View
157
Download
10
Category
Preview:
DESCRIPTION
SOALAN
Citation preview
SULIT 011
Soalan 1 hingga 18Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.1Kita hendaklah mencontohi sikap sekumpulan pemuda itu kerana __________ sering mengadakan perbincangan dengan orang kampung sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti.
AdiaCkalian
BmerekaDbeliau
Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.
2Adam berdiri di _________ katil sambil memerhati Doktor Rusdi yang sedang memeriksa keadaan kesihatan ayahnya.
AsisiCantara
BsudutDhujung
3Program itu diadakan untuk ______________________ kesedaran murid tentang pentingnya memelihara alam sekitar.
AmemupukCmenerbitkan
BmenjalinkanDmembangunkan
4Encik Poh Leong, pemilik tapak semaian bunga itu memang pakar _______________ pokok bunga pelbagai jenis dan warna.
AmenanamCmengetut
BmencantasDmemangkas
5Suara abang ____________ kerana terlalu lama bersorak semasa menyaksikan perlawanan bola sepak.
AserakCmersik
BlunakDnyaring
6Perlawanan akhir bola sepak itu __________ dengan sorakan penonton yang __________ Stadium Shah Alam.
Ariuh ..... memuatCkecoh ..... meliputi
Bheboh ..... mengisiDgamat ..... membanjiri
7Sebentar lagi saya ambilkan air. Sementara itu, _________lah duduk dahulu, datuk, kata Mastura dengan sopan kepada orang tua itu.
AsilaCharap
BmintaDtolong
8 ______________ berlatih bersungguh-sungguh, kamu pasti akan berjaya dalam perlawanan akhir itu, kata Cikgu Halim kepada pemain-pemain bola sepak sekolah.
ASemasaCSementara
BSekiranyaDSemenjak
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.
9Keluarga Encik Azad yang berpindah dari bandar itu akan tinggal di sebuah _______________ yang baharu siap dibina di tepi laut itu.
Arumah teresCrumah banglo
Brumah kedaiDrumah pangsa
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.
10Aiman menghulurkan se__________ kertas kepada Encik Azrul.
AhelaiCgulung
BkepingDnaskhah
11Basikal tua itu tidak dapat digunakan lagi kerana banyak _______ rodanya yang sudah patah.
AjejariCbebola
BkekudaDpepohon
12Hujan turun dengan lebatnya diselangi kilat __________ menyebabkan perlawanan akhir bola sepak itu terpaksa dihentikan.
Apintas-memintasCsambar-menyambar
Bberdentam-dentumDsabung- menyabung
13Encik Muzalman membaca serangkap pantun sebagai __________ ucapan beliau semasa merasmikan temasya sukan sekolah.
ApengakhiranCberakhir
BdiakhirkanDakhiran
14Bandar raya Johor Bahru semakin sesak sebagai akibat ____________ penduduk yang meningkat setiap tahun.
AtambahanCbertambah
BditambahDpertambahan
Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.
15Walaupun durian merupakan raja buah namun _____________ orang tidak suka makan buah durian kerana baunya yang agak kuat.
AseluruhCsegelintir
BseparuhDsebahagian
16Hanya ayah yang berada di bendang ____________ waktu petang kerana kami pergi ke majlis kenduri di rumah Tok Esa.
A diCkepada
B padaDdaripada
17Borang maklumat diri yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar __________ kepada guru kelas.
AawalCcepat
BsegeraDdahulu
18Quratul Ain berasal daripada keluarga berada, _____________ dia tidak pernah meninggi diri terhadap rakan-rakannya.
Aoleh sebab ituCdi samping itu
Btambahan pulaDnamun demikian
19Setiap minggu, Amran dan keluarga akan beriadah di taman permainan yang berhampiran dengan kawasan rumah mereka sambil menghirup udara yang segar. Perkataan berlawan bagi beriadah ialah
AberehatCbercuti
BbekerjaDbersenam
20Pihak kerajaan bercadang untuk membatalkan peraturan melarang pembakaran jerami kepada petani setelah keadaan jerebu kembali pulih. Perkataan seerti bagi membatalkan ialah
AmengehadkanCmenamatkan
BmemusnahkanDmemansuhkan
Soalan 21 dan 22Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
21ISaya suka makan kuih menjemput yang digoreng oleh emak.IICikgu Jani menjemput kek yang dihidangkan di atas meja itu.IIIFatin menjemput adiknya pulang dari sekolah pada setiap petang.IVAnisah menjemput kawan-kawannya menghadiri majlis hari lahir Abang Asri.
AI dan IICII dan III
BI dan IV DIII dan IV
22ISalmi belajar dalam aliran sains di sekolah yang berhampiran.IISungai itu tersekat akibat aliran sampah yang tidak dibersihkan.IIIAliran darah membasahi dahinya yang terluka akibat jatuh dari basikal.IVAliran kenderaan di jalan raya amat perlahan akibat kesesakan lalu lintas.
AI dan IICII dan III
BI dan IV DIII dan IV
23Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.Doktor Salina menasihati pesakitnya agar mengamalkan gaya hidup sihat bagi meningkatkan tahap kesihatan mereka.
AApakah nasihat Doktor Salina kepada pesakitnya?
BSiapakah yang perlu mengamalkan gaya hidup sihat?
CBagaimanakah Doktor Salina menasihati pesakitnya?
DMengapakah Doktor Salina mengamalkan gaya hidup sihat?
24Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat di bawah.Apakah mata pencarian utama penduduk berketurunan Banjar di Kampung Sungai Mutiara?
APenduduk kaum Banjar di Kampung Sungai Mutiara mengusahakan sawah padi sebagai mata pencarian utama.
BPenduduk berketurunan Banjar sahaja yang mengusahakan sawah padi di Kampung Sungai Mutiara.
CBersawah padi ialah pekerjaan kebanyakan penduduk kaum Banjar di Kampung Sungai Mutiara.
DPenduduk berketurunan Banjar bersawah padi di Kampung Sungai Mutiara.
Soalan 25 dan 26Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.25Silat dan tae kwan do merupakan seni mempertahankan diri yang dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan mental seseorang.
ASeni mempertahankan diri tae kwan do dan silat dapat meningkatkan jati diri dan kesihatan.
BSeni mempertahankan diri seperti tae kwan do dan silat dapat menjadikan badan sihat dan otak cerdas.
CKecergasan fizikal dan mental merupakan peningkatan dalam seni mempertahankan diri seperti silat dan tae kwan do.
DKecergasan fizikal dan mental seseorang dapat diasah dengan meningkatkan seni mempertahankan diri seperti silat dan tae kwan do.
26Bolehlah kita minum teh tarik di Warung Mak Kiah selepas selesai kerja ini, ajak Fauzi kepada kawan-kawannya.
ASetelah kerja itu selesai, Mak Kiah mengajak Fauzi dan kawan-kawannya minum teh tarik di warungnya.
BFauzi dan kawan-kawannya minum teh tarik di warung Mak Kiah setelah menyiapkan kerja itu .
CSetelah menyiapkan kerja itu, Fauzi mengajak kawan-kawannya minum teh tarik di warung Mak Kiah.
DFauzi mengajak kawan-kawan Mak Kiah minum teh tarik di warungnya selepas kerja itu selesai.
Soalan 27 dan 28Pilih ayat yang betul.27AMakanan yang dijual di Warung Wak Adan itu nian murah dan sedap.
BBenar sukar untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan ini.
CBangunan itu adalah yang paling tertinggi sekali di Pekan Pagoh.
DRamai sekali pengunjung yang berkelah di Pantai Pasir Lanun.
28I Saudara Basir teman rapat saya sejak dari sekolah rendah lagi.II Jalil akan ke Restoran Lazat untuk makan tengah hari sebentar lagi.III Kami akan ke Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan pada hari Isnin lepas.IV Pasaraya Utama mengadakan Jualan Murah Ulang Tahun Ke-20 baru-baru ini.
AI dan II
BII dan IV
CII dan III
DIII dan IV
Soalan 29 dan 30Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.29Sewaktu berada di karnival jualan itu, saya sudah menjadi __________________ kerana banyak barang dijual dengan harga yang murah.
Amata petaiCputih mata
Bmata kotakDrambang mata
30Pekerja itu _______________________ apabila disuruh membersihkan kawasan sekitar dewan kerana dia sering memberikan pelbagai alasan.
Aseperti aur dengan tebing
Bbagai kambing diseret ke air
Cseperti rusa masuk kampung
Dbagai menangguk di air keruh
Soalan 31 hingga 35Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Bakul yang berisi kuih-muih itu dibimbit oleh Fatin. Kuih-muih itu akan dijual di sekeliling kampung. Setiap hari dia akan membantu ibunya menjual kuih selepas bersekolah pada waktu pagi.Sebagai anak sulung dalam keluarga, Fatin sedar bahawa dia harus membantu keluarganya. Setelah kematian ayahnya dua tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya, mereka hidup dalam keadaan susah. Ibu terpaksa mengambil alih tugas ayah.Pendapatan ibu yang bekerja di kilang biskut tidak cukup untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Sebab itulah ibu membuat dan menjual kuih untuk menambah pendapatan.Suatu hari seorang wanita yang sedang menunggu teksi membeli kuih daripada Fatin. Tanpa disedari wanita itu telah memberi wang kertas RM50.00 kepada Fatin. Wanita itu menyangka dia memberi wang RM5.00. Fatin juga menyangka demikian.Setelah mengira keuntungan pada hari itu, barulah Fatin sedar wanita itu memberi wang yang lebih kepadanya. Dia berasa bersalah dan memberitahu ibunya.Tak mengapalah Fatin. Fatin bukan sengaja mahu mengambil duit wanita itu. Esok pulangkan kembali kepadanya, nasihat ibu kepada Fatin.Tetapi, Fatin mungkin tidak dapat berjumpa dengannya. Dia bukan orang kampung ini, ibu, kata Fatin dengan wajah yang resah.Keesokannya, Fatin menanti wanita itu di pondok bas. Tiba-tiba bahunya dicuit orang. Syukurlah wanita yang ditunggu-tunggunya berada di depan mata. Wanita itu ingin membeli kuih daripada Fatin.Maafkan saya, puan. Kelmarin puan memberikan wang RM50.00 kepada saya. Saya ingin memulangkannya, kata Fatin.Tidak mengapalah, dik. Simpanlah duit itu sebagai pemberian ikhlas daripada saya, kata wanita itu sambil tersenyum.
31Mengapakah hidup keluarga Fatin susah?
AIbu Fatin hanya menjual kuih.
BPendapatan ibunya tidak mencukupi.
CKeluarga itu tidak mempunyai wang simpanan.
DKeluarga itu telah kehilangan ayah tempat berteduh.
32Apakah punca pendapatan keluarga Fatin?
AUpah bekerja di kilang biskut.
BHasil jualan kuih dan upah menjahit pakaian.
CHasil bekerja di kilang biskut dan menjual kuih.
DUpah menjahit pakaian dan bekerja di kilang biskut.
33Sikap yang berikut ada pada Fatin kecuali
Asuka membantu orang lain.
Bbertanggungjawab
Cbersopan santun
Dikhlas dan jujur
34Apakah peribahasa yang boleh dikaitkan dengan kehidupan ibu Fatin?
ASudah jatuh ditimpa tangga.
BSedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.
CHendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
DKais pagi makan pagi, kais petang makan petang
35Pada pendapat kamu, mengapa wanita itu memberi wang kepada Fatin?
AWanita itu suka akan Fatin.
BTerharu atas kesempitan hidup Fatin.
CSebagai ganjaran kerana menolongnya.
DKeikhlasan Fatin membuatkan wanita itu berasa kagum.
Soalan 36 hingga Soalan 40Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
LAPORAN MESYUARAT AGUNG KELAB SAINS DAN MATEMATIKSEKOLAH KEBANGSAAN SERI KAMPUNG TENGAH, 86000 KLUANGBILANGAN 1 TAHUN 2015Kelab Sains dan Matematik, Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah, Kluang telah mengadakan mesyuarat agung pertama pada 13 Januari 2015 yang lalu. Mesyuarat agung ini bertujuan untuk merancang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2015.Aktiviti pertama kelab difokuskan kepada pengambilan ahli baharu. Beberapa kriteria telah ditetapkan bagi pengambilan anggota baharu kelab kali ini. Mulai tahun 2015, yuran tahunan telah ditambah sebanyak RM2.00 menjadi RM10.00 bagi setiap ahli.Pada tahun ini, empat aktiviti utama telah disenaraikan. Beberapa orang murid akan terlibat dalam menjayakan aktiviti kokurikulum akademik iaitu Pertandingan Kuiz Sains dan Kuiz Matematik. Kedua-dua Pertandingan ini akan dijalankan secara berkumpulan. Tiga orang peserta akan terlibat dalam setiap kategori yang dipertandingkan. Bagi kategori individu pula, dua orang peserta akan mewakili kelab dalam Pertandingan Kuiz Sains Angkasa dan Pertandingan Kira Cepat. Semua pertandingan bermula pada peringkat kelompok, daerah, negeri, dan kebangsaan.Pada tahun lepas, pencapaian peserta Pertandingan Kira Cepat amat membanggakan kerana telah menjadi johan peringkat negeri. Begitu juga dengan pencapaian peserta Pertandingan Kuiz Sains yang mendapat tempat ketiga peringkat daerah. Namun begitu, pencapaian dalam Pertandingan Kuiz Matematik dan Sains Angkasa kurang memberangsangkan kerana hanya mendapat hadiah saguhati peringkat kelompok. Kelab juga merancang untuk mengadakan lawatan sambil belajar untuk menambah pengetahuan dan pengalaman ahli kelab. Antara tempat yang telah dicadangkan dan dipersetujui secara majoriti oleh ahli ialah Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara.Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 2.00 petangLaporan disediakan oleh, 15 JANUARI 2015.Nabila Huda(NABILA HUDA BINTI REDZUAN)Setiausaha,Persatuan Sains dan Matematik,Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah,86000 Kluang, Johor.
36Aktiviti manakah yang telah menaikkan nama Kelab Sains dan Matematik Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah?
AKuiz Sains Angkasa
BPertandingan Kira Cepat
CKuiz Sains dan Matematik
DLawatan ke Planetarium Negara
37Berapakah orang murid yang akan terlibat bagi menjayakan aktiviti kokurikulum akademik Kelab Sains dan Matematik, Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah sepanjang tahun 2015?
AEnam orang murid
BTujuh orang murid
CLapan orang murid
DSembilan orang murid
38Perkataan kriteria dalam petikan di atas membawa maksud
Aalat pengukur
Bcara penilaian
Cbentuk persediaan
Dasas pertimbangan
39Berapakah yuran keahlian tahunan Kelab Sains dan Matematik pada tahun 2014?
ARM2.00 sahaja
BRM8.00 sahaja
CRM10.00 sahaja
DRM12.00 sahaja
40Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.
APeserta Kuiz Sains Angkasa memperoleh hadiah saguhati sahaja
BTiga orang murid telah dipilih bagi menyertai Kuiz Sains dan Kuiz Matematik.
CPrestasi peserta Kuiz Sains lebih baik daripada prestasi peserta Kuiz Matematik.
DPeserta pertandingan Kira Cepat akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
SKEMA JAWAPAN1B21D
2A22A
3A23A
4C24A
5A25B
6D26C
7A27D
8B28B
9C29D
10C30B
11A31B
12D32C
13A33A
14D34C
15C35D
16B36B
17B37C
18D38A
19B39A
20D40C
011/ Hak Cipta JPNJ 1
Recommended