View
15
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2021
DISEDIAKAN OLEH:
KOLEJ GENIUS INSAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Dikemaskini sehingga 31 Disember 2020
2
Kandungan:
1. PENDAHULUAN
2. SYARAT-SYARAT TAWARAN
3. DOKUMEN DAN PROSES PENDAFTARAN
4. PEMERIKSAAN KESIHATAN
5. PANDUAN MEMBAYAR YURAN
6. STRUKTUR YURAN
7. BIASISWA/PINJAMAN
8. LAMPIRAN 8.1 TAKWIM AKADEMIK 8.2 PANDUAN MEMBAYAR YURAN 8.3 STRUKTUR YURAN 8.4 SENARAI BARANG KEPERLUAN 8.5 TATACARA PEMAKAIAN PELAJAR 8.6 KEPERLUAN KHAS
3
1. PENDAHULUAN
Terlebih dahulu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengucapkan TAHNIAH di atas kejayaan saudara/i terpilih untuk mengikuti pengajian di Kolej GENIUS Insan, USIM. Adalah menjadi harapan USIM supaya saudara/i yang bertuah dan istimewa ini menggunakan dan menjalankan amanah sebagai murid Kolej GENIUS Insan, USIM dengan sebaik-baiknya dan bertekad menjadi murid terbilang dan seimbang dari segi intelektual, emosi, rohani dan jasmani yang tinggi dengan nilai penghayatan Islam.
2. SYARAT-SYARAT TAWARAN
2.1 Syarat-syarat tawaran kemasukan ini hendaklah dibaca bersama Surat Tawaran
Kemasukan Rasmi yang diberikan kepada saudara/i. 2.2 Tawaran kemasukan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a) Telah melepasi ujian UKM1, UKM2 dan USIM1. (b) Lulus pemeriksaan kesihatan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar,
termasuk ujian air kencing untuk pengesanan penyalahgunaan dadah dan x-ray dada menggunakan Borang KGI 03 Laportan Kesihatan Pelajar dan KGI 07 Borang Pemeriksaan Kesihatan.
(c) Menjelaskan bayaran-bayaran seperti dinyatakan dalam tawaran
kemasukan ini.
2.3 Tawaran kemasukan ini akan terbatal dengan sendirinya jika saudara/i tidak
mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan tanpa alasan yang kukuh dan bersebab.
2.4 Sepanjang tempoh pengajian:
(a) Saudara/i hendaklah mematuhi undang-undang negara dan undang-undang USIM yang terdiri dari pada Akta Pelajaran, Perlembagaan Universiti Sains Islam Malaysia, Kaedah-kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar-pelajar), Statut-statut, Peraturan-peraturan dan keputusan yang dibuat oleh USIM dan peraturan Kolej GENIUS Insan dari semasa ke semasa;
(b) Saudara/i hendaklah sentiasa menjaga nama baik Kolej GENIUS Insan dan USIM dan menjaga harta benda serta kemudahan-kemudahan perkhidmatannya daripada dirosakkan oleh sesiapa jua;
(c) Saudara/i hendaklah menghormati semua kakitangan akademik dan
pentadbiran Kolej GENIUS Insan dan USIM;
4
(d) Saudara/i hendaklah tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan dan urusan Kolej GENIUS Insan dan USIM seperti ponteng kelas, aktiviti rasmi dan seumpamanya;
(e) Saudara/i hendaklah bekerjasama dan patuh kepada peraturan-peraturan
asrama Kolej Kediaman; (f) Saudara/i hendaklah sedaya-upaya mengambil bahagian dalam semua
kegiatan akademik, kebudayaan, sukan serta khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh Kolej GENIUS Insan USIM untuk saudara/i; dan
(g) Saudara/i hendaklah menjelaskan semua bayaran yang dikenakan
kepada saudara/i oleh USIM.
2.5 Pelajar wanita tidak dibenarkan memakai purdah (menutup muka) atau pakaian yang tidak menutup aurat sewaktu berada dalam kawasan kampus.
2.6 Saudara/i dikehendaki hadir mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan seperti
dinyatakan dalam surat tawaran kemasukan. Pelajar yang tidak hadir mendaftar pada tarikh yang ditetapkan atau dalam tempoh yang dibenarkan (melalui surat kelulusan penggantungan pendaftaran oleh USIM) akan digugurkan status Pendaftaran Sementara dan dianggap menolak tawaran. Pelajar perlu memohon untuk menarik diri dari Universiti dan sebahagian bayaran yang telah dijelaskan (jika ada) akan dikembalikan tertakluk kepada jadual yang ditetapkan.
2.7 USIM berhak menarik balik/membatalkan tawaran kemasukan ini pada bila-bila
masa atau menyingkirkan saudara/i sekiranya didapati maklumat yang saudara/i berikan semasa permohonan kemasukan tidak benar.
3. DOKUMEN DAN PROSES PENDAFTARAN 3.1 Pendaftaran pelajar baharu bagi Sesi Akademik 2020 dimulakan dengan pada
13 dan 14 Februari 2021 (Sabtu dan Ahad) di Kolej GENIUS Insan. 3.2 Sistem eTasjil (Sistem Semakan dan Pendaftaran) akan di buka dalam dua (2)
Fasa.
Fasa Aktiviti Tempoh
Fasa I
(a) Semakan maklumat tawaran dan
panduan pendaftaran (b) Pengesahan Setuju Terima Tawaran (c) Pengemaskinian maklumat peribadi (d) Muat naik gambar untuk Kad Pelajar (e) Pengisian maklumat bayaran (f) Memuat turun dan mengisi borang:
(i) KGI 03 (ii) KGI 04 (iii) KGI 05
29 Disember 2020 hingga 8 Januari 2021
(20 hari)
5
(iv) KGI 06 (v) KGI 07 (vi) KGI ASR 01 dan, (vii) Borang Permohonan DLP
Fasa II
(a) Pendaftaran Kolej (b) Cetakan Slip Pendaftaran
13 dan 14 Februari
2021
3.3 Selaras dengan pelaksanaan pendaftaran secara atas talian ini, murid yang telah membuat Pengesahan Setuju Terima Tawaran telah dianggap sah sebagai murid Kolej GENIUS Insan, USIM mulai 8 Januari 2021.
3.4 Takwim Akademik Sesi Akademik 2021 adalah seperti di Lampiran 1.
4. PEMERIKSAAN KESIHATAN
4.1 Saudara/i dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan termasuklah pemeriksaan air kencing untuk mengesan penyalahgunaan dadah dan x-ray dada.
4.2 Saudara/i dikehendaki menggunakan Borang KGI 07 Borang Periksaan
Kesihatan semasa menjalani pemeriksaan kesihatan. 4.3 Saudara/i hendaklah memuat turun dan mendapatkan kebenaran rawatan dan
pembedahan pergigian dengan mengisi Borang KGI 05 Kebenaran Rawatan dan Pembedahan Pergigian.
4.4 Saudara/i hendaklah memuat turun dan mendapatkan kebenaran rawatan
dengan mengisi Borang KGI 06 Kebenaran Mendapatkan Rawatan. 4.5 Borang ini hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran.
5. PANDUAN MEMBAYAR YURAN
5.1 Bayaran yuran hendaklah dijelaskan sebelum hari pendaftaran melalui mana–
mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). 5.2 Bayaran yuran yang perlu dijelaskan adalah mengikut jumlah penuh berdasarkan
program pengajian yang ditawarkan seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran Kemasukan dan pembayaran boleh dibuat mulai 11 Januari 2021.
5.3 Untuk membuat pembayaran yuran, saudara/i boleh menggunakan cara-cara
berikut: (a) Bayaran di kaunter Bank Islam (Bill payment) (b) Transaksi ATM Bank Islam
6
(c) Penggunaan Sistem Mypayment (Online Banking) (d) Pembayaran Melalui “Bank Islam Internet Banking” (Bill Presentment)
5.4 Sila baca dan fahami Panduan Membayar Yuran di Lampiran 2 bagi setiap
kaedah-kaedah pembayaran di atas sebelum membuat pembayaran bagi mengelakkan sebarang masalah.
5.5 Sila simpan bukti pembayaran untuk rujukan saudara/i semasa
pendaftaran. 5.6 Kegagalan mengemukakan salinan bukti pembayaran tersebut boleh
menyebabkan saudara/i dianggap belum menjelaskan yuran pendaftaran. 5.7 Selepas pembayaran dibuat, saudara/i perlu mengisi dan mengesahkan
maklumat pembayaran dalam http://etasjil.usim.edu.my. 6. STRUKTUR YURAN
Struktur yuran adalah seperti di Lampiran 3.
7. BIASISWA/PINJAMAN
7.1 Saudara/i boleh memohon biasiswa/pinjaman yang ditawarkan oleh pemberi biasiswa/pinjaman seperti Kerajaan Negeri, Badan Berkanun atau agensi swasta.
7.2 Iklan berkaitan tawaran biasiswa/pinjaman ini lazimnya dikeluarkan melalui
akhbar–akhbar utama di Malaysia. Saudara/i hendaklah sentiasa peka dengan pelawaan tawaran yang dikeluarkan oleh pemberi biasiswa/pinjaman dari semasa ke semasa.
7
LAMPIRAN 1
TAKWIM AKADEMIK
8
TAKWIM AKADEMIK
KOLEJ GENIUS INSAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2021
ASAS 1
AKTIVITI SEMESTER I
* TARIKH TEMPOH
Pendaftaran Pelajar Baharu
13 & 14 Februari 2021 2 Hari
Bulan Ta’aruf Pelajar Baharu 14 Februari – 14 Mac 2021 30 Hari
Perkuliahan 15 Mac -26 Mac 2021 6 Minggu
Cuti Pertengahan Semester I 27 Mac - 4 April 2021 1 Minggu
Perkuliahan 5 April - 30 April 2021 4 Minggu
Peperiksaan 2 Mei - 28 Mei 2021 4 Minggu
Cuti Semester I 29 Mei – 13 Jun 2021 18 Hari
AKTIVITI SEMESTER II
* TARIKH TEMPOH
Perkuliahan 14 Jun – 10 September 2021 13 Minggu
Cuti Pertengahan Semester II 11 September – 19 September 2021 1 Minggu
Perkuliahan 20 September – 12 November 2021 8 Minggu
Cuti Ulangkaji 13 November – 21 November 2021 1 Minggu
Peperiksaan 22 November – 10 Disember 2021 3 Minggu
Cuti Semester II 11 Disember -31 Disember 2021 3 Minggu
* Tertakluk kepada pindaan
diluluskan oleh Senat Universiti Khas Bil. 1/2012 pada 15 Februari 2012
9
LAMPIRAN 2
PANDUAN MEMBAYAR YURAN
10
KAEDAH PEMBAYARAN YURAN
1) BAYARAN DI KAUNTER BANK ISLAM (BILL PAYMENT)
i. Serahkan kepada Teller Slip Pembayaran Bil / Bill Payment yang telah diisi maklumat
ii. Untuk membuat pembayaran yuran, saudara/i hendaklah menggunakan slip pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip tersebut dengan jelas dan terang termasuklah nama, nombor pelajar (sila rujuk nombor daftar pada surat tawaran kemasukan seperti 115xxxx), nombor telefon dan tujuan bayaran dibuat di bahagian bawah muka hadapan slip tersebut dengan jelas dan terang. Pastikan bahawa bayaran tersebut dibuat atas nama Bendahari USIM,
nombor akaun BIMB 05058010021488.
2) PENGGUNAAN ATM BANK ISLAM
i. Pilih menu lain-lain
ii. Pilih pembayaran bil & yuran IPT
iii. Pilih Yuran IPT
iv. Pilih akaun pembayar ( akaun yang akan didebitkan )
v. Masukkan No.kad pengenalan pelajar
vi. Pilih No. Bil yang ingin dibayar. Pilih No.bil berdasarkan No. matrik pelajar: Contoh - Ijazah Sarjana Muda ( 1090988xxxxx ) Siswazah - Sarjana ( 3090145xxxxx ) Siswazah - Dokor Falsafah ( 4090144xxxxx ) Tamhidi ( 9090225xxxxx)
Kolej GENIUS Insan (Junior Certificate) – (A21xxxx)
vii. Masukkan amaun yang hendak dibayar. (Jumlah sebenar seperti dalam Surat
Tawaran Kemasukan)
viii. Tekan teruskan dan dapatkan resit untuk simpanan dan rujukan
3) PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MYPAYMENT
i. Sebelum menggunakan sistem ini, pengguna perlulah berdaftar dengan perbankan internet terlebih dahulu.
ii. Klik pada menu “Finance” dan paparan “My Payment” dan “My Ledger”
11
iii. Klik menu “My Ledger” dan paparan seperti di bawah:
iv. Klik pada menu “My Payment” untuk membuat bayaran yuran. Sila ikut langkah seterusnya.
4) PEMBAYARAN MELALUI 'BANK ISLAM INTERNET BANKING (BILL
PRESENTMENT)
i. Layari www.bankislam.com.my
ii. Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan “OK” pada “Security Alerts”
iii. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem perbankan internet Bank Islam
iv. Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”
v. Pilih universiti pada bahagian senarai universiti
vi. Masukkan no kad pengenalan pada ruang kad pengenalan dan klik “Next”
vii. Senarai bill akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar dan klik “Pay”
viii. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “Source Account” yang hendak di debitkan dan sahkan jumlah amaun yang hendak dibayar dan klik “Pay”
ix. Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan.
x. Klik “Comfirm” untuk meneruskan pembayaran atau sebaliknya
xi. Skrin berikutnya akan menunjukan makluman bayaran yang telah dilakukan. Pelanggan adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan sebagai rujukan.
UNTUK SEBARANG MASALAH BERKAITAN PEMBAYARAN YURAN, SILA HUBUNGI:
Puan Irhani Ismail / Puan Noor Latifah Hanim Said
06-7980115 / 80116
12
LAMPIRAN 3
STRUKTUR YURAN
13
STRUKTUR YURAN PROGRAM PENGAJIAN DI KOLEJ GENIUS INSAN
(A) BAYARAN SETIAP TAHUN
B40 & M40 T20
Yuran Pendaftaran (bayaran sekali
sahaja sepanjang tempoh pengajian)
Kebajikan 30.00 30.00
Kad Matrik 10.00 10.00
Program Penyesuaian Diri / Orientasi 50.00 50.00
Pengijazahan (Graduasi) 100.00 100.00
Jumlah Yuran Pendaftaran 190.00 190.00
Yuran Asrama / Penginapan
(bayaran berulang setiap tahun)
- Yuran makan ( RM 3.00 sehari X 10 bulan [300 hari]) 900.00 900.00
- Utiliti 200.00 200.00
- Aktiviti Asrama - 100.00
Jumlah Yuran Asrama 1,100.00 1,200.00
Yuran Pengajian (bayaran berulang
setiap tahun)
Buletin Tahunan 20.00 20.00
Ujian Dalaman 30.00 30.00
Jumlah Yuran Pengajian 50.00 50.00
Yuran Kemudahan & Perkhidmatan
(bayaran berulang setiap tahun)
Perpustakaan 100.00 100.00
Kokurikulum dan Sukan 40.00 40.00
Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar 100.00 100.00
Insurans 10.00 10.00
Bayaran Komputer / ICT - 50.00
Makmal - 100.00
Pengangkutan 50.00 50.00
Jumlah Yuran Kemudahan &Perkhidmatan 300.00 450.00
Yuran Aktiviti Pelajar
(bayaran berulang setiap tahun)
Bayaran Badan Wakil Pelajar 10.00 10.00
Sumbangan Asas (Bantuan tiket, rawatan) - 30.00
Kecemerlangan Akademik / Pengayaan - 100.00
Pembangunan Sahsiah & Fardhu Ain 10.00 10.00
Yuran Aktiviti Pelajar 20.00 150.00
YURAN TAHUN PERTAMA 1,660.00 2,040.00
YURAN TAHUNAN 1,470.00 1,850.00
14
TAHUN PENGAJIAN JUMLAH CAJ YURAN
B40 & M40 T20
TAHUN PERTAMA (ASAS 1 & TAHAP 1) RM 1,660.00 RM 2,040.00
ASAS 2 – TAHAP 1 RM 1,470.00 RM 1,850.00
LAMPIRAN 4
SENARAI BARANG KEPERLUAN
16
SENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA OLEH MURID SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2021
KOLEJ GENIUS INSAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
LELAKI
BIL ITEM KUANTITI TANDAKAN
( )
PAKAIAN SEKOLAH
1 Kemeja Putih Lengan Panjang 1 Helai
2 Kemeja berwarna bebas lengan panjang 1 Helai
3 Tali leher bercorak/tidak bercorak 1 Unit
4 Seluar Slack Hitam Panjang 2 Helai
5 Kasut Kulit Hitam Bertali 1 Pasang
6 Stokin Hitam 3 Pasang
7 Songkok Hitam 1 Unit
8 Tali Pinggang Hitam 1 Unit
9 Singlet Putih 3 Helai
10 Kasut Sukan 1 Pasang
11 Seluar Trek Hitam/ Biru Gelap 2 Helai
12 Tshirt Putih Berkolar Lengan Pendek 2 Helai
PAKAIAN KELAS PERSEDIAAN/KELAS AL-QURAN MALAM/ RIADAH/SOLAT
13 Seluar Hitam Panjang (Jeans tidak dibenarkan) 2 Helai
14 Baju Melayu Lengkap 2 Pasang
15 Tshirt Berkolar 2 Helai
16 Seluar Trek 2 Helai
17 Sandal 1 Pasang
18 Kopiah 1 Unit
19 Jubah 2 Pasang
BARANG-BARANG KEPERLUAN
20 Baldi 1 Unit
21 Cadar 2 Helai
22 Sarung Bantal 2 Helai
23 Selimut 1 Helai
24 Peralatan Kebersihan Diri (Tuala, Sabun, Berus Gigi, Ubat Gigi, Syampu, Dll)
Secukupnya
25 Peralatan Kekemasan Diri (Pencuci muka, Sikat Rambut, Gel Rambut, Deodoran, Dll)
Secukupnya
26 Peralatan Membasuh (Sabun Basuh, Berus Basuh) Secukupnya
27 Peralatan Belajar (Alat Tulis, Dll) Secukupnya
28 Pakaian Dalam Secukupnya
29 Selipar Mandi 1 Pasang
30 Penyepit Baju Dan Penyangkut Baju Secukupnya
17
BARANG-BARANG KEPERLUAN LAIN
31 Seluar Panjang Secukupnya
32 Kain Pelikat 1 Helai
33 Seluar Trek Tambahan Secukupnya
34 Tshirt tidak berkolar Secukupnya
35 Pakaian Tidur (Menutup Aurat) Secukupnya
36 Al Quran Terjemahan Rasm Uthmani 1 Buah
37 Yasin Dan Mathurat 1 Buah
38 Sejadah 1 Helai
39 Thermos Dan Mug Mengikut keperluan
40 Sudu Dan Garfu Mengikut keperluan
PEREMPUAN
BIL. ITEM KUANTITI TANDAKAN
( )
PAKAIAN SEKOLAH
1 Baju Kurung Putih Butang 2 Helai
2 Kain Hitam (Kain Lipat Susun Tepi) 2 Helai
3 Kasut Hitam Kulit Atau Pvc, Tumit Tidak Melebihi 1 Inci 1 Pasang
4 Stokin Hitam 3 Pasang
5 Tudung Hitam Bulat Melepasi Dada 2 Helai
6 Camisole (Pakaian Dalam) "Skin Color' Atau Putih 3 Helai
7 Kasut Sukan 1 Pasang
8 Seluar Track Hitam/Biru Gelap 2 Helai
9 Tshirt Muslimah 2 Helai
PAKAIAN KELAS PERSEDIAAN/ KELAS AL-QURAN MALAM/ RIADAH/ SOLAT
10 Baju Kurung Berwarna 3 Pasang
11 Tudung Labuh Sebarang Warna 2 Helai
12 Seluar Slack Hitam 2 Helai
13 Telekung 2 Pasang
14 Kain Hitam Potongan Payung 2 Helai
BARANG-BARANG KEPERLUAN
15 Baldi 1 Buah
16 Cadar 2 Helai
17 Selimut 1 Helai
18 Sarung Bantal 2 Helai
19 Peralatan Kebersihan Diri (Tuala, Sabun, Berus Gigi, Ubat Gigi, Syampu, Dll) Secukupnya
20 Peralatan Kekemasan Diri (Sikat Rambut, Minyak Rambut, Deodoran, Dll) Secukupnya
21 Peralatan Membasuh (Sabun Basuh, Berus Basuh) Secukupnya
22 Peralatan Belajar (Alat Tulis, Dll) Secukupnya
18
23 Pakaian Dalam Secukupnya
24 Selipar Getah 1 Pasang
25 Penyangkut Baju Secukupnya
26 Penyepit Baju Secukupnya
BARANG-BARANG KEPERLUAN LAIN
27 Kain Batik Sarung 1 Helai
28 Tuala Mandi 2 Helai
29 Pakaian Tidur (Menutup Aurat) Secukupnya
30 Seluar Trek Tambahan 2 Helai
31 Al Quran Terjemahan Rasm Uthmani 1 Buah
32 Yasin Dan Mathurat 1 Buah
33 Sejadah 1 Helai
34 Thermos Dan Mug Mengikut Keperluan
35 Sudu Dan Garfu Mengikut Keperluan
BARANG PEMBERSIHAN BILIK ASRAMA YANG PERLU DISEDIAKAN OLEH PELAJAR
1. Penyapu
2. Bakul Sampah
3. Penyodok Sampah
BARANG LARANGAN YANG TIDAK BOLEH DIBAWA KE ASRAMA
1. Makanan Segera
2. Alat Solek
3. Seluar Jeans
4. Telefon Pintar, Portable Game Dll
5. Peralatan Elektronik Seperti Cerek Elektrik Dan Seterika
6. Rokok, Vape, Komik, Novel, Majalah Hiburan Dan Lain-Lain
19
LAMPIRAN 5
TATACARA PEMAKAIAN PELAJAR
20
ETIKA PEMAKAIAN MURID KOLEJ GENIUS INSAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
PAKAIAN FORMAL
MURID LELAKI MURID PEREMPUAN
PAKAIAN OUTING DAN BALIK BERMALAM
MURID LELAKI MURID PEREMPUAN
21
PAKAIAN KORPORAT
MURID LELAKI MURID PEREMPUAN
PAKAIAN SUKAN
MURID LELAKI MURID PEREMPUAN
22
LAMPIRAN 6
KEPERLUAN KHAS
23
KEPERLUAN KHAS
SEMUA MURID DIKEHENDAKI MENYEDIAKAN DAN MEMBAWA KALKULATOR
JENAMA CASIO VERSI fx-570EX
Recommended