View
246
Download
5
Category
Preview:
Citation preview
Faktor Kognitif dan Bahasa
Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis.
Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas emosi mereka. Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan, dan sebagainya.
Kaedah Abjad/huruf
Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan
membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a
– z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf
konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini.
Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.
Contoh: Memperkenalkan huruf - a - z
Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu
Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batu
Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.
Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri
daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja
perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang
kukuh dalam membaca.
Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan
Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh
mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini,
pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna
seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak,
bapa dan sebagainya.
Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya.
Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar
secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.
Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau
bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar
menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan ”rumah”, guru boleh membantu murid
dengan menyebut bunyi huruf ”r” iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ]
Kaedah Fonik/bunyi
Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini
menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai
digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.
Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan
membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf
tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata
yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut
sebagai [ bata ].
[ b ] + [ a ] = [ ba ]
[ t ] + [ a ] = [ ta ]
[ ba ] + [ta ] = [ bata ]
Kaedah gabungan bunyi – kata
( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan )
Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid diajar
langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan
bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja
adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multisensory).
Contoh;
i. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid menyebut
nama huruf tersebut.
ii. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.
a
iii. Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.
iv. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf.
v. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya
(terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf.
vi. Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf
(terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar).
vii. Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu
Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan
latih/tubi berikut;
i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan).
ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf dan
kemudiannya menulis (proses mengeja).
Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan
pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap
perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.
KESIMPULAN
Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah
memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam
kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar
bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam
penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan
penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak yang
mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berke[perluan khas, kaedah
pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya guru memilih untuk
menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang
disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan
atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakan yang
dia menggunakan kaedah tersebut.
Recommended