View
67
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
9/3/2014 Sejarah Tingkatan 4: Bab 9 Perkembangan di Eropah
http://panitiasejarahmsab.blogspot.com/2009/03/bab-9-perkembangan-di-eropah.html 1/14
friday, march 6, 2009
Bab 9 Perkembangan di Eropah
BAB 9
PERKEMBANGAN DI EROPAH
Perubahan Masyarakat Dan Budaya Eropah
Maksud zaman gelap
Mundur – balik kebelakang.
Bermula selepas kejatuhan tamadun Rom,masyarakat dalam keadaan
mundur,merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan.
Merosot kualiti hidup
Mengalami kemerosotan dalam bidang politik,ekonomi dan sosial.
Ciri-ciri kehidupan pada Zaman Gelap.
Tiada Pentadbiran pusat
Tiada pentadbiran pusat yang berkesan. Yang mengawal tingkah laku
rakyat dan pembesar.
Pusat hilang kuasa
Kemusnahan kuasa pusat kerana tidak dapat mentadbir wilayah-wilayah.
Wujud Baron – kuasai tanah
Kemunculan golongan baron (tuan rumah) yang berkuasa di wilayah
yang diduduki.
Perlindungan Baron
Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah
untuk menjaga keselamatan mereka sebagai balasan petani terpaksa
membayar cukai kepada tuan tanah.
Wujud perhambaan
Petani yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai menyerahkan
tanah mereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksa menjadi
hamba.
Perlindungan Raja utk Baron
Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja dan sebagai
tukaran golongan tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau
membayar cukai kepada raja.
Ikatan hubungan rakyat – tuan tanah - Raja
Jalinan ikatan yang menghubungkan golongan rakyat dengan tuan tanah
dan seterusnya raja dengan tuan tanah merupakan asas kepada sistem
feudal di Eropah.
Kelembapan ilmu
pengunjung ke...
carian
welcome... premier our image
Panitia Sejarah Maktab Sultan Abu BakarJln Sg Chat80100, Johor BahruJohor
putera puteri ec
Join this sitew ith Google Friend Connect
Members (17)
Already a member? Sign in
blog archive
▼ 2009 (36)
► November (1)
► October (1)
► September (1)
► August (5)
► July (15)
► April (2)
▼ March (11)
The History of EC
Bab 10 Dasar British dan
Kesannya Terhadap
Ekonomi...
Bab 9 Perkembangan di Eropah
Bab 8 Pembaharuan dan
I made this widget at MyFlashFetish.com.
9/3/2014 Sejarah Tingkatan 4: Bab 9 Perkembangan di Eropah
http://panitiasejarahmsab.blogspot.com/2009/03/bab-9-perkembangan-di-eropah.html 2/14
Kelembapan ilmu pengetahuan
Gereja berkuasa miliki harta
Institusi gereja amat berkuasa dengan memiliki harta yang banyak.
Fokus Akhirat
Institusi gereja memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan
ilmu keakhiratan.
Kongkongan Gereja
Gereja mengongkong kehidupan masyarakat Eropah.
Gangguan orang gasar
Kegiatan perdagangan tidak meluas dan sering diganggu oleh serangan
orang gasar seperti Viking dan Magyar.
Kegagalan bersaing dengan org Islam.
Kegiatan perdagangan ke Timur Jauh tidak dapat dijalankan kerana
tidak berupaya menyaingi penguasaan orang islam di Mediterranean.
Tumpuan Pertanian shj.
Mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor
pertanian.
Amalan Sistem Barter.
Perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran
barang kerana penggunaan matawang terhad.
Ciri-ciri persamaan antara sistem feudal di Eropah dengan sistem feudal
masyarakat Melayu tradisional.
Raja penaung Sistem secara mutlak.
Golongan raja merupakan golongan penaung utama dalam sesebuah
negara dengan memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak.
Ikatan hubungan Raja – Pembesar - Rakyat
Pembesar memberikan khidmat kepada pihak raja manakala golongan
pembesar mendapatkan naungan daripada pihak istana dan
dianugerahkan tanah.
Pembesar kutip Cukai
Pembesar memaksa rakyat memberikan khidmat kepada mereka
dengan mengerjakan tanah.Hasil cukai dikutip untuk diserahkan kepada
raja.
Kerahan tenaga
Pembesar melayu akan mengerahkan rakyat untuk menjadi askar dan
membina istana.
Wujud Perhambaan
Rakyat jadi hamba kerana gagal bayar hutang/cukai.
Perubahan pada Zaman Kemuncak Pertengahan di Eropah.
Penyatuan oleh Gereja
Gereja memainkan peranan universal serta menjadi ejen penyatuan.
Perubahan Ekonomi
Perubahan ekonomi hasil pertambahan penduduk.
Tingkat Pertanian
Peningkatan dalam aktiviti pertanian.
Wujud perdagangan
Kemunculan kegiatan perdagangan yang maju.
Muncul Bandar besar
Kemunculan bandar-bandar seperti Venice,Milan dan Florest di Itali.
Kelas Pertengahan.
Melahirkan kelas pertengahan yang terdiri daripada
artisan,pedagang,dan ahli perbankan.
Status berasaskan kekayaan bukan kuasa/tanah.
Status sosial seseorang itu tidak lagi berasaskan pemilikan tanah tetapi
kekayaan.
Penglibatan Rakyat dalam politik.
Perubahan politik berlaku apabila rakyat mula terlibat dalam kegiatan
politik.
Pengaruh Islam di Malaysia
S...
Bab 7 Islam di Asia Tenggara
Bab 6 Pembentukan Kerajaan
Islam dan Perkembangann...
Bab 5 Kerajaan Islam di
Madinah
Bab 4 Kemunculan Tamadun
Islam dan
Perkembangannya...
Bab 3 Tamadun Awal Asia
Tenggara
Bab 2 Peningkatan Tamadun
Bab 1 Tamadun Awal Manusia
khairul
View my completeprofile
9/3/2014 Sejarah Tingkatan 4: Bab 9 Perkembangan di Eropah
http://panitiasejarahmsab.blogspot.com/2009/03/bab-9-perkembangan-di-eropah.html 3/14
Parlimen suara rakyat.
Rakyat dapat menuntut hak menerusi institusi parlimen yang
diwujudkan.
Hak politik rakyat.
Perubahan ini memeberikan hak politik kepada rakyat.
Hubungan rakyat – kerajaan.
Menjalinkan hubungan antara rakyat dengan pemerintah.
Zaman Renaissance
Maksud Renaissance
Kelahiran semula
Berasal daripada perkataan Itali,renisciment yang bermaksud “kelahiran
semula” merujuk pada penghargaan semula ilmu dalam tamadun Yunani
dan Rom.
Tokoh Humanisme.
1. Francisco Petrarch
2. Niccolo Machiavelli
3. Giovanni Bocaccio
Sebab-sebab Renaissance berlaku di Itali.
Lahir pemkiran Humanisme
Lahir aliran pemikiran humanisme melalui penonjolan terhadap
keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahan.
Bapa Humanisme
Melahirkan bapa humanisme iaitu Francesco Petrach,Niccolo Machiavelli
dan Govanni Bocaccio.
Penerokaan dan Inkuiri
Kesediaan meneroka bidang dan kawasan baru kerana didorong oleh
semangat inkuiri yang kuat.
Muncul Bandar Besar
Kemunculan bandar-bandar terkenal yang menjadi pusat antarabangsa
seperti Venice,Genoa,Florence,Rom dan Milan.
Kedudukan Strategik
Pertembungan budaya,bahasa dan agama kerana kedudukan Itali yang
strategik di kelilingi Laut Mediterranean.
Pelabuhan perdagangan
Kemunculan Venice dan Genoa sebagai pelabuhan untuk menjalankan
perdagangan antarabangsa.
Tumpuan seniman dan ilmuan.
Kemunculan para pedagang kaya yang menggunakan kekayaan untuk
mengindahkan bandar dan menjadikannya tumpuan para seniman dan
cendekiawan.
Penaung ilmu
Golongan pedagang kaya menjadi patron atau penaung kepada para
pelukis,ahli muzik,saintis dan penulis.Antara patron yang terkenal ialah
keluarga Medici di Florence.
Persaingan dapatkan ilmu oleh patron.
Berlaku persaingan antara bandar-bandar di Itali untuk mendapatkan
seniman dan cendekiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang oleh
patron.
Kunjungan dan lawatan
Para seniman dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar bagi
tujuan menyiapkan tugasan secara tidak langsung menyebarkan idea
Renaissance di Itali.
Peranan Paus sebagai patron.
Paus di Rom menjadi penaung/patron kepada para seniman dan
cendekiwan.
9/3/2014 Sejarah Tingkatan 4: Bab 9 Perkembangan di Eropah
http://panitiasejarahmsab.blogspot.com/2009/03/bab-9-perkembangan-di-eropah.html 4/14
Perlihat bakat
Golongan ini mula bekerja secara bersendirian untuk mempelihatkan
bakat masing-masing.
Bakat dihargai
Kemahiran seniman dihargai dan ini mempengaruhi para pelukis untuk
dikenali secara individu iaitu individualisme seperti pelukis iaitu Leonardo
da Vinci,Raphael dan Michelangelo.
Perubahan Pendidikan
Perubahan konsep pendidikan dengan menggalakkan pembinaan
kemahiran dalam aspek intelektual serta fizikal dikalngan individu.
Misalnya Leonardo da Vinci dan Michelangelo, selain mejadi pelukis dan
pengukir agung, disanjung kerana kemahiran dalam bidang ilmu
pengetahuan yang lain.
Muncul tokoh Renaissance
Terdapat tokoh renaissance yang muncul di beberapa buah negara
Eropah di England, contohnya, tokoh pemikir seperti Thomas More,
Francis Bacon, William Shakespeare.
Sebab permusuhan antara gereja Rom dengan ahli sains dan matematik
di Itali.
Cemburui pencapaian bandar Florence
Gereja Rom mencemburui pencapaian bandar seperti Florence yang
dikuasai keluarga Medici
Nak jadikan Rom cantik
Gereja Rom berhasrat menjadikan Rom secantik Florence
Cabaran drp ahli sains & mate
Gereja menghadapi masalah kerana khuatir ahli sains dan ahli
metematik mencabar pemikiran mereka.
Konflik kes Galileo Galilei
Konflik atau perselisihan pendapat berlaku seperti dalam kes Galileo
Galilei.
Berkenaan Pusat alam
Galileo Galilei menyatakan matahari sebagai pusat alam manakala
gereja menyatakan bumi sebagai pusat alam.
Sains guna akal dan logik.
Para saintis logik dalam menekanan kaedah pemerhatian serta
penggunaan akal dan logik dalam menerangkan sesuatu fenomena
alam.
Gereja guna tradisi
Pihak gereja menekankan penjelasan tradisional tentang fenomena
alam.
Langkah Paus menjadikan Rom sebagai pusat Renaisance di Itali.
Tumpuan lukisan dan ukir.
Memberi perhatian kepada seni lukis dan seni ukir
Upah pelukis cantikkan Rom.
Paus Julius 2 telah mengupah pelukis dan pengukir terkenal seperti
Leonardo Da Vinci , Raphael, dan Michelangelo untuk mencantikkan dan
menghiasi gereja dan katedral di Rom
Bina Katedral.
Membina Katedral St Peter.
Pindah pusat seni.
Pusat seni Renaissance telah berpindah dari Florence ke Rom.
Sumbangan tokoh zaman Renaissance
Francesci Petrach
Bapa
Dikenali Bapa Humanisme
Tubuh pustaka
9/3/2014 Sejarah Tingkatan 4: Bab 9 Perkembangan di Eropah
http://panitiasejarahmsab.blogspot.com/2009/03/bab-9-perkembangan-di-eropah.html 5/14
Menubuhkan perpusatakaan kerana minat dalam ilmu
Simpan koleksi agong
Menyimpan koleksi karya agong zaman Yunani dan Rom yang
diterjemahkan oleh cendikiawan Islam dan Paderi.
Tulis pemerhatian
Memerhati sendiri apa yang ditulis untuk mengelakkan percanggahan
pendapat.
Kaedah penulisan.
Memperkenalkan kaedah penulisan melalui sistem pemerhatian.
Niccolo Machiavelli
Tokoh
Dikenali tokoh Humanisme
Buku
Menghasilkan buku The Prince
Raja kuasa mutlak
Menyarankan seorang raja harus berkuasa mutlak.
Ditakut rakyat
Pemerintah harus ditakuti dan bukan disayangi rakyat.
Rakyat perlu setia
Rakyat perlu memberi taat setia kepada Geraja Katolik.
Nasionalisme
Memperkenalkan aliran nasionalisme di Eropah.
Negara Bangsa.
Ideanya mendorong pembentukan negara bangsa di Eropah.
Leornado da Vinci
Seniman, Cendikiawan
Seorang tokoh seniman dan cendekiawan yang terkenal.
Cantikkan gereja
Melukis dan mengukir untuk mencantikkan gereja dan katedral di Rom.
Terkenal dgan Mona Lisa
Menjadi pelukis terkenal dengan menghasilkan lukisan “Mona Lisa”.
Kembang bakat
Berjaya membina dan mengembangkan bakat sebagai manusia yang
ideal.
Versatil – kuasai banyak ilmu.
Seorang Versatil dengan menguasai semua bidang ilmu seperti seni
bina,seni ukir,kejuruteraan,botani,falsafah,geografi dan strategi
ketenteraan.
Guna Ikuiri utk jawapan.
Mendahului zamannya mempunyai semangat inkuiri untuk mencari
jawapan segala kejadian alam.
Buku Catatan
Membuat buku catatan dengan pelbagai lakaran ciptaan teknikal seperti
busur panah gergasi digerakkan dengan roda.
Kesan yang berlaku selepas Renaissance di Eropah.
Muncul Monarki baru.
Kemunculan monarki baru yang mempunyai kekuatan dan kekuasaan
yang diasaskan melalui kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan
kebangsaan.
Cukai – Raja kukuh.
Pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat
memperkukuhkan kedudukan raja menyebabkan kuasa gereja dan
kuasa golongan bangsawan semakin kurang.
Negara monaarki baru.
Monarki baru ini terdapat di Portugal,Castile dan Aragon
(Sepanyol),England,Perancis dan Belanda.
Perdagangan berkembang
9/3/2014 Sejarah Tingkatan 4: Bab 9 Perkembangan di Eropah
http://panitiasejarahmsab.blogspot.com/2009/03/bab-9-perkembangan-di-eropah.html 6/14
Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang
dan meluas manakala kegiatan ekonomi sara diri kian pupus.
Kemajuan ilmu.
Kemajuan dalam bidang matematik,geografi,kartografi (teknik melukis
peta) dan astronomi menyebabkan perkembangan kegiatan
penjelajahan dan penerokaan.
Ilmu moden – keonjektifan.
Menekankan ciri-ciri inkuiri ,keobjektifan,eksperimen dan merintis jalan
kepada pembangunan dan perkembangan ilmu sains seperti
biologi,fizik,kimia dan perubatan.
Emosi dan perubahan pemikiran.
Perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia melahirkan emosi
atau perasaan yang dicerminkan di dalam muzik,lukisan,dan ukiran yang
dihasilkan.
Budaya dan keyakinan diri.
Dari segi psikologinya,unsur emosi yang dicerminkan berjaya memupuk
dan melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri.
Perubahan dan pemikiran masy.
Perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan
pemikiran logik,saintifik,falsafah,dan metafizik.
Inkuiri dan berani – kejayaan.
Pengajaran daripada Zaman Renassance ialah kita harus mempunyai
sifat inkuiri dan berani untuk meneroka perkara dan bidang baru untuk
mencapai kejayaan dalam semua jurusan.
Zaman Reformation
Maksud:
Perubahan
Melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk
menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau untuk membentuk sesuatu
yang baru.
Gerakan
Merupakan suatu gerakan yang berlaku di Eropah Barat pada abad ke-
18 yang mempunyai kaitan dengan agama Kristian.
Counter Reformation
Menentang
Golongan agama bertindak menentang sesuatu yang baru yang
ditimbulkan oleh gerakan Protestan.
Sebab Reformation
Kepincangan gereja.
Berlaku kepincangan , rasuah dan penyelewengan apabila pihak Gereja
Rom telah meningkatkan usaha pembangunan keduniaan.
Amalan tdk selari dengan Bible.
Amalan golongan penguasa Gereja Katolik tidak selari dengan yang
dianjurkan dalam kitab Bible menyebabkan ramai ahli masyarakat
mempersoalkan kedudukan mereka.
Amal gaya hidup bangsawan.
Golongan penguasa Gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup
para pemerintah dan bangsawan yang tidak mencerminkan kehidupan
keagamaan.
Penyelewengan gereja.
Terdapat penyelewengan dengan penjualan sijil Indulgences , surat
pengampunan bagi penganut Kristian yang melakukan dosa merebak ke
seluruh Eropah.
Mesin cetak – Bible murah.
Adanya mesin cetak ciptaan Johann Gutenberg membolehkan Bible
dhasilkan masa yang singkat dengan harga yang murah.
Menentang Indulgences
Tindakan Martin Luther , Profesor ilmu theologi di Jerman, mula
mengambil langkah menentang amalan Indulgences.
9/3/2014 Sejarah Tingkatan 4: Bab 9 Perkembangan di Eropah
http://panitiasejarahmsab.blogspot.com/2009/03/bab-9-perkembangan-di-eropah.html 7/14
Luther mencabar gereja
Luther percaya yang manusia itu seharusnya bergantung pada kekuatan
rohaninya dalam amalan penghidaman dengan mencabar kedudukan
Gereja dan institusi paderi.
Bantah dan Protestan.
Luther memperkenalkan mazhab Protestan yang berasal daripada
perkataan protesting yang bermaksud membantah yang mempersoalkan
kewibawaan Gereja Rom Katolik dan golongan paderi.
Kesan Zaman Reformation
2 Mazhab
Kristian berpecah kepada Katolik dan Protestan
Pimpinan Gerakan
Di Switzerland gerakan pada mulanya dipimpin oleh Huldreich Zwingli
kemudian dipimpin John Calvin.
Perang keagamaan
Berlaku perang keagamaan di Perancis dan perang 30 tahun yang
melibatkan Sapanyol, jerman, Bohemia, Denmark, dan Sweden.
Kemusnahan masy.
Peperangan mengikut mazhab telah mengakibatkan kemusnahan.
Toleransi dan penyebaran .
Dalam jangka panjang timbul sikap tolenransi antara pengikut mazhab
Kristian untuk mempergiatkan pendidikan dan penyebaran fahaman
mereka.
Cabaran terbuka
Kuasa gereja dicabar secara terbuka.
Bebaskan kuasa terhadap monarki.
Kuasa gereja terhadap monarki berkurangan disebabkan ingin
membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom. Cthnya semasa
pemerintahan Raja Henry VIII , raja menjadi ketua kerohanian gereja
Protestan Anglican dengan memutuskan hubungan dengan Rom.
Penjelajahan Dan Penerokaan
Kuasa-kuasa Eropah yang terlibat dalam penjelajahan dan penerokaan
pada abad ke-15.
1. portugal
2. Sepanyol
3. Belanda
4. Inggeris
Laluan Eropah ke Timur
Atlantik
Orang Eropah melalui Lautan Atlantik ke Timur.
Sebab-sebab penjelajahan dan penerokaan orang Eropah ke dunia luar.
Barangan Timur
Ingin mendapatkan barangan seperti emas,sutera, dan rempah ratus
dari Timur.
Galakan Raja
Raja Sepanyol dan Raja Portugal merupakan pemerintah yang
bertanggungjawab memberikan galakan menjelajah ke Timur.
Perjanjian tamatkan persaingan.
Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani untuk menamatkan
persaingan mendapatkan tanah jajahan bahagian timur kepada Portugal
manakala Barat kepada Sepanyol.
Keuntungan dagang empahr.
Peragangan rempah ratus dan sutera telah mendatangkan keuntungan
yang besar kepada para pedagang Eropah.
Penyebaran kristian.
9/3/2014 Sejarah Tingkatan 4: Bab 9 Perkembangan di Eropah
http://panitiasejarahmsab.blogspot.com/2009/03/bab-9-perkembangan-di-eropah.html 8/14
Ingin menyebarkan agama kristian seperti yang ditekankan oleh
penguasa gereja di Eropah.
Monarki baru dan galakkan.
Kemunculan Monarki Baru di England,Perancis,dan Belanda
menggalakan penjelajahan dan penerokaan ke seberang laut.
Kebanggaan utk menjajah.
Semangat kebanggaan bangsa telah mendorong orang Eropah untuk
menjelajah di luar Eropah sebagai kebanggaan bangsa.
Kesan penjelajahan orang Eropah terhadap masyarakat setempat.
Iktiraf kekuatan Eropah
Pemimpin tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan mengiktiraf
kekuatan kuasa Eropah.
Syarikat Perdagangan
Syarikat berpiagam yang telah diwujudkan menjalankan perdagangan
dari Eropah hingga ke Carribean,Latin Amerika,Afrika,Indi,Asia Tenggara
dan Asia Timur.
Pembekal Barangan kepada Eropah.
Daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan
masyarakat Eropah.
Kuasai pusat dagangan
Portugis telah menguasai pusat emporium dunia seperti Goa dan Melaka.
Kayakan negara Eropah
Barangan yang dibawa dari Timur telah memperkayakan ekonomi dan
gaya hidup masyarakat di Eropah.
Jalan Laut dikuasai
Jalan pelayaran perdagangan di Lautan Hindi,Asai Tenggara dan Laut
Cina Selatan dikuasai oleh Portugal.
Sebar Kristian
Penduduk tempatan menerima agama kristian yang dibawa oleh
mubaligh kristian.
Hapus Tamadun Tempatan
Penjelajahan Sepanyol dengan melakukan penaklukan ke atas Mexico
dengan menundukkan tamadun Atzec,dan menakluk Peru dengan
menghapuskan tamadun Inca.
Hijrah Masyarakat Eropah
Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah
mewujudkan sebuah masyarakat yang baru di wilayah tersebut.
Eksploitasi Buruh tempatan
Para pemodal Sepanyol mengeksploitasikan buruh pribumi untuk
bekerja di lombong dan di ladang mereka.
Petempatan diluar Eropah
Petempatan orang Portugis di Melaka dan Goa manakala Filipina amat
dipengaruhi oleh kuasa Sepanyol.
Sikap untuk menerima perubahan bagi mencapai kemajuan melalui
Zaman Renaissance hingga zaman penjelajahan dan penerokaan di
Eropah.
Ilmu
Kepentingan penerokaan ilmu pengetahuan.
Inkuiri
Semangat inkuiri untuk melakukan perubahan.
Gigih
Kegigihan dalam mencapai sesuatu matlamat.
Berani
Keberanian menghadapi cabaran tanpa mengira risiko yang bakal
dihadapi semasameneroka lautan serta daratan.
Revolusi Pertanian dan Revolusi Prindustrian
Sistem tanah di Britain
9/3/2014 Sejarah Tingkatan 4: Bab 9 Perkembangan di Eropah
http://panitiasejarahmsab.blogspot.com/2009/03/bab-9-perkembangan-di-eropah.html 9/14
1. Tanah awam
2. Tanah milikan persendirian
Kesan Akta Pemagaran Tanah terhadap tuan tanah yang kaya.
Meluas
Tuan tanah memiliki tanah yang luas.
Bentuk ladang
Membentuk ladang pertanian.
Beli tanh
Golongan tuan tanah dapat membeli tanah awam.
Tanah dipagar
Semua tanah milik tuan tanah dapat dipagar.
Kesan Akta Pemagaran tanah terhadap petani-petani kecil
Kemampuan
Petani kecil tidak mampu memagari tanah.
Kos tinggi
Kos untuk memagar tanah tinggi.
Jual tanah
Petani terpaksa menjual tanah.
Kerja ladang
Terpksa bekerja di ladang milik tun tanah yang kaya.
Buruh kilang - bandar
Berhijrah ke bandar untuk menjadi buruh kilang.
Hilang rezeki
Petani kecil yang bergantung kepada tanah awam hilang punca rezeki.
Sebab berlaku Revolusi Pertanian di Britain.
Milik tanah dapat kelulusan – pagar
Perubahan dalam penggunaan dan pemilikan tanah persendirian setelah
tuan tanah mendapat kelulusan Parlimen untuk memagar tanah awam
bagi membolehkan penanaman secara ladang.
Pertambahan penduduk
Britain menghadapi pertambahan penduduk,menyebabkan permintaan
hasil pertanian meningkat dan menyebabkan harga gandum meningkat.
Tanaman bergilir
Kaedah penanaman secara bergilir diperkenalkan oleh Lord Townshend
dengan menanam pelbagai jenis tanaman secara berterusan sepanjang
tahun.
Kesuburan tanah dijaga.
Melalui kaedah ini kesuburan tanah dapat dikekalkan kerana tanaman
berbeza memerlukan nutrien yang berbeza serta tanah tidak dibiarkan
kosong.
Tanaman baru.
Tanaman baru diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang.
Jentera pertanian
Terdapat alat yang dicipta olh Jethro Tull untuk kegunaan menggali dan
menugal serta penanaman biji benih dapat dilakukan dengan pantas.
Baja asli
Penggunaan baja asli secara meluas telah menjadikan tanaman lebih
subur dan hasil pertanian meningkat.
Pemasaran produk – didagangkan.
Lebihan produk dapat diperdagangkan melalui kaedah pemasaran yang
meluas.
Kesan Revolusi Pertanian di Britain pada abad ke-18.
Punca ekonomi
Pertanian menjadi punca ekonomi negara.
Lebihan dieksport
Lebihan produk dieksport.
9/3/2014 Sejarah Tingkatan 4: Bab 9 Perkembangan di Eropah
http://panitiasejarahmsab.blogspot.com/2009/03/bab-9-perkembangan-di-eropah.html 10/14
Peladang jadi pedagang
Para peladang besar menjadi pedagang antarabangsa.
Makanan mencukupi
Menyedikan makanan yang cukup kepada tenaga buruh industri di
bandar.
Tuang tanah - tokoh
Kedudukan tuan tanah sebagai tokoh pentig dalam masyarakat.
Pertanian skala besar
Muncul sistem ekonomi skala besar dengan pembukaan ladang pertanian
membolehkan rakyat bekerja sebagai buruh ladang mewujudkan
golongan buruh dan majikan.
Ciptaan baru dan kegunaannya dalam Revolusi Perindustrian.
Water Frame
Cipta
Dicipta oleh Richard Arkwright pada tahun 1769.
Pintal
Alat pemintal benang.
Wap
Menggunakan kuasa wap
Spinning Jenny
Cipta
Dicipta oleh John Hargreaves pada tahun 1770.
Pintal
Alat pemintal benang.
Tangan
Menggunakan tangan dapat memintal lapan jurai benang serentak.
Enjin Berkuasa Wap James Watt
Cipta
Dicipta oleh James Watt.
Enjin
Memperbaiki enjin rekaan Nercomen.
Lombong
Untuk melombong arang batu.
Eksport
Untuk dieksport.
Faktor mempengaruhi berlaku Revolusi Perindustrian di Britain.
Lebihan modal dilabur semula
Para peladang yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian
telah melaburkan lebihan modal dalam sektor perindustrian.
Sikap sanggup risiko
Perubahan sikap sanggup mengambil risiko untuk melaburkan modal
dalam bidang perindustrian.
Dana diselamatkan – tidak gantung impot.
Dana dapat diselamatkan kerana Britain tidak perlu bergantung pada
pengimportan bahan makanan dari luar seterusnya membantu
pertumbuhan dan perkembangan industri.
Rekaan baru dlm industri.
Rekaan dalam bidang sains dan teknologi dengan mencipta mesin baru
dalam kegiatan perindustrian.
Arang batu - tenaga
Penggunaan arang batu sebagai sumber tenaga perusahaan.
Semangat usahawan.
Semangat dan kegiatan keusahawanan telah mencetuskan daya
kreativiti dan inovatif tokoh-tokoh perindustria Britain.
Perubahan daripada Revolusi Perindustrian di Britain
Pengeluaran secara besar
9/3/2014 Sejarah Tingkatan 4: Bab 9 Perkembangan di Eropah
http://panitiasejarahmsab.blogspot.com/2009/03/bab-9-perkembangan-di-eropah.html 11/14
Pengeluaran barangan dihasilkan secara besar-besaran melalui kaedah
dan ciptaan mesin bagi menggantikan tenaga manusia.
Pengkususan pengeluaran.
Pemoda hanya mengkhusus kepada satu bidang industri untuk
mengawal kos yang dapat mendatangkan faedah dan kemahiran dalam
bidang tersebut.
Prestasi ditingkatkan.
Prestasi barangan dari segi kuantiti dan kualiti dapat dipertingkatkan.
Pasaran dlm dan luar negeri
Produk tersebut dapat dipasarkan secara meluas di dalam negeri dan
diluar negeri.
Teknologi moden –cepat, murah, cekap – luaskan pasaran
Penggunaan teknologi enjin berkuasa wap dapat menjimatkan kos
pengeluaran menyebabkan setiap barang menjadi murah dan mampu
dibeli masyarakat dan dipasarkan secara meluas di pasaran
antarabangsa.
Rekaan dan penemuan
Pelbagai mesin direka untuk mempertingkatkan pengeluaran telah
dihasilkan melalui kajian dan kreativiti para ahli teknologi dan saintis
seperti tenaga wap melalui pembakaran arang batu.
Pengangkutan - bantu kembang industri
Penggunaan kuasa wap membantu perkembangan sistem pengangkutan
kereta api dan kapal laut untuk mengangkut hasil industri.
Sumbangan enjin berkuasa wap terhadap sistem pengangkutan?
Pacu bot
Digunakan untuk memacu bot.
Kenderaan darat
Memacu kenderaan di darat.
Lokomatif
Lokomatif dipacu dengan enjin berkuasa wap.
Roket
Lokomatif roket dapat bergerak selaju 16 batu sejam di atas rel.
Kereta api
Kereta api menggunakan enjin berkuasa wap digunakan di Eropah dan
Amerika Syarikat.
Bantu kembang industri
1875 kereta api berkuasa wap membantu perkembangan sistem
pengangkutan kereta api dan kapal laut untuk mengangkut hasil industri
Dan perkembangannya.
Kesan Revolusi Perindusrian di Britain.
Industri Ganti pertanian.
Kegiatan pembuatan dan pengilangan telah mula menggantikan kegiatan
pertanian sebagai bidang utama ekonomi negara.
Buruh upah industri
Semakin ramai rakyat Britain terlibat sebagai pekerja atau buruh
industri berbanding sebagai buruh pertanian.
Tuan tanah diganti pengusaha kilang.
Kedudukan tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat
telah diganti oleh para pengusaha dan pemilik kilang.
Dagangan Antarabangsa
Lebihan produk hasil daripada Revolusi Perindustrian diperdagangkan
pada peringkat antarabangsa dan keuntungan dapat dimaksimumkan.
Rekaan dan penemuan
Kemajuan rekaan dan penggunaan kereta api berkuasa
wap,menyebabkan gerabak boleh dipacu dengan lebih laju.
Gerabak keretapi wap
Enjin berkuasa wap boleh menarik lebih banyak gerabak bagi
mengangkut barangan dan pekerja kilang.
Pengangkutan moden - Kapal wap
9/3/2014 Sejarah Tingkatan 4: Bab 9 Perkembangan di Eropah
http://panitiasejarahmsab.blogspot.com/2009/03/bab-9-perkembangan-di-eropah.html 12/14
Kemunculan sistem pengangkutan laut dengan penggunaan kapal laut
yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap.
Sistem Kilang
Revolusi Perindustrian telah memperkenalkan sistem perkilangan
terutamanya kilang tekstil.
Tiada Layanan
Peringkat awal golongan buruh tidak mendapat layanan atau pembelaan
yang sewajarnya.
Pengunnaan Mesin
Kemahiran para penenun dan tukang jahit tidak diperlukan selepas
mesin membuat stoking,renda dan bahan pakaian lain tercipta.
Protes pekerja
Pekerja mahir memprotes dan memusnahkan mesin-mesin pemidang
membuat stoking dan renda dikenali sebagai Pergerakan Luddite.
Larangan pekerja bergabung.
Terdapat Akta Anti penggabungan yang melarang para pekerja daripada
bergabung dan bermuafakat atau menjalankan sebarang tindakan bagi
mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik daripada majikan
mereka.
Hukuman berat
Sekiranya pekerja didapati melanggar peraturan tersebut,mereka boleh
dikenakan hukuman berat oleh pemerintah.
Buruh Kanak-kanak
Kanak-kanak dipaksa bekerja di lombong arang batu.
Masa kerja 10 jam
Masa bekerja panjang melebihi 10 jam sehari.
Tindakan kerajaan mengatasi penindasan pekerja kilang.
Wujud Kesatuan dan pindaan undang-undang.
Pada tahun 1824,Akta Anti Penggabungan telah dimansuhkan dan
penubuhan Kesatuan Sekerja buat pertama kalinya telah diizinkan.
Larangan kanak-kanak bekerja.
Pada tahun 1833,Akta Kilang digubal di Parlimen yang melarang kanak-
kanak dibawah umur sembilan tahun bekerja sebaliknya diwajibkan ke
sekolah.
Masa kerja 9 jam.
Had masa bekerja bagi kanak-kanak yang layak tidak melebihi sembilan
jam sehari.
Keselamatn terjamin
Majikan perlu memastikan keselamatan para pekerja mereka terjamin.
Buruh kanak-kanak perempuan/wanita dilarang.
Pada tahun 1842,Akta Lombong diperkenalkan untuk melarang
penglibatan kanak-kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan
arang batu.
Pekerja wanita -sepuluh jam
Pada tahun 1847,memperkenalkan Akta Sepuluh Jam menetapkan agar
pekerja wanita dalam perusahaan tekstil tidak bekerja lebih sepuluh jam
sehari.
Imperialisme
Maksud imperielisme.
Penguasaan terhadap negara
Imperialisme boleh diertikan sebagai penguasaan sesebuah negara yang
lebih kuat terhadap negara yang lemah.
Keuntungan politik dan eko.
Penguasaan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik
dan ekonomi.
Faktor mempengaruhi kedatangan penjajahan Barat ke Asia.
9/3/2014 Sejarah Tingkatan 4: Bab 9 Perkembangan di Eropah
http://panitiasejarahmsab.blogspot.com/2009/03/bab-9-perkembangan-di-eropah.html 13/14
Bahan Mentah
Kuasa Barat pada masa itu berminat untuk mendapatkan bahan mentah
dalam kuantiti yang banyak serta berterusan daripada tanah jajahan
seperti rempah ratus,emas dan perak.
Luaskan Pasaran
Untuk mendapatkan pasaran bagi hasil pengeluaran industri negara
mereka.
Revolusi Industri
Kesan daripada Revolusi Industri yang merebak ke Eropah
menyebabkan Britain,Jerman,Belanda,Perancis dan Itali menjadi kuasa
imperialis untuk cari untung, bahan mentah, pasaran..
Sistem Pengangkutan moden.
Revolusi Pengangkutan mewujudkan sistem jalan kereta api dan
penciptaan kapal berkuasa wap menyebabkan kuasa Barat berlumba-
lumba untuk mendapatkan tanah jajahan.
Kenaikan Tarif
Britain terpaksa mencari pasaran di Asai kerana Amerika Syarikat
mengenakan tarif untuk melindungi industri mereka.
Niat sebar pengaruh.
Pihak Barat yang juga berhasrat untuk menyebarkan pengaruh tamadun
dan agama kristian ke seberang laut.
Lumba
Semangat perlumbaan dikalangan negara Barat dalam kegiatan
penaklukan kerana menganggap pemilikan tanah jajahan sebagai satu
status kuasa yang kuat.
Tanggungjawab
Orang-orang Eropah menganggap usaha mengembangkan tamadun
mereka sebagai satu tanggungjawab yang disebut oleh orang Inggeris
sebagai “the white man’s burden”,oleh Perancis sebagai “ mission
civilisatrice”,oleh Jerman sebagai tugas menyebarkan budaya dan oleh
Amerika sebagai “the blessing of the Anglo-Saxon protection.
Kesan imperialisme Barat ke atas Asia Tenggara.
Terima penasihat
Para pemerintah tempatan terpaksa menerima para penasihat dan
pentadbir dari Barat.
Perundangan ditukar
Sistem politik perundangan peribumi telah ditukar agar menyamai
sistem Barat.
Persaing antara kuasa barat.
Persaingan kuasa-kuasa Barat mendapatkan tanah jajahan
menyebabkan kuasa British telah campur tangan di Tanah
Melayu,Burma,India,Belanda di Indonesia,Perancis menjajah Indo China
dan Amerika menduduki Filipina.
Ekonomi tempatan hapus.
Kegiatan ekonomi peribumi dihapuskan.
Wujud eko.komersial
Kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih telah dikomersialkan
untuk memenuhi keperluan industri di Britain.
Pendidikan diperkenalkan.
Sistem pendidikan yang diperkenalkan terhad di kawasan bandar untuk
memberi pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir rendah bagi
memenuhi keperluan pentadbiran penjajah.
Buruh imgran.
Kuasa Barat bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain untuk
menjadi tenaga kerja bagi keperluan kegiatan ekonomi komersial
mereka.
Demografi dan masyarakat majmuk.
Perubahan demografi dan komposisi etnik berlaku di negara yang telah
dijajah oleh kuasa Barat membentuk masyarakat majmuk.
Pecah dan perintah.
Menjalankan dasar pecah dan perintah mengelakkan hubungan antara
kaum semasa pemerintahan mereka.
9/3/2014 Sejarah Tingkatan 4: Bab 9 Perkembangan di Eropah
http://panitiasejarahmsab.blogspot.com/2009/03/bab-9-perkembangan-di-eropah.html 14/14
Newer Post Older Post
Perpaduan ditanggung pribumi.
Tugas untuk meransang dan menjalin hubungan baik di kalangan
pelbagai kaum terpaksa dipikul oleh pemerintah peribumi selepas
merdeka.
posted by khairul at 4:49 am
no comments:
post a comment
Enter your comment...
Comment as: Google Account
Publish
Preview
Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Recommended