View
94
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 62
TEMA: SAINS BAHAN
MENGIKUT SUKATAN LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
Copyright © ANDREW CHOO Exam Tips All rights reserved.
For 100% Real 2020 Exam Tips, Pre-order the Exam Tips Book which is
more details with questions and answers before the price going up.
www.andrewchoo.edu.my 012-3260392
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 63
TEMA: SAINS BAHAN
TAHUN 3 SAINS UNIT 6 PENYERAPAN
1. Objek menyerap air Objek kalis air (tidak menyerap air)
- Sesuatu objek yang menyerap air - Contoh objek: surat khabar, sapu tangan,
tisu dapur, tuala tangan, kertas tisu dan kertas nota
- Contoh bahan: Kapas, kain, kertas - Mempunyai keupayaan menyerap air yang
berbeza. - Susunan keupayaan menyerap air
meningkat Surat khabar kain kapas kertas tisu span
- Kepentingan bahan yang menyerap air dalam kehidupan a. Mengelap dan membersihkan lantai
serta tingkap b. Menyerap peluh pada badan
- Sesuatu objek yang kalis air - Contoh objek: Gelas kaca,
pemadam, skru logam, pembalut gula-gula, guli, belon, klip kertas, sudu besi, penutup pen, penutup botol, tayar mainan dan kunci
- Contoh bahan: Getah, logam dan plastik
- Kepentingan bahan kalis air dalam kehidupan a. Mengelakkan diri daripada
basah. b. Mengelakkan tangan menjadi
basah
TAHUN 4 UNIT 7 SIFAT-SIFAT BAHAN 7.1 Sumber Asas Bahan 1. Jadual berikut menujukkan pengelasan objek mengikut bahan yang digunakan untuk
membuatnya dan sumber asasnya: Sumber
Asas Bahan Objek
Kayu Almari, kerusi, meja, buku, kertas, tisu, pensel Kapas Kain kapas, tuala, bantal, selimut, sapu tangan
Tumbuhan
Getah Belon, tayar, bola, pemadam, sarung tangan, gelang getah, selipar
Bulu Baju musim sejuk, berus cat, topi bulu, sarung tangan, selimut, permaidani
Kulit Beg tangan, kasut, tali pinggang, dompet
Haiwan
Sutera Pakaian, selendang, skarf, tali leher, cadar, cheongsam Tanah liat Tembikar, pasu bunga, batu bata, periuk, cawan, jubin,
cermin Logam Kunci, cincin, sudu, pisau, duit syiling, paku, gunting
Batuan
Tanih Guli Plastik Baldi, kerusi, bakul, penyangkut, botol, bekas makanan Petroleum Kain sintetik Baju hujan, khemah, payung, belon dan tayar
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 64
7.2 Sifat Bahan 1. Contoh-contoh sifat-sifat bahan:
a. Kebolehan menyerap air (kain dan kertas) Inferens tentang isi padu air yang tinggal selepas span dikeluarkan: Isi padu air yang tinggal yang paling kurang kerana span boleh menyerap paling banyak air. Kebolehan menyerap air bagi span, kertas tisu, kaca dan getah pemadam: Span boleh menyerap lebih banyak air berbanding dengan kertas tisu manakala kaca dan pemadam getah tidak boleh menyerap air.
b. Kebolehan terapung di permukaan
air
- bahan dan objek yang ringan dan
diisi dengan udara (mempunyai kurang ketumpatan) akan terapung di permukaan air
- bahan yang berat akan tenggelam di dalam air.
c. Kekenyalan bahan (getah)
- sesuatu bahan akan kembali ke
bentuk dan asalnya apabila diregang atau dimampatkan.
d. Konduktor atau penebat elektrik - Konduktor elektrik: Bahan logam
boleh mengalirkan arus elektrik.
Mentol menyala kerana paku dapat
mengalirkan arus elektrik.
- Penebat elektrik: Bahan bukan logam tidak membenarkan elektrik mengalir melaluinya.
e. Konduktor atau penebat haba - Konduktor haba: Bahan logam
boleh mengalirkan haba. - Penebat haba: Bahan bukan logam
tidak boleh mengalirkan haba seperti kapas, getah.
- Contoh: Sudu besi menjadi panas apabila diletakkan di dalam air panas manakala sudu plastik tidak berasa panas.
f. Kebolehan penembusan cahaya Bahan lut sinar Bahan lut cahaya Bahan legap
- Membenarkan cahaya menembusinya.
- Objek dapat dilihat dengan jelas
- Contoh: cermin mata,
cermin tingkap, akuarium
- Membenarkan sedikit cahaya menembusinya.
- Object dilihat kabur
- Contoh : kertas surih,
kertas tisu, kertas turas, kaca berkabut
- Tidak membenarkan cahaya menembusinya.
- Objek tidak dapat dilihat.
- Contoh: getah, kayu,
logam.
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 65
Sifat Bahan Sebagai Asas Mencipta 1. Bahan penebat haba boleh digunakan untuk menyimpan benda panas atau sejuk. 2. Contoh bahan penebat haba ialah polistirena, habuk kayu, kapas bulu, tuala, kain,
sabut kelapa dan kertas tisu. 3. Bekas polistirena digunakan untuk menyimpan makanan dan minuman panas. 4. Kotak polistirena digunakan untuk menyimpan ikan, minuman tin dan ais supaya
sentiasa sejuk. 5. Habuk kayu, kapas bulu, tuala, kain, sabut kelapa dan kertas tisu boleh digunakan
untuk membalut benda panas untuk mengekalkan kepanasan. Sebaliknya, ia juga digunakan untuk membalut barang beku untuk menghalangnya daripada cair.
6. Kelalang termos direka untuk mengekalkan suhu minuman dan makanan yang disimpan di dalamnya .
Penghasilan objek-objek keperluan hidup berdasarkan sifat-sifat bahan
Bahan Sifat-sifat bahan Objek yang dihasilkan
Kayu - Penebat elektrik dan haba - Menyerap air - terapung di permukaan air - tidak boleh diregang - tidak membenarkan cahaya menembusinya (bahan
legap)
Pensel, meja, kerusi, almari, buku, kertas
Logam - Konduktor elektrik dan haba yang baik - tenggelam di dalam air - tidak menyerap air (kalis air) - tidak boleh diregang (tidak kenyal, tidak elastik) - tidak membenarkan cahaya menembusinya (bahan
legap)
Pisau, kunci, duit syiling, sudu, paku, jarum, paku tekan, periuk, kuali, cerek, klip kertas, keluli
Kaca - Penebat elektrik dan haba - tenggelam di dalam air - tidak menyerap air (kalis air) - tidak boleh diregang (tidak kenyal, tidak elastik) - membenarkan cahaya menembusinya (bahan lut
sinar)
Cawan, pinggan, mangkuk, cermin tingkap, akuarium, bikar, kelalang kon, tabung uji.
Getah - Penebat elektrik dan haba - Terapung di permukaan air - tidak menyerap air (kalis air) - boleh diregang (kenyal dan elastik) - tidak membenarkan cahaya menembusinya (bahan
legap)
Pemadam getah, selipar, gelang getah, tilam, sarung tangan, belon, tayar
Plastik - Penebat elektrik dan haba - Terapung di permukaan air - tidak boleh diregang (tidak kenyal, tidak elastik) - tidak menyerap air (kalis air) - membenarkan cahaya menembusinya (bahan lut
sinar) / membenarkan sedikit cahaya menembusinya (bahan lut cahaya)
Botol plastik, sudu, garpu, pembaris, beg, pemegang periuk, pemegang kuali
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 66
Bulu / kapas
- Penebat elektrik dan haba - tidak boleh diregang (tidak kenyal, tidak elastik) - Menyerap air - tidak membenarkan cahaya menembusinya (bahan
legap)
Baju sejuk, tuala, sarung tangan, selimut
Kain sintetik
- Penebat elektrik dan haba - tidak boleh diregang (tidak kenyal, tidak elastik) - tidak menyerap air (kalis air) - tidak membenarkan cahaya menembusinya (bahan
legap)
Baju hujan, payung
7.3 Pemilihan Jenis Bahan dalam Mereka Cipta Objek 1. objek direka bagi tujuan tertentu dengan menggunakan bahan yang sesuai. 2. Sifat bahan-bahan yang membentuk objek:
Botol susu
Kelalang Termos -Penebat haba -Boleh menyimpan air panas dalam masa yang panjang.
TAHUN 4 UNIT 8 PENGARATAN
8.1 Pengaratan 1. Apabila besi dibiarkan terdedah bagi suatu tempoh masa yang lama dan ia bertindak
balas dengan air dan udara, satu lapisan berwarna perang (karat) akan terbentuk di
permukaannya. 2. Proses pembentukan karat dinamakan pengaratan.
Objek berkarat (boleh berkarat) Objek tidak berkarat (tidak boleh berkarat) - Diperbuat daripada besi dan keluli.
- Contoh: paku besi, pagar besi, paku tekan, jarum, tin, kereta, kekisi, rim basikal.
- Diperbuat daripada logam seperti emas dan perak dan bahan bukan logam seperti plastik, kaca, kayu, getah dan kain.
- Contoh: gelang emas, cincin perak, getah pemadam, periuk tanah, bekas plastik, kerusi kayu, tembikar
Eksperimen Tujuan : Mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan pengaratan. Masalah : Apakah yang menyebabkan besi berkarat? Hipotesis : Pengaratan hanya berlaku dengan kehadiran air dan udara. Alat dan bahan : Tabung uji, paku besi, air yang telah dididihkan, air paip, minyak,
gabus, benang, kalsium klorida kontang dan kertas pasir. Pemboleh ubah a. Dimanipulasi : Kehadiran atau ketiadaan udara dan air
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 67
b. Bergerak balas : Pengaratan paku besi c. Dimalarkan : Jenis paku, tempoh eksperimen
Pemerhatian:
Tabung uji Keadaan paku
besi Inferens
P Berkarat Pengaratan berlaku kerana ada udara dan wap
air. Q Berkarat Pengaratan berlaku kerana ada udara dan air. R Tidak berkarat Pengaratan tidak berlaku kerana tiada udara. S Tidak berkarat Pengaratan tidak berlaku kerana tiada air.
Perbincangan:
1. Udara di dalam tabung uji P mengandungi wap air.
2. Air paip di dalam tabung uji Q mengandungi udara.
3. Air didih di dalam tabung uji R tidak mengandungi udara dan lapisan minyak menghalang udara daripada masuk.
4. Kalsium klorida kontang di dalam tabung uji S menyerap wap air di dalam udara. Kesimpulan : Pengaratan hanya berlaku dengan kehadiran air dan udara.
Ciri-ciri Objek Berkarat 1. Kelihatan kotor, hodoh, tidak menari
dan buruk. 2. Menjadi rapuh dan terkakis dengan
perlahan. 3. Membahayakan hidupan – manusia
yang cedera kerana terpijak paku besi yang berkarat boleh mendapat penyakit kancing gigi.
4. Tidak tahan lama.
Cara mencegah pengaratan Menyapu minyak atau gris 1. Minyak dan gris mengelakkan objek
yang diperbuat daripada besi dan keluli daripada terdedah kepada air dan udara.
2. Minyak dan gris boleh disapu pada permukaan objek seperti rantai basikal dan engsel pintu.
Menyadur objek besi dengan logam lain 1. Penyaduran ialah proses menyalut
permukaan besi dengan logam lain yang tahan karat untuk mengelakkan
pengaratan. Menyalut dengan bahan tidak berkarat 1. Objek besi boleh disalut dengan bahan
tidak berkarat seperti plastik untuk mencegah pengaratan.
2. Cara ini digunakan pada objek seperti
penyangkut baju dan wayar elektrik. Mengecat
1. Mengecat boleh mencegah pengaratan selain daripada menjadikan objek
kelihatan baru, cantik dan berwarna-warni.
Kepentingan mencegah pengaratan
a. Objek lebih selamat digunakan
b. Objek kelihatan bersih dan cantik
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 68
c. Mejimatkan kos kerana objek tidak
perlu ditukar selalu d. Menjimatkan duit kerana objek tahan
lebih lama dan tidak mudah rosak e. Mengekalkan kecekapan fungsi mesin
TAHUN 5 UNIT 9 KEADAAN JIRIM
Sifat-sifat jirim Pepejal Cecair Gas
a. Sifat - isi padu dan saiz bentuk yang tetap
- tidak boleh dimampatkan dan mengalir.
- mempunyai jisim - memenuhi ruang.
b. Contoh: batu,
gelas, kerusi, kain dan coin.
a. Sifat - isi padu yang tetap - tidak boleh dimampatkan - dapat mengalir - mempunyai jisim - tidak mempunyai bentuk yang tetap tetapi mengikut bentuk bekasnya.
- Memenuhi ruang
b. Contoh: susu, air dan minyak
masakan c. Sesetengah cecair mengalir
lebih perlahan daripada yang lain. - Contoh: minyak masakan mengalir lebih perlahan daripada air.
a. Sifat - mempunyai jisim - tidak mempunyai bentuk yang tetap tetapi mengikut bentuk bekas yang diisinya.
- tiada isi padu tetapi mengambil bentuk bekasyang diisinya.
- boleh dimampatkan - memenuhi ruang
b. Contoh: air dan wap air
Perubahan keadaan air Apabila ais atau air dipanaskan Apabila air atau wap air disejukkan
Peleburan
- Ais bertukar menjadi air semasa suhu bilik.
- takat lebur air = 0 C - takat lebur air garam = -3 C
Pembekuan
- Air disejukkan dan bertukar menjadi ais pada
suhu 0 C
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 69
Pendidihan Kondensasi Semasa pendidihan, gelembung-gelembung udara kelihatan naik ke permukaan
- Apabila air dipanaskan hingga 100 C , ia bertukar kepada gas (wap air).
- takat didih air = 100 C - Apabila air mencapai takat didih 100 C , suhu air akan kekal 100 C .
- Wap air (gas)
menyentuh permukaan jubin yang sejuk lalu terkondesasi dan berubah menjadi air.
- gas cecair
- Wap air di udara
terkondensasi dan membentuk titisan air apabila disejukkan pada permukaan gelas yang sejuk.
Kesimpulan: Jisim berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.
Penyejatan Penyejatan berlaku pada permukaan cecair sepanjang masa pada sebarang suhu bawah 100 C .
Nota: Pemejalwapan (pepejal gas) / (gas pepejal) - Hablur iodin bertukar menjadi wap ungu. - Wap ungu bertukar kembali menjadi hablur apabila - disejukkan. - Kedua-dua proses dikenali sebagai pemejalwapan. - Pemejalwapan ialah proses di mana pepejal berubah
kepada gas secara langsung atau sebaliknya. - Contoh: Ais kering (pepejal karbon dioksida) memejalwapan pada suhu bilik
(Pepejal gas). Proses-proses yang terlibat dalam perubahan keadaan jirim
Faktor yang menpengaruhi kadar sejatan air i. Luas permukaan air yang terdedah
- semakin luas permukaan terdedah, semakin tinggi kadar sejatan.
- Sejatan tidak akan berlaku juka permuakaan air ditutup.
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 70
ii. Suhu persekitaran
- semakin tinggi suhu, semakin tinggi kadar sejatan.
iii. Pergerakan udara - kadar sejatan lebih tinggi
Hari yang berangin meningkatkan
kadar sejatan.
Kitaran air semula jadi (pembentukan awan dan hujan)
Pergerakan air dari permukaan bumi ke udara (proses penyejatan) dan turun ke permukaan bumi (proses kondesasi)
Peringkat 1 – Penyejatan Peringkat 2 – Kondensasi Haba daripada matahari menyebabkan air di permukaan Bumi seperti laut, tasik, sungai dan kolam menyejat dan membentuk wap air.
- Apabila wap air bergerak ke atas - wap air menyejuk dan terkondensasi menjadi titisan air yang halus
- Berjuta-juta titisan air berkumpul dan membentuk awan.
Peringkat 3 Peringkat 4 - Apabila semakin banyak titisan air, awan menjadi semakin besar.
- Apabila awan menjadi terlalu besar dan berat, titisan air jatuh ke Bumi sebagai hujan (Gas Cecair) [Kondensasi]
Hujan mengalir balik ke laut dan tasik. Kitar air berulang semula.
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 71
Kepentingan kitaran air semula jadi 1. Sumber air semula jadi termasuklah air hujan, sungai, tasik dan kolam. 2. Kita memerlukan air untuk pelbagai aktiviti harian seperti minuman, membasuh, mandi
dan memasak 3. Haiwan dan tumbuhan memerlukan air untuk menjalani proses hidup dan juga
untuk kemandirian. 4. Mengekalkan suhu bumi 5. Memelihara hidupan akuatik 6. Memberikan keselesaan dan meningkatkan kualiti hidup manusia Cara-cara untuk menjaga kebersihan sumber air:-
a. Jangan buang sampah atau bahan buangan bertoksik ke dalam sungai b. Mengawal pembalakan yang berleluasa. c. Rawat air kumbahan sebelum disalurkan ke dalam sungai. d. Jangan bina kilang berdekatan dengan sungai e. Mengawal penggunaan racun perosak dan baja dalam pertanian.
TAHUN 5 UNIT 10 ASID DAN ALKALI Tindak balas atas Bahan Berasid Bahan Neutral Bahan Beralkali Kertas litmus basah (Sifat bahan kimia yang menyebabkan kertas litmus berubah warna)
BiruMerah Merah Merah
BiruBiru Merah Merah (Tidak bertukar
warna)
BiruBiru MerahBiru
Tindak balas atas Bahan Berasid Bahan Neutral Bahan Beralkali Kaedah menggunakan deria Rasa
Masam Tawar Pahit
pH
Kaedah menggunakan deria sentuh
- menghakis - tidak menghakis - menghakis
Persamaan kimia - asid + alkali garam (neutral)
- asid + metal hidrogen
- alkali + asidair garam
Contoh - Cuka, limau nipis, - larutan bergaram, - air kapur, syampu,
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 72
nanas, mangga, asam jawa dan oren.
gula, beras, larutan garam, minyak masak dan air mineral.
air sabun, air kopi, ubat gigi, ulam, bahan cuci, serbuk penaik, serbuk koko, peria dan ubat.
TAHUN UNIT 8 PENGAWETAN MAKANAN
1. Makanan boleh menjadi rosak apabila terdedah terlalu lama. Makanan yang rosak tidak selamat untuk dimakan.
2. Ciri-ciri makanan yang rosak: a. Rasa tidak enak b. Berbau busuk c. Berkulat
d. Berubah tekstur e. Berubah warna
3. Makanan menjadi rosak kerana tindakan mikroorganisma seperti bakteria dan fungi. 4. Hipotesis: Kulat tumbuh cepat dalam keadaan lembap.
Roti
- Berkulat
- Berubah tekstur
Ikan
- Berbau busuk
- Berubah tekstur
- berulat
Susu
- Berbau busuk
- Rasa yang tidak menyenangkan
- Berubah tekstur (menjadi kekuningan )
Makanan tin
- Mengembung
- Berbau busuk
Buah-buahan
- Berkulat
- Berbau busuk
- Berubah warna
Sayur-sayuran
- Layu dan lembik
- Berubah warna
Nasi
- basi
- berlendir
- berbau busuk
5. Mikroorganisma ini hidup di atas makanan lembap yang terdedah kepada udara dan
suhu yang panas. Mereka mengeluarkan bahan toksik yang menyebabkan makanan berbau dan rasa kurang menyenangkan.
6. Kita haruslah memeriksa tarikh luput sebelum membeli makanan untuk memastikan makanan tersebut masih selamat untuk dimakan.
7. Pengawetan makanan ialah proses menjadikan makanan tahan lebih lama daripada rosak.
8. Berikut merupakan pelbagai kaedah mengawet makanan: a. Pengeringan - Makanan dijemur di bawah Matahari atau di udara panas
untuk menyingkirkan air. - Bakteria dan fungi menjadi tidak aktif dan tidak dapat tumbuh
dalam persekitaran yang kering. - Pengeringan mengubah rasa dan tekstur makanan. - Contoh: ikan, udang, sotong, daging, buah-buahan, sayur-
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 73
sayuran, cendawan, bijirin, daun teh, serbuk kopi dan susu tepung.
b. Pendidihan - Pendidihan ialah proses memanaskan makanan pada suhu yang tinggi.
- Haba yang tinggi akan membunuh mikroorganisma pada makanan.
- Contoh: telur, rendang dan serunding. c. Pendinginan - Makanan disimpan dalam peti sejuk pada suhu antara 4°C
hingga 5°C. - Mikroorganisma menjadi kurang aktif pada suhu tersebut. - Memperlahankan pertumbuhan bakteria supaya makanan
tidak mereput dengan cepat. - Akan tetapi, mikroorganisma dalam makanan akan menjadi
akiif semula setelah dikeluarkan daripada peti sejuk. - Contoh: buah-buahan, sayur-sayuran dan telur
d. Pembungkusan vakum
- proses mengawet makanan dengan cara memasukkan makanan ke dalam beg atau botol kedap udara dan kemudian mengeluarkan semua udara daripada bekas tersebut.
- Mikroorganisma tidak dapat membiak kerana tidak ada udara. - Contoh: kekacang. buah-buahan kering dan susu tepung
e. Penjerukan
- Mikroorganisma tidak boleh membiak dalam keadaan berasid, larutan gula pekat, larutan garam atau cuka.
- Semakin banyak gula ditambah, semakin lama buah-buahan dapat bertahan.
- Penjerukan boleh mengubah rasa dan keadaan makanan.
- Makanan yang diawet dengan kaedah ini kurang berkhasiat.
- Contoh: cili, betik, jambu batu, mangga dan buah-buahan. f. Penyejukbeku-
an - Penyejukbekuan bermakna menyimpan makanan dalam peti
beku pada suhu -15°C. - Mikroorganisma menjadi langsung tidak aktif pada suhu
tersebut. - Seperti pendinginan, penyejukbekuan mengekalkan rasa,
tekstur dan nutrien dalam makanan. - Makanan yang disejukbekukan boleh disimpan sehingga
enam bulan. - Daging, ikan, udang, sotong, ketam dan sesetengah sayuran
boleh disejukbekukan.
g. Pemasinan
- Pemasinan ialah proses pengawetan makanan dengan menggunakan garam.
- Garam digunakan untuk menyingkirkan kelembapan dan mencegah pertumbuhan mikrooganisma.
- Contoh: ikan, telur dan sayur-sayuran. h. Pempasteuran
- Pempasteuran bermakna memanaskan makanan sehingga
suhu yang cukup tinggi untuk membunuh bakteria tetapi tidak cukup tinggi untuk mengubah rasa dan nilai nutriennya.
- Susu dipasteur melalui pemanasan sehingga 63°C selama setengah jam atau 72°C selama 15 saat dan kemudian
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 74
disejukkan dengan serta-merta. - Susu yang dipasteur boleh disimpan selama dua hingga tiga
minggu di dalam peti sejuk. - Aiskrim, jus buah-buahan, yogurt dan telur boleh diawet
secara pempasteuran. i. Penyalaian
- proses mengeringkan makanan dengan asap. - mengubah dan mengenakkan rasa makanan. - boleh dilakukan menggunakan arang batu atau dalam rumah
asap. - Contoh: daging dan ikan
j. Pelilinan - Dalam proses pelilinan, satu lapisan lilin nipis disalut pada buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Lapisan lilin ini mengelakkan kehilangan kelembapan dan menjadikan rupa buah-buahan dan sayur-sayuran kelihatan segar.
- Pelilinan juga mengelakkan pertumbuhan fungi dan dapat melindungi makanan daripada kerosakan fizikal.
- Contoh: buah-buahan dan sayur-sayuran k. Pengetinan
l. Pembotolan
- Pembotolan dan pengetinan ialah proses untuk mengawet dengan cara memasak makanan pada suhu yang tinggi untuk membunuh mikroorganisma dan kemudian menyimpannya di dalam botol atau tin yang kedap udara.
- Hipotesis: Jika jenis pengawetan makanan ialah pengetinan, maka masa yang diambil untuk makanan menjadi rosak sepenuhnya bertambah.
- Contoh: buah-buahan
Proses pengetinan
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 75
Proses pengasinan dan pengeringan
Langkah-langkah dalam penjerukan
10. Kepentingan Teknologi Pengawetan Makanan: (a) Memudahkan bekalan makanan dihantar ke kawasan yang mengalami
bencana seperti banjir dan gempa bumi. (b) Makanan yang dihasilkan di sesebuah negara dapat dihantar dan dinikmati
oleh penduduk negara lain. (c) Makanan mudah disimpan dan diangkut untuk dipasarkan ke tempat lain. (d) Makanan dapat disimpan lebih lama dan dinikmati sepanjangmasa. (e) Membolehkan buah-buahan bermusim dinikmati sepanjang tahun. (f) Mengelakkan pembaziran makanan.
TAHUN 6 UNIT 9 BAHAN BUANGAN 1. Sumber Bahan Buangan
a. Plastik c. Bahan buangan kimia e. Bahan buangan inorganik (logam)
b. Kaca d. Bahan buangan organik (sisa makanan dan tumbuhan)
2. Bahan Buangan Domestik
a. Kaca b. Kertas c. Plastik d. Logam e. Sisa makanan
- peralatan kaca
- botol kaca - balang kaca
- surat khabar lama
- majalah - kotak
- pembungkus makanan
- beg plastik - botol plastik
- besi buruk - tin aluminium
- tin susu / tin minuman
- kulit buah-buahan
- makanan yang rosak
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 76
3. Bahan Buangan Kimia / Sisa-sisa toksik - bahan buangan ini mungkin akan masuk ke dalam sistem perairan kita. a. Domestik Detrgen, cecair kumbahan
b. Kilang Bahan toksik, gas toksik, asap, jelaga
c. Perlombongan Bahan kimia toksik, gas toksik, lumpur
d. Pertanian Sisa racun serangga, sisa baja
e. Kenderaan bermotor Gas, zarah plumbum
f. Pembakaran terbuka Asap, gas toksik
Bahan buangan terbiodegrasikan dan tidak terbiodegrasikan:
Bahan buangan Terbiodegrasi Tidak terbiodegrasi
Bahan buangan yang boleh direputkan oleh mikroorganisma dan kembali menjadi nutrien
di dalam tanah (baja kompos). Bahan buangan yang tidak boleh mereput
1. Melalui proses pereputan, bahan-bahan berguna tumbuhan dan haiwan mati
dikembalikan ke tanah sebagai nutrient. 2. Kebaikan dan keburukan pereputan bahan buangan.
Kelebihan Keburukan
- Sampah tidak berlonggok dalam persekitaran
- Nutrien daripada pereputan bahan buangan boleh menjadikan tanah subur
- Kos pengendalian penghapusan bahan buangan boleh dikurangkan
- memberikan bau yang kurang menyenangkan
- menyebabkan pencemaran persekitaran.
- menyebabkan jangkitan penyakit.
Pengurusan Bahan Buangan Secara Tidak Terancang 1. Membuang sampah merata-rata 2. Pembakaran terbuka di kawasan pelupusan sampah dan kawasan pertanian 3. Membuang terus bahan buangan dari kilang ke sungai 4. Pelepasan asap dari kilang dan asap kenderaan ke udara
Kesan pembuangan bahan yang tidak terancang: Pencemaran Sumber bahan buangan Kesan pencemaran Udara - Pembakaran api fosil
- Asap dan zarah dari plumbum kenderaan
- Gas tosik dari kilang-kilang
- Kegatalan mata - Hujan asid - Radang paru-paru akibat daripada
asap yang beracun - Kesukaran bernafas
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 77
Air - Kumbahan daripada rumah - Tumpahan minyak daripada kapal - Efluen daripada kilang - Pembuangan sampah dan bahan
buangan haiwan
- Penyebaran penyakit - Banjir kilat (pembuangan sampah
menghalang air daripada mengalir)
Amalan pengurusan sisa 1. Cara pereputan sisa yang tidak betul boleh menyebabkan masalah alam sekitar dan
penyebaran penyakit.
1. Kesan pembuangan bahan buangan secara tidak terancang:
a. Pencemaran udara
ii. Pembalakan haram ialah satu aktiviti tidak terancang yang menyebabkan hakisan
tanah dan pencemaran udara. iii. Semakin banyak bilangan kilang dan kenderaan bermotor, semakin banyak bilangan
pesakit ashma. b. Pencemaran air
i. Bahan buangan kimia dan toksik daripada kilang-kilang ii. Bahan buangan dari kawasan perumahan seperti sampah dan kumbahan
iii. Tumpahan minyak – mengahalang udara daripada meresap ke dalam air, mengurangkan jumlah
oksigen di dalam air dan mengancam hidupan akuatik. iv. Pencemaran air mencemarkan air minuman dan mengancam hidupan akuatik.
- Kesihatan manusia akan terjejas jika memakan makanan laut tercemar.
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 78
c. Banjir kilat d. Hujan asid e. Jangkitan penyakit f. Tempat pembiakan serangga / haiwan perosak
Amalan pengurusan bahan buangan 1. Cara menghapuskan bahan buangan secara terancang
2. Kitar semula dan menggunakan semula bahan buangan adalah cara yang terbaik
untuk menghapuskan bahan buangan.
- Pengusaha kilang perlu memasang alat pembersih / penapis pada serombong asap, merawat sisa air sebelum dilepaskan ke sungai supaya udara dan air tidak tercemar.
- Langkah yang terbaik untuk melupuskan sisa minyak adalah menggunakan bekas yang khas.
- Penghasilan produk daripada bahan kitar semula menggunakan jumlah tenaga yang lebih rendah berbanding penghasilan produk daripada bahan mentah.
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 79
Tong Kitar Semula
Warna : Biru
Kegunaan : Kertas - Seperti akhbar, majalah, buku, helaian kertas katalog, risalah,
kalendar, kad, sampul surat dan kotak kadbod. - Tidak termasuk kertas tisu, kertas karbon, kertas - minyak/ aluminium, kertas berlapis plastik dan kertas yang kotor.
Warna : Coklat
Kegunaan : Kaca - Seperti botol minuman ringan, balang makanan, botol vitamin, dan
botol kosmetik. - Tidak termasuk kristal, - cermin, cermin tingkap, skrin kenderaan, porselin, seramik, logam,
peralatan makmal, dan balang atau botol bahan toksik. Warna: Jingga
Kegunaan : a. Tin Aluminium/ Tin Keluli dan plastik seperti tin minuman ringan
dan bekas makanan. b. Plastik seperti beg plastik membeli belah, botol minuman, botol air
mineral, bekas makanan, botol cecair pencuci dan botol vitamin. - Tidak termasuk bekas cat, bekas bahan toksik, peralatan makmal dan
bekas styrofom
Amalan 5R R - Reduce (Kurangkan); R-Reuse (Guna semula) ; R - Recycle (Kitar semula) R - Repair (Baik pulih bahan); R -Rethink (Fikir sebelum bertindak)
3. Aktiviti gotong-royong boleh dilaksanakan di kawasan perumahan dan komuniti setempat. Aktiviti ini boleh mengurangkan pembaziran bahan semula jadi.
Recommended