View
6
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM005
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
183
PERPADUAN DALAM MEMBENTUK KEAMANAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA
Wan Syatirah Wan Shahrudin
Pensyarah, Kolej Universiti Islam Perlis, Kuala Perlis, Perlis, 02000, Malaysia,
syatirah@kuips.edu.my
Zuliana Zubir
Pensyarah, Kolej Universiti Islam Perlis, Kuala Perlis, Perlis, 02000, Malaysia,
ABSTRAK
Keamanan merupakan suatu aset yang sangat bernilai bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian
dalam sesebuah negara. Dengan wujudnya keamanan, masyarakat dalam sesebuah negara dapat
melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing dengan sempurna seterusnya dapat
memajukan negara. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian etnik, agama
dan budaya. Kepelbagaian ini merupakan satu keunikan yang akhirnya membentuk masyarakat yang
hidup bersatu padu. Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran dilihat sebagai penyumbang
kepada perpaduan dalam kepelbagaian budaya di Malaysia. Sebenarnya, dasar keislaman telah lama
dipraktikkan dalam pentadbiran di Malaysia tanpa mengetepikan agama-agama yang lain. Penulisan
ini, akan memberi fokus kepada asas-asas pembinaan perpaduan umat Islam di Malaysia. Selain itu,
kajian ini juga memfokuskan kepada faktor-faktor yang mengukuhkan perpaduan dalam membentuk
keamanan umat Islam di Malaysia.
Kata Kunci: Perpaduan, Keamanan, Umat Islam, Malaysia
PENDAHULUAN
Fitrah kejadian manusia menyukai perkara-perkara yang bersifat aman, damai, tenteram, bahagia dan
tidak menyukai perkara-perkara yang berlawanan dengannya. Agama Islam terutamanya
menggalakkan umatnya menyebarkan kesejahteraan dan keamanan melalui ucapan salam sejahtera
apabila bertemu sesama Muslim. Secara psikologi ucapan salam yang digunakan dalam Islam adalah
untuk mengeratkan perhubungan sesama Islam seterusnya dapat mengelakkan pergaduhan,
persengketaan serta permusuhan antara satu sama lain (Al-Munawi, 1972). Agama Islam juga
membenci peperangan dan sentiasa berusaha menghindarinya seboleh mungkin. Namun, sekiranya
ia berlaku, Islam pasti menyempitkan kawasan berlakunya peperangan itu, mengurangkan
kerugiannya dan meringankan kesannya dengan apa juga cara sekalipun (Al-Qaraḍawi, 2009). Setiap
individu yang bergelar manusia tidak kira agama, bangsa dan keturunan semuanya menginginkan
kedamaian, keamanan, ketenteraman dan kesejahteraan dalam menjalani kehidupan seharian. Lebih-
lebih lagi rakyat negara yang sedang bergolak dan mengalami peperangan seperti Palestin, Syria,
Mesir, Afghanistan, Libya, Somalia, Sudan, Zimbabwe dan etnik Rohingya serta negara-negara yang
bergolak lain. Mereka menginginkan agar peperangan dan kekecohan yang berlaku segera
ditamatkan dan seterusnya dapat menjalani kehidupan normal dan bahagia di samping keluarga.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM005
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
184
Malaysia juga tidak terlepas daripada peristiwa-peristiwa yang menggangu-gugat keamanan negara.
Walaupun Malaysia tidak terlibat dengan sebarang peperangan seperti negara bergolak lain, namun
terdapat kejadian-kejadian yang berlaku yang menjejaskan keamanan dalam negara. Sebagai contoh,
peristiwa 16 Mei 1969 yang merupakan sejarah hitam berkaitan masalah perkauman dan bangsa yang
mengakibatkan tragedi berakhir dengan pertumpahan darah dan kematian (Abdul Rahman, 2011).
Ancaman keamanan di Malaysia bukan sahaja berbentuk ancaman dalaman, malah berlaku juga
ancaman dari luaran seperti peristiwa pencerobohan Lahat Datu yang merupakan peristiwa yang
menjejaskan keamanan di Malaysia di mana ia telah mengorbankan lapan orang anggota keselamatan
Malaysia (Sinar Harian, 2013). Kesan dari peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa perpaduan dan
keamanan negara adalah suatu keperluan yang penting (maslaḥah ḍarūriyyāt) kepada individu,
masyarakat dan negara. Melalui suasana yang aman dan selamat, nyawa, diri, harta dan negara dapat
dipelihara daripada sebarang ancaman dan kerosakan. Sebagai contoh, negara-negara yang berada
dalam keadaan yang tidak aman akibat berlaku peperangan seperti Syria, Palestin dan Afghanistan,
peperangan telah menyebabkan fizikal negara tersebut telah musnah, rakyat terbunuh dan ramai yang
cedera. Sebagai contoh, menurut Syrian Network for Human Rights, jumlah kematian di negara Syria
telah dilaporkan 6,964 orang terbunuh di Syria sepanjang tahun 2018 dan pada awal tahun 2019,
seramai 4,162 orang telah terbunuh di negara tersebut (Berita Harian, 2019). Selain itu, peperangan
juga menyebabkan ekonomi negara jatuh merudum dan pelbagai lagi kesan yang buruk menimpa
negara yang terlibat dengan peperangan (Boulding, 1945; Mosley, 1985; Koubi, 2005). Oleh itu,
menjaga keamanan negara merupakan aspek dan aset yang sangat bernilai bagi sesebuah negara demi
menjamin keharmonian penduduk dan kelestarian pembangunan negara.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Konflik yang timbul di kota yang penuh bersejarah dalam peradaban manusia itu telah terbukti
berjaya diselesaikan dengan formula yang telah diperkenalkan oleh Rasulullah SAW sendiri dalam
pentadbiran yang menggunakan Perlembagaan (Piagam) Madinah sebagai ukurankejayaan
pembinaan masyarakat Madinah. Dunia masakini digemparkan dengan kebangkitan masyarakat
Arab (Arab Spring) pergelutan, pemberontakan, peperangan saudara telah membuktikan kehidupuan
tanpa undang-undang sihat mengakibatkan peperangan yang membawa kesan jangka panjang dan
penularan kemiskinan dalam masyarakat.
Menurut Syed Husin Ali (1978) menyatakan kemiskinan bererti satu keadaan kekurangan yang
merangkumi kekurangan daripada mendapatkan beberapa keperluan hidup iaitu keperluan asasi
(makanan, tempat tinggal dan pakaian)serta keperluan sosial (seperti pendidikan, perubatan, bekalan
api dan air serta kenderaan). Beliau juga menjelaskan bahawa golongan miskin ialah mereka yang
tidak mampu atau tidak berkebolehan mendapatkan semua keperluan tersebut. Manakala golongan
miskin kronik ialah golongan yang tidak mampu mendapatkan keperluan asasi.Ishak Shaari (1996)
mendefinisikan kemiskinan sebagai satu keadaan apabila sesebuah isi rumah tidak memperolehi
pendapatan yang cukup bagi menampung sejumlah perbelanjaan untuk keperluan asas yang
minimum seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan asas bukan makanan.
Di Malaysia, kaum Melayu adalah yang paling dominan dan Malaysia adalah negara kedua
mengistiharkan agama Islam sebagai indentiti kaum selepas Turki dan mempunyai jaminan hak
istimewa disisi perlembagaan. Isu hak istimewa Bumiputera adalah isu yang paling sensitif dan
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM005
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
185
semua pihak dilihat agak berhati-hati dalam mengendali isu ini. Peristiwa rusuhan kaum 16 Mei 1969
telah memberi pengajaran berharga kepada negara bahawa keamanan dan kesejahteraan adalah suatu
yang tidak ternilai.
Berbeza di Madinah, sungguhpun demografi penduduk adalah hampir sama dengan Malaysia, iaitu
kepelbagaian kaum dan etnik, namun faktor perbezaan kaum itu tidak menjadi penghalang kepada
bangsa Madinah untk hidup aman damai dan saling hormat menghormati satu sama lain. Sehingga
kini, penduduk Madinah yang terdiri dari lebih 8 bangsa berlainan kekal hidup aman damai dengan
sikap toleransi yang tinggi sehingga menghairankan sesiapa yang melihat. Bangsa dari pelbagai
benua, budaya dan warna kulit seperti Arab, Pakistan, India, Bangladesh, Turki, Afganistan,
Uzbekistan dan Afrika yang menetap di Madinah telah menunjukkan bahawa mereka mampu
meraikan perbezaan dan berkasih sayang hanya dengan satu perlembagaan sahaja, iaitu
perlembagaan yang diasaskan oleh Muhammad SAW (Misrawi, 2011).
Masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang menjunjung tinggi nilai agama dan kepercayaan dan
ini terbukti bahawa agama Islam diletakkan sebagai agama rasmi negara dan dilindung oleh
perlembagaan dan dijunjung menerusi Rukun Negara. Komposisi agama pula tersebar kepada kaum-
kaum seperti Melayu dengan agama Islam (61.3% ), kaum cina denga agama Buddha (19.8%) dan
Kristian 9.2%, manakal kaum India sinonim dengan agama Hindu (6.3%) (Jabatan Perangkaan
Malaysia,2010). Keadaan demografi ini telah meletakkan agama dan kepercayaan sebagai isu sensitif
dan cenderung membawa kepada isu perkauman jika tidak dikawal. Isu-isu yang menyentuh
sensitiviti agama seperti isu tuntutan penggunaan kalimah “Allah” oleh penganut Kristian, isu Artikle
11, IFC, isu logo Halal JAKIM palsu dilihat sebagai cubaan mencabar kehormatan agama Islam dan
mencetuskan kemarahan majoriti masyarakat Islam (Kamaludin, 20 Oktober 2013).
Perpaduan bukanlah sesuatu boleh dicapai dalam satu malam sahaja, ia menuntut penghayatan dan
pendidikan yang berterusan terhadap nilai-nilai yang menyatukan bangsa dan memerlukan
penglibatan semua pihak. Telah banyak wang ringgit dan tenaga telah dibelanjakan oleh kerajaan
menerusi program-program memupuk integrasi dan perpaduan kaum, namun, ironinya tindakan
kerajaan membiarkan wujudnya NGO-NGO yang bersifat ultrakiasu dan ultra kaum dilihat
bertentangan dengan hasrat kerajaan dalam aspek perpaduan dan integrasi kaum. NGO kumpulan
pendesak berasaskan kaum seperti HINDRAF, SSKM, PERKASA sering dilihat mencetuskan
provokasi dan bermain dengan api perkauman sehingga kadang kala meningkatkan suhu politik tanah
air. Hal ini jika tidak dikawal bakal mencampakkan negara kedalam rusuhan kaum dan
pemberontakan.
Berbeza di Madinah, kerja-kerja kesukarelaan telah sebati dengan masyarakat disana. Didalam
perlembagaan Madinah sendiri telah mewartakan bahawa masyarakat Madinah mestilah
mengamalkan semangat kesukarelawan yang tinggi dan saling bantu membantu antara satu sama
lain. Bahkan turut ditegaskan bahawa tiada satu kaum pun boleh mengecualikan diri dari
tanggungjawab saling bantu membantu dan melindungi ini. Sifat Perlembagaan Madinah yang
meletakkan sudut perbezaan hanyalah dinilai pada baik dan buruk sesuatu tindakan dan amalan. Ini
bermakna, seseorang tidak akan dihukum berdasarkan kaum dan warna kulit (generalisation), tapi
berdasarkan perbuatan individu. Penghayatan mendalam masyarakat Madinah terhadap intipati dan
semangat perlembagaan Madinah menerbitkan kesan yang membentuk budaya yang diwarisi turun
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM005
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
186
temurun sehingga ke hari ini menjadikan NGO pendesak berasaskan perkauman tidak releven
diwujudkan.
PERMASALAHAN KAJIAN
Agama adalah panduan cara hidup dalam masyarakat. Malaysia merupakan sebuah negara yang
mempunyai pelbagai agama. Antaranya rakyat Malaysia mengamalkan agama-agama yang berlainan
seperti agama Islam, Hindu, Buddha, Kritsian dan lain-lain kepercayaan. Proses evolusisejarah
rakyat Malaysia bermula dengan kerajaan Melayu, kemudianya dijajah oleh kuasa-kuasa asing.
Selari aspek perkembangan, pola kehidupan dan kependudukan masyarakat , maka tidak hairanlah
jika masalah pertukaran agama berlaku di negeri-negeri di Malaysia. MenurutFarah Wahida (2009)
terdapat proses Kristianiasasi yang dilakukan oleh gerakan Missionaries ini telah bertapak di tanah
Melayu semenjak penjajahan Portugis 1511M. Walau bagaimanapun proses Kristianisasi tersebut
kurang berjaya adalah kerana masyarakat Islam masih kuat berpegang kepada al-Quran dan as-
Sunnah.
Terdapat kajian yang dilakukan oleh Azhar (2000) mendapati dari tahun 1994 hingga Mei 1997
mendapati 60 hingga 210 permohonan bagi pertukaran nama telah dihantar ke Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) daripada jumlah tersebut sebanyak 519 permohonan bertukar atas alasan ingin keluar
dari Islam atau murtad. Walau bagaimanapun 40% sahaja yang diluluskan oleh JPN manakala 52%
lagi telah ditolak atau ditarik balik oleh pemohon.
Remaja masa kini makin terdedah kepada gejala songsang. Apabila didapati keterlibatan remaja
Melayu Islam yang cenderung untuk menukar agama serta terlibat dalam kumpulan yang boleh
merosakkan akidah mereka seperti JIT (Jangan Ikut Tuhan) dan Black Metal. Gejala ini boleh
merosakkan institusi Keluarga Islam bahkan ia lebih buruk daripada gejala sosial dan dadah.
Terdapat juga remaja yang hidup mereka kosong, kehidupan mereka dipenuhi dengan melepak.
Budaya melepak merupakan aktiviti membuang masa secara mundar mandir dan bersiar siar tanpa
sebarang arah tuju. Kehidupan remaja sebenarnya ingin mencari jalan untuk keluar dari tekanan
hidup. Tekanan dan kesempitan rumah di rumah tumpangan dan juga kesempitan untuk mendapat
sumber pendapatan.
Disebabkan tekanan ini, kehidupan masyarakat bercampur. Percampuran di antara lelaki dan
perempuan untuk menjalankan aktiviti harian membawa ruang kepada pergaulan bebas di antara
mereka. Tanpa tujuan yang baik ini, percampuran itu akan mendorong kepada perkara-perkara besar
seperti seni bebas dan bersekedudukan tanpa sah. Hasilnya mereka akan melahirkan anak zina dan
buang bayi di serata tempat.
Penyataan masalah kajian diatas menunjukkan bahawa masih ada ruang (gap) untuk membina
perpaduan masyarakat madani. Persoalan yang timbul seacara umumnya berkaitan dengan
pemerkasaan perpaduan dalam negara.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM005
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
187
PERSOALAN KAJIAN
Penyelidik menggariskan beberapa persoalan berhubung dengan perpaduan dan keamanan umat
Islam di Malaysia. Dengan itu, beberapa persoalan telah dikenal pasti bagi mencari jawapan mengapa
peluang perpaduan diantara kaum dalam negara . Persoalan-persoalan tersebut ialah:
1. Apakah asas pembinaan perpaduan dalam Islam di Malaysia.
2. Apakah faktor-faktor yang boleh mengukuhkan perpaduan dalam membentuk keamanan umat
Islam di Malaysia.
SOROTAN LITERATUR
Masyarakat
Menurut E. Durkheim (2014) di dalam bukunya bertajuk “The division of labour in Society”
menyatakan bahawa masyarakat tradisional mempunyai bentuk yang berbeza hal sosialnya antara
ahli masyarakat. Jenis perhubungan seperti ini disebut “mechanical solidarity”. Masyarakat
tradisional hidup dalam keadaan yang sederhana berdasarkan komuniti atau keluarga dalam
perkampungan atau daerah. Secara umumnya kehidupan masyarakat tradisional memiliki adat resam
kepercayaan masing-masing. Walaupun pegangan mereka adalah sama akan tetapi tidak bererti
mereka bergantung antara satu sama lain. Tetapi setiap individu adalah hubungan mengawal diri
mereka sendiri dan mempunyai pekerjaan sendiri yang terbatas dengan kemampuan diri dan
kumpulan sendiri.
Sebaliknya, masyarakat masa kini bersaing lebih banyak untuk memperolehi punca-punca
pendapatan. Ketika persaingan ini akan timbul permasalah perpecahan sosial. Oleh yang demikian,
persaingan dalam alam pekerjaan timbul di dalam masyarakat moden. Gambaran masyarakat moden
berusaha membentuk komuniti dari kalangan mereka bagi menyediakan keperluan seperti agama,
ekonomi, politik dan pendidikan. Masyarakat ini hidup bergantung antara satu sama lain. Sebagai
satu masyarakat moden disebut “organic solidarity” dikhaskan fungsinya dan saling bergantung
antara satu sama lain (Webster, 1984). Oleh yang demikian, masyarakat tradisional dan moden boleh
dibezakan dengan melihat cara hidup dan bidang pekerjaan, ikatan individu dan peranan
persaudaraan, perhubungan, cara berfikir, pandangan (Webster, 1984).
Masyarakat Islam
Agama Islam amat memberi perhatian kepada pembinaan dan pembangunan masyarakat seperti
mana perhatian yang perlu diberi perhatian kepada pembinaan dan pembangunan individu
Ghafarullahhudin (2004). Perkembangan dan pembangunan individu biasanya amat terpengaruh
dengan suasana masyarakat sekeliling dipelbagai situasi. Individu yang dimaksudkan itu tidak akan
menjadi baik melainkan jika ia berada di dalam sesebuah masyarakat yang dapat membantu
pertumbuhannya secara sihat dan sempurna dalam segala aspek. Sehubungan dengan perkara ini, Al-
Qardawi (2000) menulis dalam bukunya Malamih al-Mujtama al-Muslim allazi Nansyuduhu
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM005
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
188
“masyarakat adalah umpama tapak semaian yang bercambah di atasnya benih individu, udara dan
mentarinya”. Perumpamaan di atas jelas memberi gambaran penting suasana masyarakat yang baik
dan lantaran inilah kata Al-Qardawi (2000).
Penghijrahan Rasullullah SAW ke Madinah adalah suatu usaha ke arah mewujudkan masyarakat
tersendiri yang dibina dan dibentuk oleh baginda dengan Al-Quran di dalamnya terdapat aqidah,
nilai, Syariah Islamiyyah. Ini dijelaskan lagi oleh Abd Hadi (1987) yang mengatakan individu adalah
umpama sel dalam tubuh masyarakat yang besar. Keselamatan tubuh itu bergantung kepada
kesihatan sel-selnya. Lantaran kedudukan ini, Islam menaruh perhatian besar terhadap pendidikan
individu dan pembentukannya dengan cara yang menjamin agar individu itu dapat menjalankan
peranannya yang penting dalam kehidupan secara harmonis. Asas pembinaan dan pembangunan
masyarakat Islam yang mengukuhkan mereka dan menyelamatkan mereka daripada pelbagai
kepincangan (al-Qardawi, 2000).
Asas Pembangunan Masyarakat Islam
Islam adalah agama yang memelihara kesejahteraan penganutnya di seluruh dunia ini. Islam juga
adalah cara hidup yang lengkap dan melengkapi naluri manusia. Islam bukan sahaja mengiktiraf hak
pemilik harta untuk menikmati faedah daripada harta kepunyaannya itu, malah ia mengiktiraf juga
hak pemilik itu untuk menguruskannya semasa dia masih hidup dan sesudah meninggal dunia.
Dengan demikian, sistem Islam istimewa dari sistem komunis yang tidak mengiktiraf hak milik
individu.
Salah satu daripada keistimewaan agama Islam ialah mempunyai undang-undangnya ciptaan Allah
Ta’ala bukan undang-undang yang dicipta oleh manusia. Undang-undang tersebut ialah Syariah
Islam yang dikatakan bersifat lengkap Syumul yang mencakupi semua aspek dalam kehidupan
(Ahmad Ibrahim,2002). Pada dasarnya, Syariah Islam diturunkan adalah bertujuan untuk
mewujudkan kemaslahatan dan kebaikan masyarakat manusia, di dunia dan akhirat (Hailani, Abd
Ghafar, dan Anwar, 2009).
Islam yang berasal daripada kata dasar aslama membawa maksud sejahtera, damai, tunduk, patuh
dan menyerah diri. Secara khusus Islam adalah ad-din yang mendasarkan kepatuhan dan penyerahan
diri sepenuhnya kepada kehendah Allah (Abdalati 1981, Khurshid Ahmad, 1981). Kedamaian dan
kesejahteraan jasmani dan akal dan spritual individu dan masyarakat hanya dapat ditempuhi melalui
kepatuhan dan pengabdian diri dengan sepenuhnya kepada Allah (Khurshid Ahmad, 1981). Firman
Allah yang bermaksud:
ين ءامنوا وتطمئن تطمئن ٱلقلوب ٱلذ ل بذكر ٱللذ أ لحت طوب لهم ٢٨ قلوبهم بذكر ٱللذ ين ءامنوا وعملوا ٱلصذ ٱلذ
٢٩اب وحسن م “(iaitu) mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah
hanya dengan mengingati Allah hati mereka tenteram. Orang yang beriman dan beramal soleh, bagi
mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik” (Surah Ar-Raad:28-29)
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM005
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
189
Dengan itu seruan Rasullullah SAW mengajak kepada kepatuhan dan penyerahan diri kepada Allah,
tegasnya kepada Islam dalam firmannya yang bermaksud:
ٱلعلمين سلمت لرب سلم قال أ
ۥ أ ١٣١إذ قال لۥ رب ه
“Ketika tuhannya berfirman kepadanya: tunduk patuhlah (aslim) Ibrahim menjawab: aku tunduk
patuh (aslam) kepada tuhan semesta alam” (Surah Al-Baqarah: 131)
Penyempurnaan ajaran Islam berlaku dengan terutusnya Rasul terakhir, Muhammad SAW, firman
Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 3:
سلم دينا كم ٱلتممت عليكم نعمت ورضيت ل
كملت لكم دينكم وأ
ٱلوم أ
“…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu
kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…”
Dengan penyempurnaan ini, maka Islam merupakan (penyerahan diri kepada) cara kehidupan yang
berdasarkan ajaran Allah dan yang di atur oleh Nabi Muhammad SAW tunduk dan patuh zahir dan
batin kepada apa-apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW (Taufiq,1982). Allah menegaskan
dalam al-Quran bahawa segala, makluk (yang dapat dilihat dengan mata kasar atau tidak) adalah
ciptaan Allah. Dia pencipta segala sesuatu dibumi dan dilangit dan antara keduanya. Di antara firman
Allah berhubung dengan prinsip pemilikan sebenar (mafhumnya):
و تفوه ي نفسكم أ
رض وإن تبدوا ما ف أ
ت وما ف ٱل مو ما ف ٱلسذ ذ ب من لل فيغفر لمن يشاء ويعذ اسبكم به ٱللذء قد ش
ك عل وٱللذ ٢٨٤ير يشاء
“Segala yang di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan
apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikan , nescaya Allah akan menghitung
dan menyatakan kepada kami. Kemudian Ia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya dan
menyiksa sesiapa yang dikehendaki-Nya( menurut undang-undang peraturan serta kebajiksanaan-
Nya. Dan (ingatlah), Allah maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” (Surah Al-Baqarah: 284)
ء قدير ش ك عل رض وٱللذ
ت وٱل مو ملك ٱلسذ ١٨٩وللذ
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM005
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
190
“Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah maha kuasa atas tiap-tiap
sesuatu” (Surah Ali Imran: 189)
Menurut (Hailani, 2007), konsep pembangunan dibina melalui kejernihan jiwa daripada hati budi
setiap individu, dan daripada asas ini ikatan kemasyarakatan dapat dijalankan dengan kuat bagi
menjamin konsep ketahanan ummah dan negara. Sekiranya faktor pembangunan kemanusian itu
tidak disalurkan ke dalam acuannya yang sebenar sebagai insan kamil, dikhuatiri nanti akan
mencetuskan satu aliran sikap kehendak yang tidak terbatas dan tidak merasa puas seperti yang
diperingatkan Allah;
م إذا لذ نتم تملكون خزائن رحة رب
ذو أ نسن قتورا قل ل نفاق وكن ٱل ١٠٠سكتم خشية ٱل
“Katakanlah (Muhammad) seandainya kamu (manusia) menguasai perbendaharaan (harta
kekayaan) rahmat tuhanku, nescaya perbendaharaan itu kamu tahan, kerana takut (habis dengan
membelanjakannya, dan manusia itu (sifatnya adalah) sangat kikir.” (Surah Al-Isra: 100)
Dijelaskan oleh (Ghafaruddin, 2004), Islam bermaksud penyerahan diri kepada Allah yang
mencakupi semua bidang kehidupan dan tamadun. Penyerahan diri kepada Allah ini tentunya
mempunyai titik permulaan. Titik yang dimaksudkan itu ialah menyerah diri dengan hati. Menyerah
diri yang dimaksudkan ini ialah membenarkan“tasdiq” dengan hati. Apabila meyakini,
membenarkan dan menerima apa yang disampaikan oleh Allah melalui Nabi Muhammad SAW
maka keimanan yang telah diakui benar dalam hati itu wajib dilahirkan. Untuk melahirkan keimanan
yang benar itu, agama Islam telah menetapkan dan memperakui satu “pengucapan” rasmi dan
terkhusus yang disebut sebagai Syahadah. Syahadah adalah sebagai bukti yang tepat terhadap
keyakinan dan keimanan dan ia merupakan penyambung di antara sudut yang (ghaib) tersembunyi
dalam Islam dengan sudut yang zahir (Muhamad Sulaiman, 1981)
Seperti yang dibincangkan dalam kitab-kitab muktabar al-Bukhari (1997) dan al-Ghazali (1981)
menjelaskan asas penting mengenai pembangunan masyarakat Islam yang perlu diberi perhatian
dalam rangka merealisasikan kehendak Allah terhadap tujuan kehidupan manusia di dunia ini. Iaitu
pegangan kepada Al-Tauhid adalah perkara yang perlu diberi perhatian dalam kehidupan. Perkara ini
dijelaskan lagi oleh Muhammad Asad (1987) iaitu masyarakat Islam telah dibina atas asas agama
semata-mata dan kelemahan pada asas ini telah membawa kelemahan kepada struktur budaya serta
berkemungkinan membawa kelemahan kepada kepupusannya. Kehidupan masyarakat Islam berkait
rapat dengan agama, kehidupan berpandukan kepada agama sebagai asas pembinaan dan
pembangunan masyarakat Islam. Asas ini dijelaskan oleh Al-Qardawi (2007) iaitu asas pertama
terbina di atas masyarakat Islam ialah “Aqidah” iaitu yang di maksudkan di sini ialah “Aqidah
Islam”. Tugas pertama masyarakat Islam ialah memelihara, menjaga dan menegakkan aqidah ini
serta memancarkan cahayanya ke seluruh alam.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM005
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
191
OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan kepada penyataan masalah dan persoalan yang telah dijelaskan, objektif kajian adalah
seperti berikut:
1. Mengkaji asas-asas pembinaan perpaduan umat Islam di Malaysia.
2. Mengenal pasti faktor-faktor yang boleh mengukuhkan perpaduan dalam membentuk keamanan
umat Islam di Malaysia.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini untuk mengenalpasti faktor-faktor yang boleh mengukuhkan dan meruntuhkan perpaduan
masyarakat. Menurut Sabitha (2006), Strauss dan Corbin (1998), kaedah kualitatif lebih sesuai
digunakan kerana mengkaji budaya dan proses yang sukar diukur. Kajian yang tidak menetapkan
hipotesis dengan menekankan konsep asas dikembangkan berdasarkan beberapa objektif kajian.
Usaha penyelidik mendapatkan kefahaman yang mendalam, penyelidik telah melibatkan pelbagai
pendekatan seperti triangulasi yang melibatkan diri sendiri, menemubual responden serta
menganalisis dokumen-dokumen bertulis.
Penyelidik mengumpulkan bahan-bahan bercetak dan didokumentasi khususnya buku-buku, kitab-
kitab turath (warisan Islam) karangan fuqaha’ silam, jurnal-jurnal, kertas-kertas kerja dan dokumen-
dokumen bercetak yang lain untuk melihat asas-asas perpaduan dalam masyarakat. Kaedah-kaedah
dokumen melalui kajian perpustakaan ini dapat memahami konsep-konsep yang ditulis di dalam
buku dan lain-lain. Selain dari pembacaan penyelidik melibatkan beberapa orang pakar dalam temu
bual terdiri daripada tokoh-tokoh agama Islam, tujuannya adalah untuk cross-check kepada fakta-
fakta yang dikeluarkan bagi memastikan kebenaran.
PENEMUAN KAJIAN
Mengkaji asas-asas pembinaan perpaduan umat Islam di Malaysia.
Terdapat tiga elemen yang menjadi asas kepada agama Islam, iaitu akidah, syariah dan akhlak.
Akidah
Berdasarkan kepada asas perpaduan yang merangkumi elemen akidah menunjukkan kepada
kepercayaan yang menjadi punca keimanan seseorang individu atau masyarakat terhadap Islam
sebagai agama yang diwahyukan oleh Allah menerusi Nabi Muhammad SAW kepada seluruh umat
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM005
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
192
manusia. Keyakinan tinggi manusia terhadap asas kepercayaan ini merupakan prasyarat keutuhan
akidah sebagai satu struktur budaya. Akidah Islam berperanan sebagai tunjang yang membentuk
kerangka falsafah hidup bagi setiap muslim yang menjelaskan hubungkait kewujudan dirinya dengan
tuhan dan alam. Umat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW telah berjaya membentuk sebuah
kerajaan Islam yang kukuh di kota Madinah berasakan akidah. Akidah yang mantap dapat
membentuk perpaduan di kalangan umat Islam sekaligus mewujudkan keamanan.
Akidah merupakan benteng seseorang mukmin agar tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir yang boleh
mencemarkan kesucian akidah dalam masyarakat hari ini.Akidah tauhid perlu difahami dan dikaji
untuk mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang harmoni, prihatin dan bebas daripada unsur-unsur
jahiliah.
Akidah juga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kesatuan dan perpaduan
masyarakat.Islam meletakkan asas perpaduan ialah berdasarkan kesatuan akidah bukannya di atas
dasar bangsa dan keturunan sebagaimana yang berlaku di zaman jahiliah arab.
Memandangkan pentingnya perpaduan yang bermula daripada persaudaraan antara sesama individu
masyarakat maka langkah pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ialah mempersaudarakan
kaum Muhajirin dan Ansar.Tujuan persaudaraan ini adalah untuk membuang sifat asabiah yang ada
dalam diri mereka bagi mencapai keharmonian hidup bermasyarakat.
Kesan daripada tindakan Rasulullah ini dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu di bawah
satu kalimah Tauhid.Kejayaan Rasulullah membentuk perpaduan masyarakat atas dasar akidah
adalah bukti jelas bahawa akidah yang mantap dalam diri setiap individu masyarakat merupakan
pemangkin kepada terbinanya perpaduan yang kukuh dalam masyarakat. Penghayatan akidah yang mantap dalam kalangan masyarakat di Malaysia serta peranan Majlis
agama dalam membanteras doktrin dan ajaran sesat serta golongan antihadis dapat mewujudkan
keharmonian agama serta memupuk perpaduan masyarakat sejagat. Kesederhanaan dalam
kepercayaan dan pengamalan iaitu tidak terlalu ekstrem dan tidak terlalu cuai (bayna ifrat wa tafrit)
juga merupakan salah satu asas dalam pembentukan perpaduan dan keamanan umat Islam.
Syariah
Syariah merupakan himpunan peraturan dan sistem perundangan yang mencakupi pelbagai lapangan
hidup. Ia merangkumi ibadah dan muamalah. Ibadah ialah peraturan yang menuyusun hubungan
manusia dengan Allah melalui amalan dan kewajipan yang menekankan tentang hak Allah sebagai
Khaliq yang mesti ditaati oleh makhluknya. Muamalah ialah peraturan yang menyangkut
perhubungan sesama manusia dari segi hak dan tanggungjawab manusia. Ia meliputi aspek ekonomi
, munakahat, politik, jenayah dan sebagainya termasuk pemeliharaan terhadap alam sekitar. Pelaksanaan syariah dan ajaran Islam keseluruhannya bertujuan untuk menyelamatkan dan
memelihara kemaslahatan kehidupan manusia dan mengelakkan segala keburukan. Matlamat utama
pelaksanaan ajaran dan syariat Islam ialah untuk mengatur kehidupan manusia atas asas ma’ruf dan
menghindarkan mungkar. Ma’ruf ialah segala perbuatan baik menurut syariat Islam dan
mendekatkan pelakunya kepada Allah SWT. Manakala mungkar pula ialah segala perbuatan
mungkar menurut syariat Islam dan menjauhkan pelakunya daripada Allah SWT. Hal ini dapat dilihat
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM005
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
193
melalui perlaksanaan perlembagaan(Dustur) iaitu Piagam Madinah yang juga disebut sebagai
(Mithqal al-Tahaluf al-Islamiy) Perjanjian Kerjasama Islam.Dapat difahami dari asas ini
,perlembagaan yang dibuat oleh nabi Muhammad SAW ini adalah untuk mewujudkan sebuah negara
yang harmoni dan ummah yang bersatu padu di bawah satu pemerintahan.
Piagam Madinah atau Dustur al-Madinah ialah satu perjanjian ikatan di antara kaum Muhajirin,
Ansar dan bukan Islam iaitu yahudi dalam membentuk hubungan meraka (Hashim Yahya al-Mallah,
2004). Piagam Madinah telah membicarakan tentang hubungan sesama orang Islam iaitu ukhwah
kerana Allah dan hubungan orang Islam dengan bukan Islam iaitu ukhwah insaniyyah (Amin
Dowidar, 1987). Hasil kajian mendapati bahawa perpaduan ummah di dalam Piagam Madinah
menepati prinsip Syariah Islam. Berdasarkan surah ali- ‘Imran ayat 103 yang bermaksud:
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai,
dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan,
maka Allah mempersatukan hatimu”.
Huraian daripada ayat Al-Quran menceritakan tentang tuntutan mewujudkan perpaduan dan larangan
perpecahan antara umat Islam dan bukan Islam. Selain itu, di dalam Al-Quran telah dikemukakan
berkaitan ummah muslimah yang merujuk kepada ummah yang mengajak kepada kebaikan serta
memberi petunjuk atau hidayah kepada kebenaran.
Dalam konteks perpaduan di Malaysia bermula dengan memperkukuhkan asas kenegaraan dengan
meletakkan batu asas yang kuat dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai
Agama Persekutuan, pelbagai usaha, pencapaian dan perancangan dibuat untuk memastikan
pengamalan Islam dalam pentadbiran negara serta mewujudkan keamanan yang dilaksanakan secara
syumul. Bahkan sehingga kini, pelbagai pengiktirafan dan kejayaan yang diraih mendapat perhatian
di persada antarabangsa sebagai bukti kejayaan dalam mengurus negara dakam keaadan aman
dengan cara pentadbiran berteraskan prinsip Islam .
Akhlak
Akhlak boleh diertikan sebagai adab dan etika dalam amalan kehidupan manusia. Ajaran yang
berkaitan dengan sistem nilai dalam kehidupan iaitu nilai kebaikan dan keburukan. Akhlak juga
merupakan mekanisme yang menggerakkan umat islam menjadi umat yang bertamadun dalam erti
kata yang sebenarnya. Nilai yang paling utama dalam kehidupan manusia ialah nilai yang baik yang
akan membentuk akhlak seseorang dan ia tidak ditentukan oleh akal manusia sebaliknya oleh wahyu
Allah dan sunnah rasul. Akhlak memelihara manusia daripada terjebak dengan amalan hidup yang
menyalahi fitrah kehidupan. Perutusan Baginda adalah untuk menyempurnakan budi pekerti mulia
dalam jiwa umatnya dan seluruh manusia, sekali gus menghendaki kita supaya bermuamalah dengan
akhlak baik, tidak dengan aturan lain.Akhlak dapat dipupuk menerusi tarbiyah atau pendidikan yang
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM005
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
194
berterusan dan seimbang. Rasulullah adalah model akhlak terbaik seluruh manusia. Akhlak juga
merupakan asas kepada perpaduan dan kemanan umat Islam.
Untuk mencipta keharmonian di kalangan masyarakat yang berbilang agama seperti di negara kita
ini, kita perlulah ada sifat saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza dari
segi agama dan kepercayaan. Khasnya kepada umat Islam diwajibkan menghormati penganut agama
lain, selaras dengan ajaran Al Quran seperti mana dalam surah, Al-An’aam ayat 108: “Dan
janganlah kamu mencaci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan
mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan
pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah
tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”
Amat jelas Islam menolak prinsip yang tidak toleransi dalam kehidupan bermasyarakat. Allah SWT
menciptakan umat manusia bagi menghuni seluruh permukaan bumi dengan berbagai macam suku
bangsa, ras, agama serta etnik. Agama Islam sentiasa menganjurkan kebaikan dan kedamaian, agama
Islam mewajibkan umatnya agar memiliki dan mempraktikkan sikap toleransi dalam melengkapi
perbezaan antara sesama manusia. Dalam konteks negara Malaysia, yang merupakan negara yang
dihuni oleh bangsa majmuk dengan berbagai macam agama dan budaya.
Oleh itu sebagai umat Islam dengan ajaran yang jelas, berusahalah melaksanakan perintah Al Quran
dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. agar dapat mewujudkan masyarakat dengan kehidupan yang
harmoni hasil dari toleransi terhadap bangsa dari pelbagai agama.Salah satu sifat orang yang
bertakwa ialah sentiasa berusaha agar tidak menyakiti orang lain dan sentiasa berbuat kebaikan agar
sentiasa mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah SWT. Dalam mencapai matlamat di atas, Nabi
Muhammad S.A.W. telah memberikan contoh terbaik. Jadikanlah pesanan dan cara hidup Nabi
Muhmaad SAW yang secara keseluruhannya berpandukan ajaran Al Quran sebagai panduan. Jika
ini dapat dilaksanakan, umat Islam akan menjadi umat yang terhormat di muka bumi ini.
Rasululullah S.A.W. pernah bersabda, “Barangsiapa menyakiti orang bukan Islam yang berada di
bawah perlindungan Islam, maka ia telah menyakiti aku, dan barangsiapa yang menyakiti aku, maka
ia telah menyakiti Tuhan”- (Riwayat Abu Daud).
Mengenal pasti faktor-faktor yang boleh mengukuhkan perpaduan dalam membentuk
keamanan umat Islam di Malaysia.
Wasatiyah
Wasatiyyah yang membawa maksud kesederhanaan adalah berasal daripada perkataan
wasatan(وسطا)yang telah disebut sebanyak enam kali di dalam al-Quran. Selain itu, terdapat juga
beberapa perkataan lain dalam bahasa arab yang merujuk kepada maksud sederhana. Antaranya al-
Iqtisaddan al-Tawassul. Merujuk kepada Kamus Dewan, kesederhanaan yang berasal dari kata akar
sederhana ini adalah bermaksud tidak lebih, tidak kurang, biasa, pertengahan, atau sedang dalam
pelbagai perkara atau tindak-tanduk. Boleh juga dimaksudkan sebagai sesuatu perkara yang tidak
banyak selok-beloknya, tidak rumit dan tidak sulit. Begitu juga dalam bahasa Inggeris yang merujuk
kepada perkataan moderatedan not extreme. Keamanan yang membawa maksud kepada keadaan
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM005
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
195
yang aman, kesentosaan, ketenangan dan ketenteraman ini juga turut disebutkan di dalam al-Quran.
Ini jelas menunjukkan bahawa Islam merupakan sebuah agama yang sangat mengambil berat
terhadap konsep keamanan. Dalam Islam konsep keamanan adalah berdasarkan kepada sistem dan
doktrin Islam yang menyeluruh melibatkan alam sejagat, kehidupan dan kemanusiaan.
Konsep yang dianjurkan itu melahirkan satu sistem atau organisasi yang sihat yang benar-
benar praktikal dan menyelesaikan permasalahan ummah seluruhnya. Pada hakikatnya, ajaran Islam
memberi keutamaan terhadap keamanan dalam jiwa individu terlebih dahulu dengan membawa
prinsip keEsaan Allah S.W.T kerana daripadaNyalah kehidupan ini bermula dan kepadaNyalah juga
manusia kembali. Ini agar keamanan yang ada dalam jiwa individu boleh dibawa ke dalam keluarga
dan seterusnya ke dalam masyarakat dan akhirnya dalam hubungan sejagat dan global. Berdasarkan
asal-usul manusia yang sama, maka ajaran Islam menegah sama sekali terhadap pengasingan dan
segala bentuk perkauman. Oleh demikian, tidak dibenarkan berlakunya perselisihan atau
pertelingkahan dikalangan golongan yang beriman kerana mereka telah berada dalam satu keyakinan
yang sama iaitu hanya Allah S.W.T yang berhak ke atas kehidupan manusia di dunia mahupun
akhirat. Oleh itu dalam Islam keamanan adalah peraturan manakala peperangan adalah pengecualian.
Wasatiyyah atau dengan bahasa mudahnya ialah kesederhanaan sudah lama di amalkan di Malaysia.
Konsep wasatiyyah juga dapat dijelaskan dalam semua aspek seperti dalam ibadah, akhlak,
perundangan, politik dan juga dalam aspek sosial iaitu perhubungan di antara individu dan
masyarakat. Hal ini dijelaskan dengan sikap bertolak ansur, menerima agama serta amalan
keagamaan etnik-etnik lain dan sebagainya yang akhirnya untuk membina perpaduan yang harmoni
dalam masyarakat. Apabila perpaduan antara masyarakat berbilang kaum ini dihubungkan dengan
konsep wasaatiyyah dan pada masa yang sama masyarakat juga memahami konsep wasatiyyah ini,
maka ia akan mudah dicapai dan bertambah kukuh (Mohd. Shukri Hanapi 2013) Wasatiyyah
bermaksud seseorang itu tidak boleh mengejar dunia semata-mata sehingga mengabaikan akhirat
atau terlalu mengejar akhirat sehingga melupakan dunia (Ridhuan Tee, 2010). Sebenarnya konsep
ini telah lama dihayati dalam kepimpinan negara di Malaysia dan terangkum dalam konsep
wasatiyyah.
Di Malaysia, Konsep Wasatiyyah telah diaplikasikan dalam pelbagai peringkat seperti dalam
pembuatan keputusan, pengagihan sumber, pilihan raya dan sebagainya. Maksud wasatiyyah bagi
makalah ini ialah kesederhanaan dalam pembuatan keputusan, pembahagian sumber secara sama
rata, bertolak ansur, bekerjasama, muafakat dan menerima perbezaan di antara satu sama lain serta
tidak mementingkan diri sendiri. Setiap dasar ataupun konsep yang diperkenalkan oleh kerajaan
sudah semestinya mempunyai pandangan positif dan negatif. Begitu juga perihal wasatiyyah yang
mempunyai penerimaan positif dan juga negatif serta cabaran dalam pelaksanaannya. Terdapat
beberapa cabaran pelaksanaan wasatiyyah dalam pembinaan bangsa Malaysia iaitu kepelbagaian
bangsa, fahaman agama, dan fahaman politik. Antara cabarannya ialah kepelbagaian bangsa di
Malaysia. Terdapat empat bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India dan Sabah serta
Sarawak. Bangsa-bangsa lain seperti Iban, Bidayuh, Sikh, Melanau, Bajau, Murut, Kadazan dan
sebagainya. Berdasarkan temu bual rambang di kalangan masyarakat Malaysia walaupun berbangsa
Melayu, ada di kalangan mereka yang menyatakan tidak mengetahui apa itu wasatiyyah dan tidak
mengetahui bahawa Wasatiyyah adalah prinsip yang mendokong Gagasan 1Malaysia. Begitu juga
dengan bangsa-bangsa lain yang tidak mengetahui mengenai wasatiyyah. Seterusnya ialah fahaman
agama yang dianuti di Malaysia. Fahaman atau pegangan agama merupakan cabaran pelaksanaan
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM005
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
196
wasatiyyah di Malaysia. Hal ini kerana ada di kalangan responden bukan beragama Islam yang di
temu bual secara rawak menyatakan bahawa wasatiyyah hanya untuk orang yang beragama Islam
sahaja dan tidak berkaitan dengan mereka. Mengikut dapatan soal selidik yang telah diedarkan di
Semenanjung Malaysia, kebanyakan responden menyatakan bahawa mereka tidak pasti untuk
mengguna pakai nilai-nilai murni daripada agama lain. (Nurulhuda, 2013).Oleh sebab itu, apa yang
dinyatakan dalam konsep Islam yang cuba diterapkan di Malaysia perlu kepada proses kefahaman
yang betul serta oleh semua etnik di Malaysia agar ianya tidak menjadi isu agama kerana istilah
wasatiyyah ini amat sinonim dengan prinsip-prinsip pentadbiran dan pengurusan Islam. Sekiranya
prinsip ini diadunkan dengan perpaduan sudah tentu negara Malaysia akan di penghuni oleh
masyarakat yang kuat dan berpadu sama ada di saat negara mengalami kesuraman ekonomi mahupun
di sebaliknya. Dengan ini, penulis penuh yakin bahawa tidak semua orang yang bukan Islam yang
menentang prinsip wasatiyyah dengan kata lain mereka sebenar menunggu dan ingin melihat sejauh
mana prinsip wasatiyyah ini mampu memberi kebaikan kepada semua etnik di Malaysia.
Toleransi
Masyarakat pluralistik yang harmoni, membudayakan nilai toleransi yang didefinisikan sebagai
sabar dan bertolak ansur atau berlebih kurang, dapat menerima serta menghormati pendapat dan
kepercayaan orang lain. Juga sikap adil kepada orang lain dan menerima hak mereka dalam
perbezaan kepercayaan agama serta politik. Sifat toleransi dalam hubungan kaum ialah sikap tolak
ansur dan memahami perbezaan serta kepelbagaian agama, budaya dan sistem nilai yang wujud
dalam masyarakat. Antaranya, memahami hak golongan majoriti dan minoriti, mempunyai sifat
keterbukaan, kesederhanaan serta menjauhi sifat taasub atau radikal. Bagaimanapun, toleransi
beragama bukan bermaksud melihat semua agama sama seperti didukung faham pluralisme agama
yang mendakwa tiada mana-mana agama mempunyai sumber kebenaran ekslusif. Nilai atau sikap
toleransi menurut pandangan Islam berdasarkan apa dimodelkan Nabi Muhammad SAW seperti nilai
ditunjukkan Baginda terhadap ahli keluarga yang tidak memeluk agama Islam, layanan terhadap
penduduk Makkah dan bekas musuh semasa mereka menyerah diri. Nabi SAW melarang orang Islam
daripada menzalimi tahanan atau Muslim yang berdosa, malah Baginda tidak bertindak keterlaluan
atau keras dalam mana-mana pun keadaan itu. Firman Allah SWT: “Allah tidak melarang kamu
berbuat baik dan berlaku adil kepada orang tidak memerangi kamu kerana agamamu dan tidak
mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang berlaku
adil.” (Al-Mumtahanah: 8) Sifat toleransi dapat dilihat dalam perbuatan khalifah Islam seperti
Khalifah Abu Bakar RA yang berpesan kepada ketua tenteranya, Usamah RA supaya jangan
mengganggu paderi dan orang beribadat di tempat ibadat.
Tindakan itu memberi petunjuk kepada umat Islam bahawa mengganggu tempat ibadat pun
sudah dilarang, apatah lagi tindakan keganasan ke atas tempat berkenaan.Perlembagaan Madinah
bukti Islam menggalakkan kerjasama dan perpaduan antara Muslim, Kristian dan Yahudi. Ia
dikemukakan secara bertulis untuk menjamin kebebasan, termasuk beragama, persamaan dan
keadilan untuk semua kaum serta agama. Sikap toleransi dapat dilihat apabila mengiktiraf hak
golongan minoriti yang bukan sebangsa atau seagama mereka. Kerajaan Turki Uthaminiyah
memberikan contoh toleransi Islam tinggi kepada negara jajahannya dan masyarakat bukan Islam. Ia
diakui ahli falsafah dan sejarawan Perancis, Gustav Lobon dalam bukunya, Hadharah al-Arab yang
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM005
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
197
berkata: “Sebenarnya setiap umat tidak pernah mengenali sikap toleransi orang membuka negara
mereka seperti sikap orang Arab (Islam) dan tiada agama bertoleransi seperti agama mereka.” Begitu
juga apabila Islam menguasai Afrika Utara, orang Islam bukan sahaja tidak menzalimi rakyat
Kristian atau mencampuri urusan dalaman gereja, malah diberi kebebasan penuh berkaitan agama.
Pandangan agama mereka dihormati dan dijamin keadilan dalam hubungan dengan orang Islam,
bukan dengan dendam atau benci. Bagi non-Muslim yang berpegang kepada ajaran Konfusianisme,
nilai toleransi dapat dikesan melalui konsep ren atau kemanusiaan ditunjangi nilai shu
(mengutamakan orang lain) dan zhong (dedikasi). Nilai shu membawa makna mengawal perasaan
dan keinginan supaya tidak melakukan kepada orang lain perkara yang tidak ingin orang lain lakukan
pada kita, sekali gus membawa sifat mulia hati, toleransi dan belas kasihan. Ajaran Konfusianisme
mengandungi empat etika, iaitu diri, keluarga, bangsa dan komuniti dunia. Dalam etika komuniti
dunia, Confucius memperkenalkan pemikiran datong atau kesatuan sejagat yang dunia dikongsi
semua bangsa. Mengikut Ken dan Viskha dalam tulisan, Tolerance in Buddhism, etika agama
Buddha menggariskan sikap toleransi kepada agama lain dan pengikutnya, sekali gus tidak
membenarkan sebarang kekerasan sama ada percakapan, tindakan atau pemikiran. Konsep Dhamma
disebut sebagai ehipassiko, iaitu mengajak seseorang melihat ke dalam diri sendiri. Pengasasnya,
Gautama Buddha mengajar pengikutnya mengenai jalan mencapai pembebasan dan kepentingan
kesabaran, toleransi serta tanpa kekerasan, selain menentang diskriminasi perkauman serta prejudis.
Ringkasnya, Islam dan agama Timur lain mengajar pengikut mereka mengamalkan sikap toleransi
termasuk membabitkan penganut agama lain. Pemahaman nilai toleransi dan kebaikan sejagat
dikongsi bersama akan dapat mengukuhkan perpaduan antara agama serta kaum, sekali gus
mengelakkan konflik dalam masyarakat majmuk.
Keadilan / Al-‘Adalah
Definisi keadilan yang dijelaskan oleh ajaran agama Islam dilihat agak berbeza dengan terjemahan
nya menurut istilah kebiasaan bagi bahasa lain. Apa yang dimaksudkan dengan Adil menurut agama
Islam adalah meletakkan sesuatu itu betul dan tepat kepada tempatnya. Ia tidak bererti melayan
semua tuntutan yang dikemukan secara sama-rata dan sama rasa sepanjang masa.(Ridhuan Tee,
2010:43). Keadilan dalam Islam merujuk kepada keperluan sesuatu pihak di dalam memiliki sesuatu.
Prinsip asas Islam menegaskan bahawa layanan keadilan yang akan diberikan adalah bergantung
kepada tahap keperluan bagi sesuatu yang dikehendaki olehnya. Konsep keadilan adalah asas utama
ajaran Islam. Hal ini telah disebutkan dengan jelas melalui firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi (kepada
kamu) kaum kerabat, melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi
pengajaran kepada mu agar kamu dapat mengambil pengajaran”. ( al-Nahl, 128: 90)
Keadilan menurut Islam bukan sahaja layak diterima oleh golongan Muslimin, tetapi juga
bukan Islam. Jaminan ini ternyata telah lama diamalkan semenjak daripada penggubalan Piagam
Madinah yang memberi perlindungan hak kepada masyarakat Yahudi suatu ketika dahulu yang
menetap bersama kaum 21 Muslimin.(Mohd Izani, 2005:16). Penerapan nilai keadilan dalam konteks
negara dan masyarakat seharusnya dipadankan dengan konsep kesaksamaan kerana ianya dilihat
akan menyelamatkan manusia daripada ditindas. Prinsip keadilan sosial yang diamalkan melalui
sistem pemerintahan Malaysia dilihat amat wajar dan jelas dalam konsep demokrasi bahawa tiada
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM005
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
198
penganiayaan harus berlaku sama ada berpunca daripada pihak majoriti ke atas minoriti atau
sebaliknya. Secara tersirat nya, roh keadilan dan kesaksamaan menurut Islam yang telah sedia wujud
dalam Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan berupaya mengawal dan mengimbangi keadaan sosial,
mengelakkan ketegangan agama dan menjaga kemaslahatan rakyat.(Shamrahayu, 2012). Kesemua
yang tersebut akan menjadi suatu pemangkin kepada perpaduan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia, apabila kesemua Muslim mahupun non-Muslim memahami roh keadilan sebenar yang
dingin dipupuk. Sifat Tasamuh yakni toleransi dalam memberi keadilan kepada semua juga akan
mula diamalkan oleh masyarakat bukan Islam. Maka akan terbitlah rasa mudah mengalah, rasa sudi
dan tidak bersungut dalam memberikan ruang atau peluang untuk tujuan perkongsian kek ekonomi
negara kepada etnik lain yang agak mundur serta memerlukan sokongan lebih daripada pihak
kerajaan.
Kerjasama / Taa’Wun
Di antara elemen kemasyarakatan yang sangat diterapkan oleh Islam ialah Ta`awun yang bermaksud
kerjasama. Skop kerjasama yang menjadi nilai kemuliaan dalam agama Islam hanya terbatas kepada
kerjasama yang berunsur kebaikan sahaja. Segala aktiviti kerjasama yang membawa kepada
keburukan dan kemusnahan insan adalah dilarang sama sekali dalam Islam dan ditegah menurut
Islam. Tuntutan untuk bersama-sama dalam melakukan perkara yang menuju kebaikan ini telah
dinukilkan oleh Allah SWT menerusi firmanNya:
“Hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat kebajikan dan hal ketakwaan. Dan janganlah
kamu bertolong-tolongan untuk perbuatan dosa (yakni kerosakan) dan penganiayaan”. (surah al-
Maidah, 5:2)
Syariat Islam yang bersifat komprehensif sentiasa menekankan konsep “mutual” yang dapat
ditakrifkan dalam bahasa mudah sebagai konsep bersalingan. Tidak hanya tertumpu atau
dilaksanakan oleh suatu pihak sahaja, tanpa sebarang kerjasama daripada pihak lain yang mempunyai
kepentingan bersama. Kerjasama antara masyarakat yang berbilang agama dilihat akan memberikan
suatu impak perpaduan 22 yang sangat positif kepada negara. Ini adalah kerana jika setiap golongan
masyarakat akan berterusan bekerjasama menjalankan peranan masing-masing sama ada dari sudut
ekonomi, tanggungjawab sosial, mahupun pentadbiran negara. Mereka akan saling bertanggungan
dan saling bekerjasama bermula daripada skop kekeluargaan yakni sesama anggota keluarga,
diteruskan kepada skop kejiranan, diluaskan kepada komuniti setempat, dan akhirnya ke arah
pembentukan masyarakat dalam sebuah negara. (Ahmad Shalaby, 2001:276). Jika nilai keislaman
ini berjaya diterapkan dalam jiwa setiap masyarakat, nescaya akan wujudlah sebuah masyarakat yang
bebas daripada perasaan mementingkan diri sendiri. Kesudian untuk saling berkongsi kenikmatan
hasil negara, kuasa pentadbiran, dan pengagihan sumber ekonomi yang bijak telah menjadi sumber
kekuatan negara selama ini. Tindakan daripada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dikira
menggugat perpaduan kaum dan keselamatan negara, malah akan menjejaskan usaha murni untuk
merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara model pelbagai kaum dan
agama.(Azman, 2013). Kesilapan terbesar yang mampu menghancurkan keharmonian dan
perpaduan masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia adalah apabila wujud di kalangan anggota
masyarakat yang hanya mementingkan nasib atau perut mereka sendiri serta tidak mahu
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM005
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
199
menyumbang apa-apa ataupun bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam untuk mengeratkan
perpaduan dalam negara.
Kesamarataan / Musawah
Dalam perbicaraan mengenai hak yang diberikan kepada setiap warganegara bukan Islam yang
mendiami sesebuah negara, syiar Islam tidak sesekali menafikan hak-hak mereka. Bahkan segalanya
dilindungi oleh pemerintah Islam yang dilantik menjadi ketua negara. Asas inilah yang dipanggil
sebagai Musawah yang menjelaskan tentang konsep persamaan dan kesamarataan dalam Islam.
Perbezaan yang wujud di antara masyarakat Muslim dan non-Muslim ialah dari sudut kepercayaan,
pegangan akidah, serta keimanan mereka sahaja. Akan tetapi norma-norma masyarakat yang
terbentuk mestilah menepati tuntutan asas bagi setiap insan serta menjamin kemaslahatan hidup yang
ingin dicapai.(Faisal, 1997:92) Golongan bukan Islam pada zaman kini yang hidup bermasyarakat
bersama golongan Muslim di Malaysia dijamin hak mereka sebagai warganegara yang sah. Adalah
menjadi kewajipan bagi pemerintahan 23 negara untuk memenuhi hak-hak mereka, bergantung
kepada sejauh mana hasil kebaikan bagi mereka, selagi mana tidak bertentangan dengan nas syarak
atau roh syariat Islam.(Mad Saad, 1999:86). Maka apabila nilai sebegini dapat difahami dan dipupuk
dalam jiwa masyarakat berbilang kaum, mereka akan mula mengenali yang mana satu kah yang
merupakan hak atau bukan hak yang ditentukan ke atas mereka. Oleh itu tidak wujud
lagi sebarang penentangan tidak berasas atau persoalan kurang cerdik terhadap peruntukan hak
istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoal atau dibahaskan secara
terbuka, yang mana ianya dilihat mampu menggugat perpaduan kaum di Malaysia.
Bertepatan dengan roh kontrak sosial yang diamalkan iaitu hubungan masyarakat Islam dengan
bukan Islam di negara ini dibuat berdasarkan kepada perjanjian sosial yang dijelmakan dalam bentuk
perlembagaan di mana konsep perkongsian kuasa yang dijadikan formula kepada hubungan
tersebut.(Nakhaie, 2004:124). Maka segala hak keistimewaan dan hak kebebasan yang
diperuntukkan dalam perlembagaan haruslah menjadi asas rujukan semua bagi menjalinkan
perhubungan bersepadu antara kaum. Harus diingat bahawa berbezaan agama dan status kerakyatan
bukan faktor yang boleh mengharuskan kezaliman, penindasan penafian hak mendapatkan layanan
baik. Mereka berhak untuk mempertahankan hak yang diperuntukkan dan menghalangnya daripada
dicabuli. Mereka juga dikehendaki untuk melaksanakan tugas dan bersama menunaikan
tanggungjawab sosial dalam kehidupan bermasyarakat. (Shukeri, 1998). Perpaduan akan berjaya
dicapai apabila elemen diskriminasi berjaya dihapuskan daripada jiwa masyarakat melalui
pemupukan nilai ini. Tiada lagi rungutan di kalangan masyarakat Malaysia yang mengeluarkan
persepsi negatif bahawa sesuatu etnik atau kaum akan menjual barangan mereka kepada kaumnya
dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan kaum yang lain. Kesemuanya akan mendapat
layanan yang sama rata tanpa rasa diketepikan oleh mana-mana pihak.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM005
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
200
KESIMPULAN
Pada keseluruhannya perpaduan amat penting dalam sesebuah negara bagi kelangsungan
kemakmuran dan keamanan. Perpaduan dalam konteks Malaysia agar unik kerana wujudkan
perbezaan agama, bangsa dan budaya. Pengekalan perpaduan yang di kecapi ini banyak bergantung
pada kekukuhan kontrak sosial yang dipegang antara kaum menerusi perundangan dan kekuatan
pemimpin menerusi kepimpinan yang menerajui negara. Perkara ini terbukti menerusi dasar-dasar
yang dilaksanakan serta prinsip-prinsip asas Islam yang diamalkan dalam memperkukuhkan
perpaduan antara kaum di Malaysia.Masyarakat yang menjaga hak kesemarataan dan hak kewajipan
dalam urusan harian, ekonomi, pendidikan dan kebajikan pihak yang teranianya dilaksanakan di
dalam usaha pembentukan perpaduan dan keamanan umat Islam di Malaysia.
Oleh yang demikian, nyatalah bahawa Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik (Uswah
Hasanah) sebagai insan yang mempunyai akhlak yang baik dan etika dalam semua aspek kehidupan
seharian seperti mana firman Allah dalam Surah Al-Ahzab ayat 21;
سوة حسنة أ لذقد كن لكم ف رسول ٱللذ
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik..”
Sifat dan toleransi nabawi di setiap sudut dan di dalam kepelbagaian perkara juga memberi
kesan mahmudah dan manfaat kepada seluruh ummah dan negara sepertimana firman Allah di dalam
Surah Al-Anbiya ayat 107:
رسلنك إلذ رحة ل لعل ١٠٧مين وما أ
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat
bagi sekalian alam.”
Rasulullah SAW telah diutuskan sebagai pembawa Rahmat Seluruh Alam iaitu “Rahmatan
Lil ‘Alamin”. Kita sebagai makhluk ciptaan Allah seharusnya mensyukuri dan mencintai segala
anugerah dan nikmat yang dikurniakan.Kita sebagai makhluk ciptaan Allah perlu sedar akan sifat
agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah sebagai rahmat dan sudah pasti syumul
adalah sesuatu rahmat yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Sifat agama ini membawa
kerahmatan dan kesempurnaan pada kehidupan manusia dari sudut rohani, fizikal, sosial, ekonomi,
politik, intelektual dan sebagainya. Sepertimana dalam Surah Al-Maidah ayat 3 Allah telah
berfirman:
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM005
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
201
تممت ع كملت لكم دينكم وأ
سلم دينا ٱلوم أ كم ٱل
ليكم نعمت ورضيت ل“…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu
kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…”
Surah ini membawa maksud bahawa agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW
melambangkan agama yang sudah sempurna dan akan menyempurnakan semua aspek kehidupan
manusia. Oleh itu, kesempurnaan ini juga akan membawa kepada kesejahteraan dan keamanan
sejagat.
RUJUKAN
Abdul Monir Yaacob, 1996, Kesesuaian Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: IKIM.
Ahmad Shalaby, 2001, al-Hayatul Ijtima`iyah fi al-Tafkir Islamiy, Singapura: Pustaka Nasional Pte
Ltd.
Ahmad Bashir Aziz.(2015). Pengurusan Islam altenatif pengurusan moden.UUM, UUM Press.
Amrin Buang, 1990, Dasar Utama Kerajaan, Kuala Lumpur: Penerbitan INTAN
Amaludin, H. (2013,Oktober 20). Kalimah Allah milik semua. Sinar Harian
Faisal bin Othman, 1997, Islam dan Perkembangan Masyarakat, Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn Bhd.
Fuad Hasan, 1986, Peranan Islam dalam Perpaduan Masyaraka. Beberapa Asas Integrasi Nasional:
Pro dan Kontranya. pynt: Cheu Hock Tong, Penerbit Karya Kreatif.
Farahwahida Mohd Yusuf.(2004). Kaedah penyelesaian dalam menangani pertukaran agama dalam
kalangan masyarakat Melayu Islam di Johor, Selangor, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tesis Kajian.
Hussain, N.A. (2010, Ogos 18). Hapuskan ekuiti Melayu cadangan kongres ekonomi cina berbaur
hasutan - pakar undang-undang. Mstar Online.
Jabatan Perangkaan Malaysia.(2010).Banci penduduk dan perumahan Malaysia: Taburan penduduk
dan ciri-ciri asas demografi. Diambil dari
http://www.statistics.gov.my/mycensus2010/images/stories/files/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-
ciri_Asas_Demografi.pdf
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM005
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
202
Mad Saad Abdul Rahman, 1999, Kedudukan Bukan Islam dalam Sejarah Pemerintahan Islam.
Prinsip-prinsip Pemerintahan dalam Masyarakat Majmuk. (pynt): Abdul Monir Yaacob, Kuala
Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Mohd Izani, 2005, Islam dan Demokrasi: Cabaran Politik Muslim Kontemporari di Malaysia, Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Mohammed Zamri, 2007, Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pemerintahan. Dasar-dasar
Utama Kerajaan Malaysia, pnyt: Yusof Ismail, Kuala Lumpur: A.S Noordeen.
M.Yakub (2004) Piagam Madinah: Acuan dasar negara Islam. Analytica Islamica, 6 (2), 172-85
Novel Iyndon.(2011). Penyertaan dan keperkasaan dalam progra pembangunan komuniti. Satu
tinjauan dari sudur pandangan dunia komuniti Bidayuh luar bandar.
Suraiy Ishak.(2011). Amalan tadbir urus organisasi baka unta(NPO):penelitian ke atas
penyelenggaraan rekod kewangan rawak anak yatim.
Zakiyah Jamaluddin (2011). Kemiskinan dan keciciran dalam pendidikan. Social Welfare Journal.
Vol.37 Jun 2011. Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Recommended