View
260
Download
13
Category
Preview:
DESCRIPTION
UNDANG-UNDANG JENAYAH. POLISI SOSIAL DAN UNDANG-UNDANG FEM3106 DR SA’ODAH AHMAD JABATAN PEMBANGUNAN MANUSIA DAN PENGAJIAN KELUARGA FAKULTI EKOLOGI MANUSIA UPM. PENGENALAN. Jenayah adalah fenomena sosial dan ekonomi dalam masyarakat. - PowerPoint PPT Presentation
Citation preview
UNDANG-UNDANG JENAYAH
POLISI SOSIAL DAN UNDANG-UNDANGFEM3106
DR SA’ODAH AHMADJABATAN PEMBANGUNAN MANUSIA DAN
PENGAJIAN KELUARGAFAKULTI EKOLOGI MANUSIA
UPM.
PENGENALANJenayah adalah fenomena sosial dan ekonomi dalam masyarakat.Jenayah berlaku apabila individu gagal mematuhi pola sosial tingkah laku yang diterima oleh masyarakat.Undang-undang berkaitan dengan jenayah dikenali sebagai undang-undang jenayah. Istilah crime berasal daripada perkataan Greek krimos yang bermaksud peraturan sosial.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
DEFINISI JENAYAHMenurut Garafalo – jenayah adalah ‘an immoral and harmful act that is regarded as criminal by public opinion’. Ringkasnya, jenayah adalah tingkah laku antisosial yang merbahaya dan bertentangan dengan nilai moral masyarakat. Jenayah adalah tingkah laku yang dianggap salah kerana melanggar kepentingan sosial dan hak awam.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK./FEM/UPM
Sambungan…Menurut House of Lords dalam kes Board of Trade v. Owen (1957), jenayah adalah ‘an unlawful act or default which is an offence against the public and renders the person guilty of the act liable to legal punishment’.
Untuk melindungi hak awam, kerajaan melalui undang-undang jenayah akan membawa pesalah ke muka pengadilan.SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan…Kesalahan jenayah berbeza mengikut masyarakat. Sikap masyarakat mengenai persoalan moral mencerminkan perubahan pandangan masyarakat mengenai kesalahan jenayah. Jenayah dari perspektif undang-undang sivil sangat relatif kepada masa, tempat, keperluan, kehendak dan nilai-nilai dalam sesebuah masyarakat.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
TANGGUNGJAWAB JENAYAH
Berdasarkan prinsip undang-undang Latin, ‘actus non facit reum, nisi mens sit rea’ – tiada jenayah kecuali dengan niat.
Untuk mensabitkan jenayah – tertuduh mesti dibuktikan melakukan tindakan jenayah (actus reus) dan mempunyai niat melakukannya (mens rea).
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan…Umur tanggungjawab jenayah di Malaysia umumnya : 10 tahun ke atas – seksyen 82 Kanun Keseksaan.Pengecualian : jika individu yang berumur 10 tahun ke atas tetapi di bawah 12 tahun masih tidak sempurna akal – seksyen 83 Kanun Keseksaan.Peruntukan ini menunjukkan kanak-kanak boleh menjadi pesalah jenayah (juvana).
SA’ODAH AHMAD/JPMPK./FEM/UPM
ALASAN PEMBELAAN : S. 76 - 106Tertuduh boleh menggunakan
peruntukan yang disediakan dari s. 76 hingga s. 106 mengikut kesesuaian kes.Antara alasan dalam peruntukan tersebut:
Tidak berniat/tidak sengaja Kanak-kanak bawah umur 10 tahun Provokasi Mabuk Mempertahankan diri Tidak sempurna akal
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG JENAYAH
Pentadbiran undang-undang jenayah boleh dilihat dari 2 aspek utama iaitu:
Undang-undang substantif – berkaitan dengan perilaku yang dikanunkan sebagai kesalahan jenayah dan dinyatakan hukumnya : Kanun Keseksaan (KK)
Undang-undang prosidur – berkaitan tatacara penyiasatan dan perbicaraan kes jenayah : Kanun Acara Jenayah (KAJ).
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan… Jenayah menurut KK meliputi
kesalahan terhadap individu, harta benda dan negara.
Terdapat beberapa akta lain yang relevan dengan jenayah seperti Akta Dadah Merbahaya 1952 dan Akta Pencegahan Rasuah 1997.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan… Pengetahuan asas berkenaan
undang-undang dan prosedur jenayah penting kerana:
Membantu seseorang memahami hak dan tanggungjawabnya di sisi undang-undang jenayah.
Mengelakkan pihak berkuasa dari bertindak di luar batas undang-undang semasa menjalankan penyiasatan atau penguatkuasaan undang-undang jenayah.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
JENIS JENAYAH Jenayah yang ditetapkan oleh undang-
undang Kesalahan terhadap negara. Kesalahan terhadap tubuh individu. Kesalahan terhadap harta benda. Kesalahan melibatkan pegawai kerajaan.
Kesalahan terhadap kesihatan, kepentingan dan keselamatan awam.
Kesalahan berkaitan dokumen. Kesalahan melanggar kontrak perkhidmatan.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan… Jenayah Berat Tingkah laku atau cubaan yang
bertujuan mengancam keselamatan awam. Mangsa terdedah kepada kecederaan fizikal.
Jenayah Profesional Jenayah yang dilakukan oleh individu
yang terlibat sepenuh masa dengan jenayah – jenayah sebagai kerjaya.
Penjenayah mempunyai kemahiran dan kecekapan tertentu.
Sa’odah Ahmad/PEM 3502/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan… Jenayah Terancang Operasi jenayah secara besar-besaran dan
dirancang dengan teliti. Aktiviti jenayah dijalankan oleh organisasi/sindiket besar.
Membekalkan barangan atau perkhidmatan yang sukar untuk diperolehi dengan cara yang dibenarkan undang-undang.
Amat bergantung kepada perbuatan pecah amanah dan amalan rasuah di kalangan pegawai polis dan pegawai kerajaan lain untuk teruskan kegiatan.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
PERBEZAAN DI ANTARA KESALAHAN JENAYAH DAN
KESALAHAN SIVILKesalahan Jenayah Kesalahan serius
Libatkan kepentingan dan keselamatan awam.
Pendakwaan dibuat oleh Peguam Persekutuan.
Kesalahan Sivil Kesalahan kurang
serius
Libatkan kepentingan individu.
Tuntutan ke mahkamah dibawa oleh individu yang terlibat.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan Tujuan
pendakwaan untuk menghukum penjenayah.
Tertuduh dianggap tidak bersalah sehingga dibukti sebaliknya.
Tujuan tuntutan untuk dapatkan gantirugi.
Tiada anggapan demikian.
Sa’odah Ahmad/PEM 3502/JPMPK.FEM/UPM
SambunganKesalahan Jenayah Akta had (Limitation
Act) tidak terpakai kepada pendakwaan jenayah.
Tiada penyelesaian di luar mahkamah.
Kesalahan Sivil Akta had terpakai.
Penyelesaian di luar mahkamah digalakkan.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Hak Orang Yang Ditangkap
Diberitahu sebab mengapa ia ditangkap, Perlu diihadapkan ke mahkamah
Majistret dalam tempoh 24 jam. Ditahan lebih lama jika Majistret
keluarkan perintah tahanan reman. Perkara 5(3),(4) Perlembagaan
Persekutuan menetapkan tahanan perlu diberitahu hak perlembagaannya serta kenyataan berjaga-jaga (cautious statement) sebelum sebarang soal-siasat dijalankan.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan… Kegagalan polis - menyebabkan
kenyataan yang dibuat oleh tahanan walaupun secara sukarela tidak boleh digunakan sewaktu perbicaraan.
Kenyataan yang boleh diterima oleh mahkamah – dibuat oleh tahanan secara sukarela tanpa ada unsur tekanan atau ugutan.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
TEORI PERLAKSANAAN HUKUMAN
Retribution /Balasan
Rehabilitation /Pemulihan
Deterrence /Halangan
Prevention /Pencegahan
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan… Retribution - Hukuman berdasarkan andaian
etika/moral bahawa penjenayah sewajarnya menerima balasan yang setimpal dengan apa yang dialami oleh mangsa. Hampir sama dengan konsep Qisas dalam undang-undang Islam.
Deterrence – Hukuman berat dijatuhkan dengan tujuan untuk menghalang berlakunya jenayah. Penjenayah yang dijatuhkan hukuman menjadi contoh amalan tegas kerajaan dan amaran kepada ahli masyarakat.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan… Prevention – Hukuman adalah untuk
mencegah masyarakat daripada melakukan jenayah.Penjenayah dihukum penjara yang lama bagi tujuan pengasingan supaya sifat jahatnya tidak mempengaruhi ahli masyarakat yang lain.Penjenayah dipenjarakan supaya hak dan keselamatan masyarakat dilindungi.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan… Rehabilitation – Hukuman adalah untuk
memulihkan penjenayah. Andaian : Individu jadi penjenayah kerana pengaruh faktor persekitaran dalam masyarakat seperti kemiskinan, tidak mengalami proses sosialisasi sewajarnya dan pengaruh rakan sebaya.Tujuan hukuman : beri kesedaran bahawa jenayah tidak berfaedah dan membawa kesusahan.
Sa’odah Ahmad/PEM 3502/JPMPK
FAKTOR YANG MEMBERATKAN
HUKUMANBentuk jenayah.Keadaan jenayah.Kekerapan melakukan jenayah.Kedudukan dan hubungan penjenayah dengan mangsa.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
FAKTOR YANG MERINGANKAN
HUKUMANUmur penjenayah.Sejarah/latarbelakang penjenayah.Keadaan-keadaan sebelum jenayah berlaku.Tindakan penjenayah selepas melakukan jenayah.Penjenayah telah lama menderita sebelum dihukum.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
FAKTOR YANG TIDAK BOLEH DIAMBIL KIRA SEMASA
MENJATUHKAN HUKUMANBangsa, kelompok atau warganegara penjenayah.Pekerti penjenayah sewaktu dibicarakan.Kedudukan harta penjenayah.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM
Tingkah laku yang menyalahi hukum syarak dan hukumannya telah ditentukan.
Klasifikasi jenayah dalam Islam : Hudud Qisas Takzir
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
KLASIFIKASI JENAYAH DALAM ISLAM
Hudud – hukuman ditetapkan dalam quran.
Zina. Tuduhan palsu berzina. Minum arak. Mencuri. Rompakan berkumpulan dan bersenjata. Murtad. Memberontak. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan… Qisas – hukuman ditetapkan dalam
Quran. Bunuh dengan sengaja. Disyaki membunuh dengan sengaja Membunuh akibat kesilapan. Mencederakan atau bertindak
ganas dengan sengaja Mencederakan atau bertindak
ganas dengan tindak sengaja.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan… Takzir - Kesalahan yang hukumannya tidak
ditetapkan dalam Quran. Rasuah. Pecah amanah. Penyalahgunaan. Hukuman terpulang kepada budi bicara
hakim. Contoh : hukuman penjara. Hukuman boleh jadi lebih ringan atau lebih
berat daripada hukuman hudud atau qisas. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM DI
MALAYSIA Mahkamah Syariah di Malaysia hanya mempunyai bidang kuasa yang terhad.
Mahkamah tidak boleh membicarakan kes jenayah hudud.
Namun ada Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri yang memperlihatkan kesungguhan pihak berwajib untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam dengan memasukkan kesalahan hudud di bawah kesalahan takzir.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
HUKUMAN Kebanyakan Mahkamah Syariah negeri
lebih mengutamakan hukuman denda daripada penjara atau sebat walaupun hukuman tersebut diperuntukkan.
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 1994 – Hakim boleh denda maksimum RM5000, penjara 3 tahun, sebat 6 kali.
Hanya Kelantan yang telah menyediakan garis panduan mengenai bagaimana cara hukuman sebat dijalankan.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN 1997
Sumbang mahram. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai
atau mengabaikan tanggungjawab. Mempersenda atau menghina ayat Al Quran atau
hadis. Makan, minum, menghisap rokok di bulan
ramadan. Berjudi atau berada di rumah judi. Lelaki yang berlagak seperti perempuan. Menjual atau memberi anak kepada orang bukan
Islam.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Recommended