View
3.254
Download
7
Category
Preview:
DESCRIPTION
Nota Pengenalan Komponen Elektronik
Citation preview
NOTA PENGENALAN KOMPONEN ELEKTRONIK
LED – DIOD PEMANCAR CAHAYA
KOMPONEN
SIMBOL
FUNGSI
L.E.D adalah sejenis diod yang boleh memancarkan cahaya apabila dibekalkan voltan tidak melebihi 3 volt.
Diperbuat daripada semikonduktor. Berkaki Anod (+) dan Katod (-), dan tidak
berfilamen. Arus mengalir satu arah sahaja. Menjimatkan tenaga elektrik, jangka masa
penggunaan lebih lama.
PERINTANG
KOMPONEN
Terbahagi kepada dua jenis iaitu :
PERINTANG TETAP
PERINTANG BOLEH LARAS
SIMBOL PERINTANG TETAP
PERINTANG BOLEH LARAS
FUNGSIPERINTANG TETAP
Nilai perintang disukat dalam nilai OHM ( Ω ) Mengawal arus dan mendapatkan susutan voltan
dalam litar Terbahagi kepada 2 jenis: a) Jenis berkarbon ( campuran karbon dan tanah
liat ) Jenis berlilit dawai ( nikrom dan mangan )
Nilai perintang tidak boleh diubah dan dicatat menggunakan jalur / kod warna perintang.
PERINTANG BOLEH LARAS Nilai perintang disukat dalam nilai OHM ( Ω ) Mengawal arus dan mendapatkan susutan voltan
dalam litar Dikenali sebagai REOSTAT Nilai rintangan boleh diubah-ubah dari 0 hingga ke
nilai maksimum Biasanya digunakan dalam peralatan untuk
mengawal bunyi (radio), suara (televisyen), kepanasan (seterika), kelajuan putaran (kipas) dan sebagainya
SUIS
KOMPONEN SUIS TEKAN
Suis tekan terbahagi kepada dua iaitu : a) Suis Tekan Tutupb) Suis Tekan Buka
SUIS TOGEL
SIMBOL
SUIS TEKAN BUKA
SUIS TEKAN TUTUP
FUNGSI
Mengalirkan arus elektrik apabila ditekan dan berhenti apabila punat dilepaskan.
Memutuskan aliran arus apabila punat ditekan dan menyambung semula bekalan arus apabila punat dilepaskan.
BUZER
KOMPONEN
SIMBOL
FUNGSI
Berfungsi sebagai penggera bunyi yang menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi dan memberi isyarat amaran
Memerlukan voltan yang rendah dan berkuasa rendah
KAPASITOR
KOMPONEN
KAPASITOR KAPASITOR TIDAK
BERKUTUB BERKUTUB
SIMBOL
KAPASITOR KAPASITOR TIDAK BERKUTUB BERKUTUB
FUNGSI Digunakan untuk menyimpan dan membuang cas elektrik.
Amaun cas disimpan bergantung kepada: a) Bekalan voltan, semakin tinggi voltan semakin
banyak cas disimpanb) Kerapatan plat, plat rapat menambah
keupayaaan cas c) Keluasan plat, semakin besar semakin banyak
cas diperoleh. Nilai kapasitor ditandakan pada badannya atau
kod nombor/huruf. Unit asas ialah Farad (F).
Pecahan unit ukuran: a) mikrofarad (µF) b) pikofarad (pF) c) nanofarad (nF)
Binaan : plat pengalir, bahan penebat, dan dawai penyambung
TRANSISTOR
KOMPONEN
SIMBOL
FUNGSI
Berfungsi meninggikan arus, voltan dan kuasa. Boleh membentuk, mengawal,dan memproses isyarat elektrik. Juga digunakan sebagai suis. Mempunyai 3 kaki:
a) Pemungut (C / Collector) b) Tapak (B / Base) c) Pemancar (E / Emitter)
Dibina daripada bahan separa pengalir (spt: germanium / silikon) yang terdiri daripada bahan positif (P) dan bahan negatif (N).
Terdapat 2 jenis transistor: a) NPNb) PNP
Recommended