View
7
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
TAHAP KEPUASAN BEKERJA BURUH ASING DI TAPAK BINA.
AZRUL BIN MOHAMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK
Nama penuh penulis : AZRUL BIN MOHAMAD
Tarikh lahir : 16 JANUARI 1993
Judul :
TAHAP KEPUASAN BEKERJA BURUH ASING DI TAPAK
BINA
Sesi Akademik : 2016/2017
Saya mengaku bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai;
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)*
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan)*
TIDAK TERHAD Saya bersetuju bahawa tesis saya akan diterbitkan
sebagai akses terbuka atas talian (teks penuh)
Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia berhak seperti berikut;
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
Disahkan oleh,
________________________________________ ________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
(930116-03-6197) (TANTISH BINTI KAMARUDDIN)
Tarikh : 6/6/2017 Tarikh : 6/6/2017
CATATAN: * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab
dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
PENGESAHAN PENYELIA
Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)
Tandatangan : ……………………………………………..
Nama Penyelia I : ……………………………………………..
Tarikh : ……………………………………………..
Tandatangan : ………………………………………………
Nama Pembaca II : ………………………………………………
Tarikh : ………………………………………………
TANTISH BINTI KAMARUDDIN
DR. NAFISAH BINTI ABDUL RAHIMAN
6 JUN 2017
6 JUN 2017
iii
TAHAP KEPUASAN BEKERJA BURUH ASING DI TAPAK BINA.
AZRUL BIN MOHAMAD
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
JUN 2017
iv
PENGAKUAN
Saya akui tesis yang bertajuk “Tahap Kepuasan Bekerja Buruh Asing Di Tapak
Bina” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya
Tandatangan : ...........................................................................................
Nama : ……………………………………………………………
Tarikh : ……………………………………………………………
AZRUL BIN MOHAMAD
6 JUN 2017
v
Untuk ayah dan ibu tersayang
vi
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kajian ini dapat
disiapkan dengan jayanya. Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W
yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan
penghargaan kepada semua yang telah membantu dalam proses menyiapkan
penyelidikan ini. Penyelidikan ini tidak akan berjaya tanpa sokongan, pengorbanan
dan sumbangan daripada pelbagai pihak yang bermurah hati.
Seterusnya, saya igin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
bimbingan, Puan Tantish Kamaruddin di atas idea-idea yang diberikan, nasihat, dan
panduan serta segala tunjuk ajar kepada saya bagi melaksanakan kajian ini.
Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada responden di atas pertolongan
dalam mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan pekerja asing di dalam industri
pembinaan di Johor Bahru.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang
banyak memberi semangat dan semua kawan-kawan yang membantu dalam
menyiapkan penyelidikan ini.
vii
ABSTRAK
Kepesatan sektor pembinaan mengakibatkan populasi pendatang asing
semakin bertambah dari tahun ke tahun dan ia merupakan isu yang tidak boleh
dibendung. Kadar peningkatan buruh asing ini menyebabkan para majikan harus
memenuhi keperluan dalam organisasi yang mempengaruhi kepuasan kerja. Kini,
banyak perhatian telah diberi ke atas isu kepuasan kerja oleh pihak pengurusan
dalam sektor pembinaan kerana ia berhubung kait dengan tingkah laku pekerja.
Walaupun terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa tahap kepuasan bekerja
semakin penting dalam indutsri pembinaan, tetapi setakat ini masih tiada kajian yang
jelas menunjukkan tahap kepuasan bekerja pekerja buruh asing di tapak bina. Oleh
itu, kajian ini untuk mengenalpasti tahap kepuasan bekerja buruh asing di tapak bina.
Soal selidik digunakan untuk mendapatkan data. Borang soal selidik dibahagikan
kepada tujuh aspek kepuasan kerja. Analisis kajian dijalankan secara kuantitaif
dengan penggunaan program Statistical Packages for Social Science (SPSS). Hasil
kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga aspek utama yang mencapai nilai min
tahap kepuasan pada peringkat sangat puas hati. Aspek tersebut ialah aspek
pekerjaan, aspek kemudahan, dan aspek keselamatan buruh asing di tapak bina.
Manakala aspek selebihnya adalah mencapai nilai min pada tahap puas hati. Antara
aspek yang mencapai nilai tersebut ialah aspek kewangan, pengurusan, sosial, dan
kesihatan pekerja. Oleh itu, tahap kepuasan bekerja buruh asing di tapak bina secara
keseluruhan ialah puas hati kerana keperluan mereka dalam setiap aspek telah
dipenuhi oleh majikan.
viii
ABSTRACT
The rapid growth of the construction sector resulted in a growing immigrant
population from year to year and it is an issue that can not be contained. The rate of
increase of foreign workers have causing employers should meet the needs of the
organization that affect job satisfaction. Now, much attention has been given to the
issue of job satisfaction by management in the construction sector as it relates to
employee behavior. Although there are many studies that show that the level of work
satisfaction is increasingly important in industry construction, but so far there are still
no studies that clearly demonstrate the level of satisfaction of foreign laborers
working on construction sites. Therefore, this study was to identify the level of
satisfaction of foreign laborers working on construction sites. Questionnaires were
used to collect the data. The questionnaire is divided into seven aspects of job
satisfaction. Quantitative analysis was done by using the program Statistical Package
for Social Science (SPSS). The results showed that there are three main aspects
achieve a mean value of satisfaction on the very satisfied level. There are
occupational aspect, facilities aspect, and foreign workers safety aspect on
construction site. While the remaining aspect is achieved the mean value at the level
of satisfaction. The aspects achieve that score is finance, management, social, and
health of workers. Therefore, the level of job satisfaction among foreign workers at
the construction site as a whole is satisfied because their needs in every aspect have
been met by the employer.
ix
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN 1
Pengenalan 1 1.1
Penyataan Masalah 4 1.2
Persoalan Kajian 7 1.3
Objektif Kajian 7 1.4
Skop Kajian 8 1.5
Kepentingan Kajian 8 1.6
Metodologi Penyelidikan 10 1.7
x
1.7.1 Peringkat Pertama 10
1.7.2 Peringkat Kedua 11
1.7.3 Peringkat Ketiga 12
1.7.4 Peringkat Keempat 12
Cadangan Organisasi Bab 14 1.8
2 KAJIAN LITERATUR 15
Pengenalan 15 2.1
Industri pembinaan 16 2.2
2.2.1 Definisi Industri Pembinaan 16
2.2.2 Definisi Tapak Bina 17
2.2.3 Perkembangan Industri Pembinaan 18
Buruh Asing Dalam Sektor Pembinaan 19 2.3
2.3.1 Definisi Buruh 19
2.3.2 Definisi Buruh Asing 20
2.3.3 Buruh Asing Dalam Sektor Pembinaan 21
2.3.4 Statistik Buruh Asing Dalam Sektor Pembinaan 22
2.3.5 Tred Kerja Buruh Asing 25
Kepuasan Kerja ` 26 2.4
2.4.1 Definisi Kepuasan Kerja 26
2.4.2 Teori Kepuasan kerja 28
2.4.3 Teori Pengukuran Kepuasan Kerja 31
Kepuasan Kerja buruh asing di tapak bina 39 2.5
2.5.1 Kewangan 39
2.5.2 Pengurusan 41
2.5.3 Aspek Sosial 42
2.5.4 Kemudahan 43
2.5.5 Keselamatan 45
xi
2.5.6 Kesihatan 46
Kesimpulan Bab 47 2.6
3 METODOLOGI KAJIAN 48
Pengenalan 48 3.1
Metodologi kajian 49 3.2
3.2.1 Fasa 1 - Kajian Awal 49
3.2.2 Fasa 2-Pengumpulan dan Penyusunan Data
Data Sekunder 51
3.2.3 Fasa 3 -Pengumpulan dan Penyusunan Data
Primer 51
3.2.4 Fasa 4 – Analisis dan Ulasan Data 51
3.2.5 Fasa 4 - Kesimpulan Dan Cadangan 53
Lokasi Kajian 53 3.3
Instrumen Kajian 53 3.4
Pemilihan Responden 54 3.5
Rekabentuk Soal Selidik 55 3.6
3.6.1 Bahagian A – Maklumat Latar Belakang
Responden 55
3.6.2 Bahagian B – Tahap Kepuasan Bekerja Buruh
Asing Di Tapak Bina 56
Kaedah Analisis 57 3.7
3.7.1 Kaedah Analisis Bahagian A - Maklumat Latar
Belakang Responden 58
3.7.2 Kaedah Analisis Bahagian B - Tahap Kepuasan
Bekerja Buruh Asing Di Tapak Bina 58
Kesimpulan Bab 62 3.8
xii
4 ANALISIS KAJIAN 63
Pengenalan 63 4.1
Analisis Latar Belakang Responden 65 4.2
4.2.1 Analisis Jantina Responden 65
4.2.2 Analisis Kategori Umur 66
4.2.3 Analisis Warganegara 67
4.2.4 Analisis Tahap Pendidikan 68
4.2.5 Analisis Jenis Kerja 69
4.2.6 Analisis Pengalaman Bekerja 70
Analisis Tahap Kepuasan Bekerja Buruh Asing 4.3
Di Tapak Bina 71
4.3.1 Analisis Min 71
4.3.2 Analisis Min Keseluruhan Tahap Kepuasan
Kerja Buruh Asing 79
4.3.3 Ujian „Kruskal-Wallis‟ 81
5 KESIMPULAN KAJIAN 90
Pengenalan 90 5.1
Rumusan Kajian 91 5.2
Cadangan untuk Meningkatkan Tahap Kepuasan Kerja 94 5.3
5.3.1 Memperkasa Aspek Kewangan 94
5.3.2 Amalan Dalam Aspek Pengurusan 95
Masalah yang Dihadapi Semasa Menjalankan 5.4
Penyelidikan 95
Cadangan dan Penyelidikan Lanjutan 97 5.5
Penutup 98 5.6
RUJUKAN 99
LAMPIRAN 108
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
Jadual 2.1 : Jumlah Pekerja Asing Di Malaysia Mengikut
Sektor, 2011 – 2015 24
Jadual 2.2 : Jenis-Jenis Tred Pekerja Binaan Yang
Diklasifikasikan Oleh CIDB 25
Jadual 2.3 : Faktor Kepuasan Kerja Dalam MSQ 38
Jadual 3.1 : Carta Aliran Metodologi 50
Jadual 3.2 : Jadual skor dan penerangan bagi “Likert-scale” 52
Jadual 3.4 : Borang Soal Selidik Bahagian B 56
Jadual 3.5 : Julat Indeks Tahap Kepuasan 60
Jadual 3.6 : Indeks Tahap Kepuasan 60
Jadual 4.1 : Senarai Tapak Bina dan Jumlah Responden 64
Jadual 4.2 : Indeks Tahap Kepuasan 71
Jadual 4.3 : Ujian „Kruskal-Wallis‟ Bagi Tahap Kepuasan Bekerja
Buruh Asing Di Tapak Bina 82
Jadual 4.4 : Keputusan Ujian „Kruskal-Wallis‟ Tahap Kepuasan
Bekerja Buruh Asing Di Tapak Bina 87
Jadual 4.5 : Tahap Kepuasan Bekerja Buruh Asing 91
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
Rajah 2 1 : Hierarki Keinginan Manusia 30
Rajah 4.1 : Jantina Responden 65
Rajah 4.2 : Kategori Umur Responden 66
Rajah 4.3 : Warganegara Buruh Di Tapak Bina 67
Rajah 4.4 : Tahap Pendidikan Buruh Asing 68
Rajah 4.5 : Jenis Kerja Buruh Asing 69
Rajah 4.6 Pengalaman Bekerja Buruh Asing 70
Rajah 4.7 : Kepuasan Terhadap Aspek Pekerjaan 72
Rajah 4.8 : Kepuasan Terhadap Aspek Kewangan 73
Rajah 4.9 : Kepuasan Terhadap Aspek Pengurusan 74
Rajah 4.10 : Kepuasan Terhadap Aspek Sosial 75
Rajah 4.11 : Kepuasan Terhadap Aspek Kemudahan 76
Rajah 4.12 : Kepuasan Terhadap Aspek Keselamatan 77
Rajah 4.13 : Kepuasan Terhadap Aspek Kesihatan 78
Rajah 4.14 : Tahap Kepuasan Kerja Buruh Asing 79
xv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
% - Peratus
CCFWII - Kabinet Pekerja Asing dan Asing Tanpa Izin
CGC - Credit Guarantee Corporation
CIDB - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
ETP - Program Transformasi Ekonomi
ILM - International Labour Migration
JDI - Job Descripive Index
JDS - Job Diagnostic Survey
JSS - Job satisfaction Survey
JERIT - Aktivis Jaringan Rakyat Tertindas
MBAM - Master Builder Association of Malaysia
MEF - Persekutuan Majikan Malaysia
MRT - Transit Aliran Massa
MSQ - Minnesota Satisfaction Questionnaire
PKS - Perusahaan Kecil Dan Sederhana
PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah
SMART - Stormwater Management and Road Tunnel
SPSS - Statistical Package for Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran 1 : Borang Soal Selidik
1
BAB 1
PENDAHULUAN
Pengenalan 1.1
Sektor pembinaan merupakan sektor asas yang menyumbang kepada
pembangunan bagi sektor lain. Di mana, apabila berlakunya aktiviti pembinaan di
sesebuah kawasan secara tidak langsung akan menjadi pemacu kepada pembangunan
ekonomi yang luas. Sektor-sektor yang turut membangun adalah sektor
perkhidmatan, sektor pertanian dan sektor perlancongan (Kementerian Perdagangan
Antarabangsa Dan Industri, 2013).
Kepesatan sektor pembinaan ini mengakibatkan populasi pendatang asing
semakin bertambah dari tahun ke tahun dan ia merupakan isu yang tidak boleh
dibendung (Abdul Razak et al., 2010). Berdasarkan Statistik Pekerja Asing Mengikut
Sektor (2016), telah membuktikan kadar peningkatan pekerja asing yang
memberangsangkan dalam sektor pembinaan dari tahun 2010 sehingga tahun 2015.
Jumlah buruh asing dalam sektor ini telah meningkat lebih tiga kali ganda iaitu
2
sebanyak 235,010 orang pada tahun 2010 bertambah menjadi 745,131 orang pada
tahun 2015 (Kementerian Dalam Negeri, 2016).
Kadar peningkatan buruh asing ini menyebabkan para majikan harus
memenuhi keperluan dalam organisasi yang mempengaruhi kepuasan kerja (Adey
dan Bahari, 2010). Kepuasan kerja merupakan elemen yang penting dalam sesebuah
organisasi supaya pekerja dalam organisasi tersebut setia dan berminat untuk terus
bersama dengan organisasi berkenaan (Aziz et al., 2015). Kepuasan bekerja adalah
tahap di mana pekerja menunjukkan minat mereka terhadap pekerjaan mereka.
Sebahagian pekerja suka pada kerja mereka dan menjadikannya sebagai bahagian
yang penting dalam kehidupan mereka. Walaubagaimanapun terdapat pekerja yang
tidak suka bekerja, tetapi mereka terpaksa untuk melaksanakan kerja berkenaan
(Daud, 2010).
Kini, banyak perhatian telah diberi ke atas isu kepuasan kerja oleh pihak
pengurusan dalam sektor pembinaan kerana ia berhubung kait dengan tingkah laku
pekerja. Pekerja yang puas hati kurang kecenderungan untuk tidak hadir kerja dan
kurang kemungkinan untuk berhenti atau menukar kerja berbanding dengan pekerja
yang tidak puas hati. Produktiviti sebenarnya dipengaruhi oleh banyak faktor selain
daripada kepuasan (Muna & Atasya, 2013). Ini disokong oleh Herzberg (1968) yang
menyatakan bahawa peningkatan kepuasan kerja tidak semestinya membawa kepada
peningkatan pencapaian. Terdapat faktor lain yang berkaitan dengan kerja dan
persekitaran kerja misalnya sistem ganjaran yang sesuai perlu dipertimbangkan.
Berdasarkan kajian Daud, (2010) menjelasan aspek kepuasan kerja
dibahagikan kepada dua iaitu kepuasan kerja luaran dan kepuasan kerja dalaman.
Antara aspek dalaman yang mempengaruhi kepuasan kerja ialah pencapaian,
pengiktirafan, pekerjaan, tanggungjawab dan kejayaan. Manakala aspek luaran
meliputi gaji, dasar organisasi, penyeliaan, hubungan dengan ketua, orang bawahan
dan rakan sekerja, persekitaran tempat kerja dan jaminan kerja (Muna & Atasya,
2013). Apabila kedua-dua aspek dalaman dan luaran tersebut menepati jangkaan dan
3
keperluan pekerja, maka para pekerja akan memperoleh kepuasan kerja dalam
sesebuah organisasi (Adey dan Bahari, 2010).
Walaupun terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa tahap kepuasan
bekerja semakin penting dalam indutsri pembinaan, tetapi setakat ini masih tiada
kajian yang jelas menunjukkan tahap kepuasan bekerja buruh asing di tapak bina.
Berdasarkan Muna & Atasya (2013), tahap kepuasan bekerja buruh asing ini penting
untuk dikaji kerana ia dapat memberi gambaran dan kesedaran kepada pihak majikan
untuk memenuhi segala aspek kepuasan kerja dalam organisasi mereka.
4
Penyataan Masalah 1.2
Kedatangan buruh asing selalunya dikaitkan dengan sektor pembinaan di
Malaysia. Sejak tahun 90-an, Malaysia menjadi tumpuan buruh asing oleh rakyat
negara jiran demi mencari peluang pekerjaan dalam sektor pembinaan. Malah
permintaan sumber tenaga kerja dari pihak majikan turut menjadi pemangkin
kehadiran mereka ke Malaysia (Feng, 2010). Pekerja asing ini kebanyakannya terdiri
daripada rakyat Indonesia, Bangladesh, Nepal, Myanmar, India, Vietnam dan
Filipina. Mereka datang ke negara ini semata-sama untuk bekerja dan mencari rezeki
demi meneruskan kehidupan (Daud, 2010).
Kebanyakan pekerja asing yang bekerja dalam sektor pembinaan akan
ditempatkan dalam rumah kongsi. Mereka banyak menghabiskan masa mereka
dalam kawasan tapak bina (Utusan Malaysia, 20 April 2015). Berdasarkan kajian
Cranny et al. (1992) pekerja buruh akan terdedah dengan persekitaran tempat
kerjanya, polisi organisasi, penyeliaan dan pelbagai faktor lain yang mampu
mempengaruhi persepsi dan perasaan mereka (Purwaningsih, 2010). Persepsi dan
perasaan ini akan mempengaruhi sikap individu terhadap pekerjaannya. Ada di
antara mereka menyukai iaitu berpuas hati terhadap pekerjaannya dan tidak kurang
pula yang tidak puas hati terhadap pekerjaannya.
Lambakan pekerja asing ini sebenarnya boleh dipandang dari sudut positif dan
negatif. Dengan banyaknya laporan kadar jenayah dalam kalangan mereka, telah
wujud kebimbangan kepada masyarakat tempatan. Menteri dalam negeri, Datuk Seri
Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 11.2 peratus daripada keseluruhan
85,029 kes jenayah yang direkodkan dalam tempoh sama di negara ini adalah
melibatkan kes jenayah warga asing (Utusan Malaysia, 14 November 2014).
5
Dalam hal ini, suasana pekerjaan yang memenatkan di tapak-tapak pembinaan
menjadikan mereka serik dan mengalah. Ini ditambah pula dengan kadar upah
mereka yang rendah berbanding pekerja tempatan. Namun, pada waktu yang sama
mereka menjadi harapan untuk mengubah kemiskinan keluarga mereka. Dari
disinilah mereka mulai cuba mencari wang dengan jalan yang mudah. Antaranya
dengan menjadi penyeludup barangan tanpa cukai di Selat Melaka, menjadi
pembunuh upahan, perompak, penculik dan sebagainya (Mazlan, 2009).
Selain itu, kedatangan buruh asing yang ramai telah mendatangkan masalah
perumahan. Hal ini berlaku apabila pihak kontraktor tidak menyediakan rumah
kongsi yang cukup kepada pekerja mereka (Mazlan, 2008). Akibat ketidakpuasan
mereka untuk mendapatkan keperluan tempat tinggal, mereka terpaksa mendirikan
kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pekerja asing ini pula
membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan
ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah
dan air kumbahan juga wujud. Tindakan buruh asing ini membuktikan mereka tidak
puas hati terhadap layanan majikan terhadap keperluan mereka (Zikry, 2012).
Disebabkan kadar pertukaran mata wang yang lemah di negara asal, sesetengah
pekerja asing sedang menimbangkan sama ada untuk terus bekerja atau tidak di
Malaysia. Kejatuhan nilai ringgit menyaksikan pekerja asing menuntut kenaikan gaji,
terutamanya dalam sektor pembinaan, perkhidmatan dan perladangan, sekali gus
meletakkan tekanan ke atas majikan yang bergantung kepada buruh asing, kata
Persekutuan Majikan Malaysia (MEF). Jika sebelum ini mereka mendapat sumber
pendapatan yang memuasakan daripada hasil kerja mereka, namun disebabkan kadar
pertukaran mata wang mereka sendiri yang lemah, mereka kini tidak mampu meraih
pendapatan seperti sebanyak sebelum ini, kata Pengarah Eksekutif MEF Datuk
Shamsuddin Bardan (Dean, 2016).
6
Aktivis Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) Negeri Sembilan, P Nithiyavani
berkata, pekerja yang kebanyakannya dari Bangladesh, Vietnam dan Nepal
mengadakan mogok bagi mendesak syarikat binaan itu membayar gaji tertunggak
selama 4 bulan. Menurutnya lagi, selain mogok, pekerja itu turut mengadakan piket
secara aman semalam yag turut dihadiri Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) S
Arutchelvan (Utusan Malaysia, 13 Mac 2013). Hal ini jelas menunjukkan kajian
yang dilakukan oleh Faiz (2016) yang menyatakan bahawa mogok kerja terjadi
apabila tahap kepuasan kerja mereka tidak dipenuhi oleh pihak majikan.
Pada masa yang sama, isu pergaduhan kaum yang kerap diperkatakan di tapak
bina telah memaksa pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan mencari langkah mengatasinyanya. Menterinya, Datuk Abdul
Rahman Dahlan berkata, majikan disarankan agar mengasingkan pekerja asing yang
bertugas mengikut latar belakang mereka bagi mengelakkan berlaku pergaduhan dan
pertikaian apabila ditempatkan di dalam satu kawasan. Sekiranya pekerja terbabit
berasal dari Indonesia, Nepal, India dan sebagainya, mereka perlu ditempatkan
secara berasingan agar tidak wujud pelbagai masalah apabila berlainan kaum (Utusan
Malaysia, 8 Julai 2015). Kebajikan buruh asing perlu dijaga bagi memenuhi
kepuasan kerja mereka. Pihak majikan seharusnya tidak mudah lepas tangan dan
perlu mengambil serius terhadap isu penempatan pekerja agar nasib mereka ini
dipelihara, malah kesejahteraan persekitaran setempat akan terjamin (Zikry, 2012).
Dalam aspek kemudahan, pekerja asing kurang mendapat kemudahan rawatan
perubatan, malah kemudahan pinjaman untuk mereka juga tidak disediakan. Mereka
juga tidak dihantar bagi mengikuti latihan atau kursus yang berkaitan dengan
peningkatan kemahiran kerja. Akibat daripada segalanya ini, kualiti kerja menurun,
tiada kecenderungan untuk mengeluarkan idea atau pandangan bagi meningkatkan
prestasi kerja, membuat kerja sambil lewa dan hanya sekadar siap sahaja (Utusan
Malaysia, 17 Nov 2003).
7
Industri pembinaan kurang mengambil perhatian terhadap kepuasan yang
dialami oleh pekerja buruh asing di tapak bina. Ini adalah disebabkan kekurangan
teori dan penyelidikan yang membincangkan isu kepuasan dalam kalangan buruh
asing ini (Solis-Carcano, 2015). Setakat ini kebanyakan kajian hanya tertumpu
kepada faedah seperti gaji, elaun, ganjaran sama ada berbentuk kewangan atau tidak
dan pengurusan sumber manusia yang akan mempengaruhi prestasi pekerja buruh
(Naimen, 2009). Maka, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap
kepuasan bekerja buruh asing di tapak bina.
Persoalan Kajian 1.3
Berasaskan objektif kajian ini akan menjawab persoalan berikut;-
I. Apakah tahap kepuasan bekerja bagi pekerja buruh asing di tapak bina.
Objektif Kajian 1.4
Objektif bagi menyempurnakan kajian ini adalah:-
I. Untuk mengenalpasti tahap kepuasan bekerja buruh asing di tapak bina.
8
Skop Kajian 1.5
Skop penyelidikan bagi mencapai objektif yang telah dinyatakan adalah
seperti yang berikut:-
Responden yang dipilih adalah pekerja asing di tapak bina.
Kajian ini akan mengenalpasti aspek-aspek yang memberi kepuasan kerja
terhadap pekerja asing dalam organisasi pembinaan. Tenaga buruh asing ini akan
melibatkan semua bangsa yang ada dalam sesuatu projek pembinaan.
Kajian ini dilakukan di sekitar Johor Bahru, Johor.
Pekerja asing pembinaan yang dipilih adalah melalui kaedah rawak mudah di
sekitar negeri Johor Bahru, Johor. Tahap kepuasan buruh asing ini akan dikenalpasti
melalui kaedah soal selidik mengenai aspek-aspek yang memberi kepuasan bekerja
kepada mereka.
Kepentingan Kajian 1.6
Sebenarnya kajian mengenai tahap kepuasan bekerja sudah banyak dilakukan.
Namun, kajian yang memfokuskan terhadap buruh asing dalam aspek kepuasan
kerja belum lagi dilakukan secara mendalam. Dalam hal ini, kajian ini dilihat dapat
menjadi satu rujukan kepada pihak kontraktor untuk meninjau faktor dan tahap
9
kepuasan mereka yang wujud di tapak bina yang mempunyai kaitan rapat dengan
tahap kepuasan kerja mereka (Muna & Atasya, 2013).
Setakat ini kebanyakan kajian hanya tertumpu kepada faedah seperti gaji,
elaun, ganjaran dan pengurusan sumber manusia yang akan mempengaruhi prestasi
buruh asing dalam industri pembinaan. Dengan demikian, kajian ini perlu dilakukan
untuk mendapat punca-punca yang lain seperti keselamatan, kesihatan, masa bekerja,
pencapaian matlamat diri dan sebagainya (Muna & Atasya, 2013).
Kajian ini diharap dapat menjadi asas bagi buruh asing untuk menyuarakan
pendapat dan pandangan mereka di samping memberi satu gambaran dan kesedaran
kepada pihak majikan bahawa aspek kepuasan kerja harus diambil kira dalam
pengurusan dan pentadbiran mereka (Fauzi & Muhd Ridhwan, 2013).
Menerusi kajian seperti ini, banyak manfaat boleh diperolehi sebagai usaha
berterusan menerokai peluang baru untuk memperkasakan pengurusan modal insan
dalam organisasi pembinaan. Kajian ini juga diharap menjadi platform berkesan
untuk pemantapan strategi, pembentukan hala tuju, pengukuhan organisasi dalam
pembangunan pengurusan modal insan secara mantap. Tambahan pula dapat
membantu pihak yang berkaitan dalam memastikan rakyat bekerja dalam suasana
persekitaran yang memberangsangkan demi meningkatkan kesejahteraan hidup
rakyat (Daud, 2010).
Hasil kajian ini diharap boleh menjadi satu garis panduan untuk mewujudkan
suasana tempat kerja yang mendorong dan memberi kepuasan yang tinggi kepada
pekerja. Apabila pekerja berpuas hati dengan keadaan kerja dan kerja yang dilakukan
oleh mereka, mereka akan menunjukkan komitmen yang lebih tinggi lalu berusaha
untuk meningkatkan prestasi mereka dalam merealisasikan matlamat organisasi
(Halimatussaediyah & Noraini, 2015).
10
Metodologi Penyelidikan 1.7
Pendekatan atau metodologi penyelidikan ini adalah memastikan kajian dapat
dijalankan mengikut proses-proses yang tersusun bagi mencapai objektif kajian.
Kajian penyelidikan dibahagi kepada empat peringkat seperti berikut:
1.7.1 Peringkat Pertama
Peringkat pertama melibatkan kajian dan perbincangan. Kajian yang
mendalam dilakukan untuk memperolehi maklumat-maklumat dan data-data yang
diperlukan. Kajian ini dibuat melalui pembacaan buku, jurnal, akhbar, majalah, tesis,
dan sebagainya yang terdapat di perpustakaan dan internet. Manakala perbincangan
dilakukan dengan pihak-pihak seperti penyelia dan juga rakan-rakan sekelas. Dari
sinilah penentuan tajuk dan penyataan isu dikenalpasti.
Tajuk yang dikenalpasti dan dikaji oleh pengkaji adalah berkaitan dengan
kepuasan bekerja buruh asing di mana idea tersebut diperolehi melalui perbincangan
dengan penyelia berkaitan dengan isu-isu pekerja asing dalam pembinaan.
Penyataan isu dikenalpasti melalui pembacaan yang lebih mendalam dan menyeluruh
bagi masalah yang telah wujud dalam kalangan pekerja buruh. Terdapat laporan
yang menyatakan bahawa perlu menjalankan kajian mendalam tentang nasib pekerja
buruh di dalam sektor pembinaan sama ada kontraktor atau konsultan. Selepas
mengetahui penyataan isu, maka objektif penyelidikan dan skop kajian dapat
ditentukan. Terdapat satu objektif yang perlu dikaji setelah berbincang dengan
penyelia dan skop kajian hanya tertumpu kepada pekerja buruh asing di tapak bina di
sekitar Johor Bharu, Johor.
11
1.7.2 Peringkat Kedua
Terdapat dua jenis data yang akan dikumpulkan sebagai bahan untuk
mendapatkan maklumat-maklumat dan data-data yang berkaitan dengan tajuk
penyelidikan ini. Kedua-dua data tersebut ialah:
Pengumpulan Data Sekunder
Pengumpulan data sekunder lebih merupakan proses yang dapat memberi
sokongan kepada kajian penyelidikan ini. Data jenis ini diperolehi dengan membuat
rujukan atau kajian terperinci. Antara sumber data sekunder adalah pembacaan buku,
jurnal, akhbar, majalah, tesis, dan sebagainya yang berkaitan. Kebanyakan bahan-
bahan pembacaan tersebut adalah diperolehi daripada Perpustakaan Sultanah
Zanariah (PSZ), pusat sumber Alam Bina dan internet. Sumber-sumber yang dibaca
adalah mengenai kepuasan kerja, buruh asing, kaedah pengukuran dan sebagainya.
Apabila kesemua maklumat yang berkaitan telah dikumpul, maka bab 2 dan bab 3
dapat diproseskan.
Pengumpulan Data Primer
Pengumpulan data primer merupakan satu proses untuk memperolehi
maklumat-maklumat dan data-data untuk menganalisis data selepas proses
pengumpulan data sekunder telah dilaksanakan. Pengumpulan data ini diperolehi
daripada borang soal selidik kerana pengkaji hanya menggunakan satu kaedah
penilaian kepuasan kerja bagi pekerja buruh asing.
12
1.7.3 Peringkat Ketiga
Pada peringkat ini, penganalisisan data dilakukan apabila borang soal selidik
telah dikumpul. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan terperinci melalui
kaedah kuantitatif. Hasil soal selidik dianalisis menggunakan Statistical Packages
For Social Science (SPSS). Menerusi SPSS, data yang ringkas dan kompleks dapat
dianalisis dengan cepat dalam beberapa saat. Taburan kekerapan, peratusan dan min
dapat dihasilkan dan dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf, carta bar dan carta
pai untuk menentukan tahap kepuasan bekerja buruh asing dalam projek pembinaan.
Tujuan data ini dianalisis adalah bagi memperolehi kesimpulan yang
dikehendaki iaitu mengenai latar belakang responden dan tahap kepuasan bekerja
buruh asing. Cadangan untuk meningkatkan tahap kepuasan kerja juga dikemukakan
untuk meningkatkan lagi kepuasan kerja para pekerja. Lantaran itu, cadangan kajian
yang akan datang juga dikenalpasti supaya dapat menyelesaikan persoalan yang tidak
dapat diselesaikan oleh pengkaji.
1.7.4 Peringkat Keempat
Peringkat ini merupakan peringkat yang terakhir iaitu setelah semua data
yang diperlukan dianalisis, penulisan Projek Sarjana Muda akan dilakukan. Format
penulisan laporan ini adalah berdasarkan garis panduan yang telah disediakan khas
untuk menulis tesis Univesiti Teknologi Malaysia (UTM). Segala semakan dan
pembetulan juga dilakukan pada peringkat ini. Pengkaji membuat perjumpaan
dengan penyelia untuk membincang laporan yang disiapkan. Setelah pembetulan
dilakukan, maka tesis yang lengkap dihantar kepada penyelia.
13
Carta Alir Kajian Tahap Kepuasan Bekerja Buruh Asing Di Tapak Bina
Penentuan Tajuk Kajian
Isu Kajian
Penyataan Masalah
Mogok kerja
Pergaduhan kaum
Masalah
perumahan
Isu jenayah
Tuntutan kenaikan
gaji
Adakah masalah yang
wujud disebabkan
ketidakpuasan bekerja
di tapak bina.
Persoalan kajian
Apakah tahap kepuasan
bekerja buruh asing di
tapak bina.
Objektif kajian
Untuk mengenalpasti tahap
kepuasan bekerja buruh asing di
tapak bina.
Skop kajian
Kajian Literatur
Bab 2
Analisis Kajian
Bab 4
Kesimpulan Kajian
Bab 5
Metodologi Kajian
Bab 3
Melibatkan semua jenis nasionaliti
warga asing di tapak bina sekitar
Johor.
Analisis data
-Jadual data
-Statistical Packages For
Social Science (SPSS)
Borang soal selidik A.Latar Belakang
Responden
B. Aspek kepuasan
kerja
Responden
Pekerja asing di tapak
bina
1. Sektor pembinaan
2. Buruh asing
3. Kepuasan kerja
Teori kepuasan
kerja
Teori
pengukuran
kepuasan kerja
Faktor kepuasan
kerja
Data yang
dianalisis ;
SPSS
Graf
Jadual.
14
Cadangan Organisasi Bab 1.8
Bab 1 Pengenalan
Mengenalpasti isu /
penyataan masalah
Mengenal pasti objektif
penyelidikan
Skop penyelidikan dan
kepentingan penyelidikan
Bab 2 Kajian Literatur
Pencarian, pengumpulan dan penyelidikan maklumat-maklumat daripada buku,
journal, surat khabar, artikel, tesis-tesis terdahulu, laman web dan banyak lagi bagi
mengenai penulisan teori sektor pembinaan, buruh asing, dan kepuasan kerja.
Bab 3 Metodologi Kajian
Cara atau kaedah yang digunakan bagi mencapai objektif kajian. Penyelidikan
kuantitatif menggunakan borang soal selidik. Analisis data menggunakan Statistical
Packages For Social Science (SPSS).
Bab 4 Pengumpulan Data dan Analisis
Data yang telah dikumpul akan dianalisis. Setelah maklumat dianalisis, perbincangan
mengenai keputusan kajian dilakukan.
Bab 5 Kesimpulan dan Cadangan
Menyentuh mengenai kesimpulan yang dibuat hasil daripada keputusan
perbincangan di dalam Bab 4. Membuat cadangan bagi penyelidikan pada masa
hadapan.
15
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
Pengenalan 2.1
Merujuk kajian Spector (1997), dalam menentukan perkembangan dan
pengekalan sesebuah organisasi terutamanya ketika dunia memegang kepercayaan
akan tenaga kerja sebagai sumber yang penting di dalam organisasi, kepuasan kerja
memainkan peranan yang penting terhadap perkara tersebut (Halimatussaediyah &
Noraini, 2015). Selain itu, terdapat pelbagai aspek yang boleh menyebabkan
kepuasan kerja dalam kalangan buruh asing.
Selepas tahun 1930an, pakar-pakar sains di dalam bidang psikologi, sains
tingkah laku dan tabiat organisasi terkemuka dari negara barat menjalankan kajian
tentang kepuasan kerja selepas menyedari kepentingan menjalankan kajian terhadap
kepuasan kerja (Kathiresan, 2000).
16
Kajian literatur ini telah dibahagikan kepada beberapa katagori iaitu definisi
dan konsep industri pembinaan, pekerja buruh asing, statistik buruh asing dalam
sektor pembinaan, definisi kepuasan bekerja, teori kepuasan kerja, teori pengukuran
kepuasan bekerja, dan aspek-aspek yang mempengaruhi kepuasan kerja yang
diterangkan oleh pengkaji psikologi.
Industri pembinaan 2.2
2.2.1 Definisi Industri Pembinaan
Takrifan bagi industri pembinaan adalah sesuatu perusahaan dan proses yang
berkenaan dengan kaedah membina, mendirikan serta membangunkan sesuatu bahan
bagi keperluan bersama modal yang selari dengan penghasilannya (Kamus Dewan
Edisi Ketiga, 2002). Secara umum, industri pembinaan adalah sektor yang bermula
dengan aktiviti perancangan, merekabentuk, pemuliharaan dan meruntuhkan
kawasan sekitar serta membaiki pelbagai jenis bangunan. Aktiviti ini adalah
termasuk dalam kerja-kerja kejuruteraan awam, mekanikal, elektrikal dan kerja-kerja
lain yang berkaitan.
Menurut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (1994),
industri pembinaan adalah :-
Industri yang berkaitan dengan kerja pembinaan, termasuklah reka
bentuk, pengilangan, teknologi, bahan dan mutu kerja binaan dan
perkhidmatan bagi maksud pembinaan. Di mana, ia merangkumi proses
pembinaan daripada peringkat awalan sehingga faktor-faktor yang
mempengaruhi sektor tersebut. Kerja-kerja pembinaan yang dimaksudkan
17
adalah membina, menyambung, memasang, memusnah, meroboh,
menyelenggara, memulihara, mengekalkan, mengubahsuai yang melibatkan
pembinaan jambatan dan jeti, pembinaan jalan raya dan lebuhraya,
pembentungan najis, terowong, perumahan, pejabat, hotel dan tempat
peranginan, hospital, sekolah, empangan, plantar minyak, lapangan terbang,
rangkaian lebuhraya negara dan landasan keretapi.
Aktiviti-aktiviti industri binaan merangkumi pelbagai sektor iaitu kediaman,
industrial, komersial dan pasarana, yang bukan hanya tertumpu kepada fasa
pembinaan sahaja tetapi juga fasa-fasa pra pembinaan dan selepas pembinaan. Sektor
binaan merupakan salah sebuah industri yang disenaraikan sebagai penyumbang
utama kepada pembangunan ekonomi negara. Kepentingan industri binaan ini dapat
dilihat dengan jelas melalui penglibatan pembinaan dalam pelbagai industri serta
meliputi pelbagai bidang (Abu Bakar, 2010).
2.2.2 Definisi Tapak bina
Tapak bina bermaksud satu kawasan yang lapang di mana ia akan digunakan
untuk membina bangunan (Kamus Dewan,2000) manakala menurut Concise Oxford
Dictionary tapak bina di takrifkan sebagai suatu kawasan yang mempunyai keluasan
yang tertentu di mana beberapa aktiviti yang telah dirancang akan di jalankan ke atas
kawasan tersebut untuk tujuan pembinaan.
18
2.2.3 Perkembangan Industri Pembinaan
Dewasa ini, pembangunan di Malaysia semakin rancak dilaksanakan oleh
pelbagai pihak, malah pihak kerajaan telah merangka dasar-dasar yang mampu
menukar wajah Malaysia dalam mengejar Wawasan 2020. Hal ini terbukti apabila
Malaysia mampu menempah nama di seantero dunia sejak 1998 sehingga 2004
kerana berjaya membina Menara Berkembar Petronas yang merupakan menara
kembar tertinggi dunia. Selain dari itu terdapat juga aktiviti pembangunan lain yang
menjadi kebanggaan Malaysia seperti Jambatan Pulau Pinang Pertama dan Kedua,
Sistem Monorail, Stormwater Management and Road Tunnel (Terowong SMART).
Tambahan lagi pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) yang telah mendapat
kelulusan daripada kerajaan pada Disember 2010 dan sedang dalam proses
pembinaan. Di mana jajaran pertama adalah dari Sungai Buloh sehingga Kajang. Ia
merupakan sistem MRT yang pertama di Malaysia dan dijangka akan beroperasi
sepenuhnya pada tahun 2017 (Risalah MRT Corp, 2014).
Sejak tahun 2010 lagi kerajaan Malaysia sangat menggalakkan pertumbuhan
ekonomi di mana kerajaan telah menubuhkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-
10). RMKe-10 adalah pendekatan baru bagi mencapai matlamat negara maju dan
berpendapatan tinggi dan dilaksanakan dari tahun 2011 sehingga 2015. Anggaran
purata kadar pertumbuhan tahunan bagi tempoh 2011 sehingga 2015, sektor
pembinaan dijangka akan menyumbang sebanyak 3.7% daripada ekonomi negara.
Kerajaan akan melabur secara berterusan dan perlaksanaannya adalah dengan
meningkatkan kadar isi rumah kepada 75% pada 2015, meneruskan usaha
menaiktaraf infrastruktur yang dijalankan dalam bentuk fizikal dari segi rangkaian
pengangkutan pelbagai mod seperti projek landasan keretapi berkembar elektrik,
infrastruktur maritim dan meningkatkan kapasiti landasan kapal terbang dan
membekalkan tenaga yang lebih efektif kepada rakyat (Rancangan Malaysia Ke-10,
2010).
19
Ekonomi negara Malaysia kini meningkat pesat antara faktornya adalah
daripada perkembangan sektor pembinaan. Sektor pembinaan dijangka berkembang
antara lapan dan 10 peratus tahun ini berbanding 8.2 peratus pada 2015, dengan
dipacu oleh projek berkaitan kerajaan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah
Yusof. Beliau berkata projek seperti 'Greater Kuala Lumpur', transit aliran ringan,
transit aliran berkapasiti tinggi, serta lebuh raya baharu termasuk Lebuhraya Pan
Borneo, akan memberikan potensi pertumbuhan besar-besaran bagi industri
berkenaan dan ekonomi negara (Mstar, 11 April 2016).
Pada masa yang sama, sektor pembinaan dijangka bertambah baik dengan
adanya beberapa projek utama yang sedang dilaksanakan. Menurut Presiden serta
Ketua Pegawai Eksekutif Credit Guarantee Corporation (CGC), Mohd Zamree
Mohd Ishak, antaranya adalah projek pembinaan Kompleks Petroleum Pengerang di
Johor, dan projek MRT laluan kedua. Projek yang bernilai berbilion ringgit itu akan
membantu pertumbuhan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terlibat
sebagai vendor. Hal ini kerana PKS memainkan peranan yang penting dalam
pertumbuhan ekonomi negara (Astro Awani, 23 Mei 2016).
Buruh Asing Dalam Sektor Pembinaan 2.3
2.3.1 Definisi buruh
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga (2002), buruh bermaksud
pekerja atau orang yang bekerja untuk mencari rezeki. Buruh juga merupakan
barang dagangan yang menawarkan perkhidmatan yang dipengaruhi oleh faktor-
faktor persekitarannya di mana mereka merupakan sesuatu perkara yang kompleks
(Zulkifly, 1989). Manakala menurut laporan penyiasatan tenaga buruh 2013, tenaga
buruh merujuk kepada mereka yang berumur 15 hingga 64 tahun (dalam tahun genap
20
pada hari lahir terakhir). Di mana tenaga buruh adalah merupakan individu sama ada
bekerja atau menganggur (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2014).
2.3.2 Definisi Buruh Asing
Buruh asing yang terdapat di Malaysia merupakan pekerja yang berasal
daripada luar negara yang datang ke Malaysia dengan tujuan bekerja bagi satu
tempoh masa tertentu (Che Hashim, 2009). Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga
(2002), buruh asing adalah orang atau pekerja yang bekerja di suatu tempat di mana
tempat tersebut bukan tempat asalnya. Pekerja asing ini datang ke sesebuah negara
sama ada secara sah atau tidak sah. Tidak sah bermaksud pas kemasukkan tidak
diperbaharui atau telah memasuki sesebuah negara secara haram (Ling, 2005).
Menurut Che Hashim (2009), buruh asing adalah pekerja yang bukan
warganegara tetapi mereka mempunyai permit yang sah yang diperoleh daripada
pihak Imigresen. Pekerja asing dengan kemasukkan sah ke Malaysia akan dilindungi
oleh Akta Kerja 1955 seksyen 60K. Menurut seksyen berkenaan majikan yang
mengambil kerja seseorang pekerja asing hendaklah dalam tempoh 14 hari selepas
pegambilan pekerja asing, membawa dokumen butirannya kepada Ketua Pengarah
Buruh.
21
2.3.3 Buruh Asing Dalam Sektor Pembinaan
Menurut Faradiva dan Pasquire (2007), penggajian buruh asing di negara
membangun atau negara yang berasaskan industri semakin meningkat jumlahnya
sejak sedekad yang lalu. Kehadiran buruh asing ini telah membantu masalah
kekurangan tenaga buruh khususnya di dalam indstri pembinaan.
Migrasi merentasi sempadan bukanlah satu fenomena yang baru terjadi.
Pergerakan besar-besaran rakyat di seluruh benua telah berlaku sejak 5 abad yang
lalu adalah disebabkan oleh perdagangan hamba, peperangan, bencana alam dan
perkembangan kolonialisme yang turut membawa sistem ekonomi kapitalis.
Penjajahan pada abad dahulu, telah memindahkan berjuta-juta rakyat di seluruh
sempadan negara. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran penduduk yang berbilang
kaum seperti di Malaysia (Azizah, 2005).
Malaysia adalah negara pengeksport serta pengimport buruh, tetapi imigrasi
ke dalam negara Malaysia adalah lebih besar jumlahnya mengatasi jumlah yang
berhijrah keluar daripada Malaysia. Malaysia mengeksport buruh berkemahiran
tinggi dan mengimport buruh am dan buruh separa mahir bagi memenuhi permintaan
guna tenaga yang tinggi di dalam pelbagai industri di Malaysia. Majoriti penduduk
yang berhijrah keluar dari Malaysia adalah dalam jangka masa yang panjang atau
secara tetap. Sementara, bagi pendatang yang berimigrasi ke Malaysia adalah
kebanyakannya dalam tempoh masa sementara atau secara kontrak. Dinamik
International Labour Migration (ILM) di Malaysia telah berubah ekoran daripada
tindak balas kepada polisi dan faktor pasaran, tetapi ciri-ciri utama dikekalkan
(Vijayakumari, 2006).
Menurut Hamzah et al. (2012), industri pembinaan di Malaysia telah
bergantung pada tenaga kerja buruh asing sejak awal tahun 1980. Penggunaan buruh
asing bermula dalam sektor perladangan. Buruh asing diperlukan pada ketika itu
22
dalam sektor perladangan kerana buruh tempatan lebih berminat untuk bekerja di
dalam sektor pembuatan kerana sektor tersebut menawarkan gaji yang lumayan dan
keadaan bekerja yang selesa. Rentetan daripada keadaan tersebut, sektor pembinaan
turut mengalami kekurangan buruh tempatan lebih-lebih lagi sektor pembinaan
dikenali sebagai pekerjaan 3D iaitu Dirty (kotor), Dangerous (berbahaya), dan
Difficult (susah). Pada masa yang sama, mandur dan buruh mahir tempatan telah
berimigrasi ke negara-negara maju yang lain seperti Singapura, Taiwan dan Jepun di
mana mereka ditawarkan dengan gaji yang lebih tinggi untuk kemahiran mereka. Ini
adalah antara faktor mengapa industri pembinaan di Malaysia mempunyai bilangan
buruh asing yang tinggi.
2.3.4 Statistik Buruh Asing Dalam Sektor Pembinaan
Sektor perladangan minyak kelapa sawit, sektor pembinaan dan sektor
elektronik merupakan enjin pertumbuhan utama ekonomi negara. Sektor-sektor ini
banyak bergantung pada guna tenaga buruh asing yang berkemahiran rendah untuk
terus mengekalkan keuntungan dan berdaya saing (Vijayakumari, 2006).
Menurut Abdul Rahim et al. (2011), projek pembangunan di bawah
Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP)
termasuk projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) menelan belanja melebihi
RM40 billion. Projek-projek tersebut memerlukan kira-kira 130,000 pekerja mahir di
dalam semua jenis tred kerja. Industri pembinaan Malaysia telah mengalami
kekurangan tenaga kerja manakala pekerja-pekerja tempatan yang ada tidak dapat
memenuhi permintaan pasaran. Oleh itu, kontraktor bersedia untuk mengimport
pekerja asing bagi memenuhi keperluan dan kehendak pasaran buruh dalam sektor
pembinaan. Menurut Presiden Master Builder Association of Malaysia (MBAM)
dalam MBAM Online News 2011, kekurangan pekerja-pekerja binaan mahir adalah
isu yang sangat penting dan kekurangan pekerja mahir dalam industri pembinaan
23
akan memberikan impak negatif kepada projek-projek pembangunan di bawah
RMK-10 dan ETP (Wong, 2011).
Menurut Jabatan Statistik Jun 2011 dalam Abdul Rahim et al. (2011), industri
pembinaan di Malaysia menggaji 1,214,000 orang pekerja asing atau 10 peratus
daripada jumlah guna tenaga di negara kita iaitu sebanyak 12,116,600. Walau
bagaimanapun, sekitar 70 hingga 80 peratus sektor pembinaan dimonopoli oleh
buruh asing. Disebabkan kebanjiran pekerja asing, majikan enggan untuk mengupah
pekerja tempatan memandangkan upah atau gaji yang dibayar kepada buruh asing
adalah lebih kurang berbanding dengan pekerja tempatan.
Pada Jun 2011, kerajaan telah mengumumkan program 6P iaitu satu insiatif
terbaru kerajaan untuk mengurus pendatang asing yang tidak sah berada di Malaysia.
Nombor 6 mewakili 6 langkah dalam inisiatif iaitu Pendaftaran (Registration),
Pemutihan (Legalization), Pengampunan (Amnesty), Pemantauan (Monitoring),
Penguatkuasaan (Enforcement) dan Pengusiran (Deportation). Berdasarkan rekod
yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, sejumlah 2.3 juta pendatang telah
menjalani proses 6P pada 3 Ogos 2011 iaitu sebanyak 1,016,908 pekerja asing yang
sah dan 1,303,126 pendatang tanpa izin (PATI). Timbalan Perdana Menteri yang
juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Asing Tanpa Izin
(CCFWII) mengumumkan inisiatif 6P sebagai 'pakej penyelesaian' kepada masalah
pekerja asing di negara ini. Langkah ini bertujuan untuk mencari penyelesaian
kepada pelbagai masalah sosial, jenayah dan kewangan yang berkaitan dengan
pendatang tanpa izin (Del Carpio, 2013).
Sektor pembinaan di negara ini sebenarnya masih bergantung kepada tenaga
kerja asing sepenuhnya walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan untuk
menggalakkan pembabitan dalam kalangan orang tempatan. Naib Presiden Persatuan
Kontraktor Binaan Malaysia, Datuk Seri Sufri Mohd. Zin berkata, secara dasarnya
sektor pembinaan telah ditakluk oleh lebih 90 peratus pekerja asing (Utusan Online,
24
Januari 2015). Hal ini disokong oleh statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam
Negeri pada awal tahun 2016.
Jadual 2.1 : Jumlah Pekerja Asing Di Malaysia Mengikut Sektor, 2011 - 2015,
SEKTOR 2011 2012 2013 2014 2015
Pembantu
Rumah
184,092 142,936 169,936 155,591 148,627
Pembuatan 580,820 605,926 751,772 747,866 450,364
Pembinaan 223,688 226,554 434,200 411,819 745,131
Perkhidmatan 132,919 138,823 269,321 270,048 293,433
Pertanian 451,542 457,350 625,093 488,090 497,480
Jumlah 1,573,061 1,571,589 2,250,322 2,073,414 2,135,035
(Sumber: Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri , 2016)
Berdasarkan statistik jumlah pekerja asing di Malaysia mengikut sektor, 2011
hingga 2015, sektor pembinaan jelas menunjukan peningkatan yang ketara pada
tahun 2015 berbanding tahun 2010.
25
2.3.5 Tred kerja buruh asing
Jadual di bawah merupakan senarai kategori dan tred kerja-kerja Bangunan
yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)
dalam Construction Industry Skills Standards (1999).
Jadual 2.2 : Jenis-jenis tred pekerja binaan yang diklasifikasikan oleh Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)
Tred Pekerja Binaan Biasa
Pekerja Binaan General Construction Worker
Tred Pekerja Separuh Mahir
Binaan
Pembantu Paip
Pembantu Perancah
Assistant Plumber
Assistant Scaffolder
Tred Pekerja Mahir Binaan
Pembengkok Besi
Penerap Bata
Tukang Kayu – Tanggam
Tukang Kayu – Acuan
Tukang Konkrit
Pemasang Siling
Pemasang Siling Plasterboard
Pemasang Drywall
Tukang Kaca
Pemasang Sesalur Air
Tukang Besi Tukang Logam
Tukang Cat – Bangunan
Tukang Lepa
Tukang Paip
Pemasang Bumbung
Tukang Pasang Stuktur Keluli
Tukang Batu
Pemasang Jubin
Pemasang Struktur Kayu
Barbender
Bricklayer
Carpenter – Joinery
Carpenter – Formwork
Concretor
Ceilling Installer
Plaster Board Ceilling
Installer Drywall
Installer Glazeir
Gutter Installer
Ironmonger Metalworker
Painter- Building
Plasterer
Plumber
Roof
Steel Structure Fabricator
Stone Mason
Tiler
Timber Structure Erector
Sumber : Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), (2015)
26
Kepuasan Kerja 2.4
2.4.1 Definisi Kepuasan Kerja
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kepuasan didefinisikan
sebagai puas, kelegaan, kenikmatan, atau kesenangan yang mencari ketenteraman
jiwa. Manakala kerja pula didefinisikan sebagai usaha untuk melakukan atau
membuat sesuatu. Kepuasan kerja boleh disimpulkan sebagai kelegaan atau
kesenangan yang dirasai ketika melakukan sesuatu usaha. Pelbagai definisi diberikan
oleh pengkaji tentang konsep kepuasan kerja. Terdapat pengkaji yang menyamakan
kepuasan kerja dengan sikap, semangat atau bagaimana rapatnya hubungan antara
kepuasan kerja dengan pekerja dan persekitaranya. Kepuasan dan ketidakpuasan
kerja merupakan tindakbalas emosi yang dihadapi oleh pekerja terhadap pekerjaanya
dan hubungan di antara apa yang diinginkan dengan apa yang diperolehi daripada
pekerjaan yang dilakukan.
Kepuasan kerja biasanya ditakrifkan sebagai tahap pengaruh positif pekerja
terhadap pekerjaannya atau situasi kerja. Sekiranya kerja yang dilakukan
menyeronokkan atau menggembirakan, maka ianya akan mewujudkan kepuasan
kerja di kalangan individu. Sebaliknya jika kerja yang dilakukan membosankan,
ianya akan mewujudkan perasaan yang negatif di kalangan mereka dan seterusnya
akan menyebabkan pekerja tidak berpuas hati dengan kerja yang dilakukan ( Kurnia,
2013).
Selain itu, kepuasan kerja juga didefinisikan sebagai "tahap rangsangan
positif seorang pekerja terhadap kerja dan situasi pekerjaan." Kepuasan kerja
berkaitan dengan sikap pekerja atas pekerjaannya. Sikap tersebut berlangsung dalam
aspek kognitif dan tingkah laku. Aspek kognitif kepuasan kerja adalah kepercayaan
pekerja tentang kerja dan situasi pekerjaan. Pekerja yakin bahawa pekerjaannya
menarik, merangsang, membosankan atau memuaskan. Aspek perilaku pekerjaan
27
adalah kecenderungan perilaku pekerja atas pekerjaannya yang ditunjukkan melalui
pekerjaan yang dilakukan, terus bertahan di kedudukannya, atau bekerja secara
teratur dan disiplin (Kreitner & Kinicki, 2005).
Kepuasan kerja merupakan hal yang bersifat individual. Setiap individu
mempunyai tingkat kepuasan yang berbeza-beza dan kepuasan kerja sebagai respons
emosional terhadap berbagai aspek pekerjaan. Definisi ini mengandung pengertian
bahawa kepuasan kerja bukanlah suatu konsep tunggal, sebaliknya seseorang dapat
relatif puas dengan suatu aspek dari pekerjaannya dan tidak puas dengan salah satu
atau beberapa aspek lainnya (Kreitner & Kinicki, 2005).
Lofquist and Darwis (1969) memberi takrifan kepuasan adalah satu fungsi
yang saling berhubung kait di antara reinforcer bagi persekitaran kerja dan keperluan
individu. Gruneberg (1979) menyatakan bahawa kepuasan kerja sebagai pemenuhan
terhadap keperluan peringkat bawahan (keperluan fisiologi, keselamatan, dan
keperluan sosial) sehinggalah ke peringkat tertinggi (keperluan untuk reputasi, status
dan prestij). Menurut Locke and Henne (1986) pula, kepuasan kerja merupakan satu
pencapaian bagi penilaian kerja di dalam keadaan kerja yang dihasilkan oleh
perasaan mereka semasa bekerja (Kurnia, 2013).
Vroom (1964) menjelaskan bahawa kepuasan kerja sebagai satu konsep yang
mengandungi satu set pembolehubah yang kompleks. Kepuasan kerja secara amnya
tidak berlawan dengan ketidakpuasan kerja, sebaliknya mereka merupakan dua
perkara yang berlainan. Tetapi mereka boleh terjadi secara serentak dalam suatu
masa yang sama di mana keadaan ini mungkin disebabkan oleh faktor yang berbeza
(Kurnia, 2013).
Kesimpulannya, definisi kepuasan kerja yang dikemukakan oleh pakar-pakar
psikologi menunjukkan bahawa kepuasan kerja adalah tindakbalas perasaan
seseorang pekerja terhadap apa yang berkaitan dengannya dalam konteks kerja.
28
2.4.2 Teori Kepuasan Kerja
Campell (1970) telah membahagikan teori kepuasan kerja kepada dua
kategori iaitu kandungan dan teori proses. Teori kandungan menghuraikan tentang
faktor yang memotivasikan seseorang individu seperti gaji dan keseronokan
pekerjaan yang dilakukan. Ianya bermaksud percubaan untuk mengenalpasti faktor-
faktor pada individu dan juga persekitarannya yang akan menggerakkan dan
mengekalkan tingkahlaku manakala teori proses pula menghuraikan proses sebenar
individu bergerak apabila dimotivasikan untuk mencapai sesuatu matlamat dan
bagaimana tingkah laku digerakkan, diarah dan dihentikan (Syarif, 2015).
Berdasarkan Syarif (2015), teori kandungan lebih menitikberatkan tentang
faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja. Dalam teori kandungan ini,
terdapat tiga teori yang mengemukan pandangan bahawa kepuasan manusialah yang
menjadikan tenaga penggerak kepada tingkah laku pekerja dalam organisasi. Teori
kandungan mengenepikan keperluan spesifik motif dan jangkaan individu. Terdapat
dua teori yang digolongkan dalam teori kandungan iaitu:
a. Teori dua faktor Herzberg (Herzberg, Mausner, Peterson, & Capwell, 1957)
b. Teori hierarki keperluan Maslow (Maslow, 1954)
2.4.2.1 Teori Dua Faktor Herzberg
Menurut Herzberg (1959), kepuasan kerja mempunyai dua dimensi yang jelas
iaitu faktor hygiene dan faktor motivator. Faktor motivator merupakan faktor yang
boleh menyebabkan seseorang berasa puas hati terhadap pekerjaan yang dilakukan.
Faktor-faktor tersebut adalah seperti tingkat pencapaian yang tinggi, pengiktirafan,
29
peluang untuk membangun, tanggungjawab serta pekerjaan itu sendiri. Manakala
faktor hygiene akan menyebabkan seseorang pekerja tidak puas hati terhadap
pekerjaan mereka. Golongan faktor ini termasuk polisi dan pentadbiran syarikat,
penyeliaan, gaji, hubungan antara satu sama lain dan keadaan pekerjaan. Oleh itu,
majikan tidak sewajarnya hanya mementingkan keuntungan sahaja tanpa
mengambilkira kebajikan pekerja (Rahayu, 2013).
Menurut Herzberg (1959), jika organisasi dapat meningkatkan tahap faktor-
faktor yang menyumbang kepada peningkatan kepuasan serta mengurangkan faktor-
faktor yang menyumbang ketidakpuasan kerja maka kepuasan secara keseluruhan
akan dapat dicapai. Tambahan pula, sekiranya organisasi hanya menumpukan
kepada pembaikan faktor-faktor yang membawa kepada ketidakpuasan, maka
pendekatan tersebut tidak akan membawa sebarang manfaat dalam jangka masa
pendek akan tercapai (Rahayu, 2013).
2.4.2.2 Teori Hierarki Keperluan Maslow
Menurut Abraham H. Maslow (1984), setiap individu akan membawa
bersama-samanya minat, sikap, dan keinginan ke tempat kerja mereka. Maslow
memberikan pandangan bahawa manusia mempunyai lima tahap (hierarki) keinginan
yang akan cuba dipuaskan. Pertama, keinginan fisiologi iaitu keinginan terhadap
minuman, makanan, udara dan seks. Kedua, keinginan jaminan termasuk keinginan
terhadap keselamatan dan kedamaian, serta bebas daripada bahaya dan ugutan.
Ketiga, keinginan sosial iaitu keinginan untuk bergaul dan berhubung dengan orang
lain serta melahirkan perasaan kasih sayang. Keempat, kebanggaan iaitu keinginan
supaya dihormati, perasaan harga diri dan status (darjat) dan kelima kesedaran diri
iaitu berbagai keinginan tehadap perkembangan dan kemajuan diri, pencapaian diri
serta potensi (Kurnia, 2013).
30
Rajah 2.1 : Hierarki Keinginan Manusia
(Sumber : Maslow's hierarchy of needs, 1984)
Berhubung dengan hierarki keinginan yang dinyatakan di atas, Maslow
menerangkan manusia, setelah memenuhi keinginan yang pertama, iaitu keinginan
fisiologi, akan cuba pula untuk memenuhi keinginan kedua dan seterusnya.
Keinginan yang telah dipuaskan itu tidak lagi mendorong kelakuan manusia. Hanya
keinginan yang belum dipuaskan yang akan mendorong manusia untuk berkelakuan
atau betindak sehingga mendapat kepuasan (Syarif, 2015).
Semenjak teori hierarki keinginan ini berkembang, ia telah menggerakkan
beberapa kajian di dalam organisasi. Di antara pertemuan yang didapati daripada
kajian itu ialah, keinginan bangga diri (ego) dan kesedaran diri didapati paling
penting apabila individu itu telah meningkat daripada peringkat yang rendah kepada
peringkat yang lebih tinggi di dalam struktur organisasi (Syarif, 2015).
31
2.4.3 Teori Pengukuran Kepuasan Kerja
Terdapat pelbagai keadah yang biasa digunakan oleh para pengkaji dalam
mengukur tahap kepuasan kerja. Antara kaedah-kaedah yang biasa digunakan ialah
Job Descriptive Index (JDI) oleh Smith, Kendall dan Hulin (1969), Job Satisfaction
Survey (JSS) oleh Spector (1985), Minnesota satisfaction Questionnaire (MSQ) oleh
Weiss, Dawis, England, & Lofquist (1967), dan Job Diagnotic Survey (JDS) oleh
Hackman dan Oldham (1975). JDI merupakan kaedah pengukuran yang paling
popular digunakan dalam kajian (Henry, 2012).
Dalam hal ini, terdapat banyak kebaikan dengan menggunakan kaedah
pengukuran kepuasan kerja yang sedia ada. Pertama, kaedah-kaedah pengukuran
melibatkan aspek-aspek kepuasan yang utama. Kedua, kebanyakan pengukuran telah
digunakan dengan bilangan yang mencukupi untuk menghasilkan satu ukuran.
Ketiga, kaedah pengukuran yang sedia ada tersebut adalah pada peringkat yang boleh
dipercayai. Keempat, penggunaan pengukuran dalam kajian boleh mendapatkan
keputusan yang sah. Dengan itu, menggunakan kaedah pengukuran yang sedia ada
dapat menjimatkan kos dan masa yang diperlukan untuk menghasilkan satu
pengukuran daripada mencipta sendiri (Henry, 2012).
32
2.4.3.1 Job Descriptive Index (JDI)
JDI yang diperkenalkan oleh Smith, Kendall dan Hulin (1969) menggunakan
lima faktor utama untuk mengukur tahap kepuasan kerja seseorang. Kelima-lima
faktor utama tersebut ialah:
i. Pekerjaan itu sendiri
Faktor ini merujuk kepada betapa pentingnya pekerjaan itu dirasai
oleh pekerja tersebut. Pelbagai ciri kerja adalah berkaitan dengan kepuasan
iaitu termasuk mempunyai peluang kreatif dan tugas yang berbagai,
membenarkan seseorang individu mengembangkan pengetahuannya,
mengalami perubahan dalam tanggungjawab, jaminan kerja, kesesuaian kerja
mengikut kemahiran, waktu kerja, jumlah kerja, autonomi, kerumitan dan
pengayaan sesuatu kerja.
ii. Gaji
Pembayaran asas yang diberikan ke atas tugas yang dijalankan oleh
para pekerja. Kepuasan terhadap gaji adalah berdasarkan perasaan bagi
perbezaan di antara gaji yang sebenar dengan gaji yang diharap. Kepuasan
ini juga dipengaruhi oleh kedudukan kewangan pekerja, ekonomi, dan jumlah
gaji yang diterima oleh pekerja yang sebelumnya.
33
iii. Peluang kenaikan pangkat
Kepuasan terhadap peluang kenaikan pangkat adalah mengukur
kepuasan pekerja bagi polisi pembangunan syarikat dan polisi pentadbiran.
Kepuasan ini adalah berdasarkan fungsi kekerapan, kepentingan dan
keperluan untuk dinaikan pangkat.
iv. Penyeliaan
Secara umumnya, aspek ini adalah mempertimbangkan faktor-faktor
seperti memuji kerja yang baik, mengambil berat keperluan pekerja, meminta
nasihat atau pandangan pekerja.
v. Rakan sekerja
Aspek ini adalah mengukur tahap kepuasan berdasarkan faktor
hubungan sosial pekerja dengan rakan sekerja yang lain.
Pengukuran JDI adalah berdasarkan konsep bahawa kepuasan kerja adalah
berdasarkan pandangan seseorang individu terhadap kesemua peluang pekerjaan
yang sedia ada (Smith et al., 1969).
34
JDI menggunakan „Ya‟ untuk menandakan bahawa responden tersebut
bersetuju dengan penyataan yang dinyatakan terhadap kelima-lima faktor-faktor
kepuasan kerja. Penggunaan „Tidak‟ pula menunjukkan responden tidak bersetuju
dengan penyataan yang diberikan terhadap faktor-faktor kepuasan kerja. Apabila
responden tidak dapat membuat kenyataan yang jelas terhadap penyataan yang
ditanya, maka tanda „?‟ akan digunakan. Dalam sistem JDI, 3 markah akan diberi
kepada setiap „Ya‟ yang dicatatkan. Bagi „?‟, 1 markah akan diberikan dan 0 markah
untuk jawapan „Tidak‟. Jadi, semakin tinggi markah yang dicatatkan akan
menunjukkan tahap kepuasan kerja yang semakin tinggi. Jawapan „?‟ adalah lebih
cenderung kepada ketidakpuasan dengan berpuas hati.
2.4.3.2 Job Satisfaction Survey (JSS)
JSS yang diperkenalkan oleh Spector (1985) menilai 9 faktor utama yang
menyumbang kepada pengukuran tahap kepuasan kerja. Terdapat 36 perkara yang
perlu diambilkira dalam 9 faktor tersebut. Kesemua sembilan faktor tersebut adalah
seperti berikut:
i. Gaji
Gaji adalah satu bentuk kewangan yang digunakan sebagai asas
penghargaan terhadap perkhidmatan yang disumbangkan kepada pekerja.
Justeru itu, pemberian gaji yang tidak mencukupi akan menyebabkan
kepuasan kerja menurun (Sherman and Bohlander, 1992).
35
ii. Peluang untuk kenaikan pangkat
Kenaikan pangkat merupakan suatu penghargaan yang digunakan
untuk memotivasikan pekerja. Seseorang pekerja akan berasa puas apabila
sumbangannya dihargai (Dunn dan Stephens, 1972).
iii. Penyeliaan
Penyeliaan adalah satu usaha mempengaruhi untuk mengikut ke arah
pencapaian matlamat yang sama (Sherman dan Bohlander, 1992). Pengurus
selaku pemimpin dalam sesebuh organisasi, adalah menjadi tanggungjawab
beliau untuk berusaha memastikan organisasi diuruskan dengan sebaik
mungkin. Salah satu langkah yang boleh dilakukan oleh pengurus adalah
dengan memahami tingkah laku pekerjanya agar dapat disesuaikan dengan
gaya pengurusan yang berkesan serta memberi ruang yang secukupnya untuk
pekerjanya.
iv. Ganjaran tambahan (berdasarkan prestasi)
Herzberg (1959) menyatakan bahawa ganjaran yang diberikan dalam
sesebuah organisasi adalah berkait rapat dengan kepuasan kerja seseorang
pekerja. Ganjaran merupakan satu perangsang untuk memaksimakan potensi
pekerja di samping ianya merupakan satu galakan bagi pekerja untuk
melibatkan secara aktif dalam tugas mereka. Menurut Deming (1982),
ganjaran ini tidak semestinya dalam bentuk wang sahaja tetapi juga dalam
bentuk bukan kewangan. Contohnya anugerah pekerja cemerlang serta
kenaikan pangkat kepada pekerja yang berdedikasi. Ianya dapat
menunjukkan bahawa para pekerja yang dihargai oleh pihak atasan sebagai
satu aset mereka.
36
v. Pengiktirafan
Pengiktirafan merujuk kepada pengakuan atau penerimaan (Kamus
Dewan, 2000). Penerimaan merujuk kepada pengakuan atau jasa seseorang
pekerja supaya tidak dibiarkan begitu sahaja oleh majikan.
vi. Keadaan kerja (peraturan dan prosedur yang perlu diikuti)
Keadaan kerja ini merujuk kepada keadaan persekitran tempat kerja.
Persekitaran tempat kerja juga meliputi mesin dan peralatan. Sebagai contoh,
kawalan dan petunjuk dapat dilihat dengan jelas oleh pekerja. Faktor ini
penting kerana persekitaran dapat mempengaruhi pekerja. Terdapat faktor-
faktor persekitaran dapat mengganggu kepuasan kerja pekerja dari segi
kesihatan, prestasi dan keselesaan (Oborne, 1995).
vii. Rakan sekerja
Merupakan sekumpulan orang yang bekerja di organisasi yang sama
atau jawatan yang sama (Dunn dan Stephens, 1972). Menurut Maslow
(1943), hubungan antara pekerja dengan rakan sekerjanya merupakan antara
asas kepada keperluan sosial seseorang dan keperluan ini boleh memberi
kesan ke atas tahap kepuasan kerja.
37
viii. Pekerjaan itu sendiri
Faktor ini merujuk kepada perasaan pekerja terhadap kerjanya dari
segi kepentingan, kebanggaan dan keseronokan yang dapat mambawa
kepadanya (Spector, 1985).
ix. Komunikasi
Komunikasi bermaksud pengumpulan dan penyebaran maklumat
kepada pekerja. Melalui komunikasi, maklum balas di antara pihak atasan
dan pekerja dapat dihasilkan (Sherman dan Bohlander, 1992).
Dalam mengukur tahap kepuasan setiap faktor dalan JSS, satu sistem skala
yang mempunyai enam pilihan digunakan. Skala 1 menandakan sangat tidak
memuaskan, skala 2 menandakan tidak memuaskan, skala 3 kurang memuaskan,
skala 4 menandakan sederhana, skala 5 sebagai setuju dan skala 6 mewakili sangat
setuju.
38
2.4.3.3 Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ)
Kajian Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ; Weiss et al., 1967)
merupakan antara alatan kajian yang agak popular di kalangan para pengkaji bagi
mengkaji kepuasan kerja. MSQ terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian satu
yang terdiri daripada 100 elemen dan bahagian dua yang hanya merangkumi 20
elemen. Ia meliputi 20 faktor yang lebih spesifik jika dibandingkan dengan alatan
kajian yang lain. Versi MSQ yang panjang dibentuk daripada 5 elemen bagi setiap
faktor manakala versi versi yang pendek pula ialah 1 elemen bagi setiap faktor.
Kesemua 20 faktor kepuasan kerja yang diambil kira dalam MSQ adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual .
Jadual 2.3 : Faktor Kepuasan Kerja Dalam MSQ
1. Aktiviti
2. Berdikari
3. Kepelbagaian
4. Statut sosial
5. Penyeliaan (Perhubungan manusia)
6. Penyeliaan (Teknikal)
7. Nilai moral
8. Keselamatan
9. Perkhidmatan social
10. Pengaruh
11. Kebolehgunaan
12. Polisi dan praktik syarikat
13. Pampasan
14. Pembangunan
15. Tanggungjawab
16. Kreativiti
17. Keadaan bekerja
18. Rakan sekerja
19. Pengiktirafan
20. Pencapaian
(Sumber: Weiss et al., 1967)
39
2.4.3.4 Job Diagnostic Survey (JDS)
JDS yang diperkenalkan oleh Hackman & Oldham (1975) merupakan alat
pengukur yang digunakan khas untuk mengkaji kesan ciri-ciri pekerjaan terhadap
manusia. JDS mempunyai sub-skala yang mengukur keadaan pekerjaan, tugas
pekerjaan, motivasi, sifat pekerja, psikologi pekerja serta tindakbalas pekerja
terhadap pekerjaannya. Faktor-faktor yang terdapat di dalam JDS adalah seperti
perkembangan, gaji, keselamatan, sosial, penyeliaan. Setiap sub-skala terdiri
daripada dua hingga lima faktor. Cara pengukurannya ialah setiap faktor akan dinilai
berdasarkan skala 7 markah iaitu dari terlalu tidak puas hati kepada terlalu puas hati.
Kepuasan Kerja Buruh Asing di Tapak Bina 2.5
2.5.1 Kewangan
i. Gaji
Hasil daripada kajian Daud (2010) mendapati gaji adalah pengaruh
utama tahap kepuasan kerja ahli organisasi, semakin mahal gaji yang diterima
semakin tinggi tahap kepuasan kerja seseorang itu kerana terdapat perkaitan
antara sistem ganjaran dan pencapaian individu (Adey & Bahari, 2010).
40
ii. Insentif
Insentif ditakrifkan sebagai sesuatu (yang berupa kebendaan atau
tidak) yang diberikan atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan
manakala buruh pula adalah orang yang bekerja dengan mendapat upah
(Kamus Dewan Edisi Empat). Insentif kewangan adalah seperti gaji asas,
kenaikan gaji tahunan dan bonus dimana ia diberikan beteraskan sasaran serta
matlamat tertentu sama ada masa ataupun nilai. Skim insentif kewangan
dapat memenuhi keperluan manusia yang mana tidak dapat dipenuhi melalui
gaji semata-mata. Malah bantuan kepada pekerja yang memerlukan adalah
merujuk kepada keperluan fisiologi dan sosial (Rajkumar, 1985).
iii. Ganjaran
Ganjaran merupakan pemangkin untuk menggalakkan individu terus
berusaha bekerja dengan lebih bersemangat dan lebih baik. Ganjaran juga
membuatkan diri seseorang itu dihargai dan berasa kehadiran serta hasil
kerjanya diiktiraf oleh organisasi disamping sebagai tanda sokongan
organisasi kepada pekerjanya. Yusoff (2012) merujuk kepada Schultz dan
Schultz (1998) bahawa sokongan daripada organisasi sangat perlu kerana
dapat meningkatkan kepuasan kerja pekerja (Adey & Bahari, 2010).
41
2.5.2 Pengurusan
i. Latihan dan Kursus
Latihan merupakan satu pendekatan yang boleh digunakan untuk
meningkatkan pengetahuan, keupayaan, kemahiran dan mengubah sikap
buruh demi melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Definisi untuk
latihan ialah satu proses yang terancang dan sistematik untuk membangunkan
pengetahuan, kemahiran dan kecekapan melalui satu proses pembelajaran
bagi mecapai prestasi kerja yang efektif (Adey & Bahari, 2010).
Salah satu teknik yang boleh digunakan adalah melalaui kursus iaitu
teknik penyampaian maklumat secara lisan oleh pakar dalam suatu bidang.
Selain itu, latihan semasa bekerja merupakan latihan yang diberikan
terutamanya kepada buruh baru bagi memudahkan mereka menyesuaikan diri
dengan tugas-tugas mereka. Latihan ini kebiasaannya diberikan oleh
penyelia atau pekerja yang berpengalaman. (Muhamad Ali Embi, 2001),
ii. Peluang kenaikan pangkat
Perkembangan kerjaya merupakan satu proses yang tersusun dan
terancang untuk mencapai keseimbangan antara kehendak kerjaya seseorang
pekerja buruh dan juga keperluan tenaga kerja sesebuah organisasi (Leibowit
et al., 1986) seperti di dalam Muhamad Ali Embi (2003). Ia merujuk kepada
usaha untuk membantu individu pekerja buruh merancang kerjaya mereka
supaya selari dengan objektif dan perancangan strategik organisasi. Ini
disokong oleh pendapat daripada Gilmer (1966) yang menyatakan
kesempatan untuk memperoleh pengalaman dan peningkatan kemampuan
semasa kerja akan mempengaruhi tahap kepuasan kerja (Kurnia, 2013).
42
2.5.3 Aspek Sosial
i. Hubungan dengan majikan
Mohamad. As'ad, (1995: 113), kepuasan pekerja dapat ditingkatkan
melalui perhatian dan hubungan yang baik daripada majikan dengan
golongan bawahan, sehingga pekerja akan merasa bahawa dirinya merupakan
bahagian yang penting dalam organisasi kerja (Kurnia, 2013)
ii. Hubungan rakan sekerja
Hubungan antara pekerja mempunyai fungsi yang saling berkait
antara satu sama lain. Kepuasan kerja yang ada pada para pekerja timbul jika
terjadi hubungan yang harmoni dengan tenaga kerja yang lain. Dalam
kumpulan kerja di mana pekerja perlu bekerja sabagai satu pasukan, kepuasan
kerja mereka boleh timbul kerana keperluan-keperluan mereka dapat
dipenuhi dan mempunyai kesan pada motivasi kerja mereka (Faiz, 2016).
iii. Motivasi
Secara ringkasnya, motivasi diwujudkan dengan tujuan untuk
memenuhi kepuasan bekerja. Pekerja yang berpuas hati dan mempunyai
semangat kerja yang tinggi akan mempamerkan kerjasama yang tinggi dan
ketaatan terhadap organisasi dan masalah-masalah seperti mogok kerja,
sabotaj terhadap operasi organisasi tidak akan berlaku berikutan pekerja telah
merasakan kerja yang dilaksanakan dapat memenuhi keperluan (Adey &
Bahari, 2010)
43
2.5.4 Kemudahan
i. Penempatan
Sekiranya pekerja terbabit berasal dari Indonesia, Nepal, India dan
sebagainya, mereka perlu ditempatkan secara berasingan agar tidak wujud
pelbagai masalah apabila berlainan kaum (Utusan Malaysia, 8 Julai 2015).
Kebajikan buruh asing perlu dijaga bagi memenuhi kepuasan kerja mereka.
Pihak majikan seharusnya tidak mudah lepas tangan dan perlu mengambil
serius terhadap isu penempatan pekerja agar nasib mereka ini dipelihara,
malah kesejahteraan persekitaran setempat akan terjamin (Zikry, 2012).
Merujuk Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Penempatan
Pekerja Asing (Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Johor), Jumlah
penghuni sesebuah penempatan pekerja asing hendaklah tidak melebihi 5000
orang bagi memastikan urus tadbir kawasan ini terjamin dan lancar.
Penempatan pekerja asing dalam satu-satu kawasan ataupun bangunan
hendaklah membuat pengasingan mengikut:-
(a) Jantina
(b) Negara asal
(c) Agama yang dianuti
(d) Tempat kerja dan jenis pekerjaan
44
ii. Kemudahan Sanitari
Berdasarkan Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Penempatan
Pekerja Asing, kemudahan-kemudahan berikut perlu disediakan kepada
pekerja asing di tapak bina (Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Johor,
2000 )
(a) Bekalan air harus mencukupi pada setiap masa bagi mengelakkan
pekerja mencari air dari punca yang tidak selamat
(b) Bilangan kemudahan tandas yang disediakan harus mencukupi
berbanding bilangan penghuni iaitu satu (1) bagi setiap sepuluh (10)
penghuni.
(c) Tandas yang digunakan hendaklah menggunakan tandas
cangkung.
(d) Pihak pengurusan hendaklah menyediakan makanan bermasak dan
bertanggungjawab untuk melantik ‟caterer‟ yang berkelayakan bagi
mengendalikan makanan di kawasan penempatan pekerja asing
selaras dengan syarat-syarat daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan
Jabatan Kesihatan.
(e) Harga makanan yang disajikan mesti berpatutan dan Jawatankuasa
perlu membuat pemantauan dari masa ke semasa.
(f) Memasak hanya dibenarkan di tempat yang disediakan dan tidak
dibenarkan memasak di dalam bilik penginapan.
45
2.5.5 Keselamatan
Keselamatan ditapak bina boleh didefinasikan sebagai penjagaan di tapak
bina dari segi perkara bahaya. Ini bermaksud dengan mengadakan keadaan
persekitaran tapak bina yang selamat dan selesa kepada mereka yang terlibat.
Pendapat dari Gilmer (1966) tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan
kerja ialah keamanan kerja sering disebut sebagai penunjang kepuasan kerja, baik
bagi pekerja lelaki mahupun wanita. Keadaan yang aman sangat memberi kesan
kepada perasaan pekerja semasa kerja (Kurnia, 2013).
Cook dan McSween (2000) menyatakan pihak yang terlibat dalam organisasi
seperti pengurus perlu mempunyai komitmen dan berusaha melaksanakan praktis
kerja yang selamat. Justeru, peranan yang aktif perlu dimainkan oleh pihak
kontraktor utama mengenai aspek penyediaan peralatan keselamatan dan pematuhan
pemakaian peralatan ini oleh pekerja semasa bekerja di tapak bina (Aziz at al., 2015)
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah menekankan tentang
penyediaan peralatan keselamatan oleh majikan dan pematuhan pemakaiannya oleh
pekerja. Antara jenis-jenis peralatan keselamatan yang dinyatakan di dalam
Peraturan 32, Peraturan–Peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan dan
Kebajikan ) 1970 adalah seperti berikut :
i. Alat perlindungan mata dan muka seperti cermin mata keselamatan,
„googles‟ dan perisai muka serta alat perlindungan kepala (topi
keselamatan).
ii. Alat perlindungan kulit dan badan seperti sarung tangan, apron, tali
pinggang keselamatan, pakaian keselamatan am ataupun khas (pakaian
46
kalis cuaca dan bersalut serta jaket mudah nampak) dan kasut
keselamatan.
iii. Alat perlindungan pernafasan (APP).
iv. Alat perlindungan pendengaran / telinga.
2.5.6 Kesihatan
Merujuk As‟ad, (2004: 115), Kemudahan kesihatan merupakan standard suatu
jabatan dan apabila dapat dipenuhi akan menimbulkan rasa puas (Kurnia, 2013). Hal
ini selari dengan Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Penempatan Pekerja
Asing dalam aspek kesihatan, kemudahan rawatan dan kesihatan hendaklah
dikendalikan oleh anggota yang bertauliah. ”Sick bay” hendaklah disediakan bagi
pengasingan mereka yang sakit, pemeriksaan dan rawatan dapat diberikan di lokasi
sebelum mereka dipindahkan ke hospital atau pusat rawatan jika keadaan
memerlukan. Pemeriksaan kesihatan adalah diwajibkan bagi mengesan penyakit
berjangkit di peringkat awal. Pekerja asing yang menghidapi penyakit berjangkit
mesti dihantar pulang ke negara asal dengan segera. Malah kawalan penyakit di
tapak bina juga harus dikuatkuasakan (Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri
Johor).
47
Kesimpulan Bab 2.6
Kesimpulan mengenai definisi yang telah dinyatakan menunjukkan bahawa
kepuasan kerja adalah tindak balas perasaan pekerja tehadap pekerjaan yang
dilakukannya di tempat kerja.
Menurut Spector (1997) dalam kajian Kurnia (2013), kepuasan kerja boleh
dihuraikan mengikut aspek-aspek yang terdiri daripada penghargaan, komunikasi,
rakan sekerja, penyinggiran faedah, persekitaran kerja, pekerjaan itu sendiri,
organisasi sendiri, polisi dan pentadbiran organisasi, gaji, peluang untuk
perkembangan personal, kenaikan pangkat, pengiktirafan, keselamatan dan
penyeliaan.
Ahli-ahli psikologi telah menemui pelbagai teori yang berkaitan dengan
kepuasan kerja. Terdapat dua teori yang mengemukan pandangan bahawa kepuasan
manusialah yang menjadikan tenaga penggerak kepada tingkah laku pekerja dalam
organisasi iaitu teori hierarki keperluan Maslow dan teori dua faktor Herzberg
Bagi mengukur tahap kepuasan kerja pula, terdapat pelbagai keadah yang biasa
digunakan oleh para pengkaji dalam mengukur tahap kepuasan kerja. Antara
kaedah-kaedah yang biasa digunakan ialah Job Descriptive Index (JDI), Job
Satisfaction Survey (JSS), Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ), dan Job
Diagnotic Survey (JDS). JDI merupakan kaedah yang paling popular digunakan oleh
para pengkaji.
48
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan 3.1
Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah penyelidikan perlulah dirancang
dengan teliti untuk memastikan maklumat-maklumat yang berkaitan dapat dikumpul.
Metodologi kajian merupakan satu proses yang menghubungkan persoalan kajian
dengan data dan ia merupakan satu perancangan asas yang merangkumi rekabentuk
kajian, kaedah pengumpulan data, proses pengumpulan data beserta kaedah analisis
data.
Bab ini menerangkan kaedah yang digunakan dalam penyelidikan agar dapat
mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Dalam bab ini juga akan
menjelaskan kaedah yang akan digunakan bagi pengumpulan data untuk
mengenalpasti tahap kepuasan bekerja buruh asing di tapak bina. Oleh itu, bab ini
merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan metodologi kajian, rekabentuk
kajian, lokasi kajian, instrumen kajian, pemilihan responden, dan tatacara
menganalisis data.
49
Metodologi kajian 3.2
Metodologi penyelidikan adalah satu proses atau kaedah yang dijalankan bagi
mendapatkan data dan satu kaedah pengolahan data bagi mencapai objektif yang
ditetapkan dalam penyelidikan. Antara aspek yang perlu diambil kira dalam
metodologi penyelidikan adalah kaedah dan rekabentuk penyelidikan, instrument
penyelidikan, responden penyelidikan dan kaedah menganalisis data (Majid et al.,
2006). Bagi mencapai objektif penyelidikan ini, lima peringkat penyelidikan seperti
Jadual 3.1 akan dilaksanakan dan dijadikan panduan.
3.2.1 Fasa 1 - Kajian Awal
Fasa satu melibatkan proses pemilihan tajuk penyelidikan dengan
mengenalpasti masalah yang berlaku dalam industri pembinaan. Pemilihan tajuk
penyelidikan dilakukan berdasarkan masalah yang dikenalpasti melalui aritkel, laman
web, berita dan laporan. Proses ini dijalankan melalui perbincangan bersama
penyelia mengenai objektif, skop dan penyataan masalah.
50
Jadual 3.1 : Carta Aliran Metodologi
Mengenalpasti masalah dan
tajuk penyelidikan
Berdasarkan :
Artikel laman web
Tesis-tesis lepas
Objektif Satu : Untuk mengenalpasti tahap
kepuasan bekerja buruh asing di tapak bina..
Menentukan objektif
penyelidikan
Penentuan skop penyelidikan
Tertumpu kepada projek pembinaan di sekitar
Johor Bahru, Johor.
Responden terdiri daripada buruh asing di tapak
bina
Kajian Literatur
Kajian literatur dijalankan menggunakan teknik
pembacaan dari sumber-sumber seperti jurnal,
artikel, buku-buku rujukan, laman web dan tesis
yang mempunyai kaitan dengan penyelidikan.
Pengumpulan dan
Penyusunan Data Primer
Data jenis kuantitatif (likert-scale)
Data dikumpul menggunakan kaedah soal selidik
yang terdiri dari 2 bahagian :
Bahagian A : Maklumat responden dan tapak bina
Bahagian B : Aspek kepuasan kerja.
Analisis Data
Data dianalisis menggunakan perisian komputer
iaitu „Statistical Package for the Social Sciences’
atau lebih dikenali sebagai „SPSS‟.
Menggunakan purata bagi menilai data yang
dianalisis
Menggunakan ‘Kruskal-Wallis test’ untuk
membandingkan dapatan dari nasionliti pekerja
asing yang berbeza.
Ulasan dan Perbincangan
Data yang dianalisis dipersembahkan dalam
bentuk graf dan jadual.
Ulasan dan perbincangan dilakukan berdasarkan
graf dan jadual.
Kesimpulan Kajian
Rumusan dilakukan merangkumi maklumat dan
data yang diperoleh dalam penyelidikan.
Kesimpulan dibuat merangkumi keseluruhan
penyelidikan.
Fasa 1
Fasa 2
Fasa 3
Fasa 4
Fasa 5
51
3.2.2 Fasa 2 - Pengumpulan dan Penyusunan Data Data sekunder
Data sekunder adalah data yang sedia ada iaitu data yang telah dikumpul dan
dianalisis oleh orang lain. Data sekunder yang digunakan haruslah diteliti sebelum
dimasukkan ke dalam penyelidikan sebagai teori. Menurut Kohtari (2004), terdapat
dua kategori data sekunder iaitu yang dipamerkan atau tidak dipamerkan. Data
sekunder yang dipamerkan adalah data seperti journal, buku ilmiah, majalah, surat
khabar, laporan dari pelbagai agensi, laporan atau tesis dari penyelidik lain dan
sebagainya. Data sekunder yang tidak dipamerkan adalah data melalui diari, surat,
biografi dan sebagainya. Data sekunder adalah data yang digunakan oleh penyelidik
untuk mendapatkan gambaran awal tentang penyelidikan yang dibuat. Data dan
maklumat yang dikumpul dalam fasa ini akan membantu penyelidik menjalankan
penyelidikan ke fasa seterusnya iaitu fasa pengumpulan data dari responden dan fasa
menyediakan soalan soal selidik kepada responden.
3.2.3 Fasa 3 -Pengumpulan dan Penyusunan Data Primer
Data primer adalah data baru yang dikumpul oleh penyelidik diamana data ini
adalah yang pertama dan tidak pernah digunakan dalam penyelidikan lain. Dengan
kata lain, data primer adalah data yang dijana sendiri oleh penyelidik. Data primer
terbahagi kepada dua jenis iaitu kualitatif dan kuantitatif. Menurut Kohtari (2004),
data kualitatif adalah maklumat yang diperolehi oleh penyelidik bukan dinyatakan
dalam bentuk nombor. Data kuantitatif adalah data dalam bentuk nombor, sama ada
pengiraan atau berskala. Data kuantitiatif melibatkan pengiraan dalam bentuk
nombor yang dapat membantu penyelidik dalam membuat perbezaan. Soal selidik
adalah salah satu daripada data jenis kuantitatif.
52
Soal selidik mewakili sebahagian daripada proses penyelidikan dan
berperanan sebagai alat untuk penyelidik mendapatkan maklumat bagi menjawab
objektif penyelidikan yang dijalankan (Chua, 2011). Kajian ini menggunakan
kaedah soal selidik yang menggunakan „Likert-scale’. Skor bagi penggunaan „likert
scale’ bermula dari 1 hingga 5 seperti jadual 3.2.
Jadual 3.2 : Jadual skor dan penerangan bagi "Likert-scale
(Sumber: Likert Scale Examples for Surveys, Sorrel, 2010)
3.2.4 Fasa 4 – Analisis dan Ulasan Data
Data yang diperolehi dianalisa secara kuantitatif menggunakan perisian
“Statistical Package for the Social Science (SPSS)” dengan memilih beberapa teknik
analisis yang bersesuaian. Analisa terhadap kepuasan kerja akan dijalankan untuk
mendapatkan hasil kajian yang menepati objektif yang telah digariskan. Hasil
analisis dipersembahkan di dalam bentuk jadual dan graf. Perbandingan tahap
kepuasan dibuat mengikut warganegara pekerja asing. Seterusnya satu laporan dan
rumusan dibuat terhadap penemuan kajian yang akan dijalankan.
Skor Penerangan
1 Sangat tidak puas hati
2 Tidak puas hati
3 Tidak pasti
4 Puas hati
5 Sangat puas hati
53
3.2.5 Fasa 4 - Kesimpulan Dan Cadangan
Hasil kajian yang diperolehi dirumuskan menjadi satu fakta yang
merangkumi keseluruhan maklumat dan data yang diperoleh dalam penyelidikan.
Kesimpulan dibuat merangkumi keseluruhan penyelidikan.
Skop Kajian 3.3
Kajian ini dilaksanakan di sekitar daerah Johor Bahru. Lokasi ini dipilih
berdasarkan faktor perkembangan sektor pembinaan di kawasan Johor Bahru. Selain
itu faktor bilangan projek pembinaan sedang beroperasi juga diambil kira kerana
kawasan Johor Bahru sedang pesat membangun dan mempunyai banyak tapak
projek pembinaan.
Instrumen Kajian 3.4
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah
borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Borang soal selidik ini
digunakan kerana ia lebih praktikal dan mudah bagi mencapai objektif daripada
pihak responden.
Sebelum borang soal selidik diedarkan kepada responden, perbincangan
dengan penyelia dilakukan berkenaan dengan borang soal selidik bagi memastikan
54
soalan yang dikemukakan berkaitan dengan capaian objektif. Penyelia menyemak
borang soal selidik dan pembetulan dilakukan sekiranya ada dan kemudian akan
disemak kali kedua oleh penyelia.
Setelah penyelia berpuas hati dengan soalan yang terdapat dalam borang soal
selidik, dan meluluskan, borang soal selidik diedarkan oleh pengkaji kepada
responden. Borang soal selidik diedarkan secara langsung oleh pengkaji bagi
memastikan borang tersebut diterima sendiri oleh responden.
Pemilihan Responden 3.5
Pekerja asing yang bekerja di tapak bina dan terlibat secara langsung dalam
projek pembinaan di sekitar Johor Bahru dipilih sebagai responden bagi memastikan
data yang diperoleh adalah releven, logik dan mencapai objektif penyelidikan ini.
Hal ini kerana pekerja buruh asing yang bekerja di tapak bina akan terdedah dengan
suasana bekerja yang sebenar,
Borang soal selidik diajukan kepada semua jenis nasionaliti pekerja asing
iaitu Bangladesh, Pakistan, Indonesia, Myanmar, Vietnam, Nepal dan lain-lain.
Sebanyak 150 borang soal selidik diedarkan kepada buruh asing di 10 buah tapak
bina di sekitar Johor Bahru, Johor.
55
Rekabentuk Soal Selidik 3.6
Soal selidik yang diajukan kepada responden dibahagi kepada dua bahagian
untuk mencapai objektif penyelidikan yang dijalankan. Bahagian A adalah berkaitan
dengan maklumat latar belakang responden. Bahagian B adalah soalan berkaitan
dengan tahap kepuasan bekerja buruh asing di tapak bina.
3.6.1 Bahagian A – Maklumat Latar Belakang Responden
Bahagian ini mempunyai soalan yang diajukan kepada responden mengenai
latar belakang responden termasuklah umur responden, bangsa responden, tahap
pendidikan, jawatan responden, tempoh pengalaman bekerja responden, dan nama
syarikat.
56
3.6.2 Bahagian B – Tahap Kepuasan Bekerja Buruh Asing Di Tapak Bina.
Bahagian ini diajukan kepada responden adalah untuk mendapatkan data
mengenai tahap kepuasan bekerja buruh asing di tapak bina. Tahap kepuasan bekerja
ini akan dikenalpasti mengikut pembahagian aspek-aspek kepuasan kerja seperti
berikut :
Jadual 3.4 : Borang Soal Selidik Bahagian B
ASPEK KEPUASAN
KERJA PERKARA
Aspek Pekerjaan
Bidang tugas saya sesuai dengan kelayakan saya (1)
Berkeupayaan dalam melaksanakan tanggungjawab kerja
yang diberikan (1)
Waktu kerja yang sesuai. (1)
Tahap Jaminan Kerja (1)
Suasana pekerjaan secara keseluruhan (1)
Aspek Kewangan
Gaji sesuai dengan pekerjaan. (1),(2),(8)
Insentif kewangan, ganjaran dan pengiktirafan. (2),(5),(7),(8)
Majikan menyediakan sumbangan atau bantuan jika berlaku
kecederaan. (7)
Aspek Pengurusan
Peluang latihan dan kursus yang disediakan adalah banyak. (9)
Latihan dan kursus membantu kemajuan saya di masa
depan. (8),
Peluang kenaikan pangkat. (1),(2),(10)
Kebajikan buruh terjaga. (12)
Aspek Sosial
Hubungan dengan penyelia/ketua/majikan. (2),(10)
Hubungan rakan sekerja. (1),(6)
Kerjasama di antara pengurusan atasan dengan bawahan. (11)
Motivasi dalam organisasi. (8)
Aspek Kemudahan
Penempatan untuk pekerja. (12)
Pengasingan tempat tinggal mengikut kaum. (13)
Penyediaan kemudahan sanitari. (13)
57
Aspek Keselamatan
Pendedahan cara kerja selamat. (14)
Penyediaan “Personal protective equipment” (PPE)
daripada majikan. (14)
Keselamatan penempatan. (10)
Persekitaran tapak bina yang selamat dan selesa. (10)
Aspek Kesihatan
Pemeriksaan kesihatan untuk pekerja. (13)
Kemudahan “First Aid Kid” di tapak bina. (13)
Kemudahan rawatan untuk pesakit jika berlaku kecederaan. (13)
Kawalan penyakit di tapak bina. (13)
Senarai Penulis : (1) Smith, Kendall dan Hulin (1969), (2) Spector (1997), (3) Weiss,
Dawis, England, & Lofquist (1976), (4) Hackman dan Oldham (1975). (5) Herzberg (1959),
(6) Maslow (1943), (7) Rajkumar, (1985), (8) Adey & Bahari, (2010), (9) Muhamad Ali
Embi, (2001), (10) A. Kurnia, (2013), (11) Faiz, ( 2016), (12) Zikry, 2012), (13) Jabatan
Perancangan Bandar Dan Desa Johor, (2000), (14) M. Aziz at.al, (2015), (15) Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994)
Setiap perkara telah di bahagikan dan di susun mengikut aspek pekerjaan di
tapak bina. Senarai penulis di atas merupakan senarai rujukan dalam Bab 2 iaitu
dalam kajian literatur. Oleh itu, setiap perkara dalam borang soal selidik telah di
labelkan dalam bentuk nombor bagi mewakili senarai rujukan yang terlibat.
Kaedah Analisis 3.7
Data yang diperoleh hasil dari soal selidik telah dikemaskini dan dianalisis
menggunakan perisian komputer terkini iaitu „Statistical Package for the Social
Sciences‟ atau lebih dikenali sebagai „SPSS‟.
58
3.7.1 Kaedah Analisis Bahagian A - Maklumat Latar Belakang Responden
Untuk bahagian A iaitu maklumat responden dalam borang soal selidik, data
di analisis menggunakan kekerapan dalam bentuk peratus. Kaedah ini untuk
menerangkan data atau maklumat dengan cara meringkaskan beberapa set data atau
maklumat seperti umur, jantina, bangsa dan lain-lain. Oleh itu, teknik ini dapat
menyediakan ringkasan data dan maklumat dalam bentuk yang jelas dan mudah
untuk difahami.
3.7.2 Kaedah Analisis Bahagian B - Tahap Kepuasan Bekerja Buruh Asing Di
Tapak Bina
3.7.2.1 Min
Untuk bahagian B, data yang diperolehi akan dikira nilai min bagi
menentukan tahap kepuasan kerja buruh asing. Min ialah skor purata bagi set data.
Min dihasilkan dengan menjumlahkan skor-skor di dalam taburan skor dan
dibahagikan dengan jumlah bilangan skor (Sumber: Majid et al., 2006)
Nilai min bagi setiap item dalam setiap aspek kepuasan kerja ini
ditunjukkan. Pada masa yang sama, nilai min keseluruhan bagi setiap aspek juga di
pamerkan sekali dalam bentuk graf. Oleh itu, nilai min bagi setiap aspek ini
ditunjukkan dalam satu rajah untuk dirumuskan tahap kepuasan bekerja buruh asing
di tapak bina secara keseluruhan.
59
3.7.2.1.1 Analisis ‘Likert Scale’
Penggunaan kaedah „likert scale‟ dalam penyelidikan ini adalah untuk
menentukan jumlah min yang diperoleh berdasarkan soal selidik terhadap objektif
penyelidikan. Data yang diterima diukur menggunakan kaedah min, iaitu dengan
melihat nilai min yang tertinggi bagi setiap soalan yang dikemukakan. Nilai min juga
dinilai bagi setiap aspek kepuasan kerja. Nilai min diperoleh menggunakan formula
berikut :
Min = Nilai (skala) x kekerapan
Jumlah responden
(Sumber: Majid et al., 2007)
Indeks dikira untuk mengkelaskan min skor mengikut julat indeks yang
terhasil. Rumus indeks adalah seperti berikut :
Purata perbezaan skor = Nilai skala tertinggi – Nilai skala terendah
Nilai skala yang digunakan
(Sumber: Majid et al., 2007)
Purata perbezaan skor = (5-1) / 5
= 0.8
Indeks = Purata perbezaan skor + skor purata
Jadual 3.4 menunjukkan penggunaan formula-formula bagi menghasilkan julat
indeks untuk menghasilkan indeks tahap kepuasan. Jadual 3.5 pula menunjukkan
indeks tahap kepuasan.
60
Jadual 3.5 : Julat Indeks Tahap Kepuasan
Bahagian
indeks
Purata perbezaan
skor
Skor purata Indeks Julat Indeks
1 0.8 1.00 1.80 1.00-1.80
2 0.8 1.80 2.60 >1.80-2.60
3 0.8 2.60 3.40 >2.60-3.40
4 0.8 3.40 4.20 >3.40-4.20
5 0.8 4.20 5.00 >4.20-5.00
(Sumber: Majid et al., 2007)
Jadual 3.6 : Indeks Tahap Kepuasan
Skala Tahap Kepuasan Indeks
1 Sangat tidak puas hati 1.00-1.80
2 Tidak puas hati >1.80-2.60
3 Tidak pasti >2.60-3.40
4 Puas hati >3.40-4.20
5 Sangat puas hati >4.20-5.00
(Sumber: Majid et al., 2007)
3.7.2.2 ‘Kruskall Wallis Test’
„Kruskall Wallis Test‟ merupakan ujian Non-parametric alternatif di antara
kumpulan, sama seperti ujian „Mann-Whitney‟. Cuma ia membenarkan anda
membuat perbandingan lebih daripada 2 kumpulan atau kategori. Kaedahnya ialah
skor akan di tukar kepada susunan mengikut susunan terendah sehingga yang
61
tertinggi dan seterusnya mean rank bagi setiap kumpulan akan dibandingkan (Rahim,
2013). Teknik merumuskannya ialah :
Jadikan α = 0.05
Jika Asymp. Sig. > α, maka Hₒ tidak ditolak
Asymp. Sig. < α, maka Hₒ ditolak
Hₒ : Keterangan statistik tidak menunjukkan perbezaan ketara bagi tahap
kepuasan bekerja dalam kalangan buruh asing di tapak bina diantara
keempat-empat jenis responden.
Hₐ : Keterangan statistik menunjukkan perbezaan ketara bagi bagi tahap
kepuasan bekerja dalam kalangan buruh asing di tapak bina diantara
keempat-empat jenis responden.
Menurut Rahim (2013), keperluan untuk melaksanakan ujian ini ialah satu
pembolehubah jenis kategori dengan keperluan minima tiga kumpulan sampel dan
satu pembolehubah jenis bersambung. Oleh itu, kaedah „Kruskall Wallis Test‟ juga
digunakan di dalam penyelidikan ini untuk membandingkan dapatan dari kumpulan
warganegara pekerja asing yang berbeza.
62
Kesimpulan Bab 3.8
Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan perancangan berkaitan
metodologi kajian yang akan digunakan untuk mendapatkan data-data. Metodologi
kajian ini amat penting bagi memastikan perjalanan kajian lancar serta mengikut
masa yang dianggarkan. Keadah pengumpulan data yang digunakan adalah soal
selidik dan akan dianalisis menggunakan kaedah Statistical Package for Social
Science (SPSS) dan juga Microsoft Excel. Pemilihan responden adalah pekerja asing
di tapak bina.
Berpandukan objektif kajian, data akan dipamerkan dalam bentuk carta pai,
graf bar, dan pelbagai bentuk yang lain. Selepas itu, pentadsiran data-data dilakukan
bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan yang berbangkit dari
objektif kajian.
63
BAB 4
ANALISIS KAJIAN
4
Pengenalan 4.1
Bab ini merupakan bahagian utama bagi sesebuah kajian. Hal ini demikian
kerana bahagian ini membincangkan analisis kepada kajian yang telah dibuat
berdasarkan data yang diperolehi daripada borang soal selidik yang telah di edarkan.
Kaedah yang digunakan bagi menganalisis data ini adalah kaedah analisis frekuensi
dan pengukuran min.
Di sekitar Johor Bahru, terdapat 10 tapak bina yang dikenalpasti dan
sebanyak 150 borang soal selidik telah di edarkan. Daripada jumlah tersebut,
sebanyak 100 responden yang telah menjawab borang soal selidik ini. Rajah 4.1 di
sebelah menunjukkan senarai tapak bina dan jumlah responden yang telah menjawab
borang soal selidik ini.
64
Jadual 4.1 : Senarai Tapak Bina dan Jumlah Responden
Bil KONTRAKTOR UTAMA
(Tapak Bina)
JUMLAH
RESPONDEN
1
Gerbang Nusajaya SDN.BHD
(Pembinaan Kuarters Dan Dewan Jabatan Imigresen
Malaysia, Di Bandar Baru Uda)
7
2
Jurustra SDN.BHD
(Mydin Mutiara Rini)
6
3
Pamir Development SDN.BHD
(Pembinaan 104 Unit Kilang Dua Tingkat Kluster,
Eco Business Park, Kempas)
15
4
Telford Signature (M) SDN.BHD
(Bungalow House, Taman Ponderosa, Mukin
Plentong)
9
5
Gerbang Nusajaya SDN.BHD
(Projek Perumahan Rakyat, Taman Sutera)
5
6
Eco Builders & Construction SDN.BHD
(MIDAS, Taman Perling)
6
7
Twin Unitrade SDN.BHD
(13 Tingkat Ruang Perniagaan Beserta Tmpat Letak
Kenderaan, Bandar Baru Uda)
15
8
Southern Builders (J) SDN.BHD
(25 Tingkat Pangsapuri, Mukin Bandar Johor Bahru)
8
9
Noah Ark Builders SDN.BHD
(S6-2 Pangsapuri, Mutiara Rini)
14
10
Pembinaann Proli SDN.BHD
(Pembinaan 64 Unit Kedai Pejabat 2 Tingkat,
Kempas)
15
Jumlah 100
65
Analisis Latar Belakang Responden 4.2
Maklumat latar belakang responden meliputi kajian berkaitan dengan taburan
responden mengikut jantina, umur, warganegara, tahap pendidikan, jenis kerja, dan
pengalaman bekerja buruh asing di tapak bina.
4.2.1 Analisis Jantina Responden
Setiap responden yang memberi maklum balas dalam kajian ini melalui
borang soal selidik yang diedarkan perlu menyatakan jantina diri sendiri. Rajah 4.2
menunjukkan maklum balas responden mengikut jantina.
Rajah 4.1 : Jantina Responden
Berdasarkan rajah di atas, majoriti responden yang memberi maklum balas
dalam kajian ini adalah buruh lelaki iaitu seramai 94%, manakala 6% sahaja pekerja
buruh perempuan. Hal ini berlaku kerana buruh lelaki lebih sesuai bekerja di tapak
bina berbanding golongan perempuan. Malah golongan perempuan yang terlibat ini
tidak mempunyai kemahiran dalam pembinaan dan hanya terlibat sebagai pembantu
serta melakukan aktiviti ringan sahaja.
94%
6%
JANTINA Lelaki Perempuan
66
4.2.2 Analisis Kategori Umur
Setiap responden yang memberi maklum balas tentang kajian melalui borang
soal selidik yang diedarkan perlu menyatakan umur bagi diri sendiri. Terdapat empat
kategori umur yang perlu dinyatakan samada 16 hingga 24 tahun, 25 hingga 34
tahun, 35 hingga 44 tahun atau 45 tahun ke atas.
Rajah 4.2 : Kategori Umur Responden
Rajah 4.3 di atas menunjukkan maklum balas responden mengenai latar
belakang mereka mengikut kategori umur. Daripada jumlah keseluruhan responden,
kategeri umur yang paling ramai ialah 25-34 tahun iaitu 48 % manakala yang paling
sedikit ialah yang berumur 45 tahun ke atas iaitu seramai 10 %. Bagi golongan buruh
yang berumur 16-24 tahun dan 35-44 tahun adalah masing-masing seramai 17 % dan
25%. Secara keseluruhan dapat di rumuskan bahawa kategori umur responden antara
25 hingga 34 tahun adalah yang paling tinggi.
0%
10%
20%
30%
40%
50%
16-24 25-34 35-44 45 ke atas
17%
48%
25%
10%
Per
atu
s
Kategori Umur
Umur Responden
67
4.2.3 Analisis Warganegara
Untuk analisis warganegara, borang soal selidik ini telah dibahagikan kepada
beberapa negara utama yang menjadi sumber tenaga kerja di Malaysia iaitu
Bangladesh, Myanmar, Indonesia, Vietnam dan lain-lain. Berdasarkan data yang
diperolehi, lain-lain bangsa tiada dalam dapatan kajian.
Rajah 4.3 : Warganegara Buruh Di Tapak Bina
Rajah 4.4 menunjukkan maklum balas responden mengenai peratusan
mengikut jenis warganegara. Buruh asing yang paling ramai ialah dari Bangladesh
iaitu seramai 44% dan yang paling sedikit pula ialah dari Myanmar iaitu 7% dari
jumlah keseluruhan responden. Manakala jumlah responden dari Indonesia dan
Vietnam adalah masing-masing seramai 39% dan 10%. Berdasarkan data ini, pekerja
buruh asing dari Bangladesh dan Indonesia merupakan responden utama di tapak
bina sekitar Johor Bahru.
0%
10%
20%
30%
40%
50%
Bangladesh Myanmar Indonesia Vietnam
44%
7%
39%
10% Per
atu
s
Jenis Warganegara
Warganegara
68
4.2.4 Analisis Tahap Pendidikan
Untuk aspek pendidikan , telah di bahagikan kepada 3 tahap iaitu tahap
rendah, menengah, dan lain-lain. Setiap responden harus menyatakan maklum balas
dari segi tahap pendidikan mereka. Tahap pendidikan pada peringkat rendah merujuk
kepada mereka yang mendapat pendidikan sehingga sekolah rendah sahaja dan tahap
pendidikan pada peringkat menengah pula adalah mereka yang mendapat pendidikan
sehingga sekolah menengah. Manakala untuk tahap pendidikan lain-lain ialah
merujuk kepada mereka yang tidak mendapat pendidikan atau tidak bersekolah.
Rajah 4.4 : Tahap Pendidikan Buruh Asing
Berdasarkan rajah di atas, daripada jumlah data yang diperolehi, 51% adalah
buruh yang berpendidikan rendah. Bagi pekerja buruh yang berpendidikan peringkat
menengah pula adalah seramai 18%. Manakala bagi buruh yang berpendidikan lain-
lain ialah mewakili 31% daripada 100 data responden. Hal ini dapat dirumuskan
bahawa kebanyakan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah buruh yang
berpendidikan rendah.
Rendah 51% Menengah
18%
Lain-lain 31%
Tahap Pendidikan
69
4.2.5 Analisis Jenis Kerja
Setiap responden perlu menyatakan maklum balas dari segi jenis kerja yang
mereka lakukan di tapak bina. Antara jenis kerja yang dinyatakan adalah “bar
bender”, “scaffolder”, “bricklayer”,” concretor”, “roofer”,” tiler”, dan lain-lain. Lain-
lain kerja adalah merujuk kepada kerja yang tidak dinyatakan berdasarkan Jadual 2.2
iaitu tred kerja binaan yang diklasifikasikan oleh CIDB.
Rajah 4.5 : Jenis Kerja Buruh Asing
Berdasarkan rajah 4.6, jenis kerja responden yang paling tinggi ialah lain-lain
iaitu seramai 26%, manakala jenis kerja yang paling sedikit pula ialah “scaffolder”
iaitu seramai 6%. Selain itu responden dari pekerja “concreter” juga antara yang
paling tinggi iaitu seramai 18%. Untuk jenis kerja “bricklayer”, maklum balas
responden adalah seramai 15%. Buruh asing yang bekerja “bar bender” pula adalah
seramai 10%. Pekerja “roofer” dan “tiler” yang menyatakan maklum balas adalah
masing-masing seramai 12% dan 13%. Hal ini menunjukkan bahawa buruh asing ini
bekerja dalam pelbagai jenis kerja di tapak bina.
0%
10%
20%
30%
10% 6%
15% 18%
12% 13%
26%
Per
atu
s
Jenis Kerja
70
4.2.6 Analisis Pengalaman Bekerja
Setiap responden perlu menyatakan tahun pengalaman bekerja di tapak bina
di negara ini. Antara tahun pengalaman kerja yang perlu dinyatakan adalah 0 hingga
5 tahun, 6 hingga 10 tahun, 11 hingga 15 tahun, 16 hingga 20 tahun, atau lebih
daripada 21 tahun.
Rajah 4.6 Pengalaman Bekerja Buruh Asing
Jadual 4.6 menunjukkan maklum balas responden mengenai peratusan
bilangan mengikut kategori pengalaman bekerja. Daripada 100 responden, buruh
yang bekerja 0-5 tahun adalah paling ramai iaitu sebanyak 32% manakala yang
paling sedikit ialah buruh yang bekerja lebih daripada 21 tahun iaitu seramai 10%.
Untuk buruh asing yang bekerja 6-10 tahun pula ialah seramai 31%. Responden yang
telah bekerja selama 11-15 tahun dan 16-20 adalah masing-masing seramai 16% dan
11%. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa kebanyakan responden yang terlibat dalam
kajian ini adalah responden yang mempunyai pengalaman kerja kurang dari 10
tahun.
0%
10%
20%
30%
40%
0- 5 Tahun 6-10 Tahun 11-15 Tahun 16-20 Tahun Lebihdaripada 21
tahun
32% 31%
16% 11% 10% P
eratu
s
Kategori Pengalaman
Pengalaman Bekerja
71
Analisis Tahap Kepuasan Bekerja Buruh Asing Di Tapak Bina 4.3
4.3.1 Analisis Min
Analisis ini adalah dibuat terhadap tujuh aspek kepuasan kerja iaitu
pekerjaan, kewangan, pengurusan, social, kemudahan, keselamatan, dan kesihatan.
Setiap aspek kepuasan kerja ini mempunyai beberapa soalan yang akan di nilai
menggunakan min tahap kepuasan. Rajah 4.7 menunjukkan indeks tahap kepuasan
kerja.
Jadual 4.2 : Indeks Tahap Kepuasan
Skala Tahap Kepuasan Indeks
1 Sangat tidak puas hati 1.00-1.80
2 Tidak puas hati >1.80-2.60
3 Tidak pasti >2.60-3.40
4 Puas hati >3.40-4.20
5 Sangat puas hati >4.20-5.00
72
4.3.1.1 Kepuasan Terhadap Aspek Pekerjaan
Rajah 4. 7 : Kepuasan Terhadap Aspek Pekerjaan
Berdasarkan rajah 4.8, min skor yang paling tinggi adalah sebanyak 4.33 iaitu
responden menyatakan sangat puas hati terhadap suasana pekerjaan secara
keseluruhan. Manakala min skor yang paling rendah adalah sebanyak 4.08 iaitu
responden menyatakan puas hati terhadap tahap jaminan kerja. Selain itu, untuk
waktu kerja yang sesuai pula berada pada tahap sangat puas hati iaitu sebanyak 4.31
min skor .
Pada masa yang sama, min skor responden bagi soalan “bidang tugas saya
sesuai dengan kelayakan saya” dan “berkeupayaan dalam melaksanakan
tanggungjawab kerja yang diberikan” adalah pada tahap sangat puas hati di mana
min skor masing-masing adalah sebanyak 4.28 dan 4.26. Oleh itu, min keseluruhan
bagi tahap kepuasan terhadap aspek pekerjaan adalah sebanyak 4.25. Hal ini
menunjukkan bahawa tahap kepuasan responden terhadap aspek pekerjaan di tapak
bina adalah sangat puas hati.
4.28 4.26 4.31 4.08 4.33
Min
Keseluruhan
(4.25)
0.00
1.00
2.00
3.00
4.00
5.00
Bidang tugas
saya sesuai
dengan
kelayakan saya.
Berkeupayaan
dalam
melaksanakan
tanggungjawab
kerja yang
diberikan.
Waktu kerja
yang sesuai.
Tahap Jaminan
Kerja.
Suasana
pekerjaan
secara
keseluruhan.
Min
Kepuasan Terhadap Aspek Pekerjaan
73
4.3.1.2 Kepuasan Terhadap Aspek Kewangan
Rajah di bawah menunjukkan graf tahap kepuasan terhadap aspek kewangan
di tapak bina. Dalam aspek ini, terdapat tiga variabel yang di kaji iaitu gaji sesuai
dengan pekerjaan, insentif kewangan, ganjaran dan pengiktirafan serta majikan
menyediakan sumbangan atau bantuan jika berlaku kecederaan.
Rajah 4.8 : Kepuasan Terhadap Aspek Kewangan
Berdasarkan jumlah keseluruhan responden, tahap kepuasan buruh asing ini
bagi gaji sesuai dengan pekerjaan adalah sangat puas hati di mana min skor ialah
4.27. Tahap kepuasan responden bagi insentif kewangan, ganjaran dan pengiktirafan
serta majikan menyediakan sumbangan atau bantuan jika berlaku kecederaan adalah
berada pada tahap puas hati di mana min skor masing-masing adalah sebanyak 3.72
dan 3.85. Oleh itu, min secara keseluruhan bagi tahap kepuasan terhadap aspek
kewangan adalah sebanyak 3.95. Hal ini menunjukkan bahawa buruh asing ini
berpuas hati terhadap aspek kewangan semasa bekerja di tapak bina.
4.27 3.72 3.85
Min
Keseluruhan
(3.95)
0.000.501.001.502.002.503.003.504.004.505.00
Gaji sesuai dengan
pekerjaan.
Insentif kewangan,
ganjaran dan
pengiktirafan.
Majikan
menyediakan
sumbangan atau
bantuan jika
berlaku kecederaan.
Min
Kepuasan Terhadap Aspek Kewangan
74
4.3.1.3 Kepuasan Terhadap Aspek Pengurusan
Rajah 4.10 menunjukkan pencapaian min skor bagi tahap kepuasan terhadap
aspek pengurusan buruh asing di tapak bina.
Rajah 4.9 : Kepuasan Terhadap Aspek Pengurusan
Berdasarkan graf di atas, min skor yang paling tinggi ialah 4.28 di mana
responden sangat berpuas hati terhadap hal kebajikan buruh. Manakala skor min
yang paling rendah pula ialah 3.67 iaitu responden berpuas hati terhadap peluang
kursus dan latihan yang disediakan oleh majikan. Selain itu, responden turut berpuas
hati terhadap latihan dan kursus membantu kemajuan saya di masa depan diman
tahap min skor adalah sebanyak 3.83. Pada masa yang sama, tahap kepuasan bagi
peluang kenaikan pangkat buruh asing ini ialah 3.71 iaitu responden berasa berpuas
hati. Oleh itu, min secara keseluruhan mencatatkan 3.87 iaitu responden menyatakan
mereka berpuas hati terhadap tahap kepuasan dalam aspek pengurusan secara
keseluruhan.
3.67 3.83 3.71 4.28
Min
Keseluruhan
(3.87)
0.00
1.00
2.00
3.00
4.00
5.00
Peluang latihan dan
kursus yang
disediakan adalah
banyak.
Latihan dan kursus
membantu kemajuan
saya di masa depan.
Peluang kenaikan
pangkat.
Kebajikan buruh
terjaga.
Min
Kepuasan Terhadap Aspek Pengurusan
75
4.3.1.4 Kepuasan Terhadap Aspek Sosial
Rajah 4.10 : Kepuasan Terhadap Aspek Sosial
Berdasarkan graf di atas, hubungan rakan sekerja mencatatkan min yang
paling tinggi iaitu sebanyak 4.26. Hal ini menunjukkan kebanyakkan responden
sangat berpuas hati terhadap hubungan rakan sekerja. Selain itu, kerjasama antara
pengurusan atasan dengan bawahan juga berada pada tahap sangat puas hati di mana
min skor adalah 4.21.
Manakala bagi motivasi dalam organisasi dan hubungan dengan penyelia,
ketua atau majikan berada pada tahap puas hati di mana skor min masing-masing
ialah 4.14 dan 4.18. Oleh itu, min keseluruhan mencatatkan pada tahap 4.19 iaitu
responden berpuas hati terhadap keperluan mereka dalam aspek social di tapak bina.
76
4.3.1.5 Kepuasan Terhadap Aspek Kemudahan
Rajah 4.11 : Kepuasan Terhadap Aspek Kemudahan
Rajah 4.12 di atas menunjukkan min bagi tahap kepuasan terhadap aspek
kemudahan buruh di tapak bina. Secara keseluruhan, nilai min menyatakan bahawa
responden sangat berpuas hati terhadap aspek kemudahan mereka semasa bekerja di
tapak bina. Hal ini dapat di lihat dari segi penempatan untuk pekerja mencatatkan
skor min sebanyak 4.35. Malah pada masa yang sama pengasingan tempat tinggal
mengikut kaum juga berada pada tahap sangat puas hati iaitu skor min adalah 4.21.
Selain itu, penyediaan kemudahan sanitari di tapak bina mencapai skor min paling
tinggi iaitu 4.47. Hal ini dapat kita ketahui bahawa responden sangat berpuas hati
terhadap kemudahan seperti kantin dan toilet di tapak bina.
4.35 4.21 4.47
Min
Keseluruhan
(4.34)
0.00
1.00
2.00
3.00
4.00
5.00
Penempatan untuk
pekerja.
Pengasingan tempat
tinggal mengikut kaum.
Penyediaan kemudahan
sanitari.
Min
Kepuasan Terhadap Aspek Kemudahan
77
4.3.1.6 Kepuasan Terhadap Aspek Keselamatan
Rajah 4.12 : Kepuasan Terhadap Aspek Keselamatan
Graf gar di atas menunjukkan min bagi tahap kepuasan buruh asing dalam
aspek keselamatan mereka semasa bekerja di tapak bina. Secara keseluruhan,
daripada empat aspek utama dalam rajah di atas, tiga daripadanya mencatatkan skor
min lebih daripada 4.20 iaitu sangat puas hati. Tiga aspek tersebut ialah pendedahan
cara kerja selamat, penyediaan “Personal protective Equipment” (PPE) daripada
majikan, dan keselamatan penempatan para buruh Malah penyediaan “Personal
protective Equipment” (PPE) daripada majikan merekodkan min skor yang paling
tinggi iaitu sebanyak 4.54.
Manakala hanya satu sahaja aspek yang berada pada tahap puas hati iaitu
persekitaran tapak bina yang selamat dan selesa di mana min skor adalah 4.17. Oleh
itu min keseluruhan pada nilai 4.33 menjelaskan bahawa responden sangat berpuas
hati terhadap keseluruhan aspek keselamatan mereka semasa bekerja di tapak bina.
4.21 4.54 4.39 4.17
Min
Keseluruhan
(4.33)
0.00
1.00
2.00
3.00
4.00
5.00
Pendedahan cara
kerja selamat.Penyediaan
“Personal
protective
equipment” (PPE)
daripada majikan.
Keselamatan
penempatan .
Persekitaran tapak
bina yang selamat
dan selesa.
Min
Kepuasan Terhadap Aspek Keselamatan
78
4.3.1.7 Kepuasan Terhadap Aspek Kesihatan
Rajah 4.13 : Kepuasan Terhadap Aspek Kesihatan
Rajah di atas menunjukkan min skor bagi tahap kepuasan buruh asing dalam
aspek kesihatan. Daripada data keseluruhan responden, kemudahan “First Aid Kid”
di tapak bina, kemudahan rawatan untuk pesakit jika berlaku kecederaan, dan
kawalan penyakit di tapak bina adalah berada pada tahap sangat puas hati iaitu min
skor melebihi 4.20. Namun begitu, pemeriksaan kesihatan untuk pekerja telah
mencatatkan min yang paling rendah iaitu sebanyak 3.58. Min skor ini dapat
menjelaskan kepada kita bahawa tahap kepuasan bagi pemeriksaan kesihatan buruh
asing ini pada peringkat puas hati. Oleh itu, purata min pada nilai 4.14 dapat
membuktikan tahap kepuasan responden dalam aspek kesihatan adalah puas hati.
3.58 4.33 4.34 4.29
Min
Keseluruhan
4.14
0.00
1.00
2.00
3.00
4.00
5.00
Pemeriksaan
kesihatan untuk
pekerja.
Kemudahan “First
Aid Kid” di tapak
bina.
Kemudahan rawatan
untuk pesakit jika
berlaku kecederaan.
Kawalan penyakit di
tapak bina.
Min
Kepuasan Terhadap Aspek Kesihatan
79
4.3.2 Analisis Min Keseluruhan Tahap Kepuasan Kerja Buruh Asing
Rajah 4.14 di bawah menunjukkan nilai min tahap kepuasan kerja bagi setiap
aspek kepuasan kerja buruh asing di tapak bina.
Rajah 4.14 : Tahap Kepuasan Kerja Buruh Asing
4.25 3.95 3.87
4.19 4.34 4.33 4.14
Min
Keseluruhan
(4.15)
0.00
1.00
2.00
3.00
4.00
5.00
Min
Tahap Kepuasan Kerja Buruh Asing
80
Berdasarkan rajah 4.14, terdapat tiga aspek utama yang mencapai nilai min
tahap kepuasan melebihi 4.20 iaitu sangat puas hati. Aspek tersebut ialah aspek
pekerjaan, aspek kemudahan, dan aspek keselamatan buruh asing di tapak bina.
Manakala aspek selebihnya adalah mencapai nilai min antara 3.40 hingga 4.20 iaitu
tahap puas hati. Antara aspek yang mencapai nilai tersebut ialah aspek kewangan,
pengurusan, sosial, dan kesihatan pekerja.
Nilai min yang menyumbang paling tinggi bagi tahap kepuasan kerja ini ialah
bagi aspek kemudahan pekerja buruh di tapak bina iaitu 4.34. Hal ini menunjukkan
responden sangat puas hati terhadap keperluan mereka dalam penyediaan kemudahan
pekerja seperti tempat tinggal, kantin dan tandas. Manakala nilai min yang paling
rendah pula adalah bagi aspek pengurusan iaitu sebanyak 3.87. Tahap kepuasan ini
sebenarnya menunjukkan responden puas hati terhadap penjagaan dalam pengurusan
kerja mereka di tapak bina.
Selain itu, aspek pekerjaan dan keselamatan turut berada pada tahap sangat
puas hati di mana nilai min masing-masing adalah sebanyak 4.25 dan 4.33. Untuk
aspek sosial dan aspek kesihatan pekerja menunjukkan nilai min yang hampir sama
iaitu 4.19 dan 4.14. Satu lagi aspek kepuasan kerja yang berada pada tahap puas hati
ialah aspek kewangan yang mencapai nilai min sebanyak 3.95. Secara rumusannya,
nilai min secara keseluruhan ialah 4.15 menunjukkan tahap kepuasan bekerja buruh
asing di tapak bina berada pada tahap puas hati
81
4.3.3 Ujian ‘Kruskal-Wallis’
Ujian „Kruskal-Wallis’ digunakan dalam kajian bagi mengenal pasti perbezaan
diantara empat jenis warganegara responden yang terlibat dalam kajian ini iaitu
Bangladesh, Myanmar, Indonesia, dan Vietnam. Ujian yang dijalankan adalah
berkaitan dengan tahap kepuasan bekerja dalam kalangan buruh asing di tapak bina.
Jadikan α = 0.05
Jika Asymp. Sig. > α, maka Hₒ tidak ditolak
Asymp. Sig. < α, maka Hₒ ditolak
Hₒ : Keterangan statistik tidak menunjukkan perbezaan ketara bagi tahap
kepuasan bekerja dalam kalangan buruh asing di tapak bina diantara keempat-
empat jenis responden.
Hₐ : Keterangan statistik menunjukkan perbezaan ketara bagi bagi tahap
kepuasan bekerja dalam kalangan buruh asing di tapak bina diantara keempat-
empat jenis responden.
82
Jadual 4.3 : Ujian „Kruskal-Wallis’ bagi tahap kepuasan bekerja dalam kalangan
buruh asing di tapak bina
WARGANEGARA N
KEDUDUKAN
MIN
KEPUASAN TERHADAP ASPEK PEKERJAAN
Bidang tugas saya sesuai
dengan kelayakan saya.
Bangladesh 44 45.41
Myanmar 7 43.50
Indonesia 39 59.83
Vietnam 10 41.40
Jumlah 100
Berkeupayaan dalam
melaksanakan
tanggungjawab kerja yang
diberikan.
Bangladesh 44 47.11
Myanmar 7 71.79
Indonesia 39 51.37
Vietnam 10 47.10
Jumlah 100
Waktu kerja yang sesuai. Bangladesh 44 52.45
Myanmar 7 47.86
Indonesia 39 48.13
Vietnam 10 53.00
Jumlah 100
Tahap Jaminan Kerja. Bangladesh 44 45.67
Myanmar 7 56.57
Indonesia 39 54.01
Vietnam 10 53.80
Jumlah 100
Suasana pekerjaan secara
keseluruhan.
Bangladesh 44 51.11
Myanmar 7 47.71
Indonesia 39 52.08
Vietnam 10 43.60
Jumlah
100
83
KEPUASAN TERHADAP ASPEK KEWANGAN
Gaji sesuai dengan
pekerjaan.
Bangladesh 44 48.88
Myanmar 7 43.57
Indonesia 39 55.90
Vietnam 10 41.45
Jumlah 100
Insentif kewangan,
ganjaran dan
pengiktirafan.
Bangladesh 44 48.09
Myanmar 7 51.07
Indonesia 39 55.15
Vietnam 10 42.55
Jumlah 100
Majikan menyediakan
sumbangan atau bantuan
jika berlaku kecederaan.
Bangladesh 44 44.75
Myanmar 7 48.43
Indonesia 39 59.28
Vietnam 10 43.00
Jumlah 100
KEPUASAN TERHADAP ASPEK PENGURUSAN
Peluang latihan dan kursus
yang disediakan adalah
banyak.
Bangladesh 44 48.24
Myanmar 7 49.36
Indonesia 39 53.73
Vietnam 10 48.65
Jumlah 100
Latihan dan kursus
membantu kemajuan saya
di masa depan.
Bangladesh 44 48.11
Myanmar 7 50.50
Indonesia 39 54.41
Vietnam 10 45.75
Jumlah 100
Peluang kenaikan pangkat. Bangladesh 44 45.08
Myanmar 7 44.36
Indonesia 39 56.15
Vietnam 10 56.60
Jumlah
100
84
Kebajikan buruh terjaga. Bangladesh 44 43.93
Myanmar 7 42.86
Indonesia 39 60.15
Vietnam 10 47.10
Jumlah 100
KEPUASAN TERHADAP ASPEK SOSIAL
Hubungan dengan
penyelia/ketua/majikan.
Bangladesh 44 49.63
Myanmar 7 48.43
Indonesia 39 52.92
Vietnam 10 46.35
Jumlah 100
Hubungan rakan sekerja. Bangladesh 44 50.18
Myanmar 7 50.00
Indonesia 39 52.08
Vietnam 10 46.10
Jumlah
100
Kerjasama di antara
pengurusan atasan dengan
bawahan.
Bangladesh 44 49.08
Myanmar 7 58.43
Indonesia 39 52.22
Vietnam 10 44.50
Jumlah 100
Motivasi dalam organisasi. Bangladesh 44 49.76
Myanmar 7 66.86
Indonesia 39 50.06
Vietnam 10 44.00
Jumlah 100
KEPUASAN TERHADAP ASPEK KEMUDAHAN
Penempatan untuk pekerja. Bangladesh 44 50.74
Myanmar 7 60.50
Indonesia 39 48.03
Vietnam 10 52.10
Jumlah 100
85
Pengasingan tempat
tinggal mengikut kaum.
Bangladesh 44 46.95
Myanmar 7 59.07
Indonesia 39 53.12
Vietnam 10 49.90
Jumlah 100
Penyediaan kemudahan
sanitari.
Bangladesh 44 48.91
Myanmar 7 55.29
Indonesia 39 52.38
Vietnam 10 46.80
Jumlah 100
KEPUASAN TERHADAP ASPEK KESELAMATAN
Pendedahan cara kerja
selamat.
Bangladesh 44 50.91
Myanmar 7 46.79
Indonesia 39 48.08
Vietnam 10 60.75
Jumlah 100
Penyediaan “Personal
protective equipment”
(PPE) daripada majikan.
Bangladesh 44 54.18
Myanmar 7 44.93
Indonesia 39 46.58
Vietnam 10 53.50
Jumlah 100
Keselamatan penempatan . Bangladesh 44 46.56
Myanmar 7 58.50
Indonesia 39 50.60
Vietnam 10 61.85
Jumlah
100
Persekitaran tapak bina
yang selamat dan selesa.
Bangladesh 44 49.90
Myanmar 7 55.36
Indonesia 39 50.17
Vietnam 10 51.05
Jumlah 100
86
KEPUASAN TERHADAP ASPEK KESIHATAN
Pemeriksaan kesihatan
untuk pekerja.
Bangladesh 44 46.45
Myanmar 7 42.14
Indonesia 39 57.58
Vietnam 10 46.55
Jumlah 100
Kemudahan “First Aid
Kid” di tapak bina.
Bangladesh 44 47.98
Myanmar 7 54.79
Indonesia 39 53.90
Vietnam 10 45.35
Jumlah 100
Kemudahan rawatan untuk
pesakit jika berlaku
kecederaan.
Bangladesh 44 46.14
Myanmar 7 75.50
Indonesia 39 54.86
Vietnam 10 35.20
Jumlah 100
Kawalan penyakit di tapak
bina.
Bangladesh 44 49.03
Myanmar 7 60.71
Indonesia 39 51.56
Vietnam 10 45.65
Jumlah 100
87
Jadual 4.4 : Keputusan ujian ‘Kruskal-Wallis’ tahap kepuasan bekerja dalam
kalangan buruh asing di tapak bina
Chi-Square df Asymp. Sig.
Kepuasan Terhadap Aspek Pekerjaan
Bidang tugas saya sesuai dengan kelayakan
saya. 10.298 3 0.016
Berkeupayaan dalam melaksanakan
tanggungjawab kerja yang diberikan. 6.623 3 0.085
Waktu kerja yang sesuai. .729 3 0.866
Tahap Jaminan Kerja. 2.663 3 0.447
Suasana pekerjaan secara keseluruhan. 1.028 3 0.794
KEPUASAN TERHADAP ASPEK KEWANGAN
Gaji sesuai dengan pekerjaan. 4.521 3 0.210
Insentif kewangan, ganjaran dan
pengiktirafan. 2.339 3 0.505
Majikan menyediakan sumbangan atau
bantuan jika berlaku kecederaan. 6.960 3 0.073
KEPUASAN TERHADAP ASPEK PENGURUSAN
Peluang latihan dan kursus yang disediakan
adalah banyak. .956 3 0.812
Latihan dan kursus membantu kemajuan
saya di masa depan. 1.458 3 0.692
Peluang kenaikan pangkat. 4.310 3 0.230
Kebajikan buruh terjaga. 10.079 3 0.018
KEPUASAN TERHADAP ASPEK SOSIAL
Hubungan dengan penyelia/ketua/majikan. 1.001 3 0.801
Hubungan rakan sekerja. .448 3 0.930
Kerjasama di antara pengurusan atasan
dengan bawahan. 1.630 3 0.653
Motivasi dalam organisasi. 3.513 3 0.319
88
KEPUASAN TERHADAP ASPEK KEMUDAHAN
Penempatan untuk pekerja. 1.575 3 0.665
Pengasingan tempat tinggal mengikut
kaum. 1.930 3 0.587
Penyediaan kemudahan sanitari. .859 3 0.835
KEPUASAN TERHADAP ASPEK KESELAMATAN
Pendedahan cara kerja selamat. 2.057 3 0.561
Penyediaan “Personal protective
equipment” (PPE) daripada majikan. 2.398 3 0.494
Keselamatan penempatan . 3.833 3 0.280
Persekitaran tapak bina yang selamat dan
selesa. .299 3 0.960
KEPUASAN TERHADAP ASPEK KESIHATAN
Pemeriksaan kesihatan untuk pekerja. 4.461 3 0.216
Kemudahan “First Aid Kid” di tapak bina. 1.838 3 0.607
Kemudahan rawatan untuk pesakit jika
berlaku kecederaan. 13.782 3 0.003
Kawalan penyakit di tapak bina. 1.614 3 0.656
Jadual 4.4 menunjukkan keputusan ujian „Kruskal-Wallis‟ berkaitan tahap
kepuasan bekerja dalam kalangan buruh asing di tapak bina. Berdasarkan jadual
diatas, daripada keseluruhan terdapat tiga aspek utama yang menunjukkan nilai
„Asymp. Sig.‟ < α (0.05). iaitu, :
1. Bidang tugas saya sesuai dengan kelayakan saya.
2. Kebajikan buruh terjaga.
3. Kemudahan rawatan untuk pesakit jika berlaku kecederaan.
89
Oleh itu, berdasarkan tiga aspek di atas, terdapat bukti keterangan statistik
untuk membuat kesimpulan bahawa terdapat perbezaan ketara bagi tahap kepuasan
bekerja buruh asing di tapak bina di antara keempat-empat jenis responden.
90
BAB 5
KESIMPULAN KAJIAN
5
Pengenalan 5.1
Bab ini merupakan rumusan yang membincangkan hasil kajian yang telah
diperolehi dalam Bab 4. Bab ini mengandungi rumusan kajian, cadangan untuk
mempertingkatkan tahap kepuasan kerja buruh asing, cadangan untuk kajian
seterusnya, masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian dan penutup
dibincangkan. Kajian ini memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan
sesebuah organisasi yang berkesan dan mencapai kepuasan pekerja yang tinggi untuk
mencapai matlamat organisasi.
91
Rumusan Kajian 5.2
Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti tahap kepuasan bekerja dalam
kalangan buruh asing di tapak bina. Tahap kepuasan bekerja ini telah di bahagikan
kepada tujuh aspek utama iaitu pekerjaan, kewangan, pengurusan, sosial,
kemudahan, keselamatan dan kesihatan. Tahap kepuasan keseluruhan kerja bagi
setiap aspek diperolehi melalui kiraan min jumlah skor untuk setiap aspek supaya
pengkaji dapat mengetahui secara keseluruhan tahap kepuasan buruh asing di tapak
bina. Jadual 4.5 di bawah menunjukan hasil kajian yang telah diperolehi.
Jadual 4.5 : Tahap Kepuasan Kerja Buruh Asing
ASPEK KEPUASAN KERJA SKOR
MIN
TAHAP KEPUASAN
KERJA
Kepuasan Terhadap Aspek Pekerjaan 4.25 Sangat Puas Hati
Kepuasan Terhadap Aspek Kewangan 3.95 Puas Hati
Kepuasan Terhadap Aspek Pengurusan 3.87 Puas Hati
Kepuasan Terhadap Aspek Sosial 4.19 Puas Hati
Kepuasan Terhadap Aspek Kemudahan 4.34 Sangat Puas Hati
Kepuasan Terhadap Aspek Keselamatan 4.33 Sangat Puas Hati
Kepuasan Terhadap Aspek Kesihatan 4.14 Puas Hati
Min Keseluruhan 4.15 Puas Hati
92
Secara rumusannya, objektif kajian untuk mengenalpasti tahap kepuasan
bekerja buruh asing di tapak bina sebenarnya telah dapat di capai. Hasil kajian
mendapati tahap kepuasan bekerja buruh asing di tapak bina secara keseluruhan ialah
berada pada tahap puas hati.
Hasil dapatan kajian, terdapat tiga aspek utama yang mencapai nilai min tahap
kepuasan melebihi 4.20 iaitu sangat puas hati. Aspek tersebut ialah aspek pekerjaan,
aspek kemudahan, dan aspek keselamatan buruh asing di tapak bina. Manakala aspek
selebihnya adalah mencapai nilai min antara 3.40 hingga 4.20 iaitu tahap puas hati.
Antara aspek yang mencapai nilai tersebut ialah aspek kewangan, pengurusan, sosial,
dan kesihatan pekerja.
Aspek kemudahan untuk pekerja buruh di tapak bina sebenarnya telah
mencapai min yang paling tinggi iaitu pada tahap sangat puas hati. Hal ini dapat
memberikan gambaran kepada kita bahawa kemudahan seperti tempat tinggal, kantin
dan tandas untuk buruh asing ini adalah antara faktor penting yang mempengaruhi
tahap kepuasan bekerja dalam kalangan mereka.
Selain itu, aspek pekerjaan dan keselamatan turut berada pada tahap sangat
puas hati. Hal ini dapat membuktikan kepada kita bahawa responden sangat puas hati
terhadap waktu kerja, jaminan dalam pekerjaan, dan suasana secara keseluruhan
dalam aspek pekerjaan. Bagi aspek keselamatan buruh di tapak bina pula,
pendedahan cara kerja selamat oleh majikan, tempat tinggal yang selamat serta
penyediaan alatan kerja yang selamat untuk buruh di lihat menjadi isu penting bagi
menjaga kepuasan kerja mereka.
93
Di samping itu, terdapat dua aspek utama yang menunjukkan skor yang paling
rendah iaitu aspek kewangan dan pengurusan buruh. Oleh itu, aspek gaji, bonus, dan
pampasan perlu diberi perhatian oleh majikan untuk meningkatkan tahap kepuasan
dalam aspek kewangan buruh asing ini. Malah aspek pengurusan dari segi latihan
untuk buruh, kenaikan pangkat dan kebajikan mereka perlu di ambil kira untuk
meningkatkan tahap kepuasan mereka bekerja.
Aspek sosial dan aspek kesihatan yang berada pada tahap puas hati ini juga
menjadi pengaruh terhadap tahap kepuasan bekerja dalam kalangan buruh asing.
Antara isu-isu penting dalam aspek sosial di tapak bina ialah hubungan dengan
majikan, hubungan antara pekerja dan motivasi dalam pekerjaan. Bagi aspek
penjagaan kesihatan buruh di tapak bina pula, hasil kajian telah membuktikan
bahawa pemeriksaan kesihatan dalam kalangan buruh dan rawatan jika berlaku
kecederaan serta kawalan penyakit dalam kawasan pembinaan adalah faktor penting
yang mempengaruhi tahap kepuasan bekerja
94
Cadangan untuk Meningkatkan Tahap Kepuasan Kerja 5.3
Analisis kajian jelas menunjukkan secara keseluruhan tahap kepuasan kerja
buruh asing adalah puas hati. Walau bagaimanapun, pengkaji akan mengemukakan
beberapa cadangan berdasarkan keputusan kajian yang boleh dipertimbangkan untuk
meningkatkan lagi kepuasan kerja para buruh asing. Memandangkan hasil kajian
dalam aspek kewangan dan aspek pengurusan menunjukkan hasil min yang paling
rendah, maka kedua-dua aspek ini harus diberi perhatian.
5.3.1 Memperkasa Aspek Kewangan
Aspek kewangan buruh asing merupakan aspek utama yang harus diberikan
perhatian oleh majikan. Kewangan yang dimaksudkan di sini tidak terhad kepada
gaji bulanan sahaja tetapi termasuk juga faedah dan ganjaran sampingan yang lain.
Oleh itu, pihak pengurusan harus mengkaji semula bentuk-bentuk bonus atau pun
ganjaran yang dapat disediakan kepada buruh asing ini. Selain itu, kebanyakan
responden menyatakan mereka tidak mendapat bantuan kewangan daripada majikan
jika mereka mengalami kecederaan. Oleh yang demikian, para majikan juga harus
menyediakan pampasan dalam bentuk kewangan kepada tenaga buruh mereka dan
bukan hanya bergantung kepada bantuan dari pihak Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan (CIDB) semata-mata.
95
5.3.2 Amalan Dalam Aspek Pengurusan
Dalam aspek pengurusan, antara amalan penting yang harus dipertingkatkan
ialah kursus dan latihan kepada buruh asing ini. Hasil kajian juga menunjukkan
kebanyakkan pihak kontraktor kurang menyediakan latihan khusus untuk buruh
asing. Malah ada sesetengah majikan yang hanya bergantung kepada latihan yang
disediakan oleh pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) semata-
mata. Hal ini menyebabkan buruh asing tidak mempunyai kemahiran khusus dalam
bekerja.
Masalah yang Dihadapi Semasa Menjalankan Penyelidikan 5.4
Walaupun kajian ini berjaya dilaksanakan, tetapi dalam tempoh masa
penyelidikan terdapat beberapa masalah di luar kawalan pengkaji. Masalah tersebut
dapat dijadikan garis panduan untuk melaksanakan penyelidikan pada masa depan.
Berikut merupakan perbincangan mengenai beberapa batasan yang telah dihadapi
sepanjang pelaksanaan kajian ini.
Memandangkan tajuk kajian ini adalah tahap kepuasan kerja dalam kalangan
buruh asing, pengkaji menghadapi masalah dalam memahami teorinya. Penyelidik
juga menghadapi kesukaran dalam proses mengumpul data semasa di tapak bina. Hal
ini kerana tenaga buruh asing ini terdiri daripada pelbagai bangsa, maka kebanyakan
daripada mereka tidak memahami soalan dalam borang soal selidik yang diedarkan.
Oleh itu, penyelidik terpaksa menerangkan kepada buruh asing untuk kefahaman
mereka. Selain itu, penyelidik juga menghadapi masalah komunikasi dengan buruh
asing seperti buruh dari Bangladesh. Mereka kurang memahami Bahasa Melayu
terutama bagi buruh yang baru bekerja di Malaysia. Masalah yang wujud ini telah
96
menyebabkan penyelidik mengambil tempoh yang lama dalam proses mengumpul
data.
Sebagai kesimpulannya, sungguhpun penyelidikan ini menghadapi beberapa
kekurangan serta masalah seperti mana yang telah disebutkan, tetapi ianya tidak
menjejaskan proses dan penemuan penyelidikan ini. Semua masalah ini telah dapat
diatasi. Akhir kata, penyelidikan yang telah dijalankan ini dapat memenuhi matlamat
dan mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan.
97
Cadangan dan Penyelidikan Lanjutan 5.5
Bagi cadangan kajian lanjutan, terdapat beberapa isu serta aspek yang boleh
dikenalpasti untuk dijalankan kajian selanjutnya. Antaranya ialah :
I. Kajian lanjutan yang menggabungkan kaedah penyelidikan kuantitatif
dan kualitatif seperti mengadakan temubual dengan responden atau
kaedah pemerhatian di tempat kerja.
II. Mengkaji kesan latar belakang responden terhadap skor secara
menyeluruh seperti jantina, kaum, umur, pengalaman, tempoh bekerja
dan sebagainya.
III. Perbandingan tahap kepuasan bekerja antara buruh asing dan buruh
tempatan di tapak bina.
98
Penutup 5.6
Pihak pengurusan memainkan peranan yang penting dalam menggunakan
pendekatan yang berlainan bagi memuaskan hati para pekerja mengikut aspek yang
diutamakan masing-masing. Pihak pengurusan perlu menyedari bahawa organisasi
akan menunjukkan kecemerlangan dari segala sudut apabila pekerja dapat
mempamerkan komitmen dan prestasi kerja yang baik melalui kepuasan kerja yang
tinggi.
Pengkaji mengharapkan hasil dapatan daripada kajian ini dapat dijadikan
panduan kepada pihak kontraktor terutamanya dan mungkin juga kepada mana-
mana organisasi yang berminat untuk memperbaiki kelemahan yang wujud dalam
elemen pengurusan masing-masing demi meningkatkan kepuasan kerja para pekerja.
Kajian ini juga diharapkan akan dijadikan sumber rujukan dan bahan yang boleh
digunakan oleh para pengkaji yang ingin memperluaskan atau meninjau aspek
kepuasan kerja pada masa depan.
99
RUJUKAN
Abdul Razak Bin Ibrahim, Mattew H. Roy, Zafar. Ahmed, & Imtiaz, G. (2010). An
Investigation Of The Status Of The Malaysian Construction Industry.
Benchmarking.
Adey, N. H., & Bahari, F. H. (2010). Hubungan Antara Kecerdasan Emosi,
Kepuasan Kerja Dan Komitmen Terhadap Orgnisasi. Jurnal Kemanusiaan.
Ahmad Kurnia. (2013). Teori Kepuasan Kerja Retrieved from
http://teknikkepemimpinan.blogspot.my/2013/10/teori-kepuasan-kerja.html
Akta 520 (1994). Jadual Ketiga. Lembaga Pembangunan Industrian Pembinaan
Malaysia, Kuala Lumpur: CIDB Malaysia.
http://www.cidb.gov.my/v6/?q=en/content/akta-520-jadual-ketiga. Diakses
pada 15 September 2016.
Azizah Kassim, 2005. Cross-Border Movement of Foreign Workers in Malaysia:
A Comparative Analysis. Master Builders 3rd
Quarter, halaman 78- 91.
Abu Bakar H. A. (2010). Industri Binaan Malaysia: Satu Tinjauan. 2016(2
November).
Mass Rapid Transit Corporation (2014). Maklumat projek MRT [Risalah]. MRT
Corp. malaysia.
CIDB (2015). Construction Industry Skills Standards (1999). CIDB Malaysia.
Available:http://www.cidb.gov.my/cidbv4/?option=com_content&view=artic
le&id=133&Itemid=247&lang=ms [Accessed 26 December 2016].
Che Hashim Hassan (2009). Buruh Asing Di Malaysia: Trend, Kaedah, Kesan,
Masalah Dan Cara Mengatasinya., 14, 119-132.
100
Choon Fang Jen. (2010). Kedatangan Pekerja Asing Di Malaysia. Retrieved from
http://blma101.blogspot.my/2010/09/kedatangan-pekerja-asing-di-
malaysia.html
Christina M. Stello. (2011). Herzberg’s Two-Factor Theory of Job Satisfaction: An
Integrative Literature Review.
Cranny, C.J, Smith, P.C. and Stone, E.F. (1992). Job Satisfaction: How People Feel
About Their Jobs and How It Affects Their Performance. New York:
Lexington Books.
Darman Syarif. (2015). Kepuasan Kerja. Retrieved from
http://theorymanajemendanorganisasi.blogspot.my/2015/12/kepuasan-
kerja_23.html
Daud, N. (2010). Jaminan Kerja dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja dan
Komitmen Terhadap Organisasi: Universiti Teknologi Malaysia.
Dean (2016). Pekerja Asing Di Beberapa Tempat Hari Ini Mogok Tuntut Kenaikan
Gaji Akibat Kejatuhan Ringgit. Retrieved from
http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=24841
Deming, W. E. (1982). Quality, Productivity and Competitive Position. Boston, MA:
MIT Press.
Dunn, J. D., Stephens, E. C. (1972). Management of Personnel. New York: McRraw-
Hill.
Unit Perancang Ekonomi (2010). Ringkasan Eksekutif: Rancangan Malaysia
Kesepuluh.: Unit Perancang Ekonomi Retrieved from
http://www.epu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=b6475444-df14-
411cb54f-98493ed29c2e&groupId=283545.
101
Faiz Setiawan. (2016). Sikap Kerja Dan Kepuasan Kerja. Retrieved 11/10, 2016,
from http://faisetiawa.blogspot.my/2016/01/sikap-kerja-dan-kepuasan-kerja-
a.html
Fara Diva Mustapa dan Pasquire C.L., 2007. Immigrant Construction Workers
and Economic Leakages. The Third Scottish Conference for Postgraduate
Researchers of the Built and Natural Environment (PRoBE07), halaman
351-359.
Hackman, J. R., & Oldham, G. R. (1975). Development of the Job Diagnostic
Survey. Journal of Applied Psychology.
Halimatussaediyah Tamrin, & Raop Noraini. A. (2015). Kepuasan Kerja:
Hubungannya Dengan Prestasi Kerja Dalam Kalangan Kakitangan Yayasan
Pembangunan Keluarga Darul Takzim (Ypkdt), Nusajaya, Johor Bahru.
(Kepuasan Kerja).
Hanry (2012). Cara Mengukur Kepuasan Kerja. Retrieved from
https://teorionline.wordpress.com/2012/02/20/cara-mengukur-kepuasan-
kerja/
Herzberg. F. (1968). One more time: How Do You Motivate Employees.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. (2013). Pembinaan &
Perkhidmatan Berkaitan Kejuruteraan. . Retrieved 9 November, 2016, from
http://myservices.miti.gov.my/ms/web/guest/construction-and-related-
engineering
J. Richard Hackman, & Oldham, G. R. (1975). Development of the Job Diagnostic
Survey.
Jabatan. Perangkaan. Malaysia (2014). Laporan penyiasatan tenaga buruh Malaysia
2013.
102
Kamus. (Ed.) definisi Insentif: (Edisi Empa ed.). Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kamus. (Ed.) ((2009-2014) ed.). Macmillan publisher limited
Kathiresan A/C Muniretnam (2000). Elemen Penting Yang Mempengaruhi Kepuasan
Kerja Dalam Meningkatkan Motivasi – Kajian Kes. Universiti Teknologi
Malaysia, Tesis Sarjana Muda.
Kementerian Dalam Negeri (2016). Jumlah Pekerja Asing Di Malaysia Mengikut
Sektor. Malaysia.
Kothari, C. R. (2004). Research Methodology: Methods and Techniques: New Age
International (P) Limited.
Kreitner, R and Kinicki, A (1998). Organizational Behaviour. Arizona: McGraw Hill
Inc.
Ling Sok Ping. (2005). Manpower needs in construction industry: Foreign labour
issue and implications. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Rang undang-undang: akta lembaga pembangunan industri pembinaan Malaysia
1994 (pindaan), Akta 520 C.F.R. (2011).
Malaysia (2013). Akta 514: Akta keselamatan and kesihatan pekerjaan dan
peraturan-peraturan 1994. Bahagian IV Seksyen 15 – 18.
Malaysia (2011). Rang undang-undang: akta lembaga pembangunan industri
pembinaan Malaysia 1994 (pindaan). Akta 520
Mass Rapid Transnational Sdn. Bhd. (2014). Maklumat projek MRT. [Risalah]. MRT
Corp.
103
Majid, N. A., Yusoff, M. A. M., Abdullah, T., Marzuki, S., Salleh, Z. M.,
Muhammad, F., & Kahar, S. A. A. H. d. R. (2006). Academic Report
Writting; From Research To Presentation: Prentice Hall Pearson.
Maslow's hierarchy of needs. Retrieved 12/11, 2016, from
https://en.wikipedia.org/wiki/Maslow's_hierarchy_of_needs
Mazlan. (2008). Kesan-Kesan Kemasukan Pendatang Asing Tapa Izin Kepada
Negara Ini. Retrieved from :
https://mazlan66.wordpress.com/2008/02/28/kesan-kesan-kemasukan-
pendatang-asing-tanpa-izin-kepada-negara-ini/
Mazlan (2009). Kes Jenayah Oleh Pendatang Asing. . Retrieved from
https://mazlan66.wordpress.com/2009/04/11/kes-jenayah-oleh-pendatang-
asing/
Mohamad Fauzi Sukimi & Sarifin, M. R. (2014). Negara, Undang-Undang Dan
Tenaga Kerja Asing : Antara ideal dan realiti di Malaysia
Mohamad Rahayu ( 13 Mac 2013). Buruh asing mogok kerja demi gaji, Utusan
Malaysia. Retrieved from http://www.utusan.malaysia.com/news/223782
Mohammad Aziz, Samsiah M. J., Syed Sofian S. S., Muhammad Bazlan M., & Jaya
N. T., S. (2015). Pembinaan, Kesahan Dan Kebolehpercayaan Inventori
Kepuasan Kerja Herzberg ( Ikkh ).
Mohammad Yasir Jaafar (2015, 17 April 2015 ). Kaji larang rumah kongsi di tapak
projek
Mstar (2014, 13 November 2014). Lebih 9,000 Kes Jenayah Libatkan Warga Asing
Sejak Januari, Mstar Online. Retrieved from
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/11/13/jenayah-warga-
asing/
104
Muna Binti Mohd. Bookeri , & Osmadi, Atasya. (2013). Produktiviti Dan
Hubungannya Dengan Komitmen Dan Kepuasan Kerja Dalam Organisasi
Pembinaan
Naimen Basar. (2009). Suatu Panduan Ke Arah Kecemerlangan Organisasi.
Retrieved 11/11, 2016, from http://b-naimem.tripod.com/buku.htm
Noraishah Daud (2010). Jaminan Kerja Dan Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja
Dan Komitmen Terhadap Organisasi.
Osman Z. (1989). Ekonomi buruh: Teori permintaan dan penawaran.
Oborne, D. J. (1995). Ergonomics At Work: Human Factors in Design and
Development. Chichester, Eng: John Wiley & Sons, 3rd
ed.
Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri (2016) Retrieved 10/11, 2016, from
http://www.moha.gov.my/index.php/ms/maklumat-perkhidmatan/pengenalanl
Pritha. Manivannan. (2016, Mei 23, 2016 ). Sektor pembinaan dijangka bertambah
baik, Astro Awani Retrieved from http://www.astroawani.com/berita-
bisnes/sektor-pembinaan-dijangka-bertambah-baik-cgc-106144
Purwaningsih. (2010). Sikap dan Kepuasan Kerja. Retrieved 10/11, 2016, from
http://lukmancoroners.blogspot.my/2010/05/sikap-dan-kepuasan-kerja.html
Rahim bin Utah (2013). Ibm Spss Statistics For Window. Retrieved 12/11, 2016,
from http://rahimutah.uitm.edu.my/v25/images/ebook-SPSSversi21-2013.pdf
Sektor Pembinaan Dijangka Berkembang 8 Hingga 10 Peratus. . (2016, Isnin, 11
April 2016). mstar. Retrieved from
http://www.mstar.com.my/niaga/2016/04/11/pembinaan-dijangka-
berkembang/
105
Sherman A. W., Bohlander, G. W. (1992). Managing Human Resources. Cincinnati,
Oh.: South-Western Plublishing, Co.
Sofian Baharom. (2014, 14 November 2014 ). 9,496 kes jenayah libatkan warga
asing. Retrieved from http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/9-496-kes-
jenayah-libatkan-warga-asing-1.24437
Solis-Carcano, R. G. (2015). Job satisfaction of construction professionals. case
study in eastern Mexico.
Spector P. E. . (1997). Job satisfaction: Application, Assessment, Cause and
Consequences.
Sorrel, B. (2010). Likert Scale Examples for Surveys. In I. S. University (Ed.),
University (pp. 4). Internet: Sorrel Brown.
Srikandi Rahayu. (2013). Pengertian Kepuasan Kerja Faktor-Faktornya. Retrieved
12/11, 2016, from http://seputarpengertian.blogspot.my/2016/09/pengertian-
kepuasan-kerja-faktor.html
Utusan online. (2003, 17/11/2003). Kerajaan Perlu Buat Kajian Nasib Pekerja
Pembinaan, Utusan online. Retrieved from
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1117&pub=Utusan_
Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm
Utusan Online. (2015, 28 Januari 2015). Pekerja Asing Takluk Sektor Pembinaan.
Retrieved from http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/pekerja-asing-
takluk-sektor-pembinaan-1.53256
Utusan Online. (2015, 08 Julai 2015). Pemaju Sokong Rumah Kongsi Tidak Dibina,
Utusan Online Retrieved from
http://m.utusan.com.my/berita/nasional/pemaju-sokong-rumah-kongsi-tidak-
dibina-1.111768
106
Utusan Online. Retrieved from http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kaji-
larang-rumah-kongsi-di-tapak-projek-1.81771#sthash.2GLogv6d.dpuf
Vijayakumari Kanapathy, 2006. Migrant Workers in Malaysia: An Overview.
Workshop on an East Asian Cooperation Framework for Migrant
Labour.Disember 2006. Kuala Lumpur, halaman 1-24.
Weiss, D. J., D., R. V., England, G. W., &, & Lofquist, L. H. (1976). Manual for the
Minnesota Satisfaction Questionnaire (Minnesota Studies in Vocational
Rehabilitation, No. 22).
Ximena Del Carpio, 2012. Immigration in Malaysia: Assessment of its Economic
Effects, and a Review of the Policy and System. Malaysia: ILMIA dan
Kementerian Sumber Manusia.
Yap Von Gel. (2001). Kepuasan Kerja: Satu kajian Perbandingan Di Antara Pekerja
Superior Dengan Pekerja Subordinat. . (Tesis Sarjana Muda. ), Universiti
Teknologi Malaysia.
Zikry (2012). Keburukan-Kemasukkan-Pekerja-Asing Retrieved 10/11, 2016, from
http://myforeignerassistance.blogspot.com/2012/12/keburukan-kemasukkan-
pekerja-asing.html
107
LAMPIRAN 1
Set 1 : Borang soal selidik untuk analisis
Set 2 : Borang soal selidik untuk buruh asing
108
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKULTI ALAM BINA
BORANG SOAL SELIDIK
TAJUK KAJIAN :
TAHAP KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN BURUH
ASING DI TAPAK BINA
Saya adalah pelajar tahun akhir bagi program Ijazah Sarjana Muda Sains
(Pembinaan) di Universiti Teknologi Malaysia. Saya sedang menjalankan kajian bagi
Projek Sarjana Muda dalam bidang Sains Pembinaan . Objektif kajian ini dijalankan
adalah :
I. Untuk mengenalpasti tahap kepuasan bekerja bagi pekerja buruh asing di
tapak bina.
NAMA : AZRUL BIN MOHAMAD
KURSUS : 4SBEC
SARJANA MUDA SAINS
(PEMBINAAN)
NO. MATRIK : A13BE0009
PENYELIA : TANTISH BINTI KAMARUDDIN
Segala maklumat yang diberikan adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan
kajian ilmiah semata-mata. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua (2) bahagian
iaitu, Bahagian (A) adalah Latar Belakang Pekerja Asing, dan Bahagian (B) adalah
tahap kepuasan bekerja bagi pekerja buruh asing di tapak bina. Sila isi jawapan anda
pada ruang kosong yang disediakan dan tandakan () pada petak berkenaan.
109
BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN
Sila tandakan (/) pada petak yang berkenaan menepati jawapan anda dan isikan
mana-mana ruang yang berkenaan.
1. Nama : ____________________________________________________
2. Jantina : Lelaki
Perempuan
3. Umur : 16 – 24 tahun 25 – 34 tahun
35 – 44 tahun 45 ke atas
4. Warganegara :
Bangladesh Myanmar
Indonesia Vietnam
Lain - lain
4. Tahap pendidikan, nyatakan : Rendah
Menengah
Lain-lain
5. Jenis Kerja : Bar Bender Concretor
Scaffolder Roofer
Bricklayer Tiler
Lain-lain
6. Pengalaman Bekerja :
0- 5 tahun
6 – 10 tahun
11 – 15 tahun
16 – 20 tahun
Lebih daripada 21 tahun
7. Nama syarikat :
8. Cop Syarikat/Tandatangan
110
ARAHAN : Sila tandakan (/) mengikut skala yang dinyatakan di bawah.
1 2 3 4 5
Sangat tidak
puas hati
Tidak Puas
hati
Tidak pasti Puas hati Sangat puas
hati
Bil KEPUASAN TERHADAP ASPEK
PEKERJAAN
1 2 3 4 5
1
Bidang tugas saya sesuai dengan kelayakan saya
2
Berkeupayaan dalam melaksanakan tanggungjawab
kerja yang diberikan
3
Waktu kerja yang sesuai.
4
Tahap Jaminan Kerja
5 Suasana pekerjaan secara keseluruhan
BIL
KEPUASAN TERHADAP ASPEK
KEWANGAN
1 2 3 4 5
1
Gaji sesuai dengan pekerjaan.
2
Insentif kewangan, ganjaran dan pengiktirafan.
3
Majikan menyediakan sumbangan atau bantuan jika
berlaku kecederaan.
BIL KEPUASAN TERHADAP ASPEK
PENGURUSAN
1 2 3 4 5
1.
Peluang latihan dan kursus yang disediakan adalah
banyak
2
Latihan dan kursus membantu kemajuan saya di
masa depan
3
Peluang kenaikan pangkat
4 Kebajikan buruh terjaga
BIL KEPUASAN TERHADAP ASPEK SOSIAL 1 2 3 4 5
1
Hubungan dengan penyelia/ketua/majikan
2
Hubungan rakan sekerja
BAHAGIAN B : SOALAN TAHAP KEPUASAN BEKERJA BURUH ASING DI
TAPAK BINA
111
3
Kerjasama di antara pengurusan atasan dengan
bawahan
4 Motivasi dalam organisasi
BIL KEPUASAN TERHADAP ASPEK
KEMUDAHAN
1 2 3 4 5
1
Penempatan untuk pekerja
2
Pengasingan tempat tinggal mengikut kaum.
3
Penyediaan kemudahan sanitari
BIL
KEPUASAN TERHADAP ASPEK
KESELAMATAN
1 2 3 4 5
1
Pendedahan cara kerja selamat
2
Penyediaan “Personal protective equipment” (PPE)
daripada majikan
3
Keselamatan penempatan
4
Persekitaran tapak bina yang selamat dan selesa
BIL KEPUASAN TERHADAP ASPEK
KESIHATAN
1 2 3 4 5
1
Pemeriksaan kesihatan untuk pekerja.
2
Kemudahan “First Aid Kid” di tapak bina.
3
Kemudahan rawatan untuk pesakit jika berlaku
kecederaan.
4 Kawalan penyakit di tapak bina.
112
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKULTI ALAM BINA
BORANG SOAL SELIDIK
Tajuk Kajian :
TAHAP KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN BURUH
ASING DI TAPAK BINA
Saya adalah pelajar tahun akhir bagi program Ijazah Sarjana Muda Sains
(Pembinaan) di Universiti Teknologi Malaysia. Saya sedang menjalankan kajian bagi
Projek Sarjana Muda dalam bidang Sains Pembinaan . Objektif kajian ini dijalankan
adalah :
I. Untuk mengenalpasti tahap kepuasan bekerja bagi pekerja buruh asing di
tapak bina.
NAMA : AZRUL BIN MOHAMAD
KURSUS : 4SBEC
SARJANA MUDA SAINS
(PEMBINAAN)
NO. MATRIK : A13BE0009
PENYELIA : TANTISH BINTI KAMARUDDIN
Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu, :
Bahagian (A) Latar Belakang Responden
Bahagian (B) Tahap Kepuasan Bekerja Bagi Pekerja Buruh Asing Di Tapak Bina.
Segala maklumat yang diberikan adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan
kajian ilmiah semata-mata. Sila isi jawapan anda pada ruang kosong yang disediakan
dan tandakan () pada petak berkenaan.
113
BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN
Sila tandakan (/) pada petak yang berkenaan menepati jawapan anda dan isikan
mana-mana ruang yang berkenaan.
1. Nama : ____________________________________________________
2. Jantina : Lelaki
Perempuan
3. Umur : 16 – 24 tahun 25 – 34 tahun
35 – 44 tahun 45 ke atas
4. Warganegara :
Bangladesh Myanmar
Indonesia Vietnam
Lain - lain
4. Tahap pendidikan : Rendah
Menengah
Lain-lain
5. Jenis Kerja : Bar Bender Concretor
Scaffolder Roofer
Bricklayer Tiler
Lain-lain
6. Pengalaman Bekerja :
0 – 5 tahun
6 – 10 tahun
11 – 15 tahun
16 – 20 tahun
Lebih daripada 21 tahun
7. Nama syarikat :
8. Cop Syarikat/Tandatangan
114
ARAHAN : Sila tandakan () mengikut skala yang dinyatakan di bawah.
1 2 3 4 5
Sangat tidak
puas hati
Tidak Puas
hati
Tidak pasti Puas hati Sangat puas
hati
Bil KEPUASAN TERHADAP ASPEK
PEKERJAAN
1 2 3 4 5
1
Kerja sesuai dengan kemahiran?
2
Boleh buat kerja?
3
Waktu kerja ok?
4
Awak rasa boleh bekerja lama?kerja terjamin?
5 Suasana pekerjaan secara keseluruhan
BIL
KEPUASAN TERHADAP ASPEK
KEWANGAN
1 2 3 4 5
1
Gaji ok?
2
Ada elaun? Bonus? Ganjaran?
3 Majikan ada bagi duit kalau cedera?
BIL KEPUASAN TERHADAP ASPEK
PENGURUSAN
1 2 3 4 5
1.
Ada latihan?
2
Latihan bagus untuk kemajuan kerja?
3
Jika kerja bagus ada naik pangkat?
4
Bos jaga dengan baik?
BIL KEPUASAN TERHADAP ASPEK SOSIAL
1 2 3 4 5
1
Hubungan dengan penyelia/majikan? Hubungan
dengan bos baik?
2
Hubungan dengan pekerja lain ok?
BAHAGIAN B : SOALAN TAHAP KEPUASAN BEKERJA BURUH ASING DI
TAPAK BINA
115
3 Ada kerjasama dalam bekerja?
4
Ada motivasi kerja?
BIL KEPUASAN TERHADAP ASPEK
KEMUDAHAN
1 2 3 4 5
1
Tempat tinggal ok?
2
Ada tempat tinggal asing ikut kaum?
4
Ada kemudahan kantin, tandas?
BIL
KEPUASAN TERHADAP ASPEK
KESELAMATAN
1 2 3 4 5
1
Bos ada ajar cara kerja selamat?
2
Bos ada suruh pakai „safety helmet? Kasut? Sarung
tangan?
3
Tempat tinggal selamat?
4
Temapat kerja selamat?
BIL KEPUASAN TERHADAP ASPEK
KESIHATAN
1 2 3 4 5
1
Ada buat pemeriksaan kesihatan?
2
Ada sedia “First Aid Kit” ?
3 Ada rawatan untuk pesakit?
4
Ada spray nyamuk? Kawalan penyakit?
Recommended