View
46
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
TAJUK 2 :
CERITA PANGLIPUR LARA
NORASMA BINTI CHE MAT
SAIFATUL NURUL ZAIMA BT ABDUL GEHANI
SEM 8 : PEMULIHAN
PENGENALANMenurut Dr. Ismail Hamid dalam bukunya
“Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama”,
‘Penglipur’ membawa maksud penghibur, manakala
‘Lara’ pula bermaksud duka atau kesedihan hati.
Daripada cantuman dua kata ‘Penglipur’ dan ‘Lara’
membawa pengertian cerita yang menghiburkan
orang dalam kesedihan atau dukacita.
Cerita Penglipur Lara terkenal dalam kalangan
masyarakat Melayu kerana cerita-cerita ini
mempunyai keunikan dan keistemewaan yang
tersendiri. Keunikkan itu jelas dilihat dari segi ceritanya,
penutur atau tukang cerita dan cara persembahan
cerita tersebut.
CIRI-CIRI CERITA
PENGLIPULARA
Tema
Berpusat di kalangan
putera-puteri rajaWatak dan
Perwatakan
Penyampaian
dan gaya bahasa
Latar
*•Keseluruhan cerita Penglipur lara ini bertemakan percintaan
antara wira dengan wirawati.
•Percintaan mereka ini dikaitkan dengan pengembaraan sang
wira dalam mencari pasangan mereka (wirawati) disebabkan
oleh hal-hal yang tertentu.
•Persoalan yang biasa diutarakan ialah mengenai persoalan
peperangan, kesaktian, kehebatan, kemewahan dan kegagahan
ditonjolkan dalam cerita Penglipur lara.
•Para wira lazimnya akan memiliki kesaktian dan kegagahan
mereka tersendiri untuk mengatasi segala rintangan serta
halangan untuk berjaya dan mencapai hajat wira.
• Penyelesaian cerita-cerita Penglipur lara biasanya mereka
hidup bahagia bersama wirawati.
*
WATAK UTAMA (
PRATAGONIS )
Watak utama - terdiri dalam kalangan putera puteri raja dan
mempunyai watak baik serat banyak kelebihan,
keistemewaan dan keberaniannya juga yang tidak terdapat
dalam kebanyakan orang.
Peranan watak utama iaitu wira akan mengembara dengan
tujuan yang tertentu.
Di sini jelas diperlihatkan wira akan menghadapi berbagai-
bagai halangan, rintangan, kesusahan dan sebagainya,
tetapi semuanya akan berakhir dengan kejayaan di atas
kepintaran, kebijaksanaan dan kegagahan yang mereka miliki.
*
WATAK PEMBANTU
Biasanya watak ini terdiri dari kalangan
rakyat biasa yang menjadi pembantu,
pengasuh, pengiring pada watak utama
samada pada watak utama sama ada
pada watak wira atau watak wirawati
seperti nenek kebayan, Kembang Cina dan
Bujang Selamat yang menjadi pembantu
dalam tindak – tanduk watak utama.
*
WATAK JAHAT ( ANTAGONIS )
Gambaran mengenai watak jahat ini
terdiri dari watak yang menjadi
penghalang kepada watak utama dalam
mencapai sesuatu tujuan dan sering
menimbulkan masalah kepada watak
utama. Watak ini dianggap sebagai
musuh jahat kerana sering menaruh niat
buruk , sering menimbulkan pergaduhan
dan peperangan.
*
i) Bahagian awal:
Pada bahagian awal diceritakan tentang kisah sebelum
pengembaraan wira. Bahagian awal dimulakan dengan
latar belakang kelahiran wira, kehidupannya sewaktu
kecil disertakan dengan latar belakang kehidupan
keluarga wira.
Dalam bahagian ini juga diceritakan tentang kejadian
yang luar biasa berlaku semasa wira dilahirkan seperti
kelahiran wira yang disertai dengan hujan, ribut, kilat,
petir, serta suasana alam yang luar biasa. Kadang-
kadang digambarkan kelahiran wira juga akan disertai
dengan benda atau senjata yang ajaib penuh kesaktian.
ii) Bahagian Pengembaraan:
•Pada bahagian perkembangan atau pengembaraan
diterangkan sebab-sebab wira keluar dari istana untuk
mengembara dengan tujuan-tujuan yang tertentu.
• Dalam pengembaraan tersebut wira akan menghadapi
pelbagai halangan, rintangan dan penderitaan yang
menguji kesabaran atau ketabahan dalam
mengharunginya.
• Peperangan juga berlaku di antara watak wira dengan
watak jahat yang cuba menghalang hasrat wira
mencapai tujuan pengembaraannya. Di samping itu
disisipkan juga unsur-unsur percintaan dan perkahwinan
wira dengan puteri-puteri raja negeri yang disinggahi atau
dikalahkan.
iii)Bahagian Akhir:
•Setelah berhempas pulas untuk mencapai apa
yang dihajati, akhirnya wira pun mencapai
kejayaan.
•Sebaik saja hajat dan tujuan yang diharapkan
telah berjaya diperolehi wira pun kembali
semula ke istana, membawa isteri atau isteri-
isterinya dan hidup aman bahagia dengan
segala kebesaran dan kemegahan memerintah
kerajaan yang besar.
Keseluruhan cerita Penglipur lara disampaikan dalam bentuk prosa iaitu karangan yang tidak berangkap, tetapi jika berhadapan dengan Penglipur lara itu sendiri, ia didengar seperti puisi kerana pencerita akan melagukan agar sedap di dengar serta menarik minat pendengar.
BENTUK FROSA DGN
SELINGAN PUISI
CARA PENYAMPAIAN
DAN GAYA BAHASA
Penceritaan dalam bentuk prosa
(naratif) diselang selikan denganbahasa puisi yang indah dan
berirama.
Kesan penggunaan bahasa puisi
itu berupaya menimbulkan
keindahan kerana menggunakan
kata seperti kata-kata
perbandingan atau kiasan , kata
perbandingan dari segi ulanganbunyi, rima dan sebagainya.
Berkesan dapat
menggambarkan suasana yang
berbagai-bagai seperti sedih,
gembira, terharu, bahagia danlain-lain.
*CONTOH KARYA CERITA
PENGLIPUR LARA o Hikayat Raja Donan
o Hikayat Anggun Cik Tunggal
o Hikayat Raja Muda
o Hikayat Malim Deman
o Hikayat Awang Sulung Merah Muda
o Hikayat Malim Dewa
o Hikayat Raja Sulaiman
o Hikayat Selampit
o Cerita Raja Dewa ( Dari Kelantan )
*Kisah Hikayat Malim Deman HIKAYAT MALIM
DEMAN Tuanku Gombang Malim Dewa dan
permaisuri Tuan Puteri Lindungan Bulan
memerintah negeri Bandar Muar. Mereka
mempunyai seorang putera, Tuanku Malim
Deman. Pada suatu malam, Tuanku Malim
Deman bermimpi didatangi seorang wali Allah
menyuruh baginda pergi ke hulu negeri
berjumpa dengan Nenek Kebayan untuk
beristerikan Puteri Bongsu daripada tujuh
beradik dari kayangan yang akan turun ke
dalam taman nenek memetik bunga mengarang
kuntum pada setiap malam purnama. Sedar
dari beradu, Tuanku Malim Deman berubah
menjadi seorang yang gila bayang. Seisi
istananya kehairanan terutama pengasuhnya, Si
Kembang Cina. Baginda memohon pekenan
ayah dan bondanya untuk pergi berburu ke hulu
negeri. Pada mulanya Tuanku Malim Deman
malam purnama. Sedar dari beradu, Tuanku Malim Deman berubah menjadi
seorang yang gila bayang. Seisi istananya kehairanan terutama pengasuhnya, Si
Kembang Cina. Baginda memohon pekenan ayah dan bondanya untuk pergi
berburu ke hulu negeri. Pada mulanya Tuanku Malim Deman diiringi sekalian
ramai hulubalang dan rakyat jelata. Namun mereka tewas; akibat kebuluran,
penyakit, sesat dan berpatah balik. Akhirnya tinggallah Tuanku Malim Deman,
Awang Selamat dan anjingnya Si Kumbang. Awang Selamat jatuh sakit dan
meninggal dunia dalam perjalanan, Si Kumbang pula mati lemas. Tinggallah
Tuanku Malim Deman sendirian menempuhi berbagai-bagai kesusahan dan
penderitaan sehingga menemui sebiji batil emas hanyut berisi sebentuk cincin
dan sehelai rambut. Semua ini milik Puteri Bongsu dari kayangan yang berkata
barang sesiapa yang menemui batil tersebut ialah jodohnya. Sebenarnya puteri
ini telah ditunangkan dengan Medan Si Tangkal Ali tetapi tidak disukainya.
Tuanku Malim Deman menemui Nenek Kebayan dan dengan helah mereka baju
layang Puteri Bongsu diambil oleh Tuanku Malim Deman. Akhirnya Tuanku Malim
Deman membuka rahsia batil emas dan apa tujuan sebenar kedatangannya.
Mereka dikahwinkan oleh Betara Guru di rumah Nenek Kebayan. Kepulangan
Tuanku Malim Deman membawa isteri disambut penuh meriah dan kebesaran
oleh kedua orang tuanya, lalu diadakan kenduri kahwin besar-besaran. Rakyat
negeri Bandar Muar mengadakan pesta selama tiga bulan sebagai tanda
kesyukuran dan Tuanku Gombang Malim Dewa sendiri berkenduri membayar
nazarnya. Tuanku Gombang Malim Dewa dan permaisuri mangkat selang
seminggu, taktha kerajaan diserahkan kepada Tuanku Malim Deman.
Malangnya, Tuanku Malim Deman tidak cekap memerintah negeri. Baginda asyik
dengan persabungan dan berfoya-foya dengan wanita sehingga melupakan
urusan negeri dan permaisurinya. Sehinggalah Puteri Bongsu berputerakan
Tuanku Malim Dewana pun, baginda tidak sudi pulang menjenguk bayinya itu.
Contoh :Yang capik datang bertongkatYang buta meraba-rabaYang tua leka bertanyaYang keci terambil lintangYang jarak bertolak-tolakanYang pendek tinjau meninjauYang kurap mengekor angin
Ada kain songket ermataTenun puteri Galoh kencanaAda lain buangkan betaKerana beta dagang yang hina.
Recommended