View
265
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
�
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan,
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI
KEHIDUPAN MAHASISWA JPTK FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya MOHD WAFI BIN SHAH ROONI(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti
Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( � )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_____________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap :
948. KG. GELONG BILAL
JLN PASIR PANJANG
21100 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
Tarikh : 13 MEI 2011
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
Nama Penyelia :
EN. JAMALUDIN BIN RAMLI
Tarikh : 13 MEI 2011
�
“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : ___________________________
Nama Penyelia : EN. JAMALUDIN BIN RAMLI
Tarikh : 13 MEI 2011
HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI KEHIDUPAN
MAHASISWA JPTK FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
MOHD WAFI BIN SHAH ROONI
Laporan penyelidikan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEI 2011
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ______________________________
Nama Penulis : MOHD WAFI BIN SHAH ROONI
Tarikh : 13 MEI 2011
iv
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas
limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan Nabi Muhammad S.A.W
Ayah Tersayang
Shah Rooni Bin Jailani
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan hati budi mu tidak termampu
diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan
membalasnya.
Arwah Ibu
Fatimah Bte Mat Zain
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doa anakanda mengiringi setiap detik.
Harapan murnimu telah anakanda tunaikan. Semoga rohmu dilimpahi rahmat Allah
S.W.T ………amin.
Pensyarah
Jutaan terima kasih saya ucapakan kepada En. Jamaludin Ramli selaku penyelia PSM
saya yang telah banyak menyumbang buah fikiran dan tenaga dalam menyiapkan PSM
saya ini
Abang, Kakak Dan Adik Serta Sanak Saudara
Dorongan, Sokongan Dan Pengorbanan Kalian Membakar Semangatku Untuk Terus
Berjuang.
Doa Dan Kesabaran Yang Ditatahkan Sentiasa Dalam Ingatanku.Kejayaan Ini
Adalah Milik Kita Bersama…..
v
PENGHARGAAN
Segala pujian-pujian hanyalah kepunyaan Allah yang memberikan kita ilmu kebenaran.
Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhamad s.a.w. yang telah menunjukkan
teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.
Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi
kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih
juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan
tunjuk ajar selama ini.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada pembimbing tesis, Encik
Jamaludin bin Ramli atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh
menyiapkan penulisan ilmiah ini. Tidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-
sahabat seperjuangan, warga SPH, SPJ, SPE SPR dan SPQ. Terima kasih juga kepada
individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan ini.
Sekian, terima kasih.
vi
ABSTRAK
Kajian ini berkaitan hubungan kecerdasan spiritual dengan kualiti kehidupan
dalam kalangan mahasiswa JPTK Fakulti Pendidikan UTM Skudai. Kajian ini dijalankan
adalah bertujuan untuk mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual dengan
kualiti hidup dalam kalangan mahasiswa JPTK sama ada signifikan ataupun tidak.
Penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif. Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia. Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian
iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa sebagai
instrumen penting dalam mengumpul data. Aspek demografi dibina berdasarkan jantina,
tahun belajar, kursus, umur, status dan kelayakan akademik. Kecerdasan spiritual pula
dibina berdasarkan aspek emosi, pemikiran, amalan dan hubungan sosial manakala kualiti
kehidupan dibina berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan
kendiri dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan pengisian “Statistical
Package for the Social Sciences” (SPSS 16.0). Statistik deskriptif iaitu kekerapan,
peratus, min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis kecerdasan spiritual dan
kualiti kehidupan. Statistik inferensi iaitu korelasi pearson pula digunakan pada aras
signifikan 0.05 bagi menganalisis hubungan di antara kecerdasan spiritual dan kualiti
kehidupan. Kajian rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan soal selidik pada nilai
Alpha Cronbach (�) 0.947. Seramai 217 responden terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian
juga mendapati tahap kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan di kalangan mahasiswa
adalah tinggi. Kajian menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan
spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa. Beberapa cadangan untuk kajian akan datang
turut di kemukakan.
vii
ABSTRACT
The research is about relationship between spiritual quotient and the quality of life
among the JPTK’s students of the Faculty of Education, UTM Skudai. The purpose of
study was to identify the significant between the relationship of spiritual quotient and the
quality of life among the JPTK’s students. This research is descriptive of the
questionnaire. The study was conducted at the Faculty of Education, University of
Technology Malaysia. The questionnaire was divided into three parts, the demographic
aspect, spiritual quotient and the quality of student life as an important instrument in
collecting data. The demographic aspects is constructed based on of gender, years of
study, course, age status and academic qualifications. Spiritual quotient is build based on
the emotions, thought, practices and social relations. Meanwhile, the quality is
constructed based on the area of health, relationships, feeling, self development and
commitment. Data were analyzed using the "Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS 16.0). Descriptive statistics of frequency, percentage, mean and standard deviation
were used to analyze the quality of life and spiritual quotient. Statistical inference of
Pearson correlation was used at significant level 0.05 for analyzing the relationship
between spiritual quotient and quality of life. The pilot study shows the reliability of the
questionnaire on the value of Cronbach Alpha (�) 0.947. A total of 217 respondents
participated in this study. The study also found that the level of spiritual quotient and
quality of life among the students is high. The study showed a significant correlation
between spiritual quotient and quality of student life. Some suggestions for future
research are also provided.
viii�
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN
DEDIKASI
iii
iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Kerangka Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 8
1.6 Persoalan Kajian 9
1.7 Hipotesis 10
1.8 Kepentingan Kajian 11
1.9 Skop Kajian 12
1.10 Batasan Kajian 12
ix�
1.11 Definisi Konsep, Istilah dan Operasional 12
1.12 Kesimpulan 18
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 20
2.2 Konsep Kecerdasan 20
2.3 Kecerdasan Spiritual 21
2.4 Konsep Kecerdasan Spiritual 23
2.4.1 Emosi 27
2.4.2 Pemikiran 29
2.4.3 Amalan 31
2.4.4 Hubungan Sosial 36
2.5 Konsep Kualiti Kehidupan 38
2.5.1 Kesihatan 40
2.5.2 Perhubungan 42
2.5.3 Perasaan 43
2.5.4 Pembangunan Kendiri 44
2.5.5 Komitmen 45
2.6 Kajian Lepas 46
2.7 Teori Kaunseling Al-Ghazali 47
2.8 Model Kualiti Hidup 50
2.9 Teori Keperluan Maslow 51
2.10 Kesimpulan 53
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 54
3.2 Reka Bentuk Kajian 54
x�
3.3 Tempat Kajian 55
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 56
3.5 Instrumen Kajian 57
3.5.1 Bahagian A 57
3.5.2 Bahagian B 58
3.5.3 Bahagian C 59
3.5.4 Pemarkatan Skor 60
3.6 Kajian Rintis 61
3.6.1 Kesahan Instrumen 61
3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen 62
3.7 Prosedur Kajian 64
3.8 Analisis Data 65
3.8.1 Mod atau Kekerapan 66
3.8.2 Min atau Purata 66
3.8.3 Sisihan Piawai 67
3.8.4 Korelasi Pearson 67
3.9 Kesimpulan 69
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 70
4.2 Analisis Bahagian A 71
4.2.1 Jantina 71
4.2.2 Tahun Belajar 72
4.2.3 Umur 72
4.2.4 Status 73
4.2.5 Kelayakan Akademik 74
4.3 Analisis Bahagian B 74
4.3.1 Apakah Tahap Kecerdasan Spiritual
Mahasiswa JPTK Fakulti Pendidikan
UTM
75
xi�
4.3.1.1 Apakah Tahap Kecerdasan
Spiritual Responden Berdasarkan
Aspek Emosi
75
4.3.1.2 Apakah Tahap Kecerdasan
Spiritual Responden Berdasakan
Aspek Pemikiran
78
4.3.1.3 Apakah Tahap Kecerdasan
Spiritual Responden Berdasarkan
Aspek Amalan
80
4.3.1.4 Apakah Tahap Kecerdasan
Spiritual Responden Berdasarkan
Aspek Hubungan Sosial
82
4.3.1.5 Tahap Kecerdasan Spiritual
Responden Secara Keseluruhan
84
4.3.2 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan
Mahasiswa JPTK Fakulti Pendidikan
UTM
85
4.3.2.1 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan
Responden Berdasarkan Aspek
Kesihatan
86
4.3.2.2 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan
Responden Berdasarkan Aspek
Perhubungan
88
4.3.2.3 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan
Responden Berdasarkan Aspek
Perasaan
90
4.3.2.4 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan
Responden Berdasarkan Aspek
Pembangunan Kendiri
93
4.3.2.5 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan
Responden Berdasarkan Aspek
Komitmen
95
4.3.2.6 Tahap Kualiti Kehidupan 98
xii�
Responden Secara Keseluruhan
4.4 Pengujian Hipotesis 99
4.4.1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara kecerdasan spiritual berdasarkan
aspek emosi dengan kualiti kehidupan
dalam kalangan mahasiswa Fakulti
Pendidikan UTM.
99
4.4.2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara kecerdasan spiritual berdasarkan
aspek pemikiran dengan kualiti kehidupan
dalam kalangan mahasiswa Fakulti
Pendidikan UTM.
100
4.4.3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara kecerdasan spiritual berdasarkan
aspek amalan dengan kualiti kehidupan
dalam kalangan mahasiswa Fakulti
Pendidikan UTM.
101
4.4.4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara kecerdasan spiritual berdasarkan
aspek hubungan sosial dengan kualiti
kehidupan dalam kalangan mahasiswa
Fakulti Pendidikan UTM.
102
4.4.5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara kecerdasan spiritual dengan kualiti
kehidupan dalam kalangan mahasiswa
Fakulti Pendidikan UTM.
103
4.5 Kesimpulan 104
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 105
5.2 Perbincangan 105
xiii�
5.2.1 Tahap Kecerdasan Spiritual Responden 106
5.2.2 Tahap Kualiti Kehidupan Responden 109
5.2.3 Hubungan di Antara Kecerdasan Spiritual
Berdasarkan Aspek Emosi dengan Kualiti
Kehidupan Responden
110
5.2.4 Hubungan Di Antara Kecerdasan Spiritual
Berdasarkan Aspek Pemikiran Dengan
Kualiti Kehidupan Responden
111
5.2.5 Hubungan Di Antara Kecerdasan Spiritual
Berdasarkan Aspek Amalan Dengan
Kualiti Kehidupan Responden
112
5.2.6 Hubungan Di Antara Kecerdasan Spiritual
Berdasarkan Aspek Hubungan Sosial
Dengan Kualiti Kehidupan Responden
114
5.2.7 Hubungan Di Antara Kecerdasan Spiritual
Keseluruhannya Dengan Kualiti
Kehidupan Responden
115
5.3 Cadangan 117
5.3.1 Mahasiswa 117
5.3.2 Ibubapa
5.3.3 Rakan Sebaya
5.3.4 Pensyarah
5.3.5 JPTK
118
118
119
119
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 119
5.5 Kesimpulan 120
BIBLIOGRAFI 122
LAMPIRAN
Lampiran A 132
Lampiran B 137
Lampiran C 138
Lampiran D 139
xiv�
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Mahasiswa Kursus Teknik dan Kejuruteraan
Fakulti Pendidikan UTM
56
3.2 Taburan item dalam soal selidik 57
3.3 Pemeringkatan skor Skala Likert 58
3.4 Pembahagian item kecerdasan spiritual 59
3.5 Pemeringkatan skor Skala Likert 59
3.6 Pembahagian item kualiti kehidupan 60
3.7 Analisis tahap mengikut min 60
3.8 Jadual keputusan analisis nilai
kebolehpercayaan kajian
63
3.9 Ringkasan pengujian statistik persoalan kajian 67
3.10 Ringkasan pengujian hipotesis 68
3.11 Garis panduan Guilford’s Rule of Thumb 68
3.12 Penentuan hipotesis nol berdasarkan nilai
signifikan
69
4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden
berdasarkan jantina
71
4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden
berdasarkan Tahun Belajar
72
4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden
berdasarkan Umur
72
4.4 Taburan kekerapan dan peratusan responden
berdasarkan status
73
4.5 Taburan kekerapan dan peratusan responden 74
xv�
berdasarkan kelayakan akademik
4.6 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai
bagi setiap item kecerdasan spiritual
berdasarkan aspek emosi
75
4.7 Tahap kecerdasan spiritual responden
berdasarkan aspek emosi
77
4.8 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai
bagi setiap item kecerdasan spiritual
berdasarkan aspek pemikiran
78
4.9 Tahap kecerdasan spiritual responden
berdasarkan aspek pemikiran
80
4.10 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai
bagi setiap item kecerdasan spiritual
berdasarkan aspek amalan
81
4.11 Tahap kecerdasan spiritual responden
berdasarkan aspek amalan
81
4.12 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai
bagi setiap item kecerdasan spiritual
berdasarkan aspek hubungan sosial
82
4.13 Tahap kecerdasan spiritual dari berdasarkan
aspek hubungan sosial
84
4.14 Tahap kecerdasan spiritual responden secara
keseluruhan
84
4.15 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai
bagi setiap item kualiti kehidupan
berdasarkan aspek kesihatan
86
4.16 Tahap kualiti kehidupan responden
berdasarkan aspek kesihatan
87
4.17 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai
bagi setiap item kualiti kehidupan
berdasarkan aspek perhubungan
88
4.18 Tahap kualiti kehidupan responden
berdasarkan aspek perhubungan
89
xvi�
4.19 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai
bagi setiap item kualiti kehidupan
berdasarkan aspek perasaan
90
4.20 Tahap kualiti kehidupan responden
berdasarkan aspek perasaan
92
4.21 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai
bagi setiap item kualiti kehidupan
berdasarkan aspek pembangunan kendiri
93
4.22 Tahap kualiti kehidupan responden
berdasarkan aspek pembangunan kendiri
94
4.23 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai
bagi setiap item kualiti kehidupan
berdasarkan aspek komitmen
95
4.24 Tahap kualiti kehidupan responden
berdasarkan aspek komitmen
97
4.25 Tahap kualiti kehidupan responden secara
keseluruhan
98
4.26 Korelasi Pearson antara kecerdasan spiritual
berdasarkan aspek emosi dengan kualiti
kehidupan
99
4.27 Korelasi pearson antara kecerdasan spiritual
berdasarkan aspek pemikiran dengan kualiti
kehidupan
100
4.28 Korelasi pearson antara kecerdasan spiritual
berdasarkan aspek amalan dengan kualiti
kehidupan
101
4.29 Korelasi Pearson antara kecerdasan spiritual
berdasarkan aspek hubungan sosial dengan
kualiti kehidupan
102
4.30 Korelasi Pearson antara kecerdasan spiritual
keseluruhan dengan kualiti kehidupan
103
xvii�
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka kajian 8
2.1 Model Kualiti Hidup 51
3.1 Carta aliran prosedur kajian 65
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Agenda pembangunan mahasiswa merupakan salah satu fokus utama dalam
pelan Tranformasi Pengajian Tinggi Negara yang telah di lancarkan oleh YB Dato’
Seri Mohamed Khalid Nordin, Menteri pengajian Tinggi pada 13 Jun 2008. Menerusi
pelan ini, langkah-langkah telah diatur bagi memartabatkan peranan dan prestasi
IPTA dalam usaha untuk bersaing dengan universiti terkemuka dunia. Antara
komponen utama yang diberikan penekanan adalah memperkasakan lagi peranan
mahasiswa. Oleh itu, pelan ini menjadi rujukan dan panduan universiti untuk melatih
dan membimbing mahasiswa menjadi lebih dinamik, matang dan mampu
mempamerkan kemahiran insaniah serta berjaya memenuhi pasaran pekerjaan.
Kecerdasan spiritual berasal daripada dua perkataan iaitu kecerdasan dan juga
spiritual. Menurut Munandir (2001) kecerdasan ialah kemampuan atau kebolehan
seseoarang itu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya terutama masalah
yang sangat rumit yang memerlukan seseorang itu memerah fikiranya untuk
menyelesaikanya. Spiritual pula bermaksud rohani, batin moral atau mental. Oleh
sebab itu kecerdasan spiritual bermaksud kebolehan atau kemampuan untuk
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan rohani, moral dan mental.
2
Kecerdasan spiritual menurut kacamata islam adalah merujuk kepada konsep
kehambaan kepada tuhan. Mereka yakin dengan pertolongan yang diberikan oleh
tuhan mereka pada setiap masa malah mereka melakukan ibadat kepada tuhan tanpa
rasa terbeban. (Syamil Yusuff, 2007)
Kualiti hidup adalah sesuatu yang sukar untuk dinilai dan tiada definasi
umum mengenainya. Menurut Schmandt dan Bloomberg (1969) kualiti hidup
bermaksud perubahan di dalam masyarakat dan sistem hidup daripada keadaan yang
tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Perubahan ini adalah meliputi kesemua
aspek termasuklah soal sosial, politik, psikologi, kebudayaan dan alam sekitar.
Namun begitu aspek yang paling utama di dalam kehidupan manusia ialah politik,
ekonomi, sosial dan pendidikan.
World Health Organization (1993) pula mendefinasikan kualiti hidup sebagai
tanggapan individu mengenai posisi kehidupan mereka dalam konteks budaya dan
sistem di mana ia berhubung rapat dengan matlamat, jangkaan, tahap dan beban.
Lehman (1983) mengatakan kualiti hidup ini sebagai deria terhadap pengalaman
terbaik yang dialami oleh individu di bawah pengaruh kehidupan masing-masing.
Kebanyakkan pengkaji pada zaman dahulu, mendefinasikan kualiti hidup
hanya dari segi fizikal sahaja. Namun begitu, akhir-akhir ini, kebanyakkan pengkaji
telah mula menambahkan lagi definisi kualti hidup ini dengan memasukkan soal
dalaman seperti emosi dan perasaan. Kualiti hidup merupakan jangka waktu yang
merujuk kepada emosi manusia, sosial dan fizikal yang sihat dan keupayaan
berfungsi dengan tugas biasa di dalam kehidupan (Leplege & Hunt, 1997).
Menurut Mohd Tajudin (2010) di dalam bukunya Mencipta Kecemarlangan
Diri menyata bahawa “Dasar pembangunan mahasiswa utm adalah suatu usaha
bersepadu dan kosisten ke arah pembentukan mahasiswa berkualiti dan berwawasan
berasaskan kepada keseimbangan dan keharmonian dari segi jasmani, emosi, rohani,
3
interlek dan sosial (JERIS) dan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah ke arah
melahirkan graduan holistik yang boleh menyumbang ke arah kemajuan dan
kelestarian masyarakat tempatan dan antarabangsa.
1.2 Latar Belakang Masalah
Abad ke-21 pada hari ini mengalami pelbagai perubahan medadak dalam
hampir kesemua aspek kehidupan dan kualiti manusia. Arus perubahan ini
didominasi oleh gelombang Westernisasi (Naisbitt, 1990) dan Asianisasi (Naibitt,
1995) dengan pemikiran Darwinisme dan fahaman hidup materialistik sebagai asas
ilmunya (Harun Yahya, 2002). Menurut Neisbitt (1990) secara tradisinya
pembangunan di rantau asia banyak didominasikan oleh pengaruh barat. Bermula
dengan tatacara perniagaan sehingga kepada cita rasa pengguna yang merasa senang
dengan apa yang datang dari barat. Inilah yang mengakibatkan larisnya barangan
seperti seluar jeans, makanan segera, mengidola artis barat dan sebagainya.
Menurut Ikeda (1999) gagasan rohaniah yang menjadi tonggak kepada sifat
murni utama yang diajar oleh pelbagai agama seperti kebajikan, keadilan, kesopanan,
kebenaran serta kebijaksanaan semakin pudar dan terhakis oleh arus pemodeman dan
teknologi.
Kehidupan di abad ke 21 mencetuskan banyak perubahan dan daya hidup
baru. Di antara perubahan yang paling ketara ialah pengaruh dan gelombang
teknologi, perubahan dan pembangunan yang dipaksa dan mendadak dan timbulnya
manusia baru (Naisbitt, 1999). Perubahan ini telah mengubah senario dan sosial
kehidupan masyarakat pada masa kini terutamanya kepada generasi muda pada masa
sekarang.
4
Menurut Mohd Fadzilah Kamsah (2005) didalam buku Mahasiswa Abad ke-
21 menyatakan Sarjana pendidikan kanak-kanak sering menyarankan bahawa
pendidikan anak pada masa empat tahun pertama kehidupan adalah lebih kritikal
daripada pendidikan selama empat tahun di univertisi. Namun, pendidikan di institusi
pendidikan tinggi (IPT) amat berpengaruh dalam mewarnai masa depan dan pola
penghidupan seseorang individu. Cara gaya pengurusan diri sendiri melalui liku-liku
kehidupan di kampus sering berkait rapat dengan prestasi akedemik dan
pembangunan sahsiah diri.
Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan
yang amat pesat sekali, sama ada segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman
inilah para remaja mula terdedah kepada alam sebenar masyarakat luar daripada
rumah mereka. Malah persekitran ini menjadi tempat kedua kepada mereka setelah
dirumah. Remaja juga belajar banyak perkara daripada persekitran sosial berbanding
pembelajaran daripada ibu bapa dirumah. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja
mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada
alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim, 1950).
Menurut ketua siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur,Datuk Mat Zain
Ibrahim, masalah sosial juga yang berlaku di kalangan pelajar-pelajar di institusi
pengajian tinggi (IPT) seperti seks rambang, hamil luar nikah dan
pelacuran.Menurutnya, sehingga bulan Jun 2010, seramai 141 gadis bawah umur
berjaya diselamatkan daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram di seluruh
negara dan sepanjang tahun 2009 pula seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat
berjaya diselamatkan dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak. Merujuk data dan
statistik keruntuhan akhlak dikalangan remaja di negara ini, mengikut Pihak
Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun
1990 dan 1992 sahaja seramai 37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta
benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja.
Antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan,
pergaduhan, salah laku dadah, mencuri basikal atau motosikal (Utusan Malaysia,
Januari 1992). Berdasarkan statistik kes melibatkan remaja, jelas meningkat antara
5
tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes
pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992. Statistik seterusnya berkaitan
dengan kesalahan akhlak, Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian,3 Februari 1992), pada tahun 1988,
sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989, 3763 kes pada tahun 1990
dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991.
Menurut Mohd Tajudin Ninggal (2010) di dalam bukunya Mencipta
Kecemerlangan Diri, Melihat betapa pentingnya IPT kepada pembagunan modal
insan negara, maka pihak universiti perlu mengorak langkah yang lebih panjang dan
deras lagi dalam proses pembinaan peribadi (character building) bagi penyemaian
dan pemupukan nilai murni dalam diri individu menerusi pelbaagi program dan
aktiviti pembangunan mahasiswa. Dalam Plan Intergriti Nasional, (2008) penglibatan
golongan mahasiswa dalam arus pembangunan negara akan dapat merealisasikan
kejayaan yang ingin dicapai dan dilestarikan oleh negara.
Pembangunan mahasiswa merupakan salah satu daripada agenda utama pelan
Transformasi Universiti Teknologi Malaysia yang telah dilancarkan oleh Dato’ Naib
Censelor pada bulan januari 2009. Pelan Transformasi Pembangunan Mahasiswa
(PTPM) ini memberi sentuhan, suntikan dan nafas baru yang lebih segar dan
bertebaga dengan tumun diberikan kea rah pembentukan idealisme, personaliti
unggul serta kewibawaan dan disokong kukuh oleh nilai-nilai teras, dengan para
mahasiswanya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh serta
ditunjangi paksi oleh kemantapan ilmu pengetahuan yang tinggi.
Menurut kata-kata Zaini Ujang (2009) Naib Censelor UTM dalam buku
perutusan tahun 2009 menyatakan bahawa “ sejak awal penubuhannya, UTM
merupakan universiti paling menyerlah dalam pembinaan modal insan dalam bidang-
bidang sains dan teknologi, khususnya kejuruteraan. Graduan UTM semakin mantap,
ramai kalangan graduan ini telah sampai ke tahap jawatan tinggi dalam sesebuah
organisasi besar.”
6
Persoalan yang sering bermain difikiran kita pada hari ini ialah, apakah
mahasiswa yang berada di menara gading sudah cukup bersedia dari segi mental,
fizikal dan spiritual untuk menjalankan tugas dan peranan mereka sebagai seorang
pemimpin membantu menangani konflik dan isu keruntuhan kerohanian dalam
generasi muda Negara kita masa kini? Kebanyakan daripada mereka keliru dan tidak
menentu. Antaranya mereka yang hidup hanya untuk mencari kepuasan segera
(Mohd Tajudin, 2002).
1.3 Penyataan Masalah
Mahasiswa merupakan generasi pelapis kepada kepimpinan Negara pada
masa hadapan dan menjadi tunjang kepada kemajuan dan pembangunan Negara pada
masa akan datang. Kewibawaan dan kepimpinan menjadi aspek penting yang perlu
diterap dalam diri setiap mahasiswa bagi melahirkan pemimpin pada masa hadapan.
Kejayaan untuk melahirkan seorang pemimpin yang baik bukan sahaja memberi
kesan kepada Negara tetapi memberi manfaat kepada masyarakat secara umumnya.
Setiap mahasiswa akan berada bersama-sama masyarakat setelah menamatkan
pengajian mereka bagi menjalani kehidupan di alam perkerjaan dan mereka juga
akan menjadi pemimpin kepada masyarakat. Pembentukan seorang pemimpin perlu
dibangunkan semasa di alam kampus. Ini kerana di alam kampus merupakan gedung
ilmu buat mahasiswa untuk mengambil dan melatih diri mereka untuk menjadi
seorang yang berguna kepada masyarakat, Negara dan agama.
Kemerosotan kualiti mahasiswa di lihat amat meruncing pada hari ini.
Pengaruhi hiburan, gejala sosial dan pengaruh- pengaruh negatif telah memberi
kesan yang besar kepada pembangunan mahasiwa. Pendedahan dengan aktiviti yang
kurang berfeadah akan melemahkan menjejaskan kualiti pembangunan mahasiswa.
7
Oleh sebab itu, pengkaji ingin mengkaji adakah terdapat hubungan di antara
kecerdasan spiritual dengan kualiti kehidupan mahasiswa Jabatan Pendidikan Teknik
dan Kejuruteraan (JPTK) di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) kerana kajian ini mengadaikan bahawa individu yang memiliki tahap
kecerdasan spiritual yang tinggi akan mempunyai tahap kualiti kehidupan yang
tinggi.
1.4 Kerangka Kajian
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah utama
iaitu kecerdasan spiritual dengan pemboleh ubah bersandar iaitu kualiti kehidupan.
Sebagai pemboleh ubah bebas kecerdasan spiritual dibahagikan kepada empat aspek
iaitu emosi, pemikiran, amalan dan hubungan sosial.
Pemboleh ubah bersandar iaitu kualiti kehidupan dibahagikan kepada lima
aspek iaitu kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen.
Rajah 1.1 menunjukkan kerangka kajian yang melibatkan pembolehubah dalam
kajian ini.
8
Pemboleh Ubah Bebas Pemboleh Ubah Bersandar
Kecerdasan Spiritual Kualiti Kehidupan
1) EmosiKesihatan
Perhubungan
Perasaan
Pembangunan Kendiri
Komitmen
2) Pemikiran
3) Amalan
4) Hubungan Sosial
Rajah 1.1 : Kerangka Kajian
1.5 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara
kecerdasan spiritual dengan kualiti kehidupan mahasiswa JPTK Fakulti Pendidikan
UTM. Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk :
i. Mengenalpasti tahap kecerdasan spiritual dalam kalangan mahasiswa JPTK
Fakulti Pendidikan UTM.
ii. Mengenalpasti tahap kualiti kehidupan dalam kalangan mahasiswa JPTK
Fakulti Pendidikan UTM.
iii. Mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual berdasarkan aspek
emosi dengan kualiti kehidupan dalam kalangan mahasiswa JPTK Fakulti
Pendidikan UTM.
9
iv. Mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual berdasarkan aspek
pemikiran dengan kualiti kehidupan dalam kalangan mahasiswa JPTK Fakulti
Pendidikan UTM.
v. Mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual berdasarkan aspek
amalan dengan kualiti kehidupan dalam kalangan mahasiswa JPTK Fakulti
Pendidikan UTM.
vi. Mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual berdasarkan aspek
hubungan sosial dengan kualiti kehidupan dalam kalangan mahasiswa JPTK
Fakulti Pendidikan UTM.
vii. Mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual keseluruhannya
dengan kualiti kehidupan dalam kalangan mahasiswa JPTK Fakulti
Pendidikan UTM.
Recommended