View
252
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
NILAI, MORAL DAN ADAB
DALAM PERSEKITARAN
PENDIDIKAN GLOBALAB. HALIM BIN TAMURI
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA
SELANGOR (KUIS)
Bandar Seri Putra, Selangor
PENDAHULUAN
Perkembangan kemajuan ekonomi yang mendesak, kemajuan teknologi di tambah
pula dengan kepelbagaian isu masyarakat global dunia tanpa sempadan, kesibukan
bekerja, tahap pendidikan ibu bapa yang berbagai-bagai, maka tugas pendidikan kini
hampir diserahkan para pendidik dan sekolah.
Sistem pendidikan formal khususnya sekolah mula mengambil alih sebahagian besar
tugas keluarga untuk mendidik generasi muda.
Sekolah dan institusi pendidikan dilihat menjadi satu tempat one stop center untuk
mendapatkan maklumat dan memberikan kemahiran serta juga pembangunan diri,
nilai-nilai dan kemahiran sosial
CABARAN PENDIDIKAN MASA KINI
Perkembangan kemajuan ekonomi yang mendesak dan kemajuan teknologi yang pesat
Sekolah kini menjadi satu tempat untuk mendapatkanmaklumat dan memberikan kemahiran serta juga
pembangunan diri dan kemahiran sosial
Isu keberkesanan dalam aspek penguasaan ilmu, kaedah dan pendekatan, keguruan dan penghayatan ilmu
yang diberikan kepada murid-murid
Program-program sekolah merupakan program pentingdalam pembangunan keperibadian murid secara holistik
Gejala sosial atau masalah-masalah keruntuhan akhlak
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
CABARAN UTAMA PEMBANGUNAN
PELAJAR MASA KINI
Insan ini juga akan menjadi warganegara Malaysia yang baik. Mereka seharusnya
hendaklah memiliki ciri-ciri berikut: Percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak. mulia, bertanggungjawab kepada diri,
rnasyarakat, agarna, bangsa dannegara. Berbakti dan memberi sumbangan
kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara dan memiliki sahsiah yang
seimbang dan sepadu.
Individu yang "memiliki sahsiah seimbang dan sepadu" di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan antaranya bermatlamat ke arah pembentukan akhlak
yang mulia: menyedari dan menginsafi adanya Pencipta, menyedari dan
menginsafi tanggungjawab dan penanggungjawab, menghargai dan mensyukuri
pemberian Pencipta, memupuk dan membina disiplin diri serta membentuk akhlak
mulia.
Apa yang berlaku, budaya peperiksaan yang sangat tinggi di Malaysia
menyebabkan kaedah peperiksaan menentukan bagaimana guru-guru
mengajar dan murid belajar.
Kesannya, pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran
termasuk pendidikan Islam menekankan information acquisition dan
examination achievement
Pendidikan Islam perlu dilaksanakan secara holistik yang menekankan
aspek pengamalan nilai, etika dan penghayatan dalam kehidupan dan
bukan hanya kepada peperiksaan
Kefahaman umum tentang moral,
nilai dan adab
Moral umumnya membawa pengertian ajaran atau prinsip ataukefahaman atau pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatuperbuatan yang dilakukan
Nilai pula merupakan standard dan prinsip kita dalammempertimbangkan harga sasuatu benda. Nilai juga merupakan kriteriabagi kita mempertimbangkan sesuatu benda, situasi dan manusia. Dengan ini, nilai jelas dilihat sebagai suatu kualiti, motif atau piawai normayang ada dalam pertalian antara benda, fikiran dan pemilikan. Secaraamnya, nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individumengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral.
Adab boleh difahami sebagai apa-apa yang berkaitan perilaku, perbuatan: kebaikan, kesantunan, kesusilaan dan kemanusiaan.
muridSeimbang
& harmonis
INTELEK
ROHANI
EMOSI
JASMANI
DIMENSI PENDIDIKAN BERTERAS KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KPD TUHAN: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN
RUKUN NEGARA
CABARAN JURANG GENERASI CYBER
(i) PRE BABY BOOM (lahirpada 1945
dansebelumnya),
(iii) THE BABY BOOM (lahir
antara 1946 –1964),
(iii) THE BABY BUST /
GENERASI X (lahir antara1965 – 1976),
(iv) THE ECHO OF THE BABY
BOOM / GENERASI Y (lahir antara1977 – 1997),
(v) GENERATION
NET / GENERASI Z (lahir antara1998 hingga2009) dan
(vi) GENERATION
ALPHA / GENERASI A (lahir pada
2010)
Jika seorang guru generasi X yang lahir padatahun 1966 (berusia 50 tahun pada 2016); dan mengajar murid generasi Z yang lahir pada 2001
(berusia 15 tahun pada 2016)
DEMOGRAFI MANUSIARujukan: Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital: How the Net Generation is Changing Your
World. (2008)
Pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan tidak menjamin
kecemerlangan penghayatan ilmu.
Kini, tempoh masa yang dilalui pelajar-pelajar kini lebih banyak bersama
dengan guru-guru berbanding dengan ibu bapa mereka terutamanya
dalam kalangan pelajar-pelajar yang tinggal di asrama.
Tugas guru perlu dikaitkan dengan tugas sebagai pendakwah dan
dengan erti kata lain seorang guru adalah juga seorang pendakwah atau
da`i.
Peranan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Pendidikan Islam perlu diperkukuhkan lagi.
MODEL PdP PENDIDIKAN ISLAM
Tugas guru mengikut perspektif Islam merangkumi pelbagaitanggungjawab yang sangat luas dalam pembangunan akhlak dan diri manusia.
Tugas guru perlu dikaitkan dengan tugas sebagai pendakwahatau da`i bila membicarakan aspek nilai, moral dan adab
Apa yang sering menjadi perbahasan ialah isu keberkesanandalam aspek penguasaan dan penghayatan ilmu yang diberikankepada pelajar-pelajar oleh guru-guru
Berikut adalah satu model pengajaran dan pembelajaranpendidikan Islam (Ab. Halim, 2016)
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
(PARADIGM TAWHID )
KURIKULUM
PENDIDIKAN ISLAM
HASIL
PEMBELAJARAN - Kognitif
- Afektif
- Psikomotor
GURU
-Rancangan Pengajaran
-Tahap kandungan dan
proses pengajaran dan
pembelajaran
- Pengetahuan pedagogi
subjek atau kandungan
-Pemilihan strategi dan
kaedah pengajarans
-Penggunaan bahan
pengajaran dan
pembelajarans
-Bahan bantu pengajaran
-Penilaian dan pentaksiran
-Classrooom managent
PELAJAR
- Tahap dan upaya
akademik
-Pengalama dan
pengetahuan lepas
dan semasa
-Atitude
-Motivasi
GURU ISLAM BERKESAN (Mudarris, Muaddib, Mu`allim, Mursyid, Murabbi)
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM
Kemahiran pengajaran dan pembelajaran,
pengetahuan, motivasi dan personaliti
Kursus dan latihan (pre and
in-service training),
pengalaman, latar belakang,
persekiatan dan masyarakat
KHALIFATULLAH BERTAQWA AND
HAMBA ALLAH SWT YANG TAAT
CABARAN GLOBAL DAN IR 4.0
Core values of the 21st century
young generation
PEMBANGUNAN INSAN BERTERASKAN
KONSEP ULUL ALBAB
Imam al-Ghazali menekankan konsep kesepaduan ilmu iaitu gabungan antara ilmu,
amal dan juga akhlak.
Beliau membincangkan konsep ilmu dengan mengaitkannya dengan sumber akal
yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t dan setiap amalan yang dilakukan mestilah
dengan ilmu.
Sementara itu, Ibnu Khaldun pula menambah, selain daripada anugerah akal,
manusia juga dianugerahkan dengan keupayaan pancaindera yang peka
terhadap sesuatu dan boleh menanggapi sesuatu di luar dirinya melalui
kemampuan akal berfikir.
Sehubungan itu, konsep Ulul Albab dijadikan sebagai asas perbincangan kerana istilah
ini mempunyai erti yang unggul dalam diri manusia.
Manusia yang tergolong sebagai Ulul Albab merupakan ‘abdillah dan khalifatullah
yang mengesakan Allah SWT.
Golongan Ulul Albab memiliki akal yang murni dan mampu memperhalusi serta menilai
secara mendalam fenomena alam sehingga tiba kepada satu tahap pembuktian
sangat jelas tentang keesaan dan kekuasaan Allah SWT.
Ulul Albab ini dinyatakan sebanyak 16 kali dalam al-Quran.
Ini menunjukkan kelompok Ulul Albab ini diberikan satu keistimewaan oleh Allah SWT
dengan kemampuan dan upaya ilmu serta amalan mereka.
Istilah Ulul Albab ini dinyatakan dalam ayat-ayat berikut:
Al-Baqarah 179
Al-Baqarah 197
Al-Baqarah 269
Ali Imran 7
Ali Imran 190
Al-Maidah 100
Yusuf 111
Ar Rad 19
Ibrahim 52
Shad 29
Shad 43
Azzumar 9
Azzumar 18
Azzumar 21
Mu’min 54
Al Thalaq 10
Al-Baqarah 179
Al-Baqarah 269
Al Maidah 100
Ibrahim 52
Az Zumar 9
At-Thalaq 10
ULUL ALBAB KRITERIA UTAMA
Orang berilmu yang mampu membaca dan memahami bukti keesaan Allah di alam
ini
Orang yang bertaqwa dan beriman kepada Allah
Orang yang sentiasa dapat mengambil pelajaran dari setiap ilmu yang
diperolehnya baik itu maklumat keburukan atau kebaikan untuk diambil pelajaran
dan hikmah, karena mereka bertaqwa kepada Allah.
Orang selalu mengambil pelajaran dari sirah terdahulu
Orang sentiasa membaca dan memahami al-Quran untuk mendapatkan pelajaran
dan ilmu pengetahuan
Orang sentiasa mentaddabbur al-Quran
Orang yang menapis maklumat yang didengarnya yaitu dengan cara
mendengarkan perkataan lalu mengambil apa yang terbaik dari perkataan itu.
Manusia yang sentiasa mempelajari alam dari berbagai disiplin ilmu: biologi, kimia,
fizgfik, matematik, geologi, geografi, astronomi, dan sebagainya
Insan yang bertakwa akan mendapat keuntungan kerana ketakwaannya
Ringkasnya, Ulul Albab bermaksud satu golongan yang mempunyai asas yang kukuh
dalam al-Quran, berilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir
pada aras yang tinggi, kritikal, analitikal dan memerhati kejadian Tuhan melalui mata
hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar dari segala yang berlaku dan
wujud di persekitarannya.
KOMPONEN UTAMA
PEMBANGUNAN
GURU MURABBI DALAM
PEMBANGUNAN AKHLAK
DAN PERIBADI MULIA MOTIVASIKEMAHIRAN
PERSONALITI
ILMU
SIKAP
PCK
i. Personaliti guru
Seorang perlu terlebih dahulu memiliki sahsiah atau personaliti yang unggul
sebelum berusaha untuk membentuk sahsiah para pelajarnya melalui proses
pendidikan tersebut.
Personaliti boleh dihuraikan sebagai ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap
pada seorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain.
Ia mewakili perwatakan seseorang individu dan dapat diperhatikan dan dinilai
melalui tingkah lakunya di dalam situasi pada sesuatu ketika.
ii. Motivasi dalam PdPc
Guru perlu menimbulkan motivasi kepada pelajar untuk belajar kerana keinginan
untuk belajar bukanlah suatu kemestian yang ada pada semua manusia.
Motivasi memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana berkaitan dengan pembangkitan minat.
Motivasi merupakan satu keperluan yang patut diamalkan oleh para guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Tanpa motivasi, proses pembelajaran menjadi tidak bermakna dan tidak berkesan
iii. Pelbagai bentuk kemahiran PdPc
Seorang guru itu perlu berpengetahuan dan mempunyai kemahiran mengajar
atau teaching skills meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian,
bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau
kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan berkesan iaitu menggunakan
pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar berlandaskan teori pengajaran
dan pembelajaran.
Kemahiran-kemahiran tersebut perlu supaya guru dapat mengendalikan pelajaran
yang tinggi mutunya di samping pelajar akan tertarik kepada pelajaran yang
bermakna dan menyeronokkan
iv. Ilmu pengetahuan guru
al-Nahlawy (1983) seorang pendidik perlu sentiasa mempertingkatkan
keilmuannya, pengetahuan yang mendalam terhadap mata pelajaran yang
diajarnya serta menguasai ilmu pengetahuan lain seperti pengetahuan agama,
sejarah, geografi, matematik, bahasa dan sebagainya.
Pendidik perlu memastikan kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu ilmu
agar dihormati oleh para pelajarnya dan memperolehi kepercayaan mereka
supaya mereka memperolehi faedah.
Guru-guru perlu diberikan latihan yang berterusan supaya ilmu yang dipelajari
semasa diperingkat universiti dapat dipertingkatkan lagi dan menguasai imu-ilmu
pengajian Islam semasa.
v. Pengetahuan pedagogi kandungan
mata pelajaran (PCK)
Guru–guru mesti menyampaikan pelajaran mengikut kemampuan dan
pencapaian skala fikiran pelajar, mengenal pasti kesediaan dan kemampuan
pelajar selaras dengan batasan kefahaman dan kehendak setiap pelajar,
memilih kaedah pengajaran yang sesuai dengan tujuan dan hasil
pembelajaran, tahap perkembangan, kematangan dan kecerdasan pelajar,
menggunakan bahan pengajaran, rujukan dan bahan bantu mengajar yang
sesuai.
Kebolehan guru menentukan pengajaran di dalam kelas tersebut sesuai
dengan kandungan mata pelajaran tersebut yang meliputi elemen
pendekatan, strategi, teknik, pengurusan bilik darjah, interaksi guru dan
kesesuaian bahan bantu pengajaran yang digunakan.
Keperluan Integrasi teknologi dalam PCK (Mishra & Koehler: 2006)
RUMUSAN
Keupayaan dan kewibawaan pendidik sebagai pemimpin akan membentuk insan yang terdidik, berilmu, berakhlak dan bertaqwa. (INSAN MUTTAQIN)
Pendidik berkesan seharusnya memiliki amalan dan keunggulan keperibadian yang tinggi, berjiwa bersih dan mempunyai ketrampilan diri untuk menjadi pendidik dan pemimpin yang berwibawa serta disanjungi.
Keunggulan ciri pendidik ini juga adalah bersesuaian dengan pandangan yang diutarakan oleh Abdullah Ishak (1995) dan Ahmad Mohd Salleh (1999), menyatakan antara sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh guru ialah ketokohan memimpin, keperibadian mulia, bersifat kasih sayang dan berjiwa luhur.
Kebijaksanan pendidik dalam melaksanakan tanggungjawab pembimbing dan pemimpin terhadap anak didik, akan melengkap diri mereka sebagai pelajar yang baik
Aspek pengamalan nilai dan adab akan melahir akhlaq yang mulia
Kelengkapan ini menjadikan pendidik sebagai ikutan yang terbaik dan berkesan kepada para pelajar ke arah merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Islam
Oleh itu, setiap pendidik perlu berusaha menyemai nilai-nilai positif sebagai pendidik dan murabbi yang terbaik dengan kesediaan yang mantap sama ada dari segi ilmu pengetahuan, keluhuran peribadi, kewibawaan dan ketrampilan diri.
Recommended