View
219
Download
1
Category
Preview:
DESCRIPTION
Questionaire for Qualitative
Citation preview
UNIVERSITI MALAYA
FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL
(Kuasa Politik dan Kestabilan Ekonomi di Malaysia)
Borang Soal Selidik Mengenai Kuasa Politik dan Kestabilan Ekonomi Malaysia
LATAR BELAKANG
Saya, Muhd Afiq Syazwan bin Ahmdon, penuntut sarjana daripada Fakulti Sastera dan Sains
Sosial, Universiti Malaya sedang menjalankan penyelidikan yang bertajuk “Kuasa Politik dan
Kestabilan Ekonomi Malaysia” Objektif kajian ini adalah untuk memahami perkembangan dan
pembangunan ekonomi memberi kesan kepada sistem politik Malaysia dengan mengaitkan
struktur hutang negara dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) serta ketidakstabilan defisit
negara di samping keputusan yang dipilih oleh kerajaan dalam pengawalam struktur ekonomi di
Malaysia.
A. MAKLUMAT DEMOGRAFI
Bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan demografi respondan.
Arahan : Sila Tandakan ( ) di dalam kotak yang berkenaan
1. Jantina
( ) Lelaki ( ) Perempuan
2. Umur
( ) 41 tahun dan keatas ( ) 31 – 40 tahun
( ) 21 – 30 tahun ( ) 20 tahun dan ke bawah
3. Tahap pendidikan tertinggi
( ) SRP/PMR ( ) SPM
( ) STPM ( ) Diploma
( ) Ijazah ( ) Sarjana
( ) PhD
4. Kawasan tempat tinggal
( ) Bandar ( ) Pekan
( ) Kampung
5. Kekerapan membaca bahan bacaan berunsur politik dan ekonomi
( ) Setiap hari ( ) Seminggu 3 kali dan lebih
( ) Kurang dari 3 kali seminggu ( ) Tidak berminat
6. Taraf Pekerjaan
( ) Profesional ( ) Mahir
( ) Separa mahir ( ) Kurang mahir
B Soalan berkenaan Ekonomi Malaysia
1. Apakah status perkembangan ekonomi semasa negara serta kaitan dengan pertumbuhan
semasa ekonomi?
2. Adakah negara berada dalam ambang kemelesetan dan kemunduran ekonomi?
(Berdasarkan kepada penstrukturan Belanjawan 2015 dan kedudukan semasa asas
ekonomi negara).
3. Dengan faktor kuasa beli dan pendapatan masyarakat, adakah negara sememangnya
berada di landasan yang sebenar untuk memperbaiki kedudukan ekonomi negara?
(Dengan pelaksanaan sistem percukaian baru iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan
serta kesan terhadap faktor kuasa beli)
4. Apakah defisit semasa negara dan kebergantungan hutang negara pada jangka masa
panjang?
5. Bagaimanakah struktur ekonomi negara semasa dapat mengurangkan defisit negara yang
semakin meningkat saban tahun? (Daripada tahun 2005-2015)
6. Bagaimanakah langkah rasionalisasi dan pemotongan subsidi dapat membantu
mengurangkan defisit negara? (Pemansuhan subsidi petrol serta subsidi lain)
7. Adakah perubahan struktur hutang negara dapat dikaitkan dengan keluaran dalan negara
kasar (KDNK) negara?
8. Sekiranya ketidakstabilan ekonomi semasa negara tidak diselesaikan, adakah negara akan
terjerumus dalam kemelesetan ekonomi?
9. Adakah ketidakstabilan politik semasa negara akan merencatkan strategi pengurangan
dan rasionalisasi ekonomi negara?
TERIMA KASIH DI ATAS KELUANGAN MASA ANDA UNTUK MENJAWAB
SOALAN
Recommended