View
274
Download
6
Category
Preview:
DESCRIPTION
Teselasi
Citation preview
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
1.0 PENGENALAN
1.1 Pengenalan Teselasi 2 Matra Dan 3 Matra
Teselasi bermaksud penyusunan sesuatu corak secara berulang untuk memenuhi
sebuah ruang.Contohnya,corak ini mudah didapati pada corak pada kain batik,
jubin, sarang lebah dan sebagainya.Dalam geometri , tesalasi adalah corak yang
dihasilkan dari susunan poligon yang sekata untuk menutup sesebuah permukaan
satah tanpa ruang atau pertindihan. Corak – corak ini akan berulang.
Teselasi telah wujud selama berabad tahun lamanya. Ia masih digunakan
sehingga ke hari ini. Menurut artikel “History of Tesellation” (2011), pada tahun
1619, Joannes Kepler telah menjalankan satu kajian pertama teselasi yang telah
didokumentasikan. Beliau menulis tentang „regular dan semiregular. Teselasi di
mana bentuk-bentuk ini telah di kenalpasti sebagai rangka pesawat dalam bentuk
poligon.Kajian E.S Federov pada tahun 1891 membuktikan bahawa setiap
sudutpesawat itu dibina berasaskan satu daripada tujuh belas bentuk isometri yang
berbeza. Secara tidak langsung, kajian Federov telah memperkenalkan kajian
teselasi dalam matematik.
Terdapat juga beberapa ahli matematik lain yang melakukan kajian terhadap
tajuk teselasi ini. Antaranya ialah Shubnokov dan Belov (1951), dan Heinrich
Heeschdan Klienzie (1963) Pelukis Belanda, MC Escher adalah penyumbang yang
paling terkenal. Beliau merupakan seorang yang amat dihormati oleh ahli
matematik serta ahli sains yang lain.Beliau tidak mempunyai latihan formal dalam
bidang sains dan matematik. MC Ester paling terkenal untuk struktur beliau yang
dipanggil „Ascending and Descending‟,„Relativity‟, Transformation Prints seperti
Metamorphosis I,Metamorphosis II,Metamorphosis III, Sky & Water dan Reptiles.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 1
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
1.1.1 Definisi Teselasi
Kata teselasi berasal dari kata bahasa Inggeris iaitu Tesselation.Namun menurut
MathForum, kata tessellate berasal dari bahasa Yunani,Tesseres yang dalam
bahasa Inggeris ertinya adalah “empat”. Secara mudahnya,ia boleh diertikan
sebagai corak yang mencakupi permukaan satah dengan memasang bersama-
sama dari bentuk asas yang sama yang telah diciptakan oleh Alam dan bentuk.
Contoh-contoh susunan dari corak heksagonal mudah seperti sarang madu
lebah,jubin rumah,dan sebagainya.
Dalam terminologi geometri,teselasi adalah satu bentuk pola yang meliputi
sesuatu permukaan sepenuhnya, dengan tiada ruang di antara bentuk dan tanpa
sebarang pertindihan bentuk digunakan. Contoh teselasi yang paling asas
termasuklah jubin rumah. Bentuk-bentuk teselasi yang lebih menarik termasuklah
teselasi Islam berbentuk bintang. Corak ini biasanya berulang. Teselasi
merupakan konsep matematik yang digunakan oleh guru-guru misalnya untuk
pelajaran seni dan matematik.
Dalam pembelajaran matematik, teselasi dapat digunakan untuk membantu para
pelajar mempelajari konsep-konsep matematik secara lebih mendalam misalnya
polygon,regular polygon, non-regular/irregular polygon, kongruen, sudut dalam,
jumlah sudut dalam dari segibanyak yang saling bertemu pada titik sudut (vertex)
tesselasi, translasi, refleksi, dan pusingan.Tesselasi adalah suatu konsep
matematik yang digunakan oleh guru-guru misalnya untuk pelajaran seni dan
matematik.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 2
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
1.1.2 Jenis-Jenis Teselasi
Teselasi terbahagi kepada beberapa jenis. Teselasi dapat dibahagikan kepada 3
jenis utama iaitu;
1.Teselasi sekata
2.Teselasi separuh-sekata
3.Teselasi tidak sekata
4. Teselasi ringkas
5.Teselasi kompleks
1. Teselasi Sekata
Teselasi sekata merupakan sepenuhnya daripada poligon sekata kongruen semua
pertemuan bucu bertemu bucu. Hanya terdapat tiga teselasi sekata yang
menggunakan segitiga sama sisi, segi empat tepat dan segi enam. Berikut yang
menggunakan segi tiga dan segi enam.
a. Segitiga Sama Sisi
b. Segi Empat Tepat
c. Segi Enam.
Rajah di atas merupakan contoh kepada segi tiga sama sisi dan segi enam.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 3
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
2. Teselasi separuh sekata
Teselasi separuh sekata merupakan teselasi yang dicipta dengan dua atau lebih
jenis polygon sekata yang dipasangkan bersama-sama sedemikian rupa supaya
polygon yang sama dalam susunan kitaran yang sama mengelilingi setiap bucu.
Terdapat lapan teselasi separa-sekata yang merangkumi pelbagai kombinasi segi
tiga sama sisi, segi empat sama sisi, segi enam, octagons dan dodecagons.
Berikut merupakan contoh teselasi separuh sekata :
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 4
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
3. Teselasi tidak sekata.
Teselasi tidak sekata merupakan teselasi yang tidak ada halangan dalam susunan
polygon di sekeliling . Terdapat nombor infiniti di dalam teselasi. Tesalasi boleh
direka dengan mempersembahkan satu atau lebih operasi asas, translasi, putaran
dan pantulan pada polyiamond (gabungan segitiga sama sisi). Contoh di bawah yang
melibatkan translasi, putaran dan pantulan.
Translasi ialah pergerakan polyiamond di sepanjang satah. Operasi translasi boleh
diaplikasikan kepada semua polyiamond.
Putaran ini memutarkan polyiamond di atas satah.Operasi putaran boleh
diaplikasikan kepada semua polyiamond yang mana tidak mempunyai simetri bulat,
contohnya hexiamond isi enam, yang mana tidak berubah.
Pantulan merupakan dimana ia memantulkan polyiamond di atas satah, seperti yang
terdapat pada cermin.
4. Teselasi ringkas
Teselasi ringkas merupakan dimana operasi translasi digunakan.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 5
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
5. Teselasi kompleks
Teselasi kompleks merupakan dimana ia menggunakan satu atau lebih putaran dan
pantulan yang digunakan bersama-sma translasi.
Satu atau lebih polyiamond boleh digabungkan untuk membentuk rajah yang
boleh menteseslasikan satah menggunakan hanya operasi translasi.. Rajah ini akan
dipanggil unit sel.
Satu unit sel yang biasa boleh diisi dengan beberapa polyiamond yang
berlainan. Gardner menerangkan bagaimana lima pasang heptiamond boleh
digunakan untuk mengisi unit sel corak teselasi yang sama. Anda akan berupaya
untuk mencari contoh lain di dalam ilustrasi-ilustrasinya kemudian. Di bawah
merupakan contohnya.
Teselasi boleh dinyatakan dengan mudah apabila ia mengikut bagaimana unit
sel mengandungi satu atau lebih polyiamond yang disusun.. Jika unit sel disusun
seperti corak sekata yang berulang-ulang atau corak rambang , teselasi disebut
periodic. Jika susunan menghasilkan corak yang tidak sekata atau rambang ,
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 6
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
teselasi disebut aperiodic. Susunan lain yang menghasilkan teselasi dengan pusat
simetri bulat adalah disebut radial – seperti teselasi , dengan pengecualian kes-kes
istimewa , adalah kompleks dan akan meliputi dua per tiga atau enam unit sel yang
salah satunya mengandungi nombor polyiamond yang tidak terbatas.
Kesemua teselasi yang sekata termasuk dalam tujuh belas set simetri yang
berlainan kumpulan yang mana menguras semua cara yang coraknya boleh diulang
tanpa had dalam dua dimensi.
Operasi putaran dan pantulan mesti digunakan untuk menyediakan
keseimbangan unit sel untuk teselasi.
Periodic - Unit sel disusun seperti corak sekata yang berulang- ulang atau
corak rambang.
Aperiodic - Unit sel yang disusun menghasilkan corak yang tidak sekata atau
rambang.
Radial - Susunan yang menghasilkan tesalasi dengan pusat simetri bulat.
Contoh corak teselasi yang lain.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 7
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Teselasi yang lain.
Terdapat banyak corak tesalasi dalam dunia yang sebenar. Kita telah belajar
tesalasi yang berbentuk poligon yang berulang-ulang tanpa mempunyai ruang
atau seksyen yang bertindih. Contohnya sisik pada ikan, cengkerang kura-kura,
ataupun kulit nanas. Dalam pembinaan guna, terdapat pelbagai corak teselasi
yang digunakan. Corak ini terdapat dalam susunan batu dan mozek yang
terdapat bangunan. Pembinaan bangunan yang menggunakan teselasi seperti
Masjid Biru dan Haiga Sophia di Istanbul, Turki dan Westminster Abbey di
London, England.
Teselasi dalam kehidupan seharian.
Dalam kehidupan seharian kita, terdapat pelbagai corak teselasi yang dapat kita
lihat. Corak-corak teselasi ini mempunyai corak yang menarik.
Berikut merupakan contoh teselasi dalam kehidupan seharian kita.
1. Bola sepak
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 8
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
2. Kulit ular sawa
3. Bangunan
4. Nanas
5. Rama-rama
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 9
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
6. Cangkerang siput
7. Sarang lebah
8. Selimut
9.Langsir
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 10
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
3 Matra atau 3 Dimensi
Bentuk 3 matra atau 3 dimensi (3D) adalah bentuk-bentuk yang menyerupai bahan
yang sebenar. 3 matra adalah salah satu aplikasi daripada geometri. Kehidupan kita
dipenuhi dengan bentuk 3 matra yang terdiri bentuk pyramid, sfera, kon, kubus, kuboid
dan silinder. Bentuk-bentuk ini mudah didapati dalam apa-apa bentuk . Setiap objek ini
boleh dilihat atau disentuh. Objek-objek ini adalah objek yang terdiri daripada tiga
dimensi yang boleh diukur dari segi panjang, lebar, dan tinggi.
Pelbagai bentuk 3 matra yang terdapat dalam kehidupan seharian kita. Salah
satu jenisnya adalah polyhedra. Bola dan dadu adalah contoh polyhedra. Apakah itu
polyhedra? Polyhedra ialah objek tiga dimensi yang permukaannya berbentuk poligon.
Contohnya seperti prisma dan piramid. Prisma dan piramid mempunyai permukaan
yang berbentuk segitiga. Segitiga ini ialah salah satu contoh poligon.
Dadu adalah satu contoh objek yang berbentuk kubus. Manakala, pemain DVD
adalah satu contoh lain objek yang berbentuk kuboid. Bola sepak pula adalah satu
objek yang permukaannya berbentuk icosahedron. Bentuk-bentuk ini juga adalah
contoh polyhedra.
Objek tiga dimensi yang permukaannya berbentuk poligon dikenali sebagai
polyhedron. Istilah ini berasal daripada perkataan Greek , poli yang bermaksud
"banyak," dan hedron, yang bermaksud "muka". Jadi, secara amnya, sebuah
polyhedron adalah objek tiga dimensi yang mempunyai banyak permukaan. Contohnya
seperti kubus dan kuboid. Permukaan sebuah kubus terdiri daripada beberapa segi
empat sama. Manakala, permukaan kuboid pula terdiri daripada gabungan beberapa
segi empat tepat.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 11
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Bentuk 3 Matra
1. Kon
2. Kubus
3. Kuboid
4. Sfera
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 12
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
5. Silinder
6. Piramid
Ciri-Ciri 3 Matra Atau 3 Dimensi
Setiap bentuk 3D mempunyai ciri yang berbeza. Setiap ciri ini berbeza dengan bentuk .
Bil Bentuk 3 Matra Bilangan Permukaan
Rata
Bilangan Permukaan Melengkung
Bilangan Bucu
Bilangan Sisi
1 KUBUS 6 0 8 122 KUBOID 6 0 8 123 PIRAMID 5 0 5 84 KON 1 1 1 15 SILINDER 2 1 0 26 SFERA 0 1 0 0
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 13
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Bentuk 3 Matra dalam kehidupan seharian
Bentuk 3D mudah didapati dalam kehidupan seharian kita. Bentuk ini terdapat di mana -
mana sahaja.
1. Hadiah harijadi
2. Ais krim
3. Pemain DVD
4. Bola tenis
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 14
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
5. Bekas makanan
ringan
6. Piramid makanan
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 15
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
1.2 Kepentingan dan kelebihan
Teselasi 2D dan 3 matra mempunyai kepentingan yang berbeza. Dalam teselasi
2D, apabila kita mengenali asas corak teselasi, kita akan mudah untuk mengenali
corak teselasi yang lain dalam kehidupan seharian kita. Selain itu, semakin banyak
corak teselasi yang kita lihat dan kenal, semakin banyak pengetahuan akan kita
perolehi. Dengan mengenali corak teselasi, ini akan memudahkan seseorang
untuk melakar corak yang harus dibuat dalam sesuatu corak bangunan.
Contohnya, seorang jurutera dan arkitek dapat membuat pelan awal corak yang
akan digunakan. Selain itu, pengkarya seni dapat menghasilkan corak-corak yang
berseni dan mempunyai nilai estetika.
Terdapat banyak kepentingan 3 matra ini.Murid boleh melihat benda yang
sebenar dengan konsep yang betul. Selain itu, pembelajaran akan berlaku dengan
lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan
yang sebenar. Disamping itu, murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta
pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik dan juga dapat memberi
pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu. Mengenali
3D menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau
hasilan. Seterusnya, ia memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi
diantara satu sama lain. Di samping itu juga, ia juga mampu menimbulkan
semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui
penyelidikan.
Antara bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat Bantu mengajar
antara lain ialah Realia, Model, Diorama, Akuarium dan terrarium, Boneka, ‘Mobile'
serta Topeng.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 16
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
1.3 Kelemahan
Walaubagaimanapun,terdapat beberapa kelemahan dalam aspek 2 Matra
ini .Antaranya, murid sukar untuk mengenal atau mengaplikasi bentuk 2D dalam
kehidupan seharian. Contohnya, murid kurang terdedah dengan alam sekeliling.
Selain itu, bagi menghasilakan teselasi 2 Matra masa yang lebih diperlukan kerana
ia melibatkan kita untuk menggunakan ukuran-ukuran tertentu untuk
menghasilkanya.
Untuk menghasilkan bentuk 3 Matra, ianya memerlukan bahan yang lebih serta
mempunyai kemahiran yang baik dan tinggi bagi membentuk atau menghasilkan
bentuk 3D tersebut. Kemahiran ini memerlukan kemahiran yang tinggi kerana
melibatkan pengukuran yang melibatkan ruang, bucu dan sebagainya. Selain itu,
untuk menghasilkan bentuk 3D, ianya memerlukan masa yang banyak. Hal ini
kerana, kerja membuat 3D adalah rumit dibandingkan dengan teselasi 2 Matra.
1.4 Implikasi
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan teselasi 2 matra dan 3 matra
boleh digunakan. Penggunaan teselasi boleh membantu pelajar mengenali pelbagai
corak yang lain. Dalam matematik, guru boleh meminta pelajar untuk menghasilkan
corak-corak teselasi dengan melihat corak yang terdapat di sekeliling kelas. Pelajar
akan mudah memahami teselasi dengan jelas kerana pelbagai contoh corak teselasi di
dalam kelas. Corak ini adalah seperti kain langsir tingkap kelas, pelapit meja dan
sebagainya.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 17
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Di samping itu, suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik jika guru
menggunakan alatan mengajar seperti menggunakan alatan 3 matra. Sebagai contoh,
apabila guru ingin menerangkan konsep ruang, guru boleh menggunakan bahan-bahan
3 matra. Guru boleh menyediakan bahan-bahan 3D tersebut sebelum kelas dimulakan.
Apabila guru hendak mengajar konsep ruang, guru boleh membawa kotak yang
terbuang untuk ditunjukkan di dalam kelas. Oleh itu, pemahaman pelajar akan lebih
mudah dengan menggunakan bahan maujud.
2.0 Membentuk teselasi 2 matra
2.1 Laporan pelaksanaan 2 Matra
LAPORAN PELAKSANAAN TESELASI
Dalam menghasilkan teselasi 2 matra,kumpulan kami telah melalui beberapa
proses.Secara ringkasnya,proses yang telah kami lalui boleh dibahagikan kepada
beberapa peringkat iaitu peringkat pemilihan idea,peringkat pelaksanaan dan
akhirnya peringkat kemas kini.Dalam laporan ini,kami akan menerangkan secara lebih
mendalam tentang proses yang telah kami lalui dalam menghasilkan teselasi 2 matra.
Peringkat 1 : Pemilihan idea
Dalam peringkat yang terawal ini,kami telah mengkaji secara mendalam mengenai apa
itu teselasi 2 matra.Setelah memahami ciri-cirinya,kami telah berbincang dan membuat
beberapa percubaan sebelum memilih serta menetapkan teselasi yang akan kami
hasilkan.Gambar-gambar di bawah menunjukkan proses percubaan yang telah kami
buat :
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 18
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 19
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Kami telah melakarkan beberapa corak untuk
idea awal.Lakaran pertama ini merupakan corak
tambah yang mempunyai ruang.
Lakaran corak yang yang seterusnya ini
merupakan corak yang berbentuk pentagon.
Corak yang seterusnya berbentuk bulat. Kami
telah membuat beberapa corak lakaran idea
sebelum menghasilkan corak yang
sebenarnya.
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Corak teselasi yang telah kami pilih dan tetapkan
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 20
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Ini merupakan corak yang kami telah pilih.
Kami semua telah bersetuju untuk
menghasilkan corak ini.
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
PERINGKAT 2 : PROSES PELAKSANAAN
Setelah memilih serta menetapkan corak teselasi yang akan dibuat,kami kemudiannya
beralih ke peringkat pelaksanaan.
Penyediaan bahan dan media
Dalam peringkat pelaksanaan,kami telah menyediakan segala media serta bahan yang
diperlukan iaitu pensel,pemadam,pembaris,kertas lukisan dan sebagainya.
Bahan-bahan yang digunakan. Pensel Warna
Pensel Pemadam Pembaris
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 21
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Medium yang penting iaitu kertas lukisan
Penghasilan grid
Sebelum menghasilkan bentuk kubus yang berulang-ulang bagi menghasilkan
teselasi,kami telah membina grid bagi memudahkan kami melukis serta menghasilkan
hasilan yang lebih kemas serta tepat.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 22
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Langkah 1 :
Buat satu garisan panjang dengan
menggunakan pensel dan pembaris.
Tentukan panjang tinggi dan lebar
mengikut kesesuian corak yang ingin
dihasilkan. Ukuran menggunakan unit cm.
Langkah 2 :
Buat satu garisan lurus dari bawah ke
atas sehingga memenuhi ruang yang
telah dilukis.
Jarak setiap antara garisan berukuran 2
cm.
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Proses diatas merupakan langkah-langkah penghasilan grid.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 23
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Langkah 3 :
Buat garisan mendatar dari kanan ke
kiri sehingga memenuhi ruang yang
telah dilukiskan.
Setiap jarak garisan mendatar
berukuran 2 cm.
Pastikan setiap sudut mempunyai
ukuran yang sama iaitu 2cm sahaja.
Langkah 4 :
Pastikan semua garisan telah siap
dibuat.
Pastikan setiap jarak berukuran 2 cm.
Pastikan tiada garisan yang
condong,setiap garisan harus lurus
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Melukis bentuk-bentuk kubus
Setelah grid disediakan,langkah seterusnya pula adalah melukis bentuk-bentuk
kubus.Setiap kubus yang dilukis mempunyai ukuran serta bentuk yang sama.Setiap
satunya tidak terpisah antara satu sama lain.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 24
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Langkah 1 :
Tetapkan satu titik mula.
Setiap satu titik ke titik yang lain mempunyai
jarak 2 cm.
Gariskan dari titik ke titik yang lain sampai
bentuk hexagon terhasil.
Langkah 2 :
Setelah bentuk hexagon terhasil, buat satu
titik di tengah-tengah garisan hexagon
tersebut.
Dari titik tengah, buat satu garisan sampai
ke bucu yang telah ditetapkan.
Garisan dari titik tengah mestilah
mempunyai 3 garisan ke tiga bucu.
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 25
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Langkah 3 :
Setelah bentuk hexagon terhasil, padamkan
garisan yang terdapat dalam hexagon
tersebut.
Padam dengan kemas, supaya bentuk
terhasil akan kelihatan dengan lebih jelas.
Langkah 4 :
Dengan berpandukan bentuk hexagon yang
telah siap, buat satu bentuk hexagon
sehingga memenuhi ruang yang telah
ditetapkan.
Pastikan setiap sudut mempunyai jarak
yang sama.
Langkah 5 :
Apabila kerja menghasilkan bentuk siap
dilakukan, pastikan setiap bentuk
mempunyai bentuk yang sama dan
berulang.
Padamkan garisan yang terdapat dalam
bentuk tersebut sehingga bersih
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Proses mewarna
Seterusnya,teselasi yang telah siap dilukis diwarnakan.warna yang telah kami pilih ialah
warna biru dan jingga.Ton warna yang sesuai telah kami aplikasikan bagi menghasilkan
teselasi yang menarik.
Gambar di atas merupakan proses mewarna teselasi yang disiap dilukis.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 26
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Langkah-langkah mewarna :
Pilih warna yang sesuai dengan
corak yang telah siap dihasilkan.
Pastikan warna tersebut dapat
menghasilkan bentuk yang menarik.
Warna setiap sudut dengan tidak
melepasi garisan bentuk tersebut.
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Peringkat 3 : Proses mengemaskini
Sentuhan terakhir penting bagi menghasilkan hasilan yang kemas dan menarik.Dalam
peringkat ini,kami telah mengemaskini hasilan kami agar mudah dan kemas untuk
dipersembahkan.
Proses mengemas kini teselasi
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 27
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 28
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Teselasi yang telah siap
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
3.0 Membentuk 3 MATRA
3.1 Laporan Pelaksanaan 3 Matra
LAPORAN PELAKSANAAN BAHAN 3 MATRA/3D
Bagi tugasan untuk merekacipta bahan yang berbentuk 3 matra ataupun 3D ini
kumpulan kami telah mencipta beberapa bahan yang telah kami perolehi menjadi
bentuk-bentuk 3 matra seperti kon dan silinder serta menggabungkan bahan-bahan ini
menjadi sebuah ‘set karaoke mini’.
Bahan-bahan dan alatan yang digunakan :
No. Bahan-bahan Gambar
1. Pisau/Cutter
2 Pensel
3 Pembaris
4 Gunting
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 29
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
5 Kotak terbuang
6 Kertas warna
7 Double tape/Pita pelekat
8 Gam air/UHU gam
9 Polisterin
10 Bola kecil
11 Penutup botol
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 30
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
12 Bekas makanan ringan
Proses Penghasilan 3 Matra/3D
I. Sebelum
Pada peringkat ini proses pembuatan adalah lebih kepada peringkat persediaan,
kami telah memotong beberapa bahan-bahan yang hendak digunakan mengikut
bentuk-bentuk yang kami rasa sesuai untuk digunakan pada peringkat yang
seterusnya. Selain itu, kami juga telah menyediakan beberapa lagi persiapan
yang perlu untuk memudahkan lagi proses pembuatan pada peringkat yang
seterusnya. Proses pada peringkat ini dapat dilihat pada gambar-gambar yang
berikut:
Proses memotong kotak terbuang
Gambar 1.0
Menentukan ukuran yang akan digunakan serta memotong bahagian yang
diguna sahaja.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 31
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Langkah 1 :
Pilih satu kotak yang terbuang dan pastikan keadaan kotak tersebut masih
elok digunakan.
Jangan guna kotak yang terlalu tebal kerana akan sukar dipotong.
Ukur bahagian yang hendak dipotong dengan menggunakan pembaris
dan pensel.
Gambar 1.1
Memotong bahagian yang telah diukur.
Langkah 2 :
Pastikan keadaan ‘cutter’ atau pemotong dalam keadaan tajam supaya
kerja pemotongan mudah dilakukan.
Potong kotak mengikut garisan yang telah ditandakan dengan pensel.
Potong kotak dengan rapi dan berhati-hati supaya kelihatan kemas.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 32
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Gambar 1.2
Memisahkan kotak yang telah dipotong.
Langkah 3 :
Pisahkan kotak yang dipotong daripada badan asal kotak tersebut.
Pisahkan bahagian yang dipotong dengan rapi supaya bahagian yang di potong
nampak elok .
Kemaskan tepi kotak yang telah dipotong dengan menggunakan gunting.
Gambar 1.0,1.1 dan 1.2 menunjukkan proses memotong sebuah kotak terpakai
dan bahagian yang dipotong tersebut akan digunakan pada peringkat yang
seterusnya. Bahagian yang hendak dipotong ini dipotong mengikut saiz yang
telah kami ukur dan tentukan.
Proses membalut bahagian kotak yang telah dipotong.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 33
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Gambar 2.0
Mengukur dan memotong kertas warna untuk dijadikan pembalut bagi polisterin.
Langkah –langkah :
Sediakan satu kertas warna yang sesuai digunakan.
Ukur saiz pada kertas warna yang ingin digunakan.
Pastikan ukuran tersebut dapat menutupi bahagian polisterin yang telah
dipotong.
Pastikan gunting yang digunakan tajam bagi memudahkan pemotongan kertas.
Gambar 2.1
Mengukur dan menggunting kertas warna untuk dijadikan pembalut bagi tapak.
Langkah – langkah :
Sediakan satu kertas warna yang sesuai digunakan.
Ukur saiz pada kertas warna yang ingin digunakan.
Pastikan ukuran tersebut dapat menutupi bahagian kotak yang telah dipotong.
Pastikan gunting yang digunakan tajam bagi memudahkan pemotongan kertas.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 34
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Gambar 2.0 dan 2.1 menunjukkan proses memotong sebuah kertas warna.
Kertas warna ini digunting mengikut saiz dan bentuk-bentuk yang telah kami ukur
dan tentukan dan ianya akan digunakan pada peringkat yang seterusnya.
Proses memotong keratan gambar yang akan digunakan.
Gambar 3.0
Memilih gambar dan memotong gambar yang dipilih.
Langkah-langkah :
Pilih gambar yang akan digunakan.
Potong gambar yang dipilih dengan kemas.
Simpan gambar yang telah dipotong dengan kemas.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 35
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Gambar 3.0 menunjukkan proses memotong sebuah keratan gambar. Keratan
gambar ini dipotong mengikut saiz dan bentuk-bentuk yang telah kami ukur dan
tentukan dan ianya akan digunakan pada peringkat yang seterusnya.
Proses pemotongan polisterin .
Gambar 4.0
Memilih polisterin yang terbuang dan mengukur saiz yang akan digunakan.
Langkah 1 :
Cari polisterin yang terbuang dan masih dalam keadaan yang elok.
Ukur saiz pada polisterin mengikut saiz yang hendak digunakan.
Tandakan dengan menggunakan garisan pensel.
Gambar 4.1
Memotong polisterin berdasarkan garisan yang dibuat.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 36
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Langkah 2 :
Potong polisterin dengan berpandukan garisan pensel yang dibuat.
Potong poilisterin dengan kemas.
Gambar 4.2
Mengemas polisterin yang telah dipotong.
Langkah 3 :
Setelah polisterin siap dipotong, pastikan polisterin dalam keadaan baik.
Bagi tepi polisterin yang tidak kemas, kemaskan supaya nampak elok bila
digunakan.
Gambar 4.0,4.1 dan 4.2 menunjukkan proses memotong sebuah polisterin.
Polisterin ini dipotong mengikut saiz dan bentuk-bentuk yang telah kami ukur dan
tentukan dan ianya akan digunakan pada peringkat yang seterusnya.
II. Semasa
-Pada peringkat ini, proses pembuatan adalah lebih kritikal dan menjadi nadi
utama didalam proses pembuatan projek . Ini adalah kerana setiap proses
pembuatan di dalam peringkat ini akan mempengaruhi kualiti projek pembuatan
di akhir proses pembuatan projek ini. . Proses pada peringkat ini dapat dilihat
pada gambar-gambar yang berikut:
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 37
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Proses membalut bahagian kotak yang dipotong.
Gambar 5.0
Membalut kotak dengan pembalut yang disediakan.
Langkah-langkah :
Ambil pembalut yang telah digunting mengikut saiz kotak yang telah dipotong.
Letakkan pembalut di bawah kotak untuk melihat ketepatan
Gambar 5.1
Meletakkan double tap atas kotak.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 38
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Langkah-langkah :
Gunting beberapa bahagian double tap dengan panjang kira 4 cm setiap satu.
Letakkan double tap yang telah dipotong pada kotak yang dipotong.
Gambar 5.2
Membuat kemasan pada kotak yang telah dibalut.
Langkah-langkah :
Pastikan setiap bahagian yang dibalut tidak renyuk.
Kemaskan pada bahagian yang tidak melekat.
Gambar 5.0, 5.1 dan 5.2 menunjukkan kami sedang membalut permukaan
potongan kotak dengan kertas warna hitam.
Membalut bahagian polisterin
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 39
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Gambar 6.0
Membalut bahagian polisterin yang telah dipotong.
Langkah –langkah :
Gunting kertas warna berdasarkan pada bahagian yang hendak dibalut.
Pastikan kertas digunting dengan elok supaya nampak kemas.
Gam atau letak double tape pada kertas warna untuk dilekatkan pada polisterin.
Gambar 6.0 menunjukkan kami sedang membalut tepi polisterin dengan kertas
warna.
Memotong keratan gambar dan meletakkan gambar pada kotak
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 40
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Gambar 7.0
Melekatkan gambar pada kotak.
Langkah-langkah :
Memotong keratan gambar yang telah dipilih.
Pastikan potongan gambar kemas dan elok.
Gamkan gambar yang dipotong di atas kotak.
Gambar 7.0 menunjukkan kami melekatkan potongan daripada keratin gambar
yang dipilih untuk dilekatkan diatas kotak.
Membentuk piramid
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 41
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Gambar 8.0
Membuat bentuk piramid untuk dijadikan speaker.
Langkah-langkah :
Sediakan satu kertas kosong.
Buat garisan yang membentuk bentuk piramid.
Gunting pada bahagian yang dilakarkan yang membentuk piramid .
Gabungkan semua yang digunting dan membentuk piramid.
Lekatkan gambar speaker kecil dengan menggunakan gam .
Letakkan gambar pada piramid tersebut.
Gambar menunjukkan kami melakar dan menggunting kertas warna menjadi
bentuk pyramid.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 42
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Membalut bekas makanan ringan
Gambar 9.0
Membalut bekas makanan ringan dengan kertas kosong.
Langkah-langkah :
Sediakan bekas makanan yang terbuang.
Sediakan satu kertas hitam.
Cari gambar speaker.
Potong kertas hitam mengikut saiz bekas dan lekatkan kertas tersebut ke atas
bekas makanan tersebut.
Apbila bekas selesai dibalut, lekatkan gambar speaker di atas bekas tersebut.
Pastikan lekatkan dengan elok supaya Nampak kemas.
Gambar 9.0 menunjukkan bekas makanan ringan dibalut dengan kertas warna
dan dilekatkan dengan bahan tambahan.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 43
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Meletakkan speaker di tapak.
Rajah 10.0
Meletakkan bahagian speaker di atas tapak yang telah dibuat.
Langkah – langkah :
Sediakan gam UHU kerana gam ini lebih tahan.
Letakkan gam UHU pada bahagian tapak bawah bekas makanan.
Letakkan bekas makanan yang telah digam di atas tapak kotak yang telah
dibalut.
Pastikan keadaan kedua-dua bekas tahan.
Membuat pengawal volume dari penutup botol
Gambar 11.0
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 44
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Membuat pengawal volume dan melekatkan di atas kotak.
Langkah-langkah :
Sediakan penutup botol sebanyak 3 biji.
Hiaskan penutup botol dengan meletakkan gambar seperti kawalan volume.
Letakkan gam di bawah penutup botol.
Lekatkan penutup botol yang telah digam di atas kotak yang disediakan.
Membuat mikrofon
Gambar 12.0
Membuat bentuk kon untuk membina mikrofon.
Langkah-langkah :
Sediakan satu bola yang kecil.
Sedia satu kertas kosong untuk membuat bentuk kon.
Apabila bentuk kon telah siap dibuat, masukkan bola ke dalam kon.
Gam atas permukaan bola sebelum dilekatkkan ke dalam kon.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 45
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
III. Selepas
Gambar 13.0
Gambar 11.0 menunjukkan hasil kerja kami yang telah siap direkacipta.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 46
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
4.0 RUMUSAN
Bagi tugasan projek ini, kami telah diminta untuk menghasilkan teselasi 2 matra
dan 3 matra. Secara keseluruhan, kami telah mengenali dengan lebih mendalam
mengenai teselasi ini. Kami telah memahami bahawa teselasi adalah penyusunan
sesuatu corak secara berulang untuk memenuhi sebuah ruang..Dalam geometri ,
tesalasi adalah corak yang dihasilkan dari susunan poligon yang sekata untuk menutup
sesebuah permukaan satah tanpa ruang atau pertindihan. Corak – corak ini akan
berulang.
Bentuk 3 matra atau 3 dimensi (3D) pula merupakan bentuk-bentuk yang
menyerupai bahan yang sebenar di mana ia merupakan salah satu aplikasi daripada
geometri. Kehidupan kita dipenuhi dengan bentuk 3 matra yang terdiri bentuk piramid,
sfera, kon, kubus, kuboid dan silinder. Bentuk-bentuk ini mudah didapati dalam apa-
apa bentuk . Setiap objek ini boleh dilihat atau disentuh. Objek-objek ini adalah objek
yang terdiri daripada tiga dimensi yang boleh diukur dari segi panjang, lebar, dan
tinggi.
Secara kesimpulannya,konsep 2 matra dan 3 matra membantu guru Matematik
dalam memperkenalkan konsep ruang kepada pelajar-pelajarnya. Tambahan pula, guru
boleh menggunakan bahan maujud yang berkonsepkan ruang bagi menambahkan
kefahaman pelajar. Selain itu, ianya juga dapat meningkatkan imaginasi dan kreativiti.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 47
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
REFLEKSI
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 48
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
REFLEKSI
Nama : Samson Lian Juk
No. I.C :920115-13-6373
Pada 29 Julai yang lepas,saya dan rakan-rakan yang lain telah menerima
tugasan projek Matematik WAJ 3105 sebagai pelajar PISMP Sem 2 ambilan Januari
2012.Dalam tugasan ini,kami telah diminta untuk membentuk kumpulan yang terdiri
daripada tiga orang bagi menyiapkan tugasan yang diberi.Bagi tugasan projek ini,kami
diminta untuk mengkaji tentang teselasi 2 matra dan juga berkaitan 3
matra.Seterusnya,kami perlu menghasilkan teselasi 2 matra dan juga modal 3 matra
ciptaan kami sendiri dalam tempoh masa yang diberikan iaitu lebih kurang sebulan.
Dalam melaksanakan tugasan projek ini,secara asasnya saya telah melalui tiga
peringkat utama iaitu peringkat penerimaan,peringkat pelaksanaan dan selepas
tugasan ini disiapkan.Dengan mengalami dan menghadapi tiga proses tersebut,saya
telah memperolehi banyak ilmu dan juga pengalaman yang berharga.Semestinya
semua ilmu pengetahuan yang telah saya perolehi akan berguna kepada saya sebagai
bekal di masa hadapan sebagai seorang guru,khasnya agar dapat diaplikasikan dalam
mengajar subjek matematik nanti
Peringkat penerimaan tugasan
Peringkat ini merupakan peringkat di mana saya mula-mula mengenali apa itu teselasi
2 matra dan juga 3 matra.Sebelum menerima tugasan ini,saya hanya mengenali terma
2D dan juga 3D secara dasar tanpa mengetahui secara mendalam mengenai
maksud,ciri-ciri,kepentingan dan sebagainya mengenai 2D dan 3D.Saya juga tidak
pernah mengenali apa itu istilah teselasi dan juga matra.Selain itu,secara peribadi,saya
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 49
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
kurang berminat dengan konsep ruang iaitu yang melibatkan Geometri 2 matra dan 3
matra ini.Saya juga tidak mempunyai pengalaman dalam menghasilkan hasilan modal
seperti yang ditugaskan dalam tugasan projek ini.
Pada hari penerimaan tugasan ini,pensyarah pembimbing kami terlebih dahulu
memberi pengenalan ringkas mengenai konsep 2 matra dan juga 3 matra.Beliau telah
memperkenalkan kepada kami apa itu teselasi.Kebanyakan kami termasuk saya sendiri
tidak pernah mendengar terma teselasi sehinggalah peringkat penerimaan tugasan
tersebut.Penjelasan yang sempurna oleh pensyarah pembimbing pada dalam proses
memberikan tugasan tersebut kepada kami membuatkan pemahaman kami lebih jelas
sebelum pergi lebih jauh dalam melaksanakan tugasan tersebut.
Seterusnya,beliau memberikan taklimat ringkas mengenai apa yang perlu kami
lakukan bagi menyiapkan tugasan kami.Segala maklumat yang beliau berikan pada hari
tersebut telah menjadi panduan kepada saya bagi menghasilakn teselasi dan juga
modal 3 matra saya.Saya sedar bahawa tumpuan sangat penting agar saya tidak
ketinggalan apa-apa maklumat dan juga kehendak bagi tugasan projek tersebut.Beliau
juga kemudiannya memberikan kami senarai kandungan atau susun atur tugasan
tersebut.Saya mendapati bahawa susun atur yang beliau berikan sangat berguna
kepada saya di mana ia akan memudahkan lagi perjalanan pelaksanaan tugasan saya.
Setelah selesainya taklimat ringkas daripada beliau,kami semua telah memilih
ahli kumpulan masing-masing.Setelah terbentuknya kumpulan saya,kami telah
berbincang dan membuat perancangan mengenai strategi pelaksaan tugasan kami
nanti.Kami telah membahagikan masa dan juga tugasan agar mudah dan cepat bagi
kami untuk menyiapkannya.Contohnya,kami telah menetapkan bila kami akn ke
perpustakaan,membeli bahan,membuat perbincangan kumpulan serta bersama
pensyarah dan sebagainya.Saya telah mempelajari tentang betapa pentingnya
perancangan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan atau tugasan bagi mengalami
suatu proses yang teratur dan berkesan.Kami turut berpeluang bertanya sekiranya
mempunyai apa-apa persoalan atau permasalahan ketika proses penerimaan tugasan
tersebut.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 50
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Peringkat pelaksanaan
Seterusnya,dalam peringkat yang paling penting iaitu proses pelaksanaan,kami telah
memulakan langkah kami dengan membuat perbincangan kumpulan.Dalam
perbincangan kami yang pertama,kami telah mengkaji sekali lagi kehendak soalan agar
kami benar-benar faham mengenai kehendak soalan.Seterusnya,kami membahagikan
kerja mengikut keputusan bersama.
Sebelum memulakan proses mencipta dan membina teselasi 2 matra serta
modal 3 matra,kami telah mencari maklumat berkaitan.Kami telah mencari maklumat-
maklumat berkaitan ciri-ciri,contoh-contoh dan sebagainya melalui rujukan di
perpustakaan,internet dan sebagainya.Dalam proses awal tersebut,kerjasama yang
erat di antara kami semua telah memudah serta melicinkan urusan pencarian maklumat
kami.Perancangan awal kami juga sangat membantu memudahkan urusan pencarian
maklumat kami.
Setelah mengumpul semua maklumat yang perlu,kami menggabungkannya dan
menghasilkan penulisan ilmiah ataupun esei dengan menggunaakan Microsoft Office
Words.Segala maklumat yang berkaitan dengan 2 matra dan juga 3 matra tersebut
memudahkan kami untuk lebih memahami konsepnya,seterusnya memberi idea dan
contoh sebelum terhasilnya teselasi dan juga modal ciptaan kami sendiri.
Seterusnya,kami beralih ke peringkat yang ditunggu-tunggu setelah bertungkus-
lumus selama lebih kurang seminggu mencari maklumat berkenaan iatu membuat
teselasi dan modal 3 matra ciptaan kami sendiri.Dalam proses ini,seklai lagi kami telah
berbincang bersama dalam membuat pemilihan idea serta olahan awal.Setiap ahli
dalam kumpulan saya berpeluang untuk memberikan idea serta pendapat bagi
menghasilkan serta menentukan pilihan yang akan kami pilih bersama.Setelah
membuat banyak lakaran awal tentang teselasi serta modal 3 matra yang akan kami
cipta,sekali lagi kami membahagikan tugasan agar lebih mudah bagi kami
menghasilkannya.
Dari segi kewangan,kami telah sama-sama mengutip wang bagi membeli
bahan-bahan serta media yang diperlukan contohnya seperti pensel
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 51
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
warna,kadbod,gunting,gam,kertas warna dan sebagainya.Kami juga bergilir-gilir untuk
ke kedai bagi membeli segala yang diperlukan.Kerjasama yang erat sekali lagi menjadi
penyumbang kepada keberkesanan proses pelaksanaan tugasan kami ini.
Kami telah sama-sama menyiapkan teselasi 2 matra sebelum beralih ke modal 3
matra.Dengan adanya lakaran awal yang telah dibuat dan dipilih,kami mengambil
hanya beberapa jam sahaja untuk menyiapkannya.Seterusnya,kami mencipta modal 3
matra kami yang bertemakan Karaoke Box Mini.Proses penghasilan modal 3 matra
tersebut memakan masa yang lama kerana ini melibatkan penelitian yang lebih tinggi
dan juga lebih rumit.Kami turut mengalami sedikit stress dan juga keletihan dalam
proses menciptanya,namun,berkat usaha,dorongan dan juga kerjasama yang
padu,akhirnya kami Berjaya menyipkannya.
Selepas tugasan disiapkan
Setelah siap membuat teselasi 2 matra dan juga mencipta modal 3 matra kami
sendiri,kami beralih ke proses terakhir iaitu kemaskini.Kami telah mengemaskini hasilan
projek kami termasuklah penulisan ilmiah mengenai maklumat-maklumat yang telah
kami siapkan sebelum ini.Selesai proses kemas kini dan juga semakan,tugasan projek
kami siap untuk dihantar setelah disemak terlebih dahulu oleh pensyarah pembimbing
kami.
Secara keseluruhannya,melalui tugasan projek ini,saya telah mendapat jutaan
ilmu serta pengalaman yang sangat berharga.Saya kini mempunyai pengetahuan yang
lebih mendalam mengenai kesedaran ruang khasnya mengenai 2 matra dan juga 3
matra.Saya juga secara lansung telah belajar mengaplikasikan serta menggunakan
strategi penyelesaian masalah yang sesuai dalam menyiapkan tugasan yang
dilaksanakan.Strategi penyelesaian secara bersama yang telah kami lakukan
membolehkan kami menyiapkan tugasan kami dengan sempurna.
Di samping itu,melalui tugasan ini,saya telah berpeluang untuk meningkatkan
tahap kreativiti saya.Segala hasil kreatif yang telah kami hasilkan dapat saya
aplikasikan suatu hari nanti sebagai seorang guru.Sesungguhnya,kreativi sangat
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 52
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
penting bagi menarik minat pelajar khasnya murid-murid sekolah rendah kerana ia
merupakan penyumbang besar bagi menarik minat mereka untuk belajar.
Selain itu,tugasan ini mengajar saya bahawa kerjasama serta strategi yang
terancang sangat penting dalam melaksanakan satu-satu tugasan.Melalui kerjasama
dan strategi yang berkesan,tugasan kami dapat disiapkan dengan lebih cepat dan juga
berkesan.Kerjasama yang sangat padu daripada pensyarah juga sangatlah diperlukan
sepanjang proses melaksanakan tugasan ini.
Kesimpulannya,tugasan ini telah mengajar saya banyak perkara dan
menambahkan lagi ilmu matematik di dada.Saya sedar bahawa sebagai seorang
guru,perkara sebegini perlu saya kuasai.Saya bersyukur kerana di atas
rahmatNya,bimbingan dan dorongan daripada pensyarah serta kerjasaman daripada
rakan-rakan,tugasan yang diberi dapat disiapkan dengan jayanya.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 53
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
REFLEKSI
Nama :Alister Ashley Justin
No.Ic :920215-12-5655
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana atas bantuanNya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Semasa menjalankan tugasan ini saya telah mendapat
banyak ilmu pengetahuan yang baru lantas menambah lagi pengetahuan saya didalam
konsep ruang (geometri 2-matra dan 3-matra) ini demi untuk digunakan didalam
pendidikan kelak.
Sebelum menerima tugasan ini saya masih lagi belum mempunyai ilmu
pengetahuan dan pemahaman yang kukuh tentang apakah itu konsep ruang lebih-lebih
lagi yang berkaitan dengan geometri 2-matra dan 3-matra. Walaupun saya seperti
pernah mendengar tentang konsep ruang ini namun begitu saya tidak dapat mengingati
banyak perkara tentangnya.
Semasa membuat tugasan ini, terdapat kekuatan tertentu yang telah saya
kenalpasti dan juga kelemahannya serta sedikit penambahbaikan yang saya fikirkan
perlu untuk meningkatkan lagi kualiti hasil tugasan ini.
Semasa melaksanakan tugasan projek ini, saya telah mendapati bahawa tajuk
projek tugasan ini sangat menarik minat saya untuk lebih mengenali dan
mempelajarinya iaitu mengenai konsep ruang. Disini saya telah mengetahui tentang
apakah itu geometri 2-matra dan 3-matra dan banyak lagi.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 54
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Disamping itu, semasa melaksanakan tugasan projek ini saya juga telah
mengenalpasti beberapa kelemahan yang saya hadapi. Antara kelemahan tersebut
ialah terdapat banyak sumber yang saya perolehi daripada internet namun begitu saya
merasakan bahawa tidak semua maklumat yang saya perolehi itu adalah tepat
kesemuanya. Oleh itu, saya terpaksa mencari maklumat dengan lebih teliti dan tepat
supaya tidak ada maklumat salah yang saya perolehi.
Selain itu juga, terdapat sedikit sahaja sumber buku yang dapat saya perolehi daripada
perpustakaan yang berkaitan dengan tajuk tugasan ini. Ini menyebabkan proses
melaksanakan tugasan ini menjadi sedikit perlahan dan lambat.
Selepas melaksanakan tugasan projek ini saya telah dapat membina
kefahaman tentang konsep ruang ini iaitu geometri 2-matra dan 3-matra. Setelah
melaksanakan tugasan projek ini saya dapat memahami sedikit sebanyak tentang ciri-
ciri geometri 2-matra ataupun 2 dimensi dan 3-matra ataupun 3 dimensi. Saya juga
telah mengetahui bahawa bahan-bahan 3-matra ini adalah bahan-bahan maujud yang
boleh kita lihat dan sentuh.
Selain itu, bahan-bahan 3 matra atau 3 dimensi (3D) adalah bahan-bahan yang
mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. 3 matra adalah salah satu
aplikasi daripada geometri. Saya telah menyedari Kita sebenarnya hidup di dunia yang
penuh dengan objek tiga matra. Setiap objek yang kita nampak, pasti kita boleh melihat
ataupun menyentuhnya. Objek-objek ini adalah objek tiga dimensi yang boleh diukur
dari segi panjang, lebar, dan tinggi.
Disamping itu, sebagai seorang bakal guru saya dapat menguji dan
menambahbaik kreativiti diri saya sendiri dengan merekacipta model 3-matra ciptaan
bersama dengan rakan-rakan ahli yang lain. Ini membolehkan saya mengetahui
kekuatan dan kelemahan diri saya sendiri dan mencipta sesuatu solusi bagi
menambahkan lagi kekuatan dan memperbaiki setiap kelemahan di dalam diri saya
sendiri.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 55
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Kesimpulannya, saya dapat mempelajari ilmu pengetahuan yang lebih mengenai
konsep ruang ini dan mencedok beberapa aspek didalamnya yang mempunyai kualiti
yang boleh saya gunakan sebagai panduan dan ilmu tambahan didalam hidup dan
dunia pendidikan nanti khususnya sebagai seorang bakal guru kelak.
REFLEKSI SEBELUM
Nama : Sylvister Philip Ak Merajan
No. I.C :911124-13-5271
Dalam Kursus Literasi Nombor 3105, kami telah diberi tugasan untuk
menghasilkan teselasi bentuk 2 Matra dan 3 Matra. Tugasan ini diberi tempoh masa 4
minggu sahaja. Pelbagai perkara yang saya telah alami sepanjang proses membuat
teselasi 2 matra dan 3 matra atau 3 Dimensi ( 3D) ini. Walaubagaimanapun, tugasan
ini merupakan tugsan berkumpulan, dimana setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang
dan 4 orang sahaja. Bagi kumpulan saya, kami terdiri daripada 3 orang sahaja. Oleh itu,
kerja berkumpulan dapat mengurangkan sedikit beban, kerana setiap orang akan
mempunyai bahagian masing-masing untuk disiapkan. Sebelum kami melaksanakan
tugasan, kami telah membahagikan tugas masing-masing supaya proses penghasilan
dapat berjalan dengan lancar dan baik.
Sebelum menghasilkan satu hasilan 2 matra dan 3 matra, kami telah berbincang
untuk memilih teselasi yang sesuai perlu dibuat berdasarkan soalan tugasan yang
diberikan. Bagi teselasi 2 matra, kami dikehendaki untuk menghasilkan satu teselasi 2
matra mengikut idea kumpulan masing-masing dan menghasilkan 5 bongkah 3 matra
yang berlainan. Ketika proses untuk memilih teselasi yang akan dibuat, setiap seorang
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 56
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
kami harus memberikan idea masing-masing sebelum menghasilkan teselasi yang
sebenar. Pelbagai perkara yang saya telah pelajari semasa memilih idea-idea untuk
menghasilkan teselasi. Secara langsung, saya dapat maklumat baru serta input yang
berguna berkaitan dengan teselasi 2 matra dan 3 matra. Bagi seorang guru, amat
penting teselasi dalam kehidupan seharian kita. Hal ini kerana, corak –corak teselasi
mudah dijumpa setiap hari seperti corak pada langsir, tikar, selimut, mozek, dan
sebagainya. Semua corak ini mempunyai teselasi yang berbeza. Bagi 3 matra, saya
telah mengenal bentuk asas semasa lakaran idea pertama . Bentuk yang saya kenal
seperti kon, pyramid, sfera, kuboid, silinder dan sebagainya. Mengenali bentuk 3D amat
penting kerana bentuk-bentuk ini mudah didapati dalam kehidupan seharian kita.
Sebagai contoh, bentuk sfera akan serupa seakan bola sepak, manakala bentuk kon
akan berupa seakan kon ais krim.
Setelah selesai menghasilkan beberapa lakaran teselasi 2 matra , kami telah
mengumpulkan semua lakaran idea untuk dinilai serta memilih teselasi yang sesuai
untuk dibuat bersama. Oleh itu, kami telah bersetuju membuat teselasi 2 matra
bercorak kubus yang berulang serta menghasilkan satu kbox mini untuk 3 matra.
Walaubagaimanapun, kami telah menghadapi beberapa masalah ketika hendak
memulakan tugasan teselasi ini. Kami dikehendaki untuk mencari bahan terbuang untuk
menghasilkan satu set kbox mini tersebut.Namun, dengan bekerjasama, kami dapat
menyelesaikan masalah yang kami hadapi. Dengan sepakat, kami telah mencari
polisterin yang tidak diguna, kotak, dan bekas keropok yang berbentuk silinder. Dan
bola getah. Akhirnya, kesemua bahan yang diperlukan untuk menghasilkan 3 matra
dapat dicari .Bagi menghasilkan teselasi 2 matra, semuanya berjalan lancar kerana
bahan-bahan yang digunakan hanya 1 kertas lukisan bersaiz A3, pensel warna,
pembaris ,pemadam, pensel dan pengasah. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, kita
harus bersabar dalam mencari pengetahuan dan memupuk nilai kerjasama dalam diri.
Apabila kesemua bahan-bahan ini terkumpul, kami telah memulakan langkah untuk
menghasilkan 2 matra dan 3 matra ini.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 57
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
REFLEKSI SEMASA
Setelah kami bersetuju untuk membuat teselasi yang dipilih, kami membuat
hasilan berdasarkan tugas masing-masing. Setiap daripada kami membuat bahagian
masing-masing supaya tugasan ini berjalan dengan lancar. Oleh itu, sebagai bakal
guru, harus menanamkan semangat berkumpulan untuk menyiapkan sesuatu yang
melibatkan aktivit kumpulan. Sepanjang proses pelaksanaan tugasan ini, kami dapat
menunjukkan komitmen yang positif sesama kami. Walaupun kali pertama membuat
teselasi 2 matra dan 3 matra ini, ini tidak mudah mematahkan semangat saya untuk
menyiapkan hasilan tersebut.Sebaliknya, saya telah mempelajari perkara baru serta
mengenali benda yang baru seperti menghasilkan teselasi 2 matra dan 3 matra.
Bagi menghasilkan teselasi 2 matra, kami telah menggunakan bahan-bahan
seperti kertas A3, pemadam, pensel, pembaris panjang 30 cm , pensel warna dan
gunting. Kami telah menghasilkan teselasi 2 matra terlebih dahulu diikuti oleh 3 matra.
Dalam proses 2 matra, kami akan melukiskan bentuk kubus dengan membuat
pergerakan yang berulang. Hal ini kerana, salah satu ciri teselasi ialah mempunyai
corak yang berulang-ulang. Dengan pengalaman yang ada iaitu pernah mempelajari
Lukisan Kejuruteraan, saya telah mengaplikasikan kemahiran tersebut dengan
membuat garisan yang mempunyai sudut yang tepat. Membuat garisan ini merupakan
paling rumit, kerana harus memastikan setiap panjang mempunyai panjang yang
sama.Oleh itu, sikap yang sabar haruslah diutamakan untuk menghasilkan kualiti yang
baik dan sempurna. Apabila kesemua bentuk dan corak selesai dibuat, kami
meneruskan dengan proses yang seterusnya, iaitu mewarna teselasi 2 matra dengan
warna yang telah diplih mengikut kesesuain. Bagi seorang guru, teselasi juga
memerlukan kesenian seperti yang terdapat dalam Pendidikan Seni Visual iaitu
kemahiran mewarna yang betul. Seorang guru harus mempunyai kemahiran yang asas,
seperti mewarna kerana kemahiran ini penting apabila murid-murid di dalam kelas
meminta tunjuk ajar mewarnan dengan betul. Saya rasa gembira membuat teselasi ini,
sebab banyak menggunakan pengalaman yang sedia ada.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 58
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
Proses membuat teselasi 3 matra diteruskan selepas selesai teselasi 2 matra
disiapkan. Pada mulanya,kami rasakan agak sukar untuk menghasilkan 3 matra,
namun apabila kami memulakan dengan memotong polisterin, kami telah mendapat
idea. Kami telah bersetuju untuj menghasilkan sebuat set karaoke mini dengan
menggunakan bahan yang terbuang. Dengan menggunakan kreativiti masing-masing,
kami akhirnya dapat menghasilkan satu set mini karaoke dengan menggunakan bahan
terbuang. Oleh itu, seorang guru haruslah mempunyai seni dan mempunyai kreativti
dan perlu kreatif. Hal ini penting dalam penyediaan bahan bantu mengajar,guru
haruslah mempunyai kreativiti dalam penghasilan bahan bantu mengajar, supaya murid
suka tehadap pembelajaran.Untuk menghasilkan 3 matra ini, kami juga terdedah
dengan bentuk 3 matra dalam kehidupan seharian. Bentuk 3 matra ini mudah didapati
di sekitar kita seperti binaan bangunan, alatan elektronik dan sebagainya. Dalam pada
itu juga, saya dapat mengenali cirri – cirri yang terdapat dalam bentuk 3D.
REFLEKSI SELEPAS
Sepanjang proses penghasilan teselasi 2 matra dan 3 matra, pelbagai ilmu serta
kemahiran baru yang saya perolehi. Kemahiran –kemahiran yang diperolehi ini boleh
digunakan pada masa akan datang. Selain itu, saya juga dapat mengenali corak dan
bentuk teselasi dalam kehidupan seharian kita. Corak –corak teselasi yang menarik
mampu mewujudkan suasana yang ceria. Malah, bentuk-bentuk 3D juga senang
didapati dalam alam sekeliling kita. Bentuk ini seperti bentuk TV Plasma, kipas, meja
makan yang bulat, dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, semangat kerjasama sesama ahli kumpulan dapat
dikukuhkan lagi dengan membuat kerja kumpulan seperti ini. Semangat kerjasama ini
penting dalam memastikan kelancaran proses penghasilan teselasi ini. Pada saya,
tanpa kerjasama, kerja-kerja yang mudah juga menjadi sukar. Oleh itu, sebagai guru,
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 59
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
haruslah menyediakan aktiviti yang melibatkan kerjasama dalam murid. Bak kata
pepatah, “ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Simpulan bahasa ini mempunyai
mkasud yang mendalam. Dalam aktiviti matematik, kerjasama boleh diwujudkan
dengan membantu kawan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang melibatkan
matematik.
Tugasan ini banyak menggunakan otak untuk berfikir bagi menghasilkan sesuatu
yang menarik . Bagi menghasilkan corak teselasi 2 matra, saya telah menghasilkan
beberapa lakaran idea untuk mencari yang baik untuk dihasilkan. Dalam proses
membuat lakaran, saya telah banyak berfikir untuk menghasilkan corak yang menarik.
Oleh itu, kesenian dalam menghasilkan corak perlu ada. Pada pengalaman yang sedia
ada, saya mampu menghasilkan beberapa corak.
Tugasan ini telah memberikan kami untuk menjaga alam sekitar dengan lebih
baik. Ini dapat dilihat dengan menggunakan bahan terbuang untuk menghasilkan
sesuatu yang baru dan menarik. Saya telah menggunakan beberapa bahan terbuang
untuk menghasilkan 3 matra. Bahan-bahan terbuang ini dapat mengurangkan
pencemaran alam sekitar.
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 60
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
RUJUKANSamson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan
3 Matra | 61Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
RUJUKAN
Dale Seymour, Jill Britton, ( 1989) . Introduction to Tesselations. New York : Dale Seymour Publications.
Douglas H. Clements and Julie Sarama. ( 2009 ) . Learning And Teaching Early Math ( The Learning Trajectories Approach ). New York : Routledge Taylor and Francis Group.
Jill Britton, ( 2000) . Symmetry and tessellations. New York : Dale Seymour Publications.
Margaret Sangster and Rona Catterall, ( 2009 ). Early Numeracy ( Mathematical Activities For 3 And 5 Year Old ). New York : CPI Antony Rowe, Chippenham, Wiltshire.
Rujukan Teselasi diambil pada 01 September dari laman web http://www.mathsisfun.com/geometry/tessellation.html
Rujukan Teselasi diambil pada 03 September dari laman web http://www.coolmath4kids.com/tesspag1.html
Rujukan Teselasi diambil pada 04 September dari laman web http://mathworld.wolfram.com/Tessellation.html
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 62
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
LAMPIRAN
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 63
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
ASOALAN TUGASAN
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 64
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
LAMPIRAN
BBAHAN RUJUKAN
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 65
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman LITERASI NOMBOR WAJ 3105
LAMPIRAN
LAIN
Samson Lian Juk, Sylvister Philip, Alister Ashley Teselasi 2 Matra dan 3 Matra | 66
Pendidikan Khas (MP)PK/PJ/PSV1 (PK3)
Recommended