View
237
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PERBANDINGAN KESAN DI ANTARA AIR MINERAL BIASA, AIR
ISOTONIK DAN AIR ZAM ZAM KE ATAS PENGEKALAN AIR DALAM
BADAN DAN PERKAITANNYA DENGAN SPECIFIC GRAVITY AIR
KENCING KETIKA MELAKUKAN LARIAN JARAK JAUH
NUR FATIHAH BINTI RAIMI
Universiti Teknologi Malaysia
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”.
Tandatangan : ___________________________________
Nama Penyelia : DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN
Tarikh : APRIL 2010
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PERBANDINGAN KESAN DI ANTARA AIR MINERAL BIASA, AIR ISOTONIK DAN AIR ZAM ZAM KE ATAS PENGEKALAN AIR DALAM BADAN DAN PERKAITANNYA DENGAN SPECIFIC GRAVITY AIR KENCING KETIKA MELAKUKAN LARIAN JARAK JAUH
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya: NUR FATIHAH BINTI RAIMI_________
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) √ TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: BT. 13, DEPAN SMK. KETEREH, DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN 16450 KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM. Tarikh : 16 APRIL 2010 Tarikh: 16 APRIL 2010 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
i
PERBANDINGAN KESAN DI ANTARA AIR MINERAL BIASA, AIR
ISOTONIK DAN AIR ZAM ZAM KE ATAS PENGEKALAN AIR DALAM
BADAN DAN PERKAITANNYA DENGAN SPECIFIC GRAVITY AIR
KENCING KETIKA MELAKUKAN LARIAN JARAK JAUH
NUR FATIHAH BINTI RAIMI
Laporan ini dikemukakan sebahagian daripada memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan)
Fakulti pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ___________________________
Nama Penyelia : NUR FATIHAH BINTI RAIMI
Tarikh : APRIL 2010
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat Ma dan Abah,
Yang tidak pernah jemu memberi sokongan dari setiap segi,
Terima kasih.
Tidak lupa teman-teman seperjuangan,
Juga buat Nani,
Yang tidak pernah lekang dengan idea-idea bernas,
Yang sentiasa bersama dalam mengharung kesukaran,
Terima kasih.
Segalanya yang diberikan,
Sama ada,
Tidak terkira banyaknya atau hanya sedikit layaknya,
Sebenarnya telah kuhargai sebagai segunung bantuan,
Terima kasih yang tidak terhingga.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnianya memberikan saya kudrat dan kelapangan untuk menyiapkan kajian ini
dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Zainal Abidin bin Zainuddin, selaku
penyelia yang banyak memberikan tunjuk ajar dan mengurangkan segala kerumitan
yang timbul sepanjang menyiapkan kajian ini. Tidak lupa kepada Dr. Halijah binti
Ibrahim yang turut memberikan bantuan dalam penganalisaan data, jutaan terima
kasih diucapkan.
Ribuan terima kasih juga buat teman-teman yang sentiasa bersama-sama
berkongsi pendapat bagi melengkapkan kajian ini. Tanpa kalian, pasti saya akan
berdepan dengan kesukaran. Juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
ataupun tidak, saya turut merakamkan penghargaan yang tidak terhingga. Terima
kasih.
v
ABSTRAK
Air merupakan medium pengangkutan yang memainkan peranan penting
dalam tubuh badan manusia. Keseimbangan air di dalam dan di luar sel dapat
dicapai sekiranya air minuman yang diambil mengandungi elemen-elemen tertentu
yang diperlukan oleh badan ketika menjalani latihan. Kajian ini dijalankan bertujuan
untuk melihat perbandingan kesan di antara air mineral biasa, air isotonik dan air
zam zam ke atas pengekalan air dalam badan serta perkaitannya dengan specific
gravity air kencing (USG) atlet larian jarak jauh. Seramai tiga orang atlet larian jarak
jauh lelaki dari Universiti Teknologi Malaysia dipilih sebagai subjek di dalam kajian
ini. Alat yang digunakan adalah Tanita Body Composition Analyzer untuk mengukur
jisim air dalam badan dan New-Clinitek Microalbumin Urinalysis Analyzer untuk
mengukur nilai USG. Skala Rate of Perceived Exertion (RPE) Borg juga digunakan
untuk mengetahui tahap keletihan subjek sepanjang larian. Model ujian pre dan post
telah digunakan untuk membandingkan jisim badan dan isipadu air kencing. Setiap
subjek menjalani larian 10km dengan pengambilan 160ml tiga minuman berbeza
secara bersela pada setiap 2km larian yang diukur menggunakan treadmill.
Perbezaan kesan pengambilan minuman ini seterusnya dianalisis. Keputusan ujian
mendapati pengekalan air dalam badan lebih tinggi dengan pengambilan air zam
zam, diikuti air isotonik dan air mineral biasa. Analisis Repeated Measure Anova
mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p> 0.05) di antara air mineral
biasa dengan air isotonik dan di antara air isotonik dengan air zam zam terhadap
peratus pengekalan air dalam badan. Manakala, terdapat perbezaan yang signifikan
(p< 0.05) di antara air zam zam dengan air mineral biasa terhadap peratus
pengekalan air dalam badan. Analisis Pearson pula mendapati tidak terdapat
perkaitan di antara USG dengan peratus pengekalan air dalam badan, tetapi
mempunyai perkaitan dengan kuantiti air kencing yang dihasilkan. Peratus
vi
pengekalan air dalam badan dan nilai USG bergantung kepada kepekatan mineral
dan karbohidrat di dalam minuman yang diambil. Walaupun peratus pengekalan air
dalam badan meningkat dengan pengambilan air zam zam, namun ia tidak menjamin
prestasi daya tahan seseorang atlet itu meningkat sepanjang larian.
vii
ABSTRACT
Water is the transportation medium which has important functions in human
body. Intracellular and extracellular water equilibrium can be reached if
refreshments taken during training contain certain elements required by the body.
This research was conducted to compare the effect between the intake of ordinary
mineral water, isotonic drink and zam zam water towards body water retention and it
relationship with urine specific gravity (USG) among long distance runners. Three
male long distance runners were selected to become samples of this research. The
equipments used were Tanita Body Composition Analyzer to measure the water
mass in the samples body and New-Clinitek Microalbumin Urinalysis Analyzer to
measure the USG. Rate of Perceived Exertion (RPE) Borg Scale was also used to
measure the fatigue level while running. Pre and post test model were applied to
compare subject’s weight and urine volume. Each subject underwent 10km running
with intermittent intake of 160ml of three different fluid at every 2km measured on
the treadmills. The effects of those fluids intake were then analysed. Findings from
Repeated Measure Anova analysis showed that the highest body water retention
during the run was by taking zam zam water followed by isotonic drink and ordinary
mineral water. There were no significant difference (p> 0.05) between ordinary
mineral water and isotonic drink and between isotonic drink and zam zam water
towards body water retention. On the other hand, there was a significant difference
(p< 0.05) between zam zam water and ordinary mineral water. Findings from
Pearson analysis showed that there was no significant relationship between USG and
the body water retention percentage. However, the USG values do related to the
urine volume excreted. The percentage of body water retention was depending on
the concentration of the minerals and carbohydrates in the drinks. Although the
percentage of body water retention was high from zam zam water, it does not assure
to increase endurance performance in prolonged run.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.1.1 Air Mineral Biasa 2
1.1.2 Air Isotonik 2
1.1.3 Air Zam Zam 2
1.1.4 Specific Gravity Air Kencing 3
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Hipotesis Kajian 7
ix
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Limitasi Kajian 8
1.8 Definisi Operasi 9
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Kajian Berkaitan 14
2.2.1 Komposisi air minuman isotonik dan air
zam zam 14
2.2.2 Kepentingan pengambilan air, elektrolit dan
karbohidrat bagi atlet sukan daya tahan tinggi
semasa latihan 15
2.2.3 Jenis-jenis elektrolit, peratus serta
kepekatannya yang diperlukan ketika
menjalani latihan sukan daya tahan tinggi 19
2.2.4 Pengekalan air di dalam badan 21
2.2.5 Specific gravity air kencing (USG) dan
pengekalan air dalam badan 22
2.2.6 Rate of Perceived Exertion (RPE): Skala
Borg 23
2.3 Penutup 24
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 25
3.2 Kaedah Penyelidikan 26
3.3 Rekabentuk Kajian 27
3.4 Lokasi Kajian 28
x
3.5 Subjek 28
3.6 Pembolehubah Kajian 29
3.6.1 Pembolehubah Tidak Bersandar 29
3.6.2 Pembolehubah Bersandar 29
3.7 Instrumen Kajian 30
3.7.1 Silinder Penyukat 31
3.7.2 New-Clinitek Microalbumin Urinalysis
Analyzer 31
3.7.3 Tanita Body Composition Analyzer 31
3.7.4 Protokol Ujian 32
3.8 Prosedur Kajian 33
3.8.1 Pemilihan Subjek 33
3.8.2 Penyerahan Surat Perlantikan 33
3.8.3 Taklimat Kajian 33
3.8.4 Pemakaian 34
3.8.5 Prosedur Sewaktu Pengujian 34
3.9 Pentadbiran Kajian 36
3.10 Proses Pengumpulan Data 37
3.11 Analisis Data 38
3.12 Penutup 38
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 39
4.2 Analisis Deskriptif 1: Maklumat Subjek 40
4.3 Analisis Deskriptif 2: Pengekalan Air dalam
Badan 41
4.3.1 Rekod Jumlah Air yang Diminum, Berat
Sebelum, Berat Selepas, Jumlah Perpeluhan
xi
dan Jumlah Air Kencing bagi Minuman
Air Zam Zam, Air Isotonik dan Air
Mineral Biasa 41
4.3.2 Nilai Pengekalan Air dalam Badan dan
Peratusannya 43
4.4 Analisis Inferensi 1:
SPSS (Repeated Measure Anova) 46
4.4.1 Perbandingan di antara Minuman Air
Zam Zam, Air Isotonik dan Air Mineral
Biasa terhadap Pengekalan Air dalam
Badan 46
4.5 Analisis Deskriptif 3: Nilai Specific Gravity Air
Kencing (USG) 47
4.5.1 Nilai USG Setiap Subjek dan Peratusan
Frekuensinya Berdasarkan Status Hidrasi,
Dehidrasi di bawah 3% dan Dehidrasi 3%
hingga 5% 47
4.5.2 Purata Nilai USG Mengikut Setiap Jenis
Minuman yang Diambil dan Perbandingan
di antara Perubahan Nilai USG Sebelum
dan Selepas Larian 49
4.6 Analisis Inferensi 2: SPSS (Pearson) 50
4.6.1 Perkaitan di antara Perubahan Nilai
USG Sebelum dan Selepas Larian
dengan Peratus Pengekalan Air di
dalam Badan 50
4.6.2 Perkaitan di antara Perubahan Nilai
USG Sebelum dan Selepas Larian
dengan Kuantiti Air Kencing 51
xii
4.7 Analisis Rate of Perceived Exertion (RPE):
Skala Borg 52
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 53
5.2 Perbincangan 53
5.2.1 Pengekalan Air di dalam Badan 54
5.2.2 Nilai USG 56
5.2.3 Rate of Perceived Exertion (RPE): Skala Borg 59
5.3 Rumusan 60
5.4 Cadangan 61
5.4.1 Penambahan Bilangan Subjek 61
5.4.2 Kajian Ujian Sebenar Dalam Air 61
5.4.3 Status Hidrasi Dimalarkan Sebelum Ujian 62
5.5 Penutup 62
RUJUKAN 63
Lampiran A – C 68-69
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Perbezaan Kandungan Elektrolit Dalam 1 Liter Air
Minuman Isotonik dan Air Zam-Zam 15
2.2 Cadangan Kandungan Maksimum Mineral yang
Perlu Ada di Dalam Minuman yang Diambil
Semasa Latihan (diambil daripada kajian F. Brouns
dan E. Kovacs (1997)) 21
2.3 Sistem Pengkelasan Nilai USG dan Status Hidrasi oleh
NATA (diambil daripada kajian Elizabeth A. Stover et al.
(2006) dan Robert A. Oppliger, et al. (2005)) 22
2.4 Skala RPE Borg 24
3.1 Komponen peralatan New-Clinitek Microalbumin
Urinalysis Analyzer 31
3.2 Komponen peralatan Tanita Body Composition Analyzer 32
3.3 Protokol peralatan New-Clinitek Microalbumin Urinalysis
Analyzer 32
3.4 Protokol peralatan Tanita Body Composition Analyzer 32
4.1 Analisis Deskriptif 1: Maklumat Subjek 40
4.2 Jumlah Air yang Diminum, Berat Sebelum,
Berat Selepas, Jumlah Perpeluhan dan Jumlah Air Kencing
Bagi Air Zam Zam 41
4.3 Jumlah Air yang Diminum, Berat Sebelum,
Berat Selepas, Jumlah Perpeluhan dan Jumlah Air Kencing
xiv
Bagi Minuman Air Isotonik 41
4.4 Jumlah Air yang Diminum, Berat Sebelum,
Berat Selepas, Jumlah Perpeluhan dan Jumlah Air Kencing
Bagi Air Mineral Biasa 42
4.5 Nilai dan Peratus Pengekalan Air 43
4.6 Perbandingan antara Air Zam Zam, Air Isotonik
dan Air Mineral Biasa terhadap Pengekalan Air dalam
Badan 46
4.7 USG Setiap Subjek 47
4.8 Peratus Frekuensi Berdasarkan Status Hidrasi,
Dehidrasi < 3%, Dehidrasi 3% hingga 5% 47
4.9 Perubahan Purata Nilai USG Sebelum dan Selepas Larian 49
4.10 Perkaitan di antara Perubahan Nilai USG Sebelum dan
Selepas Larian dengan Peratus Pengekalan Air dalam Badan 50
4.11 Perkaitan di antara Perubahan Nilai USG Sebelum dan
Selepas Larian dengan Kuantiti Air Kencing 51
5.1 Penerimaan/ penolakan Hipotesis Perbandingan Peratus
Pengekalan Air di dalam Badan di antara Air Zam Zam,
Air Isotonik dan Air Mineral Biasa 56
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Gambarajah Rekabentuk Kajian 27
4.1 Graf Peratus Pengekalan Air bagi Setiap Subjek 44
4.2 Graf Purata Peratus Pengekalan Air bagi Air Zam Zam,
Air Isotonik dan Air Mineral Biasa 45
4.3 Graf Purata Nilai USG Mengikut Setiap Jenis Minuman
yang Diambil 49
4.4 Graf Purata Skala Borg bagi Setiap 3 Minit Mengikut
Jenis Air yang Diminum 52
1
BAB 1
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Air merupakan medium pengangkutan yang memainkan peranan penting dalam
tubuh badan. Oleh sebab itu, terdapat kandungan air yang begitu tinggi di dalam tubuh
badan manusia iaitu kira-kira 60% daripada keseluruhan berat badan bagi lelaki, dan
55% bagi wanita. Pembahagian air ke seluruh bahagian tubuh badan ditentukan oleh
tekanan osmotik dan hidrostatik. Secara kasarnya, 75% daripada keseluruhan air adalah
terkandung di dalam sel-sel badan sebagai cecair di dalam sel (ICF) dan 25%
terkandung di luar sel sebagai cecair di luar sel (ECF) (Ole H. Peterson, 2007).
Bagi purata orang dewasa, air yang diperlukan oleh badan adalah kira-kira 2.5
liter sehari. Namun, kuantiti ini boleh meningkat mengikut keperluan individu
berdasarkan aktiviti harian yang dijalankan. Oleh kerana air minuman biasa tidak
mengandungi kalori dan mineral-mineral tertentu, ia tidak begitu berkesan untuk
memastikan keseimbangan kandungan air di dalam dan di luar sel ketika menjalani
latihan, terutamanya latihan yang memerlukan daya tahan yang tinggi.
2
1.1.1 Air Mineral Biasa
Air mineral yang biasa terdapat di pasaran adalah sumber paling mudah didapati
selepas air minuman biasa yang tidak mengandungi sebarang mineral mahupun
karbohidrat. Namun, air mineral lebih baik dari air minuman biasa kerana ia
mengandungi beberapa jenis mineral penting. Walau bagaimanapun, air mineral biasa
kurang menjadi pilihan bagi atlet-atlet kerana ia bukan sahaja tidak mengandungi
sebarang elemen karbohidrat, malah kandungan mineralnya yanG terdapat di dalamnya
adalah terlalu rendah.
1.1.2 Air Isotonik
Bagi ahli sukan, air minuman isotonik digunakan secara meluas untuk
menggantikan air minuman biasa semasa menjalankan latihan, terutamanya bagi sukan
yang melibatkan daya tahan tinggi. Hal ini kerana air minuman isotonik mengandungi
elemen karbohidrat dan pelbagai jenis mineral penting. Elemen karbohidrat yang
terkandung di dalamnya berfungsi untuk membekalkan tenaga ketika menjalani latihan
yang berpanjangan, manakala mineral yang terkandung di dalamnya pula bertindak
sebagai elektrolit yang membantu keseimbangan cecair di dalam badan.
1.1.3 Air Zam Zam
Selain air minuman isotonik, air zam zam juga turut mengandungi mineral yang
tinggi yang turut memainkan peranan sebagai elektrolit. Air zam zam adalah punca air
semula jadi yang diperoleh dari telaga zam zam, di Makkah, Arab Saudi. Telaga ini
pada asalnya dikaitkan dengan kisah Siti Hajar dan anaknya, Nabi Ismail. Beberapa
abad dahulu, ketika Siti Hajar berlari dalam keadaan terdesak untuk mencari air di
antara Bukit Safa dan Marwah untuk diberikan kepada Nabi Ismail, Nabi Ismail telah
3
menendang-nendang pasir dengan kakinya lalu mata air zam-zam memancut dari bawah
kakinya. Bermula dari ketika itulah mata air zam zam mula dikenali dan digunakan
sehingga hari ini, terutamanya oleh para jemaah haji di Makkah serta penduduknya.
1.1.4 Specific Gravity Air Kencing (USG)
Specific gravity air kencing (USG) merupakan salah satu kaedah dalam
pengujian yang dijalankan ke atas sampel air kencing untuk mengukur kepekatan atau
ketumpatan air kencing melalui kehadiran elemen-elemen tertentu di dalamnya dan juga
untuk menganggarkan keseimbangan cecair dalam badan. Ia mengukur keupayaan
ginjal untuk memekatkan atau mencairkan air kencing yang dikeluarkan bergantung
kepada plasma darah. Nilai normal bagi USG adalah 1.002 hingga 1.030. Sekiranya
peningkatan yang berlaku pada nilai USG tidak melebihi aras normal normal, ia berkait
rapat dengan dehidrasi dan perpeluhan yang berlebihan. Manakala, sekiranya berlaku
penurunan yang masih lagi tidak kurang dari aras normal, ia diakibatkan oleh
pengambilan air yang berlebihan (Richard A. McPherson et al., 2006).
1.2 Latar Belakang Masalah
Bagi sesetengah ahli sukan daya tahan tinggi yang mempunyai kurang
pendedahan mengenai minuman yang harus diambil, air minuman biasa selalunya
menjadi pilihan untuk diminum sepanjang menjalani latihan kerana ianya sumber
minuman yang paling mudah diperoleh. Namun, hakikatnya air biasa akan
mengakibatkan kepekatan darah menjadi terlalu rendah dan merangsang pengeluaran air
kencing. Pengeluaran air kencing yang banyak akan mengakibatkan kehilangan air
dalam tubuh badan dan kesan ini adalah berlawanan dengan tujuan sebenar
4
pengambilan air sepanjang latihan, iaitu untuk menggantikan kehilangan air dalam
tubuh badan (Metrohm UK, 2004).
Maka, pengambilan air minuman isotonik adalah penting bagi memastikan air
dan mineral yang hilang melalui peluh ketika latihan dapat digantikan. Hal ini kerana
air minuman isotonik mengandungi pelbagai mineral seperti sodium, potasium, kalsium,
klorida, sitrat dan fosfat. Menurut Serge P. von Duvillard et al. (2004), kebanyakan air
minuman isotonik juga mengandungi 6%-8% kandungan polimer glukos sebagai
elemen karbohidrat. Ia berfungsi untuk membekalkan tenaga yang paling cepat untuk
digunakan sewaktu menjalani latihan. Kandungan mineral di dalamnya pula mampu
membantu hidrasi tubuh ketika latihan dan menggantikan elektrolit yang hilang melalui
peluh. Contohnya, kandungan ion sodium yang terkandung dalam minuman isotonik
adalah sebanyak 3.8 gram per liter (Metrohm UK, 2004).
Bagi jemaah haji di Mekah yang menjalani pelbagai aktiviti ibadat sepanjang
hari di tengah-tengah cuaca panas dan kering, mereka tidak pula bergantung kepada
minuman isotonik untuk memastikan hidrasi berlaku dengan baik. Mereka hanya
bergantung kepada air zam zam sebagai sumber air utama ketika menjalani aktiviti yang
berpanjangan dalam persekitaran panas dan kering. Menurut Tariq Hussain & Moin
Uddin Ahmed (1971), air tersebut mampu membantu mereka menjalaninya kerana
kewujudan pelbagai jenis mineral seperti natrium, kalsium, kalium, magnesium, sulfur,
bikarbonat, nitrat, fosfat dan ammonia di dalamnya berbanding air minuman biasa.
Oleh hal demikian, kajian ini dilakukan untuk mengkaji perbandingan kesan di
antara air mineral biasa, air minuman isotonik dan air zam zam ke atas pengekalan air
dalam badan ketika menjalankan aktiviti sukan daya tahan tinggi.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Lazimnya, air minuman isotonik selalu digunakan bagi atlet-atlet sebagai
minuman keperluan ketika latihan supaya dapat membantu meningkatkan prestasi
permainan. Hal ini kerana air minuman ini mengandungi karbohidrat yang bertindak
sebagai pembekal tenaga dan kandungan mineral seperti sodium dan klorida yang
begitu tinggi di dalamnya pula bertindak sebagai elektrolit yang mampu mengawal atur
kepekatan di dalam dan luar sel supaya mencapai keseimbangan.
Namun, jika dilihat pada kandungan air zam zam, air tersebut juga mengandungi
mineral yang tinggi walaupun ion natrium yang terdapat di dalamnya tidaklah setanding
dengan kandungan ion natrium di dalam air minuman isotonik kerana menurut Tariq
Hussain & Moin Uddin Ahmed (1971), ion-ion natrium di dalam air zam zam hanya
250 mg per liter. Manakala, ion-ion natrium di dalam kebanyakan air minuman isotonik
adalah setinggi 3800 mg per liter (Metrohm, UK). Namun begitu, air zam zam
mengandungi pelbagai jenis mineral lain yang tidak terkandung di dalam air minuman
isotonik seperti magnesium, sulfur dan nitrat. Namun, kekurangan air zam zam yang
paling ketara berbanding air minuman isotonik adalah kerana ia tidak mengandungi
elemen karbohidrat di dalamnya.
Oleh itu, penyelidik telah membuat keputusan untuk mengkaji sama ada wujud
atau tidak perbezaan antara kesan air minuman biasa, air minuman isotonik dan air zam
zam ke atas pengekalan air dalam badan ketika menjalankan aktiviti yang berpanjangan.
Penyelidik telah memilih untuk menjalankan kajian ini terhadap atlet sukan daya tahan
tinggi iaitu atlet larian jarak jauh. Sekiranya salah satu jenis air minuman tersebut
mempunyai peratus pengekalan air yang tinggi dalam tubuh badan, maka pengambilan
air tersebut adalah lebih efektif ketika menjalani latihan bagi sukan tersebut.
6
1.4 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk:
1.4.1 Mengetahui kesan air mineral biasa terhadap pengekalan air dalam badan ketika
menjalankan aktiviti larian jarak jauh ke atas atlet sukan daya tahan tinggi.
1.4.2 Mengetahui kesan air minuman isotonik terhadap pengekalan air dalam badan
ketika menjalankan aktiviti larian jarak jauh ke atas atlet sukan daya tahan
tinggi.
1.4.3 Mengetahui kesan air zam zam terhadap pengekalan air dalam badan ketika
menjalankan aktiviti larian jarak jauh ke atas atlet sukan daya tahan tinggi.
1.4.4 Mengetahui perbandingan antara air mineral biasa, air minuman isotonik dan air
zam zam ke atas pengekalan air dalam badan ketika menjalankan aktiviti larian
jarak jauh terhadap atlet bagi sukan daya tahan tinggi.
1.4.5 Mengetahui perkaitan antara peratus pengekalan air dalam badan semasa
mengambil ketiga-tiga jenis minuman dengan nilai USG sampel air kencing
subjek.
7
1.5 Hipotesis Kajian
HO Tidak terdapat perbezaan di antara air mineral biasa, air minuman
isotonik dan air zam zam ke atas pengekalan air dalam badan ketika
menjalankan aktiviti larian jarak jauh terhadap atlet bagi sukan daya
tahan tinggi.
HA Terdapat perbezaan di antara air mineral biasa, air minuman isotonik dan
air zam zam ke atas pengekalan air dalam badan ketika menjalankan
aktiviti larian jarak jauh terhadap atlet bagi sukan daya tahan tinggi.
HO Tidak terdapat perkaitan di antara antara pengekalan air dalam badan
semasa mengambil ketiga-tiga jenis minuman dengan nilai USG sampel
air kencing subjek.
HA Terdapat perkaitan antara di antara pengekalan air dalam badan semasa
mengambil ketiga-tiga jenis minuman dengan nilai USG sampel air
kencing subjek.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dibuat berdasarkan beberapa sebab iaitu:
1.6.1 Untuk melihat perbandingan antara air mineral biasa, air minuman isotonik dan
air zam zam ke atas pengekalan air dalam badan ketika menjalankan aktiviti
larian jarak jauh terhadap atlet bagi sukan daya tahan tinggi.
8
1.6.2 Untuk memberikan pengetahuan mengenai kepentingan air minuman isotonik
bagi atlet sukan daya tahan tinggi terhadap hidrasi dan pengekalan air dalam
badan.
1.6.3 Untuk memberikan pengetahuan mengenai kepentingan air zam-zam terhadap
hidrasi dan pengekalan air dalam badan sebagai punca air semula jadi yang
mengandungi kandungan mineral yang tinggi.
1.6.4 Untuk memberikan pengetahuan mengenai jenis minuman yang akan
meningkatkan pengekalan air dalam badan atau mengurangkan pengekalan air
dalam badan dan kesannya ke atas daya tahan atlet jarak jauh ketika latihan.
1.6.5 Untuk memberikan pengetahuan mengenai perkaitan USG dengan status hidrasi
dalam badan.
1.7 Limitasi Kajian
1.7.1 Subjek yang dipilih bagi menjalani ujian ini hanya terdiri daripada atlet lelaki.
1.7.2 Mereka merupakan atlet larian jarak jauh UTM.
1.7.3 Semua subjek adalah pelajar sepenuh masa di UTM.
1.7.4 Lingkungan umur subjek hanyalah adalah di antara 23 dan 24 tahun.
9
1.7.5 Tujuan kajian ini dilakukan hanyalah untuk mengkaji perbandingan antara air
mineral biasa, air minuman isotonik dan air zam zam ke atas pengekalan air
dalam badan ketika menjalankan aktiviti larian jarak jauh terhadap atlet bagi
sukan daya tahan tinggi.
1.7.6 Kajian ini dilakukan bertempat di dalam Makmal Kecergasan Sains Sukan
Fakulti Pendidikan, UTM.
1.7.7 Jarak larian terhad kepada 10 kilometer sahaja dengan mengunakan treadmill.
1.8 Definisi Operasi
1.8.1 Air Minuman Biasa
Air minuman yang dimasak atau air minuman yang dibotolkan yang paling
mudah didapati tetapi tidak mempunyai sebarang mineral dan karbohidrat di dalamnya.
1.8.2 Air Mineral Biasa
Air mineral yang telah dibotolkan dan yang biasa terdapat di pasaran.
1.8.3 Air Minuman Isotonik
Air minuman sukan yang membantu menggantikan elektrolit dan air dan ia
mengandungi sama ada polimer fruktos atau glukos yang membantu melambatkan
10
pembebasan karbohidrat untuk digunakan supaya ia dapat disimpan bagi kegunaan
ketika latihan yang lama dan berterusan.
1.8.4 Tekanan Osmotik
Tekanan yang terhasil daripada pergerakan air melalui membran separa telap
yang memisahkan dua cecair yang berlainan kepekatan.
1.8.5 Osmosis
Pergerakan air melalui membran separa telap daripada cecair yang berkepekatan
rendah ke cecair yang berkepekatan tinggi sehingga kepekatan kedua-dua cecair
menjadi sama.
1.8.6 Kalori
Beberapa unit haba yang diistilahkan sebagai jumlah haba yang diperlukan
untuk meningkatkan suhu 1 gram air kepada 1oC dalam keadaan suhu tertentu, dan ia
selalunya bersamaan dengan 4.184 joules.
1.8.7 Elektrolit
Sejenis bahan yang mempunyai kebolehan mengalirkan arus elektrik apabila
larut dalam cecair (menjadi ion-ion). Ianya diperlukan oleh sel-sel badan untuk
mengawalatur cas elektrik dan pergerakan molekul-molekul air melalui membran sel.
Recommended