggungjawab untuk mendedahkan pelajar kepada kemahiran teknikal dan
kemahiran generik. Di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi kemahiran
generik diajar secara merentas kurikulum. Para pelajar boleh memperoleh kemahiran
generik semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran samada di dalam kelas ataupun
di bengkel dan semasa menjalani latihan amali (Seminar Pendidikan 2005, UTM).
Di peringkat institusi pengajian tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah
menyediakan sebuah modul kemahiran generik untuk dilaksanakan di kolej-kolej
ataupun universiti (rujuk Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills),
2006). Berpandukan kemahiran generik yang digariskan oleh KPT, Universiti
Teknologi Malaysia telah menetapkan kemahiran generik yang perlu dikuasai oleh
pelajar-pelajarnya sesuai dengan peranannya melahirkan bakal tenaga kerja yang
progresif, dinamik dan memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja semasa disamping
modal ilmu pengetahuan dan ketuhanan serta kemanusiaan. Namun, kejayaan
pelajar memperoleh dan menguasai kemahiran generik sedikit sebanyak bergantung
3
kepada kualiti tenaga pengajar. Menurut Tetty Henney Zulkifli dan Nik Zafri
(2000), kualiti kurikulum dan tenaga pengajar mempengaruhi tahap keterampilan
pelajar. Oleh itu tenaga pengajar di semua peringkat institusi pendidikan perlu
mempunyai kesediaan pengetahuan dan kemahiran generik supaya peranan tenaga
pengajar yang selama ini menjadi pembekal ilmu dan maklumat untuk pelajar dalam
bilik darjah dapat diubah kepada kaunselor yang dapat membantu pelajar
memperkembangkan kemahiran mencari, menilai dan menggunakan segala ilmu dan
maklumat yang diperoleh ke paras yang optimum (teks ucapan pengarah IPDA,
2006).
1.2 Latar Belakang Masalah
Hasil kajian dari beberapa negara maju telah menunjukkan betapa pentingnya
kemahiran generik pada seseorang pekerja dari perspektif majikan. Umpamanya di
Britain terdapat peningkatan dalam keperluan kemahiran generik pada setiap majikan
iaitu dari 10% pada tahun 1986 kepada 17% pada tahun 2001 (Green, 2001). Kajian
ini menyenaraikan faedah- faedah kemahiran generik pada seseorang pekerja seperti
berikut
a. optimis
b. autonomi pekerja meningkat
c. mempunyai kemahiran pelbagai
d. boleh bergerak dari sektor ke sektor yang lain
e. berupaya menangani perubahan budaya tempat kerja
f. mempunyai perasaan sentiasa ingin belajar sepanjang hayat, dan
g. bersedia dari aspek mental dan emosi dalam menghadapi perubahan
Menurut Hasliza (2002), antara faktor lulusan institusi pendidikan tinggi
awam (IPTA) tidak mendapat tempat di pasaran pekerjaan adalah kerana mereka
tidak mempunyai kemahiran-kemahiran soft skills atau generik. Bakal majikan
4
kurang yakin terhadap lulusan IPTA terutama pada aspek keperibadian, penampilan,
keyakinan diri, kurang kemahiran berkomunikasi, kemampuan membuat keputusan
terbatas dan tidak mampu bekerja dalam kumpulan. Manakala Tengku Mahaleel
(2002) berpendapat untuk bersaing di pasaran pekerjaan global pada masa kini, para
graduan tempatan harus mempunyai elemen-elemen kemahiran generik disamping
cemerlang dalam bidang akademik. Menurut beliau lagi, elemen-elemen kemahiran
generik akan membolehkan seseorang pekerja menggunakan segala ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang ada dalam sebarang bidang pekerjaan.
Kerajaan menyedari betapa pentingnya kemahiran generik dalam
menghasilkan pekerja produktif dan berpengetahuan luas bagi memenuhi kehendak
majikan masa kini. Justeru pada tahun 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum
Malaysia telah membuat keputusan menggariskan senarai kemahiran generik yang
perlu dikuasai oleh pelajar peringkat sekolah. Demikian juga Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia yang telah menyenaraikan kemahiran generik atau soft skills yang
perlu dikuasai oleh pelajar IPT pada tahun 2006.
Walau bagaimanapun, laporan pemantauan Kementerian Pelajaran Malaysia
terhadap perlaksanaan projek rintis Sekolah Bestari pada tahun 2001 mendapati
penekanan kepada aspek penting seperti integrasi kemahiran generik dan pendekatan
generik adalah kurang. Penilaian pengajaran pembelajaran masih pada tahap rendah
dan menekankan kepada aspek kognitif sahaja (Kartini Baharun, 2002). Menurut
Kartini Baharun (2002), kurangnya pengaplikasian kemahiran generik dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana kemahiran ini masih baru diketengahkan di
sekolah. Dengan kata lain, tenaga pengajar atau guru masih kurang jelas tentang
elemen-elemen yang terdapat dalam kemahiran generik.
Pelajar IPT seperti pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)
merupakan pelajar dan guru yang terlibat secara langsung dalam merealisasikan
matlamat pengintegrasian kemahiran generik dalam bidang pendidikan. Kejayaaan
pelajar PKPG menguasai kemahiran generik di institusi pengajian tinggi akan
5
mempengaruhi kesediaan mereka untuk mengaplikasi kemahiran generik dalam
pengajaran mereka di sekolah.
1.3 Pernyataan Masalah
Kemahiran generik boleh menguatkan sistem pendidikan negara dan memberi
faedah kepada para pelajar sebagai persiapan awal menceburi bidang kerjaya
pendidikan pada masa kini yang semakin mencabar.
Kesediaan kemahiran generik pelajar Program Pensiswazahan Khas Guru
(PKPG) amat penting kerana mereka merupakan pelajar tahun akhir yang akan
kembali ke alam pekerjaan di sekolah sebagai guru yang mempunyai peranan dan
tanggungjawab bukan sahaja mengajar ilmu akademik tetapi juga mengintegrasikan
kemahiran generik dalam pengajarannya. Persoalannya, apakah pelajar PKPG sudah
mempunyai kesediaan kemahiran generik? Apakah tindakan yang perlu diambil oleh
pelajar PKPG untuk meningkatkan kemahiran generik mereka? Dalam usaha pelajar
PKPG untuk mempertingkatkan kesediaan kemahiran generik, apakah halangan-
halangan yang mereka hadapi?
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap kesediaan kemahiran
generik pelajar PKPG yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam
aspek kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran
penyelesaian masalah, kemahiran menyesuaikan diri, pembelajaran sepanjang hayat,
keyakinan diri dan etika atau budaya. Selain tahap kesediaan, kajian ini juga
mengenalpasti tindakan yang diambil oleh pelajar PKPG untuk meningkatkan
kemahiran generik mereka serta halangan-halangan yang dihadapi oleh pelajar PKPG
dalam usaha mereka untuk mempertingkatkan kesediaan kemahiran generik.
6
1.4 Objektif Kajian
Matlamat kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat yang
lebih jelas tentang sejauh mana kesediaan para pelajar PKPG dalam kemahiran
generik. Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut.
i. Mengenalpasti tahap kesediaan generik pelajar PKPG tahun akhir
yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup (SPH) di Fakulti
Pendidikan, UTM, Skudai
ii. Mengenalpasti tindakan yang diambil oleh pelajar PKPG tahun akhir
untuk meningkatkan kemahiran generik.
iii. Mengenalpasti halangan yang dihadapi oleh pelajar PKPG untuk
mempertingkatkan kesediaan kemahiran generik.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang dikemukakan adalah seperti berikut.
i. Apakah tahap kesediaan kemahiran generik pelajar PKPG tahun akhir
yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup di Fakulti
Pendidikan, UTM?
ii. Apakah tindakan yang diambil oleh pelajar PKPG tahun akhir untuk
meningkatkan kemahiran generik ?
iii. Apakah halangan yang dihadapi oleh pelajar PKPG untuk
mempertingkatkan kesediaan kemahiran generik ?
Recommended