View
258
Download
6
Category
Preview:
Citation preview
TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN
PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN
NURUL AFIDAH BINTI MOHD SEBRY
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS����
JUDUL: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN
AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya NURUL AFIDAH BINTI MOHD SEBRY
( HURUF BESAR )
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan (���� )
SULIT Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh:
__________________________ __________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: 191 KEDAI JAHIT CHERANG PROF. DR. ISMAIL BIN
RUKU, 16700 PASIR PUTEH KAILANI
KELANTAN
Tarikh : __________________ Tarikh: ________________
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan ( Matematik )”
Tandatangan : ……………………………………………………
Nama Penyelia : PROF. DR. ISMAIL BIN KAILANI
Tarikh : …………………………………………………….
TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN
AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN
NURUL AFIDAH BINTI MOHD SEBRY
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya Kajian Tahap dan Punca Tekanan dalam Kalangan Pelajar Tahun
Akhir Fakulti Pendidikan adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………………………………………….......
Nama : NURUL AFIDAH BINTI MOHD SEBRY
Tarikh : ……………………………………..…...........
iii
DEDIKASI
Khas Buat Ahli Keluarga dan Insan Tersayang
Mohd Sebry Bin Mohd Noor
Azizah Binti Ismail
Nur Jaihafakiha
Nurul Atikah
Nur Halida
Mohamad Nazir
Umi Habibah
Nur Satinah
Zulfa Nafilah
Nur Adnin Husna
Mohd Azizan Bin Suarin
Noor Ain Binti Azamudin
Terima kasih yang tidak terhingga atas dorongan dan kasih sayang kalian...
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat juga saya
menyiapkan projek sarjana muda (PSM) saya dengan jayanya.
Terima kasih yang tidak terhingga buat kedua ibu bapa saya, Azizah Ismail dan
Mohd Sebry Mohd Noor yang tidak pernah putus memberi dorongan dan sokongan
kepada saya. Sesungguhnya kalian berdua nadi hidupku. Terima kasih yang tidak
terhingga buat seisi keluarga yang lain kerana sentiasa menyokong apa jua keputusan
saya.
Terima kasih juga ditujukan khas buat penyelia PSM, Prof Dr Ismail Bin
Khailani yang banyak membantu saya dalam menyiapkan projek ini. Sesungguhnya prof
banyak membantu saya dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan PSM.
Buat kawan-kawan seperjuangan, terima kasih kerana banyak membantu saya
dalam menempuhi kehidupan sebagai seorang pelajar di UTM. Semoga ukwah yang
dibina akan berkekalan selamanya.
Akhir sekali, buat insan yang secara lansung dan tidak lansung yang membantu
saya dalam menjayakan PSM ini. Sesungguhnya, jasa dan pertolongan kalian tidak
akan dilupakan dan hanya yang maha esa dapat membalasnya.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap dan punca yang menyebabkan tekanan
dalam kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan (FP), Universiti Teknologi
Malaysia. Kaedah pengurusan tekanan dalam kalangan pelajar juga ingin dikenalpasti
dalam kajian ini. Punca tekanan yang ingin dikaji dalam kajian ini adalah dari aspek
bebanan akademik berlebihan, hubungan interpersonal pelajar dan jangkaan akademik
berlebihan. Kajian ini dijalankan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi
42 item sebagai bahan untuk mendapatkan data dan maklumat. Seramai 138 orang
pelajar tahun akhir FP terlibat dalam kajian ini. Data yang diperolehi dianalisis dalam
bentuk statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science Version (SPSS). Kaedah analisis deskriptif yang digunakan
ialah kekerapan, peratusan dan min skor bagi mengenalpasti tahap stres, faktor-faktor
penyebab stres dan strategi pengurusan stres di kalangan pelajar. Hasil kajian
menunjukkan tahap tekanan pelajar ialah sederhana. Punca jangkaan akademik
berlebihan daripada ibu bapa dan pelajar itu sendiri merupakan penyebab utama tekanan
dalam kalangan pelajar diikuti dengan aspek bebanan akademik berlebihan dan
hubungan interpersonal. Manakala, kaedah pengurusan tekanan yang paling biasa
diamalkan oleh pelajar ialah menggunakan teknik relaxing (istirehat). Diharapkan
maklumat daripada tulisan ini akan memberikan kesedaran dan manfaat bagi semua
mengenai isu berkaitan dengan tekanan.
vi
ABSTRACT
The aims of this study are to identify the level and cause of stress among final
year students in the Faculty of Education (FOE), Universiti Teknologi Malaysia. Stress
management methods among students also want to be identified in this study. The
causes of stress to be investigated in this study are in the aspect of excessive burden
academic, interpersonal relationships and high expectations of student academic
performance. The study was conducted using a questionnaire containing 42 items as a
form to obtain data and information. A total of 138 final year students of FOE involved
in the study. Data obtained was analyzed in the form of descriptive statistics and
intervention by using Statistical Package for Social Science (SPSS). Method used for
descriptive analysis are frequency, percentage, and min scores for identifying the level
of stress, factors cause stress and stress management strategies among students. Study
results showed the level of student stress is moderate. Cause of high academic
expectations from parents and students themselves is a major cause of stress among
students, followed by aspects of the burden of excessive academic and interpersonal
relationships. Meanwhile, stress management methods most commonly practiced by
students is to use relaxing techniques (rest). It is expected that the information from this
study will provide greater awareness and benefit to all regarding the issue of stress.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kerangka Konseptual Kajian 7
1.7 Definisi Istilah 8
1.7.1 Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan 8
1.7.2 Pentadbir Fakulti Pendidikan 8
viii
1.7.3 Ibu Bapa Pelajar 9
1.8 Batasan Kajian 9
1.9 Kepentingan Kajian 10
1.9.1 Tekanan 10
1.9.2 Pelajar Tahun Akhir FP 10
1.9.3 Jangkaan Akademik Berlebihan 11
1.9.4 Hubungan Interpersonal 11
1.9.5 Bebanan Akademik Berlebihan 11
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Definisi Tekanan 12
2.2 Jenis Tekanan 14
2.3 Faktor Tekanan Dalam Kalangan Pelajar 15
2.4 Kajian-Kajian Lepas Mengenai Tekanan 19
2.5 Simptom dan Tanda Tekanan 21
2.6 Kesan Tekanan 22
2.7 Kaedah Pengurusan Tekanan 23
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 29
3.3 Tempat dan Jangkamasa Kajian 30
3.4 Populasi Kajian 30
3.5 Instrumentasi 31
3.5.1 Bahagian A: Demografi Responden 32
3.5.2 Bahagian B: Tahap Tekanan Pelajar 32
3.5.3 Bahagian C: Punca Tekanan Pelajar 33
3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan
Tekanan Pelajar
34
ix
3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat 34
3.7 Kajian Rintis 35
3.8 Analisis Data 36
BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 37
4.2 Analisis Item 38
4.2.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina 39
4.2.2 Bilangan Responden Mengikut Kursus 39
4.2.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 40
4.2.4 Punca Tekanan Pelajar 44
4.2.5 Punca Tekanan Pelajar Dari Aspek
Bebanan Akademik Berlebihan
45
4.2.6 Punca Tekanan Pelajar Dari Aspek
Hubungan Interpersonal
46
4.2.7 Punca Tekanan Pelajar Dari Aspek
Jangkaan Akademik Secara Berlebihan
48
4.2.8 Punca-Punca Tekanan Lain 50
4.2.9 Langkah Pengurusan Tekanan Pelajar
Tahun Akhir FP
52
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 56
5.2 Ringkasan Kajian 56
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 57
5.3.1 Tahap Tekanan 57
5.3.2 Punca Tekanan 58
5.3.3 Punca Tekanan Lain 61
x
5.3.4 Kaedah Pengurusan Tekanan 62
5.4 Rumusan Kajian 63
5.5 Cadangan Kajian 64
5.5.1 Pelajar 64
5.5.2 Fakulti Pendidikan 65
5.5.3 Ibu Bapa 65
5.6 Cadangan Kajian Masa Hadapan 66
5.7 Penutup 68
RUJUKAN 69
SENARAI LAMPIRAN 74
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Bilangan Sampel Mengikut Empat Kursus Di
Fakulti Pendidikan
31
3.2 Skala Item Berkaitan Dengan Tahap Tekanan
Pelajar
33
3.3 Interpretasi Nilai Min 33
3.4 Skala Item Berkaitan Punca Tekanan Pelajar 34
3.5 Taburan Item Soal Selidik 34
3.6 Tahap Tekanan Pelajar Dan Skor 36
4.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina 39
4.2 Bilangan Responden Mengikut Kursus 39
4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41
4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 42
4.5 Punca Tekanan Pelajar Dari Aspek Bebanan
Akademik Berlebihan
45
4.6 Punca Tekanan Pelajar Dari Aspek Hubungan
Interpersonal
47
4.7 Punca Tekanan Pelajar Dari Aspek Jangkaan
Akademik Secara Berlebihan
48
4.8 Punca-Punca Lain Tekanan Pelajar Tahun Akhir
FP
50
xii
NO JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
4.9 Lain-Lain Punca Tekanan 52
4.10 Langkah Pengurusan Tekanan Pelajar Tahun
Akhir FP
53
4.11 Lain-Lain Langkah Pengurusan Tekanan 54
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA
SURAT
1.1 Kerangka Konseptual Kajian 7
4.1 Bilangan Responden Mengikut Kursus 40
4.2 Punca-Punca Lain Tekanan Pelajar
Tahun Akhir FP
51
4.3 Langkah Pengurusan Tekanan Pelajar
Tahun Akhir FP
53
xiv
SENARAI SINGKATAN
DASS42 - Depression Anxiety Stress Scale 42
FP - Fakulti Pendidikan
SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kimia
SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik
SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
Kimia
SPM - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Matematik
SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains
SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
Fizik
SPSS (V13.0) - Statistical Package for Social Science Version 13.0
SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
Matematik
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Soal Selidik 74
B Nilai Alpha Bahagian B Soal Selidik 80
C Nilai Alpha Bahagian C Soal Selidik 82
D Pengesahan Instrumen Kajian 85
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam menjalani kehidupan seharian, adalah mustahil bagi seseorang individu
untuk tidak mempunyai masalah. Setiap individu pasti akan di belenggu masalah tidak
kira masalah itu masalah yang besar ataupun masalah yang kecil. Masalah-masalah
yang menggangu setiap individu telah menyebabkan masalah yang lain kepada individu
tersebut iaitu stres atau tekanan. Penyelidik berminat untuk mengkaji tahap dan punca
tekanan dalam kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan. Tekanan dilihat sebagai
sesuatu yang sinonim dengan pelajar kerana mengikut kajian Ida Hartina (2006),
melaporkan bahawa tekanan merupakan kebiasaan dalam kalangan pelajar institusi
pengajian tinggi. Pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan dipilih sebagai subjek kajian
kerana mereka dilihat sebagai subjek yang penting untuk di beri perhatian
memandangkan pelajar-pelajar ini yang akan memegang tunggak pendidikan negara
tidak lama lagi.
Penyelidik juga berminat untuk mengkaji punca atau sumber tekanan pelajar
tahun akhir Fakulti Pendidikan. Terdapat banyak sumber yang menyebabkan tekanan
dalam kalangan pelajar universiti namun penyelidik hanya memfokuskan kepada tiga
punca tekanan iaitu beban akademik berlebihan dari aspek masa dan bebanan tugasan,
2
hubungan interpersonal antara pelajar dengan ibu bapa, rakan-rakan dan pensyarah, serta
jangkaan akademik berlebihan daripada ibu bapa pelajar dan pelajar itu sendiri. Ketiga-
tiga sumber tekanan ini dikaji kerana banyak kajian-kajian lepas membincangkan
tentang sumber-sumber tekanan ini dalam kajian mereka. Mengikut Abouserie (1994),
kajiannya mendapati punca utama tekanan dalam kalangan pelajar adalah disebabkan
oleh aspek akademik seperti peperiksaan, tugasan yang terlalu banyak, kehendak diri
untuk mencapai keputusan yang terbaik dan melaksanakan projek kelas. Penyelidik juga
ingin mengenalpasti kaedah pengurusan tekanan yang biasa diamalkan dalam kalangan
pelajar ini. Jadi bab ini akan membincangkan tentang latar belakang masalah,
pernyataan masalah, objektif dan persoalan kajian, kepentingan kajian ini dilaksanakan,
batasan kajian dan definisi-definisi istilah yang digunakan dalam kajian ini.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam mengharungi kehidupan seharian, pelbagai masalah dan rintangan
membelenggu fikiran dan jiwa seseorang individu. Sebagai hasil tindak balas terhadap
masalah dan rintangan ini, individu akan sentiasa mencuba sesuatu untuk menyelesaikan
masalah tidak kira apa jua cara yang digunakan. Hal ini juga berlaku kepada individu
yang terpaksa berhadapan dengan tekanan terutamanya pelajar. Banyak kajian
melaporkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara tekanan dengan pelajar
universiti (Greenberg & Valletutti, 1980, dalam Norlizawati, 2006). Terlalu banyak
tekanan boleh mengganggu persediaan, tumpuan dan pencapaian pelajar (Norlizawati,
2006).
Apakah yang dimaksudkan dengan tekanan secara khususnya? Terdapat banyak
maksud tekanan telah ditafsir oleh ramai pengkaji-pengkaji terdahulu. Namun,
mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), tekanan ialah sesuatu yang menekan
dengan kuat atau berupa desakan dan paksaan serta emosi yang mengganggu perjalanan
fikiran seseorang. Ia juga merujuk kepada ketegangan, kerisauan dan keletihan.
3
Menurut Dr. Abd. Rahman, ransangan yang berpadu, berlarutan, tidak boleh dikawal
dan tidak ketentuan lebih mudah menyebabkan tekanan (Shafinaz, 2006). Tekanan
adalah perkara yang biasa dalam kehidupan seseorang kerana tidak seorangpun di dunia
ini boleh terlepas dari menghadapi tekanan. Menurut Hans Seyle (1978), dalam
bukunya, The Stress of Life, no one can live without experiencing some degree of stress
at all. Phrasa ini jelas menunjukkan bahawa setiap individu pasti mengalami atau
menghadapi tekanan dalam hidup mereka dan kemungkinan darjah tekanan yang dialami
setiap individu berbeza dengan individu yang lain.
Mengikut Cordon (1997), kebiasaanya tekanan digunakan untuk menerangkan
pelbagai perasaan dan reaksi negatif yang berkaitan dengan situasi yang mencabar.
Namun, tidak semua reaksi tekanan adalah negatif. Tahap stres yang rendah atau sedikit
sebenarnya perlu untuk terus bertahan. Menurut Dr. Abd Rahman, tekanan yang
sederhana boleh menjadi satu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan
minda bekerja dengan baik (Shafinaz, 2006). Pelajar yang mentafsir tekanan sebagai
sesuatu yang positif akan menjadi pendorong untuk pelajar tersebut terus berusaha
dalam pelajarannya. Ini selari dengan pendapat Dr. Abd Rahman (dalam Shafinaz,
2006) yang melaporkan bahawa tekanan yang sederhana di kalangan pelajar ini
bagaimanapun ada baiknya bagi meransang mereka belajar dengan lebih tekun dan
mencapai kecemerlangan, berbanding tiada tekanan lansung.
Menurut Phill dan Anna (2009), terdapat dua jenis stres iaitu eustress dan
distress. Eustress adalah sihat untuk manusia kerana ia memberi motivasi dan
keseronokan dalam hidup. Distress pula membawa maksud sesuatu yang amat
meletihkan dan mencipta satu keadaan kebimbangan yang tetap dalam diri. Konsep
eustress dan distress ini dipopularkan oleh Hans Selye bagi menerangkan tekanan yang
baik dan tekanan yang tidak baik (Selye, 1978). Jadi, adalah penting untuk seseorang
pelajar mengetahui jenis tekanan yang dihadapi kerana ini dapat membantu mereka
dalam menguruskan kehidupan seharian. Kebijaksanaan dan kemampuan seseorang
dalam menguruskan tekanan dengan baik adalah penting supaya ransangan dan tuntutan
yang diterima dapat di kawal. Terdapat tiga punca-punca utama tekanan. Menurut
4
Girdano dan Everly (1988), dalam buku mereka Controlling Stress and Tension, tiga
penyebab utama tekanan atau stressor ialah tekanan dari segi psikososial, bilologikal
dan personaliti.
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk mengkaji punca tekanan dari
aspek psikososial. Namun, psikososial terbahagi kepada empat iaitu penyesuaian,
kekecewaan, bebanan dan pengurangan (Girdano&Everly, 1988). Pengkaji telah
mengecilkan skop kajian dengan memilih hanya punca tekanan dari aspek bebanan
berlebihan sebagai punca tekanan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan di UTM
Skudai. Tiga punca tekanan berkaitan dengan bebanan yang dialami oleh pelajar telah
dikenalpasti oleh penyelidik iaitu bebanan akademik berlebihan, hubungan
intrapersonal, dan jangkaan akademik secara berlebihan. Bebanan akademik berlebihan
yang ingin dikenalpasti adalah dari aspek masa dan tugasan akademik, hubungan
intrapersonal pelajar dengan ibu bapa, rakan-rakan dan pensyarah, serta jangkaan
akademik secara berlebihan oleh ibu bapa dan pelajar tersebut. Sumber-sumber tekanan
ini dikenalpasti sebagai sumber yang paling utama penyebab tekanan dalam kalangan
pelajar kerana mengikut Rocha-Singh (1994, dalam Nonis, Hudson, Logan, & Ford,
1998), kekangan waktu, tekanan kewangan, beban kerja akademik, dan masalah
hubungan interpersonal dengan pensyarah, rakan sebaya, dan lain-lain memberikan
sumbangan signifikan terhadap tekanan dalam kalangan pelajar.
Dalam kajian ini, pengkaji memilih responden dalam kalangan pelajar jurusan
perguruan kerana pengkaji berpendapat, golongan pelajar yang mengambil kursus
perguruan merupakan golongan yang perlu diberi perhatian berkaitan isu tekanan di
universiti. Pengkaji memilih pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan sebagai skop kajian
kerana pada tahun akhir pengajian di universiti, pelajar terpaksa berdepan dengan
pelbagai bebanan kerja. Tambahan pula, pertambahan kerja-kerja akademik yang lain
seperti Projek Sarjana Muda (PSM) mungkin menambahkan stres pelajar. Ini kerana,
hanya pelajar yang mencapai taraf tahun akhir sahaja di dimestikan melaksanakan PSM.
5
Penyelidik berpendapat, isu berkaitan tekanan dalam kalangan pelajar perlu di
ambil berat kerana menurut Selye (1956), mengenalpasti bahawa tekanan yang teruk dan
berpanjangan boleh menyebabkan kerosakan tisu badan dan menyebabkan penyakit.
Walaubagaimanapun, adalah penting untuk menyeimbangkan antara tekanan yang teruk
dan tekanan yang biasa kerana kedua-duanya boleh menyebabkan kesan yang tidak
dapat dijangka (Lovallo, 1997). Menurut Dr. Abd. Rahman, seseorang yang mengalami
tekanan berpanjangan lebih cenderung untuk melibatkan diri dengan pengambilan kafein
yang berlebihan, merokok, mengambil alkohol dan terlibat dengan penyalahgunaan
dadah bagi mengurangkan tekanan (Shafinaz, 2006). Perkara ini merupakan sesuatu
yang membimbangkan kerana golongan pelajar adalah golongan yang mudah
terpengaruh. Jadi, kajian ini adalah penting bagi pelajar mengetahui tahap dan punca
tekanan mereka dan seterusnya mengambil langkah-langkah pengurusan tekanan yang
bijak agar dapat mengelakkan diri dari penyakit dan najis dadah. Ini adalah penting
kerana golongan ini yang akan memegang tunggak pendidikan dan pentadbiran negara
suatu hari nanti.
1.3 Pernyataan Masalah
Kebanyakan matapelajaran yang diambil pada tahun akhir pengajian adalah
matapelajaran yang sukar dan boleh menyebabkan tekanan dalam kalangan pelajar.
Hasil kajian Abouserie, 1994; Archer & Lamnin, 1985; Britton & Tesser, 1991; Kohn &
Frazer, 1986, menyatakan bahawa pelajar terpaksa berhadapan dengan sumber tekanan
akademik yang utama dari segi menduduki peperiksaan, persaingan gred antara pelajar
lain, dan isi kandungan matapelajaran yang banyak dan perlu dikuasai dalam masa yang
singkat (Misra & McKean, 2000). Selain itu juga, pertambahan kerja-kerja akademik
seperti PSM dan kerja kursus boleh menambahkan lagi tekanan bebanan pelajar.
Kekangan dari segi masa boleh menyebabkan tekanan kepada pelajar yang terpaksa
berkejar dengan pelbagai kerja kursus yang perlu dihantar dan dalam masa yang sama
perlu memahami setiap isi kandungan matapelajaran. Namun adakah pelajar-pelajar
6
tahun akhir FP turut mengalami tekanan berkaitan dengan sumber tekanan yang
dibincangkan? Jadi, penyelidik amat berminat untuk mengenalpasti adakah kumpulan
pelajar ini mengalami tekanan sepertimana pelajar-pelajar tahun akhir di institusi-
institusi lain dalam kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum ini.
1.4 Objektif Kajian
Secara khususnya, kajian ini dilaksanakan bertujuan:
1.4.1 Mengukur tahap tekanan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan.
1.4.2 Mengenalpasti punca tekanan yang paling dominan dalam kalangan
pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan antara tiga jenis sumber tekanan
iaitu bebanan akademik berlebihan, hubungan interpersonal dan
jangkaan akademik secara berlebihan.
1.4.3 Mengenalpasti kaedah pengurusan tekanan yang biasa diamalkan pelajar
tahun akhir Fakulti Pendidikan.
Recommended