View
30
Download
2
Category
Preview:
DESCRIPTION
exam
Citation preview
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
SULIT Fizik Kertas 2 Set 1 2 Jam
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN 2001
Fizik Kertas 2
Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU.
1. Kertas soalan ini
mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan kepada Bahagian A hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan. Langkah penting dalam kerja kira mengira hendaklah ditunjukkan.
4. Jawapan kepada Bahagian B hendaklah ditulis pada kertas tulis yang disediakan. Anda diminta menjawab dengan lebih panjang untuk Bahagian B, tetapi jawapan mestilah jelas dan logik. Dalam jawapan anda, persamaan, gambar rajah, jadual, graf dan cara lain yang sesuai untuk menjelaskan jawapan anda boleh digunakan.
5. Buku sifir matematik disediakan. 6. Kalkulator boleh digunakan.
Untuk Kegunaan Pemeriksa
Bahagian Soalan Markah 1 2
A 3 4 5 6 1
B 2 3
4
Jumlah
Nama: Kelas :
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 2 of 29
Nama: Tingkatan: SULIT 4531/2 Fizik Kertas 2 2 21 jam
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN 2001
FIZIK Kertas 2
Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU.
1. Kertas soalan ini mengandungi dua
bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A
dan dua soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan kepada Bahagian A hendaklah
ditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan. Langkah penting dalam kerja kira mengira hendaklah ditunjukkan.
4. Jawapan kepada Bahagian B hendaklah ditulis pada kertas tulis yang disediakan. Anda diminta menjawab dengan lebih panjang untuk Bahagian B, tetapi jawapan mestilah jelas dan logik. Dalam jawapan anda, persamaan, gambar rajah, jadual, graf dan cara lain yang sesuai untuk menjelaskan jawapan anda boleh digunakan.
5. Buku sifir matematik disediakan. 6. Kalkulator boleh digunakan.
Untuk Kegunaan Pemeriksa
Bahagian Soalan Markah 1 2
A 3 4 5 6 1
B 2 3
4
Jumlah
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 3 of 29
Maklumat yang berikut mungkin berfaedah (simbol-simbol mempunyai makna yang biasa):
1.v u
at-=
2. Momentum mv= 3. F ma=
4. Tenaga kinetik = 212
mv
5. Tenaga keupayaan = mgh
6. mv
r =
7. Haba, Q mcq=
8. PV
pemalarT
=
9. 2E mc= 10. v f l= 11. 210g m s -=
12. Tenaga
KuasaMasa
=
13. Halaju cahaya = 8 13 x 10 m s- 14. 1 eV = -191.6 x 10 J 15. Ketumpatan air = 1000 kg m-3
16. axD
l =
17. T 2lg
p=
KERTAS SOALAN TAMAT
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 4 of 29
JAWAPAN KERTAS MODEL: SET 1/2001
BAHAGIAN A
[60 markah]
Jawab semua soalan dalam bahagian ini.
A B C D
Rajah 1 1. Rajah 1 menunjukkan salah satu acara 100 m dalam acara sukan yang
berlangsung di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur. Watson berlari di lorong A, Suchart berlari di lorong B, Vincent berlari di lorong C dan Justi berlari di lorong D, masing-masing dengan kepantasan 10.08 saat, 10.18 saat, 10.12 saat dan10.24 saat. Gambar larian mereka dirakamkan dengan kamera pada frekuensi 50 hz.
(a) Daripada penyataan di atas, senaraikan semua kuantiti fizik yang terlibat kepada dua kumpulan mengikut cirinya. .............................................................................................................. ..............................................................................................................
[2 markah]
(b) Beza jarak setiap pelari adalah 0.2 m mengikut kepantasan apabila Suchart sampai ke garisan penamat.
(i) Hitung halaju Justi pada ketika Suchart menamatkan larian. .....................................................................................................
..................................................................................................... [2 markah]
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 5 of 29
(ii) Berapakah pecutan yang perlu dilakukan oleh Justi untuk mengatasi Watson sebelum garisan penamat. ..................................................................................................... .....................................................................................................
[2 markah]
(c) (i) Lakarkan graf halaju masa bagi kedudukan setiap pelari semasa gambar dirakamkan.
[2 markah]
(ii) Jika Suchart, Watson, Vincent dan Justi masing-masing berjisim 55kg, 60kg, 55kg dan 60kg dan masa yang diambil untuk menamatkan larian seperti dalam soalan di atas, apakah inferens yang boleh anda buat tentang pelajar yang mengambil masa paling singkat untuk sampai ke garisan penamat? Tandakan ( ) untuk inferens yang sesuai. Pelari yang berlari lebih laju sampai lebih awal. Pelari yang berjisim lebih kecil sampai lebih awal. Pelari yang mempunyai kuasa tinggi sampai lebih awal.
[1 markah]
(d) Kesemua pelari tidak berhenti serta-merta apabila mereka tiba ke garisan penamat. Terang dan namakan kejadian ini. ..................................................................................................... .....................................................................................................
[2 markah]
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 6 of 29
Neraca spring
Air
Rajah 2
2. Sebuah bongkah Z digantung dalam udara dan kemudian digantung dalam air seperti dalam Rajah 2. Langkah tersebut diulang dengan menggantikan air dengan alkohol. Keputusan yang didapati adalah seperti berikut:
Berat bongkah dalam udara = 4 N Berat bongkah dalam air = 1 N Berat bongkah dalam alkohol adalah = x N. [ Diberi ketumpatan air adalah 1000kgm-3 dan ketumpatan alkohol adalah 800 kgm-3 ]
(a) (i) Cari ketumpatan bongkah itu.
[2 markah ]
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 7 of 29
(ii) Berapakah bacaan x apabila bongkah direndam dalam alkohol.
..................................................................................................... [2 markah ]
(b) Bandingkan daya tujahan antara air dan alkohol dan seterusnya
nyatakan faktor yang mempengaruhinya.
[2 markah] (c) Semakin tinggi ketumpatan cecair, semakin ringan satu jasad yang
tenggelam di dalamnya. (i) Terangkan maksud ringan dalam penyataan di atas.
..................................................................................................... [1 markah]
(ii) Namakan prinsip yang terlibat dalam penyataan di atas
.................................................................................................... [1 markah]
70m
25m
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 8 of 29
Rajah 3
3. Seorang penunggang motosikal cuba merentas gaung seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3 dengan memandu secara mengufuk melepasi tebing tinggi. Penunggang dengan motosikalnya yang melepasi tebing tinggi itu dengan laju 50 ms-1 hampir-hampir tidak sampai tebing tinggi yang bertentangan. [Anggapkan rintangan udara boleh diabaikan.]
(a) (i) Nyatakan perubahan tenaga yang berlaku semasa penunggang merentasi gaung. .....................................................................................................
[1 markah] (ii) Mengapakah penunggang tidak terus jatuh ke dalam gaung?
..................................................................................................... .....................................................................................................
[2 markah] (b) Cari laju penunggang dengan motosikalnya apabila tiba di tebing tinggi
bertentangan. ..............................................................................................................
[2 markah] (c) (i) Penunggang motosikal perlu memastikan bunga tayar motornya
dalam keadaan terbaik.Terangkan. ..................................................................................................... .....................................................................................................
[2 markah]
(ii) INK iaitu indeks kerosakan maksimum untuk anggota kepala manusia adalah 1000. Penunggang motosikal menggunakan topi keledar bagi tujuan keselamatan. Namakan alat keselamatan lain yang digunakan dalam kenderaan. ..................................................................................................... .....................................................................................................
[1 markah ]
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 9 of 29
4. Jadual berikut menunjukkan jisim bagi unsur radioaktif dalam unit jisim atom (u.j.a).
Unsur Radioaktif Jisim / u.j.a Kripton-92 91.8973 Barium-141 140.9139 Uranium-235 235.0439 Neutron 1.0087
Persamaan berikut menunjukkan tindak balas nuklear yang berlaku dalam sebuah reaktor nuklear. 235 U + 1 n 141 Ba + 92 Kr+ 3 1 n + Tenaga 92 0 56 36 0
(a) (i) Tenaga yang dihasilkan ialah 2E mc= Apakah yang dimaksudkan dengan m itu? .....................................................................................................
[1 markah ] (iii) Hitungkan jisim m.
[2 markah ]
(b) (i) Hitungkan jumlah tenaga yang terbebas bila 1 g 235 U mengalami proses pembelahan.
[2 markah]
(ii) Jika uranium di atas dibedil dengan neutron lemah, ia akan
menyerap satu neutron. Pada masa yang sama , ia akan mengeluarkan dua zarah beta untuk menghasilkan nuklid yang baru, P . Sebutkan nombor jisim dan nombor atom bagi nuklid ini.
..................................................................................................... [2 markah]
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 10 of 29
(c) Reaktor nuklear selalunya dibina berdekatan dengan sungai. Terangkan. .............................................................................................................
[ 1 markah] 5. Maryam mengemas rumah sambil mendengar radio. Apabila ia mula
menghidupkan pembersih vakumnya didapati siaran radio terganggu. (a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan gelombang radio?
.....................................................................................................
[1 markah]
(ii) Siaran FM yang dipilih adalah 98.3 MHz. Nyatakan frekuensi gelombang itu dalam unit Hz .....................................................................................................
[1 markah]
(iii) Mengapakah gelombang perlu dimodulasikan? .....................................................................................................
..................................................................................................... [2 markah]
(b) Dalam sebuah litar penerima radio ringkas, isyarat maklumat dan
gelombang pembawa perlu diasingkan. (i) Namakan proses pengasingan ini.
....................................................................................................
(ii) Namakan komponen yang berfungsi untuk tujuan (i) di atas. .................................................................................................... ....................................................................................................
[2 markah]
(c) Jika dua pembesar suara yang serupa disambung kepada radio Maryam dan diletakkan di kawasan lapang di halaman rumahnya, didapati bunyi kuat dan lemah terhasil apabila dia berjalan 4 meter selari di sepanjang pembesar suara tersebut.
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 11 of 29
(i) Namakan fenomena tersebut.
.................................................................................................. [1 markah]
(ii) Dengan bantuan gambar rajah tunjukkan bagaimana kejadian
itu berlaku.
[3 markah] 6. (a) Setiap unit atom mengandungi nukleus di bahagian tengah dan elektron
yang bergerak di sekelilingnya. Pada masa yang sama, spin elektron bergerak pada paksinya. Pergerakan ini telah menghasilkan medan magnet. Oleh itu setiap atom mempunyai sifat kemagnetan individu. Kemagnetan bahan boleh diukur menggunakan alat elektromagnet.
(i) Namakan satu alat elektromagnet yang anda tahu. .................................................................................................
[1 markah]
(ii) Nyatakan bagaimana elektromagnet dapat berfungsi ....................................................................................................
[2 markah]
(b) Rajah 4 menunjukkan sebatang magnet bar yang diayunkan berdekatan satu gegelung yang disambung kepada satu sel kering.
Magnet bar
Rajah 4
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 12 of 29
(i) Lakarkan graf bagi perubahan arus I dalam gegelung melawan masa, t.
[1 markah]
(ii) Jika sel kering digantikan dengan galvanometer dan magnet bar
digerakkan ke dalam gegelung, apakah yang berlaku? Jelaskan. .....................................................................................................
..................................................................................................... [2 markah]
BA
BA
C
P
Q
R
S
X
Rajah 5 7. Rajah 5 menunjukkan gabungan get logik A, B dan C untuk menghasilkan get
logik yang agak canggih. (a) (i) Namakan get logik A, B dan C
.................................................................................................... ....................................................................................................
.................................................................................................... [3 markah]
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 13 of 29
(ii)i Jika input P adalah 0011 dan Q adalah 0101, bina jadual kebenaran untuk menghasilkan output pada X .
[4 markah] (b) (i) Namakan satu get logik yang boleh mewakili gabungan get logik
pada Rajah 5 di atas. ....................................................................................................
[1 markah]
(ii) Lukiskan simbol bagi get logik di b(i)
[1 markah]
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 14 of 29
BAHAGIAN B
[40 markah] Jawab dua soalan daripada bahagian ini. Markah maksimum yang diperuntukkan ditunjukkan dalam kurungan pada tiap-tiap soalan atau ceraian soalan. 1. (a) Seorang pelajar menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji
hubungan antara tempoh ayunan ,T, sebuah spring dengan jisim m , beban. Daripada keputusan eksperimen, satu graf T2 melawan m dilukiskan.
(i) Senaraikan radas yang mungkin perlu untuk menjalankan eksperimen ini.
[2] (ii) Nyatakan pemboleh ubah yang beroperasi dalam eksperimen di
atas.
[3] (b) Keputusan yang dicatatkan adalah seperti di bawah.
Jisim,m/g 20 40 60 80 100 Tempoh, T2/s2 0.1 0.2 0.3 0.4 0.5
(i) Lukiskan graf yang mungkin diperoleh dan nyatakan inferens anda tentang graf tersebut.
[6] (ii) Tuliskan satu persamaan yang mewakili hubungan di atas.
[2]
(c) (i) Berapakah tempoh ayunan spring , dalam s, jika jisim beban ialah 50g.
[2]
(ii) 'Semakin panjang spring semakin besar tempoh ayunan' Dengan bantuan gambar rajah, buktikan penyataan di atas dan beri dua contoh penggunaan spring dalam kehidupan seharian.
[5] 2. Seorang pelajar menunggang basikalnya dengan kelajuan malar. Pelajar itu
dikatakan berada dalam keseimbangan semasa menunggang .
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 15 of 29
(a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan daya? [2]
laju malar roda basikal
(ii) Jika roda basikalnya disinari oleh sebuah stroboskop elektronik yang berkelip 50 kali sesaat, putarannya kelihatan terbeku. Jelaskan mengapa. Seterusnya hitungkan masa yang paling lama untuk roda itu membuat satu pusingan lengkap.
[3] (iii) Anda dibekalkan dengan dua takal licin, benang nombor 8, jisim
50g, 100g dan 70 g dan radas lain yang sesuai. Huraikan satu eksperimen untuk menunjukkan keadaan keseimbangan.
[8] (b) Satu jasad pegun berjisim 3.5 kg meletup kepada tiga cebisan , P, Q
dan R yang masing-masing berjisim 0.5 kg, 1.5 kg dan 1.5 kg dengan halaju 4.0 ms-1, v ms-1 dan 5.0 ms-1 seperti dalam rajah di bawah.
Q P
R
V
(i) Hitungkan magnitud v . [4]
(ii) Tunjukkan vektor P, Q dan R dalam satu segi tiga daya. [3]
3. Dalam satu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara beza keupayaan dengan arus, didapati voltan berkadar langsung dengan arus. Arus yang kecil digunakan untuk memastikan dawai rintangan yang digunakan dalam eksperimen tidak dipanaskan supaya suhunya dianggap tetap.
(a) (i) Namakan hukum yang terlibat dalam penyataan di atas. [2]
(ii) Selain suhu dan panjang konduktor, nyatakan faktor-faktor lain yang mempengaruhi rintangan konduktor.
[3]
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 16 of 29
(iii) 'Semakin panjang dawai semakin tinggi rintangan satu konduktor.' Berdasarkan penyataan di atas reka bentuk satu eksperimen untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan konduktor. [9]
(b) 'Kehilangan voltan' berlaku kerana tenaga elektrik telah digunakan untuk mengatasi 'rintangan dalam' satu sel apabila arus mengalir melaluinya. Terangkan apa yang dimaksudkan dengan 'kehilangan voltan' dan 'rintangan dalam'.
[2] (c)
Suis
V
W9
r
(a)
2.2
1.8
tst/s
v/v
(b)
Suatu sel disambung dalam litar yang ditunjukkan dalam rajah a. Graf dalam rajah b menunjukkan bacaan voltmeter , V dengan masa t. Jika ts ialah masa suis ditutup, tentukan
(i) d.g.e.sel. (ii) arus mengalir melalui perintang 9W itu. (iii) rintangan dalam sel.
[4]
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 17 of 29
4. Semikonduktor jenis -n dan semikonduktor jenis-p mempunyai persamaan, iaitu dibina daripada bahan mentah silikon atau germanium, dihasilkan melaui proses pendopan dan mempunyai pembawa cas elektron dan lohong.
(a) (i) Buat satu jadual perbandingan antara semikonduktor jenis -n dan semikonduktor jenis -p.
[4]
(ii) Cantuman antara semikonduktor jenis -n dan semikonduktor jenis -p menghasilkan diod. Sambungan diod pincang songsang tidak menghasilkan pengaliran arus, manakala sambungan diod pincang depan membenarkan arus mengalir. Terangkan.
[4] (iii) Namakan proses dan fungsi diod yang membolehkan
pengaliran arus pada satu arah sahaja
[2] (b) (i) Selain daripada diod, transistor juga dibina daripada cantuman
semikonduktor. Nyatakan dua fungsi transistor.
[2] (ii) Dengan bantuan gambar rajah berlitar, terangkan satu daripada
fungsi transistor seperti jawapan anda dalam b(i) di atas
[8]
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 18 of 29
BAHAGIAN A 1. (a)
Kuantiti Asas Kuantiti Terbitan Masa Frekuensi Jarak
(b) (i) Halaju Justi = 99.4
10.02
= 9.92 ms-1
(ii) Pecutan =
Halaju Watson - Halaju JustiSela masa
= 9.78-9.92
0.02
= - 3.5 ms-1
(c) (i) Graf halaju lawan masa
V
t
(ii) Pelari yang berlari lebih laju sampai lebih awal.
(d) Kecenderungan pelari untuk meneruskan keadaan gerakan atau berada dalam keadaan asal. Kejadian ini dinamai inersia.
2. (a) (i) Daya tujahan = ketumpatan x graviti x isi padu Daya tujahan = kehilangan berat = 4 -1 Newton. = 3N
Isi padu = Daya tujahan
Graviti x Ketumpatan
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 19 of 29
= 33
10 1 10
= 3 x 10-4 m3
Ketumpatan = jisim
isi padu
= =
3 -3-4
0.4 kg1.33 10 kgm
3 10
(ii) Bacaan bongkah kayu x.
Dari rumus a (i) di atas, Daya tujahan dalam alkohol = berat cecair tersesar 4-x = ketumpatan x graviti x isi padu = 800x 10x0.0003 x = (4-2.4) N = 1.6 N
(b) Daya tujahan air adalah lebih besar daripada daya tujahan alkohol. Faktor yang mempengaruhi ialah ketumpatan.
(c) (i) Kehilangan berat (ii) Prinsip Archimedes
3. (a) (i) Tenaga keupayaan maksimum Tenaga keupayaan minimum + tenaga kinetik
(ii) Perubahan tenaga penunggang melebihi tarikan ke bawah oleh graviti. Inersia mengekalkan keada gerakan.
(b) pecutan graviti x perubahan ketingggian = tenaga kinetik 10 x 45 = 1/2 v2 v2 = 900 ms-1 v = 30 ms-1
(c) (i) Menghasilkan daya geseran maksimum dan mengurangkan
kelajuan seterusnya dapat mengelakkan kemalangan.
(ii) Tali pinggang keselamatan dan beg udara
4. (a) (i) Kehilangan tenaga
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 20 of 29
(ii) Jisim m = [235.0349+1.0087 -140.9139-91.8973-3(1.0087)] u.j.a = 0.0263 u.j.a = 0.0263 x 1.66x10-27kg. = 4.3658 x 10-29kg
(b) (i) Jika 1 g = 0.001kg tenaga yang dihasilkan oleh uranium E = mc2 = 4.3658x 9x10-13 J = 3.9292 x 10-12 J Oleh kerana 4.3658 x10-29 kg menghasilkan tenaga = 3.9292 x10-12 Joule,
maka 0.001kg menghasilkan = 12
29
3.9292 10 0.0014.3658 10
-
-
= 8.999 x1013 J
(ii) Dua zarah beta menghasilkan nombor jisim tidak berubah dan nombor atom bertambah 2 unit. Nuklid P mempunyai no. jisim 236 dan no. atom 94
(c) Haba lebih senang diserap dan mengelakkan reaktor nuklear mengalami kepanasan.
5. (a) (i) Gelombang radio adalah gelombang yang dihasilkan akibat elektron yang berayun.
(ii) 98.3 M Hz =9.83 x 10 7 Hz.
(iii) Gelombang berfrekuensi audio mempunyai panjang gelombang yang panjang dan tidak boleh merambat jauh.
(b) (i) Penyahmodulasi (i) Diod
(c) (i) Interferens
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 21 of 29
(ii)
4 m
P P
Penjana isyrarat audio
6. (a) (i) Ammeter besi bergerak. (ii) Arus mengalir dalam solenoid menyebabkan kesan magnet. (b) (i) graf I lawan t
(ii) Galvanometer terpesong Fluks magnet dipotong dan arus aruhan terhasil.
7. (a) (i) Get Logik A -- TAK
B -- DAN C -- ATAU
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 22 of 29
(ii) INPUT OUTPUT
P Q R S 0 0 0 0 0 1 1 0 1 0 0 1 1 1 0 0
X 0 1 1 0
(b) (i) get Eksklusif ATAU (ii)
XP
Q
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 23 of 29
BAHAGIAN B 1. (a) (i) Jam randek, spring, beban pelbagai jisim, pembaris, kaki retort. (ii) Pemboleh ubah beroperasi:
Pemboleh ubah dimanipulasi - Jisim beban Pemboleh ubah bertindak balas - Masa ayunan Pemboleh ubah ditetapkan - Pemalar spring
(b) (i)
0.5
0.4
0.3
0.2
0.1
T2 /S2
20 40 60 80 100 Jisim, m/g
(ii) T2 = 0.25 T = 0.25 T = 0.05s
(c) Rajah 1 Rajah 2
Panjang spring2xpemanjangan 2e
Panjang springxPemanjangan e
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 24 of 29
Tempoh ayunan spring adalah
T = 2mk
p
Nilai k kecil untuk spring lembut, maka tempoh adalah benar. Dua kegunaan spring: 1. Buaian 2. Tilam spring
2 (a) (i) Keseimbangan daya berlaku apabila paduan daya adalah sifar.
(ii) Frekuensi stroboskop = Frekuensi putaran roda basikal Masa untuk 1 pusingan lengkap: Tempoh = f x n = 0.02 x 8 = 0.16 s
(iii) Tujuan: Menunjukkan keseimbangan 3 daya Hipotesis : Semakin besar daya yang dikenakan semakin seimbang sesuatu jasad. Pemboleh ubah beroperasi: Pemboleh ubah dimanipulasikan - Jisim spring Pemboleh ubah bergerak balas - Daya regangan
Beban
Beban
Beban
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 25 of 29
(b) Segi tiga daya dilukis dengan satu segi tiga mengikut tertib sama ada lawan jam atau ikut jam.
atau
P Q
R
P
Q R
3. (a) (i) Hukum Ohm (ii) Faktor lain ialah rintangan, jenis bahan dan luas keratan rentas
dawai konduktor.
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 26 of 29
(iii)
Tujuan : Mengkaji faktor yang mempengaruhi rintangan konduktor. Hipotesis : Semakin panjang dawai semakin tinggi rintangan konduktor. Bahan radas : Dawai konstantan dengan panjang 1 meter, reostat, ammeter, voltmeter, bateri, joki, klip buaya, dawai sambungan dan pembaris meter.
AR
Dawai konstantan
Pembaris Pemboleh ubah beroperasi: Pemboleh ubah dimanipulasi - panjang dawai Pemboleh ubah bergerak balas - rintangan Pemboleh ubah dimalarkan - luas keratan rentas dan suhu. Kaedah: 1. Sediakan radas seperti rajah. 2. Panjang dawai antara X dan Y dilaraskan supaya menjadi
20 cm. 3. Suis ditutup dan reostat dilaraskan sehingga bacaan ammeter menjadi
0.5 A . Bacaan voltmeter dicatatkan. 4. Langkah 3 diulang untuk panjang dawai l = 40,60,80dan
100. 5. Nilai rintangan R = V/I dihitung untuk setiap panjang dawai. 6. Graf R melawan l diplotkan dengan memulakan skala
daripada sifar. Jadual dan graf dibina seperti di bawah.
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 27 of 29
Panjang l/cm
Arus I/A Voltan V/v
Rintangan R/W
20 40 60 80
Kesimpulan: Hipotesis diterima. Rintangan dawai berkadar langsung dengan panjang dawai itu jika luas keratan rentas dawai seragam dan suhu adalah malar. Graf rintangan lawan panjang.
(b) (i) Kehilangan voltan ialah nilai susut voltan bila litar dihidupkan. Rintangan dalam ialah rintangan dalam sel disebabkan oleh elektrolit dan elektrod dalam sel menentang pengaliran arus.
(c) (i) d.g.e sel E = 2.2 volt ( beza keupayaan dalam litar terbuka)
(ii) Arus mengalir dalam perintang I = V/R
= 1.8
= 0.2A9
(iii
) Rintangan dalam R =
Kehilangan voltanArus
= 2.2-1.8
0.2
= 2.0 W
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 28 of 29
4. (a) Perbandingan antara Semikonduktor jenis -n dan semikonduktor jenis -p
persamaan
PerbezaanBahan pendopan
Valensi
Pembawa cas
Kedua-dua dibina daripada bahan mentah silikonDihasilkan melalui proses pendopan
Elektron dan lohong sebagai pembawa cas
Atom pendermaPentavalen
Elektron
Atom penerimatrivalen
Lohong
(b) (i) Pengaliran arus dalam diod pincang depan
p n Terminal positif sel kering disambungkan ke terminal positif diod dan terminal negatif sel ke terminal negatif diod. Elektron bebas dapat mengalir dari jenis -n ke jenis -p . Rintangan simpang p-n sangat kecil.
Pincang songsang
pn Terminal positif sel kering disambungkan ke jenis-n diod. Terminal negatif ke jenis-p. Elektron bebas tidak dapat mengalir dari jenis -n ke jenis -p , rintangan simpang p-n sangat tinggi.
Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 29 of 29
(ii) Rektifikasi Diod
(c) (i) Amplifier dan suis (ii) Transistor sebagai amplifier
Isyarat daripada mikrofon tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk memacu pembesar suara. Transistor
digunakan untuk menguatkan isyarat daripada mikrofon. Rintangan elektrik dalam mikrofon berubah dan arus berubah-
ubah dihasilkan. Arus berubah-ubah daripada mikrofon ditambah atau ditolak dari arus tapak IB yang kecil . Perubahan
arus tapak yang kecil menyebabkan satu perubahan yang besar dalam arus pengumpul IC yang mengalir dalam litar pengumpul. Arus pengumpul Ic yang berubah-ubah itu
mengalir ke pembesar suara dan kemudian ditukar kepada gelombong bunyi yang sepadan dengan gelombang bunyi
asal. Output pada pembesar suara bergantung kepada kekuatan isyarat mikrofon.
Perintang
Kapasitor
Transistor
Pembesarsuara
Bateri
Mikrofon
Recommended