View
299
Download
8
Category
Preview:
Citation preview
German-Malaysian Institute
1REV.SEP2013 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU
SYARAT-SYARAT TAWARAN & PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU
1.0 SYARAT-SYARAT TAWARAN
1. Pelajar hendaklah disahkan sihat oleh mana-mana klinik atau hospital kerajaan/swasta serta lulus
Pemerikasaan Doktor dan Ujian Dadah. Tidak mempunyai sebarang ketidak-upayaan fizikal (physical disabilities) yang serius dan tidak rabun warna. Segala perbelanjaan pemeriksaan yang bersangkutan adalah di bawah tanggungan anda sendiri.
2. Segala maklumat yang dikemukakan kepada Institut mestilah benar. Pihak Institut berhak menarik
balik tawaran ini atau menamatkan pengajian anda pada bila-bila masa jika didapati maklumat
yang diberikan adalah palsu.
3. Pelajar adalah tertakluk kepada semua Peraturan dan Polisi Institut yang dikuat-kuasakan ke atas pelajar di sepanjang tempoh pengajian.
4. Pelajar perlu menjelaskan yuran-yuran yang terbabit bagi pendaftaran program yang ditawarkan
berdasarkan Struktur Yuran dan Kaedah Pembayaran Yuran yang dilampirkan bersama.
5. Tawaran kemasukan ini adalah muktamad. Sebarang penukaran ke atas program yang ditawarkan
ataupun sesi pendaftaran adalah tidak dibenarkan.
2.0 MAKLUMBALAS TAWARAN
1. Sila beri maklumbalas sama ada menerima atau menolak tawaran ini dalam tempoh seperti yang
dinyatakan dalam Surat Tawaran dengan menggunakan Slip Penerimaan Tawaran.
2. Slip Penerimaan Tawaran yang dihantar perlu disertakan dengan lampiran dokumen yang
diperlukan.
3. Sekiranya pihak Institut tidak menerima sebarang jawapan selepas daripada tempoh yang ditetapkan,
tawaran ini akan terbatal dengan sendirinya.
4. Semua yuran yang berkaitan perlu dijelaskan selewat-lewatnya 1 minggu sebelum tarikh pendaftaran
atau lebih awal. 3.0 HARI PENDAFTARAN
1. Sila pastikan anda telah memberi maklumbalas melalui Slip Penerimaan Tawaran dan menjelaskan
semua yuran berkaitan sebelum Hari Pendaftaran untuk mengelakkan sebarang kesulitan. 2. Sila lengkapkan buku Dokumen Kemasukan Pelajar untuk penyerahan semasa Hari Pendaftaran.
3. Pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan sopan semasa mendaftar. Sila patuhi etika berpakaian
seperti di bawah semasa Hari Pendaftaran: - LELAKI: Kemas berbaju kemeja, bertali leher, berambut pendek dan kemas serta berkasut.
- PEREMPUAN: Baju kurung/blaus dan seluar, rambut diikat/bertudung kemas dan berkasut.
4.0 PROGRAM ORIENTASI
1. Program Orientasi adalah wajib disertai bagi semua pelajar baru. Program ini bertujuan mendedahkan
pelajar kepada GMI dengan lebih dekat lagi. Kegagalan mengikuti program ini boleh dikenakan tindakan disiplin.
German-Malaysian Institute
1REV.SEP2013 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU
2. Amnya, etika berpakaian semasa menjalani program ini adalah sama seperti pakaian semasa Hari Pendaftaran (seperti di atas). Namun, pelajar juga dibenarkan untuk memakai pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan (cth. riadah, sukan, keagamaan dsb.).
3. Komitmen adalah perkara yang sangat dititik-beratkan sepanjang berlangsungnya Program Orientasi.
Ia adalah sebagai pendedahan awal pelajar ke arah kecemerlangan disiplin. 5.0 MENGHADIRI KELAS
1. Semua pelajar GMI dikehendaki memakai uniform yang disediakan oleh Institut pada setiap masa
sewaktu berada di kampus. Uniform tersebut adalah:
Disediakan oleh GMI: - Baju (2 helai) – Untuk kegunaan ke kelas. - Dust Coat (1 helai) – Untuk kegunaan di bengkel atau makmal sahaja. - Kasut keselamatan (1 pasang) – Untuk kegunaan ke kelas. - Kad ID Pelajar – Perlu dipamerkan semasa berada di kawasan kampus. - Jaket rasmi – Untuk kegunaan majlis formal sahaja.
Disediakan oleh Pelajar: - Seluar yang sesuai – Kain dari jenis Jeans atau Khaki adalah dibenarkan asalkan tidak lusuh, koyak
atau bertampal-tampal. - T-shirt putih (2 helai) – Untuk dipakai bersama jaket rasmi.
2. Kegagalan mematuhi peraturan mudah ini boleh dikenakan tindakan disiplin.
6.0 KEMUDAHAN ASRAMA
1. Kemudahan asrama adalah disediakan untuk semua pelajar dengan kadar RM 900 satu semester.
2. Antara barang-barang keperluan yang perlu disediakan oleh pelajar adalah:
- Bantal, selimut, cadar & sarung bantal (warna dan corak bebas). - Barang keperluan kebersihan diri. - Pakaian secukupnya. - Lain-lain barang keperluan atau kelengkapan peribadi.
3. Pelajar baru tidak dibenarkan membawa sebarang kenderaan ke kampus.
4. Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan penempatan asrama, sila hubungi Unit Penempatan Pelajar
GMI melalui: Telefon: 03-8921 9017 atau 03-8921 9018
7.0 LAIN-LAIN
1. GMI menyediakan perlindungan insurans berkelompok kepada setiap pelajar dan ini adalah tertakluk
kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Institut. 2. Pelajar-pelajar akan dimaklumkan mengenai sebarang perubahan berkaitan perkara-perkara di atas
dari semasa ke semasa, jika ada. 3. Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan kemasukan pelajar baru, sila hubungi Unit Kemasukan &
Rekod GMI melalui: Telefon: 03-8921 9000 atau 03-8921 9015 atau 03-8921 9011 E-mail: admission@gmi.edu.my
2REV.SEP2013 CARTA ALIRAN KERJA UMUM
GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE Training for Advanced Technology
German-Malaysian Institute (247980-K) Jalan Ilmiah, Taman Universiti, 43000 Kajang, Selangor Tel: 03-8921 9000 | Faks: 03-8921 9001 | Email: admission@gmi.edu.my
CARTA ALIRAN KERJA UMUM
1. Mendapat Surat Tawaran Kemasukan ke GMI.
3. Pengesahan terima/tolak tawaran Rujukan: Slip Penerimaan Tawaran
Tempoh akhir: Sila rujuk Surat Tawaran Kemasukan
2. Baca & fahamkan segala kandungan Surat Tawaran.
4. Menjelaskan Yuran Pelbagai. Rujukan: Struktur Yuran dan Kaedah Pembayaran Yuran
5. Mendaftar di GMI pada Hari Pendaftaran.
6. Mengikuti Minggu Orientasi Pelajar Baru sehingga tamat.
7. Memulakan pengajian akademik.
8. Melengkapkan segala dokumen permohonan dan perjanjian berkaitan tajaan (pinjaman atau biasiswa) pelajaran
yang dipohon. Rujukan: Lampiran berkaitan pinjaman pelajaran
10. Menjelaskan Yuran Pengajian. Melalui tajaan yang telah diluluskan atau secara persendirian
(tiada tajaan).
9. Menghantar dokumen berkaitan tajaan kepada GMI untuk semakan dan penghantaran kepada penaja terbabit.
German-Malaysian Institute
3REV.SEP2013 PINJAMAN PELAJARAN
PINJAMAN PELAJARAN Hanya pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Diploma dan berwarganegara Malaysia sahaja layak
memohon untuk pinjaman pelajaran. Ini adalah berkaitan permohonan tajaan pinjaman dan bukan biasiswa. Pelajar hanya dibenarkan untuk memilih satu pinjaman/tajaan sahaja daripada mana-mana badan/pihak yang
menyediakan pinjaman pelajaran. Pada ketika ini, Institut hanya menawarkan kemudahan pinjaman pelajaran daripada: i) Majlis Amanah Rakyat (MARA) ii) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Sebarang urusan permohonan pinjaman hendaklah dirujuk kepada pihak Institut terlebih dahulu
melainkan dimaklumkan sebaliknya. Pelajar akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berurusan secara terus dengan penyedia pinjaman terbabit. Sebarang kelulusan permohonan pinjaman adalah tertakluk kepada penyedia pinjaman sepenuhnya dan GMI tidak terlibat dalam proses kelulusan tersebut. Jumlah dan jenis pinjaman yang diluluskan juga mungkin
berbeza-beza antara pemohon tertakluk kepada penilaian penyedia pinjaman terbabit. Pelajar adalah dialu-alukan untuk mendapatkan pembiayaan pelajaran daripada mana-mana pihak industri, institusi kewangan atau lain-lain sumber jika tidak berminat dengan pinjaman pelajaran yang disediakan namun hendaklah memaklumkannya kepada pihak Institut. Pelajar yang tidak mengemukakan sebarang permohonan untuk pinjaman pelajaran adalah dianggap tidak berminat dan bertanggungjawab untuk menjelaskan sendiri sebarang tuntutan yuran dari Institut.
Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan permohonan pinjaman pelajaran untuk pelajar baru, sila hubungi Unit Kemasukan & Rekod GMI melalui: Telefon: 03-8921 9000 atau 03-8921 9013 atau 03-8921 9015 atau 03-8921 9011 E-mail: admission@gmi.edu.my
German-Malaysian Institute
4REV.OCT2014 PINJAMAN PELAJARAN MARA
PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN MARA SECARA ONLINE (e-EDULOAN MARA) LAMAN WEB: http://www.mara.gov.my/e-perkhidmatan
Semua pelajar bumiputera warganegara Malaysia adalah layak dan digalakkan untuk memohon Pinjaman Pelajaran MARA (e-Eduloan) bagi membiayai kos yuran pengajian dan sara hidup. Ini adalah permohonan tajaan pinjaman dan bukan biasiswa. Kelulusan pemohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan jenis elaun yang ditetapkan oleh pihak MARA.
Untuk makluman, sekiranya pelajar / ibu bapa / penjaga ada disenaraikan hitamkan atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA, maka permohonan pelajar akan ditolak secara automatik (tidak layak). Sebarang
urusan rayuan pemutihan daripada senarai perlu dibuat sendiri secara terus dengan pihak MARA. Urusan permohonan perlu dibuat dalam tempoh 2 minggu selepas Hari Pendaftaran (sebarang perubahan tempoh memohon akan dimaklumkan jika berkaitan). Sebarang kesulitan yang timbul akibat dari kelewatan
pelajar membuat permohonan adalah tertakluk kepada tanggungjawab pelajar sendiri. Nota lain: Wang Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA (e-Pendahuluan) hanya disediakan bagi pemohon yang layak
dan tertakluk kepada syarat-syarat dan peruntukan semasa. Sila rujuk terus kepada Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berhampiran anda untuk maklumat lanjut ataupun di URL ini: http://www.mara.gov.my/e-perkhidmatan
BIL SALINAN DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN
1 Salinan surat tawaran kemasukan ke Institut (termasuk struktur yuran pengajian).
2 Salinan kad pengenalan pelajar, ibu dan bapa / penjaga.
3 Salinan sijil kelahiran pelajar, ibu dan bapa / penjaga.
4 Salinan sijil kematian ibu / bapa (jika berkaitan).
5 Salinan penyata gaji / Borang J / penyata pencen ibu / bapa / penjaga atau
Surat pengesahan pendapatan ibu / bapa / penjaga yang berkerja sendiri dari Ketua kampung.
6 Salinan sijil SPM / STPM
7 Salinan slip / transkrip akademik lengkap (setiap semester) untuk pengajian peringkat Sijil (IKM / ILP / Politeknik / IKBN dan lain-lain) atau Pra-Diploma (jika berkaitan).
8 Surat penangguhan / pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran daripada penaja terdahulu (jika berkaitan).
9 Gambar pelajar (terkini).
10 Karangan bertajuk Perihal diri, perancangan pengajian dan kerjaya sebanyak 300 patah perkataan.
11 Salinan sijil-sijil ko-kurikulum (jika berkaitan).
12 Tandatangan dan pengesahan pihak Institut.
Sila semak lampiran carta aliran kerja di belakang muka surat ini untuk proses permohonan.
German-Malaysian Institute
4REV.OCT2014 PINJAMAN PELAJARAN MARA
CARTA ALIRAN KERJA: PINJAMAN PELAJARAN MARA
LULUS
1. Mendaftar di GMI pada Hari Pendaftaran
3. Lengkapkan permohonan online (dalam tempoh 2 minggu selepas mendaftar – sebarang
perubahan akan dimaklumkan)
2. Login di internet: http://www.mara.gov.my/e-perkhidmatan
Sila gunakan Nombor Kad Pengenalan pelajar (tanpa tanda sempang) untuk daftar masuk (login name) dan kata laluan
(password) bagi memudahkan urusan.
4. Semak keputusan permohonan
Pemohon akan dimaklumkan serta-merta sekiranya permohonan yang dibuat diluluskan atau sebaliknya.
5. Cetak dokumen
i) Borang permohonan online yang telah dilengkapkan ii) Dokumen perjanjian pinjaman.
6. Lengkapkan Dokumen Perjanjian
Sila rujuk panduan pengisian Dokumen perjanjian yang dicetak bersekali dengan Dokumen perjanjian
Pelajar juga boleh merujuk kepada Seksyen Hal-Ehwal Pelajar untuk bimbingan tatacara pengisian yang betul.
7. Penyerahan dokumen
Kedua-dua Borang permohonan dan Dokumen perjanjian perlu diserahkan bersekali kepada Seksyen Hal-Ehwal Pelajar untuk
semakan sebelum dihantar (melalui GMI) kepada MARA.
8. Pembayaran
Pembayaran akan dibuat oleh pihak MARA terus kepada akaun simpanan pelajar atau melalui cek.
German-Malaysian Institute
5REV.SEP2013 PINJAMAN PELAJARAN PTPTN
PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN SECARA ONLINE LAMAN WEB: http://epinjaman.ptptn.gov.my
Semua pelajar warganegara Malaysia adalah layak untuk memohon pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membiayai kos yuran pengajian. Ini adalah permohonan tajaan pinjaman dan bukan biasiswa. Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak PTPTN.
Sila semak laman http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung untuk maklumat lanjut syarat-syarat kelayakan
pinjaman. Tarikh-tarikh rujukan penting berkaitan pinjaman PTPTN:
SEMESTER PENYERAHAN PERMOHONAN PEMULANGAN PERJANJIAN
PENGESAHAN PEMBAYARAN
Sesi Januari Pertama 28 Februari 30 April 31 Mei
Kedua 30 April 15 Jun 15 Julai
Sesi Julai Pertama 31 Ogos 30 Oktober 30 November
Kedua 15 Oktober 15 Disember 15 Januari
Sebarang kesulitan yang timbul akibat dari kelewatan pelajar membuat permohonan sebelum pada tarikh yang ditetapkan seperti di atas adalah tertakluk kepada tanggung jawab pelajar sendiri.
Sila semak lampiran carta aliran kerja di belakang muka surat ini untuk proses permohonan.
German-Malaysian Institute
5REV.SEP2013 PINJAMAN PELAJARAN PTPTN
CARTA ALIRAN KERJA: PINJAMAN PELAJARAN PTPTN
1. Mendaftar di GMI pada Hari Pendaftaran
3. Lengkapkan permohonan online (sila rujuk tarikh penyerahan permohonan)
2. Login di internet: http://epinjaman.ptptn.gov.my
Sila gunakan Nombor Kad Pengenalan pelajar (tanpa tanda sempang) untuk daftar masuk (login name) dan kata laluan
(password) bagi memudahkan urusan.
4. Cetak & simpan Borang permohonan
Borang permohonan online yang telah dilengkapkan perlu dicetak dan disimpan oleh pelajar.
5. Makluman keputusan permohonan
Pelajar akan dimaklumkan melalui email yang diberikan oleh pelajar.
6. Cetak & lengkapkan Dokumen perjanjian
Login semula ke dalam sistem ePinjaman PTPTN untuk mencetak Dokumen pinjaman dan lengkapkan.
Pelajar juga boleh merujuk kepada Seksyen Hal-Ehwal Pelajar untuk bimbingan tatacara pengisian yang betul.
7. Penyerahan dokumen
Kedua-dua Borang permohonan dan Dokumen perjanjian perlu diserahkan bersekali kepada Seksyen Hal-Ehwal Pelajar untuk
semakan sebelum dihantar (melalui GMI) kepada PTPTN.
8. Pembayaran
Pembayaran akan dibuat oleh pihak PTPTN terus kepada akaun simpanan pelajar.
6REV.OCT2014 STRUKTUR YURAN PENGAJIAN
GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE Training for Advanced Technology
German-Malaysian Institute (247980-K) Jalan Ilmiah, Taman Universiti, 43000 Kajang, Selangor Tel: 03-8921 9000 | Faks: 03-8921 9001 | Email: admission@gmi.edu.my
STRUKTUR YURAN
NO PROGRAM YURAN
PENGAJIAN (1 SEM)
JUMLAH YURAN
PENGAJIAN
INDUSTRIAL ELECTRONICS DEPT.
1 Diploma in Industrial Electronics (Electronics & Information Technology) 4,830.00 28,980.00
2 Diploma in Industrial Electronics (Mechatronics) 4,830.00 28,980.00
3 Diploma in Network Security 4,830.00 28,980.00
4 Diploma in Industrial Electronics (Process Instrumentation & Control) 4,830.00 28,980.00
5 Diploma in Engineering Technology (Sustainable Energy & Power Distribution) 4,249.00 25,494.00
6 Diploma in Engineering Technology (Industrial Plant Maintenance) 4,124.50 24,747.00
PRODUCTION TECHNOLOGY DEPT.
7 Diploma in CNC Precision Technology 4,830.00 28,980.00
8 Diploma in Production Technology (Mould Technology) 4,830.00 28,980.00
9 Diploma in Product Design & Manufacturing 4,830.00 28,980.00
10 Diploma in Production Technology (Tool & Die Technology) 4,830.00 28,980.00
11 Diploma in Engineering Technology (Manufacturing System) 4,124.50 24,747.00
12 Diploma in Engineering Technology (Sheet Metal Fabrication & Product Development)
4,124.50 24,747.00
RESOURCES & DEVELOPMENT CENTRE
13 German A-Level Preparatory Program 7,000.00 28,000.00
NO YURAN PELBAGAI PENDAFTARAN
PERTAMA BERULANG TIAP
SEMESTER ≥2
1 Deposit 500.00 -
2 Yuran Orientasi 200.00 -
3 Yuran Pendaftaran 100.00 100.00
4 Yuran Perkhidmatan 25.00 25.00
5 Yuran Aktiviti 25.00 25.00
6 Yuran Asrama untuk satu semester (jika berkaitan) 900.00 900.00
JUMLAH 1,750.00 1,050.00
Nota:
1. Kadar yuran adalah di dalam Ringgit Malaysia (RM) melainkan yang dinyatakan. 2. Tempoh pengajian:
Program Diploma - 3 tahun (6 semester) Program A-Level - 2 tahun (4 semester)
3. Bayaran minimum Yuran Asrama (sahaja) untuk Pendaftaran Pertama ialah RM150. 4. Semua yuran adalah tertakluk kepada perubahan/pindaan.
German-Malaysian Institute
7REV.SEP2013 KAEDAH PEMBAYARAN YURAN
KAEDAH PEMBAYARAN YURAN
1. Pelajar adalah diwajibkan untuk membuka Akaun Simpanan CIMB Bank bagi memudahkan sebarang
urusan berkaitan pembayaran dan pinjaman pelajaran.
2. Semua pembayaran perlu dibuat di atas nama GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE melalui Nombor Akaun 800 2777 436 (CIMB Bank).
3. YURAN PELBAGAI (PENDAFTARAN PERTAMA) PERLU DIJELASKAN SELEWAT-LEWATNYA 1
MINGGU SEBELUM TARIKH PENDAFTARAN ATAU LEBIH AWAL (Sila rujuk Struktur Yuran).
4. Pilihan kaedah-kaedah pembayaran yang dibenarkan:
No. Kaedah Pembayaran Bukti Pembayaran
i CIMB Clicks (online) Laporan transaksi bayaran
ii Bank-in (melalui kaunter CIMB Bank sahaja) Salinan slip bank-in
iii Inter Bank Giro (IBG) Laporan transaksi bayaran
iv Tunai di kaunter pejabat Resit rasmi GMI
Nota Penting:
Pembayaran melalui Cash Deposit Machine (CDM) adalah TIDAK DIBENARKAN. Sebarang kesulitan
yang timbul akibat daripada pembayaran melalui kaedah yang tidak dibenarkan adalah tertakluk kepada tanggungjawab pelajar sendiri.
5. Bukti pembayaran yang telah dibuat kepada akaun bank GMI perlu dimaklum atau dihantar kepada GMI melalui pilhan kaedah-kaedah yang berikut:
No. Kaedah Makluman Bukti Pembayaran Nota
i Email (sila pastikan lampiran dokumen adalah jelas dan boleh dibaca).
Tajuk email: BUKTI PEMBAYARAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU Email: finance@gmi.edu.my
ii Pos / Faks / Hantar terus ke kaunter pejabat. Kepada: SEKSYEN KEWANGAN, GMI
Nota Penting untuk Bukti Pembayaran: Sila catatkan maklumat (i) Nama Pelajar (ii) No. K/P dan (iii) Nama Program pada salinan bukti
pembayaran anda sebelum dihantar kepada GMI untuk memudahkan proses pengesanan pelajar. Pelajar harus bertanggung jawab di atas sebarang kesulitan yang timbul akibat daripada bukti pembayaran yang tidak dicatat dengan maklumat seperti yang dinyatakan.
6. Sila simpan salinan asal bukti pembayaran anda sebagai rujukan & semakan pada Hari
Pendaftaran. 7. Resit rasmi pembayaran hanya akan dikeluarkan bagi pembayaran yang telah sah diterima oleh
Seksyen Kewangan, GMI sahaja.
8. Untuk maklumat lanjut berkaitan pembayaran yuran untuk pelajar baru, sila hubungi Seksyen Kewangan GMI melalui: Telefon: 03-8921 9000 atau 03-8921 9290 atau 03-8921 9260 atau 03-8921 9365 Email: finance@gmi.edu.my Faks: 03-8921 9001
German-Malaysian Institute
8REV.MAR2014 SLIP PENERIMAAN TAWARAN
SLIP PENERIMAAN TAWARAN Arahan: 1. Sila lengkapkan tempat kosong dan tandakan di tempat yang bersesuaian.
2. Sila kembalikan slip yang telah dilengkapkan ini kepada GMI dengan kadar segera melalui:
i Email (sila pastikan lampiran dokumen adalah jelas dan boleh dibaca).
Tajuk email: SLIP PENERIMAAN TAWARAN Email: admission@gmi.edu.my
ii Pos / Faks / Hantar terus ke kaunter pejabat.
Kepada: UNIT KEMASUKAN & REKOD GMI
Nama
No. K/P
No. Telefon Bimbit: Rumah:
Tajaan Khas (jika ada)
□ Program Diploma Cemerlang
□ JPA
□ Skim Pelajar Cemerlang (SPC)
□ Lain-lain (nyatakan):
Saya seperti nama di atas
dengan ini
□ MENERIMA TAWARAN
Dengan penerimaan tawaran ini, maka saya akan melapor diri pada tarikh seperti yang ditetapkan dan bersetuju untuk menjelaskan segala yuran yang telah ditetapkan.
□ MENOLAK TAWARAN
□ Kerana mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi lain.
Sila nyatakan nama IPT:
□ Kerana masalah kewangan/pembiayaan.
□ Kerana sebab lain (nyatakan):
Program Pengajian
yang ditawarkan
□ EIT □ MEC □ NWS □ PIC
□ SPD □ IPM
□ CPT □ MOT □ PDM □ TDT
□ MFS □ SMT
□ GAPP
□
Nota: Sila rujuk halaman sebelah untuk Senarai Akronim Program bagi Program Pengajian. Bagi pelajar yang MENERIMA TAWARAN, sila lampirkan dokumen di bawah bersekali dengan Slip Penerimaan
Tawaran ini kepada GMI. Dokumen wajib:
1. Salinan Kad Pengenalan (IC) 2. Salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dokumen jika berkaitan:
1. Salinan transkrip keseluruhan pengajian atau slip keputusan peperiksaan setiap semester bagi pengajian peringkat sijil – Untuk pelajar lepasan Sijil.
2. Salinan keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) – Untuk pelajar lepasan STPM.
German-Malaysian Institute
8REV.MAR2014 SLIP PENERIMAAN TAWARAN
Senarai Akronim Program bagi Program Pengajian:
EIT Diploma in Industrial Electronics (Electronics & Information Technology)
MEC Diploma in Industrial Electronics (Mechatronics)
NWS Diploma in Network Security
PIC Diploma in Industrial Electronics (Process Instrumentation & Control)
SPD Diploma in Engineering Technology (Sustainable Energy & Power Distribution)
IPM Diploma in Engineering Technology (Industrial Plant Maintenance)
CPT Diploma in CNC Precision Technology
MOT Diploma in Production Technology (Mould Technology)
PDM Diploma in Product Design & Manufacturing
TDT Diploma in Production Technology (Tool & Die Technology)
MFS Diploma in Engineering Technology (Manufacturing System)
SMT Diploma in Engineering Technology (Sheet Metal Fabrication & Product Development)
GAPP German A-Level Preparatory Program
ROUTE MAP TO GMI CAMPUS
Recommended