View
293
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
[1]
PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2018
NEGERI SARAWAK
Pendahuluan
Saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya
saya diberi kesempatan untuk mengumumkan keputusan calon negeri
Sarawak bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018. Tahniah
saya ucapkan kepada semua pelajar yang telah menduduki peperiksaan
SPM pada tahun lalu. Semua calon akan menerima keputusan masing-
masing pada hari ini Khamis, 14 Mac 2019 mulai jam 10.00 pagi.
Keputusan bagi calon sekolah telah dihantar kepada semua Pengetua
sekolah berkenaan melalui Unit Penilaian dan Peperiksaan, Pejabat
Pendidikan Daerah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu,
Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang manakala keputusan peperiksaan
bagi calon persendirian telah dihantar melalui pos. Keputusan juga boleh
disemak melalui mySMS 15888 bermula pukul 10.00 pagi, 14 Mac 2019
hingga 6.00 petang, 20 Mac 2019 dengan menaip SPM<jarak>Nombor
Kad Pengenalan<jarak>Angka Giliran dan hantar sms ke 15888.
[2]
Sebagai makluman, sebanyak 275 pusat peperiksaan telah disediakan
untuk mengendalikan peperiksaan SPM 2018 di negeri Sarawak.
Pengendalian peperiksaan ini melibatkan 257 orang penyelia kawasan
dan 2150 orang pengawas. Peperiksaan bertulis SPM 2018 telah
dijalankan dari 13 November hingga 13 Disember 2018.
Peperiksaan SPM umumnya bertujuan untuk mengukur sejauh mana
pencapaian akademik murid dalam pembelajaran yang diikutinya selama
sebelas tahun dapat diiktiraf dengan pemberian sijil. Dalam sistem
pensijilan terbuka SPM yang diperkenalkan mulai tahun 2000, selain enam
mata pelajaran teras, calon dibenarkan mengambil seberapa banyak mata
pelajaran wajib dan elektif asalkan bersesuaian dengan jadual waktu
peperiksaan. Walau bagaimanapun, mulai tahun 2010 calon dibenarkan
mendaftar sehingga 12 mata pelajaran. Namun kebanyakan calon
mengambil sembilan dan sepuluh mata pelajaran. Mulai tahun 2013, calon
layak mendapat sijil bagi Peperiksaan SPM dengan syarat sekurang-
kurangnya lulus mata pelajaran 1103 Bahasa Melayu dan 1249 Sejarah
berbanding hanya dengan syarat sekurang-kurangnya lulus mata
pelajaran 1103 Bahasa Melayu tahun-tahun sebelum ini. Calon yang tidak
layak mendapat sijil akan diberi pernyataan keputusan.
[3]
Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan sistem penggredan baru
mulai tahun peperiksaan 2009. Perubahan sistem penggredan ini bertujuan
memperincikan pencapaian Gred A calon yang mencapai tahap sangat
cemerlang di peringkat SPM. Perubahan ini melibatkan penambahan Gred
A+ yang lebih tinggi daripada gred tertinggi 1A. Gred-gred lain diubah
seperti jadual berikut:
Gred Lama Gred Baru (Mulai 2009)
Gred Interpretasi Gred Interpretasi
A+ Cemerlang Tertinggi
1A
Cemerlang
A Cemerlang Tinggi
2A A- Cemerlang
3B
Kepujian
B+ Kepujian Tertinggi
4B B Kepujian Tinggi
5C C+ Kepujian Atas
6C C Kepujian
7D
Lulus
D Lulus Atas
8E E Lulus
9G Gagal G Gagal
[4]
Keputusan SPM dilaporkan berdasarkan pencapaian calon dan prestasi
mata pelajaran. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian
calon di seluruh negara ialah Gred Purata Kebangsaan (GPK),
pencapaian calon di negeri ialah Gred Purata Negeri (GPN) dan
pencapaian calon sekolah Gred Purata Sekolah (GPS). Nilai GPK, GPN
dan GPS yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih
baik.
Prestasi sekolah tidak diukur berdasarkan bilangan calon yang lulus
semua mata pelajaran tetapi mengikut pencapaian dalam setiap mata
pelajaran yang diambil.
Kenyataan Umum
Pada tahun 2018, seramai 36,144 orang calon di Sarawak telah mendaftar
untuk menduduki peperiksaan SPM. Daripada jumlah itu, 33,259 orang
(92.02%) adalah calon Sekolah Menengah Kebangsaan, 412 orang
(1.14%) merupakan calon sekolah di bawah agensi selain Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1069 orang (2.96%) pula adalah calon sekolah
swasta manakala 1404 orang (3.88%) adalah calon persendirian. Dalam
peperiksaan SPM 2018, seramai 27,792 atau 85.21% daripada 32,617
orang calon Sekolah Menengah Kebangsaan yang hadir telah berjaya
mendapat sijil SPM, iaitu dengan memenuhi syarat sekurang-kurangnya
lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah berbanding dengan
83.21% bagi SPM 2017. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.00%.
Pencapaian calon Negeri Sarawak pada tahun ini mengikut nilai Gred
[5]
Purata Negeri (GPN) telah menurun daripada 5.17 pada tahun 2017
kepada 5.19 pada tahun 2018. Berdasarkan Gred Purata Negeri, prestasi
pencapaian calon SPM bagi Negeri Sarawak pada tahun 2018 menurun
sebanyak 0.02.
Analisis Keputusan SPM 2018
Dalam peperiksaan SPM 2018, sebanyak 60 mata pelajaran telah diambil
oleh calon negeri Sarawak. Daripada 60 mata pelajaran yang diambil oleh
calon sekolah negeri Sarawak, 57 (95.00%) mata pelajaran mencapai
peratus kelulusan melebihi 80%. Daripada jumlah itu, 26 (43.33%) mata
pelajaran mencapai kelulusan 100%, 23 (38.33%) mata pelajaran
mencapai kelulusan 90 hingga 99.9% sementara 8 (13.33%) mata
pelajaran mencapai kelulusan 80 hingga 89.9%. Prestasi pencapaian bagi
mata pelajaran tersebut adalah seperti Jadual 1 – Jadual 3.
[6]
Jadual 1
Mata Pelajaran Yang Mencapai Kelulusan 100%
BIL KOD MP MATA PELAJARAN % LULUS
1 2205 LITERATURE IN ENGLISH 100.00
2 2612 KOMUNIKASI VISUAL 100.00
3 2613 SENI HALUS 100.00
4 2614 REKABENTUK 100.00
5 2621 PENDIDIKAN MUZIK 100.00
6 2622 MUZIK 100.00
7 2631 TARI 100.00
8 2641 TEATER 100.00
9 3763 REKA CIPTA 100.00
10 3768 ASAS KELESTARIAN 100.00
11 6355 ENGLISH FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY 100.00
12 7103 KERJA PAIP DOMESTIK 100.00
13 7105 KIMPALAN ARKA DAN GAS 100.00
14 7107 MENSERVIS MOTOSIKAL 100.00
15 7109 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK 100.00
16 7201 REKAAN DAN JAHITAN PAKAIAN 100.00
17 7202 KATERING DAN PENYAJIAN 100.00
18 7203 PEMPROSESAN MAKANAN 100.00
19 7204 PENJAGAAN MUKA DAN DANDANAN RAMBUT 100.00
20 7205 ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 100.00
21 7301 LANDSKAP DAN NURSERI 100.00
22 7303 TANAMAN MAKANAN 100.00
23 7401 SENI REKA TANDA 100.00
24 7403 PRODUKSI MULTIMEDIA 100.00
25 7404 GRAFIK BERKOMPUTER 100.00
26 9216 KESUSASTERAAN CINA 100.00
[7]
Jadual 2
Mata Pelajaran Yang Mencapai Kelulusan 90 Hingga 99.9%
BIL KOD MP MATA PELAJARAN % LULUS
1 4572 SAINS SUKAN 99.84
2 3729 PERTANIAN 99.74
3 3769 SAINS RUMAH TANGGA 99.66
4 4531 PHYSICS 99.63
5 6351 BAHASA CINA 99.51
6 2611 PENDIDIKAN SENI VISUAL 99.30
7 4551 BIOLOGY 99.10
8 3770 SAINS KOMPUTER 98.87
9 3771 GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL 98.61
10 4561 ADDITIONAL SCIENCE 97.92
11 5228 PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH 97.43
12 5227 PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH 97.33
13 4541 CHEMISTRY 96.92
14 2280 GEOGRAFI 94.90
15 3766 PERNIAGAAN 94.46
16 1103 BAHASA MELAYU 93.46
17 2361 BAHASA ARAB 92.94
18 3760 PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 92.86
19 1511 SCIENCE 92.66
20 3756 PRINSIP PERAKAUNAN 91.96
21 5226 TASAWWUR ISLAM 91.72
22 2215 KESUSASTERAAN MELAYU 91.58
23 3759 LUKISAN KEJURUTERAAN 91.49
[8]
Jadual 3
Mata Pelajaran Yang Mencapai Kelulusan 80 Hingga 89.9%
BIL KOD MP MATA PELAJARAN % LULUS
1 3767 EKONOMI 89.33
2 3762
PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK 88.64
3 6356 BAHASA IBAN 88.10
4 1225 PENDIDIKAN MORAL 88.00
5 9221 BIBLE KNOWLEDGE 87.18
6 1249 SEJARAH 86.08
7 1223 PENDIDIKAN ISLAM 84.40
8 1449 MATHEMATICS 83.03
Jadual 4 menunjukkan 37 daripada 60 mata pelajaran yang ditawarkan
dalam peperiksaan SPM 2018 mencatat peningkatan atau pencapaian
yang sama berbanding pencapaian pada tahun 2017.
[9]
Jadual 4
Mata Pelajaran SPM 2018 Yang Mencatat Peningkatan Atau
Pencapaian Yang Sama Berbanding Pencapaian SPM 2017
BIL KOD MP MATA PELAJARAN %
LULUS 2018
% LULUS 2017
BEZA
1 3759 LUKISAN KEJURUTERAAN 91.49 84.52 6.97
2 9216 KESUSASTERAAN CINA 100.00 94.87 5.13
3 5228 PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH 97.43 92.87 4.56
4 4541 CHEMISTRY 96.92 94.18 2.74
5 1249 SEJARAH 86.08 83.62 2.46
6 6355 ENGLISH FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY 100.00 98.33 1.67
7 5226 TASAWWUR ISLAM 91.72 90.35 1.37
8 4561 ADDITIONAL SCIENCE 97.92 96.57 1.35
9 2280 GEOGRAFI 94.90 93.77 1.13
10 1449 MATHEMATICS 83.03 82.25 0.78
11 4551 BIOLOGY 99.10 98.38 0.72
12 2361 BAHASA ARAB 92.94 92.27 0.67
13 6351 BAHASA CINA 99.51 99.20 0.31
14 4531 PHYSICS 99.63 99.33 0.30
15 2205 LITERATURE IN ENGLISH 100.00 100.00 0.00
16 2612 KOMUNIKASI VISUAL 100.00 100.00 0.00
17 2613 SENI HALUS 100.00 100.00 0.00
18 2614 REKABENTUK 100.00 100.00 0.00
19 2621 PENDIDIKAN MUZIK 100.00 100.00 0.00
20 2622 MUZIK 100.00 100.00 0.00
21 2631 TARI 100.00 100.00 0.00
22 2641 TEATER 100.00 100.00 0.00
23 3763 REKA CIPTA 100.00 100.00 0.00
24 7103 KERJA PAIP DOMESTIK 100.00 100.00 0.00
25 7105 KIMPALAN ARKA DAN GAS 100.00 100.00 0.00
26 7107 MENSERVIS MOTOSIKAL 100.00 100.00 0.00
27 7109
MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK
100.00 100.00 0.00
28 7201 REKAAN DAN JAHITAN PAKAIAN 100.00 100.00 0.00
29 7202 KATERING DAN PENYAJIAN 100.00 100.00 0.00
30 7203 PEMPROSESAN MAKANAN 100.00 100.00 0.00
31 7204 PENJAGAAN MUKA DAN DANDANAN RAMBUT 100.00 100.00 0.00
32 7205
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
100.00 100.00 0.00
[10]
33 7301 LANDSKAP DAN NURSERI 100.00 100.00 0.00
34 7303 TANAMAN MAKANAN 100.00 100.00 0.00
35 7401 SENI REKA TANDA 100.00 100.00 0.00
36 7403 PRODUKSI MULTIMEDIA 100.00 100.00 0.00
37 7404 GRAFIK BERKOMPUTER 100.00 100.00 0.00
Selaras dengan pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara
(National Key Result Area – NKRA), sukacita saya maklumkan bahawa
pencapaian sekolah-sekolah di seluruh Sarawak berdasarkan Gred Purata
Sekolah (GPS) mengikut kategori pencapaian adalah seperti dalam Jadual
5.
Jadual 5
Pencapaian Sekolah Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) 2018
Pencapaian Sekolah GPS Bil. Sek % Sekolah
Cemerlang (Excellent)
0.00 - 2.25 1 0.55
Baik (Good)
2.26 - 4.50 35 19.12
Memuaskan (Satisfactory)
4.51 - 6.75 146 79.78
Berpotensi (Potential)
6.76 - 9.00 1 0.55
Sebahagian besar sekolah di Sarawak dapat dirumuskan sebagai berada
dalam kategori pencapaian sekolah Cemerlang, Baik dan Memuaskan.
1 buah sekolah (0.55%) sahaja yang memperoleh Pencapaian Berpotensi.
Perbandingan Pencapaian Negeri dengan Kebangsaan
Pencapaian calon negeri Sarawak dalam SPM 2018 mengatasi atau
menyamai pencapaian peringkat kebangsaan dalam 47 mata pelajaran:
[11]
Jadual 6
Pencapaian Calon Negeri Sarawak Mengatasi Atau Menyamai
Pencapaian Peringkat Kebangsaan
BIL KOD MP MATA PELAJARAN %
LULUS NEGERI
% LULUS NASIONAL
BEZA %
1 9216 KESUSASTERAAN CINA 100.00 76.40 23.60
2 9221 BIBLE KNOWLEDGE 87.18 79.92 7.26
3 1225 PENDIDIKAN MORAL 88.00 81.11 6.89
4 2621 PENDIDIKAN MUZIK 100.00 94.95 5.05
5 3766 PERNIAGAAN 94.46 90.43 4.03
6 5226 TASAWWUR ISLAM 91.72 87.82 3.90
7 6351 BAHASA CINA 99.51 95.69 3.82
8 2205 LITERATURE IN ENGLISH 100.00 96.41 3.59
9 3472 ADDITIONAL MATHEMATICS 77.74 75.08 2.66
10 2215 KESUSASTERAAN MELAYU 91.58 88.96 2.62
11 2280 GEOGRAFI 94.90 92.44 2.46
12 1511 SCIENCE 92.66 90.95 1.71
13 1449 MATHEMATICS 83.03 81.76 1.27
14 3767 EKONOMI 89.33 88.25 1.08
15 4561 ADDITIONAL SCIENCE 97.92 97.09 0.83
16 3769 SAINS RUMAH TANGGA 99.66 98.98 0.68
17 3729 PERTANIAN 99.74 99.10 0.64
18 4572 SAINS SUKAN 99.84 99.37 0.47
19 1103 BAHASA MELAYU 93.46 93.07 0.39
20 3756 PRINSIP PERAKAUNAN 91.96 91.70 0.26
21 3763 REKA CIPTA 100.00 99.78 0.22
22 4531 PHYSICS 99.63 99.48 0.15
23 2611 PENDIDIKAN SENI VISUAL 99.30 99.23 0.07
24 4541 CHEMISTRY 96.92 96.87 0.05
25 2612 KOMUNIKASI VISUAL 100.00 100.00 0.00
26 2613 SENI HALUS 100.00 100.00 0.00
27 2614 REKABENTUK 100.00 100.00 0.00
28 2622 MUZIK 100.00 100.00 0.00
29 2631 TARI 100.00 100.00 0.00
30 2641 TEATER 100.00 100.00 0.00
31 3768 ASAS KELESTARIAN 100.00 100.00 0.00
32 6355 ENGLISH FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY 100.00 100.00 0.00
33 6356 BAHASA IBAN 88.10 88.10 0.00
34 7103 KERJA PAIP DOMESTIK 100.00 100.00 0.00
35 7105 KIMPALAN ARKA DAN GAS 100.00 100.00 0.00
[12]
36 7107 MENSERVIS MOTOSIKAL 100.00 100.00 0.00
37 7109 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK
100.00 100.00 0.00
38 7201 REKAAN DAN JAHITAN PAKAIAN 100.00 100.00 0.00
39 7202 KATERING DAN PENYAJIAN 100.00 100.00 0.00
40 7203 PEMPROSESAN MAKANAN 100.00 100.00 0.00
41 7204 PENJAGAAN MUKA DAN DANDANAN RAMBUT
100.00 100.00 0.00
42 7205 ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
100.00 100.00 0.00
43 7301 LANDSKAP DAN NURSERI 100.00 100.00 0.00
44 7303 TANAMAN MAKANAN 100.00 100.00 0.00
45 7401 SENI REKA TANDA 100.00 100.00 0.00
46 7403 PRODUKSI MULTIMEDIA 100.00 100.00 0.00
47 7404 GRAFIK BERKOMPUTER 100.00 100.00 0.00
PRESTASI PENCAPAIAN SEKOLAH
Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), 19 buah Sekolah Menengah
Negeri Sarawak berjaya mencapai GPS 4.00 dan ke bawah. Sekolah
Menengah yang mencapai gred yang teratas di negeri Sarawak adalah
Sekolah Menengah Sains Kuching Utara, Padawan dengan nilai GPS 1.94,
Sekolah Menengah Sains Miri dengan nilai GPS 2.30, SMK Sacred Heart,
Sibu dengan nilai GPS 2.65, SMK St Elizabeth, Sibu dengan nilai GPS
2.70, Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching dengan nilai GPS
2.91, SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, Kuching dengan nilai GPS 2.91, SMK
Methodist, Sibu dengan nilai GPS 2.93 dan Sekolah Menengah Sains
Kuching, Padawan dengan nilai GPS 2.97.
Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri dengan nilai 3.07, SMK St
Anthony, Sarikei dengan nilai GPS 3.32, SMK Tinggi Sarikei dengan nilai
3.59, SMK Tiong Hin, Sibu dengan nilai GPS 3.60, SMK Kwong Hua, Sibu
[13]
dengan nilai GPS 3.64, SMK Agama Miri dengan nilai GPS 3.65, SMK
Kubong, Limbang dengan nilai GPS 3.69, SMK Lutong, Miri dengan nilai
GPS 3.78, SMK St Joseph, Miri dengan nilai GPS 3.92, SMK Jalan Oya,
Sibu dengan nilai GPS 3.95 dan SMK Agama Sibu dengan nilai GPS 3.97.
Jadual 7
19 Buah Sekolah Berprestasi Cemerlang
BIL KOD NAMA SEKOLAH DAERAH GPS
1 YEA1211 SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING UTARA
PADAWAN 1.94
2 YEA4104 SEKOLAH MENENGAH SAINS MIRI MIRI 2.30
3 YFB3102 SMK SACRED HEART SIBU 2.65
4 YFB3103 SMK ST ELIZABETH SIBU 2.70
5 YEB1303 KOLEJ DATUK PATINGGI ABANG HAJI ABDILLAH
KUCHING 2.91
6 YRA1303 SMK AGAMA TUN AHMAD ZAIDI KUCHING 2.91
7 YFB3101 SMK METHODIST SIBU 2.93
8 YEA1308 SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING PADAWAN 2.97
9 YEB4101 KOLEJ TUN DATU TUANKU HAJI BUJANG MIRI 3.07
10 YFB6102 SMK ST ANTHONY SARIKEI 3.32
11 YFB6101 SMK TINGGI SARIKEI SARIKEI 3.59
12 YFB3104 SMK TIONG HIN SIBU 3.60
13 YFB3203 SMK KWONG HUA SIBU 3.64
14 YRA4101 SMK AGAMA MIRI MIRI 3.65
15 YEA5102 SMK KUBONG LIMBANG 3.69
16 YEE4101 SMK LUTONG MIRI 3.78
17 YFB4103 SMK ST JOSEPH MIRI 3.92
18 YEE3202 SMK JALAN OYA SIBU 3.95
19 YRA3101 SMK AGAMA SIBU SIBU 3.97
[14]
Pencapaian Sekurang-kurangnya A- Dalam Semua Mata Pelajaran
Yang Diambil.
Tahun 2018 menampakkan 23 buah Sekolah Menengah Kebangsaan yang
mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang calon yang memperolehi
minima Gred A- dalam semua mata pelajaran yang diambil.
SMK Methodist, Sibu mempunyai 40 orang calon yang memperolehi
sekurang-kurangnya Gred A- dalam semua mata pelajaran yang diambil,
diikuti oleh SMK Sacred Heart, Sibu dan SMK St Elizabeth, Sibu masing-
masing 25 orang. Manakala SMK Lutong Miri, SMK Tung Hua, Sibu dan
SMK St Anthony, Sarikei 21 orang.
SMK Green Road Kuching 19 orang, SMK Chung Hua Miri 18 orang, SM
Sains Kuching Utara, Padawan 17 orang. SMK Batu Lintang Kuching dan
SMK Bintulu, 16 orang. SMK Sungai Maong Padawan dan SMK Tinggi
Kuching 15 orang, SMK Sungai Tapang dan SMK Tinggi Sarikei 14 orang.
Kolej DPAH Abdillah Kuching, SMK St Teresa Kuching dan SMK Tiong Hin
Sibu 12 orang. Diikuti oleh SMK Deshon Sibu, SMK Merbau Miri, Kolej TDT
Haji Bujang Miri, SMK Chung Hua Sibu dan SMK Agama Tun Ahmad Zaidi
Kuching pula masing-masing 10 orang.
[15]
Jadual 8
Pencapaian Sekurang-kurangnya A- Dalam Semua Mata Pelajaran
Yang Diambil.
BIL SEKOLAH DAERAH BIL
CALON
1 SMK METHODIST SIBU 40
2 SMK SACRED HEART SIBU 25
3 SMK ST ELIZABETH SIBU 25
4 SMK LUTONG MIRI 21
5 SMK TUNG HUA SIBU 21
6 SMK ST ANTHONY SARIKEI 21
7 SMK GREEN ROAD KUCHING 19
8 SMK CHUNG HUA MIRI 18
9 SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING UTARA PADAWAN 17
10 SMK BATU LINTANG KUCHING 16
11 SMK BINTULU BINTULU 16
12 SMK SUNGAI MAONG PADAWAN 15
13 SMK TINGGI KUCHING KUCHING 15
14 SMK SUNGAI TAPANG SAMARAHAN 14
15 SMK TINGGI SARIKEI SARIKEI 14
16 KOLEJ DATUK PATINGGI ABANG HJ ABDILLAH KUCHING 12
17 SMK ST TERESA KUCHING 12
18 SMK TIONG HIN SIBU 12
19 SMK DESHON SIBU 10
20 SMK MERBAU MIRI 10
21 KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG MIRI 10
22 SMK CHUNG HUA SIBU 10
23 SMK AGAMA TUN AHMAD ZAIDI KUCHING 10
Bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam semua
mata pelajaran pula ialah 533 (1.63%) orang berbanding 670 (1.98%)
orang pada tahun 2017. Statistik perbandingan pencapaian prestasi calon
bagi kategori ini bagi tahun 2017 dan tahun 2018 menunjukkan penurunan
sebanyak 0.35%.
[16]
Perbandingan Pencapaian Sekolah Bandar Dan Luar Bandar
Jadual 9 menunjukkan pencapaian antara calon sekolah bandar dan
sekolah luar bandar dari segi pencapaian minimum Gred E bagi semua
mata pelajaran teras. Calon sekolah bandar menunjukkan pencapaian
yang lebih baik dari segi pencapaian minimum Gred E bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu iaitu peningkatan sebanyak 0.34%. Manakala calon
sekolah luar bandar menunjukkan pencapaian yang lebih baik dari segi
pencapaian minimum Gred E bagi mata pelajaran Pendidikan Islam iaitu
0.02%.
Dari segi jurang perbezaan pencapaian antara calon sekolah bandar dan
calon sekolah luar bandar bagi pencapaian minimum Gred E, mata
pelajaran Matematik dan Sejarah menunjukkan peningkatan yang semakin
ketara. Bagi mata pelajaran Matematik calon sekolah bandar pada tahun
2018 mencatatkan peningkatan sebanyak 0.24%. Manakala bagi calon
sekolah luar bandar pula menunjukkan peningkatan kepada 1.26%. Mata
pelajaran Sejarah calon sekolah bandar pada tahun 2018 mencatatkan
peningkatan sebanyak 1.41% dan calon sekolah luar bandar menunjukkan
peningkatan tertinggi sebanyak 3.24% berbanding tahun 2017.
Bagi mata pelajaran Science calon sekolah bandar menunjukkan
penurunan sebanyak 0.89% pada tahu 2018, manakala calon luar bandar
juga menunjukkan trend penurunan sebanyak 1.04%.
[17]
Mata pelajaran Bahasa Inggeris pada tahun 2018 mencatatkan penurunan
bagi kedua-dua calon sekolah bandar dan calon sekolah luar bandar iaitu
masing-masing sebanyak 1.51% dan 1.40% berbanding tahun 2017.
Sementara itu, jurang perbezaan antara calon sekolah bandar dan sekolah
luar bandar dari segi pencapaian minimum Gred E tidak menunjukkan
perubahan trend yang ketara bagi mata pelajaran Pendidikan Moral.
Jadual 9
Perbandingan Pencapaian Sekolah Bandar Dan Luar Bandar
KOD MP
MATA PELAJARAN LOKASI TAHUN BIL AMBIL BIL LULUS % LULUS
1103 Bahasa Melayu
B
2018 13587 12587 92.64
2017 14347 13242 92.30
Beza -760 -655 0.34
LB
2018 19001 17869 94.04
2017 19392 18305 94.39
Beza -391 -436 -0.35
1119 Bahasa Inggeris
B
2018 13581 11296 83.18
2017 14295 12106 84.69
Beza -714 -810 -1.51
LB
2018 18942 13535 71.45
2017 19335 14085 72.85
Beza -393 -550 -1.40
1223 Pendidikan Islam
B
2018 4374 3786 86.56
2017 4432 3842 86.69
Beza -58 -56 -0.13
LB
2018 5679 4699 82.74
2017 5840 4831 82.72
Beza -161 -132 0.02
1225 Pendidikan Moral
B
2018 8494 7364 86.70
2017 9167 7965 86.89
Beza -673 -601 -0.19
LB
2018 12414 11036 88.90
2017 12758 11348 88.95
Beza -344 -312 -0.05
[18]
1249 Sejarah
B
2018 13535 11614 85.81
2017 14330 12094 84.40
Beza -795 -480 1.41
LB
2018 18955 16354 86.28
2017 19383 16096 83.04
Beza -428 258 3.24
1449 Mathematics
B
2018 13357 11572 86.64
2017 14017 12110 86.40
Beza -660 -538 0.24
LB
2018 18797 15126 80.47
2017 19158 15176 79.21
Beza -361 -50 1.26
1511 Science
B
2018 9519 8747 91.89
2017 9675 8976 92.78
Beza -156 -229 -0.89
LB
2018 15876 14784 93.12
2017 16052 15115 94.16
Beza -176 -331 -1.04
[19]
Jadual 10
21 Buah Sekolah Luar Bandar Berprestasi Baik
BIL KOD NAMA SEKOLAH DAERAH GPS
1 YEA1308 SM SAINS KUCHING PADAWAN 2.97
2 YFB6102 SMK ST ANTHONY SARIKEI 3.32
3 YFB6101 SMK TINGGI SARIKEI SARIKEI 3.59
4 YFB3203 SMK KWONG HUA SIBU 3.64
5 YEA5102 SMK KUBONG LIMBANG 3.69
6 YEE3202 SMK JALAN OYA SIBU 3.95
7 YRA1301 SMK AGAMA SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB
PADAWAN 4.03
8 YFB6301 SMK KAI CHUNG MARADONG 4.16
9 YRA5101 SMK (A) LIMBANG LIMBANG 4.40
10 YEA3201 SMK BAWANG ASSAN SIBU 4.57
11 YEE6301 SMK MERADONG MARADONG 4.58
12 YEB3301 SMK DATUK HAJI ABDUL RAHMAN YAKUB [SEDAYA]
KANOWIT 4.60
13 YEB3201 SMK LUAR BANDAR SIBU SIBU 4.63
14 YKA1202 SM TEKNIK SEJINGKAT KUCHING 4.66
15 YEE5101 SMK LIMBANG LIMBANG 4.66
16 YEB8101 SMK SUNGAI TAPANG SAMARAHAN 4.67
17 YEA6202 SMK JULAU NO. 2 JULAU 4.83
18 YFA8101 SMK PESANTREN ABDUL TAIB MAHMUD SAMARAHAN 4.96
19 YRA3201 SMK AGAMA IGAN DALAT 4.97
20 YEA4301 SMK TEMENGGONG DATUK LAWAI JAU BARAM 4.98
21 YEA3302 SMK KANOWIT KANOWIT 5.00
[20]
Prestasi Pencapaian Cemerlang Calon
Pada keseluruhannya, pencapaian calon negeri Sarawak dalam Sijil
Pelajaran Malaysia 2018 adalah menggalakkan. Seramai 8 orang calon
berprestasi cemerlang tertinggi yang mendapat gred A+ dalam semua
mata pelajaran (Jadual 11). Daripada jumlah tersebut, 2 orang mendapat
10A+, dan 6 orang mendapat 9A+ dalam semua mata pelajaran yang
diambil.
Jadual 11
Senarai Calon Mendapat Gred A+ Dalam Semua Mata Pelajaran
BIL NAMA NAMA SEKOLAH DAERAH GPS
1 ALVIN SOO QWAN ZHOU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BINTULU
BINTULU 10[A+]
2 NUR IZZAH ATHIRAH BINTI ABDUL SAMAT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST TERESA
KUCHING 10[A+]
3 CONSTANCE WONG CHIA YII
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SG MAONG
PADAWAN 9[A+]
4 MUHAMAD HAZIM BIN ISA
SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING UTARA
PADAWAN 9[A+]
5 NAZMI BIN AHMAD NIZAR SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING UTARA
PADAWAN 9[A+]
6 MUHAMAD MAZIZ AZRI BIN MAZNAN
SEKOLAH MENENGAH SAINS MIRI
MIRI 9[A+]
7 ALLISTER DANIEL ANAK LINGGONG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERBAU
MIRI 9[A+]
8 KEVIN YOK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERBAU
MIRI 9[A+]
[21]
Penutup
Sehubungan dengan pengumuman keputusan ini, calon-calon yang ingin
membetulkan maklumat peribadi dalam slip keputusan, menyemak semula
atau mengemaskini keputusan mereka hendaklah melakukannya dalam
tempoh 30 hari selepas tarikh pengumuman keputusan iaitu selewat-
lewatnya 14 April 2019. Lembaga Peperiksaan tidak akan melayan
permohonan dan membuat sebarang pindaan kepada maklumat keputusan
calon yang dibuat selepas tempoh tersebut.
Mulai tahun 2015 bayaran semak semula keputusan bagi setiap mata
pelajaran ialah RM100.00 dengan menggunakan wang pos atau kiriman
wang atas nama Akauntan Negara Malaysia. Borang semak semula atau
pengemaskinian keputusan dan Borang Pembetulan Maklumat Calon
LP/Am 38 Pin.1/2016 boleh didapati daripada pihak sekolah masing-
masing, Unit Penilaian dan Peperiksaan, Pejabat Pendidikan Daerah
seluruh Sarawak atau Sektor Penilaian dan Peperiksaan di Ibu Pejabat,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Jalan Diplomatik Off Jalan Bako,
Kuching.
Dengan kesempatan ini, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengetua, guru, ibu bapa dan
pihak yang terlibat dalam persediaan, pengurusan dan pengendalian
peperiksaan SPM 2018 yang telah dijalankan dengan sempurna. Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak juga mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak atas
sumbangan serta kerjasama yang padu dalam usaha menambah dan
Recommended