View
3.192
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
1.0 PENGENALAN :
Malaysia merupakan sebuah Negara yang unik kerana mempunyai rakyat yang berbilang etnik
dan keturunan. Dalam konteks ini dapat dikatakan bahawa rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai
latar belakang agama ,ideologi, budaya, dan aliran politik. Sepanjang 52 tahun kemerdekaan,
Malaysia berjaya mengekalkan kestabilan politik dan ketenteraman antara etnik menerusi usaha
berterusan oleh pihak kerajaan bagi memastikan kesinambungan pembangunan mapan negara.
Keupayaan dan kejayaan negara dalam mengurus dan mentadbir masyarakat yang unik ini
telah menjadikan negara mendapat perhatian masyarakat dunia. Banyak di kalangan negara dunia
berminat untuk mempelajari pengalaman dan keupayaan Malaysia mewujudkan perpaduan dan
keharmonian hidup. Di kebanyakan negara-negara yang bersifat majmuk, termasuk di negara-
negara maju, ketegangan dan konflik kaum dan agama sering menghantui kehidupan mereka.
Di negara-negara seperti Amerika, Britain dan beberapa negara Eropah yang lain pergeseran agama
dan kaum semakin berkembang dalam abad yang dinamakan Samuel Hungtington sebagai “clash of
civilization”. Tesisnya menyebut akan berlakunya senario pergesaran budaya dan agama di antara
tamadun-tamadun utama dunia, khususnya di antara tamadun Islam dan Barat (Kristian). “Perang
terhadap keganasan” diketuai Amerika Syarikat telah menjadikan masyarakat Islam sebagai sasaran
“amukan” di negara-negara Eropah yang kononnya mengaku bersifat demokratik dan bertoleransi.
Perpaduan yang terarah memiliki nilai-nilai asas atau nilai-nilai standard. Justeru, bagi anggota
masyarakat yang tahu menghargai betapa pentingnya nikmat perpaduan maka komitmen mereka
terhadap nilai-nilai tertentu dalam konteks membina perpaduan dan integrasi nasional amat
diperlukan.
1
Perpaduan merupakan isu yang subjektif di negara ini. Oleh itu amat sukar bagi sesebuah
Negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum untuk menjadi sebuah Negara yang benar-
benar memiliki sifat perpaduan yang mutlak dan stabil. Namun pelbagai dasar yang telah dan akan
kerajaan laksanakan bagi mempertahankan perpaduan yang telah sedia wujud di Malaysia semenjak
zaman sebelum merdeka. Perpaduan secara umumnya menjadi keutamaan dalam setiap dasar2 yang
kerajaan laksanakan kerana setiap dasar yang diumumkan harus mengambil kira pandangan dan
kepentingan setiap etnik di Malaysia termasuk etnik-etnik minoriti di sabah dan Sarawak.
Tanpa adanya perpaduan, negara tidak mungkin akan bergerak sejauh ini dalam bidang
ekonomi, sains dan teknologi. Hal yang demikian kerana, jika dibandingkan dengan negara lain
seperti Filipina, Indonesia dan Thailand yang masih bergelut untuk menyatupadukan rakyat yang
berlainan etnik sehingga memberi kesan kepada pembangunan dan kemajuan negara. kita sebagai
rakyat Malaysia harus bersyukur dan merasa bangga kerana negara belum pernah terjebak dalam
krisis peperangan besar yang melibatkan antara etnik di negara ini. Dalam soal membina perpaduan,
kerajaan bersikap realistik dan praktikal dengan mengambil kira kompleksiti kebudayaan dan
demografik negara ini. Penyerapan kebudayaan dan assimilasi harus berkembang dengan sendirinya
tanpa sebarang paksaan.
Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sendiri pernah menegaskan bahawa kekuatan
beragama di kalangan rakyat Malaysia telah berjaya mengarah sikap dan orientasi mereka ke arah
kebaikan, kemajuan dan pembangunan. Datuk Seri Najib Tun Razak pula ketika berucap di dalam
Majlis Penutup Perayaan Bulan Kemerdekaan ke-49 di Kota Kinabalu 3 tahun lalu telah
menegaskan bahawa kejayaan dan kecemerlangan negara selama ini adalah terbina di atas empat
dimensi iaitu kestabilan negara, perpaduan kaum, kemajuan pembangunan dan keselamatan yang
terjamin.
2
2.0 Perpaduan Negara
Perpaduan negara merupakan matlamat yang terpenting bagi sebuah negara bangsa,
terutamanya negara yang bebas, merdeka dan berdaulat. Ianya merupakan sebuah jaminan yang
paling penting dalam keutuhan negara serta pentadbirannya. Tanpa perpaduan yang utuh, pelbagai
masalah akan mendatangi kita kelak dan ancaman yang didalangi oleh masalah tersebut
menyebabkan kedaulatan sesebuah kerajaan tergugat. Ini disebabkan negara itu tidak mempunyai
keupayaan dalam menangani segala bentuk pencerobohan dari luar dan juga rusuhan-rusuhan dalam
negara. Oleh hal yang demikian, perpaduan rakyat merupakan satu isu penting untuk dititikberat
dan diambil perhatian dalam penyusunan perancangan pembangunan sesebuah negara yang
merdeka supaya ia mampu mempertahankan dan mengekalkan kebebasannya sebagai sebuah negara
yang berdaulat.
Negara yang membangun dan negara maju mempunyai situasi yang berbeza apabila
berhadapan dengan ancaman pertikaian antara rakyat. Negara maju tidak mempunyai masalah
dengan perpaduan kerana ekonomi yang kukuh dan tidak terjejas apabila rusuhan berlaku di
kalangan rakyat. Berlainan pula dengan negara yang membangun kerana rusuhan menjadi satu
beban yang berat dan serius kerana pertikaian mengakibatkan keruntuhan ekonomi negara-negara
berkenaan. Masalah ini bukan sahaja melanda negara-negara yang mempunyai penduduk dari
pelbagai suku kaum, bahkan masalah ini juga melanda negara yang mempunyai satu keturunan
bangsa sahaja. Masalah yang melibatkan satu keturunan bangsa tidak serius jika dibandingkan
dengan masalah negara yang melibatkan pelbagai etnik dan suku kaum. Malaysia adalah sebuah
negara yang kompleks kerana penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum serta struktur
pemerintahannya. Oleh hal yang demikian, tindakan menyatupadukan rakyat adalah amat penting
bagi sesebuah Negara seperti Malaysia yang berbilang kaum. Perpaduan membawa maksud, “satu
proses atau sistem hidup yang menggabung dan menyatukan seluruh anggota masyarakat dan
negara menerusi ideologi negara supya setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk satu identiti
3
atau jatidiri dan nilai bersama serta semangat kebangsaan yang tunggal di kalangan mereka”; atau
“satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi
budaya, sosial dan penempatan di dalam sesebuah unit politik; atau “proses menyatupadukan
berbagai-bagai kumpulan masyarakat yang mempunyai budaya dan sosial yang berbeza ke dalam
satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti nasional”.1
Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memupuk semangat jatidiri dan nasionalisme untuk
mewujudkan semangat perpaduan dan merapatkan jurang perbezaan antara etnik di Malaysia.
Program seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rukun Negara telah membawa seluruh rakyat
Malaysia ke mata dunia, di mana negara-negara luar, termasuk kuasa-kuasa besar mengakui ikatan
dan jalinan teguh yang dibina oleh bangsa Malaysia sendiri. Sistem pendidikan juga antara faktor
kekuatan perpaduan yang terjalin, di mana Bahasa Melayu digunakan dalam sistem Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah (KBSR dan KBSM).
Hingga sekarang, usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum tidak pernah berhenti. Perdana
Menteri Malaysia ke-6, Dato’ Seri Mohammad Najib Bin Tun Abdul Razak telah melancarkan
kempen ‘1Malaysia’ di mana moto kempen tersebut adalah “Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”. Apabila kita melihat pada kempen tersebut, sudah pasti perpaduan antara etnik
diperlukan dalam menjayakan gagasan ‘1Malaysia’.
Pelbagai bentuk usaha bagi mewujudkan perpaduan nasional di Malaysia pada pelbagai
peringkat. Antaranya ialah perpaduan ekonomi, perpaduan politik dan perpaduan sosial. Perpaduan
ekonomi dalam konteks perpaduan nasional adalah dengan merangka proses perkembangan
ekonomi bagi membolehkan semua kumpulan etnik di negara ini menyertai semua bidang dan
peringkat kegiatan ekonomi. Kerajaan telah menjalankan proses ini melalui Dasar Ekonomi Baru
(DEB). Dasar ini mengandungi dua matlamat iaitu pengambilan pekerja-pekerja dalam pelbagai
sector ekonomi dan semua peringkat pekerjaan. Kedua, hak milik harta-harta produktif yang
1 Malaysia Kita : Panduan dan Rujukan untuk peperiksaan umum(2007).
4
terdapat di dalam negara ini disusun semula supaya orang Melayu dapat memiliki sekurang-
kurangnya 30% daripada jumlah hak harta tersebut. Dengan terhapusnya perbezaan fungsi ekonomi
mengikut kaum, perpaduan dalam aktiviti ekonomi dapat diwujudkan di samping meningkatkan
taraf pembangunan ekonomi negara keseluruhannya.
Perpaduan politik pula mengambil-kira perbezaan etnik yang terdapat di dalam Malaysia
dari segi agama, pekerjaan, kebudayaan dan juga kepentingan-kepentingan lain. Oleh itu, tugas
utama Kerajaan adalah mewujudkan satu suasana makmur dalam politik supaya masyarakat
pelbagai kaum di negara ini dapat hidup dengan tenteram. Antara kaedah yang dapat mewujudkan
perpaduan politik negara ini adalah menerusi persetujuan di mana Kerajaan yang memerintah diberi
kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan rakyat menerusi proses pilihanraya. Proses
pilihanraya diadakan pada setiap lima tahun sekali supaya rakyat dapat memilih pemimpin-
pemimpin politik pilihan mereka. Semangat perundingan antara ahli-ahli politik telah ditunjukkan
di mana UMNO, MCA dan MIC telah bergabung untuk membentuk Parti Perikatan dan memenangi
pilihanraya pertama di Tanah Melayu. Menerusi perpaduan politik, sebarang asas pertikaian dan
pertelingkahan dapat dibanteras dan mewujudkan sebuah negara yang makmur.
Malaysia mempunyai komposisi penduduk yang mempunyai pelbagai ras dan keturunan.
Komposisi kaum yang terbesar adalah Melayu, Cina dan India. Tiga etnik utama ini terasing dari
segi petempatan, pekerjaan dan kebudayaan. Kerajaan telah merangka dan melaksanakan program-
program bagi mewujudkan perpaduan sosial di kalangan kaum-kaum tersebut. Rukun Tetangga
merupakan satu program yang dirancang dan dilaksanakan di kawasan-kawasan perumahan supaya
dapat memupuk semangat persahabatan dan tolenransi antara penduduk. Pembezaan antara identiti
di kalangan mereka akan hanya membawa padah kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum
kerana unsur tersebut tidak membawa faedah dan kemajuan negara. Kerjasama adalah penting bagi
membina negara bangsa. Kepelbagaian etnik bermakna Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya
dalam konteks agama, adat resam, bahasa, ekonomi dan politik. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
5
telah digubal oleh Kerajaan pada tahun 1971 di mana Islam dijadikan unsur utama dalam
pembentukan kebudayaan ini. Kebudayaan Melayu dicampur dengan kebudayaan kaum lain yang
bersesuaian juga digunakan bagi membentuk satu identiti nasional bangsa Malaysia.
Usaha perpaduan nasional telah bermula sejak pembentukan Tanah Melayu 1948, di mana
Presiden UMNO, Dato’ Onn Jaafar sedar akan kepentingan perpaduan dalam mewujudkan sebuah
negara yang berdiri teguh di atas kaki sendiri. Beliau memulakan langkah beliau dengan membuka
keahlian parti UMNO kepada rakyat bukan Melayu, tetapi ditentang oleh ahli UMNO. Oleh sebab
cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila
persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. IMP, Parti
Kemerdekaan Malaya ditubuhkan pada tahun 26 Ogos, 1951 dengan konsep yang sama, dan
penubuhan Parti Negara pada 1954 dengan meninggalkan IMP, tetapi tidak berjaya dalam
mendapatkan sokongan orang-orang Melayu. Tunku Abdul Rahman menggantikan Dato’ Onn
Jaafar bagi jawatan Presiden. Di bawah pimpinannya, beliau berjaya menggabungkan UMNO
bersama-sama dengan MCA dan MIC untuk membentuk Parti Perikatan. Parti Perikatan merupakan
lambang perpaduan yang terjalin antara kaum di Malaysia, seterusnya melebarkan sayap ke arah
kestabilan politik dengan penubuhan Barisan Nasional.
DEB merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia diperkenalkan pada 1971 oleh
Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Tujuan program tersebut adalah untuk mencapai
perpaduan dan integrasi nasional digubal dalam konteks strategi serampang dua mata;
mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan memberi peluang pekerjaan pada semua rakyat
Malaysia tidak mengira kaum, dan mempercepatkan proses penyusunan masyarakat untuk
membetulkan ketidakseimbangan dalam ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut
fungsi ekonomi. Dasar ini diganti dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991, namun
elemen yang terdapat dalam DEB masih wujud dan ditukar secara beransur-ansur apabila golongan
bumiputra mempunyai keyakinan diri.
6
Sehubungan dengan DEB, satu lagi ideologi diwujudkan dalam negara iaitu Rukun Negara.
Fokus Rukun Negara adalah Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Prinsip-
prinsip tersebut bersesuaian dengan rakyat Malaysia yang mempunyai perbezaan agama, keturunan
dan pekerjaan supaya bersatu pada satu payung yang sama. Konsep ‘1Malaysia’ yang diolah oleh
Perdana Menteri ternyata mempunyai kesinambungan terhadap Wawasan 2020 dan Cemerlang,
Gemilang dan Terbilang. Dato’ Seri Najib juga berpendapat, bersandarkan konsep itu, tumpuan
kepada pembangunan dalam menjadi sebuah negara maju akan diseimbangkan dengan keperluan
rakyat tanpa mengira kaum.2
2 Najib: 1Malaysia kesinambungan konsep kepimpinan terdahulu(18 Ogos 2009), daripada Utusan Online.
7
3.0 Integrasi Nasional
Integrasi wujud kesan daripada perpaduan yang terjalin antara pelbagai etnik. Integrasi
nasional merupakan satu isu penting yang diberi perhatian oleh Kerajaan, terutamanya integrasi
nasional di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Konsep integrasi nasional
bermaksud “proses menyatupadukan berbagai-bagai kumpulan yang mempunyai perbezaan
kebudayaan dan sosial ke dalam satu system wilayah bagi mewujudkan identiti nasional”3. Definisi
ini juga menekankan ke arah usaha-usaha untuk mewujudkan “identiti wilayah” dan mengurangkan
seterusnya menghapuskan jurang yang menyekat perkembangan integrasi nasional.
Sabah dan Sarawak terpisah daripada Semenanjung Malaysia kesan daripada Laut Cina
Selatan, Kerajaan melaksanakan usaha-usaha yang efektif bagi mewujudkan integrasi nasional antar
dua wilayah ini. Pertama sekali adalah mengurangkan perbezaan psikologi di antara penduduk
wilayah-wilayah berkenaan. Kedua adalah mengatasi masalah geografi dengan mewujudkan
hubungan dan interaksi yang erat supaya persefahaman boleh wujud di kalangan mereka. Ketiga,
mewujudkan identiti bersama menerusi kesetiaan dan iltizam terhadap Konsep Nasionalisme
Malaysia. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kerajaan untuk menggalakkan integrasi nasional
seperti pertukaran pegawai dan pertukaran pelajar ke wilayah-wilayah luar dari tempat asal mereka.
Integrasi wilayah bermaksud “persefahaman antara rakyat tanpa mengira wilayah atau
kawasan asal mereka”. Dalam melaksanakan integrasi wilayah, banyak perubahan dilakukan
termasuk kakitangan perkhidmatan awam yang ditukar kawasan daripada Semenanjung Malaysia ke
Sabah atau Sarawak, dan sebaliknya. Langkah jangka panjang dan bersepadu ini telah menghasilkan
Perpaduan Nasional di antara Malaysia Barat dengan Malaysia Timur.
Integrasi ekonomi pula dilaksanakan dengan mengharmonikan kegiatan ekonomi pada
setiap wilayah. Pelbagai kemajuan telah dicapai kesan dari integrasi ekonomi, antaranya ialah
3 Malaysia Kita : Panduan dan Rujukan untuk peperiksaan umum(2007).
8
perancangan ekonomi dan pembangunan yang lebih sistematik. Selain itu, terdapat pengaliran
buruh antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Sistem kewangan dan modal
antara wilayah juga dapat disatukan.
Pelan Integrasi Nasional (PIN) adalah untuk menanam dan memupuk budaya etika dan
integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. PIN dilancarkan pada 23 April 2004 oleh
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. PIN selaras dengan cabaran keempat
Wawasan 2020 iaitu “Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya,
dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh
budi pekerti yang luhur”. Antara objektif khusus bagi PIN adalah memberikan hala tuju dan
bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina
masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika dan meningkatkan
kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya
integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang. Institut Integriti Negara
(IIN) ditubuhkan bagi menyusun dan memantau pelaksanaan PIN. IIM telah didaftarkan sebagai
sebuah badan bebas berstatus syarikat jaminan kerajaan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 4 Mac
2005. Sebuah Lembaga Pengarah dipertanggungjawabkan untuk memantau IIM dan dipengerusikan
oleh Ketua Setiausaha Negara dan dianggotai oleh beberapa orang tokoh yang berwibawa dalam
bidang masing-masing.
PIN telah menyusun dan menetapkan sasarannya kearah pemantapan integriti supaya
berjalan lancar dan mencapai matlamatnya dengan TEKAD 2008. TEKAD 2008 adalah satu
sasaran bagi lima tahun pertama (2004-2008) untuk melihat keberkesanan integrasi nasional.
Terdapat lima sasaran dalam TEKAD 2008, antaranya ialah mengurangkan gejala rasuah,
penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan. BPR terlibat secara langsung dalam penilaian
integrasi nasional dengan mengambil kira kejayaan BPR dalam menangani kes-kes rasuah. Sasaran
seterusnya ialah meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan
9
mengatasi karenah birokrasi. Konsep skor digunakan dalam meningkatkan kecekapan kakitangan
perkhidmatan awam dalam mengendalikan sesuatu tugas. Sasaran ketiga adalah meningkatkan
tadbir urus korporat dan etika perniagaan di mana petunjuk meningkatnya tadbir urus korporat dan
etika perniagaan ialah peningkatan jumlah syarikat korporat yang mematuhi syarat-syarat
penyenaraian di Malaysia Securities Exchange Berhad (MSEB). Selain itu, TEKAD 2008 juga
mensasarkan pemantapan institusi keluarga. Pemantapan institusi keluarga mensasarkan
pengurangan kadar penceraian, perebutan harta pusaka dan perebutan hak penjagaan anak-anak.
Situasi tersebut akan menjadi ukuran kepada tahap integriti diri dalam institusi kekeluargaan.
Sasaran kelima adalah meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat dengan
pengurangan kadar jenayah dan penyalahgunaan dadah sebagai ukuran. Masyarakat yang aman
damai akan mencapai integrasi nasional secara tidak langsung tanpa sebarang syak dan prasangka
buruk terhadap mana-mana etnik yang terdapat di Malaysia.
Gerakan pemantapan integriti adalah satu gerakan di bawah PIN. Gerakan ini melibatkan
‘pihak atas’ dengan ‘pihak bawah’, di mana pihak ‘pihak atas’ memberi dan menunjukkan
bimbangan dan tauladan yang baik manakala ‘pihak bawah’ pula memberi sokongan dan cadangan
bagi ‘pihak atas’. Antara komponen yang terlibat adalah keluarga, komuniti, masyarakat sivil
(pertubuhan-pertubuhan masyarakat), sosiobudaya (pendidikan, kesihatan, sukan dan rekreasi,
media massa, seni, sastera dan warisan), agama, ekonomi, politik dan pentadbiran.
Konsep dan prinsip "Rakyat menyokong pemimpin yang menyokong rakyat" adalah penting
dalam pelaksanaan strategi PIN. Pucuk pimpinan perlu memberikan isyarat yang jelas tentang
komitmen mereka melaksanakan Agenda Integriti. Asas kepada gerakan pemantapan integriti perlu
dibina dari bawah dengan melibatkan institusi paling asas, iaitu keluarga, komuniti dan masyarakat
sivil. Masyarakat yang berorentasikan keluarga dan komuniti adalah punca kejayaan bagi sesebuah
integrasi nasional dengan memantapkan kesedaran bahawa betapa pentingnya integriti dalam
kehidupan seharian dan dalam membina negara yang makmur dan maju. Keluarga ialah unit yang
10
paling asas dalam pembentukan sifat dan nilai-nilai murni dalam diri anggotanya, di mana kanak-
kanak menjadi asas kepada Agenda Integriti. Komuniti juga memainkan peranan utama dalam
menjayakan integrasi nasional sesebuah negara. Dalam komuniti terdapat pelbagai institusi
tradisional seperti ketua kampung, imam, penghulu, pemanca dan ketua kaum yang sepatutnya
menyemai nilai-nilai murni masyarakat kepada generasi baru berasaskan nilai tradisi. Pengukuhan
institusi sedia ada seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Rukun Tetangga
dan Jawatankuasa Penduduk dapat membantu menjayakan Agenda Integriti termasuk sekolah,
masjid, surau, pusat asuhan kanak-kanak dan sebagainya.
Melalui proses modenisasi, perkembangan kelas menengah, pengaruh dan interaksi dengan
dunia antarabangsa serta impak globalisasi, ruang masyarakat sivil semakin berkembang.
Pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil (Civil Society Organisation - CSO), ditubuhkan untuk
memperjuangkan pelbagai isu seperti hak wanita, pengguna, alam sekitar dan hak asasi manusia.
CSO bekerjasama dengan pihak kerajaan dan pihak swasta dalam memantapkan integriti penduduk
setempat berlandaskan kemajuan aktiviti tertentu seperti sukan, kebudayaan, dan aktiviti
keagamaan.
Pelaksanaan pelbagai strategi dan pelan tindakan bagi setiap institusi dan sektor dalam
negara seperti yang digariskan akan meningkatkan daya tahan gerakan pemantapan etika dan
integriti. Kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi dan politik dalam negara ini akan lebih
terjamin jika kerjasama setiap kaum diambil kira bagi setiap ruang dan peluang yang disediakan.
Peristiwa darurat seperti 13 Mei 1969 tidak akan berulang kembali dengan pemantapan
persefahaman antara kaum, seterusnya meninggalkan perbezaan kebudayaan bagi mengutamakan
matlamat negara bagi mencapai kemajuan.
11
4.0 KESAN DAN AKIBAT KEPADA KESTABILAN POLITIK DAN KESEJAHTARAAN
SOSIAL MALAYSIA JIKA TIADA PERPADUAN DAN INTERGRASI.
Perpaduan dan intergrasi merupakan satu keperluan yang tidak dipisahkan oleh mana-mana
masyarakat dalam sesebuah negara demokrasi. Usaha untuk mencapai perpaduan bukan satu
tindakan yang mudah untuk dilaksanakan oleh kerajaan sesebuah negara yang mengamalkan
demokrasi seperti di Malaysia. Usaha untuk mencapai perpaduan dan intergrasi bukan satu tindakan
yang boleh dilaksanakan dalam jangka pendek akan tetapi satu usaha secara berterusan bagi
membina perpaduan nasional dan seterusnya mengekalkannya sampai bila-bila. Ia sering dilanda
oleh pelbagai masalah yang berpunca dari tiga sumber. Yang pertama ialah masalah dari segi
pembangunan dan pendapatan yang tidak seimbang di kalangan rakyat pelbagai keturunan dan
etnik.Kedua ialah wilayah-wilayah dalam sesebuah negara sering berpecah dan cenderung
membentuk negara yang baru dan yang ketiga ialah permasalahan yang timbul akibat tiada
persefahaman antaa rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik . Masalah ini akan menjadi serius
apabila terdapat perbezaan dari segi keturunan ,agama ,bahasa dan adat resam.
Malaysia yang merupakan negara yang mempunyai ciri-ciri negara yang plural mempunyai
beban yang berat bagi mengekalkan kestabilan hubungan etnik agar ia sentiasa berada dalam
keadaan yang aman dan harmoni. Masalah perpaduan di Malaysia boleh dikesan semenjak zaman
penjajahan british lagi apabila pemerintah pada ketika itu telah melaksanakan dasar pecah dan
perintah.Dasar ini yang kononnya dilaksanakan untuk melindungi orang melayu daripada diri
mereka sendiri dikatakan menjadi duri dalam daging dalam hubungan etnik di Malaysia. Bertitik
tolak dari dasar tersebut, maka wujudnya kegiatan ekonomi yang berasaskan kaum di tanah melayu
sehingga zaman selepas merdeka. Iaitu orang cina yang tinggal di Bandar-bandar utama seperti
Ipoh, Kuala Lumpur dan Shah Alam memonopoli sektor perniagaan dan perusahaan.manakala
orang india menguasai sector pekarjaan di lading dan estet di tanah melayu manakala kaum majoriti
iaitu orang melayu masih dengan ekonomi tradisional seperti menjadi nelayan, petani dan tinggal di
12
kawasan kampung yang serba kekurangan. Dasar ini secara tidak langsung telah menimbulkan
ketidaksamaan sosial antara kaum dan sekaligus mencetuskan perasaan syak wasangka dan curiga
antara kumpulan etnik ini. Walaupun selapas tanah melayu merdeka, kaum majoriti utama iaitu
orang melayu masih berada dalam kemiskinan tetapi pada masa yang sama orang cina menerima
manfaat daripada kekayaan negara. Perasaan ketakutan mula menyelubungi kaum peribumi karana
mereka khuatir kaum pendatang akan menguasai ekonomi dan kekayaan tanah melayu dan mereka
pula merempat di tanah air sendiri. Perasaan ini mula diterjemahkan dalam gerakan politik apabila
penyokong akar umbi mula menuntut perubahan yang radikal iaitu dasar kerajaan yang lebih adil
dan saksama serta peningkatan taraf hidup rakyat peribumi.
Sebagai respon, masyarakat india dan cina pula berasa terancam apabila suara
majoriti mula menuntut perubahan keadaan semasa yang pasti menggugat sosioekonomi mereka.
Konflik pertindihan mula berlaku apabila orang melayu cuba menuntut supaya bahasa melayu
dijadikan sebagai bahasa kebangsaan, usaha yang lebih kukuh untuk mengekalkan keistimewaan
hak-hak orang melayu dan peningkatan taraf hidup mereka sendiri. Manakala kaum pendatang pula
cuba menuntut beberapa tuntutan pada era tersebut. Iaitu hak kerakyatan kepada orang bukan
melayu yang lahir dan yang telah menjadikan tanah melayu sabagai tempat mereka, bahasa cina
sebagai bahasa rasmi dan sekolah jenis cina pula diangkat setaraf dengan sekolah melayu.
Walaupun pada era pra kemerdekaan kaum –kaum utama di tanah melayu yang diwakili oleh parti
politik seperti MCA, MIC dan UMNO telah bersetuju secara dasarnya iaitu menjadikan bahasa
melayu sebagai bahasa utama di tanah melayu dan subjek bahasa melayu dijadikan subjek wajib di
sekolah-sekolah melayu . namun pada masa yang sama masih mengekalkan sekolah, bahasa, dan
budaya kaum yang lain dan cuba mempromosikan polisi pendidikan yang boleh diterima oleh
semua kaum utama di tanah melayu pada ketika itu. Parti-parti utama yang membentuk parti
pakatan juga bersetuju untuk membincangkan hak yang melibatkan kerakyatan selepas merdeka
melalui suruhanjaya khas yang akan ditubuhkan selepas pilihan raya 1955. Namun keadaan yang
13
pada permukaannya nampak tenang dan stabil namun pada hakikatnya berlaku pergolakan di dalam
dasar kerajaan perikatan pada ketika itu. Iaitu munculnya parti politik yang cuba memperjuangkan
kepentingan peribadi kaum masing-masing dan membelakangkan perjanjian kemerdekaan yang
telah dipersetujui oleh semua kaum sebelum itu.parti politik berhuluan kiri seperti Democratic
Action Party (DAP), People Progresif Party (PPP) dan parti Gerakan Rakyat Malaysia
(GERAKAN) mula dilihat sebagai pihak yang berpotensi memecahbelahkan perpaduan di Malaysia
apabila mula menggunakan isu-isu yang sensitive sebagai bahan untuk berkempen. Antara tuntutan
mereka ialah menentang hak-hak keistimewaan orang melayu, menyokong penggunaan bahasa
inggeris ,cina ,dan tamil sebagai bahasa rasmi negara dan menuntut kesamaan dalam empat aliran
pendidikan di Malaysia pada ketika itu.
Pada 10 mei 1969 pilihan raya umum ke-4 telah diadakan setelah mandat pemerintahan
kerajaan tamat selepas memerintah selama lima tahun. Keputusan pilihan raya amat mengejutkan
semua pihak. Apabila parti pakatan pimpinan UMNO telah tewas mengejut, walaupun berjaya
membentuk kerajaan dengan majoriti mudah namun parti berkenaan telah kehilangan banyak
kerusu kepada parti pembangkang seperti DAP, PPP dan GERAKAN. Sebanyak 66 buah kerusi
sahaja dimenangi oleh parti perikatan manakala baki 104 kerusi tersebut telah dimenangi oleh parti-
parti pembangkang. Keputusan ini telah menimbulkan kembali ketidakpuasan akar umbi
terutamanya dari parti MCA dan MIC yang gagal memenuhi tuntutan mereka yang melibatkan
status bahasa ibunda mereka dan sistem pendidikan kaum mereka. Manakala orang melayu melihat
keputusan ini sebagai satu ancaman kepada ketuanan mereka di tanah air mereka sendiri dan pada
masa yang sama mula merasa dominasi politik orang melayu mula tenggelam.
Maka kemuncaknya pada 13 Mei 1969 apabila berlakunya rusuhan kaum yang besar di ibu
negara, kuala lumpur,di mana perlembaaan negara telah digantung, darurat diumumkan oleh yang
dipertua agong, pasukan polis mula mengambil alih pentadbiran keselamatan awam dan pasukan
tentera mula dikerah ke pusat Bandar untuk meningkatkan kekuatan pasukan keselamatan yang
14
sedia ada. Dalam tempoh 48 jam rusuhan tersebut,banyak nyawa termasuk yang tidak berdosa turut
terbunuh selain banyak harta benda yang rosak teruk. Peristiwa 13 mei itu bukan sahaja melibatkan
kehilangan nyawa dan harta benda tetapi juga menyebabkan hilangnya kepercayaan rakyat kepada
kerajaan untuk menangani masalah perpaduan di Malaysia. Hal ini telah membuktikan perpaduan di
kalangan penduduk di Malaysia masih di tahap yang rendah kerana setelah 12 tahun
merdeka,masalah perkauman masih mewarnai kehidupan masyarakat berbilang kaum di negara.
Keadaan politik di Malaysia pada ketika itu berada di tahap terendah semenjak merdeka. Iaitu
dimana orang melayu mula berasa terancam dengan kehadiran kaum pendatang ini dan pada masa
yang sama sebelah pihak pula masih bimbang tentang kekuatan orang melayu kerana politik orang
melayu masih kuat dan disokong oleh kuasa ketenteraan iaitu di mana tentera di Malaysia rata-
ratanya terdiri daripada orang melayu itu sendiri. Kesejahteraan sosial juga terjejas dengan teruk.
Orang melayu mula menganggap orang cina dan orang india sebagai musuh dan berlakunya
kerenggangan antara hubungan etnik selepas peristiwa 13 mei. Buat pertama kalinya semangat
perpaduan kaum di Malaysia berada di tahap yang paling rendah sekali semenjak Malaysia merdeka
pada 31 ogos 1957.Pada 16 mei, pemerintahan kerajaan yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman
telah menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai oleh Tun Abdul Razak.
Dengan perlantikan itu, Tun Abdul Razak mempunyai kuasa mutlak mentadbir negara di bawah
undang-undang darurat. Menurut laporan MAGERAN sebulan selepas peristiwa berdarah itu,
seramai 178 orang telah terbunuh. Namun banyak pihak menjangkakan angka tersebut terlalu
rendah jika dibandingkan dengan kematian yang sebenar. Tugas utama MAGERAN ialah untuk
mencari jalan bagi memulihkan pentadbiran negara di bawah parlimen. Selain itu mageran turut
mencari punca rusuhan kaum dan mengatur langkah-langkah tertentu untuk mengelakkan
berulangnya rusuhan itu. Majlis gerakan negara turut menyemak semula undang-undang negara
termasuk perlembagaan dan mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam undang-undang
berkenaan.
15
5.0 KEPENTINGAN PERPADUAN DAN INTERGRASI SEBAGAI PARSYARAT
UTAMA UNTUK KESTABILAN POLITIK DAN KESEJAHTERAAN SOSIAL
MALAYSIA.
Malaysia merupakan sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagia kaum.
Pelbagai corak nilai hidup sosial kebudayaan dan ekonomi terdapat dalam sistem masyarakat
Malaysia. Walaupun ramai rakyat masih menaruh keraguan terhadap pemerintah negara apabila
negara mula mencapai kemerdekaan disebabkan perbezaan dalam sifat dan corak masyarakat kita.
Namun keazaman rakyat untuk membina satu bangsa Malaysia yang bersatu padu telah
membangkitkan semangat mereka untuk terus berusaha ke arah kejayaan dalam konteks kerjasama
antara kaum dan perpaduan nasional. Malah rakyat telah menggunakan semangat perpaduan dengan
baik sekali apabila menggunakan kepelbagaian corak hidup berbilang etnik di Malaysia sebagai satu
sumber kekuatan negara. Perpaduan yang utuh di kalangan rakyat Malaysia telah ditunjukkan
sebelum merdeka lagi hinggalah sekarang. Pada hakikatnya perpaduan tidak pernah hilang dalam
hati rakyat Malaysia cuma ada pasang surutnya seperti manusia itu sendiri. Mereka pernah bersama-
sama berusaha mencapai kemerdekaan, bersatu menentang komunis, bersama mempertahankan
negara daripada ancaman konfrontasi jiran dan bersama membina negara kita dari bawah hinggalah
Malaysia berjaya mencapai status negara membangun yang kini menjadi kebanggaan setiap rakyat
di bumi yang bertuah ini.
Apabila perpaduan di kalangan rakyat Malaysia mula nampak ampuh dan utuh maka
kerajaan dapat menjalankan dasar-dasar negara bagi memastikan negara terus mengorak langkah
dalam aspek kemajuan ekonomi dan pembangunan fiskal. maka rakyat akan menerima manfaat
daripada dasar kerajaan yang pasti memberi hasil yang optimum kepada setiap lapisan masyarakat
16
berbilang etnik. Kestabilan politik di Malaysia akan menyakinkan pelabur asing untuk terus
melabur di dalam negara kerana keadaannya yang aman dan keselamatan terpelihara pasti akan
menguntungkan pelabur di luar. Di lihat dari sudut geografi, Malaysia merupakan sebuah negara
strategik kerana terlatak di tengah-tengah jalan perdagangan utama dunia iaitu selat Melaka dan
mempunyai modal insan yang berkemahiran merupakan syurga bagi pelaburan dari luar negara
ataupun lebih dikenali sebagai FDI (FOREIGN DIRECT INVESTMENT) . Maka negara menerima
manfaat disebalik semangat perpaduan yang wujud bagi mengekalkan kestabilan politik domestik
dan pada masa yang sama berjaya menarik pelaburan asing. Malah perpaduan dan intergrasi ini
boleh dikomersialkan menjadi produk pelancongan bagi menarik pelancong asing untuk datang ke
Malaysia. Hal ini kerana keunikan negara Malaysia yang terdiri daripada kepelbagaian etnik, adat,
budaya dan agama menarik perhatian orang luar untuk melihat sendiri kelebihan yang Malaysia
miliki ini secara langsung. Selain itu menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan, negara turut
menjadi tumpuan penganjuran persidangan di peringkat antarabangsa. Persidangan negara-negara
berkecuali (NAM) , persidangan organisasi islam (OIC) dan persidangan ASEAN merupakan salah
satu kelebihan yang Malaysia kecapi karana factor kestabilan politik yang negara perolehi daripada
perpaduan dan intergrasi nasional yang subur di negara ini. Prinsip penyatuan yang terkandung
dalam perlembagaan negara dan rukun negara telah menjadi panduan dan diibaratkan sebagai rukun
hidup.
Dalam konteks kesejahteraan sosial pula, rakyat yang berbilang dapat hidup harmoni di
bawah satu bendera iaitu jalur gemilang. Intergrasi antara kaum yang bermula dari bangku sekolah
lagi tlah menunjukkan hasil apabila pelajar daripada berbilang kaum dapat berinteraksi
menggunakan bahasa kebangsaan dan pada masa yang sama mewujudkan perpaduan dari peringkat
kecil lagi. Selain itu, usaha kerajaan untuk menambahkan lagi bilangan orang bukan bumiputera
dalam pasukan keselamatan negara telah membuktikan bahawa karajaan ingin membentuk pasukan
17
keselamatan yang terdiri daripada berbilang etnik untuk sama-sama mempertahankan tanah air kita
dari serangan musuh dan anasir luar yang ingin menggugat keamanan negara.
18
6.0 KESIMPULAN :
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur dan merasa bangga dengan
keadaan dan situasi negara kita yang aman dan merdeka ini. Melalui kewujudan perpaduan maka
kesejahteraan dan kestabilan negara berjaya dibentuk. Usaha kerajaan melalui kempen dan dasar
berteraskan perpaduan akan terus menjamin kesejahteraan dan kestabilan politik di samping
mengekalkan sistem sosial yang sedia wujud di Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa cabaran
utama pemimpin Malaysia ialah mengekalkan perpaduan dan intergrasi antara etnik bagi menjamin
hubungan etnik di Malaysia kekal utuh dan teguh di sebalik menuju ke arah wawasan 2020.
Hubungan etnik yang wujud pada masa ini telah membuktikan bahawa pemimpin yang lepas telah
berjaya membina asas yang kukuh menuju ke arah pembinaan bangsa Malaysia yang maju dan
makmur di rantau asia. Peristiwa 13 mei sudah cukup menguji tahap perpaduan negara yang pada
ketika itu berada pada tahap yang paling rendah. Pengajaran daripada peristiwa itu telah menjadi
tembok penghadang agar pemimpin masa depan tidak lagi berani mempermainkan isu-isu yang
boleh menggugat sensitiviti hubungan antara etnik. Selepas peristiwa tersebut, negara tidak
menoleh kebelakang lagi malah terus maju ke hadapan bagi merencanakan pembangunan negara di
samping mengekalkan kestabilan domestik. Sesuatu yang sukar di lakukan jika dilihat kepada
kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia pada ketika ini. Walaupun usaha berkenaan nampak
sukar di mata umum, namun atas kebijaksanaan dan kematangan rakyat Malaysia yang sudah
merdeka selama lebih 50 tahun, maka usaha ini tidaklah mustahil malah mula menampakkan hasil
dalam sistem masyarakat Malaysia. Keseluruhan struktur masyarakat Malaysia yang wujud pada
hari ini telah dibangun dan dibentuk melalui falsafah Rukun Negara dan dasar-dasar negara di mana
ia telah benar-benar menyumbang kepada peningkatan toleransi, keamanan dan keharmonian
negara. Usaha-usaha ini, khususnya selepas tragedi 13 Mei 1969 ternyata berjaya mencapai objektif
dan matlamat perpaduan dan integrasi nasional. Malaysia dari segi rekodnya telah benar-benar
19
berjaya membina dan mewujudkan perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan serta mengekalkan
kestabilan politik di bawah pendekatan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang bersifat
pragmatik, progresif dan adil serta demokratik terhadap semua kaum. Justeru kita harus bersyukur
di atas nikmat perpaduan dan keharmonian yang masih terjalin
20
Recommended