View
832
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
PERANAN WAYANG KULIT DALAM KONTEKS SOSIO BUDAYA MASYARAKAT
SITI NURUL SYUHADA BINTI STOTA
2008758765
IJAZAH SARJANA MUDA SENI HALUS (KEPUJIAN)
FAKULTI SENI LUKIS DAN SENIREKA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
2010
HALAMAN
PEMERIKSA
PERANAN WAYANG KULIT DALAM KONTEKS SOSIO BUDAYA MASYARAKAT
SITI NURUL SYUHADA BINTI STOTA
2008758765
Thesis ini dikemukakan kepada Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka,Universiti Teknologi
MARA sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan
Ijazah Sarjana Muda Seni Halus
1. Diperiksa oleh……………………………………………………………Tarikh
2. Diperiksa oleh…………………………………………………………….Tarikh
3. Diperiksa oleh…………………………………………………………….Tarikh
Dekan
Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah AlamSelangor Darul Ehsan
PENGHARGAAN
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera…
Puji-pujian bagi Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang serta selawat dan salam keatas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
Alhamdulillah…bersyukur saya ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia dan izinNya telah member
peluang kepada saya bagi menyiapkan thesis ini dengan kemampuan yang ada. Di sini saya ingin
mengucapkan setinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung dalam penyediaan thesis ini. Jutaan trima kasih kepada semua pihak yang telah
menghulurkan bantuan serta kerjasama terutamanya…
Buat keluarga tersayang…
1) Ayah dan Emak (Stota bin Dolah,Napisah binti Haji Ismail) yang telah banyak berkorban
demi menjayakan pengajian anakanda samaada sumbangan dari segi kewangan mahupun
sokongan.
2) Tidak lupa juga buat abang-abang (Zoraidi bin Stota dan Mohd Khairuddin bin Stota)
kerana banyak memberi semangat ketika menghadapi dugaan dalam pelajaran. Terima
kasih diucapkan.
3) Tidak terkecuali juga kepada bekas Pensyarah sewaktu di Ikip merangkap sebagai kakak
angkat yang juga telah banyak memberi sokongan dan dorongan dari segi nasihat dan
juga kewangan bagi meneruskan pengajian ini.
4) Kepada senior-senior dan juga junior-junior,terima kasih juga saya ucapkan.
Sesungguhnya dengan sokongan dan juga kerjasama dari semua pihak telah memberikan
semangat serta keyakinan untuk saya menyempurnakan thesis ini. Sekali lagi saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya kepada mereka yang terlibat
didalam penghasilan thesis ini. Segala tunjuk ajar daripada semua pihak akan saya kenang dan
ilmu yang diperolehi itu akan saya gunakan sebaik-baiknya pada masa-masa akan dating. Hanya
Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas segala jasa baik anda semua. Akhir kata terima kasih
untuk semua dan jasa anda tetap diingatan. Oleh itu,segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t
dan yang buruk itu datangya dari kesilapan serta kelemahan diri saya sendiri.
Sekian,terima kasih.
…………………….
(SITI NURUL SYUHADA BINTI STOTA)
Ijazah Sarjana Muda Seni Halus, (Kepujian)
Fakulti Seni Lukis dan Senireka,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.
SINOPSIS
SINOPSIS
Peranan wayang kulit dalam konteks sosio budaya masyarakat merupakan tajuk yang
dikemukakan bagi thesis ini. Pemilihan tajuk ini timbul dari keinginan didalam diri sendiri untuk
mengkaji,meneliti dan menyingkap kembali rahsianya kerana selama ini kita tidak begitu
mengambil tahu menegenainya. Walaupun terdapat juga karangan mengenai wayang kulit ini
dikeluarkan,namun ianya tidak membincangkan dengan begitu jelas tentang wayang kulit. Oleh
itu saya mengambil kesempatan ini untuk membincangkan dengan lebih mendalam lagi dimana
ianya merupakan peranan dalam masyarakat kita pada masa kini.
Kaedah yang diambil untuk menyingkap thesis ini adalah dengan cara kaji selidik melalui
temubual,maklumat gambar,rujukan buku,majalah-majalah,keratin akhbar dan kajian kes di
muzium. Kemudian maklumat ini akan digabungkan dan dibincangkan disetiap bab didalam
thesis ini.
Hasil daripada kajian ini, jelaslah bahawa wayang kulit adalah satu nama yang tidak asing lagi
bagi sesetengah masyarakat di gugusan kepulauan melayu terutama bagi masyarakat melayu.
Wayang kulit adalah merupakan satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya
dan baying. Baying-bayang daripada patung yang diperbuat daripada kulit yang terdiri dari
pelbagai watak methodology dan khayalan dilarikan oleh seorang dalang. Persembahan wayang
kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan
(serunai) atau alat bertali ( rebab). Pelbagai bentuk dan jenis wayang kulit boleh didapati di Asia
dan lebih-lebih lagi di Tenggara Asia. Setiap jenis wayang kulit mempunyai bentuk dan
wataknya yang tersendiri dan agak berbeza dari satu kawasan atau latar belakang masyarakat
kepada yang lain. Hari ini di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat empat jenis wayang kulit
dan setiap satu mencerminkan pengaruh masyarakat dan juga kebudayaan yang telah
mempengaruhi masyarakat itu sendiri. Terdapat empat jenis wayang kulit di Semenanjung
Malaysia iaitu:
i) Wayang Kelantan (disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan dan berasas
kepada pengaruh Patani).
ii) Wayang Melayu (disampaikan dalam bahasa Melayu dan berpengaruh Jawa)
iii) Wayang Purwo (disampaikan dalam bahasa Jawa dan diselit dengan bahasa Melayu
Tempatan.
iv) Wayang Gedek (lazimnya disampaikan dalam bahasa Thai dan bahasa Melayu loghat
tempatan).
Dari keempat-empat jenis wayang kulit ini yang pertama dan kedua didapati di Kelantan dan
negeri-negeri Pantai Timur, yang ketiga terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat Semenanjung
terutamanya di Johor dan yang keempat terdapat di negeri Kedah,Perlis dan beberapa negeri
utara Pantai Barat Semenanjung.
Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di Semenanjung Malaysia
mempunyai pengaruh-pengaruh samaada dari Jawa atau Patani (Selatan Thai) tetapi dalam
perkembangannya semua pengaruh ini telah mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut
penerimaan dan konteks masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit
pada dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat disamping satu rupa pengutaraan
kesenian. Pada asasnya,aliran cerita,bentuk patung-patung dan watak masih lagi mengekalkan
keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adegan-adegan kelakar ‘comic relief’ yang sering
terdapat disepanjang cerita wayang kulit itu,ianya jelas mengemukakan unsur-unsur tempatan
dari segi bahasa dan juga peristiwa-peristiwa yang digambarkan. Oleh itu,wayang kulit
sebenarnya boleh dinikmati (dihayati) dalam dua peringkat. Kedua-duanya mempunyai peranan
yang penting.
JADUAL
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN
PERKARA M/S
HALAMAN TAJUK
BAB 1
PENGENALAN
BAB 1.PENGENALAN
Dalam menganalisis kajian mengenai peranan wayang kulit dalam konteks sosio budaya
masyarakat,satu perancangan kajian hendaklah dibuat untuk menghasilkan satu urutan
kajian yang sistematik dan teratur. Ia juga haruslah dihuraikan dan dijelaskan supaya
tidak terkeluar dari tajuk kajian.
Malaysia adalah sebuah Negara yang tidak asing lagi dengan adat dan budaya. Seni ini
masyur 1,000 tahun dahulu dikawasan Negara Timur Tengah da juga Asia Tenggara. Di
Malaysia terdapat beberapa jenis wayang kulit. Wayang kulit Melayu Kelantan dikatakan
berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani,dan Selatan Thailand. Ceritanya
berdasarkan Hikayat Ramayana dan penglipur lara tempatan. Watak-watak wayang kulit
ini menggunakan loghat Kelantan. Antara watak penting ialah Hanuman,Sri Rama,Sita
Dewi,Maharaja Rawana dan Laksamana. Wayang kulit Jawa dikatakan berasal dari
Wayang Kulit Purwa Jawa,Pulau Jawa,Indonesia. Patung-patungnya membawa watak
dari cerita Mahabratha dan cerita-cerita Panji. Wayang kulit ini diperkenalkan ke negeri
Kelantan pada tahun 1834 oleh seorang tok dalang Melayu selepas mempelajari teknik-
teknik Tok Dalang di Pulau Jawa. Watak wayang kulit ini ialah Sang Kula,Raden Galoh
Cendera Kirana,Arjuna,Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati. Kemudiannya wayang kulit
jenis ini mendapat perhatian ramai di Negeri Terengganu. Wayang kulit Purwa terkenal
dikawasan selatan Semenanjung Malaysia.Ia menggunakan loghat Jawa. Wayang Gedek
terkenal di Kedah dan Perlis. Ia menggunakan patung yang berpakaian moden seperti
kebaya pendek. Persembahan wayang kulit diiringi oleh alat muzik Serunai,Gendang (ibu
dan anak),Gedombak (ibu dan anak),Geduk (ibu dan anak),kesi,canang dan gong. Tok
Dalang merupakan orang terpenting dalam persembahanwayang kulit. Ia mengambil
tempat duduk di belakang tabir pentas. Beliau akan menggerakkan patung-patung watak
dan member suara dengan corak suara berbeza mengikut watak-watak yang dimainkan.
Tok Dalang dibantu oleh Tukang Tunjuk yang menyediakan patung-patung watak
berdasarkan jalan cerita yang hendak disampaikan oleh Tok Dalang.
Kayu kasah ialah sejenis alat muzik yang digunakan untuk menghasilkan kesan bunyi
semasa adegan pergaduhan. Patung-patung diucuk diatas batang pisang. Bayang watak
akan terhasil daripada cahaya daripada pelita minyak kelapa. Cerita wayang kulit
biasanya mengambin masa yang panjang. Pada zaman dahulu ada kalanya satu cerita
dihabiskan dalam masa 7 malam. Persembahan hari ini diringkaskan sehingga 1 atau 2
jam sahaja. Sebelum persembahan bermula,Tok Dalang akan membuat upacara ritual.
Kemudian upacara pentas pun akan dimulakan bertujuan memperkenalkan kumpulan
wayang kulit dan watak-watak yang akan memainkan cerita yang hendak
dipersembahkan.
Watak asas wayang kulit dibuat daripada belulang lembu. Terlebih dahulu belulang akan
direndan didalam air sebelum diregang supaya kulitnya menjadi rata. Watak yang
dikehendaki akan dilukis terlebih dahulu kemudian ianya dipahat supaya lubang-lubang
terbentuk untuk menghasilkan corak baying diatas kelir iaitu (skrin) kelak. Patung
belulang kemudian dikepit pada tetulang yang diperbuat daripada buluh atau kayu.
Bahagian atasnya dikepit dengan menggunakan rotan yang telah dibelah. Tali tangsi
digunakan untuk mengikat tetulang pada belulang. Warna khusus menunjukkan warna-
warna yang tertentu. Hitam untuk watak lucu seperti Pak Dogol dan Wak Long,merah
untuk watak bengis dan jahat. Warna hijau pula untuk watak pahlawan yang mulia seperti
Sri Rama manakala warna kuning untuk watak puteri.
PENDAHULUAN
1.1 PENDAHULUAN
Malaysia adalah sebuah Negara yang tidak asing lagi dengan adat dan budaya. Seni ini
masyur 1,000 tahun dahulu di kawasan Timur Tengah dan juga Asia Tenggara. Di
Malaysia terdapat beberapa jenis wayang kulit. Wayang kulit Melayu Kelantan dikatakan
berasala dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani dan Selatan Thailand. Ceritanya
berdasarkan Hikayat Ramayana dan penglipur lara tempatan. Watak-watak wayang kulit
ini menggunakan loghat Kelantan. Antara watak penting didalam wayang kulit adalah
Hanuman,Sri Rama, Sita Dewi,Maharaja Rawana dan Laksamana. Wayang kulit Jawa
berasal dari Wayang Kulit Purwa Jawa,Pulau Jawa Indonesia. Patung-patungnya
membawa watak dari cerita Mahabratha dan cerita-cerita panji. Wayang kulit ini
diperkenalkan ke negeri Kelantan pada tahun 1834 oleh seorang Tok Dalang Melayu
selepas mempelajari teknik-teknik Tok Dalang di Pulau Jawa. Watak wayang kulit ini
ialah Sang Kula,Raden Galoh Cendera Kirana,Arjuna,Sang Dewa dan Raden Inu
Kartapati. Kemudiannya wayang kulit jenis ini mendapat perhatian ramai di Negeri
Terengganu. Wayang kulit Purwa pula terkenal dikawasan selatan Semenanjung
Malaysia. Ia menggunakan loghat Jawa. Wayang Gedek terkenal di Kedah dan Perlis. Ia
menggunakan loghat utara (Kedah dan Perlis). Dua watak utama adalah etong dan Ekau.
Wayang jenis ini menggunakan patung yang berpakaian moden seperti kebaya pendek.
Persembahan wayang kulit akan diiringi oleh alat muzik seperti Serunai,Gendang (ibu
dan anak),Gedombak (ibu dan anak),Geduk (ibu dan anak),kesi,canag dan juga Gong.
Tok dalang meripakan orang yang terpenting dalam persembahan wayang kulit. Ia
mengambil tempat duduk di belakang tabir pentas. Beliau akan menggerakkan patung-
patung watak dan member suara dengan corak suara berbeza mengikut watak-watak yang
akan dimainkan. Tok dalang dibantu oleh Tukang Unjuk yang menyediakan patubg-
patung watak berdasarkan jalan cerita yang hendak disampaikan oleh Tok Dalang.
LATAR BELAKANG
KAJIAN
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Wayang kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan
bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri daripada pelbagai
watak mitos dan khayalan akan dilarikan oleh seorang dalang. Di Alam Melayu, Wayang
kulit boleh didapati dalam beberapa jenis.
Recommended