View
481
Download
6
Category
Preview:
Citation preview
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU
MOHD FITRI BIN ARSHAD
960227-01-5791
3 WAJA
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA M/S
1 Abstrak
2 Penghargaan
3 Pengenalan
4 Metodologi/Proses kajian
5 Hasil kajian
6 Perbincangan dan kesimpulan
7 Rujukan
PENGENALAN
Perkahwinan merupakan suatu ikatan yang cukup suci dan begitu dituntut oleh
agama.Bagi yang berkemampuan dan sudah bersedia memikul tanggungjawab
sebagai suami mahupun isteri, mereka sewajarnya disatukan dengan satu ikatan
yang murni dan sah di sisi agama melalui perkahwinan.
Dalam ajaran Islam, perkahwinan amat digalakkan kerana ia bertujuan
meramaikan umat Nabi Muhammad S.A.W. Umat Islam yang ramai akan
menambah kekuatan orang Islam.Dalam masyarakat Melayu, sebelum melangkah
ke gerbang perkahwinan, mereka harus melalui banyak adat –istiadat.
Pasangan yang ingin berkahwin haruslah berusaha mempelajari dan mematuhi adat
istiadat agar proses perkahwinan mereka berjalan dengan lancar. Hal ini amatlah
penting untuk diamalkan kerana jika adat itu tidak dipatuhi, ia pasti akan menjadi
buah mulut orang ramai.
Apatah lagi adat dalam perkahwinan amat penting untuk diamalkan dengan
mendapatkan restu daripada kedua-dua orang tua mempelai secara beradab. Jika
restu tidak diperoleh, sudah tentu ikatan perkahwinan tidak mungkin terjalin.
Namun sekiranya restu diperkenankan, pasangan yang mahu berkahwin perlu
mematuhi lebih banyak aturan atau adat istiadat perkahwinan.Adat istiadat ini
bermula dari adat merisik sehinggalah adat pasangan disandingkan.
Dalam adat istiadat perkahwinan melayu, ia tetap kekal diamalkan biarpun menuju
arus pemodenan. Baik orang melayu di pedalaman ataupun di Bandar, adat
perkahwinan yang diwarisi tidak dilupakan.Sekiranya adat perkahwinan dilakukan
di hotel sekalipun, adat-adat melayu tetap diamalkan seperti adat merenjis tepumg
tawar, berinai, bersanding dan sebagainya.
ADAT MERISIK
Merisik merupakan upacara pembuka laluan dalam usaha menjodohkan
teruna dan dara. Adat ini melibatkan pertemuan antara wakil kedua-dua belah
pihak .Apabila hati seorang telah berkenan pada seorang dara ,maka si teruna akan
menghantar wakil untuk merisik.Tujuannya adalah bagi menentukan sama ada si
dara telah berpunya atau belum.
Semasa memilih menantu,banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan
pertimbangan .Gadis yang dipilih hendaklah daripada keluargayang secocok
dengan mereka .Perangai dan tingkah laku gadis mesti baik,ikhlas dan sempurna
.Aspek-aspek pengetahuan agama dan bidang pelajaran juga diutamakan.
Lazimnya , pertemuan akan diadakan di rumah perempuan apabila wakil bagi
pihak lelaki ingin mendapatkan jawapan daripada pihak perempuan .Apabila
merisik,seseorang itu dapat mengetahui sama ada pilihan hatinya itu sudah
berpunya atau sebaliknya.
Sebelum berkunjung ke rumah perempuan, ibubapa pihak lelaki akan
memilih beberapa orang saudara terdekat untuk menjadi wakilnya. Menerusi wakil
yang dihantar, mereka akan menerangkan hajat dan tujuan sebenar kedatangan
mereka.
Majlis merisik bertambah beradat apabila menggunakan kata-kata yang
disusun indah, manis dan bersopam. Walaubagaimanapun, sebelum menerangkan
hajat kedatangan mereka, kedua-dua pihak akan berbual perkara-perkara biasa
terlebih dahulu seperti kehidupan, pekerjaan dan seumpamanya.
Mereka akan saling mengenali sambil beramah mesra antara satu sama lain.
Apabila hubungan mesra kian terjalin dan mulai akrab, maka lebih mudah tujuan
kedatangan dituturkan. Ada kalanya, tujuan kedatangan juga diucapkan dalam
bentuk bahasa berkias yang mudah difahami.
Setelah tujuan kedatangan diketahui, biasanya ibubapa atau wakil pihak
perempuan tidak terus memberikan persetujuan. Sebaliknya, dengan menggunakan
kata-kata yang penuh makna, mereka meminta tempoh untuk berbincang dengan
alasan akan bertanya tuan punya diri dahulu sebelum memberi apa-apa jawapan.
Kadangkala, semasa merisik, wakil teruna kan menyerahkan sebentuk cincin
tanda. Jika pihak dara bersetuju, mereka akan menetapkan tarikh untuk masuk
meminang dan seterusnya bertunang. Jelasnya, perkara yang melibatkan
perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh atau dilakukan secara
tergesa-gesa. Sebaliknya, ia adalah soal kebahagiaan dan jaminan kehidupan masa
depan seseorang.
Justeru, banyak perkara yang harus difikirkan supaya pilihan tersebut tidak
mebawa penyesalan di kemudian hari. Sebelum memberi apa jua keputusan kepada
pihak lelaki, pihak keluarga perempuan akan membuat beberapa pertimbangan
supaya anak gadisnya tidak dijodohkan dengan orang yang „salah‟.
Melalui cara ini, mereka dapat mengelak masa depan anak perempuan
mereka menjadi tidak menentu apabila berumah tangga kelak. Bagi tujuan tersebut,
beberapa langkah perlu diambil sebagai susulan daripada adat merisik.
Antara langkah yang dilakukan oleh pihak perempuan ialah:-
Pihak perempuan akan mengkaji dan menilai sedalam-dalamnya, cirri-ciri
yang terdapat pada lelaki tersebut dan keluarga secara terperinci.
Hal ini termasuklah mengetahui dengan teliti tentang latar belakang,
pekerjaan, umur, pengetahuan agama, dan sebagainya.
Jika ada yang dirasakan tidak puas hati, pihak perempuan kan cuba
mendapatkan keterangan yang lebih jelas seperti meminta bantuan orang
ketiga untuk menyiasat calon yang dating merisik tadi.
Bertanya sendiri kepada anak gadisnya sama ada dirinya bersetuju ataupun
tidak dengan jejaka yang dating melamarnya itu.
Menurut adat Melayu lama, sekiranya si gadis hanya berdiam diri atau
tunduk tersipu malu, bermakna dia bersetuju.
Apabila mendapat persetujuan dari anak gadisnya, barulah ibubapa akan
berbincang dengan keluarga dan saudara mara terdekat tentang pandangan
mereka terhadap lelaki pilihan anak gadisnya itu.
Semua jawapan ini perlulah diambil kira sebelum memberikan jawapan
kepada pihak lelaki.
Setelah semua kebenaran dan persetujuan diperoleh, barulah ia disusuli
dengan mengamalkan adat stiadat yang seterusnya.
ADAT MEMINANG
Meminang bererti lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan
pilihannya untuk dijadikan isteri. Meminang boleh dilakukan dengan cara berterus-
terang atau cara kiasan. Urusan peminangan biasanya dilakukan oleh orang
perantaraan daripada pihak lelaki dan diaju kepada wakil pihak perempuan.
Hukum meminang adalah harus terhadap perempuan yang dipilih sebagai
bakal isteri. Sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya, “ Daripada Ibnu Umar r.a
berkata, telah bersabda Rasulullah S.A.W. Janganlah ada seorang kamu meminang
tuning saudaranya sehingga dia melepaskannya”. Syarat-syarat perempuan yang
hendak dipinang ialah:-
Bukan isteri orang
Tidak dalam idah raji
Bukan tungan orang
Bukan muhrim
Apabila kata persetujuan dicapai daripada pihak perempuan, ibu bapa atau
wakil pihak perempuan pula akan berkunjung ke rumah keluarga pihak
lelaki untuk menyampaikan perkhabaran gembira tersebut.
Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga
lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan.
Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak
lelaki .Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenar,
secara rasmi.Saudara mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk
menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang.
Kedua-dua belah pihak perlu berbincang dan memperoleh
persetujuan tentang beberapa perkara penting seperti :-
Hari dan masa majlis peminangan
Jumlah hantaran
Hadiah-hadiah persalinan
Menetapkan hari berlangsung perkahwinan dengan jelas.
Apabila semua telah mencapai kata sepakat, lantas segala keperluan dan
persiapan untuk majlis pertunangan mula diatur rapi. Antaranya adalah seperti
membuat gubahan barang-barang hantaran untuk diberikan kepada pihak lelaki
mahupun pihak perempuan.
Dengan kekreatifan yang ada, maka lahirlah berbagai-bagai bentuk gubahan
yang menarik. Hantaran terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai
bingkisan utama, sebentuk cincin, bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian
dan lain-lain. Pihak lelaki akan menyerahkan kepada pihak perempuan.
Sekiranya, pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum
berkahwin, maka hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil
langkah bendul. Bilangan hantaran agak unit kerana jumlahnya ganjil iaitu lima,
tujuh, Sembilan, sebelas, atau tiga belas. Jumlah genap dikatakan memberi
implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan akan
melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Contoh jumlah hantaran:-
Lelaki lima, perempuan tujuh.
Lelaki tujuh, perempuan Sembilan.
Lelaki Sembilan, perempuan sebelas.
Lelaki sebelas, perempuan tiga belas.
Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang. Namun begitu,
ada juga yang menjalankannya secara berasingan iaitu mengadakannya beberapa
minggu sebelum majlis persandingan diadakan.
Pada hari peminangan, majlis kenduri akan diadakan bersempena
pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Upacara ini akan dimulakan
dengan menyerahkan tepak sirih oleh wakil pihak lelaki kepada wakil pihak
perempuan.
Semasa berlangsungnya majlis peminangan, upacara berbalas pantun antara
kedua-dua pihak diadakan bagi menghangatkan suasana majlis.
Masing-masing berusaha menjual dan membeli pantun sambil diiringi gurau
senda dan gelak tawa. Ini disebabkan ada ungkapan pantun tersebut yang bersifat
mengusik. Contoh pantun yang digunakan:-
Orang jawa turun ke dusun,
Singgah sejenak di pinggir kota,
Kami membawa sirih tersusun,
sudilah sepiak membuka kata.
Orang dusun pergi ke huma,
Bawa ke pekan seikat keladi,
Sirih tersusun kami terima,
Sila nyatakan hasrat di hati.
Sebagai tanda pertunangan, sebentuk cincin yang dipanggil cincin tanda
akan diberikan kepada si gadis.Lazimnya cincin tanda ini disarungkan pada jari
manis si gadis oleh ibu atau saudara-mara terdekat pihak lelaki .Selain itu ,
terdapat juga beberapa perkara lain yang dibincangkan seperti tempoh pertunangan
dan mas kahwin.
Sepanjang tempoh pertunangan ,pasangan tersebut dikehendaki menjaga
diri masing-masing .Mereka mesti menjaga tingkah laku ,nama baik serta maruah
keluarga daripada menjadi sebutan ramai .Mengikut kepercayaan lama,orang yang
sedang bertunang „berdarah manis‟dan mereka dikatakan mudah mendapat
nahaya.Mereka juga dilarang berjumpa selalu kerana bimbang perkara yang tidak
diingini berlaku sehinggalah diijab Kabul kelak.
ADAT MAJLIS PERKAHWINAN
Semasa menentukan tarikh melangsungkan perkahwinan ,kedua-dua pihak
hendaklah mengambil kira bulan yang sesuai berdasarkan pertimbangan adat demi
memastikan ikatan rumah tangga yang dibina itu kekal bahagia sampai bila-bila.
Antara bulan –bulan yang dipercayai elok untuk melangsungkan
perkahwinanialah pada bulan syaaban ,Rabiulawal ,Zulhijjah ,Rabiulakhir
,Jamadilawal dan Jamadilakhir.
Namun ,biasanya majlis perkahwinan akan dilangsungkan pada musim cuti
sekolah dan cuti panjang hujung tahun .Hal ini dapat memberi kelapangan kepada
sanak saudara yang tinggal berjauhan untuk sama-sama pulang dan meraikan
majlis perkahwinan tersebut.
Sebelum upscsrs perkahwinan yang sebenarnya berlangsung ,terdapat adat-
adat yang perlu dibuat sebagai proses membuat persiapan diri Adat –adat kecil
tersebut merangkumi:-
ADAT MENJEMPUT
Setelah tarikh yang sesuai dipilih ,kedua-dua belah pihak akan berkunjung dari
sebuah rumah ke sebuah rumah untuk menjemput jiran –jiran supaya hadir bagi
memeriahkan majlis perkawinan akan dilangsungkan .
Namun, bagi mereka yang tinggal berjauhan pula, pihak keluarga mempelai
akan mengutuskan wakil –wakil untuk menyebarkan jemputan tersebut .
Biarpun begitu , semua penduduk kampung yang tinggal berdekatan akan turut
di jemput agar tidak timbul perasaan kecil hati dikalangan mereka .
Dalam majlis perkahwinan moden kad –kad jemputan akan dihantar kepada
mereka yang dijemput agar turut sama memeriahkan majlis persandingan.
MAJLIS BERPAKAT
Bagi melancarkan secara urusan ,satu perjumpaa akan diadakan di rumah
keluarga kedua –dua pihak .Dalam perjumpaan itu,mereka bermuafakat dalam
menentukan orang yang bertanggungjawab dalam menjayakan majlis perkahwinan
tersebut bagi mememastikan berjalan lancar.
Majlis perjumpaan ini juga dikenali sebagai „meletak kerja‟.Tugas diagih –
agihkan kepada mereka yang sukarela .Kebanyakan daripada mereka yang terlibat
akan berbincang dan memberikan buah fikiran masing-masing .
Antara pembahagian tugas yang ditetapkan termasuklah:-
Mendirikan rumah tangga
Masak-memasak
Menghidangkan makanan
Melayan para tetamu
Menyembelih dan melapah daging
Membasuh pinggan mangkuk
Menghias rumah / pelamin
Setiap orang yang terpilih akan melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin
agar wujud kelancaran sepanjang majlis perkahwinan berlangsung.
BERINAI / BERANDAM
Kedua-dua bakal pengantin akan dipakaikan inai.Pemakaian inai dianggap
penting kerana ia berfungsi sebagai penyeri ketika bersanding.
Bagi pengantin perempuan ,inai akan dipakaikan pada jari tangan kanan dan kiri
temasuk jari kaki serta keliling tapak kaki .
Pengantin lelaki pula hanya memakai sedikit sahaja inai iaitu tiga jari di sebelah
kiri.Memakai inai juga akan meyerlahkan kecantikan pasangan pengantin.
Berandam atau mengandam adalah kerja-kerja menghias pengantin agar mereka
kelihatan berseri atau bersemangat untuk menghadapi hari perkahwinan .
Tugas ini dipertanggungjawabkan kepada tukang andam yang berkemahiran
dan banyak pengalaman .Tukang andam diberikan kepercayaan untuk menjalankan
tugas-tugas mengandam.
Kebanyakan tukang andam pada masa dahulu mempunyai kebolehan atau
kemahiran yang diwarisi secara turuu –temurun dalam menghias pasnagan
mempelai .
Kalau dahulunya tukang andam lebih dipelopori kaum wanita ,hari ini kaum
lelaki juga turut memainkan peranan menjadi tukang andam.Namun begitu ,daya
kreativiti mereka tetap terserlah dan tidak kurang hebatnya berbanding mak andam
perempuan .
MAJLIS AKAD NIKAH
Akad nikah merupakan majlis atau upacara yang amat penting dalam
perkahwinan serta saat yang amat dinanti-nantikan oleh kedua-dua belah pihak .
Imam akan hadir lebih awal kerana beliau perlu melengkapkan sijil nikah dan
berjumpa dengan pengantin perempuan untuk meminta persetujuan bagi
dinikahkan dengan lelaki pilihan sambil disaksikan oleh kedua-dua ibu bapanya.
Antara butir-butir yang perlu diisi dalam sijil nikah ialah pengenalan dari
pengantin lelaki dan pengantin perempuan ,mas kahwin ,wali dan dua orang saksi .
Dalam adat perkahwinan hari ini,pasangan mempelai diwajibkan mengikuti
kursus perkahwinan terlebih dahulu sebelum diijabkabulkan .
Apabila pengantin lelaki tiba dan segala urusan telah selesai,upacara akad
nikah pun dimulakan .Sekiranya pengantin lelaki berupaya menjawab [qabul]
dengan jelas dan lancar serta memuaskan hati semua pihak,maka sahlah
pernikahan itu .Selepas itu,pengantin lelaki dikehendaki melafazkan taklik.
Upacara akad nikah akan diakhiri dengan bacaan doa selamat sebagai tanda
kesyukuran .Seterusnya ,pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan
air sembahyang terhadap pasangan perempuan .Pemberian seperti cincin,rantai
,gelang san sebagainya akan diberi oleh si suami kepada si isteri.
MAJLIS HARI LANGSUNG
Majlis hari langsung merupakan upacara kemuncak dalam perkahwinan .Ia
dianggap hari yang bersejarah dan hanya berlaku sekali seumur hidup.Oleh itu,
majlis ini perlu dikendalikan dengan teratur dan terancang agar tidak menimbulkan
sebarang masalah serta meninggalkan kenangan paling manis kelak.Sehari sebelum
tibanya hari langsung ,khemah-khemah mula dipasang termasuklah untuk urusan
penyediaan makanan .
Kerbau atau lembu akan disembelih .Setelah disembelih ,daging sembelihan
dilapah sebelum dicincang disediakan sebagai bahan masakan .Masing –masing
mula sibuk menjalankan tugas seperti yang telah dupersetujui .Tukang masak
misalnya akan memastikam setiap masakan mencukupi untuk menjamu para
tetamu berdasarkan jumlah yang hadir.
Bagi memeriahkan lagi majlis ,pasukan rebana dijemput untuk
mempersembahkan permainan rebana sambil berzikir.Mereka ditempatkan di
sebuah balai yang dibina khas berdekatan para hadirin menjamu selera .
Pada sebelah tengah hari ,para jemputan mula hadir lalu dijemput ke tempat
yang dikhaskan untuk menikmati hidangan.
Sementara para jemputan menjamu selera ,tukang andam pula sibuk menghias
pengantin.Biasanya pada waktu ini , orang luar dilarang sama sekali menjenguk
masuk. Hari langsung sampai ke kemuncaknya apabila upacara berarak dan
bersanding berlangsung.Upacara ini sungguh bermakna bagi kedua-dua mempelai
kerana pada hari itu mereka berdua secara rasminya telah pun digelar Raja Sehari.
Sesungguhnya ,upacara berarak dan majlis persandingan mempunyai tujuan
tertentu.Kedua-dua upacara tersebut dianggap sebagai satu acara atau kaedah untuk
mengumumkan perkahwinan mereka kepada penduduk berhampiran .Ia juga
memberi peluang kepada semua hadirin untuk menyaksikan pasangan mempelai
dari dekat.Pada ketika itu, upacara seperti merenjis tepung tawar dilakukan oleh
keluarga terdekat terutamanya ibu bapa mempelai.
Malah ,rakan-rakan pasangan mempelai juga berpeluang untuk merenjis
tawar.Peluang ini digunakan untuk bergambar beramai-ramai bersama pasangan
mempelai bagi diabadikan sebagai kenangan yanga paling manis.
MAJLIS BERTANDANG
Selepas menjalani pelbagai upacara pada hari lansung ,keesokannya pengantin
perempuan akan berkunjung ke runah pengantin lelaki dengan penuh beradat .Adat
tersebut dipanggil adat bertandang.
Bagi memeriahkan majlis menyambut kedatangan menantu, ibu bapa pengantin
leleki turut mengadakan majlis kenduri kahwin sebagaimana yang diadakan di
rumah pengantin perempuan sebelumnya . Suasana kemeriahan yang wujud juga
dapat dirasai oleh keluarga sebelah lelaki dan sanak saudaranya.
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Bersyukur saya ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya
menyiapkan kajian R&D ini dengan jayanya .Saya merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak
yang telah memberikan sokongan dan bantuan kepada saya dalam usaha
menyiapkan kajian ini.Penghargaan ini juga ditujukan kepada ibunda dan ayahanda
saya,Puan Rohana Binti Yaacob dan En Arshad Bin Ahmad kerana telah
memberikan sokongan sepenuhnya untuk menyiapkan kajian ini.
Terima kasih juga saya tujukan buat Tuan Pengetua,ayahanda Encik Krim Bin
Bayok,yang telah memberikan kebenaran kepada saya menjalankan kajian
ini.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua responden yang telah
memberikan kerjasama kepada saya dan juga rakan-rakan saya dalam usaha
menyiapkan kajian ini.Terima kasih juga saya tujukan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.Segala bantuan dan sokongan
yang telah diberikan amat saya hargai dan akan saya ingati sampai bila-bila.
Sekian ,Terima kasih……..
Recommended