View
234
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
7/29/2019 Refleksi Pergerakan Asas
1/2
REFLEKSI
Syukur ke hadratNya berjaya juga saya menyiapkan tugasan amali pergerakan asas
yang telah diberikan oleh pensyarah. Segalanya bermula dengan penerangan olehp
ensyarah mengenai tugasan ini. Dalam tugasan ini, kami diminta untuk membuat 10
pergerakan bukan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor menggunakan alatan
yang berbeza. Walaupun pada mulanya saya berpendapat bahawa pergerakan-
pergerakan ini agak sukar untuk dirancang dan dilaksanakan, tapi saya menguatkan
semangat untuk mencuba.
Dalam salah satu kelas pendidikan jasmani, saya dan rakan-rakan yang lain
yang turut menggunakan pelbagai jenis alatan bersama-sama berfikir bagaimana cara
untuk menggunakan alatan-alatan seperti bola, belantan, pundi kacang, lombol dan
sebagainya bagi digunakan di dalam pergerakan kami. Pelbagai cara untuk
menggunakan telah kami usahakan. Ia memang menyeronokkan dan mencabar untuk
kami memikirkan pergerakan yang mudah dan sesuai digunakan di dalam pergerakan
asas ini bersama-sama alatan-alatan tersebut.
Bagi memikirkan 20 pergerakan yang melibatkan pergerakan lokomotor dan
bukan lokomotor bukan semudah yang disangka. Pergerakan yang ingin saya gunakan
tidak begitu sesuai untuk digunakan alatan. Jadi ia agak merumitkan saya untuk
memilih mana-mana satu pergerakan yang telah diberikan. Setelah semua pergerakandipilih, saya mengambil langkah seterusnya untukmenyiapkan tugasan ini. Gambar-
gambar pergerakan diambil untuk dimasukkan ke dalam tugasan. Ia agak sukar pada
masa ini kerana alatan yang saya gunakan agak banyak.
7/29/2019 Refleksi Pergerakan Asas
2/2
Rakan-rakan lain didapati agak menghalang saya membuat dahulu kerana
kesuntukan masa untuk menjalankan latihan amali. Jadi saya terpaksa memberi ruang
kepada mereka dengan membantu mereka terlebih dahulu dalam mengambil gambar
kemudian apabila mereka selesai barulah saya meneruskan tugasan saya.
Gambar-gambar yang telah diambil kemudiannya disusun mengikut urutan
pergerakan yang telah dipilih. Masa ini agak sukar kerana ada di antara gambar-
gambar tersebut yang tidak boleh digunakan kerana kabur atau senget. Jadi saya
terpaksa mengedit gambar tersebut atau mengambil balik gambar tersebut.
Setelah semuanya disusun dengan rapi dan betul, saya teruskan tugasan
sayadengan memasukkan maklumat mengenai pergerakan yang akan saya lakukan.
Maklumat-maklumat ini haruslah tepat bagi membolehkan para pensyarah memahami
bentukpergerakan yang akan saya lakukan.
Kami tidak dapat menghantar kertas kerja ini tepat pada masanya. Hal ini kerana
kebanyakkan gambar-gambar kami kabur dan perlu diambil semula. Dua puluh
pergerakan yang melibatkan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor tidak begitu
sukar untuk dihafal, cuma agak sukar dilaksanakan sepenuhnya seperti yang tertulis
kerana ada di antaranya agak sukar.
Apabila ujian sebenar dijalankan, saya cuba lakukan yang terbaik. Semoga
tugasansaya ini diterima oleh para pensyarah. Semoga amali ini membantu saya pada
masa hadapan sebagai seorang guru di sekolah kelak. Sesungguhnya yang baik itu
dari Allah, dan segala yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.
DISEDIAKAN OLEH: MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN
Recommended