View
239
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
i
PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132)
NOOR AINI BINTI RAMLI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132)
NOOR AINI BINTI RAMLI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
iii
DEDIKASI
Alhamdulillahi rabbil Alamin Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Illahi
Hanya kepada-Mu aku berserah dan memohon pertolongan
Kepada Ayahanda dan Bonda Ramli bin Abdul Rahman dan Sanah binti Salleh
Terima kasih yang tidak terhingga dari anakmu,
Doa, pengorbanan, dorongan dan kasih-sayangmu
menjadi sumber kekuatan dan semangatku...
Buat adik-adikku Mohd Faisol, Muhd Hafiz, Muhd. Zulfikri dan Muhd Firdaus,
Semoga kalian menjadi insan yang lebih berguna kelak.
Buat Pensyarah-pensyarahku Khususnya buat penyeliaku ustaz Azmi Shah bin Suratman yang tidak
pernah jemu dalam mencurahkan ilmu
Juga staf sokongan di Fakulti Pendidikan dan Fakulti Tamadun Islam
Jutaan terima kasih dan mohon dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan,
Sahabat-sahabat seperjuanganku khususnya sahabat-sahabat SPI dan PMI,
Hanya ucapan terima kasih mampu kutitipkan
Atas segala suka duka tika bersama
Kenangan bersama tidak mungkin kulupakan…
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah S.W.T. kerana
dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda yang
bertajuk “Persepsi Pelajar Bukan Islam UTM terhadap Matapelajaran Islam dan Isu-isu
Semasa (ULT 2132)”. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad
s.a.w. bersama keluarga dan sahabat-sahabat baginda r.a.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia
projek yang dihormati, ustaz Azmi Shah bin Suratman di atas segala nasihat,
dorongan,bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan laporan
Projek Sarjana Muda ini. Begitu juga buat pihak di Fakulti Tamadun Islam (FTI) dan
Fakulti Pendidikan (FP), Universiti Teknologi Malaysia.
Sekalung terima kasih diucapkan kepada mahasiswa Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Pengajian Islam) UTM, Perpustakaan Sultanah Zanariah (UTM), dan
Perpustakaan Tun Sri Lanang (UKM). Jutaan terima kasih di atas segala kerjasama dan
bantuan yang diberikan. Tidak ketinggalan buat ahli keluarga yang banyak memberi
dorongan dalam segala kerja yang dilakukan. Begitu juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang banyak memberi semangat dan berkongsi idea demi menyiapkan
projek ini.
Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala usaha yang dilakukan akan
mendapat keberkatan daripada Allah Taala. Amin.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar bukan Islam terhadap
matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132). Di samping itu, kajian ini
dilakukan mengenal pasti pengetahuan dan faktor penerimaan pelajar bukan Islam
terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132). Kajian ini melibatkan
pelajar tahun dua di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Satu set soal
selidik yang mengandungi 35 item telah diedarkan kepada 25 orang responden daripada
keseluruhan populasi seramai 31 orang yang telah mengambil matapelajaran Islam dan
Isu-isu Semasa (ULT 2132). Data telah dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan
nilai kekerapan, peratusan, dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package
for Social Science (SPSS) versi 14.0 for window. Nilai kepercayaan soal selidik ialah α
= 0.96. Purata min objektif pertama dan kedua iaitu mengenal pasti persepsi dan
pengetahuan pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa ialah
3.72 dan 4.04. Manakala nilai min bagi objektif ketiga pula iaitu faktor penerimaan
terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa ialah 4.15. Data yang diperolehi
dihuraikan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan
bahawa persepsi pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa
(ULT 2132) berada pada tahap tinggi dan positif dengan purata min keseluruhan 3.97.
Ini bererti bahawa responden memberikan persepsi baik dan positif terhadap
matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132). Kajian ini diakhiri dengan
beberapa cadangan daripada penyelidik yang dikemukan kepada pelajar khususnya dan
pensyarah. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan
datang.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to determine the non-muslim’s of students
perception towards for subject Islam and Current Issues (ULT 2132). Besides that, it was
also to identify the knowledge’s and acceptance factors the non-muslim’s students of
subject Islam and Current Issues (ULT 2132). This study involved the 2nd year students
Faculty of Education Universiti Teknologi Malaysia. A set of questionnaires containing
35 items had been distributed to 25 respondents out of 31 of population from non-
muslim’s 2nd year student’s. The set been collected and analyzed descriptively to obtain
frequency, percentage and mean for each item by using the Statistical Package for
Social Science 14.0 for Windows. The reliability value of the pilot study was α = 0.96.
The results showed that the mean for objective number one were 3.72, the second score
were 4.04 and the third objective score were 4.15. The data of the findings were
elaborated in form of table. Overall the result showed that, non-muslim’s student’s
perception towards for subject Islam and Current Issues (ULT 2132) is highly and
positive with score mean of 3.97. At the end of the study, several suggestions have been
put forward by researcher to student and lecturer for future actions. Extension of the
study was suggested for future consideration.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
viii
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
1.9 Kesimpulan 12
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Sejarah Pengajian Islam di UTM 14
2.3 Kursus Pendidikan Islam di Universiti Teknologi
Malaysia 15
2.4 Kepentingan Matapelajaran Islam Dan Isu-Isu
Semasa 17
2.5.1 Isu-Isu Semasa dan Respon Masyarakat Malaysia 18
2.5.1 Isu Terrorisme 18
2.5.2 Pelabelan Islam sebagai Pengganas 19
2.5.3 Isu Perang awal abad 21 22
2.5.4 Ketaksuban dan Ekstremisme Agama 24
2.5.5 Isu Murtad 25
2.5.6 Isu Gejala Sosial 26
2.5.7 Isu Black Metal 27
2.5.8 Isu Budaya Hedonisme 28
2.5.9 Isu Pergaulan Bebas 30
2.5.10 Isu Globalisasi 31
2.5.11 Isu Pengaruh ledakan teknologi maklumat 33
2.5 Kajian-kajian Lepas 33
2.6 Kesimpulan 34
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 35
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Lokasi Kajian 37
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 37
3.5 Instrumen Kajian 38
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 39
3.5.1.1 Soal Selidik 39
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 41
3.6 Tatacara Kajian 42
3.6.1 Kajian Rintis 42
3.6.2 Kajian Sebenar 43
3.7 Prosedur Kajian 43
3.8 Analisa Data 45
3.9 Kesimpulan 45
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 46
4.2 Analisis Data Bahagian A 46
4.2.1 Jantina 47
4.2.2 Umur 47
4.2.3 Kursus Pengajian 48
4.2.4 Kelayakan Pendidikan 48
4.2.5 Agama 49
4.3 Analisis Data Bahagian B 49
4.3.1 Persepsi Pelajar Bukan Islam terhadap
matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa
(ULT 2132) 50
x
4.4 Analisis Data Bahagian C 55
4.4.1 Pengetahuan Pelajar Bukan Islam terhadap
matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa
(ULT 2132) 55
4.5 Analisis Data Bahagian D
4.5.1 Faktor Penerimaan Pelajar Bukan Islam
terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu
Semasa (ULT 2132) 62
4.6 Rumusan setiap Objektif 66
4.7 Kesimpulan 71
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 73
5.2 Perbincangan 74
5.2.1 Perbincangan Bahagian A 74
5.2.2 Perbincangan Analisis Deskriptif
Soal Selidik 75
5.2.2.1 Bahagian B 75
5.2.2.2 Bahagian C 77
5.2.2.3 Bahagian D 79
5.3 Rumusan 81
5.3.1 Persepsi Pelajar Bukan Islam terhadap
matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa
(ULT 2132) 81
5.3.2 Pengetahuan Pelajar Bukan Islam terhadap
matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa
(ULT 2132) 82
xi
5.3.3 Faktor Penerimaan Pelajar Bukan Islam
terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu
Semasa (ULT 2132) 82
5.4 Cadangan 83
5.4.1 Pelajar 83
5.4.2 Pensyarah 84
5.4.3 Kajian Lanjutan 85
5.5 Kesimpulan 85
BIBLIOGRAFI 86
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Bilangan Sampel Kajian Setiap Kursus 38
3.2 Maklumat Setiap Bahagian 39
3.3 Pengkelasan Skala Likert 40
3.4 Skala Pemeringkatan Likert Untuk Min 40
3.5 Nilai Skor Min 41
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 47
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 47
4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 48
4.4 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Pendidikan 48
4.5 Taburan Responden Mengikut Agama 49
4.6 Taburan Skor Item 1 50
4.7 Taburan Skor Item 2 50
4.8 Taburan Skor Item 3 51
4.9 Taburan Skor Item 4 51
4.10 Taburan Skor Item 5 52
4.11 Taburan Skor Item 6 52
4.12 Taburan Skor Item 7 53
4.13 Taburan Skor Item 8 53
4.14 Taburan Skor Item 9 54
4.15 Taburan Skor Item 10 54
4.16 Taburan Skor Item 11 55
4.17 Taburan Skor Item 12 55
4.18 Taburan Skor Item 13 56
xiii
4.19 Taburan Skor Item 14 56
4.20 Taburan Skor Item 15 57
4.21 Taburan Skor Item 17 57
4.22 Taburan Skor Item 18 58
4.23 Taburan Skor Item 19 58
4.24 Taburan Skor Item 20 59
4.25 Taburan Skor Item 21 59
4.26 Taburan Skor Item 22 60
4.27 Taburan Skor Item 23 60
4.28 Taburan Skor Item 24 61
4.29 Taburan Skor Item 25 61
4.30 Taburan Skor Item 26 62
4.31 Taburan Skor Item 27 62
4.32 Taburan Skor Item 28 63
4.33 Taburan Skor Item 29 63
4.34 Taburan Skor Item 30 64
4.35 Taburan Skor Item 31 64
4.36 Taburan Skor Item 32 64
4.37 Taburan Skor Item 33 65
4.38 Taburan Skor Item 34 65
4.39 Taburan Skor Item 35 66
4.40 Rumusan Dapatan Kajian Bagi Mengenal Pasti Persepsi
Pelajar Bukan Islam Terhadap Matapelajaran Islam Dan
Isu-Isu Semasa 66
4.41 Rumusan Dapatan Kajian Bagi Mengenal Pasti Pengetahuan
Pelajar Bukan Islam Terhadap Matapelajaran Islam Dan
Isu-Isu Semasa 69
4.42 Rumusan Dapatan Kajian Bagi Mengenal Pasti Faktor
Penerimaan Pelajar Bukan Islam Terhadap Matapelajaran
Islam Dan Isu-Isu Semasa 71
xiv
SENARAI SINGKATAN
AS Amarika Syarikat.
FP Fakulti Pendidikan
FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan
FPPSM Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
FTI Fakulti Tamadun Islam
IPT Institusi Pengajian Tinggi
IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam
ITK Institut Teknologi Kebangsaan
JAIS Jabatan Agama Islam Selangor
JPI Jabatan Pengajian Islam
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
KPT Kementerian Pengajian Tinggi
PPIPK Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Kemasyarakatan
PPIPS Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Islam
PPK Pusat Pengajian Kemanusian ()
PPSM Pertubuhan Prihatin Sosial Malaysia
PSM Projek Sarjana Muda
PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah
S Setuju
S.A.W Sallahu ‘Alaihi Wasallam
S.W.T Subhanahu Wa Ta’ala
SPK Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (
Kimia )
SPP Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Fizik)
SPT Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
SPF Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Fizik )
xv
SPC Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
SPM Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)
SPS Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
SPL Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)
SPH Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS Statistic Package For Social Science
SS Sangat Setuju
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
STS Sangat Tidak Setuju
TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Asia
TS Tidak Setuju
UTM Universiti Teknologi Malaysia
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Persoalan tentang integrasi nasional dan pembentukan bangsa telah banyak diperkatakan
oleh pelbagai golongan dalam masyarakat, terutama ahli politik dan ahli akademik. Pelbagai
usaha, program, strategi, dan dasar sosial telah dilaksanakan untuk merealisasikan hasrat
pengintegrasian dan pembentukan bangsa tersebut.
Persoalan integrasi nasional dan pembentukan bangsa terus wujud dalam kalangan
anggota masyarakat kerana belum ada kesediaan sepenuhnya untuk menerima satu konsep
identiti bangsa Malaysia. Begitu juga isu integrasi kaum, bangsa dan agama di Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah wujud zaman-berzaman kerana Malaysia merupakan
negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum dan budaya. Persoalannya, adakah fenomena
ini begitu serius sehingga boleh menggugat keharmonian, kestabilan, dan pembangunan negara?
Dalam hal ini, menurut Sanusi Osman (1989 : 41) menyatakan bahawa “ gejala ini tidak
boleh dilihat secara terpisah. Oleh kerana golongan pelajar di IPT juga merupakan sebahagian
masyarakat, maka masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar juga mencerminkan masalah
yang dihadapi oleh masyarakat. Menurut beliau lagi, keadaan tersebut tidak boleh dipandang
ringan kerana implikasinya amat besar kepada masa depan negara”.
Dalam menangani isu-isu hubungan antara kaum terdapat juga masalah sahsiah pelajar
yang melibatkan identiti pelbagai kaum, bangsa dan agama yang perlu diberikan perhatian.
Dewasa ini, masalah integrasi dan sahsiah pelajar dalam kalangan pelajar IPT pula semakin
menjadi-jadi. Kita sering dikejutkan dengan laporan media cetak mahupun media elektronik
tentang keruntuhan moral dalam kalangan pelajar IPT di seluruh negara. Masalah integrasi dan
sahsiah pelajar, tidak seharusnya dilihat berlaku dalam sesuatu kaum sahaja tetapi harus dilihat
sebagai isu-isu pembentukan ketamadunan bangsa Malaysia. Isu yang dihadapi meruntun
peranan semua pihak bagi memastikan tiada unsur-unsur kehambatan daripada proses integrasi
antara kaum dan bangsa.
Antara faktor yang menyumbang kepada masalah sahsiah pelajar ialah kurangnya
penghayatan agama dan nilai-nilai murni yang universal. Nilai-nilai tersebut terkandung dalam
kebanyakan tamadun dan agama di dunia. Oleh itu, pemahaman terhadap isu-isu semasa harus
disandarkan kepada nilai-nilai ketamadunan yang universal.
Ekoran itu, tindakan yang lebih berkesan mesti diambil segera untuk mencari
kesefahaman, dan kesepakatan antara agama, budaya dan bangsa. Hal ini bertepatan dengan
firman Allah SWT :
إن أتقاكم الله عند أكرمكم إن لتعارفوا وقبائل شعوبا وجعلناكم وأنثى ذكر من خلقناكم إنا الناس أيها يا
الله يملع بري١٣( خ(
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan
Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang
lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya
(akan keadaan dan amalan kamu).
(al-Hujurat : 13)
1.2 Latar Belakang Masalah
Interaksi antara pelajar pelbagai kaum dalam kehidupan akademik di kampus memainkan
peranan yang penting kerana pelajar dianggap sebagai penggerak utama dalam memastikan
kesinambungan tamadun. Namun begitu, usaha untuk membina pelajar yang berdaya saing
bukanlah suatu yang mudah. Hal ini kerana usaha tersebut memerlukan iltizam yang tinggi
daripada pelajar itu sendiri.
Realitinya dalam kehidupan kampus terdapat beberapa persoalan yang perlu dirungkai
berkenaan dengan integrasi dan sahsiah pelajar. Antaranya ialah pelajar tidak mahu berkongsi
bilik asrama, malah mereka lebih suka memilih untuk tinggal bersama dengan rakan yang sama
kaum dengan mereka. Pelajar dari satu kumpulan etnik juga dikatakan tidak bergaul dengan
pelajar daripada kumpulan etnik mereka. Dari segi nota kuliah pula, kebanyakan pelajar tidak
belajar dan bertukar nota kuliah dengan individu pelajar daripada kumpulan kaum yang lain.
Dalam kegiatan persatuan juga didapati pelajar memilih persatuan ke arah sesuatu kaum, agama,
budaya, dan bahasa.
Pelajar seharusnya mengambil berat penerapan nilai-nilai ketamadunan dalam
kehidupannya. Nilai-nilai ketamadunan ini diterjemahkan dengan pelaksanaannya sama ada di
peringkat tadika, sekolah, hinggalah ke pengajian tinggi.
Di peringkat Institusi Pengajian Tinggi ( IPT ), pendidikan ketamadunan telah diletakkan
sebagai asas kepada pengajian umum. Pendedahan ketamadunan tersebut diterjemahkan melalui
kursus tertentu contohnya matapelajaran Islam dan Isu-isu semasa. Menurut Anwar Zainal
Abidin (1995 : 35) pula menyatakan, dalam kertas kerjanya yang bertajuk “Peradaban Islam
sebagai satu kursus dalam Pengajian Umum” beliau telah menyatakan bahawa ;
“Islam merupakan agama bagi persekutuan, menurut perlembagaan, dan agama yang menjadi
anutan majoriti penduduk Malaysia sejak berabad-abad yang lalu, tetapi Islam juga merupakan
sebahagian daripada sejarah dan peradaban negara ini. Mempelajari peradaban Islam bererti
mempelajari sejarah dan peradaban Malaysia, dan warganegara yang baik sewajarnya memahami
latar belakang tanah airnya. Di samping itu, tidak munasabah sama sekali sekiranya golongan
bukan Islam tidak mengetahui budaya dan mengenali latar belakang kebudayaan kawan
sepengajian, rakan sepekerjaan, teman sepermainan atau jiran tetangga mereka”.
Sementara itu,menurut Zulkifly ( 2009 :225) pula menyatakan bahawa “orang bukan
Islam yang berada di dalam Negara Islam juga sepatutnya didedahkan dengan matapelajaran
yang bukan sahaja menyentuh persoalan peradaban atau tamadun Islam, bahkan kajian perlu
dibuat lebih daripada itu. Konsep perbandingan agama (antara agama Islam dan agama-agama
lain) dan ideologi yang wujud masa kini, kajian langsung kepada dua sumber Islam (al-Quran
dan hadis) dan lain-lain patut diserlahkan kepada mereka”.
Bagi mengatasi permasalahan tersebut maka Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah
memperkenalkan matapelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) supaya integrasi
kaum yang berbeza-beza dapat saling faham-memahami. Penyelidik amat bersetuju pendidikan
ketamadunan dijadikan sebagai mata pelajaran wajib bagi seluruh IPT sebagai langkah
membendung masalah keruntuhan moral dalam kalangan pelajar IPT. Umpamanya, pengenalan
matapelajaran Islam dan Isu-Isu Semasa tersebut sebagai matapelajaran teras,dilihat sebagai satu
langkah yang positif kearah menuntut kesedaran bersama bagi membendung masalah integrasi
dan sahsiah pelajar. Hal ini kerana masalah integrasi dan sahsiah pelajar bukan merupakan
masalah serpihan tetapi ia merupakan masalah bersama. Melalui pendidikan ketamadunan
tersebut, kita dapat membentuk sahsiah dan jati diri yang cemerlang, gemilang dan terbilang
mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh agama.
Agama Islam juga telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia sebagai agama rasmi
negara. Status peribumi Melayu juga telah tertulis di dalam akta perlembagaan di samping hak-
hak keistimewaan orang Melayu. Sebaliknya hak bagi orang bukan Islam kurang diberikan
perhatian menyebabkan sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan untuk memburukkan
keadaan tersebut. Hal ini disebabkan oleh kedudukan istimewa orang Melayu sebagai penduduk
asal di Malaysia mula dicabar dan diganggu-gugat oleh kaum-kaum lain. Persoalan kontrak
sosial, Dasar Ekonom Baru (DEB), isu bahasa dan agama Islam mula menarik perhatian rakyat
terutamanya kaum bukan Melayu. Dengan erti kata lain, masih lagi berlaku salah faham antara
masyarakat Islam dan bukan Islam.
Percubaan pihak tertentu yang sewenang-wenangnya mahu menjadikan Islam dan
hukum-hukum syariat Islam sebagai suatu perdebatan dengan mengenepikan asas-asas kaedah
dan disiplin ilmu yang betul dalam Islam. Antara kenyataan yang boleh ditafsir oleh sesiapa
contohnya :
i. Pandangan oleh Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam :
“Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai
ulama. Oleh itu, sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti Al-Quran bukanlah
milik para ulama semata-mata”. (Utusan Malaysia, 26 September 2000)
ii. Pandangan Dr. Kassim Ahmad penulis dan penganalisis bebas :
“Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (Lama)
yang telah ketinggalan zaman. Kepada umat Islam, kita mnyeru supaya digerakkan usaha-usaha
membuat tafsiran Al-Quran berdasarkan kaedah saintifik. (New Straits Times, 12 Oktober 2000)
Walaupun, agama Islam telah tercatat sebagai agama rasmi dalam perlembagaan
Malaysia, namun dalam kalangan pelajar-pelajar bukan Islam memberikan pandangan negatif
terhadap Islam. Mereka mengganggap Islam itu adalah ganas, hukuman dalam Islam adalah
kejam dan tidak berperikemanusian, penindasan terhadap wanita dan pelbagai lagi tanggapan
negatif mereka berikan terhadap Islam.
Dalam konteks Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga telah menawarkan kursus
umum universiti melalui Jabatan Bahasa Moden, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dan
Jabatan Pengurusan, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia serta melalui
Fakulti Tamadun Islam. Salah satu matapelajarannya adalah Islam dan Isu-isu Semasa. Mata
pelajaran Islam dan Isu-isu Semasa merupakan salah satu mata pelajaran teras di universiti yang
wajib diambil oleh semua pelajar sama ada Islam atau bukan Islam. Ini bermakna semua pelajar
tidak terkecuali untuk mengambil mata pelajaran tersebut atau memilih matapelajaran Institusi-
institusi Persoalannya, setelah dilaksanakan beberapa tahun matapelajaran tersebut, apakah
respon daripada pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran tersebut tidak diketahui.
1.3 Pernyataan Masalah
Persoalan integrasi dan sahsiah pelajar berlaku juga dalam kalangan pelajar di IPT.
Kebanyakan yang terlibat pula dalam kalangan pelajar Melayu yang secara tidak langsung, ia
akan memberi gambaran negatif terhadap Islam. Justeru, antara langkah yang diambil ialah pihak
kerajaan mewajibkan matapelajaran tertentu yang bertujuan mewujudkan integrasi antara
tamadun, membina sahsiah pelajar seterusnya menyelesaikan persoalan integrasi dan sahsiah
pelajar tersebut. Namun demikian, apakah persepsi pelajar-pelajar bukan Islam terhadap
pendirian Islam dan isu-isu semasa setelah sekian lama matapelajaran tersebut diterapkan dalam
diri mereka. Justeru itu, berdasarkan kepada latar belakang masalah seperti yang dinyatakan,
penyelidik berminat untuk mengetahui dan merasakan bahawa kajian ini perlu dilakukan untuk
melihat sendiri Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Matapelajaran Islam dan Isu-isu
Semasa ( ULT 2132 ).
1.4 Objektif Kajian
Melalui kajian yang dijalankan ini, objektif yang diharapkan dapat dicapai ialah :
1.4.1 Mengenalpasti persepsi pelajar-pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran
Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132).
1.4.2 Mengenalpasti pengetahuan pelajar-pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran
Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132).
1.4.3 Mengenalpasti faktor penerimaan pelajar-pelajar bukan Islam terhadap
matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132).
1.5.1 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah persepsi pelajar-pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-
isu Semasa (ULT 2132).
1.5.2 Apakah pengetahuan pelajar-pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan
Isu-isu Semasa (ULT 2132).
1.5.3 Apakah faktor penerimaan pelajar-pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam
dan Isu-isu Semasa (ULT 2132).
Recommended