View
231
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS EKSPRES DI STESEN SRI PUTRI
MOHD NADZREE BIN KARIM
Laporan ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2007
iii
Teristimewa buat Ayahanda dan Bonda tersayang serta keluarga tercinta
yang sentiasa memberi dorongan dan galakan dalam apa jua tindakan.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan pensyarah-
pensyarah yang memberi tunjuk ajar dan nasihat.
Terima kasih yang tak terhingga..
iv
PENGHARGAAN
“ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih”
Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta
dengan izin dan kasihnya, saya telah dikurniakan kesabaran dan kekuatan untuk
menghasilkan dan meneruskan Projek Sarjana Muda ini.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan ribuan
terima kasih kepada penyelia projek saya Encik Noh Bin Abd. Samad atas
bimbingan dan tunjuk ajar serta dorongan yang telah diberikan sepanjang proses
projek ini dijalankan. Seterusnya penghargaan terima kasih juga turut ditujukan
kepada Pensyarah kelas PSM I iaitu PM Dr. Mohd Aizaini Maarof yang telah banyak
dan sering memberi tunjuk ajar, bimbingan dan pertolongan serta nasihat-nasihat
dalam setiap pengajarannya.
Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada keluarga terutama
kedua orang tua saya yang amat memahami dan berdoa atas kejayaan saya selama ini
serta pensyarah-pensyarah lain yang pernah membantu saya dalam projek ini dan
tidak kurang juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah banyak
memberikan idea-idea dan bantuan semasa saya menghadapi masalah.
Akhir kata, semoga projek ini dapat memberi sedikit ilmu dan manfaat
kepada insan yang membacanya. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya
daripada Allah s.w.t, dan kekurangan itu adalah kelemahan diri saya sendiri sebagai
insan biasa. Wasalam.
v
ABSTRAK
Perkembangan teknologi pengkomputeran yang semakin berkembang telah
menjadikan maklumat itu suatu kemestian dan menjadikan dunia lebih kecil tanpa
sempadan. Maklumat merupakan perkara terpenting dalam penjanaan sesuatu
pekerjaan kerana tanpa maklumat yang tepat, kesilapan mungkin berlaku
menyebabkan ianya tidak efisyen. Dalam bidang pengangkutan secara khususnya
juga mesti memastikan penerimaan dan penghantaran maklumat tepat dan sahih.
Kesilapan ini boleh menyebabkan kerugian kepada pihak pengusaha pengangkutan
termasuk pengangkutan awam amnya. Justeru itu cadangan pembangunan Sistem
Pemantauan dan Pengurusan Ketibaan Bas Ekspres yang bertumpu kepada Stesen Sri
Putri adalah merupakan salah satu cara untuk memberi maklumat awal yang tepat
berkenaan dengan bas yang bakal mereka gunakan kepada penumpang. Matlamat
utama sistem ini adalah untuk memberi amaran kepada penumpang tentang
kehadiran bas mereka serta memberi maklumat secukupnya untuk penumpang
supaya tidak menghadapi masalah berhubung perjalanan mereka. Sistem ini
dihubungkan menggunakan teknologi RFID dimana setiap bas akan mempunyai
transmitter dan di kesan menggunakan receiver yang di letakkan di tempat khas dan
disambungkan kepada pangkalan data menggunakan rangkaian berwayar. Segala
maklumat akan dapat dilihat melalui antaramuka paparan sistem pada bila-bila masa.
Metodologi yang digunakan pula dalam pembangunan sistem ini adalah
menggunakan metodologi Prototaip Evolusi dan kaedah UML. Sistem yang
dihasilkan nanti di harap dapat berfungsi untuk membantu dan memastikan segala
masalah yang dihadapi oleh penumpang-penumpang sebelum ini seperti masalah
terlalu lama menunggu dan masalah tidak mendapat maklumat yang tepat dapat
diatasi agar sistem pengangkutan awam menjadi lebih efisyen dan sistematik.
vi
ABSTRACT
The rising of computer technology has made information one of the most
important thing in the world that made the world become much smaller without any
limitation. Information has become the most important aspect in generating any kind
of work because without proper or exact information, mistakes might happen
making it rather unefficient or unconvenient. In transportation area particularly, it is
important to make sure that receiving and transferring information are correct and
genuine. Mistakes that happens might cause damage and loss to the transportation
entrepreneur generally. As for that a suggestion to develop a system called “A
surveillance and managing express busses arrival that are based on Sri Putri Bus
Station ” are perfect to alert passenger earlier about the correct information about
thier busses that they are going to use to reach their destinastion. The main idea and
reason for this system is to alert passenger and gave enough information regarding to
their busses so that they wouldn’t have any problem regarding to their journey. The
system implement RFID technology where each busses will have their own
transmitter and caught up using a receiver that is situated in a special place. It is then
connected to a database using wire or land line. Every information can be seen
through a display interface system anytime.Whereby the methodology which is
implemented for these particular system is Evolution Prototype and UML methods.
The system that is being develop hopefully can fully function to help and make sure
that all the problems occurs before this such as long waiting time and improper and
false information distribution can be overcome so that this public transportation
system will be more efficient and systematic.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI ISTILAH xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Matlamat 3
1.4 Objektif 4
1.5 Skop 4
1.6 Kepentingan Projek 5
viii
1.7 Rumusan 6
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 7
2.1 Pengenalan 7
2.2 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 8
2.2.1 Kajian Ke Atas Agensi Yi Soon (Syarikat
KKKL)
2.2.2 Kajian Ke Atas Syarikat Transnasional
Sdn Bhd
8
11
2.3 Analisis Masalah Mengenai Sistem Sedia Ada 12
2.3.1 Agensi Yi Soon 12
2.3.2 Syarikat Transnasional Sdn Bhd 13
2.4 Teknik Penyelesaian Masalah 14
2.4.1 Pangkalan Data MySQL
2.4.2 MySQL-Front 3.2
2.4.3 Pelayan Web Apache
2.4.4 PHP Hypertext Preprocessor (PHP)
2.4.5 Macromedia Dreamweaver MX
2.4.6 Microsoft Visual Basic 6.0
2.4.7 Microsoft Office Project 2003
2.4.8 Rational Rose 2000
2.4.9 Teknologi Radio Frequency
Identification (RFID)
2.4.9.1 Frekuensi RFID
2.4.9.2 Kelebihan dan Kelemahan Teknologi
RFID
2.4.10 Peripheral Interface Controller (PIC)
2.4.11 PicBasic Pro Compiler 2.45
2.4.12 EPICWin 2.4
14
15
15
16
19
20
20
21
22
22
23
24
25
25
2.5 Justifikasi Pemilihan Teknologi 26
2.6 Rumusan 27
ix
BAB 3 METODOLOGI PROJEK 28
3.1 Pengenalan 28
3.2 Metodologi Yang Digunakan 29
3.2.1 Bahasa Pemodelan(UML)
3.2.2 Metodologi Prototaip
3.2.2.1 Fasa Perancangan Projek
3.2.2.2 Fasa Analisa Terhadap Keperluan
Projek
3.2.2.3 Fasa Rekabentuk Projek
3.2.2.4 Fasa Pembangunan Prototaip
3.2.2.5 Fasa Pengujian dan Penilaian Prototaip
3.2.2.6 Fasa Penakrifan Maklumat dan
Pembaikan Sistem
29
30
30
31
32
32
33
33
3.3 Justifikasi Pemilihan Metodologi 33
3.3.1 Bahasa Pemodelan UML
3.3.2 Metodologi Prototaip
34
34
3.4 Perancangan Kerja 36
3.4.1 Perancangan PSM 1
3.4.2 Perancangan PSM 2
36
37
3.5 Keperluan Perkakasan dan Perisian 38
3.5.1 Justifikasi Keperluan Perkakasan
3.5.2 Justifikasi Keperluan Perisian
38
39
3.6 Rumusan 39
BAB 4 ANALISIS DAN REKABENTUK SISTEM 41
4.1 Pengenalan 41
4.2 Rekabentuk Senibina Sistem 42
4.3 Permodelan Sistem 45
4.4 Gambarajah Kes Gunaan 45
x
4.4.1 Rajah Kes Gunaan Pentadbir
4.4.2 Rajah Kes Gunaan Staf Kaunter
4.4.3 Takrifan bagi Aktor Sistem
4.4.4 Takrifan bagi Gambarajah Kes Gunaan
45
45
48
49
4.5 Gambarajah Jujukan 50
4.5.1 Takrifan Bagi Operasi Log Masuk
4.5.2 Takrifan Operasi Jana Mesej
4.5.3 Takrifan Operasi Tambah Staf Kaunter
4.5.4 Takrifan Operasi Kemaskini Butiran Staf
Kaunter
4.5.5 Takrifan Operasi Tambah Syarikat
4.5.6 Takrifan Operasi Kemaskini Butiran
Syarikat
4.5.7 Takrifan Operasi Kemaskini Butiran Bas
4.5.8 Takrifan Operasi Tambah Bas
4.5.9 Takrifan Operasi Terima Mesej
50
50
51
51
51
52
52
53
53
4.6 Rekabentuk Antaramuka Sistem 53
4.6.1 Antaramuka Skrin Splash Aplikasi
4.6.2 Antaramuka Utama Sistem
54
54
4.7 Rekabentuk Pangkalan Data 56
4.8 Rumusan 60
BAB 5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN 61
5.1 Pengenalan 61
5.2 Implementasi Sistem 62
5.2.1 Bahagian Pemantauan/Pengecaman
5.2.1.1 Antaramuka Utama Bahagian Paparan
5.2.1.2 Fungsi Transmitter
5.2.1.3 Fungsi Receiver
5.2.1.4 Fungsi Log Masuk
5.2.1.5 Fungsi Select Comport
62
64
65
66
67
68
xi
5.2.1.6 Fungsi Start Device
5.2.1.7 Fungi Paparan
5.2.1.8 Fungsi Status
5.2.2 Bahagian Pengurusan
5.2.2.1 Fungsi Menghubungkan Antaramuka
Dengan Pangkalan Data
5.2.2.2 Fungsi Validasi Log Masuk
5.2.2.3 Fungsi Kemaskini Rekod
5.2.2.4 Fungsi Penambahan Rekod
5.2.2.5 Fungsi Penghapusan Rekod
68
71
72
73
73
74
76
77
79
5.3 Pengujian 79
5.3.1 Pengujian Kotak Hitam
5.3.2 Pengujian Kotak Putih
80
80
5.4 Strategi Pengujian 81
5.4.1 Pengujian Log Masuk
5.4.2 Pengujian Semakan Data Dengan
Pangkalan Data
5.4.3 Pengujian Modul RFID
81
82
83
5.5 Hasil Analisa dan Pengujian 84
5.6 Rumusan 85
BAB 6 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN 86
6.1 Pengenalan 86
6.2 Kekangan Sistem 86
6.3 Kelebihan Sistem 87
6.4 Kelemahan Sistem 88
6.5 Cadangan Pembaikan Sistem 89
6.6 Kesimpulan 89
RUJUKAN 91
LAMPIRAN A-E 93-135
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
Jadual 2.1 Perbandingan antara ASP, JSP dan PHP 18
Jadual 2.2 Kelebihan dan Kelemahan Teknologi RFID 23
Jadual 3.1 Keperluan Perkakasan Projek 36
Jadual 3.2 Keperluan Perisian Projek 37
Jadual 4.1 Keterangan Aktor Sistem 48
Jadual 4.2 Senarai dan Keterangan Kes Guna Sistem 49
Jadual 4.3 Staf_Kaunter 57
Jadual 4.4 Pentadbir 57
Jadual 4.5 Maklumat Syarikat 58
Jadual 4.7 Maklumat Bas 59
Jadual 4.8 Mesej 59
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK HALAMAN
Rajah 2.1 Carta Aliran Proses Pembelian Tiket dan 10
Perjalanan Penumpang
Rajah 2.2 Input Kaedah UML 21
Rajah 2.3 Contoh Model a)transmitter dan b)receiver 22
Rajah 2.4 Senibina PIC16F628A 24
Rajah 2.5 Contoh Gambaran Teknologi RFID 26
Rajah 3.1 Model Metadologi Prototaip 35
Rajah 4.1 Rekabentuk Senibina Sistem 44
Rajah 4.2 Kes Gunaan bagi Aktor Pentadbir 46
Rajah 4.3 Kes Gunaan bagi Aktor Staf Kaunter 47
Rajah 4.4 Antaramuka Skrin Splash 54
Rajah 4.5 Antaramuka Utama Bahagian Paparan 55
Rajah 4.6 Antaramuka Utama Bahagian Pengurusan 55
Rajah 4.7 Struktur Pangkalan Data 56
Rajah 5.1 Modul A)Transmitter dan B) Receiver 63
Rajah 5.2 Antaramuka Utama Bahagian Pengecaman dan Pemantauan 64
Rajah 5.3 Keratan Atucara Transmitter 65
Rajah 5.4 Keratan Atucara Receiver 66
Rajah 5.5 Keratan Atucara Login 67
Rajah 5.6 Antaramuka Pemilihan Comport 68
Rajah 5.7 Komponen Tambahan untuk Membolehkkan Peranti RFID 69
Digunakan
Rajah 5.8 Antaramuka Memulakan Peranti 69
xiv
Rajah 5.9 Keratan Atucara bagi Memulakan Peranti 70
Rajah 5.10 Antaramuka Paparan LED 71
Rajah 5.11 Antaramuka Paparan pada Jadual 71
Rajah 5.12 Status Kenderaan yang Telah Sampai 72
Rajah 5.13 Keratan Atucara Menghubungkan Pangkalan Data dengan 74
Antaramuka Sistem
Rajah 5.14 Antaramuka Log Masuk Staf Kaunter 75
Rajah 5.15 Keratan Atucara bagi Fungsi Validasi Log Masuk Staf Kaunter 75
Rajah 5.16 Antaramuka Kemaskini Rekod Syarikat 76
Rajah 5.17 Keratan Atucara Kemaskini Rekod Syarikat 77
Rajah 5.18 Antaramuka Penambahan Rekod Bas 78
Rajah 5.19 Keratan Atucara Penambahan Rekod Bas 78
Rajah 5.20 Keratan Atucara Penghapusan Rekod Syarikat 79
Rajah 5.21 Mesej Ralat Jika Pengguna Gagal Memasukkan Katanama dan 82
Kata Laluan
Rajah 5.22 Mesej Ralat Jika Butiran Kenderaan Tiada dalam Pangkalan 82
Data
Rajah 5.23 Antaramuka yang Menunjukkan Modul Receiver Berfungsi 83
Rajah 5.24 Antaramuka yang Menunjukkan Modul Transmitter Berfungsi 84
xv
SENARAI SINGKATAN
HTML - Hyper Text Markup Language
HTTP - Hypertext Transfer Protocol
IIS - Microsoft Internet Information Service
LED - Light Emitting Diode
OS - Operating System
PHP - PHP Hypertext Preprocessor
RAD - Rapid Application Development
RAM - Random Access Memory
RFID - Radio Frequency Identification
SDLC - Software Development Life Cycle
UML - Unified Modeling Language
VB - Visual Basic
XML - Extensible Markup Language
xvi
SENARAI ISTILAH
Atas Talian - online
Jadual - table
Kata Laluan - password
Kata Nama - username
Log Masuk - login
Mengembalikan - restore
No pengenalan - id
Pelayan - server
Pelayar Web - web browser
Penerima - receiver
Pengantar - transmitter
Pengawal Mikro - microcontroller
Server Mula - server started
Simpan Rekod - backup
Sistem Terbuka - open source
Tanpa Kertas - paperless
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Carta Gantt PSM 1 94
B Carta Gantt PSM 2 96
C Soalan 98
D Rajah Jujukan 99
E Manual Pengguna 108
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Di dalam era globalisasi yang semakin berevolusi dan berteknologi tinggi,
perkembangan yang semakin pesat dan pantas dari segi teknologi maklumat dan
komunikasi dapat dilihat berlaku di seluruh dunia. Malah bukan sahaja teknologi
yang berkembang pesat dan pantas tetapi seluruh masyarakat dunia juga mula
bergerak lebih pantas seiring dengan teknologi sehinggakan dunia kelihatan seolah-
olah tiada batasan.
Sistem pengangkutan yang baik serta sistem makluman tentang sesuatu
perjalanan itu amat penting dan releven bagi memastikan perjalanan ke sesuatu
destinasi berjalan dengan lancar dan tidak memberi masalah kepada pengguna.
Antara pengangkutan yang sering di gunakan ialah bas ekspres. Kebanyakan
individu-individu yang mengembara dan menggunakan perkhidmatan ini adalah
kerana ia mampu memberikan perkhidmatan yang murah dan sesuai untuk
perjalanan yang sederhana jaraknya. Dalam memastikan sistem pengangkutan ini
berjalan dengan baik dan cekap sistem makluman bagi penumpang adalah sangat
berguna melancarkan sesuatu perjalanan.
2
Sistem makluman ini telah lama wujud dalam sistem pengangkutan yang lain
sebagai contoh sistem penerbangan di mana penumpang akan mendapat makluman
awal berkenaan pengangkutan yang bakal mereka gunakan sebagai contoh
penggunaan papan LED yang memaparkan kesemua maklumat-maklumat berkaitan
perjalanan sesuatu penerbangan. Paparan ini akan dapat memberitahu dan
memaklumkan penumpang tentang perjalanan mereka sebagai contoh masa
ketibaan, masa pelepasan, destinasi dan nombor kapal terbang tersebut. Pada masa
ini sistem ini masih belum di implementasikan untuk kegunaan bas ekspres.
Dengan adanya kemudahan ini pengguna akan lebih peka tentang kehadiran bas
mereka kerana adanya maklumat dari segi paparan yang memberitahu mereka
tentang maklumat ketibaan kenderaan mereka dan maklumat berkaitan perjalanan
mereka sebelum meneruskan sesuatu perjalanan. Ini secara tidak langsung dapat
menjimatkan masa dan mengatasi masalah kegagalan menerima maklumat dengan
tepat berkenaan kenderaan mereka kerana maklumat berkenaan hanya di sampaikan
secara lisan setibanya kenderaan mereka di sesebuah stesen. Pengusaha bas-bas
ekspres juga mampu mengemaskini kesemua maklumat berkaitan perjalanan dan
maklumat kenderaan dengan adanya sistem
1.2 Latar Belakang Masalah
Berikut merupakan latar belakang masalah yang telah dikenalpasti dan
terlibat dalam pembangunan sistem ini:
i. Menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna iaitu penumpang bas
ekspres sebelum ini di mana tiada sistem berkomputer yang memantau
dan menguruskan ketibaan bas yang tiba di Sri Putri. Ini dilakukan secara
manual di mana penumpang yang membeli tiket dikehendaki menunggu
mengikut masa bas bertolak dari stesen Larkin yang mana akan
membazirkan masa penumpang dan kurang efisyen.
3
ii. Penumpang berkemungkinan gagal menerima maklumat tepat berkenaan
ketibaan bas mereka kerana maklumat tersebut hanya di sampaikan
secara lisan oleh kakitangan bas setibanya bas mereka di Sri Putri
contohnya sekiranya berlaku kelewatan penumpang terpaksa menunggu
lama sedangkan mereka boleh melakukan perkara lain semasa menunggu
bas tersebut.
iii. Berlakunya kekeliruan di mana penumpang gagal melihat maklumat
kenderaan dengan jelas kerana berlakunya penukaran bas oleh pengusaha
bas disaat-saat akhir yang kadangkala gagal dimaklumkan kepada
penumpang.
iv. Penumpang terpaksa menelefon pengusaha bas yang berada di Stesen
Larkin jika perjalanan yang mereka pilih untuk ke destinasi agak lewat
iaitu pada waktu melebihi 10 malam di mana kaunter pengusaha bas telah
pun ditutup.
v. Penyimpanan data adalah secara manual iaitu menggunakan fail dan
kertas di mana ianya mempunyai kecenderungan untuk hilang atau
dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
1.3 Matlamat
Matlamat projek ini adalah untuk menghasilkan Sistem Pemantauan dan
Pengurusan Ketibaan Bas Ekspres di Stesen Sri Putri yang akan berfungsi untuk
membantu memberi isyarat awal tentang ketibaan bas ekspres dan memastikan
pengurusan bas ekspres menjadi lebih baik dan efisyen.
4
1.4 Objektif
Objektif penghasilan sistem ini adalah:
i. Membangunkan sistem pemantauan ketibaan bas ekspres yang akan memberi
maklumat awal tentang ketibaan bas ekspres dari stesen Bas Larkin ke stesen
Sri Putri.
ii. Membangunkan sistem pengurusan bas ekspres bagi tujuan penyemakan,
penyimpanan rekod dan pengemaskinian rekod.
iii. Menghasilkan pangkalan data yang selamat di mana capaian dibenarkan pada
pihak yang tertentu sahaja.
1.5 Skop
Sistem yang akan dibangunkan ini adalah berdasarkan kepada skop seperti
disenaraikan di bawah ini:
i. Sistem ini hanya melibatkan pengusaha bas ekspress dan pentadbir sahaja.
ii. Sistem pemantauan dapat dicapai sebaik sahaja bas memasuki kawasan
lingkaran atau radius bagi lingkungan yang dilitupi oleh titik capaian iaitu
receiver . Bas ekspres akan memasuki radius capaian menggunakan
teknologi RFID yang diimplemenkan dalam sistem.
5
iii. Setiap bas akan dibekalkan dengan ‘transmitter (tag)’ yang berfungsi
memberi isyarat / maklumat tentang kehadiran bas tersebut.
iv. Sistem boleh di akses dan dimanipulasi oleh pihak pengurusan bas ekspres
dan pentadbir sahaja.
v. Sistem ini mempunyai satu pelayan yang akan menerima maklumat/isyarat
dari bas yang kemudiannya akan diproses dan dimaklumkan kepada
penumpang melalui paparan pada skrin.
vi. Keselamatan pangkalan data dan sistem hanya akan melibatkan penggunaan
kata laluan ketika log masuk sistem.
vii. Pengguna bas boleh mencapai sistem ini hanya untuk melihat maklumat
yang berkaitan tanpa boleh memanipulasi maklumat tersebut.
1.6 Kepentingan Projek
Berdasarkan kepada penilaian dan jangkaan awal diharap aplikasi yang
dibangunkan ini dapat membawa manfaat dan kepentingan kepada pihak yang
terlibat dalam pengurusan dan pengguna yang menggunakan perkhidmatan bas
ekspres. Berikut merupakan kepentingan atau kebaikan yang terdapat dalam sistem
ini :
i. Aplikasi ini di harap dapat membantu mengatasi masalah yang selama ini
di hadapi oleh pengguna iaitu masalah menunggu bas dan juga masalah
percanggahan maklumat berkenaan bas ekspres yang bakal mereka naiki.
6
ii. Aplikasi yang dibangunkan nanti di harap dapat mengesan bas sebelum
mereka tiba di Stesen Sri Putri bagi membolehkan maklumat lengkap
berkenaan bas mereka dapat di paparkan kepada pengguna.
iii. Menyimpan semua koleksi data berkenaan maklumat bas secara
berkomputer menggunakan pangkalan data.
1.7 Rumusan
Secara keseluruhannya Bab 1 ini merupakan pengenalan secara umum dan
juga pengenalpastian terhadap persekitaran sistem sokongan yang akan
dibangunkan. Selain itu masalah-masalah yang sebelum ini timbul juga dikenalpasti
dan cadangan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut juga turut dibincangkan.
Matlamat, objektif dan skop akan menerangkan dan menggariskan panduan tentang
keperluan terhadap sistem yang dibangunkan agar projek tidak lari dari sempadan
yang telah digariskan Kepentingan kajian pula menyokong secara menyeluruh
kepada asas pembangunan sistem ini di lakukan agar dapat dimanfaatkan dengan
sepenuhnya oleh pihak yang dikenal pasti.
Recommended