Perbaiki dirimu!

Preview:

Citation preview

Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu,

ketika beliau sedang bersolat di

tengah malam, anak kecilnya tidur

nyenyak di sebelahnya.

Sebaik sahaja selesai solat dia pun

memandang anak itu dengan penuh

kasih sayang sambil berkata

‘keranamu wahai anakku!’.

Kemudian dia membaca firman Allah

ا) # %ل *وه*م'ا ص'ـ 'ب 'ان' أ ��و'ك ح - Al-Kahf 18: 82 )

dengan tangisan yang tidak mampu

ditahan.

“Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh

dua orang anak yatim di bandar itu dan di

bawahnya ada harta terpendam kepunyaan

mereka dan bapa mereka pula adalah orang yang

soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya

mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan

harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu

rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka) dan

(ingatlah) aku tidak melakukannya menurut

fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang

maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau

tidak dapat bersabar mengenainya.”

(Al-Kahf 18: 82)

Ibn Kathir berkata :“ Allah swt memelihara harta yang terpendam

milik dua orang anak yatim itu kerana kesolehan bapa mereka. Selang antara mereka dengan bapa yang soleh itu adalah tujuh generasi!”

Imam ahli tefsir dari andalusia, Abi Abdillah al-Qurtubi (w.671H) :

"ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t menjaga orangyang soleh serta anak keturunannya meskipun mereka jauh".

al-jami'li Ahkam al-Quran 11/27

Harta terpendam?

Ibn Abbas ra : perbendaharaan ilmu.

Hasan al-Basri : sekeping luh yang diperbuat daripada emas, di atasnya tertulis mutiara ilmu:

“Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi

Maha Penyayang. Aku berasa hairan melihat

orang yang beriman dengan qadar, bagaimana

dia masih bersedih? Aku berasa hairan

terhadap orang yang beriman dengan

kematian, bagaimana dia masih ketawa ria?

Aku berasa hairan terhadap orang yang

mengenali dunia serta sifatnya yang cepat

berubah, dia masih juga selesa dengan

kemewahan dunianya? Tiada Tuhan melainkan

Allah. Muhammad itu pesuruh Allah.”

Ikrimah :

.....di bawah dinding itu perbendaharaan harta yang banyak. Yang penting bukan jenis harta serta berapa nilainya. Pengajaran yang paling berharga buat kita adalah janji Allah Yang Maha Benar, iaitu menolong orang yang menolong agama-Nya.

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

(Muhammad 47: 7)

Imam Abu Bakar Muhammad bin Jaafar al-Kharai'thi(w.327) telah meriwayatkan di dalam Makarim al-Akhlaq daripada Ibnu Abbas,

"Sesungguhnya kebaikan yang dilakukan seseorang akan dibalas sehingga ke anak cucunya".

Al-Hafiz Abu Nu'aim adan al-Khatib al-Baghdadi telah meriwayatkan dari imam tabiin ahlitafsir di Mekah yang bernama Mujahid bin Jabar (w.103H)

"Sesungguhnya Allah s.w.t memperbaikianak cucu seseorang disebabkan kesolehan dirinya".

Ucapan yang serupa telah diriwayatkanoleh Ibnu Mubarak dalam az-Zuhd wa al-Raqa'iq dari Muhammad bin al-Munkadir(w.130H), seorangulama tabiin di Madinah.

Recommended