View
247
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
u huruf ke-21 abjad Rumi.
U I simbol kimia bagi uranium.
U II bp kep universiti: budak ~; masuk ~.
ua 1. singkatan bagi tua; 2. singkatan bagi pak tua atau mak tua;
wa II.
uai ark emak, ibu.
uaian urian.
uak I wak I.
uak II bunyi spt bunyi kerbau (katak dll);
menguak mengeluarkan bunyi spt bunyi kerbau (katak dll):
kambing mengembek, kerbau~;
uakan bunyi uak: seekor kuda meringkik diiringi ~ beberapa ekor
lembu.
uak-uak; burung ~ sj burung, ayam-ayam, Amaurornis pheonicurus
chinensis.
uan I wan.
uan II ark uban.
uanda ark bh pak tua atau mak tua.
uap I wap.
uap II; menguap membuka mulut luas-luas dgn mengeluarkan udara
(kerana mengantuk dll); kuap I.
uar; uar-uar pengumuman yg dibuat dgn meneriakkannya kuat-kuat;
menguar, menguar-uar berteriak-teriak memberitahu kpd orang
ramai;
menguarkan, menguar-uarkan 1. meneriak-neriakkan sesuatu
utk memberitahu orang ramai, mengumumkan (memberitahukan)
sesuatu dgn suara yg kuat; 2. ki menghebahkan atau menyiar-
nyiarkan khabar (berita dll): sejak agama Tuhan masuk ke mari,
adat lama pusaka usang yg diuar-uarkan Belanda itu tidak ada
lagi;
penguaran pengumuman (pemberitahuan) kpd umum.
uba ark sj pasu utk (mengendapkan bubur sagu).
ubah I kelainan (dgn yg lain), beza, lain; tak ~ sama benar dgn, tidak ada
bezanya;
berubah 1. berbeza (drpd keadaan dsb yg asal atau yg semula
jadi), menjadi lain: dia telah ~ drpd seorang yg gembira menjadi
seorang yg pendiam; penghidupan di kampung sudah banyak ~
sejak merdeka; 2. tidak tetap (keadaannya), setiap waktu lain,
bertukar-tukar: suhu badannya tidak ~ walaupun hawa di
kelilingnya tidak tetap; 3. tidak spt biasa atau sebelumnya, bertukar
(warna, rupa, dll): ~ air mukanya apabila dia mendengar
pertanyaanku itu; 4. = ~ menjadi = ~ jadi = ~ kpd bertukar menjadi
(sesuatu yg) lain: kertas akhbar yg lama ~ menjadi kuning; 5. Pr
beralih (tempat dll), berpindah (dr yg dahulu), bertukar (arah dll): ~
dr sini kamu, Mat Som;
~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan menjadi gila; ~ hatinya
(pendapatnya, niatnya) tidak spt biasa atau spt dahulu lagi hatinya
(pendapatnya, niatnya); ~ muka bertukar air muka(nya);
berubah-ubah sentiasa atau sering kali berubah (bertukar), tidak
tetap (keadaannya dll): cerita itu ~ dan bertokok tambah juga
akhirnya mengikut kemahuan si penceritanya;
mengubah 1. berubah, menjadi lain: cara hidupnya telah ~ drpd
cara hidup nenek moyangnya; 2. menjadikan berlainan atau
berbeza drpd yg asal (semula jadi atau sebelumnya), menukar kpd
yg lain: kejadian itu telah ~ sikapnya terhadap wanita; Chomsky
sendiri telah beberapa kali ~ pendiriannya tentang aspek-aspek
tertentu; 3. menjadikan lebih baik (drpd yg semula jadi, yg asal,
atau sebelumnya), memperbaiki (keadaan yg kurang baik dll):
Tuhan tidak akan ~ seseorang itu jika dia sendiri tidak berusaha ~
dirinya; kanak-kanak yg baru bersekolah akan terpaksa ~
kebiasaan mereka dgn tiba-tiba; 4. menyusun semula (cerita,
karangan, dll), mengolah kembali; 5. tidak menepati (janji,
sumpah, dll), tidak mematuhi (peraturan, adat, dll), melanggar
(adat dll), menyalahi: sekalian adat dan pekerjaan ini semuanya
drpd adat purbakala, jikalau barang siapa ~ atau memecahkan itu,
nescaya ditimpa daulat marhum yg tua-tua; 6. bp memindahkan ke
tempat lain (benih semaian dll), mengalihkan: benih padi disemai
dlm bulan Jun atau Julai supaya kerja ~ boleh dilakukan dlm
bulan Ogos; 7. mengalih (arah dll) dr yg asal atau semula, menukar
arah dsb: pandangan itu kemudiannya diubah ke muka bapanya; ~
setia mengalih kesetiaan kpd orang lain; ~ janji memungkiri janji;
~ langkah ki menukar cara hidup;
mengubahkan menjadikan (menyebabkan) berubah, menjadikan
berlainan atau berbeza (drpd yg asal atau sebelumnya),
menukarkan: hendaklah kamu berdua jangan ~ setia kamu kpd
anakku berdua;
memperubahkan menjadikan berlainan, memperbezakan,
memperlainkan;
terubah sudah (dapat) diubah;
ubahan (sesuatu) yg sudah diubah atau berubah, (sesuatu) yg
berlainan drpd yg asal atau semula;
ketakberubahan keadaan yg tidak berubah;
perubahan perihal berubah, peralihan, pertukaran: dlm jangka
waktu enam bulan ini, banyak ~ yg telah berlaku;
pengubahan perihal mengubah (mengubahkan), pengalihan,
penukaran (kpd sesuatu yg lain): begitulah cara ~ politik dilakukan
melalui tindakan yg negatif;
pengubah orang dll yg mengubah (mengubahkan).
ubah II; ~ paya = kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), pokok kerenam,
Glochidion arborescens; ~ putih sj tumbuhan (pokok), gedari
rawang, hujan panas putih, pokok mancung, Glochidion
glomerulatum.
ubah ansur ark evolusi.
ubah suai; mengubah suai membuat perubahan dsb pd sesuatu supaya
menjadi sesuai dgn sesuatu keadaan (keperluan, kegunaan, dsb): ~
bangunan lama; ~ sistem dan kaedah lama supaya dapat
memenuhi keperluan keadaan sekarang;
ubah suaian sesuatu yg telah diubah suai, hasil drpd mengubah
suai;
pengubahsuaian perihal (perbuatan, kerja, proses, dsb) mengubah
suai: biasanya beberapa ~ berlaku oleh sebab timbulnya persoalan
baru dlm menangani kata masukan tertentu, yg tidak terduga atau
tertelah pd pringkat awal penentuan sistem; penyusunan semula
dan ~ istilah-istilah yg telah digubal dan dicipta pd tahap awal
perkembangan bahasa;
pengubah suai bahan atau alat utk mengubah suai sesuatu: ~ yg
biasa dicampurkan utk memelihara kekerasan permukaan tuangan
ialah fluorida dan siliko-fluorida.
ubai; ~ itik = ubai-ubai sj tumbuhan (herba), daun balam, gubai, pokok
kedudu paya, rubai, Pouzolzia zeylanica.
ubal-ubal ubel-ubel.
uban I rambut yg sudah putih (atau mulai menjadi putih): orangnya
sudah tua juga, ada ~ sedikit di kepalanya; ~ tahi harimau rambut
uban yg berbelak-belak hitam;
beruban 1. mempunyai uban (rambut putih), menjadi putih (bkn
rambut seseorang): lama-lama besok engkau ~ dan rabun sebab
membaca buku saja; 2. ki sudah lanjut umurnya, sudah tua
(sehingga terdapat uban pd rambut): dr muda sampai ~ pun masih
belum berubah perangai engkau; 3. ki sudah lama dlm sesuatu
pekerjaan, sudah lama memegang sesuatu jawatan; sudah ~ baru
berguam prb perihal orang tua yg tingkah lakunya spt orang muda;
menguban 1. menjadi uban, memutih (rambut); 2. menyerupai
uban; 3. = mengubani mencabut uban; 4. sudah usang (pakaian
dll);
ubanan Jk 1. ada ubannya, beruban; 2. dlm kesusahan,
kesempitan;
pengubanan proses terbitnya uban, proses (rambut) menjadi uban:
bahan itu boleh me ngelakkan ~ sebelum matang.
uban II; ~ kayu sj tumbuhan (rumpai), Cardiospermum halicacabum.
ubang; mengubang ark membuat takuk pd batang kayu yg ditebang
(supaya ia tumbang ke arah yg tertentu).
ubar I 1. sj tumbuhan (pokok yg kulitnya dibuat celup), Eugenia
densiflora; 2. sj bahan pewarna (cat) yg dibuat drpd kulit ubar; 3.
Mn cat;
mengubar 1. mencelup dgn ubar (jala, jaring, dll); 2. Mn menyapu
cat, mengecat.
ubar II; mengubar ark membentangkan benda-benda yg bergulung (spt
layar dll), mengorak.
ubar III uber.
ubat I 1. benda yg digunakan (dimakan, disapukan, dll) utk
menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan: jangan makan
apa-apa ~ yg lain, melainkan jika disuruh oleh doktor; ahli ~
orang yg mahir dlm (membuat) ubat; ilmu ~ pengetahuan bkn ubat;
kedai ~ = rumah ~ tempat menjual ubat; 2. bahan kimia utk sesuatu
atau berbagai-bagai kegunaan tertentu (sbg racun serangga dll): air
mandi itu hendaklah ditapis betul-betul dan dibubuh ~ pembunuh
kuman; 3. = ~ bedil = ~ pasang ark mesiu: kehabisan ~ dan
peluru; 4. jampi, guna-guna, mantera; 5. bp = ~ lampu picit bateri
kering (utk lampu picit dll);
~ angin ubat utk menyembuhkan penyakit masuk angin; ~ basah ki
khabar yg tidak dipercayai orang; ~ batuk ubat utk menyembuhkan
batuk; ~ bedil a) peluru; b) bahan ledakan utk peluru senapang,
meriam dll; ~ bius = ~ lali ubat utk membuat pesakit tidak sedar
atau tidak berasa sakit (sewaktu menjalani pembedahan); ~ dalam
ubat yg ditelan atau dimakan; ~ getah sj cuka utk membekukan
susu getah; ~ gigi bahan yg spt krim, biasanya berwarna putih yg
digunakan semasa menggosok gigi; ~ guna sesuatu yg dijampi utk
menawan hati seseorang, pengasih; ~ hati pelipur hati; ~ jerih a)
upah yg diberikan, dalal; b) = ~ pelerai demam buah hati, kekasih;
~ kampung ubat yg dibuat drpd berbagai-bagai ramuan (berlainan
drpd ubat yg diberikan oleh doktor di hospital); ~ kelat bermacam-
macam ubat; ~ kuat ubat utk menguatkan badan; ~ lelah a) ubat utk
menghilangkan lelah; b) ki upah, dalal; ~ luar ubat yg disapukan
(tidak dimakan); ~ mata ubat utk menyembuhkan sakit mata; ~
nyamuk ubat utk membunuh atau menghalau nyamuk; ~ pekasih =
~ pengasih bahan berjampi dsb utk menawan hati seseorang,
pengasih; ~ peluru bahan ledakan utk peluru; ~ periuk ubat
kampung utk perempuan yg baru lepas bersalin; ~ rumah ubat-ubat
yg tersedia di rumah; ~ sedut ubat mudah meruap yg disedut utk
melegakan penyakit lelah, selesema dsb; ~ tasak ubat (jampi dsb)
utk menahan darah; ~ tidur a) ubat utk menidurkan orang yg susah
hendak tidur; b) ubat bius; ~ jauh, penyakit hampir prb dlm
kesusahan sukar mendapat pertolongan;
ubat-ubatan 1. bermacam-macam ubat: ~ bomoh itu telah hilang
kemanjurannya; 2. ramuan utk membuat ubat;
berubat 1. memakai (menggunakan dsb) ubat: bagaimana hendak
sembuh kalau tidak ~? 2. minta diubatkan (dirawati), meminta ubat
kpd: pd doktor mana engkau hendak ~? 3. sudah diberi ubat,
(sudah) dirawati: sesudah lama ~, baru dia sembuh; ~ hatiku ki
sudah terhibur hatiku;
mengubati, mengubat 1. memberi (membubuh dsb) ubat supaya
sembuh, menyembuhkan dgn ubat: penyakit batuk kering ini
sangat susah hendak ~nya; kalau doktor tidak dapat ~mu, apa lagi
saya; ~ orang sakit; 2. menghibur, menyenangkan: cuma ini yg
akan ~ hatiku apabila maut menjemput; 3. membetulkan,
memperbaik: kepincangan dlm masyarakat yg perlu diubati; bagi
menghadapi dan ~ keadaan itu, Allah telah menetapkan hukuman
ke atas penjenayah; 4. memulihkan: utk ~ keraguanku;
mengubatkan 1. menggunakan sesuatu sbg ubat, menggunakan
sesuatu utk mengubat(i); 2. = memperubatkan menyembuhkan
(mengubati) dgn;
terubat 1. dapat diubat (disembuhkan, dipulihkan dsb): penyakit
mereka itu tidak ~; 2. ki dapat dihilangkan perasaan rindu (kecewa,
marah dsb), dan berasa gembira, lega, lapang, terhibur dsb setelah
memperoleh sesuatu: kerinduan pd ayah ~ sedikit apabila ibu
tidak pernah jemu bercerita tentang arwah ayah; kuharapkan
kesedihan ini akan ~ apabila pulang ke kampung bertemu dgn
keluarga nanti;
terubati sl dapat diubati, sanggup diubati: adapun penyakit
kenohong ini tiada akan ~ oleh patik sekalian;
ubatan jampi-jampi, guna-guna, mantera, sihir: adapun Pawang
Gajah itu tahu hikmat dan ~, dan ada ia menaruh jin; orang ~
orang yg pandai menjampi (mempergunakan sihir, guna-guna,
dsb): ada seorang ~ dapat ia menjadikan dirinya segala rupa;
perubatan perihal berubat, yg berkaitan dgn ubat atau usaha
mengubati: ilmu ~; jabatan ~; pakar ~;
pengubatan perihal mengubati (menyembuhkan penyakit, pesakit,
dsb); balai ~ tempat mengubat orang sakit, klinik;
pengubat sesuatu yg digunakan utk mengubat(i); ~ hati ki
penghibur hati.
ubat II; ~ barah sj tumbuhan (pokok renek), Lasianthus stipularis; ~
kurap sj tumbuhan (pokok renek), Rhinacanthus nasutus.
ubaya hubaya-hubaya.
ubel-ubel Jk sj kain ikat kepala, serban (orang Sikh dll).
uber Jk; menguber, menguber-uber mengikut dr belakang, memburu,
mengejar: setiap opelet yg berhenti, diuber oleh lima orang,
biarpun yg turun cuma satu;
penguberan perihal menguber, pemburuan, pengejaran.
ubi I 1. umbi atau akar (pd tumbuh-tumbuhan tertentu) yg biasanya boleh
dimakan; 2. sj tumbuhan yg menghasilkan umbi;
~ akas = ~ arak = ~ gadung sj tumbuhan (pokok memanjat),
Dioscorea hispida; ~ benggala ubi kentang; ~ ciabet = ~ pasir =
~ sabut sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea pentaphylla; ~
cina = ~ kastela = ~ kemili hutan sj tumbuhan (pokok memanjat),
Dioscorea bulbifera; ~ garut = ~ karut sj tumbuhan (herba),
Maranta arundinacea; ~ jawa = ~ kelapa = ~ keledang = ~
kenduduk = ~ kipas = ~ manis = ~ menjangan = ~ merah = ~ nasi
= ~ teropong = ~ tiang = ~ ular sj tumbuhan (pokok memanjat),
Dioscorea alata; ~ kayu = ~ jenderal = ~ perancis sj tumbuhan
(pokok kecil), Manihot utilissima; ~ keladi ubi drpd beberapa jenis
keladi; ~ keledek = ~ jalar = ~ jawa = ~ ketela = ~ rambat sj
tumbuhan (pokok menjalar), Impomoea batatas; ~ kelonak sj
tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea prainiana; ~ kentang = ~
benggala = ~ gendang = ~ wolanda sj tumbuhan (pokok
menjalar), Solanum tuberosum; ~ kembili = ~ kemili sj tumbuhan
(herba), Coleus tuberosus; ~ sengkuang sj tumbuhan (pokok
memanjat), Pachyrrhizus erosus; ~ torak sj tumbuhan (pokok
memanjat), Dioscorea esculenta;
ada ~ ada talas, ada budi ada balas prb barang siapa berbuat
sesuatu tentu akan mendapat balasannya; lamun ada ~, tiada ~,
gadung jadilah prb jika tiada yg baik, yg kurang baik pun
bergunalah;
ubi-ubian pelbagai jenis ubi spt keledek, keladi, kentang dsb:
makanan drpd kumpulan nasi, mi, bijirin, roti, pasta dan ~
sebenarnya berkalori rendah dan mengandungi sedikit lemak.
ubi II 1. sj ikan laut, Gobius giuris; 2. = ~ bujuk sj ikan darat,
Ophicephalus lucius.
ubin 1. = batu ~ sj batu (drpd simen dll) utk membuat lantai, jubin; 2. sj
daun terup yg besar, daiman;
berubin dibubuhi atau dipasang ubin: lantai ~ lama memberi
sentuhan klasik kpd ruang makan yg dihiasi perabot kayu.
ubit ark; mengubit-ubit bergerak-gerak (bkn benda kecil-kecil, api
pelita, dll).
ubrak; ~-abrik Jw; mengubrak-abrik menjadikan porak-peranda
(kucar-kacir, tidak tersusun), menjadikan berantakan: pd waktu
Jepun, masyarakat diubrak-abrik, ekonomi kalang-kabut, dgn
sendirinya fikiran orang pun tidak tenteram.
ububan Jw sj alat utk menghembus api, hembusan, puputan.
ubun-ubun I 1. bahagian kepala yg hampir dgn dahi (masih lembut dan
nampak bergerak-gerak pd bayi), bubun-bubun; 2. bahagian
puncak kepala, mercu kepala.
ubun-ubun II sl pertapa perempuan.
ubur-ubur 1. sj binatang laut yg badannya spt agar-agar dan berjurai-
jurai (berjumbai-jumbai tepinya), ampai-ampai; payung ~ sj
payung yg berumbai-umbai bahagian tepinya (tanda kebesaran
raja-raja); 2. Mn ark cukai yg dikenakan atas hasil laut (spt ikan,
garam, dll).
ucah-acih Kl, Ph terhinggut-hinggut (orang berjalan dll), tergoyang-
goyang.
ucang uncang I.
ucap apa yg dilafazkan, bunyi lafaz, sebutan kata, ujar;
~ jasa kenyataan rasmi tentang jasa atau khidmat seseorang: Encik
Arthur Tanner, dr Royal College of Surgeons, Ireland, membaca ~
jasa dlm majlis itu; ~ selamat kata-kata yg disampaikan sbg
mendoakan supaya selamat (utk menyatakan tahniah); ~ habis, niat
sampai prb hasil yg diperoleh (dicapai) dgn segera (dilaksanakan
sesuatu selepas dikatakan);
berucap 1. mengeluarkan kata-kata, berkata, bercakap di hadapan
orang ramai; 2. bersyarah, berpidato: beliau akan tiba esok dan ~
dlm satu rapat raksasa di padang Istana Maziah;
mengucap 1. bp = ~ dua kalimah syahadat menyebutkan atau
melafazkan dua kalimah syahadat (yg mengakui bahawasanya
tiada Tuhan yg sebenar-benarnya disembah melainkan Allah dan
bahawasanya Nabi Muhammad ialah rasul Allah): ~lah Tok, ~lah,
mudah-mudahan Tuhan melindungi kita; 2. = mengucapkan
menyebutkan, melafazkan (kata-kata tertentu): tiba-tiba datang
seorang yg tidak dikenali dan ~ salam padanya; kotor spt babi,
adalah satu perumpamaan yg diucapkan orang; 3. =
mengucapkan menyebutkan sesuatu (kata, huruf, dll), melafazkan,
melisankan: kata ini diucapkannya dgn penuh perasaan; 4. =
mengucapkan mengatakan sesuatu (ceramah, kata-kata, syarahan,
dll), memberi syarahan: seorang pelajar yg tertua tampil ke depan
mengucapkan suatu pidato; 5. = mengucapkan melahirkan
perasaan dll dgn kata-kata, menyatakan (bersyukur, terima kasih,
turut bersedih, dll): mereka datang ke tempat kami kerana
mengucapkan selamat jalan dan terima kasih kerana khidmat kami
di situ;
mengucapi sl menyebutkan (melaungkan, memanggil) nama
orang;
terucapkan dapat diucapkan;
ucapan 1. apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan:
aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut
sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3.
syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata
yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata
yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah
mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj
peribahasa, simpulan bahasa, ungkapan;
pengucapan perihal mengucap (mengucapkan), pelahiran: ~ dua
kalimah syahadah; kita terpaksa menerima hakikat bahawa puisi
baru adalah ~ jiwa perseorangan penyairnya; ~ mantera sakti;
pengucap orang yg berucap: ~nya benar-benar mengetahui apa yg
dikehendaki.
ucaptama ucapan penting yg mengandungi sesuatu soal dasar atau
perkara pokok yg disampaikan terutamanya oleh pemimpin atau
tokoh dlm sesuatu persidangan, seminar dsb: Perdana Menteri
dijemput menyampaikan ~ dlm satu majlis jamuan tengah hari
esok.
ucek Jw ark; mengucek, mengucekkan; ~ mata menggosok-gosok mata.
ucis bahagian peluru yg meletup kalau terhantuk, penggalak.
uci-uci Jw daging berbelulang pd kulit, ketuat.
ucok Mn ark berunding dgn damai, berbaik-baik, berdamai; hendak ~
dilawan damai, hendak perang giling peluru prb tidak menolak
kehendak musuh atau lawan.
ucu ark bongsu.
ucul Jw tidak terikat (terkurung dll), lepas, bebas;
diucul dibebaskan, dilepaskan;
terucul sudah dibebaskan (dilepaskan).
ucus Jk usus.
uda I singkatan bagi muda: pak ~; mak ~.
uda II Mn kakak, abang, udo.
UDA akronim bagi Urban Development Authority (Perbadanan
Pembangunan Bandar).
udah Jk sudah.
Udai Hudai.
udak Jk; mengudak mengikut dr belakang, memburu, mengejar,
menguber.
udam ark muram, suram: sari merah yg sudah ~ coraknya.
udang I sj binatang yg hidup di air (berkulit keras, berkaki sepuluh, dan
berekor); jenis-jenisnya: ~ galah, ~ geragau, ~ kara, ~ karang, ~
kertas, ~ laut, ~ laut lebar, ~ lubuk, ~ siar, dll; ~ kering udang yg
dikeringkan;
kepala ~ ki bodoh benar; bongkok ~ melengkung badannya spt
udang; keropok ~ keropok yg dibuat drpd udang; pulut ~ sj
makanan drpd pulut yg berintikan udang yg bercampur dgn kelapa
yg diparut;
~ hendak mengata(i) ikan prb kesalahan orang lain tampak tetapi
kesalahan sendiri tidak disedari; ~ merentak dlm tangguk prb orang
yg tidak tetap laku dan kedudukannya; ~ tak tahu dibongkoknya
prb orang yg tidak insaf dgn kekurangan diri sendiri; bagai ~ dlm
tangguk prb a) menggeletek-geletek kerana kesukaan; b) dlm
kesukaran; bagai ~ tahi di kepala prb banyak hutangnya; banyak ~
banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya prb kegemaran
(kemahuan, fikiran, dll) tiap-tiap orang itu tidak sama;
berudang ada udang, terdapat udang; ~ di balik batu prb ada
sesuatu yg tersembunyi drpd yg dilahirkan dgn mulut atau dgn
perbuatan.
udang II; burung ~ sj burung, Totanus spp.; burung raja ~ sj burung a)
Alcedo atthis bengalensis; b) Alcedo meninting verrauxii.
udani sj tumbuhan (pokok memanjat), akar dani, akar puntianak, (ara)
dani, redani, selimpas, Quisqualis indica.
udap; udap-udapan sj makanan spt rojak atau gado-gado; kudap.
udar I Jw ark terurai;
mengudar mengurai atau menguraikan (tali dll).
udar II Br mengikat tegang-tegang tali kapal (yg berlabuh).
udara 1. campuran berbagai-bagai jenis gas yg terdapat di atas muka
bumi, hawa: oleh sebab kita sentiasa dikelilingi oleh ~ yg tiada
dapat dilihat, dirasa, dan dicium, maka kita selalu lupa tentang
adanya ~ itu; 2. ruang yg di atas muka bumi yg berisi hawa,
angkasa, awang-awang: debu berterbangan di ~; 3. berkaitan dgn
penerbangan atau pergerakan menerusi udara; angkatan ~ pasukan
tentera yg menggunakan kapal terbang; kapal ~ = pesawat ~ Id
kapal terbang; pelabuhan ~ lapangan terbang; pos ~ kiriman (surat,
bungkusan, dsb) yg dibawa dgn kapal terbang; tetuang ~ ark radio;
4. keadaan hawa (cuaca, hari): indah sungguh pantai petang ini, ~
pun nyaman; 5. ki keadaan di atau di sekitar sesuatu tempat dll,
suasana: hati manusia di seluruh dunia berdebar-debar apabila
melihatkan gelagat ~ buruk di seluruh benua Eropah;
mengudarakan memberi (memasukkan) udara;
pengudaraan perihal menggantikan udara lain.
udarakasa ark lapisan udara yg meliputi bumi, atmosfera.
udat sj tumbuhan (pokok), api-api daun lebar (ludat, putih), ludat,
Avicennia officinalis.
udeh (udéh) Jk sudah.
udek Jw mengudek mengacau (gulai dll), mengaduk.
udeng = udeng-udeng Jk sj ikat kepala, serban, ubel-ubel.
udet Jw sj kain pengikat pinggang, bengkung, sabuk.
udi Mn sial, malang.
udik 1. kawasan (daerah) hulu sungai, bahagian hulu sungai; 2.
kampung, desa, dusun, lwn kota: kampung kami di ~ sekali, jauh
dr kota; 3. ki tidak tahu adat, tidak sopan santun, tolol; orang ~ a)
orang dr hulu (kampung, dusun); b) orang yg tidak tahu adat, orang
bodoh;
keudikan ki perihal udik, kebodohan, kedusunan, kekampungan:
puterinya cepat mengerti ~ pandangan sang bapak.
udo Mn kakak; uda II.
udu I musuh, seteru;
berudu bermusuhan, berseteru.
udu II wuduk I.
uduh I hodoh.
uduh II sj tangkal atau azimat yg menghalang pencuri masuk ke kebun
dll.
uduk I wuduk I.
uduk II Jk; nasi ~ nasi yg ditanak dgn santan, nasi lemak; wuduk
II.
udulan sj tumbuhan (herba), rumput butang, rumput teki, teki rawa,
Kyllinga monocephala.
udul-udulan udulan.
udut; mengudut menghisap rokok (candu dll): sambil ~ rokok, Kalisang
meneruskan ceritanya;
pengudut 1. penghisap rokok, pemadat; 2. = udutan sj paip utk
menghisap candu.
UFO kep unidentified flying object (objek terbang yg tidak dapat dikenal
pasti dan kononnya datang dr planet lain).
ufti persembahan (wang, emas, dll) yg wajib dibayar kpd raja atau negara
yg berkuasa (menaklukkan): maka segala negeri takluk pd tanah
Melaka itu pun sekaliannya memberi ~ kpd Melaka pd tiap-tiap
tahun.
ufuk Ar kaki langit: apabila matahari terbenam di ~ barat, maka gelap
gelitalah alam ini;
mengufuk melintang rata, mendatar, lwn menegak.
ugah Kl berubah (rupa dll).
ugahari sl sederhana, sedang, pertengahan: angin paksa pun turunlah
dgn ~ kencangnya; gahari.
ugal-ugalan Jw berkelakuan tidak senonoh (tidak sopan), kurang ajar.
ugam Sr; berugam melihat ketika (sebelum melangsungkan
perkahwinan).
ugama agama.
ugem Jw; mengugemi berpegang teguh pd (kata-kata dll).
ugeran Jw peraturan, kaedah, norma.
ugut; mengugut menakut-nakutkan (supaya melakukan atau mematuhi
sesuatu), mengancam: kami datang ini kerana kewajiban, bukan ~,
bukan menakut-nakutkan kakak;
ugut-mengugut saling mengugut antara satu sama lain: pihak yg
berbalah sering ~ utk mempertahankan kebenaran masing-masing;
ugutan kata-kata dsb yg bertujuan utk menakut-nakutkan (supaya
melakukan atau mematuhi sesuatu), ancaman: jangan-jangan ini
surat ~;
pengugut orang yg mengugut, pengancam.
UI kep Universitas Indonesia.
UIAM kep Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
uik; menguik, menguik-uik mengeluarkan bunyi “wek wek” spt itik dll.
uir-uir sj serangga spt belalang atau cengkerik yg berbunyi nyaring (suka
hinggap di pokok-pokok kayu); ~ minta getah prb a) mencari-cari;
b) perempuan yg suka menarik perhatian laki-laki.
uis; menguis-uis ark mengais-ngais; kuis.
uit; menguit menggerakkan sedikit (dr tempat asalnya), mencungkil,
mengumpil;
teruit dapat diubah (digerakkan dsb); tidak ~ hatinya tidak dapat
diubah hatinya.
UiTM kep Universiti Teknologi Mara (dahulunya Institut Teknologi
Mara).
uja; menguja 1. menaikkan semangat (ayam dll) supaya menyerang
lawan, memberangsangkan, menggalakkan: maka Awang Sulung
pun menurunkan pertaruhannya dan ayam pun lalu diujanya; 2. ki
membangkitkan hati orang supaya marah dll, memberangsangkan,
memberanikan, menghasut; sungguh diuja, dipegang ekor prb
walaupun diberi kebebasan tetapi ada juga hadnya;
teruja timbul minat (keinginan dsb) yg kuat terhadap sesuatu, naik
semangat, terangsang: “Saya berasa seronok dan ~,” kata seorang
pemuda yg menyertai tunjuk perasaan itu;
keterujaan perihal (keadaan, sifat dsb) teruja: program yg
bermanfaat itu mewujudkan ~ di kalangan remaja supaya mereka
mahu menyertainya; oja.
ujan bp hujan.
ujana I ark sl yojana.
ujana II sl taman.
ujang panggilan anak laki-laki; bujang I.
ujar 1. apa yg diucapkan, kata, perkataan: bersinar matanya ketika
mendengar ~ drebar itu; 2. = ujar-ujar, ujar-ujaran Jk segala
ajaran dan nasihat yg diwarisi (drpd nenek moyang dll), pepatah,
peribahasa: kata-kata yg dipakai dlm karangannya merupakan
ujar-ujaran orang-orang pandai Islam, hadis Nabi, dan Quran;
mengujarkan mengatakan, mengucapkan, menuturkan,
menyebutkan;
ujaran sesuatu yg diucapkan atau disebutkan (mis perkataan):
bunyi-bunyi ini tidak boleh dihubungkan dgn sebarang ~; alat ~
alat atau bahagian dlm rongga mulut dan kerongkong yg dapat
menyebutkan perkataan atau mengeluarkan bunyi;
pengujaran perbuatan mengujarkan sesuatu, pengucapan,
pengungkapan: bahasa sbg lambang cetusan rasa dan alat ~ idea.
uji percubaan utk menentukan buruk baiknya (betul tidaknya, murni
tidaknya, dll);
bahan ~ bahan kimia yg digunakan utk menguji; batu ~ sj batu yg
digunakan utk mengetahui mutu emas; tabung ~ sj alat atau bekas
drpd kaca yg digunakan dlm makmal (utk melakukan percubaan
kimia dll); tahan ~ (akan) terbukti atau ternyata keasliannya
(kebaikannya dll kalau dicuba atau diperiksa), terjamin;
beruji mengadakan percubaan utk menentukan mana yg lebih baik
(handal, kuat, dll), mengadu kekuatan (kepandaian dll);
menguji 1. memeriksa mutu emas dgn menggunakan batu uji; 2.
memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaannya yg sebenar
(kekuatannya, kebaikannya, dll): dia mengambil lading pusaka itu
serta ~-uji ketajaman matanya dgn belakang kuku; dia benar-
benar hendak ~ cakap saya; 3. menduga kepandaian (kecekapan,
kecerdasan, dll), memeriksa (supaya mengetahui sesuatu),
menduga (perasaan seseorang dll): memberikan markah itu hanya
berguna kalau guru hendak ~ kanak-kanak dlm sesuatu perkara;
akhbar-akhbar ini banyak ~ perasaan para pembaca melalui
liputan yg agak berani; diuji sama merah, ditahil (dikati) sama
berat prb sudah sepadan benar (suami isteri);
teruji (telah) diuji utk mengetahui kemampuannya dsb: pemain-
pemain muda yg belum begitu ~;
ujian 1. pemeriksaan utk mengetahui buruk baiknya (keasliannya
dll); 2. percubaan utk memeriksa (mengetahui, memastikan, dsb)
sesuatu hal dll (dlm bidang sains dll): membuat suatu ~ supaya gas
dapat dilihat; 3. pemeriksaan utk mengetahui kebijakan
(kecerdikan dll), peperiksaan: apabila dia lulus dlm ~ yg berat itu,
barulah dia boleh mengharapkan apa yg dikehendakinya; 4.
sesuatu yg dilakukan utk mencuba atau menduga kesungguhan
(kebenaran, kesetiaan, dll), cubaan: ~ kesetiaan; 5. yg digunakan
utk atau ketika menguji; bahan ~ Id soalan utk peperiksaan; batu ~
batu uji;
~ darah analisis sesuatu sampel darah sbg diagnosis (penyakit), utk
menentukan kumpulan darah, paras alkohol dsb; ~ iodin (Bio)
ujian utk mengesan kewujudan kanji pd sesuatu, mis pd daun; ~
kimia pemeriksaan dgn menggunakan bahan kimia dan kaedah
tertentu (biasanya di makmal); ~ lisan ujian yg berupa tanya jawab
secara lisan (tidak bertulis); ~ masuk Id peperiksaan utk masuk ke
sekolah lanjutan dll; ~ nuklear percubaan meledakkan bom
nuklear; ~ nyala (Kim) ujian utk menentukan jenis garam melalui
warna nyala yg dilihat apabila garam tersebut dibakar (mis garam
kalium menghasilkan warna ungu lembut, natrium warna kuning,
dll); ~ tertulis Id peperiksaan bertulis;
keujian 1. Mn telah diketahui (kejahatannya dll), kelihatan,
ketahuan;
sekali lancung ~, seumur hidup orang tak percaya prb sekali
ketahuan perangai yg tidak baik, selama-lamanya orang tidak
percaya; 2. sl gagal dlm sesuatu ujian, mendapat kekalahan dlm
pertandingan dll: maka sangatlah sukacita baginda mendengarkan
serta memuji-muji kepandaian dan kebijaksanaan ahli nujum Pak
Belalang itu, belum pernah ~ lagi, yakni tiada mendapat malu
olehnya;
pengujian perihal menguji, pemeriksaan;
penguji 1. orang yg menguji, pemeriksa; 2. alat utk menguji; 3.
sesuatu yg menguji: hijrah adalah ~ iman yg sebenar.
uji bakat proses pemilihan calon dgn melihat dan menilai kebolehannya
atau bakatnya dlm bidang seni (lakonan, nyanyian, penyiaran dsb):
pihaknya akan menjalankan sesi ~ utk memilih pelakon baru bagi
menjayakan drama itu;
menguji bakat melakukan uji bakat (biasanya ke atas bakal
pelakon, penyanyi dsb): P. Ramlee ~ pelakon baru utk watak
Marjina dlm filem Ali Baba Bujang Lapuk.
uji kaji ujian atau penyelidikan utk mengetahui atau memastikan sesuatu
percubaan, eksperimen: ~ sains;
menguji kaji melakukan uji kaji, mengeksperimenkan;
pengujikajian proses menguji kaji;
penguji kaji orang yg melakukan uji kaji.
ujrah, ujrat Ar (wang) upah, gaji, sewa.
uju Mn pongah, sombong.
ujub Ar kagum terhadap diri sendiri, angkuh, bongkak, ego: ikhlas akan
tumbuh dan meruncup, menghilangkan perasaan ~.
ujud Mn yg dikehendaki, maksud, tujuan: ada saja alasannya utk ke
pekan, dgn ~ utk memperlihatkan baju baru guntingan moden pd
tetangga;
berujud mengandungi maksud (tujuan), bermaksud, bertujuan;
mengujud, mengujudkan memaksudkan, menghendaki.
ujul; akar getah ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar garuk, akar getah
gaharu (jela, menjawa), Willughbeia coriacea.
ujung bp hujung.
ujur uzur.
ukas sj siput.
ukhrawi Ar berkaitan dgn akhirat: jangkauan Islam itu ialah kehidupan
lahir dan batin, duniawi dan ~.
ukhuwah Ar persaudaraan: mereka bekerja seolah-olah dlm satu
keluarga besar, sentiasa bertolak ansur dan menjalin tali ~ antara
satu dgn yg lain; ~ Islamiah persaudaraan dlm Islam.
ukik sj permainan kanak-kanak dgn buah keras atau duit syiling.
ukir lukisan yg dibuat dgn memahat (menggores, menoreh, dll) pd
barang-barang perhiasan dll;
~ benam lukisan tenggelam (pd barang-barang perhiasan dll); ~
kencana lukisan pd barang emas; seni ~ seni membuat gambar dll
dgn pahat, seni pahat; tukang (juru, pandai) ~ orang yg pandai
membuat (membentuk dll) sesuatu dgn pahat;
berukir 1. berhiaskan lukisan-lukisan dll yg dibuat dgn cara
memahat (menggores, menoreh, dll): kerusi yg ~; 2. bergambar pd
kulit tubuh dll (digores-gores dan diwarnai), bercacah; mukanya ~
mukanya bercacah;
mengukir 1. membuat lukisan dll dgn cara memahat (menggores,
menoreh, dll): dia asyik menarah dan ~ papan cengal tebal; 2. ki
membentuk (senyuman), memperlihatkan, menampakkan (senyum
dll): mulutnya ~ senyuman;
ukir-mengukir perbuatan (kerja dsb) mengukir;
mengukirkan 1. melukiskan sesuatu dgn memahat (menggores,
menoreh, dll), melukiskan dgn mengukir: dia sedang ~ lambang
negara pd pintu besar bangunan itu; 2. menggambarkan sesuatu
(peristiwa dsb) dgn indah: sejarah telah ~ kisah-kisah penting
apabila masyarakat Islam mula dibangunkan di Madinah; 3. ki
melekatkan (menyimpan) dlm hati: kenang-kenangan manis itu
akan diukirkan dlm hati;
terukir 1. sudah diukirkan: gambar pagoda Siam ~ di situ; 2. ki
terbentuk, nampak, terdapat: di mukanya ~ senyum lebar
menyambut kedatangan Mak Siti;
ukiran 1. = ukir-ukiran sesuatu yg telah diukirkan, lukisan dll yg
terukir: bangunan itu agak muram, dihiasi dgn ~ timbul yg tidak
teratur letaknya; 2. hasil drpd mengukir, cara mengukir: bangsa
Melayu mempunyai keseniannya sendiri spt ghazal, dondang
sayang, barang-barang ~ emas, perak, tembaga, dan kayu;
pengukiran perihal (perbuatan, kerja, dsb) mengukir;
pengukir 1. orang yg mengukir, juruukir; 2. alat yg digunakan utk
mengukir (pahat dll).
UKM kep Universiti Kebangsaan Malaysia.
uktab Ar burung rajawali.
ukulele (ukulélé) sj alat muzik kecil bertali empat yg rupanya spt gitar
dan popular di Hawaii.
ukup 1. barang-barang harum (spt kemenyan, setanggi, dll) yg dibakar
utk mengasapi pakaian supaya berbau harum; 2. Jk membakar
kemenyan (setanggi dll); 3. ark bunga-bungaan (spt melati, mawar,
dll) yg digunakan utk mengharumkan teh; 4. bau-bauan yg wangi;
air ~ air wangi (utk mengharumkan pakaian): minyak ~ minyak
wangi;
berukup 1. mengasapi diri dgn asap kemenyan (setanggi dll) yg
dibakar; 2. sudah diukup dgn asap kemenyan (setanggi dll);
mengukup, mengukupi mengasapi pakaian dll dgn asap
kemenyan (setanggi dll), mendupai: Ampu Jatmaka memerintah
supaya berhala gangsa itu dilulur, diukup, dan dihias;
ukupan 1. barang-barang yg wangi (spt kemenyan, setanggi, dll)
utk mengukup; 2. = perukupan bekas tempat membakar ukup,
ceraka, pedupaan; 3. = pengukup sj sungkup drpd rotan dll tempat
meletakkan pakaian yg hendak diukup (di bawah sungkup itu
diletakkan pedupaan).
ukur 1. alat yg digunakan utk menyukat (utk mengetahui panjang, lebar,
dsb sesuatu), sukat (dlm kata majmuk); ilmu ~ pengetahuan bkn
sukat-menyukat tanah dll; pita ~ pita yg digunakan utk menyukat
(utk mengetahui panjang, lebar, dsb sesuatu); 2. Mn layak, padan,
patut; ~ mata dgn telinga ki menurut apa yg didengar dan dilihat; ~
alit sl aturan, tindakan; ~ jangka jangka waktu yg tertentu; ~ tanah
menyukat tanah (utk menentukan atau mengetahui panjangnya,
luasnya, dsb);
tukang ~ jalan ki orang yg kerjanya berjalan-jalan sahaja dgn tidak
menentu;
seukur 1. sama besarnya; 2. Mn secocok, sepadan; telah ~ a)
sepadan dgn; b) sama dgn; c) sepatutnya, selayaknya; d) sefaham
(dgn), seia sekata;
~ berbaur, bertopang bercerai prb jika sekata tentu bercampur
(bersatu) dan jika berlainan pendapat (fikiran) tentu bercerai;
mengukur 1. mencari luas (besar, lebar, dll) sesuatu dgn
menggunakan alat-alat, menyukat: maka sebentar-sebentar
diukurnya bayang-bayang itu; 2. ki menilai dgn
membandingkannya dgn yg lain, mencuba, menguji, memeriksa:
dr jalan rayalah dapat dipandang gelagat lelaki dan dapat diukur
perangai lelaki; mak tidak harus ~ segala-galanya drpd
pandangan diri mak sahaja; ~ jalan ki berjalan mundar-mandir di
jalan raya;
ukur baju di badan sendiri prb tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah
dipilih sesuai dgn kebolehan kita;
ukuran 1. alat yg digunakan utk mengukur (spt kayu skala, pita,
dll); 2. satuan atau unit kiraan utk mengukur (menyukat), sukatan:
berapa panjang jalan itu dlm ~ kilometer? 3. hasil drpd mengukur,
perolehan drpd mengukur; 4. besarnya (panjangnya, lebarnya, dll),
saiz: kasut ~ besar; 5. ki sesuatu yg digunakan sbg bandingan
(pegangan, nilaian, dll): sastera lama tidak boleh dan tidak dapat
dinilai dgn ~-~ moden;
pengukuran perihal (perbuatan, kerja, dsb) mengukur,
penyukatan: ~ bagi agama-agama ini mestilah menggunakan kayu
ukur yg sama;
pengukur 1. orang yg kerjanya mengukur, juruukur, tukang sukat;
2. alat yg digunakan utk mengukur atau menyukat (spt kayu skala
dll).
ulak Jk; mengulak melumatkan cabai (lada) dgn lesung batu.
ulak-ulak; ~ pinggang lekuk (keluk) di atas pinggang.
ulam I 1. daun-daunan atau buah-buahan mentah (spt daun pegaga, petai,
dll) yg dimakan dgn nasi, lalap: kami di rumah makan ~ pucuk
janggus dgn sambal belacan; 2. = ulam-ulam, ulaman ki
perempuan simpanan, gundik;
~ mencari sambal prb perempuan mencari (mendatangi) lelaki;
hendak ~ pucuk menjulai, = pucuk dicita ~ tiba prb yg diperoleh
lebih baik drpd yg dikehendaki;
ulam-ulaman berbagai-bagai jenis ulam: ~ spt pucuk paku, pucuk
gajus, pucuk ubi kayu, dan pegaga sering terdapat di restoran itu;
berulam makan nasi dgn ulam: saya suka makan ~; makan ~ ki
sudah beristeri;
berulamkan memakan sesuatu sbg ulam: kamu makan tengah hari
tadi ~ apa?
ulam II; ~ raja sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat ulam), Cosmos
caudatus.
ulama orang yg ahli (pakar) dlm pengetahuan agama Islam: Imam Abu
Hanafiah ialah seorang ~ Islam yg terkenal;
mengulamakan menjadikan seseorang (golongan) ulama: ~
intelektual; alim I.
ulan; ~ bukit sj tumbuhan (pokok memanjat), Lettsomia peguensis; ~
gajah sj tumbuhan (pokok memanjat), Lettsomia maingayi; ~
jantan sj tumbuhan (pokok memanjat), Erycibe princei; ~ pelanduk
sj tumbuhan (pokok memanjat), Merremia hederacea; ~ putih sj
tumbuhan (pokok memanjat), Aniseia martinicensis; ~ raya sj
tumbuhan (pokok memanjat), Merremia vitifolia; ~ susu sj
tumbuhan (pokok memanjat), Pueraria phaseoloides; ~ tapak
pelanduk sj tumbuhan (pokok memanjat), Merremia umbellata.
Ulanda ark Belanda.
ulang balik pula, kembali dr permulaan, kembali semula; cetak ~ cetak
kembali, cetak sekali lagi;
~-aling a) bolak-balik, mundar-mandir, ulang-alik; b) tidak tetap
letaknya (perahu dipukul gelombang dll), terumbang-ambing; ~
bicara pembicaraan yg diadakan sekali lagi (di mahkamah yg lain);
~ tahun a) hari jadi (lahir); b) hari perayaan (tiap-tiap tahun) utk
menyambut kemerdekaan negara (sesuatu peristiwa penting);
seulang sekali (lagi); ~ tayang tayangan atau pertunjukan (filem di
TV dsb) yg diulang;
ulang-ulang sj hiasan sanggul (drpd rangkaian bunga);
berulang 1. kembali (ke), pulang (ke): kami selalu juga ~ ke mari
kerana ayahanda bonda ada lagi; 2. dilakukan dll sekali lagi,
berlaku (terjadi) lagi: kita tidak mahu tuduhan itu ~ lagi; ~ kali
kerap kali, berkali-kali; ~ kata selalu mengatakan apa-apa yg telah
dikatakan; ~ kembali berlaku (terjadi dll) lagi; ~ tahun merayakan
hari ulang tahun;
berulang-ulang 1. selalu pergi balik (ulang-alik, mundar-mandir):
sahaya ~ ke rumahnya meminta wang itu; 2. kerapkali atau
berkali-kali melakukan sesuatu, beberapa kali: lagu yg baru
dipelajari hendaklah dimainkan ~ supaya kanak-kanak betul-betul
tahu akan lagu itu;
mengulang 1. melakukan sesuatu sekali lagi, berbuat lagi (apa yg
telah dilakukan): yg salah dihukum supaya ia tidak akan ~
kesalahannya; 2. mempelajari kembali apa-apa yg telah diajarkan,
menghafal pelajaran: tolong perhatikan supaya anak-anak ~
pelajaran mereka di rumah; 3. pergi mendapatkan, mendatangi:
terpaksalah datuk ~ isterinya yg baru itu beberapa kali dlm
seminggu;
~ jejak a) kembali melakukan apa-apa yg telah dilakukan dahulu,
berbalik mengerjakan yg dahulu-dahulu; b) berbalik kpd isterinya
yg dahulu, rujuk kembali; ~ tayang menayangkan (filem di TV
dsb) buat kali kedua (ketiga dsb);
mengulangi 1. = mengulang-ulang, mengulang-ulangi selalu
benar melakukan (sesuatu), kerap kali mengulang: dia ~
pertanyaannya yg masih belum berjawab; 2. = mengulang-ulangi
selalu pergi ke (utk menengok, menziarah, dll), kerap kali
mendatangi: sejak dia menanam
tebu, pegawai-pegawai pertanian selalu ~ ladangnya; 3.
mempelajari kembali (apa-apa yg telah diajarkan), menghafal
kembali (pelajaran): setelah makan malam, aku duduk di meja
kerja ~ pelajaran sekolah;
terulang sudah diulang(i), kembali (terjadi) lagi;
ulangan 1. sesuatu yg dilakukan lagi, sesuatu yg berlaku berkali-
kali, sesuatu yg diulang (diulangi): dlm bait syair ini, penyair mem
buat permainan suara yg berupa ~ suara ‘ut’; 2. Id sj ujian utk
mengetahui sejauh mana murid-murid dapat mengikuti pelajaran
yg sudah-sudah; ~ umum ujian bkn semua mata pelajaran; 3.
perbuatan datang lagi kpd, perbuatan mengulangi: dia terus-
menerus juga mengulangi gadis itu dan setiap ~nya mendapat
sambutan yg memuaskan; 4. yg diulangi, yg dilakukan (disiarkan
dll) utk kali keduanya dan seterusnya: latihan ~ ; siaran ~
Puspawarna;
keberulangan keadaan berulang;
perulangan 1. perihal berulang (berulang-ulang); 2. (sesuatu) yg
berulang atau diulang-ulangi: satu contoh ialah penggunaan ~;
pengulangan perihal (perbuatan dsb) mengulang (mengulangi):
ada satu lagi jenis kata ulang iaitu kata-kata yg dlm ~nya
mengalami pergantian bunyi vokal atau bunyi konsonan; ~
kesalahan demikian tidak dapat dibiarkan begitu saja;
pengulang 1. orang yg mengulang (mengulangi); 2. Id orang yg
membantu memberi pelajaran kpd mahasiswa di luar kuliah.
ulang-alik kerap kali (berkali-kali) pergi dan balik, bolak-balik, mundar-
mandir: empat kali Pak Pandir dgn Mak Andeh berangkut ~,
baharulah habis semuanya;
berulang-alik berpergian dan kembali pula (berkali-kali), pergi (ke
sesuatu tempat) dan balik, berulang: aku tahu perahu besar di
Kuala Terengganu itu bukan sahaja ~ ke Pahang, tetapi juga ke
Siam;
pengulang-alik (Kej) peranti elektrik yg menukarkan kuasa
mekanik kpd kuasa elektrik dan membekalkan arus ulang-alik.
ulang kaji kajian semula (kembali);
mengulang kaji 1. mengulangi kajian, mengkaji semula,
mempelajari kembali: kamu hendaklah ~ pelajaran kamu dgn
memakai buku-buku panduan yg lain; 2. ki meneliti kembali,
memeriksai kembali: kedua-duanya telah ~ perhubungan antara
kedua-dua buah negeri; ~ dasar luar negara.
ulap-ulap I sj pengat keladi (pisang) dgn santan.
ulap-ulap II 1. Jk melambai-lambaikan tangan utk memanggil dll; 2. Jw
meletakkan tangan pd paras kening mata spt hendak melihat jauh
(gerak-geri dlm tarian dll).
ular I sj binatang menjalar yg tidak berkaki dan kulitnya bersisik (ada yg
berbisa dan ada yg tidak);
~ belerang sj ular laut yg berbisa, Pelamis platurus; ~ cincin emas
sj ular, Boiga dendrophila; ~ cindai sl sj ular; ~ kapak bakau sj
ular, Trimeresurus purpureomaculatus; ~ katam tebu sj ular,
Bungarus fasciatus; ~ kepala aruan sj ular, Xenopeltis unicolor; ~
kepala dua a) sj ular, Cylindrophis rufus; b) ki orang yg munafik;
~ lidi = ~ tambang sj ular yg kecil dan berbisa, Ahaetulla
ahaetulla; ~ matahari sj ular, Maticora intestinalis; ~ minum = ~
mengiang Mn = ~ danu Kd pelangi; ~ sawa sj ular, Python
reticulatus; ~ selimpat = ~ laut biasa sj ular, Enhydrina schistosa;
~ sinar matahari = ~ matahari biru sj ular, Maticora bivirgata; ~
tedung sj ular, Naja naja; ~ tedung abu (selar) sj ular,
Ophiophagus hannah;
~ bukan, ikan pun bukan prb seseorang yg tidak dapat ditentukan
jahat atau baiknya; ~ kepala dua = sekerat ~ sekerat belut prb
orang yg tidak teguh memegang kata-katanya (selalu berubah-ubah
pendirian dsb), orang yg munafik; ~ dipukul jangan mati, kayu
pemukul jangan patah, tanah dipala jangan lembang = spt memalu
~ dlm benih, ~ jangan mati, benih jangan rosak prb menyelesaikan
sesuatu perkara (menghukum atau memperdamaikan orang)
hendaklah dgn seadil-adilnya; bagai ~ dgn legundi prb perihal
seseorang muda yg sangat lekat hatinya pd kekasihnya; bagai ~
dgn orang prb perihal dua orang bersaudara yg tiada mahu
berkenalan; biar ~ mati dan kayu tiada patah prb binasakanlah
musuh dgn tidak merosakkan diri sendiri; jika ~ menyusur akar,
tiada akan hilang bisanya prb orang besar dan mulia itu, tidak
hilang martabatnya jika dia merendahkan diri sekalipun; kerosok ~
si rumpun bambu prb jangan takut akan ancaman orang; macam ~
kekenyangan prb perihal seseorang yg buncit perutnya dan kerana
itu jalannya tidak betul; melangkahi ~ prb melakukan sesuatu yg
sangat berbahaya; naga ditelan ~ lidi prb anak orang bangsawan
berkahwin dgn orang kebanyakan; spt ~ kena palu = cengkeling
bagai ~ dipukul prb a) geliang-geliut kerana kesakitan dan marah;
b) bengkang-bengkok tidak beraturan (spt jalan atau jahitan yg
tidak lurus); sudah tampak kaki ~ prb telah diketahui tingkah laku
seseorang yg buruk (yg dahulunya tidak diketahui);
ular-ular 1. = ularan sj pembuluh drpd getah, salur getah, hos; 2.
carik kain (kertas, sutera) yg panjang-panjang;
mengular 1. = mengular-ular bengkang-bengkok (bkn keadaan
jalan dsb): ada jalan yg ~-ular tetapi kemudiannya lurus spt jalan
ke kampung saya; 2. ki bersikap malas, suka ponteng kerja dsb:
ada segelintir pekerja yg suka ~.
ular II; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Freycinetia angustifolia;
kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Strychnos ligustrina; paku ~ sj
tumbuhan (pakis), Pleopeltis phymatodes;
ular-ularan sj tumbuhan (pokok memanjat), Tinospora coriacea.
ular-ularan Mn kejang atau tegang (urat betis dll).
ulas I 1. kain yg dijadikan sampul, sarung (bantal, tilam, dll), kelubung:
beberapa jenis kain ~ tiang yg indah-indah; 2. kulit buah (biji dll):
pd masa padi itu direndam dan diwapkan, setengah drpd vitamin
B1 yg mudah larut itu serap masuk ke dlm ~ beras;
berulas ada ulasnya, bersarung (bantal dll), bersampul;
mengulas, mengulasi memberi bersarung (bersampul),
menyampul, menyaluti;
ulasan sarung (bantal dll), sampul.
ulas II 1. isi buah, biasanya berbiji, yg bergugus-gugus dan boleh
dipisah-pisahkan, mis buah durian, nangka, manggis, limau dan
langsat: setiap pangsa durian itu biasanya mengandungi dua atau
tiga ~ sahaja isinya; 2. penjodoh bilangan utk bahagian buah yg
berbiji dll: lalu dipinta se~ nangka pd penghulu istana itu;
beberapa ~ bawang;
limau masak se~ prb kepandaian yg melebihi kepandaian saudara-
saudaranya yg lain;
berulas berbentuk atau menyerupai ulas: isi buahnya putih, ~,
lembut dan manis;
berulas-ulas timbul ketul-ketul yg menyerupai ulas (bkn otot
badan dsb): daging pd bahagian lengannya kelihatan ~; badannya
~ kerana mengamalkan sukan angkat berat.
ulas III; juru~ orang yg menghuraikan (mengupas) sesuatu, jurutafsir;
mengulas memberi tafsiran (penerangan lanjut, pendapat, dll)
tentang sesuatu, mengupas, mentafsir: majalah itu telah ~ filem
‘Penarik Beca’ sbg filem yg terbaik dlm tahun 1955;
ulasan huraian tentang sesuatu, kupasan, tafsiran;
~ buku kupasan isi sesebuah buku (oleh pengkritik buku); ~ selari
huraian yg dibuat ketika sesuatu kejadian (upacara, pertandingan,
dll) sedang berlangsung;
pengulasan perbuatan mengulas: ~ dan penjelasan tentang karya
sastera;
pengulas orang yg mengulas, juruulas.
ulas IV Mn penghubung, sambung, sambungan;
berulas ada ulasnya, bersambung, bersambungan; tangannya ~ ki
ada yg membantu atau menolong;
mengulas menjadikan berulas, menyambung, melanjutkan,
memanjangkan: singkat diulas, panjang dikerat; ~ kayu
menyambung kayu (supaya menjadi panjang); ~ tali menyambung
tali;
~ bicara ki terus berbicara; tanganku diulas olehnya ki aku dibantu
(ditolong) olehnya;
ulasan sesuatu yg diulas, lanjutan, sambungan; ~ lidah ki orang yg
jadi perantara utk menyampaikan pesan orang dll, jurubicara;
perulasan tempat pertemuan sesuatu yg disambung.
ulas tangan 1. ki pembantu dlm sesuatu hal; 2. ki kakitangan, pekerja;
berulas tangan ki ada yg membantu (menolong), mempunyai
pembantu; ~ dan lidah ki mendapat bantuan tenaga dan tunjuk ajar;
mengulas tangan ki memberi pertolongan kpd, membantu,
menolong.
ulat I 1. sj binatang kecil yg umumnya lembut dan banyak kakinya (akan
menjelma menjadi kepompong dan seterusnya kupu-kupu); 2.
segala macam anak serangga yg masih lembut badannya (spt
berenga, lundi, dll); macam ~ ki terlalu banyak (bkn orang yg
berhimpun di sesuatu tempat dsb); 3. (Komp) sj atur cara yg
memadamkan data drpd ingatan komputer secara perlahan-lahan;
~ bulu a) ulat yg berbulu badannya; b) orang (lelaki) yg gatal; ~
bulu laut sj ulat yg digunakan utk racun, Chloeria flava; ~ daun sj
ulat yg memakan daun-daunan; ~ gading = ~ layar sj ulat yg
merosakkan batang padi; ~ kecar lotong sj ulat, Atopos maximus; ~
ratus sj ulat yg memakan daun dan batang padi, Spodoptera spp.;
~ sutera sj ulat yg mengeluarkan benang utk dijadikan sutera,
Bombyx mori;
bagai ~ nangka terhempas ke batu prb orang yg jahat itu tidak
berasa serik oleh kesusahan drpd kejahatannya; bagai melihat ~
prb sangat benci (meluat) melihat sesuatu; korek lubang ~ prb
sengaja mencari perselisihan; menggeletik-geletik bagai ~ nangka
= menggeletik-geletik bagai ~ cempedak = terloncat-loncat bagai ~
pinang prb a) orang yg gelisah; b) perangai yg tidak tetap dan tidak
sungguh ketika duduk (berjalan); c) anak gadis yg lincah
perangainya;
berulat ada ulat(nya), buruk (rosak) kerana dimakan ulat: buah yg
manis itu acapkali ~; ~ mata melihat prb sangat benci atau meluat
melihat sesuatu.
ulat II ulet.
ula-ula ark secarik sutera (kertas dll) yg panjang, ular-ular.
ulayah, ulayat ark daerah, kawasan (yg sudah dimiliki); tanah ~ tanah yg
sudah tentu pemiliknya tetapi belum dikerjakan; wilayah.
ulekan Jk air berpusing, pusaran (kisaran) air; olak I.
ulem Jw; mengulemi menjemput, mengundang;
uleman jemputan, undangan.
ules Jk; mengules menumbuk dll hingga lumat, melumatkan,
menghancurkan.
ulet 1. tidak mudah patah (putus, pecah), tidak getas, kuat, liat: tali ini
kurang ~; 2. ki berusaha dgn giat dan tabah utk mencapai sesuatu:
mereka sangat ~ dlm berniaga;
keuletan 1. ketabahan hati (dlm menghadapi sesuatu), kecekalan;
2. usaha yg giat, kecekapan, kegiatan (yg bersungguh-sungguh).
uli I sj kuih yg dibuat drpd beras pulut;
beruli (sudah) diramas-ramas dan ditekan-tekan (adunan roti, kuih,
dll) dgn tangan utk menyebatikannya: dia menarik mangkuk
tepung yg sudah ~ ke hadapannya;
menguli meramas-ramas dan menekan-nekan (adunan roti, kuih,
dsb) dgn tangan utk menyebatikannya: tepung itu dicampur dgn air
dan diuli sehingga lembut;
ulian sesuatu yg diuli;
pengulian perbuatan (proses atau kerja) menguli: dgn adanya
mesin baru, kini ~ tepung dapat dibuat dgn cepat, banyak dan
bersih;
penguli 1. orang yg (kerjanya) menguli: dua ~ roti, Mahmud dan
Muhamad; 2. alat utk menguli: pengeluaran roti dan kek
syarikatnya telah meningkat dgn penggunaan mesin ~ tepung yg
baru dan canggih.
uli II sl baik atau elok (utk nama timang-timangan).
ulik I ulak.
ulik II (Sunda); mengulik mengusut, menyelidiki.
ulik III; ~ mayang persembahan tradisional dlm bentuk tarian, nyanyian,
dan lakonan.
ulin; Br pengulin bidan.
uling I = ~ anjing sj ikan laut (belut) yg besar, Anguilla bicolor.
uling II Kl alat penggulung layar.
ulir alur-alur pd skru, bebenang skru;
berulir mempunyai ulir, ada ulirnya: sesendal yg amat anjal serta
tudung yg ~.
ulit I; berulit 1. sedang bernyanyi utk menidurkan anak, berdondang utk
menidurkan anak; 2. = ~ dgn tidur bersama-sama, tidur dgn: dia ~
dgn anaknya;
mengulit, mengulit-ulit, menguliti, mengulitkan 1. menidurkan
anak dgn menyanyi, mendodoikan anak, mendondong; 2. Mn
memeluk, memangku, merangkul: dia rela tubuhnya diulit oleh
pemuda itu;
pengulit 1. lagu atau nyanyian utk menidurkan (anak dll), dodoi,
dondong: maka biduanda yg baik suara pun menyanyilah lagu ~
putera raja beradu; 2. penghibur (hati), pelipur: ceteranya
dipindahkan drpd bahasa Jawa kpd bahasa Melayu, akan
penghibur hati yg masyghul, akan ~ hati yg dendam.
ulit II Mn tidak mudah (membayar hutang dll), liat.
uli-uli sj ikan laut, Harpodon nehereus.
ulna (Bio) tulang terbesar pd lengan bawah manusia (yg terletak pd sisi
lengan yg bertentangan dgn ibu jari) atau pd anggota vertebrat yg
sepadan.
ulser (Ubat) kerosakan pd permukaan sesuatu organ atau tisu yg
mengakibatkan luka yg lambat pulih.
ultimatum amaran yg terakhir yg mesti dipatuhi dlm tempoh tertentu,
kata dua.
ultra- awalan asing teramat sangat, keterlaluan, terlampau, berlebih-
lebihan, mis ultrakonservatif dan ultramoden.
ultrabunyi tenaga pancaran mekanik yg digunakan semasa mendiagnosis
pelbagai jenis penyakit: ujian ~ dilakukan utk menilai
pertumbuhan bayi di dlm kandungan.
ultrakonservatif terlalu konservatif.
ultralembayung ultraungu.
ultramoden terlalu moden.
ultrasonik berkaitan dgn atau menghasilkan gelombang yg sama sifatnya
dgn gelombang bunyi tetapi frekuensinya lebih drpd frekuensi
audio.
ultrasonografi (Ubat) penggambaran struktur dalaman tubuh dgn
menggunakan pantulan gelombang ultrabunyi.
ultraungu lingkungan spektrum elektromagnet yg terbentuk antara
gelombang 10 hingga 380 nm (lebih pendek drpd gelombang
cahaya tetapi lebih panjang drpd gelombang sinar-X).
ultra vires (ultra virés) (Latin) (Udg) melampaui atau di luar kuasa atau
autoriti yg sah seseorang, sesebuah badan dsb: sebaliknya, jika
pihak berkuasa bertindak secara melangkaui kekuasaan atau ~,
maka pihak yg terjejas akan mendapat penghakiman yg
sewajarnya.
uluh; ~ ulai sj tumbuhan (pokok), celeguri, lampin budak, seleguri,
tudung roman, Clerodendron disparifolium.
uluh-uluh sj tumbuhan (pokok), Diplospora malaccense.
ululazmi Ar yg memiliki keteguhan hati (iaitu gelaran yg diberikan kpd
Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi
Muhammad SAW kerana paling banyak mengalami penderitaan
dan ujian dlm berdakwah, namun begitu mereka telah
menghadapinya dgn penuh ketabahan dan kesabaran).
ulun sl hamba, abdi, sahaya.
ulung I bp sulung.
ulung II 1. (yg) telah lama melakukan sesuatu (pekerjaan dll), telah lama
berkhidmat (berbakti): Allahyarham Tun Razak negarawan ~ ; 2. =
terulung banyak pengalamannya, cekap, mahir, pandai, terbaik:
beliau seorang tokoh kebangsaan yg ~, anak Melayu yg disegani,
dan disanjung tinggi; projek ini adalah langkah ~ yg amat
membanggakan; 3. cerdik lagi sangat licin (bkn pencuri dll),
banyak tipu muslihatnya, pintar: beliau dianggap sbg ejen mereka
yg ~ dan dipercayai sepenuhnya dapat melaksanakan tugas yg
dipertanggungjawabkan;
keulungan perihal ulung, kebijaksanaan, kecerdikan, kepintaran:
~nya terletak pd ketajaman penanya dlm berpolemik.
ulung-ulung Jk sj burung helang.
ulup lubang tempat rantai sauh (jangkar) di haluan kapal.
UM kep Universiti Malaya
uma ark huma.
umah ark rumah.
umak ark emak.
uman Jw ark; menguman, menguman-uman mengata-ngatai, mencerca,
mengumpat.
umanah, umanat Ar amanah.
umang-umang 1. sj ketam laut yg kecil (umumnya bersarang di kulit
siput); 2. ki orang yg suka bergaya atau berlagak dgn pakaian
orang lain;
bagai ~ prb orang yg berlagak dgn pakaian yg dipinjam; laksana
bintang ~, di mana sarang udang, di situ tempat menumpang prb
perihal kemiskinan seseorang yg bergantung hidup pd orang lain;
sarang unam dimasuki ketam menjadi ~ prb a) orang yg menyamar
kerana sesuatu muslihat; b) barang yg sama jika berlainan
keadaannya maka berlainanlah pula namanya.
umapodi (Tamil) sj kudap-kudapan (makanan ringan) India yg agak
pedas rasanya.
umara Ar jamak bagi amir.
umarak Ar para pemimpin atau golongan pemerintah.
umat 1. para pemeluk atau penganut sesuatu agama, pengikut Nabi: ~
Islam terdiri drpd bermacam-macam bangsa dgn berbagai-bagai
bahasa; 2. seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai; ~ Asia-
Afrika; 3. segolongan manusia, bangsa: ayuhai kaum bangsaku,
cubalah kita renungkan kedudukan ~ kita, Melayu! 4. = ~ manusia
seluruh bangsa manusia, sekalian manusia: Nabi bagi segala~.
umbai I rumbai I.
umbai II = ~ usus sj usus yg kecil pd usus buntu.
umbai III umbuk.
umbai IV; rumpai ~ sj tumbuhan (rumpai), Thoracostachyum
hypolytroides.
umbalan ark wang tambang atau sewa (bas, perahu, dll).
umbang I; mengumbang ark 1. timbul terapung-apung di permukaan
air, mengapung (di laut dll): sebuah perahu yg ~ di tengah laut; 2.
belayar ke kapal dll): seketika geliung pun ~ ke tengah lautan serta
diiringkan oleh penjajap;
terumbang-umbang terapung atau terkatung-katung (spt
dipermain gelombang), terayun-ayun ke kiri ke kanan, turun naik
di permukaan air (bkn perahu dll): ibarat perahu yg ~ dibuai
ombak.
umbang II ark kelihatan besar dan menakutkan (menggerunkan).
umbang-ambing; mengumbang-ambingkan 1. menggerak-gerakkan
turun naik (kapal dibuai ombak dll), mengapung-apungkan turun
naik; 2. ki menjadikan tidak tenang (fikiran dll), menjadikan
bergelora (perasaan): sementara aku diumbang-ambingkan
perasaan kacau, terdengar bunyi pintu diketuk orang;
terumbang-ambing 1. bergerak-gerak turun naik (terenjut-enjut),
timbul atau hanyut terapung-apung turun naik di permukaan air
(bkn perahu dll yg dibuai ombak): perahu yg diusung ribut ke
tengah samudera ~ menunggu kapal besar datang menolong; 2. ki
dlm keadaan yg berkecamuk (tidak tentu tujuan), gelisah atau
bergelora, berkacau-bilau (fikiran dll): Dahlan sendiri sedang ~
dlm kebimbangan; di sana hatinya ~;
keterumbang-ambingan keadaan yg terumbang-ambing: malah
mereka sendiri menghadapi krisis ~ budaya dan krisis identiti;
perumbang-ambingan perihal terumbang-ambing.
umbar; mengumbar 1. membiarkan lepas atau bebas, membebaskan (dr
kurungan): ~ ayam dr reban; 2. ki menurutkan hawa nafsu,
melepaskan (keinginan), menghulur.
umbara; mengumbara mengembara; kembara.
umbi I 1. sj akar yg menjadi gemuk dan berisi (keledek, kemili, dll); 2.
perdu batang yg menjadi gemuk dan berisi (keladi, talas); 3.
pangkal pokok yg berdaun tunggal (spt pokok kelapa, pisang, dll);
4. = akar ~ akar drpd batang yg terus masuk lurus ke dlm tanah,
akar tunjang; 5. bahagian yg tertanam (tiang, pancang, dll); 6. ki
punca atau asal drpd sesuatu, asal, mula, pokok, pusat: semua ini,
jika kita berbalik kpd ~ dan niat, adalah bertolak drpd kekosongan
iman dlm diri;
berumbi ada umbinya, berisi; berurat ~ sudah terlalu mendalam
dlm hati (perasaan dll), sudah kukuh;
umbi-umbian segala jenis umbi (keladi dll).
umbi II; umbuk-~ ark berbagai bujukan dan belai; umbuk.
umbisi jenis batang bawah tanah yg berbentuk spt bebawang, dilapisi
kulit nipis dan tumbuh menegak.
umbra (Fiz) bahagian bayang yg sangat gelap (bayang bumi atau bulan).
umbuk kata-kata yg manis atau janji yg muluk-muluk (utk memujuk,
memperdaya, dll); ~-umbai = ~-umbi berbagai-bagai pujuk dan
rayu;
mengumbuk 1. memujuk dgn kata-kata yg manis (janji yg muluk-
muluk), memperdayakan orang dgn kata-kata yg manis: oleh sebab
itu, kelak akan diumbuknya Encik Yatim supaya dia meninggalkan
pekerjaannya yg sekarang ini; 2. memujuk supaya senang hati,
menyenangkan (menghibur) hati: tenang hatinya setelah diumbuk
oleh kakaknya;
pengumbuk orang yg memujuk dgn kata-kata yg manis (utk
menipu, memperdaya, dll).
umbul Mn lekas menjadi besar, subur, umbur.
umbul-umbul Jw sj bendera yg panjang, kalimantang, ular-ular.
umbun-umbun ark ubun-ubun.
umbur Mn lekas menjadi besar, subur, umbul.
umbut I pangkal pucuk batang pokok palma (kelapa, pinang, dll) yg
lembut dan boleh dimakan: mencari ~ utk dimakan;
cari ~ kena buku prb mencari yg baik, mendapat yg buruk;
mencari ~ dlm batu prb membuat pekerjaan yg sia-sia;
mengumbut mencari (mengambil) umbut (drpd pohon kelapa,
enau, dll).
umbut II; mengumbut 1. menarik kembali (tali yg dihulurkan dll),
membongkar (sauh): maka jurubatu pun ~ sauh langsung
berdayung; 2. mencabut; ~ hati mengambil hati; ~ nyawa
mencabut nyawa, membunuh.
umbut-umbut sj ikan darat, Barynotus microlepis, umut.
umi Ar ibuku.
umm Ar ibu (dlm kata majmuk); ~ ulbuldan ibu kota.
ummah Ar umat (biasanya dimaksudkan umat Islam): sistem dan
ideologi sekular mesti terjadi bukan sahaja dlm diri individu tetapi
juga di kalangan ~ kerana Islam tidak mengiktiraf pemisahan
kehidupan agama drpd kehidupan sekular.
ummi I umi.
ummi II Ar tidak berpendidikan (orang yg buta huruf): Nabi Muhammad
ialah seorang ~; ammi.
UMNO akronim bagi United Malays National Organisation (Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu).
umpak I Jk batu alas tiang rumah, batu sendi;
mengumpak, mengumpak-umpak memberi puji-pujian, memuji(-
muji), mengangkat(-angkat), menyanjung(-nyanjung).
umpak II ark; mengumpak-umpak menyuruh mengerjakan sesuatu
lekas-lekas, menggesa-gesa(kan).
umpama 1. (sesuatu yg dijadikan) perbandingan, ibarat, misal: yg
disebutnya tadi hanya sbg ~ sahaja; 2. = ~nya sesuatu yg dijadikan
contoh, misalnya: banyak kehasilan negeri Lampung, ~, terutama
lada kecil atau merica dan karet; 3. = spt ~ = seumpama sama
halnya dgn, tidak ubahnya spt, misalnya, sebagai: budak-budak ~
rebung, boleh dilentur dan dibentuk; 4. sesuatu yg hanya dijadikan
misalan sahaja (bukan sungguh-sungguh), andai: itu hanya ~,
bukan sungguh-sungguh; 5. = ~ kata = ~nya = seumpama,
umpamakan jika sekiranya, katakanlah kalau, seandainya, andai
kata: ~ engkau banyak wang, apa yg hendak kaubuat?; seumpama
hari hujan, ke mana kita hendak lari?; umpamakan engkau pergi
merantau, bagaimana engkau menyesuaikan diri dgn masyarakat
asing?; bukan (tidak) ~ lagi berlaku tidak sopan, tidak hormat lagi
kpd;
seumpama 1. sama seperti (sesuatu yg telah dinyatakan), serupa
dgn: kehidupannya bergantung pd susu ibu ataupun cecair yg
~nya; 2. umpama;
berumpama menggunakan umpama (ibarat, misal), bercakap dgn
umpama;
mengumpama sl menaruh hormat (kpd), menghormati: jangan
diperbuat segala pekerjaan yg tidak berbahasa dan tiada ~ kpd
segala indera dan dewa;
mengumpamai 1. sl sama dgn, menyamai, menyerupai; 2. =
mengumpamakan memberi hormat kpd, menghargai,
menghormati;
mengumpamakan 1. menganggap sama dgn, menjadikan contoh
(kiasan, ibarat), mengibaratkan, membandingkan (dgn): mata
manusia bolehlah diumpamakan sbg sebuah kamera; 2. melakukan
atau mengatakan sesuatu sbg contoh (sbg ulangan drpd yg telah
dilakukan), memberitahu bagaimana (dgn gaya dll): beliau telah ~
bagaimana beliau dapat mengelakkan diri drpd tikaman pencuri
itu; 3. menganggap sbg misalan (bukan sungguh-sungguh),
memisalkan, menyifatkan: aku umpamakan kau dikahwinkan dgn
seorang pemuda dr bangsamu sendiri; 4. menunjukkan hormat
(menghargai) spt yg selayaknya, menghormati (sebagaimana
mestinya): segeralah ia tangkap, jika ia melawan, bunuh olehmu,
kerana ia tidak ~ daku;
terumpamakan dapat disamakan atau dibandingkan dgn yg lain
yg sepertinya: pantai putih bersih tak ~;
perumpamaan 1. = umpamaan sesuatu yg dianggap sama dgn,
ibarat, misal: dgn menggunakan ~ dan lambang, penyajak dapat
memberi makna yg banyak dan berlapis-lapis pd ungkapan-
ungkapan katanya; 2. sj peribahasa yg berupa perbandingan dgn
sesuatu yg lain (umumnya mengandungi ajaran); 3. sesuatu yg
dijadikan contoh (mis hal-hal yg telah berlaku dll).
umpan 1. sesuatu yg dilekatkan pd kail (di bubuh pd perangkap dll) utk
memikat atau menangkap ikan (binatang dll): kalau mengail ikan
sembilang, gunakanlah ~ anak kerengga; 2. makanan (beras, padi,
dll) utk binatang ternakan; ~ apa yg engkau berikan kpd ayam
engkau ini, semuanya gemuk-gemuk; 3. makanan yg diberikan kpd
orang lain; 4. habuan, mangsa: tinggallah bangsa kita yg tiada
bersenjata menjadi ~ tentera Jepun; 5. ki sesuatu yg dilakukan utk
memerangkap (memperdaya) orang: langkah tiga sapu ini boleh
juga dikatakan langkah ~ atau boleh juga disebut langkah tiga
mengelirukan lawan;
~ alir umpan yg digunakan utk menangkap buaya; ~ api sesuatu yg
mudah terbakar digunakan utk menyalakan api; ~ golok (keris,
peluru) (akan) mati menjadi sasaran golok (keris, peluru); ~
harimau mangsa harimau; ~ hawa nafsu sesuatu utk memuaskan
hawa nafsu; ~ tekak makanan utk membangkitkan selera makan;
~ habis, ikan tak dapat = habis ~ kerong-kerong tak dapat prb
perbuatan atau usaha yg tidak memberi hasil, hanya mendatangkan
rugi dan lelah sahaja; ~ seumpan, kail sebentuk prb perbuatan yg
sia-sia (kerana tidak mempunyai persediaan yg cukup);
berumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan: taburan
berbagai-bagai janji manis yg semuanya ~ wang;
mengumpan 1. memikat binatang dgn menggunakan umpan: apa
yg elok digunakan utk ~ ikan haruan? 2. = mengumpani memberi
umpan (makanan dll) kpd; 3. ki melakukan sesuatu supaya orang
terpikat (terjebak, terpedaya), mengenakan (menipu, memperdaya)
orang dgn sesuatu: orang itu mudah disuap dan diumpan dgn
barang-barang mewah;
mengumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan, melekatkan
(meletakkan) umpan pd: apa yg engkau umpankan dlm jebak itu?
umpat I = umpatan 1. kata-kata yg bermaksud utk menodai nama orang
(merugikan orang), fitnah: aku dibuang negeri ini kerana ~ orang;
2. kata-kata mengeji (mengejek) kerana marah (menyesali sesuatu
dll) terhadap orang yg bersalah dll, cercaan, sesalan: Mak Guna
menyudahi nasihatnya dgn umpatan, ‘Seolah-olah kehendak dan
perintahku itu bukan utk kebaikanmu sendiri semata-mata’; 3.
perasaan kesal yg amat sangat (kerana kata-katanya tidak
dipedulikan orang dll), geram, jengkel; tidak ~ yg membunuh, tidak
puji yg mengenyang prb jangan dihiraukan sangat umpat atau puji
orang kerana kedua-duanya tidak merugikan atau menguntungkan;
umpat-umpatan segala macam umpat, pelbagai kata yg
melahirkan rasa kesal (marah dll): dia selalu mendengar ~,
bangkit-bangkitan ibunya;
mengumpat 1. mencela-cela (memburuk-burukkan) orang lain di
belakangnya, mengatai (orang) di belakang: mereka bergunjing
dan ~ iaitu menyiarkan kesalahan dan aib manusia kpd orang lain
di belakang; 2. mencela, mengejek, mengeji: berdosa mencela dan
~ orang; 3. memarahi (mengutuk, menyumpah) orang kerana
berlaku tidak patut kpd kita, menghamun;
umpat-mengumpat saling mengumpat antara satu sama lain:
takbir yg dilaungkan ketika mendengar ceramah pd malam itu
mungkin tidak bermakna sekiranya ia diselitkan dgn ~;
pengumpatan perihal (perbuatan) mengumpat;
pengumpat (orang yg) suka mengumpat.
umpat II umpet.
umpau Jh tempat menyimpan wang, pundi-pundi.
umpet Jk; petak ~ bermain cari-carian, bermain bersembunyi dan
mencari;
mengumpet menyembunyikan diri (supaya jangan kelihatan),
bersembunyi;
umpetan perihal mengumpet (bersembunyi).
umph bp rasa ghairah (bertenaga, hebat, menarik dsb): mereka kata
mereka suka watak itu dan mereka rasa ada ~!; kopi yg
dibancuhnya itu tak ada ~!
umpil; mengumpil 1. mengangkat (mengalih, menggerakkan, dll) benda
berat dgn menggunakan tuas dsb, mengungkil, menuil; 2.
menanggalkan (mencabut dsb) sesuatu yg terlekat atau tertutup
rapat dgn tuil dsb: kerja ~ tutup tong yg rapat itu tidak juga
berhenti-henti; 3. mengayuh dgn dayung yg dilekatkan pd bibir
perahu dll (seolah-olah mengungkit air): keenam-enam orang itu
masuk ke dalam kolek dan sesaat lagi kedengaranlah bunyi orang
~ dan berdayung;
pengumpil alat utk mengumpil, tuil, tuas.
umpuk 1. Mn longgok, timbun, tompok; 2. Kd, Pn bahagian (habuan)
seseorang (bkn kerja dll);
berumpuk berlonggok, bertimbun, bertompok;
mengumpukkan 1. meletakkan berumpuk, melonggokkan,
menimbunkan, mengumpulkan: banyak drpd wang itu diumpukkan
utk membuat rumah dll; 2. menguntukkan, membahagikan.
umpun ark rumpun.
umrah Ar ibadat yg mengandungi beberapa perbuatan (ihram, tawaf, sai,
dan tahalul) tanpa wukuf dan wajib-wajib haji, haji kecil;
berumrah mengerjakan umrah: ~ ke Mekah.
UMS kep Universiti Malaysia Sabah.
umu; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), ara nasi, Concephalus
scortechinii.
umuk Jw congkak, pongah, sombong.
umulbuldan Ar ibu kota (negeri); buldan.
umum I 1. secara keseluruhan (tidak pd atau mengenai yg tertentu
sahaja), bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu, lwn
khusus (khas): perbualan kami bersifat ~ belaka; penjelasan
emaknya itu terlalu ~ dan tidak dapat meredakan kegelisahannya;
pemandangan ~ pemandangan mengenai keseluruhan soal; pd
~nya pd keseluruhannya, ghalibnya, kebiasaannya; 2. khalayak
ramai, orang banyak (bukan orang atau golongan tertentu sahaja):
sebagaimana yg diketahui ~, di negeri ini cuma ada empat buah
akhbar yg menyebarkan siarannya dlm Bahasa Kebangsaan;
kepentingan ~ kepentingan orang banyak, kepentingan semua
orang (tidak terbatas kpd orang atau golongan tertentu); rapat ~
rapat utk orang ramai; 3. berkaitan dgn orang ramai, utk orang
ramai; pilihanraya ~ pemilihan (dgn cara mengundi) yg dilakukan
oleh semua orang; rumah sakit ~ rumah sakit utk sekalian orang
(bukan utk orang tertentu sahaja); 4. sudah diketahui oleh orang
banyak, bukan merupakan rahsia lagi, sudah tersiar ke mana-mana:
cerita itu sudah ~, tidak perlu diceritakan lagi; 5. biasa terdapat
(digunakan dll) di mana-mana, sudah lazim, tidak asing lagi: sudah
banyak perkataan Indonesia yg ~ dipakai di sini;
seumumnya 1. sekaliannya, seluruhnya, semuanya: pendeknya
perkara-perkara yg bersangkut-paut dgn kepentingan kebangsaan
~ diserahkan kpd kerajaan pusat; ketenteraman yg amat dihajati
oleh manusia ~; 2. pd kebiasaannya, pd lazimnya, pd umumnya;
mengumumkan 1. memberitahu kpd orang ramai, memaklumkan,
menyerantakan: beliau ~ hari ini bahawa pelajaran sains akan
diadakan menerusi televisyen; 2. menyiarkan (dlm akhbar dll),
menyebarkan: keputusan-keputusan lengkap peperiksaan akan
diumumkan dlm akhbar-akhbar tempatan; 3. menjadikan umum,
menjadikan tersebar di merata-rata tempat, melazimkan;
keumuman perihal (sifat dsb) umum, sifat menyeluruh (tidak
khusus kpd sesuatu): ~ dan kekhususan tiap-tiap satu kemahiran
itu tidak sama; ~ fasal-fasal yg terkandung dlm syarat-syarat dan
peraturan-peraturan itu;
pengumuman 1. perihal (perbuatan dsb) mengumumkan,
pemberitahuan kpd orang ramai, pemakluman: kerajaan dijangka
akan membuat ~ mengenai pelantikan itu tidak berapa lama lagi;
2. yg diumumkan: ~ dlm akhbar itu ringkas sahaja.
umum II sl 1. tidak terang, gelap; 2. sukar difahami, sulit: umun.
umun Mn masih belum terang atau jelas, masih samar-samar, masih
rahsia;
berumun mempercakapkan (membicarakan, mempersoalkan)
sesuatu rahsia;
mengumun, mengumunkan menyimpan sbg rahsia, merahsiakan;
umum II.
umur 1. jangka masa hidup atau hayat seseorang (sesuatu) mulai
dilahirkan (diadakan dsb), jangka waktu sejak dilahirkan (diadakan
dsb), usia: ~ budak ini baharu enam tahun; cukup (sampai) ~
sudah dewasa; di bawah ~ belum dewasa; dimakan ~ sudah tua;
dlm ~ tuanya pd ketika dia telah tua; lanjut (lewat) ~ sudah tua;
panjang ~ lama hidupnya; pendek (singkat) ~ tidak lama hidupnya
(mati semasih muda); 2. ki hidup, hayat, nyawa: kalau ada ~, kita
akan bertemu lagi;
~ setahun jagung (darah setampuk pinang) prb seseorang yg masih
muda, kurang berakal dan belum berpendapat;
seumur 1. sama umurnya (dgn), sama tua, sebaya: budak itu ~ dgn
adik saya; 2. sama lamanya, sama lama adanya, selama; ~ hidup
selama hidup; ~ jagung a) setahun jagung, (jangka masa) tiga atau
empat bulan; b) tidak lama, sekejap sahaja;
berumur 1. mempunyai umur, berusia: tiap-tiap ahli Dewan
Negara mestilah ~ tidak kurang drpd tiga puluh tahun; puisi
Melayu moden telah ~ lima dekad; 2. sudah agak tua (lanjut)
umurnya, tidak dapat dianggap muda lagi; penuntut-penuntut itu
termasuk orang-orang muda dan juga yg sudah ~, dan drpd
berbagai-bagai lapangan hidup.
umut sj ikan darat, umbut-umbut, Barynotus microlepis.
unam sj siput laut, Murex ternispina.
uncak kemuncak.
uncang I sj pundi-pundi kecil atau karung (drpd kain dll) utk mengisi
barang-barang yg dibawa dll: wang itu dikiranya dgn ~, tiap-tiap
satu ~ ada lima puluh ringgit.
uncang II; ~-uncit 1. tidak tetap pd sesuatu (tempat dll), selalu bertukar
(membuat kerja), gelisah, lincah; 2. membayar dgn sedikit-sedikit
dan tidak tentu masanya, beruncit-runcit, ansur-ansur.
uncang III; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), baru-baru, bebaru, kangsar,
tutuk, tutur, Hibiscus floccosus.
uncue (uncué), uncui C sj paip tembakau.
uncit; membayar ~ membayar beransur-ansur;
beruncit-uncit sedikit demi sedikit (membayar, datang dsb):
tentunya pekerjaan itu lambat selesai kalau dilakukannya ~;
datang ~.
UNCTAD akronim bagi United Nations Conference on Trade and
Development (Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai
Perdagangan dan Pembangunan).
uncu bp bongsu.
unda bp bonda.
undak I; mengundak, mengundak-undak menyebabkan tidak dapat
bergerak maju (kapal, perahu, dll), terkatung-katung (kerana angin
sakal, gelombang besar, dll): pintalah turun angin dua muka, dr
darat mengundak-undak geliung panjang ini ke laut;
pengundak penghalang atau penahan.
undak II; undak-undakan Jw 1. tangga di depan pintu (rumah); 2.
bertingkat-tingkat, berlenggek-lenggek.
undan I; berundan, berundan-undan sengaja berlama-lama
mengerjakan sesuatu, berlengah-lengah.
undan II 1. sj burung; ~ putih, Pelecanus onocrotalus; ~ gangsa,
Pelecanus crispus.
undang I; mengundang mempersilakan datang, memanggil supaya
datang, menjemput (supaya menghadiri sesuatu majlis dsb): dia ~
beberapa teman sekerja ke rumahnya;
undangan 1. orang yg diundang, jemputan; 2. panggilan (utk
datang), jemputan: pd suatu hari, dia menerima ~ utk menghadiri
satu pesta di rumah temannya;
pengundang pihak atau orang yg mengundang: setiap tetamu
undangan perlulah memberikan jawaban kpd ~ sama ada ia dapat
menghadiri majlis itu atau sebaliknya.
undang II; undang-undang 1. sesuatu peraturan atau keseluruhan
peraturan yg digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh
masyarakat yg berkenaan: dlm sesebuah negara demokrasi,
parlimen membuat ~ yg mesti diikut oleh setiap orang; 2. peraturan
yg digubal utk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dll)
oleh orang-orang tertentu: tiap-tiap ahli hendaklah patuh kpd ~
persatuan ini; 3. Id rumusan yg dibuat berdasarkan hukum alam
(dlm ilmu sains dll), hukum: ~ Boyle; ~ Newton;
~ adat amalan yg diikuti turun-temurun di sesebuah kawasan atau
dlm sesuatu masyarakat, yg diterima sbg undang-undang di
kawasan atau dlm masyarakat tersebut; U~ Anak Negeri undang-
undang yg berkaitan dgn peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut
konteks Perlembagaan Persekutuan; ~ antarabangsa undang-
undang yg mengatur perhubungan antara negara; ~ awam undang-
undang yg berlaku utk seluruh rakyat (tidak berkaitan dgn
jenayah); ~ darurat undang-undang yg dikuatkuasakan dlm masa
berlakunya keadaan darurat sahaja; ~ dasar Id perlembagaan; ~
hukum pidana Id undang-undang yg menentukan hukuman utk
perbuatan jenayah; ~ jenayah undang-undang mengenai perbuatan
jenayah (spt bkn perbuatan merompak, membunuh, dll); ~ kecil
undang-undang atau peraturan yg dibuat oleh pihak berkuasa atau
agensi pentadbiran, mis pihak berkuasa tempatan, perbadanan dsb,
yg diberi kuasa berkanun atau kuasa undang-undang; ~
pentadbiran undang-undang yg berhubungan dgn kuasa, kewajiban
dan tatacara sesuatu agensi pentadbiran; ~ tubuh peraturan dasar yg
mesti dipatuhi oleh ahli sesuatu pertubuhan dll;
berundangan; pandai ~ Mn a) mengerti benar (memahami benar-
benar) tentang adat; b) pandai berbicara;
mengundangkan 1. menjadikan sbg undang-undang, menentukan
atau menetapkan sesuatu berdasarkan undang-undang; 2.
mengumumkan undang-undang kpd orang ramai, menyerantakan
undang-undang;
memperundangkan menjadikan sesuatu undang-undang: segala
hukum yg diperundangkan oleh Allah ke atas hambanya;
undangan; majlis (dewan) ~ majlis (dewan) yg menggubal
undang-undang;
perundangan 1. yg berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan
undang-undang: menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya
termasuk bidang ~ dan kehakiman; suatu sistem ~, ekonomi, dan
politik yg menyeluruh; Islam ialah agama~; 2. kumpulan undang-
undang, keseluruhannya yg berkaitan dgn undang-undang: Yang
di-Pertuan Agong sbg lambang sumber segala ~ Malaysia; sikap
sedemikian adalah bertentangan dgn ~ Islam;
perundang-undangan perundangan;
pengundang-undang orang yg menggubal undang-undang.
undang III NS pembesar adat yg empat di Negeri Sembilan.
undi 1. sesuatu utk memilih atau menentukan sesuatu (mis siapa yg akan
mendapat sesuatu, memulakan sesuatu permainan, dll); buah ~ ark
dadu; buang ~ = membuang ~ menentukan (memilih) dgn undi;
kena ~ menang dlm undi (terpilih dll); kertas ~ kertas yg
ditandakan sbg menunjukkan pilihan; main ~ a) main loteri; b) ark
bermain dadu; mencabut ~ menentukan sesuatu dgn mencabut atau
menarik kertas dsb undi; 2. = undian pemilihan seseorang atau
penentuan sesuatu dgn penandaan pd kertas undi (pungutan suara
dsb): ~ kaum wanita merupakan 50% drpd seluruh ~ negara;
kertas ~ kertas yg disediakan utk seseorang mengundi dlm sesuatu
pemilihan (pilihan raya dsb); surat ~ Id tiket loteri;
~ mogok undi utk menentukan sama ada akan mogok atau tidak; ~
pemutus undi yg menentukan sesuatu (apabila undi-undi yg lain
sama banyak menyokong dan tidak menyokong atau menentang); ~
percaya undi yg menunjukkan majoriti menyokong seseorang,
pemimpin dsb; ~ pos undi yg dihantar melalui pos apabila
pengundi, terutamanya anggota tentera dan polis, berada di luar
kawasan undi pilihan raya yg berkenaan; ~ sulit undi (pemilihan,
penentuan, dsb) secara sulit (biasanya dgn menandakan pilihan
atau keputusan seseorang pd kertas undi; ~ tidak percaya undi yg
menunjukkan majoriti tidak menyokong seseorang, pemimpin dsb;
berundi sedang memilih (menentukan dll) dgn undi;
mengundi 1. menentukan (memilih dll) dgn membuang undi;
baiklah kita ~ siapa yg memusingkannya dahulu; 2. = ~ suara
memutuskan sesuatu dgn mengira undi (memungut suara dll),
memilih (menentukan dll) sesuatu dgn membuang undi: setelah
diundi, beliau telah terpilih menjadi Yang Dipertua Persatuan itu
lagi; Peguam Negara boleh dilantik menjadi ahli jawatankuasa
Parlimen, tetapi dia tidak boleh ~;
memperundikan menentukan (membahagikan, memberikan,
menetapkan, dll) dgn cara diundi: lapangan tempat meletak kereta
akan diperundikan antara mereka yg berkereta;
undian 1. sesuatu yg diundi, loteri; ~ wang loteri (wang); menarik
~ mendapat hadiah dlm undian wang dll, menang loteri; 2. hasil
mengundi, pemilihan undi: pd hari ini, terpaksalah wakil-wakil
dilantik dgn ~ ramai; 3. ki cubaan (utk menentukan sesuatu), ujian;
pengundian perihal (perbuatan, proses, dsb) mengundi, pemilihan
dgn cara mengundi: pengumuman keputusan ~ memilih pucuk
pimpinan UMNO;
pengundi 1. orang yg mengundi: bilangan ~ yg berdaftar di
seluruh Tanah Melayu dijangka meningkat hingga tiga juta orang;
~ hantu pengundi tidak berdaftar yg muncul dgn tiba-tiba saja dlm
sesuatu pengundian (pilihan raya dsb); 2. sesuatu yg digunakan utk
mengundi (kertas, surat, dll).
undil tempat menyimpan wang, pundi-pundi.
unduk-unduk sj ikan laut (kepalanya menyerupai kuda), Microphis
boaja.
undung; undung-undung Mn kain tutup kepala (supaya jangan kena
panas atau hujan), tudung: dgn segera dia naik tangga dan baharu
tiba di atas rumah, dia pun mengeluh kepanasan serta
mencampakkan ~nya;
berundung-undung memakai (menggunakan) undung-undung: itu
ada orang berjalan di permatang, menyandang kain sembahyang
dan ~ kain putih;
memperundungkan menutup (menyelubung) kepala dgn undung-
undung.
undung-undung; berundung-undung teresak-esak atau tersedu-sedu
(menangis).
undur = berundur berjalan ke belakang, surut ke belakang, lwn maju:
dia ~ dan menjatuhkan dirinya ke atas kerusi; 2. = ~ dr pergi
menjauhkan diri (dr), menghindar (dr), pergi (dr); seorang demi
seorang ~ dgn hormat meninggalkan kedai itu; 3. surut (kerana
tidak dapat melawan lagi dlm peperangan), mundur: maka
Peringgi pun patah perangnya, dan banyak mati, lalu ~;
mengundur 1. bergerak mundur, surut ke belakang: Sidek ~ dan
duduk di tanah; 2. ki mengaku kalah, beralah;
mengundurkan 1. menggerakkan ke belakang (kereta dll),
memundurkan: ia berhenti dan ~ keretanya; jam ini terlalu cepat,
undurkan setengah jam; 2. menyuruh undur dr, menarik ke
belakang: tentera pihak berikat telah diundurkan ke garisan
pertahanan yg lain; 3. menangguhkan hingga ke waktu yg lain,
melewatkan, menunda: saya minta tuan ~ keberangkatan dan
membantu kami mengatasi kesukaran-kesukaran di sini;
~ diri a) pergi dr, meninggalkan: ia menjadi bingung melihat
keadaan itu lalu ~ dirinya balik ke rumah; b) menarik diri, berhenti
dr, meletakkan jawatan: tenaga-tenaga tua ~ diri utk memberi
tempat kpd tenaga-tenaga muda;
pengunduran perihal mengundur(kan): British sentiasa takut
kalau Jepun dapat mematahkan ~ mereka dgn mendarat di
belakang barisan mereka.
undur-undur Jw 1. sj binatang kecil yg gemar makan semut; 2. sj ketam
kecil di pantai.
UNESCO (unésco) akronim bagi United Nations Educational Scientific
and Cultural Organisation (Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan
Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu).
ungah-ungah ark bergoyang (gigi, tiang, dll), goyah.
ungam ark; mengungam mengigau.
ungap; ungap-ungap hungap.
ungar 1. sj ikan laut, Lutjanus argentimaculatus; 2. sj ikan laut, Lutjanus
johni.
unggal ark bp tunggal.
unggang; ~-unggit bergerak-gerak (tergoyang-goyang) turun naik,
jungkat-jungkit.
unggas segala jenis burung: sekalian ~ yg terbang pun habis menaruh
sayang kasihan belas akan Raja Jawa itu;
~ angkasa burung yg terbang tinggi di angkasa; ~ dewata burung
di syurga; ~ puding sj burung; lepas ~ besar sekali;
mengunggas; ~ puding Mn lari (kerana ketakutan).
unggat; ~-unggit bergerak-gerak turun naik, jungkat-jungkit.
unggis; mengunggis menggigit sedikit-sedikit (bkn tikus, arnab, dll),
mengerip, mengerumit: tikus itu ~ roti yg ditinggalkan di atas
meja.
unggit I; unggang-~, unggat-~; unggang, unggat.
unggit II ungkit.
ungguk onggok.
unggul I melebihi (mengatasi) yg lain (baik, bijak, cekap, tinggi, dll),
terbaik, teristimewa, terutama: dia seorang ahli olahraga yg ~;
ahli sains yg ~;
mengungguli mengatasi, melebihi (pihak lain): tiap-tiap golongan
cuba ~ yg lain;
keunggulan perihal unggul, kelebihan (drpd yg lain),
keistimewaan, keutamaan: seniman harus juga berlatih dgn sabar,
~nya sebahagian besar adalah berkat latihan dan kesabaran.
unggul-unggul sl panji-panji.
unggun 1. longgokan kayu dll, timbunan, tompokan: ketika petang,
mereka membakar ~ dan keluarlah asap yg berkepul-kepul dr
daerah itu; 2. = ~ api = api ~ longgokan kayu dll yg terbakar, api
longgokan kayu dll: di bawah penyalai itu hidup ~ batang manggis
dan batang rambutan; mereka kelihatan duduk berbual-bual di
tepi ~ api;
berunggun 1. = berunggun-unggun berlonggok-longgok,
bertimbun-timbun, bertompok-tompok; 2. sedang membuat api
unggun, sedang membakar kayu dll yg dilonggokkan; 3. masih
menyala (longgokan kayu yg dibakar dll);
mengunggunkan 1. meletakkan (menyusun dll) kayu dll supaya
bertimbun-timbun, melonggokkan; 2. menimbunkan kayu dll dan
dibakar;
unggunan 1. longgokan kayu (sampah dll); 2. api unggun:
beberapa orang anak kecil dan orang tua sedang duduk-duduk di
keliling ~ api.
unggut; berunggut-unggutan saling menarik, bertarik-tarikan, sentak-
menyentak;
mengunggut menarik kuat-kuat, menyentak, merenggut.
ungka sj kera yg panjang tangannya tetapi tidak berekor, wakwak; ~
kelabu, Hylobates muelleri; ~ tangan hitam, Hylobates agilis; ~
tangan putih, Hylobates lar.
ungkah Mn ark; mengungkah menguraikan (simpulan tali dll),
membuka (belenggu dll), membongkar, mengungkai.
ungkai; mengungkai 1. menghuraikan simpulan tali dll, mengorak,
membuka (ikatan dll): tali yg memperhubungkan aku dgn engkau
telah tersimpul mati, tidak dapat diungkai lagi; 2. membuka atau
menanggalkan (baju dll), membongkar (rumah), merombak; 3.
menganggap (menyatakan, menyebabkan) tidak berlaku atau sah,
membatalkan (perjanjian dll), memansuhkan; 4. mencari-cari
sesuatu utk diselidiki, membongkar-bongkar utk menyelidiki
(memeriksa dll), menggugat perkara yg sudah-sudah;
terungkai telah (dapat) diungkai, terbongkar, terbuka, tertanggal,
terurai: dia membetulkan kutangnya yg hampir ~ itu;
pengungkaian proses atau perbuatan mengungkai: ~ simpulan;
pengungkai; ~ rantai guna-guna (jampi, mantera) utk melepaskan
gari.
ungkak sela-sela atau lubang antara dua pancang tempat rantai sauh.
ungkal tidak mahu menurut, keras kepala, degil: jika terdapat orang-
orang itu disuruh halau, dan jika ~, ditangkap.
ungkang I; ungkang-ungkang; ongkang I.
ungkang II; ~-ungkit unggang-unggit.
ungkap I; mengungkap mengangakan mulut utk bernafas (berkata-kata),
ngap-ngap;
terungkap-ungkap sekejap terbuka sekejap terkatup mulut (spt
hendak bernafas), terngap-ngap.
ungkap II; mengungkapkan 1. mengeluarkan atau melahirkan isi hati
dll (dgn kata-kata, air muka, gerak-geri, dll), memaparkan
(perasaan hati dll): sampai di mana dia berhasil dlm ~ persoalan-
persoalan yg menggoncangkan kalbunya; bibit-bibit kejayaan
sudah dapat dilihat melalui murid-murid yg menggunakan bahasa
Melayu dgn baiknya utk ~ buah fikiran dan perasaan; 2.
mengemukakan, memaparkan, menyatakan, atau menyampaikan
(butir-butir): usaha menjadikan bahasa kita suatu bahasa yg
moden yg boleh ~ ilmu Sains dan Teknologi yg sentiasa
berkembang;
terungkap dapat diungkapkan: sedangkan emosi itu memang tidak
~ oleh kata-kata dlm pemikiran kita;
ungkapan 1. susunan kata yg digunakan dlm percakapan (tulisan),
frasa atau rangkai kata yg tertentu susunan katanya: kemarahannya
sering tenggelam dlm ~ yg indah dan sedap-sedap; 2. gabungan
(kelompok) kata yg khusus (tertentu) utk menyatakan sesuatu
maksud, simpulan bahasa; 3. = ~ muka perubahan air muka
(menggambarkan perasaan hati); 4. (Mat) gabungan fungsi,
pemalar, pemboleh ubah, dll; 5. (Komp) rumusan matematik yg
dikodkan dlm bentuk suruhan atur cara;
pengungkapan perihal (perbuatan dsb) mengungkapkan:
dilafazkan mengikut sebutan, intonasi, dan gaya ~ yg fasih dan
lancar;
pengungkap 1. orang yg mengungkapkan sesuatu: dialah yg harus
menjadi pencetus dan ~ bicara itu; 2. alat atau medium yg
mengungkapkan sesuatu: bahasa, sastera dan budaya sebenarnya
merupakan ~ wadah pemikiran seluruh anggota masyarakat;
bahasa ~ kebudayaan yg dominan pd zaman itu ialah Sanskrit.
ungkat Jk; mengungkat-ungkat suka menimbul-nimbulkan perkara dll
yg telah lalu.
ungkau sj burung helang malam.
ungkil; mengungkil mengangkat atau menaikkan sedikit dgn tuas dll,
mengumpil;
pengungkil alat yg digunakan utk mengungkil, pengumpil,
pengungkit, tuas.
ungkir ark; diungkiri dinafikan, dimungkiri; mungkir.
ungkit; ungkang-~ = ungkit-ungkit bergerak-gerak turun naik, jungkat-
jungkit;
mengungkit 1. mengangkat (menaikkan) dgn hujung tuas dll,
mengumpil, mengungkil: ~ pintu; 2. = mengungkit-ungkit
menimbul-nimbulkan (perkara yg telah lalu), membangkitkan-
bangkitkan, mengungkat-ungkat: jangan ~ perkara lama; sudah
suratan takdir, sudah nasib diri, tak guna diungkit lagi; tidak
dapat diungkit dgn besi hangat prb a) perihal dua orang yg amat
berkasih-kasihan yg tidak dapat dicerai-ceraikan; b) perihal orang
yg tidak mahu berpisah dr temannya kerana seronok bercakap-
cakap;
ungkit-mengungkit saling mengungkit (menimbul-menimbulkan
perkara yg telah lalu): demi keharmonian dan perpaduan keluarga,
janganlah kita ~ lagi perkara yg telah berlalu itu;
pengungkit alat yg digunakan utk mengungkit, pengumpil, tuas;
pengungkit-ungkitan perbuatan mengungkit-ungkit: sering
berlaku perdebatan dan ~ mengenai bangsa yg ingin dibangunkan.
ungku gelaran utk orang yg berketurunan raja.
ungkul Jk; ungkulan lebih unggul (drpd).
ungkur Jw; berungkur-ungkuran mundur (lari) ke merata arah, pergi
belakang-membelakangi; pungkur.
ungsi; mengungsi berpindah ke tempat lain supaya selamat: tukang
gunting di sebelah kedai kami telah ~ sejak bom yg pertama
dijatuhkan;
mengungsikan memindahkan ke tempat yg lebih selamat,
membawa mengungsi: isteri saya dan anak-anak diungsikan dan
tidak ada orang tinggal dgn saya;
pengungsian 1. perihal mengungsi (mengungsikan); 2. tempat
mengungsi;
pengungsi orang yg mengungsi.
ungti C sj patung yg besar (digerak-gerakkan dr dalam).
ungu merah bercampur biru (spt warna biji kundang dll);
keungu-unguan agak ungu, kelihatan ungu.
unguh ark tua renta, sangat tua.
uni I Mn kakak (perempuan).
uni II IB syarikat, ikatan, persatuan.
UNICEF (unicéf) akronim bagi United Nations International Children's
Emergency Fund (Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa
Bangsa-Bangsa Bersatu).
UNIDO akronim bagi United Nations Industrial Development
Organization (Pertubuhan Pembangunan Industri Bangsa-Bangsa
Bersatu).
uniform pakaian seragam (dipakai oleh askar, polis, dll): pelajar-pelajar
sekolah kerajaan dimestikan memakai ~ sekolah;
beruniform memakai uniform, berpakaian seragam.
unik tidak sama dgn yg lain, lain drpd yg lain, tersendiri, luar biasa,
istimewa: justeru inilah yg membuat revolusi Indonesia itu satu
revolusi yg ~; dlm setiap tamadun ini, terdapat cara-cara yg ~
bagaimana manusia pd zaman itu menyimpan akaun dan membuat
aritmetik;
keunikan perihal unik, sifat unik: salah satu ciri kegemilangan
tamadun Islam ialah ~ sistem ekonomi Islam.
unilateral 1. melibatkan sebelah pihak (satu kumpulan, negara dsb)
sahaja dan tidak yg lain (bkn tindakan, keputusan, pernyataan dsb):
Dewan Rakyat menyatakan kekesalan terhadap tindakan ~ negara
tersebut; negara itu tidak patut mengambil keputusan ~ tanpa
melihat konteks hubungan dua hala dgn negara jiran; 2.
berdasarkan satu garis keturunan sahaja, iaitu sama ada sebelah
bapa atau sebelah ibu): ciri terpenting dlm sistem adat perpatih
ialah susunan masyarakat yg bersendikan tradisi ~; adat
temenggung menarik garis keturunan secara ~ patrilineal.
unilateralisme dasar atau prinsip yg membolehkan satu pihak (sebuah
negara atau satu kumpulan) sahaja mengambil tindakan atau
membuat keputusannya sendiri tanpa persetujuan pihak (negara
atau kumpulan) yg lain: ~, perlindungan dagangan dan liberalisme
politik adalah alat yg digunakan utk mempromosikan konsep
globalisasi; penjajah Inggeris sememangnya mengamalkan ~
semasa memerintah negara ini dgn matlamat mahu orang Melayu
kekal sbg petani.
UNIMAS akronim bagi Universiti Malaysia Sarawak.
uniporem IB uniform.
uniseks (uniséks) berkaitan dgn pakaian, dandanan rambut, dsb yg boleh
dipakai, digunakan, atau dilanggani oleh orang lelaki dan juga
perempuan: seluar ~; kedai rambut ~.
unisel (unisél) (Bio) satu sel (merujuk pd organisma spt ameba).
unit 1. kuantiti tertentu yg dijadikan sbg piawai ukuran (sukatan): Ringgit
Malaysia ialah ~ mata wang Malaysia; 2. sesuatu yg dianggap sbg
entiti tunggal yg lengkap: sebanyak 20 ~ rumah kos rendah sedang
dibina; 3. bahagian atau kumpulan yg mempunyai fungsi khas dlm
sesuatu organisasi: ~ rawatan jantung;
~ pemprosesan pusat (Komp) bahagian komputer yg berfungsi
mengawal perjalanan keseluruhan komputer; ~ rawatan rapi unit
di hospital yg memberikan rawatan dan penjagaan rapi yg
berterusan kpd pesakit yg berada dlm keadaan kritikal.
UNITAR akronim bagi Universiti Tun Abdul Razak.
unitarisme IB fahaman yg cenderung kpd negara yg berupa kesatuan.
UNITEN akronim bagi Universiti Tenaga Nasional.
universal meliputi seluruhnya atau semuanya (di dunia ini), sejagat:
sebenarnya seni itu ~ dan seniman itu hidupnya tidak berdaerah;
keuniversalan perihal (sifat dsb) universal: sejarah tetap memberi
perhatian kpd aspek-aspek yg lebih individualistik, ~ dikaji
bersama-sama dgn keindividualan.
universalitet IB keuniversilan.
universil IB universal;
keuniversilan perihal universil.
universitas Id universiti: U~ Indonesia.
universitet (universitét) universitas.
universiti institusi atau pusat pengajian tinggi yg memberikan ilmu dlm
pelbagai bidang, menjalankan penyelidikan ilmiah, dan
menganugerahkan pelbagai peringkat ijazah.
UNIX (Komp) sj sistem pengendalian berbilang tugas yg digunakan oleh
kebanyakan minikomputer dan stesen kerja komputer.
unjam I hunjam.
unjam II daun-daun kelapa yg diikat dgn rotan dan dilabuhkan ke dlm
laut (supaya menjadi tempat berkumpul ikan yg hendak ditangkap).
unjap pintu lukah yg berbentuk corong, injap.
unjuk I; ~ beritahu bp memberitahu atau memaklumkan;
~ yg tidak diberikan prb berjanji akan memberikan sesuatu tetapi
hanya tinggal janji sahaja;
mengunjuk 1. mengangkat serta menghulurkan tangan (ke atas
atau ke hadapan), mengunjurkan tangan; 2. memberi kpd
(seseorang) dgn tangan: “Ini surat drpd abang,” Samad ~;
mengunjukkan 1. mengangkatkan tangan ke atas (ke hadapan),
menghulurkan atau mengunjurkan tangan (kpd): sampai di Brunei,
Nor dikerumuni oleh kawan-kawannya, semuanya ~ tangan
bersalam dan bertegur sapa; 2. memberikan sesuatu dgn tangan yg
terhulur (terunjur), menyerahkan (kpd): dia ~ sehelai kain batik
kepadaku; ~ tangan;
pengunjukan perihal mengunjukkan, pemberian;
sepengunjuk = ~ tangan setinggi orang berdiri dgn menghulurkan
tangan ke atas.
unjuk II tunjuk;
mengunjuk menunjuk;
mengunjukkan memberitahu dgn menunjuk, memperlihatkan,
menunjukkan: Penghulu ~ tempatnya dan tempat ibu bapanya
berkedai itu;
pengunjukan perihal (perbuatan dsb) mengunjukkan
(menunjukkan), sesuatu yg memberitahu atau yg menunjukkan,
petunjuk.
unjun sl; mengunjun menghulurkan (tangan, tali, dll) dan menariknya
kembali kuat-kuat, menarik (menyentak) kuat-kuat, merentak.
unjung I ark kunjung I.
unjung II ark; mengunjungkan mengunjukkan, memberikan (kpd),
menghulurkan.
unjur; mengunjur 1. duduk (berbaring) dgn meluruskan kedua-dua
belah kaki; 2. menonjol atau menjulur ke luar dr sesuatu
permukaan atau bahagian utama, menganjur: binaan tingkap di
setiap bilik tidur dan ruang makan dibentuk secara ~; dilihat dr
arah hadapan, rumah itu menonjolkan binaan pergola cengal yg ~
dr bumbung;
mengunjurkan 1. meluruskan kedua-dua belah kaki (ketika
berbaring, duduk), membaringkan dgn meluruskan kedua-dua
belah kaki: dia merentangkan tangan dan ~ kaki, seakan-akan
hendak melepaskan penat badannya; 2. meramalkan atau
menganggarkan sesuatu situasi (hasil, keputusan dsb) yg akan
datang berdasarkan data, fakta dsb yg sedia ada, memprojeksikan:
bank koperasi itu ~ keuntungan sebelum cukai sekurang-
kurangnya RM 85 juta bagi tahun 2003 ini; kami ~ 30 peratus
pendapatan drpd pendapatan seluruh dunia menjelang tahun
2005;
terunjur terhulur kaki (sewaktu duduk), terlunjur kaki: duduk dgn
kaki ~;
pengunjuran 1. perihal mengeluarkan atau memancarkan gambar
dsb pd sesuatu permukaan: projektor menayangkan imej ke skrin
secara ~; 2. peramalan (ramalan) tentang sesuatu perkembangan
atau kemungkinan berdasarkan maklumat atau kajian tertentu:
pengurusan terutamanya melibatkan perancangan, menetapkan
objektif, membuat ramalan dan ~, menganalisis masalah, dan
membuat keputusan;
unjuran 1. bahagian sebelah kaki orang yg sedang berbaring,
bahagian tempat kaki mengunjur (pd petiduran), tumpuan kaki:
anaknya yg tua sedang bermain-main kelereng di ~ ibunya; 2.
anggaran atau jangkaan tentang sesuatu situasi, arah aliran dsb
masa depan, terutamanya berdasarkan data, maklumat dsb yg
berlaku sekarang, projeksi: ~ ini dibuat berdasarkan pertumbuhan
penduduk sebanyak 2% setahun; pakar dan penganalisis ekonomi
menyifatkan ~ positif satu peratus KDNK bagi tahun ini adalah
realistik dan boleh diterima baik oleh pasaran; 3. sesuatu yg
mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan: di kepalanya terdapat ~
yg kelihatan spt dua mata kapak; dibiarkan ~ kayu atau buluh yg
sama panjang di kedua-dua hujung rumah; lunjur.
unjut Mn bungkusan drpd kain empat persegi yg keempat-empat
puncanya disimpul sekali;
mengunjutkan membuat unjut (drpd sapu tangan dll).
unsat-unsat sj ikan laut, Plotosus anguillaris.
unsur 1. bahagian (yg terkecil) drpd sesuatu benda, bahagian benda yg
tidak dapat dibahagi-bahagikan lagi (dgn sebarang proses kimia),
bahan (zat) asal: ~ boleh dibahagi kpd dua kumpulan utama, logam
dan bukan logam; ~ nadir bumi (Kim) unsur dlm siri lantanid; ~
surih (Kim) unsur dan sebatiannya yg diperlukan oleh organisma
hidup pd kadar yg sangat kecil; 2. ki bahan, anasir: buku-buku
sejarah yg ada masih penuh dgn ~-~ subjektif yg kurang penting;
beliau juga membawa ~-~ yg memberi semangat kpd rakyat di
samping lagu cinta dan kasih sayang;
berunsur mempunyai unsur, bersifat: cerita pendek dan rencana
Salim ~ cercaan dan sindiran;
berunsurkan mengandungi (mempunyai, berasaskan, dsb) unsur-
unsur tertentu: pandangan-pandangan mereka yg ~ Barat.
unsuri sl berkaitan dgn unsur (asal mula dll).
unta sj binatang besar yg lehernya panjang (kuku berbelah dan
belakangnya berbonggol satu atau dua), Camelus spp.; burung ~ sj
burung besar yg boleh berlari dgn tangkas, Struthio camelus;
bagai ~ menyerahkan diri prb a) orang yg sangat patuh menurut
perintah; b) mengaku salah serta bertaubat drpd kesalahan itu; c)
orang yg bodoh dan lurus itu selalu menjadi keuntungan dan
kesukaan orang yg cerdik.
untai 1. benang atau tali yg digunakan utk mencucuk buah tasbih (manik
dll); 2. penjodoh bilangan utk rangkaian benda yg dicucuk (spt
rantai manik, kalung mutiara, dsb), utas: dua ~ kalung mutiara; 3.
= untaian karangan, rangkaian; 4. serangkap (pantun, sajak, dll),
serangkai: sajak empat se~ ini barangkali memang agak umum
sedikit;
beruntai, beruntaian, menguntai tampak menjuntai, berjuntai-
juntai;
beruntai-untai banyak untainya, beberapa untai (kalung dll),
berangkai-rangkai: maka larilah ikan-ikan itu menyelam
menyusupi akar-akar teratai yg berjuntai ~ ;
teruntai tergantung beruntai-untai;
untaian 1. sesuatu yg bersambung-sambung spt rantai, karangan,
rangkaian; 2. sesuatu yg berturutan (bkn peristiwa dll), rentetan:
hidup kita ini adalah ~ perubahan, tidak ada yg diam, tidak ada yg
kekal; kenapa ~ katanya tidak begitu kemas dan teratur lagi?
untal butir atau biji (spt pil), gentel;
menguntal membuat berbutir-butir (spt pil), menggentel.
untang; ~-anting tergoyang-goyang atau terayun-ayun (bkn benda yg
tergantung).
until I butir yg kecil-kecil spt pil;
seuntil sebutir kecil, sedikit sekali; untal.
until II; menguntil 1. = teruntil-until terayun-ayun (bkn barang-barang
yg tergantung); 2. mengerjakan sesuatu sedikit-sedikit (dgn
berdikit-dikit).
unting I seikat atau segabung (bkn tali, benih padi, dll), seberkas;
unting-unting rumbai-rumbai pd layang-layang;
berunting merupakan unting (berkas).
unting II; unting-unting = tali ~ tali yg berbandul utk mengukur tegak
tidaknya sesuatu benda (spt tiang dll);
mengunting mengukur lurus tidaknya sesuatu (spt tiang dll) dgn
menggunakan unting-unting.
unting-unting sj tumbuhan (pokok), kelumpang, perupuk, rongga jantan,
Sterculia maingayi.
untir Jw ark; gelang ~ sj gelang yg berbentuk tali dipulas (dipintal),
gelang yg berpilin;
menguntir menjadikan berpulas (berpilin), memilin, memulas.
untuk 1. ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang
dll): tanah getah yg lima ekar ini ~mu dan tanah sawah yg dua
ekar itu ~ adikmu; 2. guna, bagi, buat: wang ~ membeli makanan;
ruang ~ bekerja; 3. (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan,
supaya menjadi atau dijadikan: ditumbuknya kulit kayu itu halus-
halus ~ ubat; dibawanya buluh rencong ~ senjata; 4. (bermaksud)
hendak: saya terlalu takut ~ lari; 5. (diberikan, dihantar) kepada:
beliau telah mengirim wang RM50.00 ~ ayahnya; 6. (melakukan,
mengerjakan sesuatu) supaya, supaya dapat: ~ melihat dgn jelas
penyimpangan dr segi bentuk ini, di bawah ini diturunkan dua
rangkap permulaan Syair Sinyor Kosta; ~ memahami keadaan yg
berlaku sekarang ini, perlu dikaji perkembangan-perkembangan
sebelumnya;
beruntuk 1. (sudah) menerima bahagian masing-masing, (sudah)
memiliki bahagian masing-masing; 2. sudah ditetapkan bahagian
masing-masing: pusaka itu belum lagi ~;
memperuntukkan, menguntukkan menetapkan, (mencadangkan,
menyediakan) bagi, membahagikan atau mengekhaskan (bagi
sesuatu tujuan, keperluan, dll): perbelanjaan mengadakan
pertandingan itu tahun ini diperuntukkan sebanyak RM60 000;
maka kerajaan terpaksa ~ lebih banyak wang utk pertahanan dan
keselamatan negara;
teruntuk 1. sudah ditetapkan sbg bahagian seseorang (sesuatu
keperluan dll); 2. ditetapkan (dikhususkan) bagi seseorang;
peruntukan 1. sesuatu yg telah diuntukkan, bahagian atau jumlah
(wang dll) yg ditetapkan (ditentukan) utk: Dewan Rakyat telah
meluluskan ~ utk membina rumah-rumah pemulihan akhlak; 2.
syarat atau ketentuan (dlm undang-undang dsb): ~ undang-undang
utk membataskan poligami.
untung 1. apa yg telah ditentukan (oleh Yang Maha Kuasa) akan berlaku
ke atas seseorang, nasib: bukan sebab keberanian dan
kegagahanku maka aku beroleh hadiah dan pangkat itu, hanya
semata-mata kerana ~; 2. tidak sial (celaka), bernasib baik, mujur:
~ jugalah ada abang bawa kad pengenalan, kalau tidak tentu kena
tahan oleh polis; 3. = keuntungan hasil pendapatan atau perolehan
drpd sesuatu kegiatan (spt perusahaan, perniagaan, dll) yg melebihi
modal dan segala perbelanjaan yg berkaitan, laba: berdagang dgn
tidak mendapat ~; 4. faedah, guna, manfaat: cuba kaufikir, apa
~nya mengasihi orang yg tidak mengasihi kita;
~ atas kertas (Eko) untung yg belum nyata yg diperoleh pelabur
disebabkan kenaikan harga asal saham yg dimilikinya, dan
keuntungan sebenar akan hanya diperoleh apabila saham tersebut
dijual; ~ baik (buruk) nasib baik (buruk); ~ batu ki nasib yg buruk
(sial); ~ bersih laba yg diperoleh setelah ditolak segala bayaran
(perbelanjaan, cukai, dll); ~ besar laba yg banyak; ~ kasar laba
sebelum ditolak segala perbelanjaan (cukai dll); ~ malang a) nasib
yg buruk (sial, celaka); b) nasib; ~ modal (Eko) laba modal; ~
nasib nasib badan; ~ rugi a) laba atau rugi; b) manfaat atau
mudarat; ~ sabut ki nasib yg selalunya baik (mujur); ~ sebelum
cukai (Eko) keuntungan yg diperoleh oleh syarikat sebelum ditolak
cukai yg berkaitan;
~ ada, tuah tidak prb a) pulang pokok sahaja; b) seseorang yg
mendapat sesuatu perolehan atau kelabaan tetapi dgn segera juga
balik menjadi rugi dan hilang pendapatannya; ~ melambung,
malang menimpa prb seseorang yg mengalami kemalangan dan
hilang pengharapan serta beroleh kesusahan pula; ~ sabut timbul, ~
batu tenggelam prb jika bernasib baik, selamat, jika bernasib
malang, binasalah; ~ sepanjang jalan, malang sekejap mata prb
kemalangan itu datangnya dgn tiba-tiba sahaja (sebab itu orang
harus selalu berhati-hati); ~ tak dapat diraih, malang tak dapat
ditolak prb nasib seseorang itu tidak dapat diubah; harapan si ~
menggamit, kain di badan didedahkan prb kerana mengharapkan
laba yg besar tetapi belum tentu dapat, lalu laba yg kecil tetapi
sudah pasti, dilepaskan;
untung-untung 1. barangkali (akan), kalau mujur, kalau-kalau:
cubalah kakak ceritakan, ~ adik kakak yg buruk ini dapat
melegakan fikiran kakak; 2. ada juga baiknya (barangkali) kerana,
nasib baik barangkali kerana, mudah-mudahan: biarlah dia menipu
aku, ~ terbuka mataku;
untung-untungan jika untung baik dan jika nasib malang binasa,
jika untung baik dan jika tidak untung apa boleh buat, terserah
(berserah) kpd nasib, nasib-nasiban: ~ mengerjakan pekerjaan yg
besar bahayanya; ‘kasihanilah kami, bawalah kami ke kampung
abang,’ Kamal bersuara ~;
beruntung 1. memperoleh untung, mendapat laba: bukan dia
sahaja yg ~ begitu, banyak lagi orang kita yg lain-lain; 2. bernasib
baik, bahagia, mujur: siapa ~, dialah menang; 3. berjaya, berhasil;
menguntungkan 1. mendatangkan untung (laba), memberi untung
(kpd): perniagaan secara bersendirian ialah perniagaan yg paling
~ atau merugikan; 2. menyebabkan beruntung (berbahagia, mujur),
mendatangkan bahagia, memanfaatkan: kalau orang itu pandai
serta rajin, dia akan ~ masyarakat; 3. memberi faedah, berguna,
bermanfaat: keadaan dalam negeri telah memberikan kemungkinan
yg lebih ~ utk mengadakan revolusi;
keuntungan 1. = keberuntungan perihal beruntung (nasib baik),
kebahagiaan, kemujuran: tidak ada apa-apa lagi yg menggores
hati mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri; 2. laba,
untung: takkan mungkin orang berniaga mahu mengelakkan ~; 3.
(sesuatu) yg mendatangkan untung, manfaat: dgn itu, berakhirlah
istiadat yg telah menjadi tradisi masyarakat Melayu, adat yg tidak
memberi apa-apa ~;
peruntungan untung nasib (diri seseorang), nasib, untung malang:
menitik air matanya mengenang-ngenang ~ saudaranya;
seperuntungan sama peruntungan, senasib: Cik Yon yg telah
dipandangnya sbg belahan dirinya, yg dianggapnya sbg kongsi ~,
akan bercerai daripadanya.
untut 1. penyakit bengkak pd kaki (kerana kurang makan, menderita
penyakit beriberi, dll); 2. (Ubat) penyakit yg menyebabkan anggota
badan, terutamanya kaki, membengkak dan kulit menjadi tebal
akibat jangkitan cacing filaria, sakit gajah, elefantiasis;
harapkan si ~ menggamit, kain koyak diupahkan prb percaya kpd
orang yg malas; kaki ~ dipakaikan gelang prb maksud hendak
memperelok tetapi menjadi bertambah buruk; lain yg bengkak,
maka yg bernanah lain, yg ~ lain, yg mengisut lain prb lain yg
bersalah, lain yg kena hukum.
unyai Mn; berunyai, berunyai-unyai sengaja membuat sesuatu lambat-
lambat, sedikit demi sedikit, berlambat-lambat, berlengah-lengah;
~ bak hujan pagi prb a) mesyuarat atau percakapan yg tidak
penting tetapi berpanjang-panjang; b) pekerjaan yg dikerjakan
lambat-lambat dan terhenti-henti pada hal dapat dikerjakan dgn
lekas;
mengunyai mengerjakan sesuatu dgn lambat-lambat.
unyi huni.
upa- Id awalan asing yg di bawah, pembantu, mis upaduta.
upacara 1. alat kerajaan, tanda kebesaran (pedang, payung, dll); 2. majlis
menurut adat (kebiasaan, agama), keramaian atau peralatan
(menurut adat): seisi negeri menyaksikan ~ perkahwinan tersebut;
3. seluruh perbuatan yg dilakukan menurut peraturan dan istiadat
tertentu (utk merasmikan, memperingati, merayakan, melantik,
dll): ~ penobatan; ~ perasmian persidangan; 4. sl perihal
menghormati dgn rasmi (tetamu dll), penghormatan rasmi.
upaduta sl penolong (naib, timbalan) duta besar.
upah wang dll yg diberikan kpd orang yg disuruh mengerjakan sesuatu,
bayaran sbg pembalas jasa, ganjaran utk tenaga orang yg telah
digunakan: aku diberi ~ seringgit utk mengangkat beg; ~ bidan
upah yg diberikan kpd bidan; makan (mengambil) ~ a) bekerja dgn
mendapat upah; b) menerima upah kerana mengerjakan sesuatu; c)
ki menerima rasuah, makan suap;
berupah (melakukan sesuatu) dgn mendapat upah, menerima
upah, dgn upah: dia sendiri juga membawa makanan dan segala
perkakas itu dgn tiada ~;
mengupah menyuruh membuat sesuatu pekerjaan dgn membayar
upah, menyuruh bekerja dgn memberi upah: maka datanglah
mereka itu ke rumah nenekku ~ menulis Quran;
mengupahi membayar upah kpd: mereka telah diupahi membakar
rumah itu;
mengupahkan menyuruh orang mengerjakan sesuatu dgn
membayar upah: kpd siapa engkau upahkan menjahit baju engkau?
upahan 1. = orang ~ orang yg bekerja dgn mendapat upah, orang
gaji; 2. orang yg diupah; askar (tentera) ~ askar yg berkhidmat
kerana upah; 3. upah;
pengupah orang yg memberi upah: maka kuranglah ~ di dalam
negeri itu dan jadi piciklah rezekinya.
upak ark; mengupak 1. menyalakan kembali api yg hampir padam,
memarakkan api; 2. ki membangkitkan kemarahan, menghasut.
upam; mengupam menjadikan berkilat (emas dll), menggilapkan,
mengilatkan, mengilaukan: Seri Bija Diraja juga yg tiada bergerak
dr tempatnya, duduk ~ hulu kerisnya;
terupam sudah diupam, berkilat: pd lehernya penuh genta drpd
suasa yg ~;
upaman 1. yg sudah diupam, barang yg diupam; 2. cara
mengupam;
pengupam 1. alat yg digunakan utk mengupam; 2. orang yg
mengupam.
upan sj burung, serai-serai, Melanochlora sultanea flavocristata.
upar; mengupar, menguparkan menggenteli dgn telapak tangan.
upas I racun yg berasal drpd pokok (ipuh dll); pohon ~ sj tumbuhan
(pokok yg menghasilkan racun), Antiaris toxicaria;
makan ~ berulam racun prb sentiasa hidup dlm kesusahan.
upas II opas.
upat I umpat I.
upat II sj tumbuhan (rumpai), kerunung padi, metubung, telur ikan,
Panicum repens (trigonum).
upau C pau II.
upaya usaha utk mencapai sesuatu tujuan, daya usaha, akal, ikhtiar:
kalaulah segala apa yg diberikannya selama ini masih belum
dapat menjamin kecintaannya, maka habislah ~;
seupaya-upaya, seupaya-upayanya setakat mana yg terdaya,
seboleh-bolehnya, sedapat-dapatnya;
berupaya 1. berusaha dgn sekuat tenaga, berdaya upaya; 2.
berkebolehan, berkemampuan, mampu, dapat, sanggup: menteri yg
berkenaan sama sekali tidak ~ mencegah kenaikan harga barang
keperluan sehari-hari;
mengupayakan 1. mencari jalan (agar), mengikhtiarkan,
mengusahakan; 2. mengambil tindakan (supaya); 3. menjadikan
berupaya (mampu, boleh, dapat dsb) mencapai sesuatu,
membolehkan: penerbitan senarai istilah, buku istilah dan glosari
sesungguhnya telah ~ bahasa Melayu menjadi sbg wahana bagi
semua bidang ilmu pengetahuan, khususnya sains dan teknologi;
strukur organisasi yg ada kini hanya ~ pelaksanaan peranan
secara reaktif;
terupaya sanggup, mampu; tidak ~ tidak sanggup (mampu);
keupayaan kesanggupan (kebolehan) utk mencapai atau
melakukan sesuatu, kemampuan: kanak-kanak mempunyai
perangai, kecenderungan, dan ~ yg berbeza; bahasa itu sendiri
perlulah mempunyai ~ utk menjadi sebuah bahasa moden;
berkeupayaan mempunyai keupayaan: satu variasi yg lengkap
dan sempurna, ~ memperkatakan semua gejala dlm masyarakat
kita;
ketidakupayaan perihal (sifat dsb) tidak berupaya, perihal tidak
ada keupayaan: ~ penulis utk menjadi tokoh atau pemimpin politik;
pengupayaan perihal (perbuatan, tindakan, usaha dsb) menjadikan
berupaya (berkemampuan, berkebolehan dsb) utk mencapai
sesuatu: sistem yg lebih menekankan proses ~ ini telah menjadi
teras kpd pembinaan keusahawanan; isu yg lebih penting ialah ~
golongan miskin ini utk mempunyai pendapatan yg lebih tinggi.
upet Jw tali api-api (drpd sabut dll), tunam.
upeti ufti.
upholsteri fabrik dan bahan-bahan lain utk membalut kerusi, sofa dsb.
upiah; burung ~ burung upih.
upih I pangkal pelepah yg lebar dan tipis (pd pokok palma spt pinang
dll); rupa ~ disiat ki pucat benar;
mengupih ki sudah tua benar (pakaian dll).
upih II; burung ~ = upih-upih a) sj burung, burung upiha, Ibis cinereus;
b) sj burung, Ibis leucocephalus.
upik Mn = si ~ panggilan kpd anak perempuan: hai ~, baru kelmarin kau
memakan garam dunia, kau belum tahu belit-belitnya; si ~ jantan
perempuan yg berkelakuan spt lelaki;
belum tentu si ~ si buyungnya prb belum tentu keputusan
(kesudahan) sesuatu perkara.
UPKO akronim bagi United Pasok-Momogun Kadazan Organisation
(Pertubuhan Pasok-Momogun Kadazan Bersatu).
UPM kep Universiti Putra Malaysia (dahulunya Universiti Pertanian
Malaysia).
UPP kep Unit Pencegah Penyeludupan.
UPSI akronim bagi Universiti Pendidikan Sultan Idris (dahulunya
Maktab Perguruan Sultan Idris).
upsilon huruf ke-20 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol ,.
UPSR kep Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
urah Mn; mengurah 1. meruntuhkan (merombak, membongkar)
timbunan dll; 2. membuka ikatan dll, menguraikan; 3.
menceritakan sesuatu, mengisahkan, meriwayatkan.
urai 1. tidak pukal atau padat, berbutir-butir; emas ~ emas yg berbutir-
butir halus; 2. lepas terbuka, tidak terikat (bersimpul, bertaut, dsb),
bercerai-cerai;
ilmu ~ Id kaji bina tubuh, anatomi;
berurai 1. (menjadi, dlm keadaan) lepas terbuka (tidak bersimpul,
berjalinan, dsb), bercerai-cerai; 2. = beruraian berderai-derai,
bercucuran: ~ air matanya; keringatnya beruraian;
mengurai 1. menjadi lepas terbuka (tidak bersimpul atau terikat
dsb), berurai, menghurai; 2. (menjadi) mekar terbuka: rambut yg ~;
mayang ~; 3. = menguraikan;
menguraikan 1. membuka simpul (tali, ikatan, bungkusan, dsb),
menghuraikan; 2. menceraikan atau memutuskan (hubungan,
ikatan, dsb); ~ janji membatalkan janji (perjanjian); ~ nikah Mn
menceraikan isteri; 3. memecahkan kpd unsur atau juzuk yg
menjadi bahagian-bahagian sesuatu (spt sebatian dll): air boleh
diuraikan menjadi hidrogen dan oksigen;
terurai 1. sudah diuraikan (ikatan, rambut, dll), terhurai; 2. sudah
diceraikan (hubungan, ikatan, dsb): ikatan janji setia yg tersimpul
dgn teguh dan tidak akan ~; 3. sudah dipecahkan kpd atau pecah
menjadi unsur-unsur atau bahagian-bahagiannya (yg kecil-kecil);
penguraian perihal menguraikan, perbuatan dsb memecahkan kpd
unsur-unsur dsb sesuatu; hurai.
urang; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Erythroxylon cuneatum.
urang-aring orang-aring.
uranium (Kim) sj unsur logam yg radioaktif, berwarna putih keperakan,
dan digunakan utk menghasilkan tenaga nuklear, senjata nuklear,
dll.
uran-uran Jw sj nyanyian, tembang.
Uranus planet yg ketujuh jauhnya dr matahari.
urap I sj bedak cair yg kuning warnanya dan berbau harum, bedak wangi
yg cair, boreh;
berurap-urap, berurap-urapan berpupur dgn urap, berlumas dgn
urap: ia berkain segara kuning, bersunting bunga semandarsah,
berurap-urapan hingga leher;
mengurap, mengurapi memupurkan badan dgn urap, melumasi
badan dgn urap;
mengurap-urap menggosok-gosok, menyapu-nyapu akan: tidak
ada lagi yg akan ~ kepalaku yg telah beruban dgn tangan yg
lembut;
mengurapkan menyapukan, menggosokkan: maka sapu tangan
itu diurapkan ke muka perempuan itu;
urapan, urap-urapan (sesuatu) yg digunakan utk mengurap:
kelembak kesturi urap-urapan.
urap II kelapa yg diparut serta dirempahi (utk dimakan dgn ubi dll);
pulut ~ pulut yg dibubuhi (dicampuri) urap;
mengurap mencampuri (membubuhi) urap.
uras 1. Mn sj ubat yg dilumas pd tubuh, air ubat, param; 2. sihat, sembuh
(drpd sakit);
beruras 1. menggunakan uras sbg ubat, mengubati dgn uras; 2. ki
dihiburkan atau dipersenang (hati dll);
bagai ~ katang-katang prb perihal orang yg sedang panas hati
(hendak berkelahi);
menguras, mengurasi 1. melumas badan dgn uras, mengubati
(dgn uras); 2. menyembuhkan, mengubatkan;
menguraskan melumaskan uras, menggunakan sesuatu sbg uras
(ubat).
urat I 1. = ~ darah saluran kecil-kecil dlm tubuh yg membawa
(mengalirkan) darah, pembuluh darah; 2. = ~ daging tisu pd daging
yg halus spt benang; 3. gumpalan daging yg menggerakkan
bahagian badan, otot; 4. = ~ saraf tisu yg menjadi alat perasa,
asabat; 5. garisan-garisan yg kelihatan pd permukaan kayu, (batu
marmar dll); 6. serat yg terdapat pd kayu, tisu pd tumbuh-
tumbuhan; 7. tulang daun: daun pokok ini mempunyai ~ yg selari
antara satu sama lain; 8. akar (pd tumbuh-tumbuhan); 9. penjodoh
bilangan utk gelang atau benda yg kecil (halus) dan panjang (spt
rotan dll): di pergelangan tangannya membelit dua ~ gelang halus
diperbuat drpd emas; 10. ki asal mula (sesuatu hal), pokok
pangkal;
~ amris urat di kiri kanan batang leher; ~ benang jalur benang (pd
jahitan); ~ belikat otot pd belikat; ~ daun tulang-tulang daun; ~
daya garisan (titik-titik, jaluran) yg menunjukkan aliran tenaga dll;
~ kata akar kata; ~ keting otot di atas tumit; ~ leher otot pd leher; ~
nadi saluran darah yg berdenyut pd pergelangan tangan; ~ pengetul
otot pd lengan (atau kaki) utk melipatkan lengan (atau kaki); ~
tendon sj tisu yg menghubungkan otot dgn tulang; ~ tunggal = ~
tunggang akar tunjang (pd tumbuh-tumbuhan);
menghendaki ~ lesung prb menghendaki sesuatu yg tidak mungkin
akan dapat; nan berseluk ~, nan berjumbai akar, nan berlambai
pucuk prb Mn orang yg berkaum menurut adat;
berurat 1. mempunyai urat; 2. mempunyai akar, berakar: ke atas
tidak berpucuk, ke bawah tidak ~; ~ berakar a) sudah mendalam
benar (perasaan dll); b) sudah lama (di sesuatu tempat dll);
berhati baja, ~ kawat prb orang yg tabah serta keras hati.
urat II; daun ~ sj tumbuhan (herba), Plantago major.
urat III bahagian tubuh yg haram didedahkan (menurut agama Islam);
gila ~ lelaki yg gila perempuan; aurat.
urat IV; mengurat mengusik-ngusik perempuan (utk memikat),
mengganggu perempuan: buruh-buruh yg ramai turun dr lori
bersiul-siul ~ Rokiah.
urat-urat; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar sagu paya, bunga
petaya, Dalbergia stercoracea.
uraturia (Ubat) kehadiran asid urik yg berlebihan dlm air kencing.
ura-ura 1. sl mesyuarat, perbincangan, perundingan, pembicaraan; 2.
cadangan, usul: ada ~ persatuan itu mahu menubuhkan kedai
syarikat kerjasama;
berura-ura 1. sl bermesyuarat, berbincang, berunding; 2.
merancang-rancang, bercadang, bermaksud, bertujuan: pernah
juga dia ~ hendak menulis cerita berdasarkan percintaan guru
sama guru; negara-negara di rantau ini tidak ~ hendak
menubuhkan pakatan tentera;
mengura-urakan 1. = memperura-urakan membicarakan,
membincangkan: akan pekerjaan ini jangan kita perura-urakan
kerana rakyat yg mengeliling kota ini suka juga; 2. merancang-
rancangkan, mencadangkan, mengusulkan: persidangan itu diura-
urakan oleh Parti Rakyat.
urbanisasi proses, usaha, dsb menjadikan sesuatu keadaan, kawasan, dsb
bersifat bandar, pembandaran: begitu juga hasil drpd
industrialisasi dan ~, berlakunya perhijrahan dr desa ke kota;
mengurbanisasikan menjadikan sesuatu kawasan itu bandar,
membandarkan.
urdi perintah; ordi, rodi.
Urdu bahasa rasmi di Pakistan, yg juga merupakan bahasa utama
terutamanya di kalangan penduduk Islam di India.
urea (uréa) (Kim) sj sebatian berhablur yg mengandungi ammonia dan
karbon dioksida (biasanya terdapat dlm air kencing); baja ~ sj baja
buatan drpd urea dll.
uremia (urémia) (Ubat) keadaan apabila kepekatan urea dlm darah
melebihi paras normal.
ureter (uréter) (Bio) saluran yg membawa air kencing dr buah pinggang
ke pundi kencing.
ureterektomi (uréteréktomi) (Ubat) pembuangan seluruh atau
sebahagian ureter secara pembedahan.
uretra (urétra) (Bio) saluran yg menyalirkan air kencing dr pundi
kencing ke luar tubuh, salur kencing.
uretritis (urétritis) (Ubat) radang pd uretra.
uri I tembuni.
uri II; menguri berpusing ligat (bkn gasing).
urian Ar sl telanjang bulat, bogel.
uribang Jk; kembang ~ bunga raya.
urik Jk; mengurik, mengurik-urik mengorek-ngorek dgn benda yg
kecil.
urin (Ubat) air kencing.
uring I Jk; uring-uring, uring-uringan marah-marah (dgn mengomel
dll).
uring II Mn alur yg letaknya di antara bibir atas dgn hidung, oreng.
urip Jw, sl hidup.
uris Mn baris, garis, gores;
beruris-uris berbaris-baris, bergaris-garis, bergores-gores.
urit, urita ark berita, warta: ~nya baginda beristerikan puteri bongsu.
uritan Jw ibu (bakal) telur.
urna sl warna.
urologi cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn fisiologi, penyakit, dan
rawatan saluran kencing.
urtikaria (Ubat) tindak balas alergi pd kulit yg ditandai dgn letusan
bintat merah yg gatal.
uruk Jk; menguruk 1. menimbun atau menimbus (dgn tanah dll): burung
itu mengangkut kayu dan batu dr Bukit Barat utk ~ laut; 2.
membumbun atau menambun (pangkal pokok).
urung tidak jadi (permainan dll), batal: maka ~lah maksud orang itu
drpd memiliki tanah itu; tidak ~ tidak boleh tidak;
mengurungkan menjadikan tidak jadi, membatalkan (maksud,
tujuan, dll): maksud hendak berjalan keluar diurungkan.
urup; urup-urup; kedai ~ kedai tempat menukar wang;
mengurup 1. sl menukar wang (wang besar dgn wang kecil dll); 2.
menukar barang dgn barang (dlm perdagangan dll);
urup-urupan berniaga dgn menukar-nukar barang dagangan;
pengurup penukar wang.
urus; ~ janji hal yg berkaitan dgn urusan perniagaan; salah ~ tidak
dikelolakan (diselanggarakan) dgn baik atau teratur; tidak ~ tidak
terpelihara (teratur);
berurus 1. berhubungan utk menyelesaikan sesuatu perkara dll:
Pak Utih belum pernah sekali pun datang ~ ke pejabat Pak Busu
yg baru itu; 2. dijaga (terpelihara) dgn baik, tersusun rapi: tidak ~
kamar ini; rambutnya tidak ~;
mengurus 1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan,
menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. mengatur
(menyelenggarakan) sesuatu supaya sempurna; = menguruskan
mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah
tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg
masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya
selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun,
dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang
isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu
diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. =
menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik
(perniagaan, perdagangan, dll), memimpin dan mengatur
(perjalanan sesuatu perbadanan dll), mengelolakan, menjalankan:
suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah
mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya;
permintaannya itu tidak diuruskan oleh ibu bapanya; pegawai-
pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau
menyelidiki sesuatu perkara, mengendalikan sesuatu perkara
(supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal
pembunuhan itu sedang diurus oleh polis;
terurus sudah diurus, terjaga (terpelihara) dgn baik: mereka
melihat rambut yg tidak ~; kesibukan jalan raya hampir tidak ~
oleh polis trafik;
teruruskan dapat diuruskan: kalau tidak ~, saya akan
membincangkan hal itu melalui PIBG;
urusan 1. sesuatu yg diurus, pekerjaan dsb yg harus diuruskan:
Muluk tidak peduli, dia ada ~ penting di Pulau Pinang; Islam
membebaskan juga perempuan memegang sebarang jawatan dan
mengurus sebarang ~ sekalipun di luar rumahnya; 2. hal (perkara,
soal, dll) yg perlu diberi perhatian atau diuruskan: saya datang ke
mari kerana ada ~ penting; 3. sesuatu yg ada kaitannya dgn
(pekerjaan, tugas, dll), segala yg bersangkut paut dgn (sesuatu):
guru besar hanya menjalankan ~-~ sekolah sahaja sedangkan
kerja-kerja pejabat dibuat oleh seorang kerani; 4. pengelolaan,
penyelenggaraan: kerana ~nya tidak betul, syarikat itu telah jatuh
bankrap;
~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri seseorang; ~ rumah tangga
segala sesuatu yg mengenai rumah tangga; ~ umum urusan
mengenai berbagai-bagai hal;
berurus; berurusan 1. mengadakan hubungan (dgn), berhubungan
(dgn): negara itu tidak akan ~ lagi dgn badan-badan khusus
Bangsa-Bangsa Bersatu spt UNICEF, FAO, dan UNESCO; ini
orang Afrika Selatan yg pertama kali ~ dgn aku; 2. turut campur
(dlm sesuatu hal), ikut serta (mencampuri): aku tidak mahu ~ dgn
hal keluarga engkau; 3. mempunyai urusan (dgn), ada kaitannya
(dgn), ada sangkut-paut (dgn), bersangkut-paut (dgn): mereka telah
terbukti ~ dgn penyeludupan candu itu; 4. mempunyai sesuatu
perkara dll yg harus diselesaikan (dgn sesuatu pihak dll): dia segan
~ dgn polis mengenai perkara itu; 5. mengelolakan (memberi
perhatian kpd) sesuatu, mempunyai kerja (tugas dll): mereka ~ dgn
hal masing-masing;
keurus, keurusan Jk; tidak ~ tidak terpelihara (dijaga, diurus) dgn
baik;
pengurusan perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal
mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll): pentadbiran dan ~
surau atau masjid dikendalikan oleh jawatankuasa yg dipilih oleh
penduduk mukim atau kampung;
kepengurusan (hal-hal) yg berkaitan dgn cara mengurus sesuatu,
selok-belok kerja dan tanggungjawab pengurus: kerajaan Jepun
telah berjaya mewujudkan sistem ~nya sendiri seiring dgn
kemajuan teknologi;
pengurus 1. (orang dll) yg mengurus, (orang dll) yg menjalankan
pengurusan: dia telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa ~
perayaan hari kebangsaan; 2. orang yg mengendalikan perjalanan
sehari-hari syarikat perniagaan dsb: pentadbiran syarikat
diserahkan kpd seorang ~ dan sebuah jawatankuasa;
~ agung = ~ besar pengurus yg tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat
dll); ~ harian pengurus yg menjalankan tugas hari-hari; ~ lini
pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus,
mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan
sesebuah organisasi: perancangan merupakan fungsi utama ~ lini;
~ syarikat orang yg menguruskan (mengendalikan) sesebuah
syarikat.
urus niaga urusan perniagaan, kegiatan jual beli;
berurus niaga berurusan jual beli: kecemerlangan ~; peniaga
Jerman dikehendaki mendapatkan lesen utk ~ dgn firma asing;
mengurusniagakan menjalankan kegiatan jual beli (perniagaan
dsb): sejumlah 9000 unit saham Metrojaya diurusniagakan sebaik
sahaja pasaran dibuka.
urus setia 1. = pejabat ~ pejabat yg bertanggungjawab tentang kerja-
kerja kesetiausahaan, perkeranian, dan pentadbiran sesebuah badan
perundangan, majlis atau pertubuhan antarabangsa, sekretariat; 2.
kakitangan pejabat urus setia, sekretariat; 3. bangunan atau bilik
tempat pejabat urus setia ditempatkan, sekretariat;
berurus setia mempunyai urus setia (sekretariat);
keurusetiaan (segala hal) yg berkaitan dgn tugas, fungsi, aktiviti
dsb urus setia: utk membincangkan dan menyelaraskan hal-hal yg
berkaitan dgn ~ sidang MABBIM yg akan datang.
urus-urus Jw 1. sj ubat pencuci perut, ubat pencahar; 2. mencuci perut
dgn minum ubat pencahar; purus II.
urut I; minyak ~ minyak angin dll yg digunakan ketika memicit atau
menggosok badan; rumah ~ rumah tempat orang dipicit-picit atau
diramas-ramas badannya; tukang ~ tukang picit (badan), orang yg
memicit-micit (meramas-ramas dsb) badan seseorang atau tempat-
tempat yg bengkak (terseliuh dll);
berurut (sedang) dipicit-picit (badan), diramas-ramas (badan):
barangkali sudah tidak banyak orang yg ingin ~ atau barangkali
tangan orang tua itu sudah tidak kuat lagi;
mengurut 1. memicit-micit dan menggosok-gosok (badan orang)
dgn tangan, mesin dsb (utk menyegarkan, menyembuhkan, dll),
menekan-nekan dan menggosok dgn jari: orang yg diurut itu
berasa segar; 2. menggosok perlahan-lahan dgn tangan (utk
membelai dll), mengelus-ngelus, mengusap-usap: dia ~ bahu
anaknya, membetulkan rambut panjangnya, dan menasihatkan
lagi; 3. memicit dgn tangan dan kemudian melurut;
~ dada ki mengusap dada (kerana berasa kecewa, susah, dll); ~
kuduk ki membujuk-bujuk;
mengurut-urut mengurut berulang kali: tangannya pula turut ~
dada ibunya;
mengurutkan menggosokkan, mengusapkan: ia minta hamba ~
lengannya yg terseliuh;
urutan 1. gerakan tangan, mesin dsb utk mengurut bagi melegakan
rasa sakit, mengurangkan ketegangan otot, melancarkan peredaran
darah dsb: dia melakukan ~ uk merangsang peredaran darah; 2.
hasil mengurut: ~nya melegakan rasa lenguh;
pengurutan perbuatan dsb mengurut: ~ pd otot-otot, bermula dr
ibu kaki;
pengurut 1. orang yg mengurut, tukang urut: dia ~ yg
berpengalaman; 2. alat utk mengurut (anggota badan dsb): setiap
bilik itu dilengkapi ~ kaki utk melegakan badan.
urut II; angka (nombor) ~ angka (nombor) yg berturut-turut;
berurut-urut, berurut-urutan berturut-turut (nombor, bilangan,
dll), beriring-iringan, beruntun-runtun;
urutan susunan (kejadian) yg berturut-turut, susunan yg teratur,
rentetan: ~ peristiwa dlm T.N. kadangkala mengelirukan kerana
susunannya tidak teratur; menghadapi berbagai-bagai cabaran
dan dugaan, mengalami bermacam ~ peristiwa serta menerima
berbagai-bagai perubahan.
usah 1. mustahak, perlu: tak ~lah bimbang, kami datang hanya
menyampaikan perintah menyuruh kakak datang ke balai polis; 2.
jangan: ~ menangis, bawalah bertenang; ~ dibimbangkan hal itu;
usahkan 1. jangankan: wahai nenek, ~ kami berjumpa, mendengar
namanya baru inilah; 2. bukannya, jangankan, tidak pula: makin
lama ~ makin pandai, makin pula bodoh; 3. daripada, dari.
usaha daya upaya (ikhtiar, kegiatan, perbuatan, dll) utk mencapai
(melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu: rajin dan ~ adalah
tangga kejayaan; sebelum Marsden, belum ada ~-~ utk
menerbitkan teks dr naskhah Melayu lama secara ilmiah;
badan ~ badan yg melaksanakan sesuatu (usaha) utk memperoleh
hasil; ~ bersama pekerjaan yg dilakukan bersama; ~ campuran
usaha oleh beberapa pihak yg tergabung; ~ kerajinan tangan
pekerjaan tangan (spt membuat tikar, mengukir, dll); ~ niaga usaha
atau kegiatan perniagaan; ~ perladangan (perlombongan)
pekerjaan perladangan (perlombongan);
berusaha bekerja dgn giat utk mencapai (melaksanakan,
menyempurnakan) sesuatu, berikhtiar, sedaya upaya (utk mencapai
sesuatu), mengerjakan sesuatu usaha: mereka ~ dgn sungguh-
sungguh utk mencapai matlamat mereka; kerajaan ~ utk
menambah hasil pengeluaran getah;
mengusahakan 1. melakukan (membuat) segala yg perlu (spt
pekerjaan, kegiatan, ikhtiar, dll) utk mencapai (melaksanakan,
menyempurnakan, dsb) sesuatu, mengerjakan sesuatu dgn
sungguh-sungguh (supaya tercapai sesuatu), menyelenggarakan:
dia sendiri ~ terbitnya sebuah edisi Sejarah Melayu atas
perhitungan bahasa semata-mata; kemajuan dan kemakmuran di
pulau itu mestilah diusahakan bersama oleh kedua-dua bangsa itu;
2. mencari jalan (daya usaha dll) utk menyampaikan maksud
(memperoleh sesuatu dsb), mengikhtiarkan, mengupayakan: kita
tidak lama lagi akan hidup spt orang baik-baik, aku sedang ~
wangnya; 3. = ~ dirinya bekerja (bergiat) dgn sungguh-sungguh
(segenap tenaga), berusaha keras: dia terlalu sangat rajin ~ dirinya
dlm pelajaran; 4. mengurus sesuatu (pertubuhan dll) supaya
berjalan dgn baik, menyelenggarakan: jikalau perkara itu
berkenaan dgn cukai maka Kementerian Kewanganlah yg akan
~nya; 5. menghasilkan, membuat, mengarang (buku dll),
menyelenggarakan sehingga (selesai): terjemahan ini telah
diusahakan oleh saya sendiri;
perusahaan 1. pekerjaan (kegiatan dsb) secara besar-besaran utk
membuat (menghasilkan, mengeluarkan) barang-barang, industri: ~
batik di Kelantan; ~ gula; 2. pekerjaan berniaga secara besar-
besaran, pekerjaan yg dilakukan utk mencari keuntungan: oleh
sebab kedai itu terlampau kecil, dia sekarang membuka ~ di
gedung yg lebih besar;
~ berat perusahaan secara besar-besaran yg menghasilkan barang
berat-berat spt bahan dasar utk perusahaan-perusahaan lain dll; ~
kecil perusahaan yg dikerjakan secara kecil-kecilan (tidak
memerlukan modal atau alat kelengkapan yg banyak dsb);
pengusahaan perihal mengusahakan, pengerjaan,
penyelenggaraan: ~ tanah;
pengusaha 1. orang yg mengusahakan sesuatu (perusahaan,
kegiatan penghasilan, dsb): ~-~ barang-barang kecil akan dapat
menjual barang-barang mereka dgn harga pasaran yg agak
lumayan; 2. = pengurus (sekolah dll), pengelola.
usaha sama perusahaan (kegiatan, penghasilan, perniagaan, dll) yg
diusahakan bersama oleh dua atau beberapa pengusaha (syarikat
dll) sbg suatu perkongsian.
usahawan orang yg mengusahakan sesuatu perusahaan, pengusaha;
keusahawanan (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau
kegiatan dan kemahiran usahawan: kita perlu mencari kaedah-
kaedah baru guna membantu mempercepat pembangunan
pengurusan dan pembangunan ~ di negara ini; kursus ~; sikap dan
tabiat ~.
usai 1. sudah selesai (perayaan dll), berakhir, bubar: orang yg berjalan di
jalan-jalan raya hanya seorang-seorang sahaja, panggung-
panggung wayang sudah ~; 2. tidak tersusun rapi, terurai (rambut
dll): dia membetul-betulkan rambutnya yg ~ dan sudah banyak
putihnya; 3. sudah selesai (dikerjakan), beres, siap: Saufi
meneruskan kerjanya hingga ~ lantas terus baring dgn melurus-
luruskan kaki; 4. sudah lampau, sudah berlalu: suara auto tidak
terdengar lagi dan pacu kuda sudah lama ~;
mengusai 1. menjadi usai (perkumpulan dll), bercerai, bersurai,
bubar: sekalian hadirin pun ~; 2. = mengusaikan menjadikan
bercerai-berai (berselerak, bersepah-sepah), membongkar,
mencerai-ceraikan, menguraikan (rambut dll): dibukanya almari
itu, ia ~ baju-baju yg ada di dalamnya.
usak menjadi kurang (berkurang), susut: cintanya kpd gadis itu masih
belum ~, walau sebesar rambut sekalipun;
mengusaki menjadikan usak, mengurangi, menyusuti: ~ harta
menyusutkan (menghabiskan) harta.
usali yg mula-mula, yg asli: meskipun adat nan ~ tidak boleh menerima
menantu di luar kampung sendiri, aturan ini dikecualikan kpd
menantu orang berasal usul.
usalli Ar aku bersembahyang (niat yg dilafazkan pd permulaan
sembahyang): hilang saja gema takbir imam itu maka menderulah
suara orang-orang ikut membaca ~ dgn kuat;
berusalli menyebutkan niat pd permulaan sembahyang,
menyebutkan usalli.
usam I hampas kelapa.
usam II ark kusam, suram.
usang 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll);
2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan: tikar
mengkuang yg sudah begitu ~; 3. sudah tidak biasa lagi dipakai
(perkataan, barang, dll), kuno: kata-kata ini memang kedengaran
sangat gagah, tetapi telah terasa hampa, kerana ertinya sudah
tidak lagi dikenal atau sudah ~; pendapat demikian sudah ~, tidak
lagi sesuai sekarang; 4. tidak subur lagi (bkn tanah), kehabisan
baja (bkn tanah);
~-~ dibaharui ki membaharui adat lama yg sudah lemah dgn
menyesuaikannya dgn keadaan baru; adat lama pusaka ~ Mn adat
yg sudah turun-temurun;
mengusang menjadi usang;
mengusangkan membiarkan sesuatu menjadi usang (tidak subur
lagi dsb): katanya, cadangan ~ kawasan kelapa menyebabkan
negara terpaksa bergantung kpd kelapa import;
keusangan perihal (keadaan, sifat) usang.
usap; mengusap 1. menyapu (menyeka) supaya kering, menghapuskan:
air matanya masih kelihatan bergenang di kelopak matanya, tidak
diusap; 2. = mengusapi menggosok perlahan-lahan, membelai,
mengelus-elus: suamiku menyambut pemberian anak sulung kami
sambil ~ pipinya; perlahan-lahan tangannya mengusapi dahi
Karim; ~ dada ki menggosok-gosok dada kerana kecewa dll; 3.
melumas (dgn cat dll), menyapu (dgn cat dll), menyelaputi: ~ keris
dgn pamor.
usar sj tumbuhan (rumpai yg tinggi), Andropogon zizahioides.
USDEK (usdék) Id akronim bagi Undang-Undang Dasar 45, Sosialisme
ala Indonesia, Demokrasi terpimpin, Ekonomi terpimpin,
Keperibadian Indonesia (dasar-dasar politik bekas Presiden
Soekarno).
user-user Jk pusar kepala, pusar-pusar;
user-useran user-user.
usia umur: sudah lanjut pula ~nya; Utusan Melayu genap 49 tahun ~nya
esok; ~ mental (Ubat) tahap kecerdasan seseorang berdasarkan
peringkat umurnya(diketahui melalui ujian kecerdasan);
berusia 1. mempunyai usia, berumur: beliau telah menjadi
anggota parti ketika ~ 14 tahun; 2. = ~ lanjut (sudah) agak tua:
pengadil biasanya terdiri drpd orang-orang yg telah ~.
usik 1. perbuatan mengganggu (mengacau) orang lain, gangguan: jangan
peduli sangat ~ orang itu; 2. ark tidak tenang, bergerak-gerak,
lasak;
berusik dilakukan sesuatu padanya, diganggu, disentuh (dipegang,
dijamah, dsb), dialihkan: hutan di pantai Timur hampir tidak ~;
mengusik 1. = mengusik-usik mengganggu (secara bermain-
main), menggoda (tidak dgn sungguh-sungguh): ia ~ dgn gurau
jenaka; 2. = mengusik-usik menjamah (mengenai) sedikit,
menyentuh, menyinggung: jangan bagi orang ~ barang ini; 3.
mengganggu (dgn maksud jahat), mengacau: tidak tahu isteri
orang yg diusik; 4. menyebut-nyebut sesuatu perkara,
membangkit-bangkit, mengungkit-ungkit: dlm kempen pilihan raya
baru-baru ini, mereka telah ~ hak-hak orang Melayu; 5.
mengkritik, mengecam;
usik-mengusik saling mengusik antara satu sama lain: kami
memang suka bergurau dan ~ apabila bertemu;
terusik 1. telah diusik (diganggu, dicemari dsb): di kawasan
pedalaman itu masih terdapat banyak lubuk ikan yg belum ~; 2. ki
tersentuh (terharu dsb) perasaan: perasaannya mudah ~ apabila
mendengar lagu itu;
usikan 1. gangguan, ejekan, gurau senda: ia tidak peduli akan ~
dan gurau senda kawan-kawannya; 2. celaan, kritikan;
pengusik orang yg (suka) mengusik, pengganggu.
usil Jk suka mengusik (mengganggu), gemar turut campur dlm hal orang
lain, suka menjaga tepi kain orang; tak mahu ~ tidak mahu masuk
campur, tidak mengendahkan;
usilan suka mengusik (mengganggu).
usir; mengusir 1. mengikut, memburu, mengejar: bonda hamba pun
tiada sempat naik ke sampan, sekaliannya berenangan ~ perahu yg
lain; tiadalah diusirnya orang Melayu yg lari itu; 2. menyuruh
pergi dgn paksa, menghalau: engkau usir aku spt ~ seekor anjing
yg berkurap layaknya;
~ asap, meninggalkan api prb melepaskan keuntungan kecil yg
sudah tentu kerana mengharap keuntungan besar yg belum pasti;
terusir (telah) diusir: peristiwa itu telah menyebabkan dia ~ dan
terpisah drpd keluarganya;
usiran 1. (orang dll) yg diusir: orang ~; 2. sesuatu yg digunakan
utk mengusir: surat ~;
pengusiran perbuatan mengusir (menghalau): dlm cerita ini,
terdapat cerita yg sama tentang ~ anak tiri dan kepulangannya
dgn membawa hadiah-hadiah;
pengusir orang yg mengusir, penghalau.
USIS I akronim bagi United States Information Service (Perkhidmatan
Penerangan Amerika Syarikat).
usis II ucis.
uskup paderi Kristian yg mengawasi sesuatu kawasan, wali gereja; ~
besar (agung) ketua dr segala paderi, paderi besar;
keuskupan kawasan pegangan uskup.
uslub Ar kaedah, cara: berkhidmat utk kebenaran ialah ~ atau kaedah yg
diperjuangkan oleh Islam.
USM kep Universiti Sains Malaysia.
USNO akronim bagi United Sabah National Organisation (Pertubuhan
Kebangsaan Sabah Bersatu).
usrah Ar perkumpulan yg melibatkan kegiatan agama spt perbincangan
tentang sesuatu tajuk agama, dsb: di kilang ini segala keperluan
spt kenderaan utk mengikuti kuliah, ~, dan mendengar ceramah
telah disediakan;
berusrah mengikuti, mengadakan atau menyertai usrah: manusia
dikatakan akan lebih matang dan berwibawa jika rajin berbincang
dan ~.
usta sl tukang cukur.
ustaz Ar 1. tuan; 2. guru agama (lelaki).
ustazah Ar guru agama (perempuan).
usuk Jw (kayu) kasau.
usul I 1. mula, asal mula, asal; bangsawan ~ bangsawan yg diwarisi
(drpd nenek moyang); 2. yg semula (sejati), yg asli:
ditanggalkannya baju panjang yg dipakainya itu, maka nampaklah
~ tubuhnya; 3. ki sifat yg semula, kelakuan, perangai, tabiat;
~ asal = asal ~ asal keturunan, salasilah; ~ bangsawan (budiman)
yg bersifat bangsawan (budiman); ~ fikiran pokok (isi, asas)
fikiran;
~ menunjukkan asal prb perangai menunjukkan bangsa (darjat); ~
~, asal asal, asal jangan ditinggalkan prb dlm mengerjakan
sesuatu patutlah diperhatikan benar-benar sejak pekerjaan itu
dimulakan;
berusul bermula (dr), berasal.
usul II pendapat dll yg dikemukakan utk dibincangkan (disetujui,
diterima), anjuran, cadangan, saran: mereka menerima segala ~ yg
dikemukakan; ~ balasan cadangan sbg ganti cadangan yg telah
lebih dahulu dikemukakan, cadangan balas;
mengusulkan mengemukakan pendapat (supaya diterima atau
disetujui), menganjurkan, mencadangkan, menyarankan: aku ~
agar semua anggota memakai pakaian seragam;
pengusul orang yg mengemukakan sesuatu usul, pencadang,
penyaran.
usul III; ~ periksa penyelidikan yg cermat, soalan utk mengetahui
(menyelidiki) sesuatu: dgn tidak ~ periksa, ia mempercayainya;
mengusul, mengusuli memeriksai (dgn cermat), mengusut,
menyelidiki;
pengusulan perihal mengusul (dgn hati-hati), pemeriksaan,
penyelidikan.
usul IV; ilmu ~ usuluddin.
usuluddin Ar suatu ilmu yg membicarakan akidah agama Islam yg
berhubung dgn ketuhanan, kenabian, dan perkara-perkara yg ghaib
(spt qadak dan qadar, hari akhirat, syurga, neraka, dsb), ilmu
tauhid.
usung; berusung 1. pergi dgn ditandu, naik tandu, bertandu: apabila raja
berangkat hari raya ~, penghulu bendahari memegang kepala
usungan yg di kanan; 2. dipikul (diangkat) beramai-ramai;
mengusung 1. membawa (orang) dgn menggunakan tandu,
menandu: Seri Udani pun diusung orang, dibawa kembali ke
rumahnya; 2. mengangkat (membawa) beramai-ramai: baginda
bertemu dgn si pencuri lima orang ~ satu peti berdua, yg tiga
orang itu mengiringkan dia;
usungan 1. alat utk mengusung (tandu dll): orang besar-besar
dibawa dlm ~ dan dikelilingi oleh pengiring-pengiring; 2. benda
yg diusung; 3. alat yg terdiri drpd dua batang kayu, kanvas dsb utk
mengusung orang yg sakit, cedera dsb dlm keadaan terbaring;
berusungan menggunakan usungan (ketika berjalan-jalan dll):
Laksamana dianugerahi usungan, ~ ia ke sana ke mari;
pengusungan perihal mengusung;
pengusung orang yg membawa usungan.
usus tali perut (dr perut hingga ke pelepasan), perut muda; panjang ~ bp
ki sabar; ~ besar bahagian tali perut yg menyalurkan sisa-sisa
makanan utk dikeluarkan (sbg najis), perut tua; ~ buntu bahagian
tali perut (pd tempat pertemuan usus besar dan usus kecil) yg
berbentuk pundi-pundi atau kantung; ~ kecil bahagian tali perut (di
antara perut dgn usus besar) yg menghadamkan makanan dan
menyerapkan zat-zat makanan ke dlm badan, perut muda.
usut I Jk; usut-usut, mengusut meraba-raba, merabai.
usut II; mengusut mencari keterangan (bukti dll), memeriksa (supaya
ketahuan segala-galanya), menyelidiki: barang siapa dicurigai,
segera ditangkap dan dimasukkan ke dlm penjara dgn tidak diusut
dan diperiksa lebih dahulu;
pengusutan perihal mengusut, pemeriksaan, penyelidikan.
uswah Ar teladan, contoh (ikutan): setiap apa yg dilakukan oleh nabi
Ibrahim as adalah ~ kpd kamu; ~ hasanah teladan yg baik.
usyar Pn, bp memerhati (biasanya buat beberapa ketika).
usyur Ar sepersepuluh drpd harta dll.
utama 1. penting sekali, terpenting: beliau sering diberi peranan ~ dlm
cerita-cerita sandiwara; ~ jiwa sl jiwa, sukma; air ~ jiwa sl air yg
boleh menghidupkan orang-orang yg mati ; syarat ~ syarat yg
terpenting; 2. paling baik, amat baik, terbaik: kebenaran dan
kejujuran itulah menjadi hakim ~;
mengutamakan 1. menganggap lebih penting drpd yg lain,
menganggap utama, mementingkan: sistem ekonomi telah mula
berubah drpd memiliki tanah kpd ~ wang; 2. menganggap penting
hanya, menumpukan perhatian dll kpd: seseorang itu mesti ~ diri
sendiri dahulu baru orang lain;
terutama 1. utama sekali, terpenting: Hamzah menulis karangan-
karangannya ~ utk orang yg tidak mengetahui bahasa Arab dan
Parsi; 2. pertama sekali, asas (pokok): tujuan kita yg ~ sekali ialah
memajukan orang Melayu dlm bidang perniagaan; 3. lebih-lebih
lagi, apa lagi, teristimewa pula: mustahaklah kita mengetahui
sedikit sebanyak mengenai cabang-cabang sains yg lain ~
kajihayat, kimia, dan fizik; 4. lebih baik... (drpd), biarlah, remak:
maka ~ mati dgn nama yg baik drpd hidup dgn nama yg jahat;
keutamaan 1. kelebihan drpd yg lain-lain tempat yg utama:
masalah menjaga keamanan negeri hendaklah diberi ~ dlm
persidangan itu; 2. perihal utama, keistimewaan, keunggulan:
kalau manusia itu tidak mempunyai fikiran, hilanglah ~nya sbg
makhluk yg tinggi; 3. kebaikan budi pekerti;
pengutamaan perihal mengutamakan: ~ Bahasa Kebangsaan
mestilah diterima oleh segala golongan.
utara I arah hadapan kalau kita berdiri dgn kiri ke barat (kanan ke timur),
mata angin yg bertentangan dgn selatan; angin ~ angin yg bertiup
dr sebelah utara; bintang ~ bintang kutub utara; musim ~ musim
tengkujuh yg dibawa angin dr timur laut;
~ barat laut mata angin antara utara dgn barat laut; ~ semata timur
= ~ timur laut mata angin antara utara dgn timur laut; ~ tepat utara
betul.
utara II; mengutarakan 1. melahirkan apa yg tersemat di hati
(pendapat, fikiran, dll), mengatakan, menyatakan: banyak sekali yg
dapat dibicarakan dan diutarakan mengenai novel ini; 2.
mengemukakan (cadangan dll), membentangkan, mencadangkan:
dia ~ supaya Amerika memimpin dunia bebas selepas perang; 3.
menunjukkan (bkn jarum jam);
pengutaraan perihal mengutarakan, huraian, keterangan,
penjelasan.
Utarid planet yg paling dekat dgn matahari.
utar-utar sj perisai kecil yg bulat bentuknya.
utas I 1. tali utk merangkaikan (manik, buah tasbih, dll), tali perangkai;
2. penjodoh bilangan utk benda yg berurai (spt benang, tali, rantai,
dll): di lehernya tergantung se~ rantai suasa;
berutas; ~ permata bergantungan dgn permata, beruntai permata.
utas II ark pandai, tukang.
utau Kd, Pl isyarat dgn menggunakan tangan.
uterus (Bio) tempat kandungan anak, rahim, peranakan.
utih 1. Ph panggilan utk anak yg keempat; 2. Pr nama timang-timangan
utk anak yg keenam.
utilitarian 1. bersifat membawa manfaat yg paling besar kpd seberapa
ramai orang yg mungkin; 2. lebih bertujuan utk kegunaan drpd sbg
kemewahan, hiasan dsb (bkn barang, karya seni, dsb): karya-karya
yg dipamerkan termasuklah yg bersifat ~ dan bukan ~, yg
berfungsi sbg hiasan dan alat kegunaan harian; 3. orang yg
berpegang atau menyokong utilitarianisme.
utilitarianisme teori politik dan moral yg menyatakan bahawa matlamat
semua peraturan hidup yg baik ialah utk mencapai kebahagian
hidup yg paling tinggi bagi seberapa ramai orang yg mungkin, dan
tindakan yg dianggap benar atau salah adalah atas dasar sama ada
tindakan itu membantu atau menghalang pencapaian matlamat ini,
faham utilitarian.
utiliti (Komp) perkakasan atau atur cara sampingan yg membantu dan
memudahkan penggunaan sesebuah komputer atau atur cara.
uting I Kl; menguting, mengutingkan menghalakan (laras senapang
dll), membidik.
uting II Tr anak padi yg dicabut dr tapak semaian dan diikat-ikat: dia
mencedung lapan ~ sepanjang pagi.
utit; mengutit meniup (serunai, seruling): maka nobat pun dipalulah dan
nafiri pun diutitlah terlalu merdu bunyinya.
utk kep untuk.
UTM kep Universiti Teknologi Malaysia.
utopia masyarakat (sistem pemerintahan, negara, keadaan, dll) yg ideal
atau terlalu sempurna (iaitu merupakan sesuatu yg tidak mungkin
dapat diwujudkan): justeru itu amat tidak wajar dikejar dan
dipertahankan suatu ~ kehidupan dlm lingkungan budaya kecil yg
asing dan palsu.
utuh 1. tidak rosak (kemik, retak, sompek, dll), sempurna: meja yg masih
~; 2. tidak berpecah-pecah, bulat, lengkap: negara masih tetap ~,
ekonomi kita berkembang terus;
seutuh lengkap dan tidak kurang sedikit pun (tidak berpecah-
pecah);
keseutuhan kesatuan;
mengutuhkan menjadikan utuh (lengkap, sempurna);
keutuhan perihal (sifat, keadaan) utuh, kebulatan, kesempurnaan:
menjaga ~ negara Malaysia; ~ bahasa Melayu sbg bahasa
pengantar pendidikan memang jelas kelihatan pd hari ini.
utus I sl suruhan, wakil: adik Bendahara Paduka Raja, dititahkan Sultan
Mansur Shah ~ ke benua China;
berutus berkirim surat (berita, khabar): lama kita tidak ~ ;
berutus-utusan saling berkirim surat, (berita, khabar, dll):
sentiasalah ~ antara satu sama lain;
mengutus 1. menyuruh orang pergi (sbg ganti atau wakil diri),
menghantar wakil (orang suruhan dll): dlm tahun 1925, dia diutus
Muhammadiah ke Sumatera Barat; 2. mengirim (surat dll),
menghantar: mereka tidak pernah ~ surat; setinggi terima kasih
kpd tuan kerana ~ kawat kpd saya;
utusan orang (kumpulan orang) yg diutus, suruhan, wakil:
keempat-empat negeri itu ada menyuruh ~ ke negeri Siam;
perutusan 1. kumpulan wakil (kerajaan dll), beberapa orang yg
diutus, delegasi; 2. berita (khabar dll) yg diutus: Perdana Menteri
hari ini telah mengirim ~ kpd Tuan Harold Wilson; 3. sesuatu yg
(hendak) disampaikan atau dilahirkan: sebenarnya tarian dan lain-
lain itu adalah sistem lambang yg terkandung dalamnya bukan
sahaja ~ idea bahkan nilai-nilai etos yg penting; 4. ucapan orang
besar pd hari-hari penting, pesan, amanat: perkara ini telah
disentuh oleh PM dlm ~ tahun barunya;
pengutusan perihal (perbuatan dsb) mengutus.
utus II sl 1. mahir (dlm pekerjaan tangan), pandai; 2. = orang ~ = utusan
orang yg pandai bertukang, tukang: maka dikirim oleh Sultan Rom
drpd jenis ~ dan pandai yg tahu menuang bedil; yg pekerjaan ~,
bukan pekerjaan kera prb orang yg suka mempedulikan pekerjaan
orang lain itu biasanya akan ditimpa bencana kerana perangainya
yg tidak baik.
u.u. Id kep undang-undang.
u.u.d. Id kep undang-undang dasar.
u.u.d.s. Id kep undang-undang dasar sementara.
UUM kep Universiti Utara Malaysia.
uvula (Bio) anak tekak.
uzlah, uzlat Ar pengasingan diri drpd orang banyak;
beruzlah mengasingkan diri, berkhalwat: hidup ~ adalah hidup yg
penuh dgn kegembiraan utk bermunajat kpd Allah.
uzur 1. lemah badan, berpenyakitan, sakit: ia tidak dapat berjalan
kerana ~; orang tua ~ orang yg sudah tua dan tidak berdaya
bekerja berat (selalu sakit-sakit); 2. sesuatu yg menyebabkan tidak
dapat bekerja (berjalan dll), aral, halangan: kalau tidak ~, saya
akan datang juga; 3. ki a) datang bulan, haid; b) mengandung,
hamil; 4. ki, bp terlalu buruk keadaannya (barang-barang), hampir
tidak boleh dipakai lagi: jala abang ini telah ~ benar, hendak
digantikan dgn yg baharu, tidak ada modal pula; ~ syarii uzur yg
dibenarkan oleh syarak dlm melakukan sesuatu ibadah, kewajiban
dsb;
menguzurkan membuat halangan, menghalangkan (diri); jangan
hendaknya encik ~ diri jangan hendaknya encik berhalangan;
keuzuran perihal uzur: kalau jiran kita itu mendapat ~, wajib kita
memberi pertolongan kepadanya.
Recommended