View
298
Download
8
Category
Preview:
Citation preview
HUBUNGAN ETNIK
MAHYUDDIN KHALID emkay@salam.uitm.edu.my
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
PENGENALAN
3.1
KANDUNGAN BAB 3
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
Hasil Pembelajaran• Menjelaskan latar belakang sejarah
Perlembagaan Persekutuan 1957• Menjelaskan peruntukan yang
terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan
• Menjelaskan kepentingan Perlembagaan Persektuan dari sudut hubungan etnik
• Menganalisa peranan kontrak sosial dalam perlembagaan
• Membuktikan unsur-unsur tradisi menjadi teras perlembagaan dalam menjalin hubungan etnik yang harmoni
2
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
KONSEP PERLEMBAGAAN
• Perkara yang menyentuh isu bahasa, agama, bumiputera dan kewarganegaraan dalam Perlembagaan Malaysia menjadi faktor penting untuk mewujudkan hubungan etnik yang erat dan utuh di kalangan rakyat Malaysia.
• Perkara-perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada kaum bukan bumiputera.
• Bagi sebuah negara yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.
• Dalam konteks Perlembagaan Islam, negara Islam pertama iaitu Madinah di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w telah membentuk Sahifah Madinah bagi melicinkan pentadbiran negara Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum. 3
HU
BU
NG
AN
ET
NIKDEFINISI PERLEMBAGAAN
Satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggung jawab
pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan
autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam.
Satu dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa-
kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan
dan digunakan.
Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara.
Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat
4
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
JENIS PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Bertulis• Perlembagaan yang dikumpul
dan disusun dalam satu kanun atau dokumen.
• Sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkannya.
• Contoh negara yang mengamalkan : Malaysia
Perlembagaan Tidak Bertulis• Semua prinsip perlembagaan
yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti adat resam dan tradisi, undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah
• Contoh negara yang mengamalkan : United Kingdom, New Zealand & Israel 5
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
Ciri sesebuah negara
Sifat Perlembagaan
Kuasa
Kewarganegaraan
Hak dan tanggungjawab
Hak asasi
6
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
KEPERLUAN PERLEMBAGAAN
• Menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan,
• Mewujudkan rangka sistem politik yang sistematik
• Mengatur sistem ekonomi dan pengagihan kekayaan negara dengan adil dan saksama
• Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan Negara
• Melindungi kepentingan semua etnik di dalam negara 7
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
PERANAN PERLEMBAGAAN
• Setiap perkara dalam perlembagaan boleh diperhalusi sebagai sumber undang-undangSumber
• Perlu dirujuk apabila hendak menggubal sesuatu peraturan undang-undang
Garis Panduan
• Mengatur pemerintahan sesebuah negaraPeraturan 8
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
Di Malaysia, tidak ada institusi yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
• Contoh: kuasa perundangan dan kehakiman (mahkamah) dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
Malah ketiga-tiga badan kerajaan (Perundangan, Kehakiman, Eksekutif) & YDPA juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.
• Ini kerana, perlembagaan memperuntukkan dengan nyata dalam Perkara 4(1): Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah terbatal setakat mana yang berlawanan.
Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan TIDAK SAH oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
9
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Kesan PenjajahanPerjuangan Kebangsaan
Malayan UnionPenentangan
CLCRundingan Kaum
Kontrak SosialPersetujuan
Persekutuan Tanah Melayu
9 Ciri
MMKPSistem Ahli
PilihanrayaPerikatan
Rundingan LondonMerdeka
Suruhanjaya ReidMemorandum
Unsur TradisiIdentiti Negara
3 Perkara3, 152, 153
Perlembagaan Islam
Perbandingan
10
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perjuanga
n kebangsaan
• Sepanjang penjajahan, orang Melayu sentiasa bangkit menentang• Selain perjuangan berdarah yang bermula sejak penjajahan Portugis di Melaka,
Belanda, Inggeris & Jepun, perjuangan juga digerakkan melalui semangat kebangsaan.
Pertubuh
an
• Menjelang abad ke 20, muncul pertubuhan-pertubuhan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Muda dll yang menjadi medium menentang penjajah.
Media
Massa
• Media massa seperti akhbar & majalah juga berperanan sebagai medium penyebaran semangat perjuangan seperti Utusan Melayu, Majlis, Al-Imam, Saudara dan Warta Sarawak.
Tokoh
• Muncul tokoh-tokoh intelektual Melayu seperti Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Pak Sako dll menyedarkan orang Melayu supaya bangun menuntut kemerdekaan. 11
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
MALAYAN UNION
Selepas Jepun menyerah kalah Pentadbiran
Ketenteraan British (BMA) mengambilalih
pentadbiran Tanah Melayu
Parlimen British meluluskan
Malayan Union pada 10 Oktober
1945
Sir Harold Mac Michael dilantik wakil British untuk mendapatkan
tandatangan raja-raja Melayu
Malayan Union ditentang hebat
oleh orang Melayu.
Malayan Union tetap diisytiharkan pada 1 April 1946 dan Sir Edward Gent sebagai gabenor pertama.
Orang Melayu memulaukan majlis pengisytiharan itu,
akhirnya British mengalah dan menggantikan Malayan Union
kepada Persekutuan Tanah Melayu.
British sedar tanpa sokongan orang Melayu Malayan Union
akan gagal.12
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
TUJUAN PENUBUHAN MALAYAN UNION
Membentuk satu bangsa Malayan Union
Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri
Mewujudkan pentadbiran yang cekap dan seragam
Mengukuhkan pertahanan British
Memastikan sumbangan golongan migran
Menjamin terus penguasaan British
Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British
Mengurangkan dan mengawal kuasa politik orang Melayu
13
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
CIRI – CIRI MALAYAN
UNION
Semua negeri Melayu kecuali
Singapura disatukan di bawah
pemerintahan Gabenor British
Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat
Persekutuan dan Majlis Undangan
Singapura dijadikan tanah jajahan
berasingan di bawah seorang Gabenor
British
Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan
Hak kerakyatan yang sama bagi semua
berasaskan Jus Soli 14
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
SEBAB PENENTANGAN MALAYAN UNION
Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri.
Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan Inggeris.
Hak kerakyatan liberal berdasarkan prinsip Jus Soli.
Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.
Cara Sir Harold Mc Michael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan.
15
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
PENENTANGAN MALAYAN UNION
Dato Onn & Raja-Raja Melayu
Secara individu
Warta Negara dan akhbar Melayu
Melalui akhbar
Demonstrasi aman dan kesatuan-kesatuan Melayu
Secara kolektif
Dihadapan Ahli Parlimen British
Melalui berkabung
16
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
KERJASAMA KEARAH KEMERDEKAAN
Julai 1946
• Jawatankuasa Kerja• 4 wakil raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 pegawai British• Bertanggung jawab merangka perlembagaan baharu yang boleh diterima
oleh orang Melayu
Disember 1947
• Jawatankuasa Perundingan• Dianggotai orang Eropah, Cina dan India• Bertujuan mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Februari 1948
• Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan• Perjanjian yang mempunyai beberapa ciri penting ke arah pemerintahan
sendiri• Membawa kepada penubuhan CLC 17
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
KONTRAK SOSIAL 1948
Kontrak Sosial 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Merupakan hasil proses tawar menawar antara Melayu dan bukan Melayu
Ia mengambil kira kedudukan bukan Melayu iaitu Cina dan India dalam negara yang bakal merdeka dari Inggeris
Peruntukan dalam Kontrak Sosial 1948 menjamin ketuanan Melayu dalam proses politik negara
Berkait rapat dengan bantahan Melayu terhadap Perlembagaan Malayan Union 1946
Persetujuan yang dicapai di antara Melayu, Cina dan India semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 di bawah naungan Inggeris
18
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
PERKARA DALAM KONTRAK SOSIAL 1948
MELAYU• ISLAM• Islam ialah agama Persekutuan
• RAJA-RAJA MELAYU• Kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja
Melayu tidak boleh dipersoalkan• KEISTIMEWAAN MELAYU• Hak istimewa Melayu bagi mengutuhkan
dominasi Melayu di Persekutuan Tanah Melayu
• BAHASA MELAYU• Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan
BUKAN MELAYU• HAK KEWARGANEGARAAN• Hak kerakyatan berdasarkan prinsip Jus
Soli
19
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
CIRI – CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
• 9 negeri termasuk Pulau Pinang dan Melaka. • Singapura kekal Tanah jajahan yang berasinganNegeri
• Pengenalan konsep Raja Berperlembagaan• Sultan diberi semula kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(EXCO) dan Majlis Undangan NegeriSultan
• Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu:• Seseorang pemohon mestilah:
• Lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin 8 tahun dari 12 tahun sebelum permohonan ‘atau’
• Menetap dan bermastautin di Tanah Melayu tidak kurang 15 tahun dari 20 tahun sebelum permohonan.
• Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik
Kewarganegaraan
• Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan NegeriBumiputera
20
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
CIRI – CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
• Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai Pesuruhjaya Tinggi British
• Dibantu Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan
Pentadbiran
• Sistem ahli bertaraf menteri• Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dianggotai 3 ahli
ex-officio, 4 anggota rasmi serta 5-7 ahli tidak rasmi yang dilantik Pesuruhjaya Tinggi
Majlis Mesyuarat
Kerja
• Sistem Parlimen• Majlis Perundangan Persekutuan dipengerusikan oleh
Pesuruhjaya Tinggi, mempunyai 3 ahli ex-officio, 9 orang Yang Dipertua Majlis-Majlis Mesyuarat Negeri, 2 wakil Majlis Tempatan Melaka dan Pulau Pinang, 10 ahli rasmi serta 50 ahli tidak rasmi (kesemua dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi)
Majlis Perundangan 21
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
MAJLIS MESYUARAT KERJA PERSEKUTUAN
Tujuannya untuk melatih pemimpin tempatan bagi mendapatkan pengalaman memerintah secara demokrasi
Proses ke arah berkerajaan sendiri
British melantik beberapa orang pegawai tadbir memegang jawatan dan diberi taraf seperti menteri
Anggota Sistem Ahli:• Dato’ Onn Jaafar (Ahli Dalam Negeri)• Dato’ Mahmud Mat (Ahli Tanah, Perlombongan &
Perhutanan)• E.E.C Thuraisingham (Ahli Pelajaran)• Lee Tiang Keng (Ahli Kesihatan)• J.D Mead• Tunku Yaacob• J.D Hodgkinson• O.A Spencer
Melalui Sistem Ahli yang diperkenalkan pada 1951
22
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
PILIHANRAYA
1951
• Pilihanraya 1• 1 Disember 1951, Pilihan raya Bandaran Georgetown• UMNO & MCA bekerjasama membentuk pakatan politik• Menang kesemua sembilan kerusi yang dipertandingkan.
1952
• Pilihanraya 2• Februari 1952, Pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur• 12 kerusi dipertandingkan• Pakatan UMNO-MCA menang 9 kerusi, selebihnya oleh IMP dan calon bebas.
1954
• Konvensi Nasional diadakan• Perikatan UMNO dan MCA dibentuk
1955
• Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (52 kerusi):• 8 parti bertanding• MIC meyertai Perikatan dan Perikatan menang 51kerusi• PAS menang 1 kerusi (di Kerian, Perak) 23
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
KERJASAMA PERIKATAN
• Sebelum pilihanraya, MCA & MIC bukanlah parti politik tapi lebih bermotifkan menjaga kebajikan & kepentingan kaum masing-masing.
• Pelawaan orang Melayu menggambarkan sifat keterbukaan mereka & sedia berkorban, rela kongsi kuasa & toleransi demi perpaduan.
• Melalui pilihanraya umum pertama (1955), pengorbanan & kompromi UMNO cukup besar. • Perikatan yang didominasikan oleh UMNO sepatutnya boleh membentuk kerajaan tanpa perlu
bergabung dengan MCA & MIC namun hal ini tidak dilakukan.
• Inggeris mensyaratkan bahawa kemerdekaan akan hanya diberikan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu & bekerjasama.
• Kemenangan PERIKATAN menjadi bukti kepada Inggeris bahawa orang Melayu & bukan Melayu boleh bekerjasama.
24
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
ROMBONGAN LONDON
Januari 1956 : Rombongan 8 wakil ke London
• 4 wakil Raja Melayu & 4 wakil Perikatan• Diketuai Tunku Abdul Rahman.• Rombongan bertujuan berunding dengan Pegawai British sebagai usaha menuntut
kemerdekaan
WAKIL RAJA-RAJA MELAYU WAKIL PERIKATAN
• KETUA: Datuk Panglima Bukit Gantang (MB Perak)
• En.Abdul Aziz Hj Abdul Majid (MB Selangor)
• Datuk Mohammad Seth Mohammad Said (MB Johor)
• Datuk Nik Ahmad Kamil Hj Mahmood (bekas MB Kelantan)
• SETIAUSAHA: En. Abdul Kadir Shamsuddin
• KETUA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Ketua Menteri & Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri)
• Datuk Abdul Razak Hussain (Menteri Pelajaran)
• Kol.H.S.Lee (Menteri Pengangkutan)• Dr.Ismail Datuk Abdul Rahman (Menteri
Hasil Bumi)• SETIAUSAHA: T.H.Tan
25
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
PERJANJIAN LONDON
• Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957• Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel• Menjalankan pemerintahan secara demokrasi• Perjanjian pertahanan dengan British bagi menjaga kepentingan
British di Tanah Melayu (AMDA/ FPDA)• Badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah
Melayu iaitu Suruhanjaya Reid• Jawatan Setiausaha Kewangan & Pengarah Gerakan akan diganti
dengan Menteri Kewangan & Menteri Pertahanan yang dipegang oleh rakyat tempatan.
Perjanjian London ditandatangani pada 8 Februari 1956 dan hasilnya persetujuan:
26
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
SURUHANJAYA REID
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan 1956.
Keahliannya dari pakar perlembagaan negara Komanwel:• Lord William Reid (British)• Sir Ivor Jennings (British)• Sir William Mckell (Australia)• B.Malik (India)• Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
Suruhanjaya ini ditugas merangka perlembagaan baharu untuk Persekutuan Tanah Melayu berpandukan syarat berikut:
• Membentuk negara persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat• Mengekalkan hak dan kedudukan raja-raja Melayu sebagai pemerintah berpelembagaan.• Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta hak sah kaum lain• Mewujudkan sistem kewarganegaraan yang seragam• Menubuh sebuh negara berasaskan prinsip demokrasi
27
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
SURUHANJAYA REID
Suruhanjaya ini telah mengadakan tinjauan dan pertemuan untuk meminta cadangan dan pandangan parti-parti politik, orang ramai, individu-individu dan Raja-raja Melayu
Antara perkara yang dipersetujui:• Pembentukan sebuah negara persekutuan dengan pembahagian kuasa kerajaan
persekutuan dan kerajaan negeri• Kerakyatan Jus Soli kepada yang lahir di Tanah Melayu• Mengekalkan kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menjejaskan hak kaum lain• Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil boleh dikembangkan
dan diamalkan• Agama Islam menjadi agama Persekutuan, tetapi agama lain bebas diamalkan
Jadi, Perlembagaan Malaysia sekarang telah mendapat persetujuan dan pandangan semua rakyat. Inilah yang dikatakan KONTRAK SOSIAL
28
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
KONTRAK SOSIAL & PERLEMBAGAAN
KONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN• Iaitu semua kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat
penting kepada kestabilan negara
Perlembagaan Malaya ini diisytiharkan pada 31 Ogos 1957
Diperbaharui apabila Singapura, Sabah & Sarawak bergabung membentuk Malaysia pada 16 September 1963
Orang Melayu• Diperuntukkan dalam
perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu
Bukan Melayu• Diberikan hak
kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip Jus Soli
• Pengecualian tentang perlunya mengetahui bahasa Melayu bagi bukan Melayu
29
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
UNSUR TRADISI & PERLEMBAGAAAN
Unsur Tradisi:• Merupakan kontrak sosial
yang telah disepakati semasa menggubal undang-undang
Unsur-unsur tradisi meliputi:• 1. Bahasa• 2. Agama• 3. Kedudukan istimewa orang Melayu &
Bumiputera Sabah Sarawak• 4. Pemerintahan Beraja
Ciri-ciri Unsur Tradisi:• Berperanan menstabilkan sistem
politik negara• Dilindungi di bawah Akta Hasutan• Dianggap sebagai isu sensitif • Dilarang dijadikan isu
perbincangan awam
Unsur-unsur tradisi adalah faktor penting untuk mewujudkan identiti
Malaysia & memupuk persefahaman ke arah
perpaduan.30
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
ISU HUBUNGAN ETNIK DALAM PERLEMBAGAAN
• Islam adalah agama Persekutuan• Mempunyai fasal imbangan berkaitan dengan kebebasan beragama (Perkara 11)PERKARA 3
• Kesamarataan & hak sama rata• Pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu
dan seumpamanya.PERKARA 8
• Batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan & seumpamanya.PERKARA 10(4)
• Kebebasan beragama; kebebasan mengamalkan ajaran agama lain dalam mana-mana bahagian Persekutuan serta beberapa peruntukan pencegahan yang berkaitan.
PERKARA 11
• Peruntukan mengenai kewarganegaraan yang boleh diperoleh melalui beberapa cara serta peruntukan berkaitan perlucutan kewarganegaraan.PERKARA 14
• Kuasa Majlis Raja-raja menghalang parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu, orang Melayu, Islam & bahasa Melayu.PERKARA 38
31
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
ISU HUBUNGAN ETNIK DALAM PERLEMBAGAAN
• Peruntukan berkaitan Tanah Rezab Melayu• Melindungi tanah rezab orang Melayu daripada diambil alih atau dijual kepada bukan
MelayuPERKARA 89
• Kedudukan Mahkamah Syariah. • Mahkamah bidang kuasa sivil tidak boleh mempunyai bidang kuasa dalam bidang
kuasa Mahkamah SyariahPERKARA 121(1)(a)
• Kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak, kewarganegaraan;
• Meskipun dalam keadaan darurat.PERKARA 150(6)(a)
• Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan • Tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
PERKARA 152
• Kedudukan istimewa orang-orang Melayu • Tanpa menafikan kedudukan yang sah bagi kaum lain.
PERKARA 153
32
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
TANAH REZAB MELAYU
Perkara 89:
• Tanah yang direzab untuk diberi milik kepada orang Melayu atau bumiputera bagi Negeri di mana tanah terletak
Tanah Yang Boleh Diisytiharkan Sebagai Rizab Melayu:
• Tanah Kerajaan (di Wilayah Persekutuan sebagai Tanah Persekutuan)
• Tanah Hutan Simpan• Tanah Rizab Awam• Tanah Milik Persendirian
Rasional Perkara 89:
Menyekat tanah kerajaan dalam kawasan Rizab Melayu
dilupuskan dengan apa cara sekalipun kepada orang bukan
Melayu
Menyekat Tanah Rizab Melayu daripada dibuat urusniaga persendirian
(private dealings) diantara Melayu dengan bukan
Melayu. 33
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
KEWARGANEGARAAN
Cara Memperoleh Kewarganegaraan:
Melalui Kuatkuasa Undang-Undang Pendaftaran
Tempat Lahir
Keturunan
Perkahwinan
Bermastautin
Perlucutan Kewarganegaraan:
Memperolehi atau menggunakan hak kewarganegaraan asing
Perlucutan dengan cara pendaftaran/ permohonan
34
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
PERKARA 3
PERKARA 3
• Agama Islam adalah agama persekutuan
IMPLIKASIPihak kerajaan (persekutuan atau negeri) mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk :• Menubuhkan, menyelenggara, membantu penubuhan institusi
Islam • Melaksanakan ajaran Islam • Mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan utk tujuan itu.
35
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
RASIONAL PERKARA 3
Walaupun Islam adalah agama persekutuan tetapi kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan.
Islam telah diterima sebagai agama negeri-negeri Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan Inggeris.
Penggunaan undang-undang Islam telah diiktiraf di negeri-negeri Melayu sebelum penjajahan Inggeris.
Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kepada raja-raja Melayu.
Sesuai dengan takrif Melayu; Perkara 160 mendefinisikan Melayu sebagai seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
36
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
PERKARA 11
PRINSIP KEBEBASAN BERAGAMA• Agama lain boleh diamalkan dengan aman & damai di mana-mana bahagian persekutuan• Setiap orang berhak untuk menganut & mengamalkannya tertakluk kepada Perkara 11(4)
Peruntukan Perlembagaan berkaitan Kebebasan Beragama:
• Perkara 11(4): Undang-undang negeri dan wilayah boleh menyekat atau mengawal pengembangan agama-agama lain kepada penganut Islam
• Perkara 12(3): Larangan memaksa penganut menerima ajaran dan upacara sembahyang bukan agamanya.
• Perkara 12(4): Penetapan agama bagi yang berumur bawah 18 tahun
Perkara 11(3) menyatakan tiap-tiap kumpulan agama berhak:
• Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri• Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau
khairat• Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan
mentadbirnya mengikut undang-undang37
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
PERKARA 152
PERKARA 152• Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu (yang
mengikut implikasi yang diperlukan mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi)
IMPLIKASI• Tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan daripada
menggunakan (selain dari maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
• Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.
38
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
RASIONAL PERKARA 152
Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum
Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya
Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan
Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi.
39
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
PERKARA 153
PERKARA 153• Tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak
IMPLIKASI• YDPA dikehendaki melaksanakan dasar bagi melindungi keistimewaan
orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak• Dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan,
perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan• Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan berhati-hati untuk memastikan tiada
sesiapa merasakan kehilangan hak yang dinikmati mereka selama ini akibat dari pelaksanaan dasar tersebut.
• Walaubagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab YDPA untuk melindungi hak-hak mereka yang sah melalui peruntukan lain
40
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
RASIONAL PERKARA 153
41
• Prinsip Jus soli dengan kerakyatan kepada 800,000 bukan Melayu. Manfaat serta merta sebagai warganegara – undi pilihanraya dan hak-hak lain sebagai warganegara
• Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Seperti bercanggah dengan Perkara 8 iaitu Hak sama rata, maka ini prasyarat penerimaan kewarganegaraan
Kerakyatan
• Menentukan rezab bilangan jawatan• Diimbangi dengan tidak boleh melucut jawatan sedia ada• Semasa zaman penjajah dan di awal kemerdekaan, terlalu sedikit orang
Melayu yang bekerja dengan kerajaan meliputi 36% saja (1968)
Perkhidmatan Awam
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
RASIONAL PERKARA 153
42
• Kemiskinan orang Melayu 64.8% (1970) Jurang Pendapatan melebar antara etnik• Negeri majoriti Melayu miskin khususnya di pantai timur• Pemilikan kekayaan negara bagi Melayu hanya 2.4% tahun 1970• Pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan merupakan faktor terkuat
mempengaruhi hubungan etnik (13 Mei)• Orang Melayu masih kurang menceburi perniagaan dan perlu dibantu dan dibimbing
Ekonomi
• Bilangan pelajar ijazah pertama di IPTA dalam sosial dan sains adalah masih rendah antara Melayu dan bukan Melayu
• Peratusan golongan profesional, bumiputera hanya 4.9% berbanding bukan bumiputera 84.3% 1970
• Pengekalan Sekolah Jenis Kebangsaan – seolah bercanggah dengan Penyata Razak seperti yang terkandung dalam perenggan 12 iaitu “tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud untuk menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur”.
Pendidikan
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
PERKARA 160
Adalah perlu juga diperjelaskan siapakah yang dikatakan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak itu.
Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160),Melayu itu ditakrifkan sebagai:
• Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu• Menganut agama Islam• Mengamalkan adat istiadat Melayu
Manakala takrifan bumiputera
• Sarawak• terdiri dari mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat,
Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran dari kaum tersebut.
• Sabah• anak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.
43
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
PIAGAM MADINAH
PIAGAM MADINAH• Perlembagaan bertulis pertama di dunia• Sebagai panduan untuk membentukkan sebuah negara
Islam yang berdaulat. • PM bukan sahaja membentukkan persaudaraan antara
Ansar dan Muhajirin tetapi juga perpaduan antara orang Islam dengan orang bukan Islam terutamanya orang Yahudi.
Mengandungi 47 fasal yang merangkumi 2 bahagian:• Bahagian Pertama• 23 fasal menyentuh hubungan & tanggungjawab orang Islam
sesama Islam (Muhajirin & Ansar)• Bahagian Kedua• 24 fasal membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka
terhadap negara Islam Madinah 44
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH
Rasulullah SAW memperkenalkan PM bagi menyelesaikan persoalan semasa ketika itu lebih-lebih untuk mentadbir negara yang mempunyai rakyat pelbagai etnik, agama, kepercayaan dan budaya
Kepentingan Piagam Madinah:• Digubal setelah terbentuk negara Islam Madinah• Model perpaduan masyarakat majmuk• Pengisytiharan hak asasi manusia• Menjelaskan persoalan negara Islam, perundangan, siasah, hak asasi, kebebasan,
ekonomi dan yang berkaitan kehidupan masyarakat majmuk• Merupakan kerangka pembentukan negara Islam pertama pada tahun 622M
yang didokong oleh warganegara Madinah yang terdiri golongan Quraisy(Muhajirin) dan golongan Yathrib(Ansar, Khazraj dan Yahudi) serta golongan yang mengikut dan berjuang bersama-sama mereka
45
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
Kandungan Piagam
Madinah
Pembentukan Ummah(Fasal 1)
Hak Asasi Manusia
(Fasal 2-10)
Persatuan Segenap
Warganegara (Fasal 16-23)
Golongan Minoriti
(Fasal 24-35)
Tugas Warganegara (Fasal 36-38)
Pemimpin Negara
(Fasal42-44)
Melindungi Negara
(Fasal 39-41)
46
Sumber Utama Wahyu Allah merupakan sumber utama undang-undang negara
Masyarakat •Masyarakat berbilang agama dan keturunan dianggap sebuah masyarakat yang mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang sama terhadap negara Islam Madinah.•Setiap anggota sahifah mestilah menjalinkan hubungan yang erat tanpa mengira agama dan keturunan.
Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. adalah pemimpin masyarakat dan ketua negara
Hak Beragama •Kaum Yahudi diberikan kebebasan mengamalkan ibadat mengikut agama mereka selama mereka mematuhi undang-undang Islam dan peraturan yang diterima umum. •Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup secara aman damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-masing.
Fungsi Sahifah Fungsi sahifah ialah menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman
Keselamatan Memberi jaminan keselamatan terhadap orang bukan Islam yang menganggotai dan mematuhi peraturan sahifah.
47
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
ELEMEN PERSAMAAN PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Kebebasan• Beragama• Bekerja dan mencari keuntungan• Menjawat jawatan dalam Kerajaan• Jaminan hak Asasi
Hak mendapat Perlindungan• Perlindungan dari pencerobohan luar• Perlindungan dari kezaliman dalaman• Perlindungan terhadap darah dan jasad
Jaminan• Ketika lemah, dewasa dan ketiadaan harta
48
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
PENGUKUHAN
• Bincangkan TIGA (3) impak perkongsian kuasa dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara masa ini
• Bincangkan TIGA (3) fasal Piagam Madinah yang berkaitan dengan kontrak sosial.
• Buktikan TIGA (3) aspek keadilan yang dikanun dalam Piagam Madinah kepada masyarakat bukan Islam.
• Jelaskan TIGA (3) elemen persamaan antara Perlembagaan Malaysia dengan Piagam Madinah dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
• Jelaskan TIGA (3) faktor penyumbang kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
• Huraikan EMPAT (4) rasional peruntukan unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan.
• Bincangkan TIGA (3) cabaran pelaksanaan terhadap beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
• Huraikan EMPAT (4) unsur tradisi dan rasional ia dikanunkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
49
HU
BU
NG
AN
ET
NIK
PENGUKUHAN
• Bincangkan TIGA (3) hak keistimewaan orang Melayu sebagaimana yang terdapat dalam Perkara 153.
• Buktikan TIGA (3) bentuk kerjasama antara pelbagai etnik di Malaysia menjelang kemerdekaan.
• Huraikan TIGA (3) rasional peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan.• Jelaskan TIGA (3) hak berhubung dengan hal ehwal keagamaan berdasarkan
peruntukan Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan.• Bincangkan EMPAT (4) cabaran yang boleh menjejaskan perlaksanaan Islam
sebagai agama Persekutuan.• Huraikan EMPAT (4) asas Piagam Madinah dalam mengekalkan
keharmonian hubungan etnik yang boleh diaplikasikan di Malaysia.• Bincangkan TIGA (3) peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan
berkaitan dengan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan.• Analisakan TIGA (3) cabaran semasa dalam memelihara kedaulatan Islam di
Malaysia.
50
Recommended