View
32
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
1
TEKS UCAPAN
Y.B. DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI,
KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
MAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN
PENGGUNA SISWA (GPS) UNIVERSITI MALAYA
DAN PENYERAHAN KADS1M KE–1 JUTA
PADA
20 DISEMBER 2012 (KHAMIS)
8.15 MALAM
BERTEMPAT DI
DEWAN SEMARAK, AKADEMI PENGAJIAN
MELAYU, UNIVERSITI MALAYA
2
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan
Salam 1 Malaysia
Yang Saya Hormati Saudara/Saudari
Pengerusi Majlis
YB Datuk Rohani Abdul Karim
YB Dato’ Tan Lian Hoe
Timbalan-Timbalan Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
Dan Kepenggunaan
3
YBhg. Dato’ Saripuddin Kasim
Ketua Setiausaha, Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
Dan Kepenggunaan
YBhg. Professor Datuk Dr. Rohana
Yusof
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar
Universiti Malaya
YBhg. Dato’ Yusof Abdul Rahman
Pengarah Urusan Bank Rakyat
Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
4
Dan Kepenggunaan Serta Ketua-
Ketua Agensi Kementerian
Pegawai-Pegawai Kanan Universiti
Malaya
Ketua-Ketua Jabatan
Para Pelajar
Rakan-Rakan Media
Seterusnya Para Hadirin Yang Saya
Hormati Sekalian
5
Pendahuluan
1. Pertamanya, saya ingin
merakamkan kesyukuran ke
hadrat illahi atas limpah kurnia
dan izinNya dapat kita bersama-
sama berkumpul di Majlis
Penutup Karnival Gerakan
Pengguna Siswa (GPS)
Universiti Malaya Dan
Penyerahan KADS1M Ke–1
Juta
2. Terlebih dahulu saya ingin
merakamkan ucapan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima
6
kasih kepada Universiti Malaya
khususnya pihak Hal Ehwal
Pelajar (HEP) dan ahli-ahli GPS
yang telah menjadi penggerak
utama program ini. Tidak
dilupakan kepada Bank Rakyat
yang menjadi penaja bersama
program ini.
Meringankan Kos Sara Hidup
Hadirin Dan Hadirat Sekalian,
3. Bagi meringankan kos sara
hidup, kerajaan pada hari ini telah
menyalurkan pelbagai jenis
bantuan kepada rakyat yang
7
tidak asing lagi di kalangan
siswa IPT ialah Bantuan Buku
1Malaysia (BB1M). Pada tahun
2012, kerajaan telahpun memberi
bantuan Baucar Buku 1Malaysia
(BB1M) sebanyak RM200.00
seorang melibatkan peruntukan
sebanyak RM260 juta dan pada
tahun 2013 jumlah ini akan
ditingkatkan kepada RM250.00
seorang dengan jumlah
peruntukan keseluruhan
mencecah RM325 juta. Selain itu,
kerajaan juga telah mewujudkan
Kedai Rakyat 1Malaysia
(KR1M) dan Menu Rakyat
8
1Malaysia (MR1M) di IPT-IPT.
Kedua-dua produk berkenaan
juga telah ada disediakan di UM
ini.
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia
(KADS1M)
Hadirin Dan Hadirat Sekalian,
4. Sukacita saya maklumkan
bahawa KADS1M yang kita
saksikan pada hari ini merupakan
inisiatif baru yang diwujudkan
oleh kerajaan bagi membantu
meringankan beban rakyat
9
khususnya siswa-siswi IPT. Ianya
bertitik tolak dari cadangan
yang dicetuskan oleh siswa
semasa Mesyuarat Majlis
Perundingan Pelajar Kebangsaan
(MPPK) pada 21 November 2011
yang lalu.
5. Sehingga kini, sebanyak 313
syarikat (2,755 outlet) telah
menyertai KADS1M dengan
menawarkan diskaun antara 1
hingga 60 peratus bagi
pembelian barangan dan
perkhidmatan terpilih di premis-
premis perniagaan mereka.
10
6. Saya difahamkan bahawa para
siswa telahpun menggunakan
kemudahan KADS1M. Setakat
ini, KPDNKK menerima
maklumbalas positif termasuklah
permintaan-permintaan daripada
kumpulan pelajar-pelajar yang
mengikuti Pengajian Jarak Jauh
(PJJ) dan juga pelajar Malaysia
luar Negara untuk mendapatkan
KADS1M. Perkara ini sedang
dalam pertimbangan KPDNKK
dan insyaAllah akan
dilaksanakan pada fasa
seterusnya.
11
7. Para pelajar yang ingin
mendapatkan maklumat lanjut
mengenai KADS1M seperti
senarai syarikat, kadar diskaun,
terma dan syarat-syarat yang
dikenakan oleh syarikat-syarikat
yang mengambil bahagian,
bolehlah melayari laman web
www.1pengguna.com.
8. Sukacita saya maklumkan
bahawa, KPDNKK dengan
kerjasama MAMPU sedang
membangunkan mobile
application bagi membolehkan
para pelajar untuk mengakses
maklumat KADS1M dengan lebih
12
pantas menerusi telefon pintar.
Saya difahamkan aplikasi ini
akan siap sepenuhnya selewat-
lewatnya pada awal tahun
hadapan.
9. Pada hari ini, kita akan saksikan
penyerahan KADS1M yang ke-1
juta kepada saudari Pandelela
Rinong. Saudari Pandelela
Rinong dipilih sebagai penerima
KADS1M ke-1 juta kerana beliau
telah mencipta sejarah dan
mengharumkan nama negara di
mata dunia apabila memenangi
pingat gangsa dalam acara 10
meter platform individu wanita di
13
Sukan Olimpik London 2012.
Beliau juga merupakan seorang
siswa yang melanjutkan
pelajarannya di UM. Tahniah dan
syabas saya ucapkan kepada
saudari Pandelela. Terima kasih
saya ucapkan kepada Bank
Rakyat yang merupakan
penyumbang terbesar yang
membolehkan KADS1M
dijayakan. Ini kerana seperti yang
kita semua tahu, kos cetakan dan
edaran KADS1M dibiayai
sepenuhnya oleh Bank Rakyat
melalui program CSR. Saya
berharap agar badan-badan
14
korporat yang lain juga dapat
tampil dan bersama-sama
kerajaan dalam membantu
meringankan bebanan rakyat.
GPS dan Isu Kepenggunaan
Melibatkan Siswa
Hadirin dan hadirat sekalian,
10. Sehingga kini, sebanyak 149 IPT
telah menubuhkan GPS dengan
penyertaan melebihi 11,000
orang ahli. Kumpulan ini
merupakan catalyst kepada
gerakan kepenggunaan di IPT
15
yang mampu menyebar luas
maklumat kepengunaan kepada
lebih kurang 1.5 juta pelajar
seluruh negara.
11. Saya difahamkan bilangan ahli
GPS UM telah meningkat
daripada 120 orang pada awal
tahun, kepada 350 orang. Saya
berharap bilangan ahli GPS UM
dapat terus ditingkatkan lagi
kepada 1,000 orang pada tahun
hadapan.
12. Ahli-ahli GPS boleh
melaksanakan pelbagai program
dengan fokus kepada
16
pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar,
pemakanan sihat dan
pengurusan kewangan. Ini
kerana mengikut statistik yang
pernah dikeluarkan, jumlah belia
muflis meningkat sebanyak 40
peratus berlaku setiap lima
tahun. Selain itu, kita dapat lihat
bahawa terdapat pelbagai
laporan mengenai mahasiswa
yang menjadi mangsa
penipuan dalam proses jual
beli, mahasiswa terlibat
dengan skim-skim kepentingan
17
atau pelaburan palsu, belia
yang muflis dan banyak lagi.
13. Melalui penubuhan GPS,
mahasiswa dapat merangka
pelbagai aktiviti serta program
bukan hanya di peringkat IPT,
bahkan turut melibatkan komuniti
atau masyarakat. Sebagai
contoh, ahli GPS boleh
melaksanakan program-program
seperti Bakti Siswa bagi
mendekatkan diri dengan
masyarakat.
14. Bagi memacu pelaksanaan
program GPS, pihak KPDNKK
18
sendiri turut menyediakan
bantuan kewangan sebanyak
RM3,000 kepada setiap IPT
awam dan swasta yang
menubuhkan GPS, iaitu RM1,000
bagi penubuhan GPS dan
RM2,000 bagi pelaksanaan
program kepenggunaan. Saya
harap peruntukan ini digunakan
sebaiknya dan suka saya
maklumkan bahawa peruntukan
ini akan diberi lagi oleh
KPDNKK pada tahun hadapan.
15. Selain insentif kepada ahli-ahli
GPS yang telah saya nyatakan
sebentar tadi, sukacita juga saya
19
maklumkan bahawa KPDNKK
turut menyediakan platform lain
kepada ahli-ahli GPS, antaranya:
(i) ruangan khas di akhbar
bagi membolehkan siswa
berinteraksi dan
memberikan sumbangan;
(ii) saluran suara siswa siswa di
portal, facebook dan
twitter; dan
(iii) penglibatan pemimpin-
pemimpin GPS dalam
program Latihan Untuk
Jurulatih (TOT) pada tahun
hadapan.
20
Karnival Gerakan Pengguna Siswa
(GPS)
16. Saya difahamkan bahawa
karnival ini telah bermula pada
15 Disember 2012 yang lalu dan
sarat dengan pelbagai pengisian
seperti Pertandingan UM
Battlefield Live Challenge, Street
Soccer, Women Basketball 3 on
3, Counter Strike Challenge,
Explorace, Rekacipta Bahan Kitar
Semula dan pelbagai lagi.
17. Antara yang menarik perhatian
saya adalah Pertandingan
Rekacipta Bahan Kitar Semula
21
yang pada pandangan saya
merupakan sebuah inovasi. YAB
Perdana Menteri baru-baru ini
telah memperkenalkan Genovasi
yang merupakan kombinasi
perkataan Generasi dan Inovasi
di bawah Unit Inovasi Khas
(UNIK), Jabatan Perdana Menteri
bagi merangsang golongan muda
untuk mencipta sesuatu yang
baru. Ini diharap mampu
membawa Negara ke status
Negara maju berpendapatan
tinggi.
Penutup
22
Hadirin Dan Hadirat Sekalian,
18. Saya sekali lagi ingin
merakamkan ucapan terima
kasih kepada semua warga
Universiti Malaya di atas
kesudian menerima kunjungan
saya pada hari ini. Setinggi-tinggi
penghargaan juga saya tujukan
kepada Bank Rakyat dan semua
pihak yang terlibat dalam
menjayakan program ini.
19. Akhir kata dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim, saya
dengan ini merasmikan Majlis
23
Penutup Karnival Gerakan
Pengguna Siswa (GPS)
Universiti Malaya Dan
Penyerahan KADS1M Ke–1
Juta
Sekian, terima kasih.
Recommended