View
260
Download
7
Category
Preview:
Citation preview
Salam Sejahtera
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua yang mampu menyahut cabaran
dalam menerbitkan “The Duchess” Edisi 1
(Januari-Jun) tahun 2015. Syabas dan tahniah
kepada sidang redaksi yang saling membantu
dalam menerbitkan buletin ini.
Selaras dengan slogan Kami Sedia Membantu Kementerian Kesihatan
Malaysia, Hospital Duchess Of Kent Sandakan (HDOK) telah banyak
mengadakan program terutama program-program berkaitan kesihatan dan
berjaya laksana sepanjang tempoh Januari hingga Jun 2015 bagi memberi
peluang kepada masyarakat untuk mengenali dan memahami perkhidmatan
kesihatan yang disediakan di HDOK ini.
Saya berasa bersyukur dengan kesungguhan dan semangat berpasukan yang
tinggi dan padu diamalkan oleh warga HDOK, kita telah mendapatkan
pengiktrafan dari pelbagai pihak serta terbukti telah mendapat Pensijilan
EKSA daripada MAMPU dan lain-lain penghargaan.
Sehubungan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima
kasih kepada semua warga HDOK kerana memberikan komitmen yang cukup
tinggi dalam menjayakan misi dan visi HDOK. Semoga sepanjang tahun 2015
ini akan terus membawa kecemerlangan kepada kita semua.
Salam Sejahtera
Bersua kita di ruangan The Duchess Edisi 1 dari
Januari hingga Jun 2015. Kita akan mengimbas
kembali aktiviti dan program sepanjang bulan
dan pastinya imbasan tersebut akan tercatat
sebagai sejarah di HDOK. Jadikan segala kenangan
pahit dan manis sebagai pedoman yang indah
untuk kita meneruskan perjalanan hidup yang
masih jauh. Diharap seluruh warga HDOK akan
lebih semangat dalam menjalankan tugas yang
lebih mencabar. Terima kasih dan tahniah kepada
sidang redaksi 2015 kerana berjaya menerbitkan
“The Duchess”. Walaupun sebagai satu langkah
permulaan, kita yakin dan pasti akan menerbit
edisi ke-2 dengan lebih baik.
DR PAUL CHAN HONG KIT
TIMBALAN PENGARAH
HOSPITAL DUCHESS OF KENT
SANDAKAN
Januari-Jun 2015
SIDANG REDAKSI
The Duchess
Penasihat
Dr Francis Paul
Pengarah HDOK
Ketua Editor
Dr Paul Chan Hong Kit
Timbalan Pengarah
HDOK
Editor
Zaini bin Morshidi
Unit Promosi Kesihatan
Fotografi
SN Hazrina binti Nazri
Unit Kejururawatan
Reka Bentuk & Grafik
Mary Alice Jawatin
Unit Perhubungan Awam
Ahli-Ahli
Matron Yau Kim Yain
PPP Ali bin Abdullah
Unit Perubatan
Unit Kejururawatan
Unit ICT
Unit Pengurusan
Unit Farmasi
Terbitan & Cetakan
Unit Promosi Kesihatan
1
Sempena Sambutan Hari Glaukoma Sedunia yang disambut
pada setiap Bulan Mac, Hospital Duchess Of Kent, Sandakan
telah diberi mandat untuk menganjurkan Hari Glaukoma
Sedunia Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2015. Pelancaran
program telah dilakukan pada 28 Mac 2015, bertempat di
Dewan Selingan, Bangunan Klinik Pakar HDOK dan
disempurnakan oleh Y.B. Datuk Au Kam Wah, ADUN N.45
Elopura. Pada hari tersebut, pemeriksaan saringan mata
glaukoma secara percuma telah dijalankan di Klinik Mata dan
turut berlangsung ialah Bengkel Glaukoma yang dihadiri oleh
para optemetris dari seluruh daerah Sandakan.
Januari-Jun 2015
Tahun 2015 merupakan sejarah bagi Hospital Duchess Of Kent
Sandakan kerana telah berjaya menerima anugerah EKSA
daripada MAMPU. Kejayaan ini merupakan kejayaan warga HDOK
yang telah bekerja keras dan bekerjasama untuk memastikan
kecemerlangan anugerah ini dirasai oleh semua .
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) memberi suntikan baru
kepada semua warga Hospital Duchess Of Kent Sandakan. EKSA
diperkenalkan adalah untuk mengajak warga HDOK agar sentiasa
mengamalkan pesekitaran tempat kerja yang berkualiti. Selain
itu EKSA turut meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
organisasi. EKSA juga dapat mengurangkan amalan pembaziran.
Pelancaran EKSA ini dapat meningkatkan imej HDOK di samping
dapat menjana idea yang kreatif di kalangan warga HDOK. Justeru
itu akan menaikan serta meningkatkan semangat “esprit de corp”
dan displin di kalangan anggota dapat ditingkatkan. Selain itu
juga EKSA ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan serta
meningkat piawaian kerja yang jelas.
2
Januari-Jun 2015
Program Kenali Ubat Anda terlibat dalam penyebaran informasi berkenaan apa itu ubat, penggunaan ubat
secara berkualiti, hak-hak pengguna ubat dan aspek keselamatan ubat. Objektifnya adalah untuk
memastikan pengguna mengambil ubat-ubatan secara rasional dan meningkatkan kesedaran di kalangan
orang awam. Aktiviti-aktiviti yang giat dijalankan merangkumi ceramah dan pameran di sekitar kawasan
Sandakan. Di samping itu, bengkel TOT (Training of Trainers) akan diadakan sekali setiap tahun kepada
setiap pegawai farmasi untuk memantapkan pengetahuan dan mempunyai kebolehan untuk menyalurkan
maklumat yang dipelajari kepada masyarakat setempat.
Jabatan Anestesiologi Hospital Duchess Of Kent
Sandakan telah menyertai acara poster yang bertajuk
“EFFECTIVENESS OF ENHANCED EDUCATION ON
ACINETOBACTER MULTIRESISTANT ORGANISM (MRO)
INFECTION KNOWLEDGE AND STRICT HYGIENE
PRACTICE AMONG INTENSIVE CARE UNIT (ICU) STAFF
OF HOSPITAL DUCHESS OF KENT,SANDAKAN,SABAH,
INREDUCING RATE OF ACINETOBACTER (MRO)”,
sempena Konvensyen “QA” Peringkat Negeri Sabah
telah diadakan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota
Kinabalu.
Konvensyen tersebut diadakan selama tiga hari ,yang
mana pertandingan tersebut diadakan dua kategori
,iaitu kategori “Oral” dan “Poster”. Pada kali ini Jabatan
Anestesiologi yang mewakili Hospital Duchess Of Kent
Sandakan telah mendapat tempat ke 4 saguhati antara
lapan kumpulan yang dipertandingkan pada konvesyen
tersebut. 3
Dengan bertemakan “Don’t Let Glaucoma Darken Your
Life!”, Walkathon pada kali ini menyaksikan seramai lebih
300 orang peserta hadir memeriahkan acara walkathon
pada hari itu. Walkathon ini adalah merupakan
kesinambungan daripada Program Hari Glaukoma Sedunia
Peringkat Negeri Sabah yang dilancarkan pada 29.03.2015.
Pelepasan peserta telah dilakukan oleh wakil Presiden MPS
dengan bantuan kawalan daripada pihak Trafik, Polis
DiRaja Malaysia Daerah Sandakan.
Januari-Jun 2015
Bagi memastikan kakitangan di hospital ini memiliki ketahanan dari segi fizikal dan mental, Unit
Promosi Kesihatan telah menganjurkan Bengkel Minda Sihat bagi memfokuskan kepada tiga aspek,
iaitu fizikal & mental, komunikasi efisen dan pemakanan sihat. Seramai 60 orang peserta telah
terlibat di dalam bengkel yang diadakan pada 17 Mac 2015, selama sehari bermula jam 8.00 pagi
hingga 5.00 petang. Antara aktiviti yang berlangsung ialah pemeriksaan BMI para peserta, aktiviti
berkumpulan yang menekankan kepada aspek minda sihat dan senamrobik.
4
Pasukan Perolehan Tisu dan Organ (Tissue and Organ
Procurement) adalah satu pasukan yang ditubuhkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan
untuk menambahkan bilangan pendermaan organ
selepas kematian di hospital dengan mengenalpasti
penderma yang berpotensi. TOP Team akan
mengadakan promosi kepada kakitangan
Kementerian Kesihatan dan orang awam serta
memberi latihan melalui kursus-kursus yang
diadakan. TOP Team HDOk mula bergerak aktif pada
tahun 2013 setelah dipilih sebagai tuan rumah majlis
penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ
pada Disember tahun tersebut. Pada tahun tersebut
juga Sandakan telah menjadi tuan rumah untuk
Kursus Grief Respond of Organ Donation Awareness
dan apa yang paling membanggakan lagi ialah
pembedahan pendermaan organ yang pertama juga
telah dilakukan pada tahun tersebut.
Januari-Jun 2015
Jabatan O&G telah mengadakan kursus ini dengan objektif untuk memberi informasi mengenai kandungan yang tidak dirancang dan cara pencegahan atau perancang keluarga yang sedia ada, kadar kegagaan, kriteria dari segi perubatan dan isu-isu dengan cara pengunaan perancang keluarga.
Kursus ini telah dijalankan selama satu hari dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang dan peserta adalah daripada kategori Pegawai Perubatan, Pegawai Perubatan Siswazah dan Jururawat yang bertugas di Hospital dan di Kesihatan Daerah Sandakan, Beluran dan Kinabatangan .Seramai 16 Pegawai Perubatan, tiga Pegawai Perubatan Siswazah (HO) dan seorang Penyelia Jururawat Kesihatan, sembilan Jururawat U32 dan 30 Jururawat Masyarakat telah menghadiri kursus ini.
5
Januari-Jun 2015
Unit Kejururawatan diketuai oleh Matron Yau
sentiasa menganjurkan kursus dan aktiviti bagi
memastikan unit kejururawatan akan sentiasa
mendapat ilmu serta pengalaman yang baru
dalam mengurus pesakit serta meningkatkan lagi
kemahiran dalam menghadapi segala kecemasan
dan rawatan agar unit kejururawatan akan
sentiasa bersiap sedia dalam melaksanakan tugas.
6
Januari-Jun 2015
Pada 10 Mei 2015, sambutan Pesta Kaamatan telah diadakan di
Hospital Duchess of Kent, bertempat di Dewan Selingan. Lebih dari
100 orang telah hadir ke pesta ini yang terdiri dari kakitangan
hospital dan juga orang awam. Pesta Kaamatan ini telah dirasmikan
oleh Pengarah Hospital , Dr. Francis Paul.
Acara-acara yang dipersembahkan pada hari tersebut termasuklah
Tarian Mogunatip, Tarian Titikas, Tarian Sumazau, Sketsa
Huminodun dan Sugandoi. Beberapa pertandingan juga telah
diadakan termasuk Pertandingan Makanan Tradisi, Pertandingan
Monopuk (Menyumpit), Pertandingan Ratu Fesyen Kanak-Kanak dan
juga acara kemuncak iaitu Pertandingan Unduk Ngadau.
7
Januari-Jun 2015
Office Hysteroscopy service has been initiated since May 2013 in the O&G clinic. In office hysteroscope diagnostic procedures are done to diagnose endometrial polyps, submucosal fibroid, endometrial hyperplasia, endometrial carcinoma. Small polyps found can be remove and this include resection of uterine synechiae under direct hysteroscopic visualization. Apart from that removal IUCD with loss thread are also done. Previously patients are admitted to the ward for DD&C under general anaesthesia in Operating Theatre to diagnose the above disease. With Office Hysteroscopy workload in Operating Theatre are reduced. Patients do not need to be admitted and there are no risks of patients being under anaesthesia. Nurses were sent to Sabah Woman's Child Hospital for attachment to learn on handling of equipment and medical officers to be trained to do hysteroscopy. Figure 1 shows number of Office Hysteroscopy done.
YEAR OFFICE HYSTEROSCOPY DONE IN O&G CLINIC
2013 75 2014 79 2015 89
Dewan Bedah Utama Hospital Duchess of Kent Sandakan, telah dtutup bermula pada 15 Jun 2015,
untuk memberi laluan bagi pembaikan dan penggantian “Air condition ducting system.” Penutupan
tersebut dijangka selama 6 bulan.
Pada masa penutupan tersebut, semua pembedahan yang telah dijadualkan bagi kes elektif ,telah
dirancang semula oleh jabatan masing-masing. Bagi mengganti fungsi Dewan Bedah Umum semasa
penutupan tersebut, Jawatankuasa Dewan Bedah bersetuju untuk menggunakan Dewan Bedah lama di
Unit Endoscopi dan Dewan Bedah Minor di Unit Kecemasan sebagai Dewan Bedah alternatif .
Pembukaan semula Dewan Bedah utama dijangka pada awal Januari 2016, adalah diharapkan
dengan pembaikan tersebut dapatlah pembedahan dibuat mengikut yang telah dirancang, yang mana
sebelum ini banyak pembedahan dibatalkan disebabkan masalah penghawa dingin.
8
Januari-Jun 2015
Pembekalan ubat kepada pesakit merupakan satu di antara aktiviti
penting yang dijalankan oleh Jabatan Farmasi di mana-mana
hospital. Di HDOK, pembekalan ubat kepada pesakit dalam wad
adalah melalui Sistem Unit of Use (UOU) dan Unit Dose System
(UDS). Sistem pembekalan yang disyorkan untuk fasiliti di bawah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah UDS. UDS
merupakan sistem pembekalan ubat-ubatan wad dengan
menggunakan troli pengubatan berlaci di mana ubat dibekal
mengikut dos setiap waktu dan waktu pengambilan setiap hari bagi
setiap pesakit secara individu.
Kelebihan UDS jika diamalkan dengan betul adalah seperti
mengurangkan kejadian kesilapan pengubatan, membolehkan
pihak farmasi memantau penggunaan ubat bagi pesakit secara
individu, mengurangkan pembaziran ubat, menjimatkan masa
jururawat semasa memberi ubat dan meningkatkan akauntabiliti
dalam penggunaan ubat.
Di HDOK, wad-wad yang dibekalkan ubat melalui UDS adalah FMW
(kronik) (2010), Psikiatri (2014), PCU (2015), NICU (2015),
Oftalmologi (2015), MOW (2015) dan MSW (2015).
Kerosakan lif di bangunan Klinik Pakar yang menjadi rungutan ramai dijangka selesai Disember
2015. Pada masa sekarang hanya sebuah lif yang berfungsi setelah dibaiki baru-baru ini. Sebuah
lagi lif dijangka boleh beroperasi menjelang bulan Disember 2015. Sebuah lagi lif masih
menunggu peruntukkan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan
Negeri Sabah (JKNS). Pihak pengurusan memohon maaf di atas segala kesulitan. Pihak
pengurusan HDOK berharap penggunaan lif lebih diberikan keutamaan kepada warga emas,
OKU, dan mereka yang mempunyai penyakit yang serius. Kita mengalak mereka yang sihat
menggunakan tangga sebagai salah satu senaman harian.
9
Januari-Jun 2015
TOP Team menjemput anda warga HDOK untuk menjadi
pengikrar Penderma Organ. sebagai menyahut saranan KKM Jom
Ikrar, Sekiranya berminat boleh menghubungi dan berjumpa
dengan kami di Unit Kawalan Rapi (ICU) Hospital Duchess Of
Kent Sandakan
Tabung Darah HDOK menjemput dan menyeru warga HDOK
untuk menjadi penderma darah. Tabung Darah HDOK
sentiasa memerlukan darah setiap masa. Warga HDOK
adalah digalakkan menjadi penderma. Sekiranya ingin
menderma sila datang ke Tabung Darah HDOK
10
Sempena Sambutan Hari Glaukoma Sedunia yang disambut
pada setiap Bulan Mac, Hospital Duchess Of Kent, Sandakan
telah diberi mandat untuk menganjurkan Hari Glaukoma
Sedunia Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2015. Pelancaran
program telah dilakukan pada 28 Mac 2015, bertempat di
Dewan Selingan, Bangunan Klinik Pakar HDOK dan
disempurnakan oleh Y.B. Datuk Au Kam Wah, ADUN N.45
Elopura. Pada hari tersebut, pemeriksaan saringan mata
glaukoma secara percuma telah dijalankan di Klinik Mata dan
turut berlangsung ialah Bengkel Glaukoma yang dihadiri oleh
para optemetris di seluruh daerah Sandakan.
Tahun 2015 merupakan sejarah bagi Hospital Duchess Of Kent
Sandakan kerana telah berjaya menerima anugerah EKSA
daripada MAMPU. Kejayaan ini merupakan kejayaan warga HDOK
yang telah bekerja keras dan bekerjasama untuk memastikan
kecemerlangan anugerah ini dirasai oleh semua .
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) memberi suntikan baru
kepada semua warga Hospital Duchess Of Kent Sandakan. EKSA
diperkenalkan adalah untuk mengajak warga HDOK agar sentiasa
mengamalkan pesekitaran tempat kerja yang berkualiti. Selain
itu, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi. EKSA
juga dapat mengurangkan amalan pembaziran. Pelancaran EKSA
ini dapat meningkatkan imej HDOK di samping dapat menjana
idea yang kreatif di kalangan warga HDOK. Justeru itu akan
menaikan serta meningkatkan semangat “esprit de corp” dan
displin di kalangan anggota dapat ditingkatkan. Selain itu juga
EKSA ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan serta
meningkat piawaian kerja yang jelas.
Recommended