Teks Olahraga 2012 (2)

Preview:

DESCRIPTION

edited 2 tahun

Citation preview

MAJLIS PEMBUKAAN RASMI

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-39SEK MEN KEB SERI TANJONG, MELAKA

Tarikh:4 Julai 2013Hari

:Khamis

Masa

:1.45 petang

Tempat:Padang SMK Seri Tanjong

CUEANNOUNCEMENT

Diminta peserta-peserta perbarisan mengambil tempat dan bersedia untuk upacara perbarisan lintas hormat.

Ketibaan YBMengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahaman bin Haji Abdul Karim, ADUN Kawasan Pantai Kundor, En Rahman bin Mat, YDP PIBG SMK Seri Tanjong, diiringi ahli jawatankuasa pengelola.

(Tetamu mengambil tempat)

Nyanyian 3 buah laguMohon semua hadirin berdiri untuk bersama-sama menyanyikan 3 buah lagu:

Lagu Negaraku, Lagu Melaka Maju Jaya, dan Lagu Sekolah

(Nyanyian lagu selesai)

Hadirin dipersilakan duduk.

Aluan pengacaraIndah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara;

Pemanis kalam selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim.

Yang Berhormat

Datuk Haji Abdul Rahaman bin Haji Abdul Karim

ADUN Kawasan Pantai Kundor

Yang Dihormati

Encik Rahman bin Mat

Yang Dipertua PIBG Sek Men Keb Seri Tanjong

Yang Berusaha

Cik Hajah Jamilah binti Ismail

Pengetua Sek Men Keb Seri TanjongTuan Haji Mohd Mahbob bin Abd Mokhsin

Guru Penolong Kanan Pentadbiran

En Khalid bin Bujang

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Sahreah binti Md Zin

Guru Penolong Kanan KokurikulumTuan Haji Borhan bin Md Nor

Guru Penolong Kanan Program Persediaan Universiti

Barisan guru-guru kanan matapelajaran

Ahli Jawatankuasa PIBG

Guru-guru cemerlang, Guru-guru

Para peserta kejohanan,Serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan, salam Satu Malaysia!

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, dapat kita bersama-sama berkumpul pada hari yang indah dan penuh ceria ini bagi memeriahkan lagi acara Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Seri Tanjong kali ke-38 bagi sesi persekolahan 2012.

Bagi pihak warga SMK Seri Tanjong, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahaman bin Haji Abdul Karim, ADUN Kawasan Pantai Kundor atas kesudian tuan melapangkan masa untuk bersama-sama warga Seri dalam majlis pada petang ini.Pihak majlis juga mengalu-alukan kehadiran Yang Dipertua PIBG SMK Seri Tanjong bersama ahli jawatankuasa yang lain, serta semua hadirin ke MAJLIS PEMBUKAAN RASMI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK SERI TANJONG KALI KE-38 bagi TAHUN 2012.

Perbarisan masuk lintas hormatHadirin hadirat yang dikasihi sekalian, Kejohanan Sukan Tahunan SMK Seri Tanjong ke 38 pada petang ini dimulakan dengan perbarisan masuk kontinjen unit beruniform dan rumah sukan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersila Cik Hajah Jamilah binti Ismail selaku Pengerusi Pengelola Kejohanan, untuk menjemput dan mengiringi Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahaman bin Haji Abdul Karim mengambil tempat untuk menerima tabik hormat. Dipersilakan.

1) Perbarisan masuk lintas hormat didahului dengan perarakan masuk bendera kejohanan oleh Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)

2) Seterusnya, wakil barisan atlet sekolah yang diketuai oleh Saudara Mohd Nazmi bin Mohd Nasir

3) Seterusnya, pasukan Kadet Bomba dengan kekuatan anggota seramai ____ orang dan diketuai oleh ______________________. Guru Penasihat Kadet Bomba ialah _________________________________.

4) Berikutnya, pasukan Kadet Polis dengan kekuatan anggota seramai ____ orang dan diketuai oleh _______________________. Guru Penasihat Kadet Polis ialah _________________________________.

5) Kontinjen seterusnya ialah Pasukan Pengawas Sekolah, yang diketuai oleh _________________________________. Ketua guru bagi pasukan Pengawas Sekolah ialah _______________________.

6) Dengan kekuatan anggota seramai _____ orang, kontinjen unit uniform seterusnya ialah Pasukan Kadet Remaja Sekolah. Kontinjen ini diketuai oleh ____________________________, dan guru penasihatnya ialah ____________________________.

7) Berbaris masuk kini ialah Pasukan Pergerakan Puteri Islam yang diketuai oleh __________________________ dengan kekuatan anggota seramai ____ orang. Guru penasihat Pasukan Pergerakan Puteri Islam ialah ____________________________________.

8) Pasukan badan beruniform seterusnya ialah Pasukan Pengakap yang diketuai oleh ____________________________. Kekuatan anggotanya seramai ____ orang dan guru penasihat bagi Pasukan Pengakap ialah ______________________________________.

9) Seterusnya, perbarisan masuk gabungan dua unit uniform, Pasukan Ranjers dan Pasukan Pandu Puteri, dengan kekuatan anggota seramai ____ orang, diketuai oleh ____________________ . Guru penasihat bagi Pasukan Ranjers ialah ________________________________ dan guru penasihat bagi Pasukan Pandu Puteri ialah ________________.

10) Berikutnya ialah Pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang diketuai oleh ____________________________. Pasukan ini dibawah bimbingan _________________________ selaku guru penasihat.

11) Pasukan unit beruniform yang terakhir ialah Pasukan Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi. Pasukan ini diketuai oleh _______________________ dengan kekuatan anggota seramai ______ orang. Guru penasihat Pasukan ini dibimbing oleh Tuan Haji Adnan bin Mohamed.

Perbarisan masuk rumah sukanKini, perbarisan masuk lintas hormat diteruskan lagi dengan pasukan daripada kontinjen rumah-rumah sukan.

KASTURI NAMA DIBERI, SEGAK MENAWAN MEMBAWA MISI, SEMANGAT KESUKANAN MENJADI PAKSI

Kontinjen ini dipimpin oleh ___________________, bersama pembawa bendera, _____________________, disertai oleh _______ orang ahli, dibawah bimbingan ____________________________. KIBARAN PANJI MERAH YANG MEMBARA, KONTINJEN RUMAH KASTURI!

TAMPIL BERGAYA GAGAH PERKASA, LEKIR MARA TERUS MARA

Di bawah bimbingan _________________________, kontinjen ini dipimpin oleh _______________________ bersama pembawa bendera, ______________________, dan disertai _______ orang ahli. KIBARAN PANJI KUNING YANG BERCAHAYA, KONTINJEN RUMAH LEKIR!

TUAH HEBAT PENUH BERGAYA, IBARAT SEMANGAT DATUK HANG TUAH KITA, TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

Kontinjen ini dipimpin oleh ________________________, bersama pembawa bendera __________________________, dan disertai ____ orang ahli, di bawah bimbingan ____________________________. KIBARAN PANJI HIJAU YANG MEMUKAU, KONTINJEN RUMAH TUAH!

PANTANG UNDUR SEBELUM TEWAS, JEBAT MARA PENUH SEMANGAT PANGLIMA

Kontinjen ini dipimpin oleh ___________________________, bersama pembawa bendera _________________, disertai _______ orang ahli, dan dibimbing oleh ____________________________. KIBARAN PANJI BIRU YANG CERIA, KONTINJEN RUMAH JEBAT!

LEKIU KELIHATAN HEBAT, BERJUANG TANPA KENAL ERTI PENAT, TEGUH GAGAH MENCAPAI MATLAMAT

Kontinjen ini dipimpin oleh _________________________, bersama pembawa bendera, _______________________________, dan disertai ______ orang ahli. Mereka dibimbing oleh ________________________________. KIBARAN PANJI UNGU YANG MEMPERSONA, KONTINJEN RUMAH LEKIU!

(perbarisan masuk selesai dan YB mengambil tempat duduk)

Biar terik mentari memancar

Indah warna menceria suasana

Bendera dikibar teruslah berkibar

Semangat kesukanan membawa jaya

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahaman bin Haji Abdul Karim kerana sudi menerima tabik hormat sebentar tadi.

Bacaan DoaAsal juragan mengail ikan

Sambil bersuka di tepi kuala

Masa jangan kita tangguhkan

Tirai dibuka majlis bermula

Majlis pada petang nan permai ini diteruskan dengan bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ________________________________ untuk membacakan doa.

Terima kasih diucapkan kepada al-fadzil Ustaz.

Ucapan PengetuaAnak muda mengalun qasidah

Tiada kekok tampil ke depan

Pembuka kata berlalu sudah

Mari kita mendengar ucapan

Meneruskan acara pada petang yang permai ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Cik Hajah Jamilah binti Ismail, Pengetua SMK Seri Tanjong, untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Cik Hajah Jamilah binti Ismail atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan perasmiJalan lengkok redup berkalis

Damba pedoman menyongsong arah

Ucapan Tuan merasmi majlis

Tanda kejohanan berlangsung meriah

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahaman bin Abdul Karim, ADUN Kawasan Pantai Kundor, untuk memberikan ucapan, seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SMKST kali ke-38 tahun 2012.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Sempurna sudah perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SMK Seri Tanjong kali ke-38 tahun 2012. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk atas perasmian sebentar tadi.

Upacara menaikkan bendera kejohananHadirin dan hadirat sekalian,

Majlis kini diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan.

Untuk makluman semua, bendera kejohanan pada tahun ini akan dinaikkan oleh _________________________SMK Seri Tanjong yang diketuai oleh _______________________________.

(bendera dinaikkan)

(Kadet Bomba masuk padang buka barisan jemput YB check barisan)

Upacara memeriksa barisanSeterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, Cik Hajah Jamilah binti Ismail, Pengerusi Pengelola Kejohanan, untuk menjemput dan mengiringi Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahaman bin Haji Abdul Karim, untuk memeriksa barisan, dan diperkenalkan kepada ketua-ketua pasukan bagi setiap kontinjen yang mengambil bahagian pada petang ini. Majlis mempersilakan.

(YB periksa barisan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk, kerana sudi memeriksa barisan kontinjen sebentar tadi.

Bacaan ikrar kejohananSeterusnya, upacara lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh saudara Mohd Nazmi bin Mohd Nasir, bersama pembawa bendera bagi setiap kontinjen rumah sukan.

Perbarisan keluarKini, perbarisan lintas keluar kontinjen.

Persembahan silatYang Berhormat Datuk, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sementara menunggu persiapan sukan dijalankan, ayuh sama-sama kita saksikan persembahan daripada pasukan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi di bawah pimpinan Tuan Haji Adnan bin Mohamad.(persembahan silat)

Demikian tadi persembahan seni bela diri daripada pasukan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi yang telah disempurnakan dengan jayanya oleh anak-anak cemerlang SMK Seri Tanjong. Terima kasih diucapkan.

Penyampaian cenderamata/ penghargaanHadirin dan hadirat sekalian,

Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga daripada pihak pengelola, majlis mempersilakan Pengetua SMK Seri Tanjong, Cik Hajah Jamilah binti Ismail, untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahaman bin Abdul Karim. Dipersilakan.

(penyampaian cenderamata)

Sekali lagi majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahaman bin Abdul Karim kerana sudi hadir bagi merasmikan kejohanan sukan tahunan SMK Seri Tanjong ke-38 kali ini.Terima kasih juga diucapkan kepada En Rahman bin Mat, YDP PIBG, para jemputan, serta hadirin sekalian yang turut memeriahkan majlis perasmian kita pada petang ini.

Kejohanan bermulaKini, tiba saat yang dinanti-nantikan. Saksikan gerak lincah dan tangkas anak-anak Seri Tanjong yang bakal beraksi dalam acara akhir Kejohanan Sukan Tahunan SMK Seri Tanjong kali ke-38 bagi tahun 2012.

Berikut merupakan susunan acara yang akan berlangsung sebentar sahaja lagi:

(acara di tentatif)

Turut menggemparkan lantai kejohanan pada petang ini, acara khas bagi pegawai dan pekerja serta cabutan nombor bertuah! Nantikannya!

Recommended