View
314
Download
1
Category
Preview:
DESCRIPTION
PANTUN
Citation preview
Sirih junjung berhias indah,Sekacip pinang pembuka kata,Bunga manggar kilau bercahaya,Datang berkunjung ke majlis meriah,Sejarah terukir nilai permata,Lembaran sejarah kini bermula.
(KOMPANG DIMAINKAN) – 8 Minit
Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; ISKANDAR BIN SARBINIDengan isteri tersayangKamisah bt Norni
PALUAN KOMPANG
(Pengantin akan berjalan menuju ke pelamin)
Anak Cina memasang lukahLukah dipasang di Tanjung SelasihPasangan pengantin segak melangkahMara menuju mahligai kasih
Dari Bekenu pergi ke Panglima semanSinggah sebentar membeli kerisHarap semua berikan perhatianMohon saya mulakan majlis
BismilLahir Rahmanir RahimAssalamu `Alaikum W.B.T.Hari ini menanam jagungHari esok memintal taliHari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli
Di malam hari terang senegeriMemberi cahaya di tengah balaiMajlis indah bertambah seriUntuk meraikan kedua mempelai
Yang dihormati Tuan ________________________________ serta isteri ________________________________________________ selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai; _________________________________________________________, yang dihormati En Norni Bin Pawi dan Pn Dara Hj Sanai ,rombongan pengantin perempuan,keluarga, saudara-mara, , rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang d iRahmati Allah S.W.T. sekalian.
pada hari yang berbahagia ini, diucapkan Selamat datang ke :Majlis Perkahwinan __________________________________________________________
Melayang serindit di atas permatangMerbah berkicau di hujung muaraPemanis kata selamat datangAwal BismilLah pembuka bicara
Burung Nuri hinggap di balaiBalai seri buatan Pak Tua (nada rendah ke tinggi)Tempat berehat rakan dan taulanDuduk tersenyum kedua mempelaiMenadah tangan memanjatkan doaMoga jodoh sentiasa berkekalanDengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
Dipersilakan.
(BACAAN DOA – 5MINIT)
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz _____________________________ di atas bacaan doa sebentar tadi.
Orang jauh dikenang-kenangHanya terkenang pada yang satuMula berkenalan kemudian bertunangAkad dilaksana sama bersatu
Anak Cina mengail patinMengail patin di tepi titiSenyum terukir pasangan pengantinTanda gembira penuh di hati
Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini,si gadis datangnya jauh Dari kampong Che Maja Selekoh Perak, membawa diri ke Pekan Ipoh untuk mencari rezeki sebagai jururawat. Sesungguhnya jodoh pertemuan di tangan tuhan.. Percintaan kedua memperlai bermula terlalu indah .Mula berkenalan ketika sama-sama di bawah satu bumbung tempat kerja. Mata sama menjeling hati tertawan, lantas salam dihulur saling berbalas dan no telefon pun saling bertukar,hati mula terasa. Dipermudahkan lagi dengan kemudahan facebook dan whatsapp, maka perasaan pun dilafazkan dan bermulanya sebuah perhubungan suci. Perkenalan yang tidak disengajakan itu, akhirnya memutikkan rasa cinta di dalam hati kedua-dua pasangan ini.
Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka diijabkabulkan pada 8 Ogos 2015
dan kedua-dua mempelai dirai perkahwinan mereka pada 9 Ogos 2015. Dan pada hari yang penuh bermakna ini, Kita raikan sekali lagi Pasangan Mempelai di MAJLIS PERSANDINGAN yang penuh berbahagia ini.
Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis menepung tawar dan merenjis air mawar.
(GAMELAN DIMAINKAN)
Dengan itu, saya menjemput :(Nama dan gelaran dalam keluarga)
1.
2
3
Demikianlah tadi, acara menepung tawar dan merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana.
Kini tiba masanya acara untuk memotong kekMajlis menjemput pasangan mempelai untuk memotong kek tanda termeterainya kasih sayang dua hati yg diikat menjadi satu.Dengan segala hormatnya dipersilakan…Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.
Tiup serunai di atas kotaUda memupuk bunga melatiMula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati.
Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan.
(PENGANTIN BERJALAN DARI PELAMIN KE MEJA)PENGANTIN DUDUK
Semerbak bunga serojaDibelai dara pingitanLauk pauk penuh semejaJemput mempelai menikmati hidangan
Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir
dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.Majlis menjemput pasangan mempelai untuk bersalaman para hadirin.
Tanam laguna tumbuh kelapaTerbit bunga pucuknya matiBudi semua tak kami lupaSudah terpaku di dalam hati
Tuan puteri tersenyum-senyumMelihat laksamana bermain rodatSenyum-senyum jangan tak senyumSudah sempurna segala adat
Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali
Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.
Recommended