View
220
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
1
TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN
SEMINAR AUTISME 2017
YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
25 FEBRUARI 2017
WATERFRONT HOTEL, KUCHING
2
[SALUTASI]
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
PENDAHULUAN
1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sri Satok yang telah
menganjurkan satu seminar mengenai Autisme. Tajuk-tajuk yang
dibincangkan di dalam seminar ini begitu sesuai untuk para peserta
terutama kepada ibu bapa kanak-kanak istimewa ini. Kandungan
seminar yang merangkumi pengalaman seorang bapa yang
mempunyai anak autisme, memahami autisme dari sudut psikologi
dan sosial, keperluan carakerja untuk membimbing kanak kanak
autism serta perubatan alternative (Stem Cell therapy dan probiotic)
merupakan kefahaman asas dalam membimbing kanak kanak OKU.
Diharap majlis perkongsian ilmu mengenai autism ini dapat
memanfaatkan para hadirin.
Hadirin sekalian,
2. Sepertimana yang kita sedia maklum, Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti atau Community Based Rehabilitation Centre diwujudkan
untuk membantu kanak-kanak kurang upaya bagi membolehkan
mereka serta keluarga dan masyarakat turut serta menjalani program-
3
program bagi mempertingkatkan keupayaan mereka untuk berdikari
dalam menjalankan aktiviti seharian.
3. PDK diwujudkan di seluruh negara untuk mengeksploitasi sumber
tempatan demi memberikan pembelaan kepada kanak-kanak kurang
upaya. Oleh yang demikian, PDK menjadi satu pendekatan sosial yang
penting untuk mengatasi masalah kekurangan tempat di institusi OKU.
Pelaksanaan PDK merupakan antara satu bentuk inisiatif
pendayaupayaan komuniti atau masyarakat setempat yang
dilaksanakan melalui kerjasama multisektoral dengan penglibatan aktif
ibu bapa, keluarga, masyarakat setempat, pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) dan pelbagai agensi berkaitan. Dengan konsep ini, kanak-
kanak kurang upaya dapat menjalani pemulihan di dalam komuniti di
mana dia berada dan ia memberi peluang kepada keluarga serta
komuniti setempat untuk turut sama menyumbang dalam membela
dan membangunkan minda, kemahiran dan kerohanian kanak-kanak
ini.
4. Pelaksanaan PDK merupakan antara satu bentuk inisiatif
pendayaupayaan komuniti atau masyarakat setempat yang
dilaksanakan melalui kerjasama multisektoral dengan penglibatan aktif
ibu bapa, keluarga, masyarakat setempat, pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) dan pelbagai agensi berkaitan.
4
Hadirin sekalian,
5. Autisme ialah suatu keadaan mental yang berlaku dari awal peringkat
kanak kanak. Kanak kanak autisme biasanya tidak dapat membentuk
perhubungan dan berkomunikasi dengan baik, serta minat dan aktiviti
yang terhad. Menjaga dan membesarkan kanak kanak autisme ini
merupakan satu proses yang amat mencabar dan merupakan satu
tugas yang amat memerlukan kesabaran. Saya begitu kagum dengan
kegigihan dan semangat kental ibu bapa yang mempunyai anak-anak
istimewa ini. Dalam hal ini, ilmu mengenai penjagaan yang betul dan
mendapatkan bimbingan profesional dapat membantu dalam
membesarkan kanak kanak ini dengan baik.
6. Intervensi awal melibatkan seluruh keluarga yang bekerjasama
dengan para profesional dan petugas-petugas di pusat-pusat jagaan
kanak kanak autism. Kajian saintifik telah membuktikan bahawa
intervensi awal boleh memperbaiki pembelajaran, kemahiran sosial
dan berkomunikasi di kalangan kanak kanak autism. Mereka dapat
meneruskan kehidupan berdikari dan juga memenuhi impian mereka.
Mereka perlu diberi peluang untuk bekerja secara produktif, serta
membentuk perhubungan yang bermakna serta menikmati hidup
dengan bermakna. Dengan sokongan daripada semua golongan
masyarakat dan intervensi serta sokongan yang sedia ada, para
kanak-kanak autism dapat menikmati hidup yang lebih sempurna.
Persekitaran yang interaktif (interactive environment) juga penting
dalam membangunkan minda kanak kanak ini.
5
KOMITMEN KERAJAAN DALAM MEMBANTU GOLONGAN OKU
Tuan puan hadirin sekalian,
7. Sepertimana semua sedia maklum, golongan OKU sentiasa mendapat
perhatian dan tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan. Ini dibuktikan
melalui bantuan dan inisiatif dalam pelbagai jenis bentuk yang
disediakan kerajaan untuk golongan ini setiap tahun. Malah, dalam
Bajet 2017 juga, inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan
golongan OKU turut diberi penekanan dengan peruntukan sebanyak
RM535 juta untuk manfaat hampir 150,000 OKU di negara ini yang
merangkumi elaun pekerja OKU, bantuan latihan kanak-kanak OKU
serta bantuan OKU tidak berupaya bekerja. Selain dari peruntukan
untuk elaun pekerja, terdapat beberapa kemudahan lain yang telah
diperuntukkan khusus untuk golongan istimewa ini antaranya
pelepasan cukai GST kepada OKU berdaftar untuk pembelian
peralatan bantuan dan sebagainya. Kerajaan juga menjanjikan
bahawa barang yang layak mendapat pelepasan juga akan
diperluaskan. Ini menunjukkan kerajaan sentiasa proaktif dan prihatin
dalam memenuhi keperluan golongan istimewa ini.
8. Dalam pada itu, kerajaan juga sentiasa komited dalam usaha
memastikan golongan OKU mendapat hak dan peluang yang sama
rata seperti anggota masyarakat yang lain dalam semua aspek
kehidupan. Usaha ini sangat penting bagi menggalakkan penyertaan
6
penuh dan efektif golongan istimewa ini. Kesaksamaan hak dan
peluang OKU telah diperuntukkan dalam Akta OKU 2008 dan Dasar
serta Pelan Tindakan OKU (2016-2022). Ini bermakna semua pihak
harus memberi perhatian terhadap hak dan kepentingan OKU
termasuklah hak untuk akses kepada pendidikan, pekerjaan,
kesihatan, pengangkutan, perumahan, sukan rekreasi, kebudayaan,
perbankan serta kemudahan-kemudahan lain ke arah kesejahteraan
hidup secara menyeluruh.
PENUTUP
9. Dengan ini saya berharap para peserta seminar ini terutama ibubapa
dapat meningkatkan ilmu tentang penjagaan kanak kanak istimewa ini
untuk membolehkan mereka meneruskan kehidupan yang lebih
bermakna dan lebih berdikari dalam menjalani aktiviti harian. Dengan
lafaz Bismillahirahmanirahim saya dengan sukacitanya merasmikan
Penutupan Seminar Austime tahun 2017.
Recommended