View
63
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Biro Komunikasi & Dokumentasi IPF 2014 Institusi Pembangunan Felo UTM
Bengkel
Pelan Strategik IPF 2015
Pada 1 Disember 2014, IPF telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik IPF
bertempat di Dewan Tun Rahah, Kolej Tun Razak (KTR). Bengkel ini bermula
pada jam 9.00 malam dengan kehadiran sebahagian besar daripada barisan
Pengetua, Felo dan Pembantu Felo kolej-kolej kediaman UTM. Bengkel ini
diadakan bertujuan untuk merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh
pihak IPF dan biro-biro sepanjang tahun 2015 di samping mengemaskini ahli-ahli
biro IPF bagi tahun 2015. Bengkel dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada
Pengerusi IPF, Dr. Ahmad Johari bin Sihes. Antara intipati ucapan adalah beliau
mengharapkan agar semua ahli IPF dapat memberikan komitmen terhadap
pelaksanaan aktiviti-aktiviti IPF walaupun ahli-ahli sibuk dengan urusan kerjaya
dan keluarga. Bengkel diteruskan dengan ahli-ahli IPF telah dibahagikan mengikut
biro masing-masing untuk merancang aktiviti-aktiviti IPF bagi setiap biro sepanjang
tahun 2015. Perancangan aktiviti-aktiviti kemudian dibentangkan oleh ketua atau
wakil biro. Di akhir bengkel, Biro Sukan & Rekreasi telah mengambil kesempatan
untuk menyampaikan hadiah bagi pemenang Pertandingan Boling IPF bagi tahun
2014.
nfo @ UTM IPF
Edisi 4/2014 Institusi Pembangunan Felo (IPF) UTM http://www.utm.my/ipf
MENARIK EDISI INI
Bengkel Strategik IPF
Aku Kotak Hitam
Aktiviti IPF 2015
Institut Pembangunan
Bioproduk
English Corner
SIDANG REDAKSI
Ketua Editor: En. Azizul bin Azman
Jurugambar: En. Hadafi Fitri bin Mohd Latiff En. Nor Mohd Afif bin Osman
Wartawan: Dr. Rabia Bakhteri
Pn. Siti Aishah binti Abdul Hamid Pn. Nurul Na’immah binti Hamdan Pn. A. Rafidah binti A. Mohd Yunos En. Mohd Fadthul Ikmal bin Misnal
Pereka Grafik: En. Mohammed bin Mohd Hasni Dr. Nor Fasiha binti Mohd Yusof Dr. Noorfa Haszlina bte Mustaffa
Tugas-tugas Khas: Cik Siti Marsilawati binti Mohamed
Esivan
1
FAKTA NOMBOR
Jumlah Graduan UTM Konvokesyen ke-53
201
1,065
2,914
2
1,408
Doktor Falsafah
Sarjana
Sarjana Muda
Diploma Lepasan Ijazah Ijazah Diploma
Biro Komunikasi & Dokumentasi IPF 2014 Institusi Pembangunan Felo UTM
Edisi 4/2014 Institusi Pembangunan Felo (IPF) UTM http://www.utm.my/ipf
2
Biro Pusat Aktiviti Perancangan Aktiviti 2015
Kebajikan KP Lawatan Kebajikan
Jamuan Raya IPF 2015
Kertas Kerja Kebajikan Felo & Pembantu Felo
Kerohanian KDOJ Jamuan Raya IPF 2015
Aktiviti Korban
Program Israk Mikraj
Ceramah/Forum Bahaya Syiah
Program Maulidur Rasul
Sukan & Rekreasi KTR Le Tour de UTM
Mendaki Gunung Belumut
Pertandingan Badminton
Pertandingan Boling
Water Rafting
Lawatan ke Melaka
Futsal Persahabatan bersama MPM
Pembangunan &
Budaya Ilmu
KTC Kertas Kerja Penyelidikan
Forum DNA Institusi Felo
Kem Felo
Komunikasi &
Dokumentasi
KTHO Buletin IPF Edisi ke-4 2014
Kompilasi Gambar Program 2014
Buletin IPF
Mengambil Gambar Korporat
Mengemaskini emel dan facebook IPF
Idiom: A phrase that has meaning of its own than the actual meaning of the words used. Idioms are used in everyday conversation to offer ideas, principles and values of a given culture/society. Below are some famous idioms: 1. At a drop of a hat Meaning: without hesitation; instantly Example: She considers him to be a reliable person as he often responds to her every request at a drop of a hat. 2. Strike while the iron is hot Meaning: taking advantage of a good opportunity Example: We need to strike while the iron is hot during the big sale this weekend! 3. Blessing in disguise Meaning: something good that isn’t recognized at first Example: Rejecting the job offer is actually a blessing in disguise so that you stay close to your family who needs you more right now. 4. Feel a bit under the weather Meaning: feeling slightly sick Example: I’ve been feeling a bit under the weather lately because of the drastic change in climate. 5. Cut corners Meaning: when something is done badly to save money Example: Sometimes, some companies cut corners in order to remain competitive in the market. Have fun using them in our everyday conversation!
INSTITUT PEMBANGUNAN BIOPRODUK UTM (IBD)
Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) yang berpusat di Universiti Teknologi Malaysia, Johor
Bahru merupakan sebuah Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence) yang memberi tumpuan
kepada penyelidikan dan pembangunan produk yang berasaskan dari bahan bio. Institut ini
yang sebelum ini dikenali sebagai Loji Pandu Kejuruteraan Kimia (CEPP) berperanan besar
dalam menghasilkan komponen dan teknologi pemprosesan bernilai tinggi bagi industri
nutraseutikal, kosmeseutikal, fitokimia, perisa dan wangian, bahan ramuan makanan, probiotik,
baja bio dan racun perosak bio.
Antara produk berasaskan tumbuhan dan herba yang berjaya dihasilkan oleh para
penyelidik IBD termasuklah minyak kelapa dara, kapsul kacip Fatimah, kapsul tongkat ali,
minyak rambut VCO, minyak aromaterapi, baja organik dan banyak lagi. Produk-produk ini
boleh dibeli terus dari IBD sendiri atau melalui website Living Active www.livingactive.net.my
atau laman Facebook: Living Active Wellness Shop.
Selain daripada penghasilan produk berasaskan herba dan bahan bio, IBD juga giat
menganjurkan kursus-kursus berkaitan peningkatan kemahiran dalam sektor herbal,
bioteknologi dan terapi holistik. Antara kursus yang dianjurkan termasuklah Kursus Penghasilan
Minyak Kelapa Dara, Kursus Penyediaan Baja Organik Menggunakan Teknologi EM, Kursus
Pemprosesan Herba dan Formula Produk dan Kursus Formulasi Produk Aromaterapi. Selain itu,
IBD juga aktif menganjurkan kursus berkaitan terapi holistik dan kesejahteraan termasuklah
Kursus Urutan Tradisional Melayu Selepas Bersalin, Kursus Terapi Holistik dan Kursus
Aromaterapi.
IBD juga ada menawarkan khidmat spa dan terapi di Bakawali Spa: Malay House of
Wellness yang terletak di blok N23. Pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang
berpatutan antaranya urutan holistik, refleksologi, rawatan wajah dan sebagainya. Bagi sesiapa
yang berminat untuk mendapatkan khidmat Bakawali Spa bolehlah melayari terus di website
Bakawali Spa http://www.bakawalispa.com/ atau laman Facebook: Bakawali Spa.
aku KOTAK HITAM
karya: Mohamad Firdaus Ab Aziz
(bernama pena ilham seni)
Dibawa ku terbang melayang di udara siang
dan malam pagi dan petang meninggalkan tanah dan daratan
Aku duduk diam dihujung ekormu membisu tanpa sebarang kata hanya bisa mendengar
luahan hati manusia, Dalam suka ada gembira
dalam duka ada tangisan, setiap kali kau melanggar awan, Kadang kala aku rasa
seram Tatkala guruh dan pusar angin membadai
dirimu, Aku dihentak kerisauan
Aku hanya bisa merakam suara-suara manusia
yang bijak mengatur kata, yang pandai mengawal dirimu, ke kanan dan ke kiri
Kau pergi dengan berhati-hati ke utara atau ke selatan kau hampiri
atau ke timur dan ke barat kau tempuhi Aku hanya menjadi peneman setiamu di
saat susah dan senangmu
Hari ini, Aku masih di sini.. Menanti dan terus menanti
Aku masih setia bersamamu, MH370 Seakan janji yg telah terikat
Sebagai sahabat jauh dan dekat Kita juga hamba Tuhan, Kita juga makhluk yang
lemah, Menunggu masa untuk diselamatkan, Semoga aku ditakdirkan
oleh-NYA, Untuk diketemukan denganmu Jika aku rebah bersamamu, Aku redha dan
pasrah, Sehingga ke akhirnya juga Kita akan tetap berjasa kepada mereka Dikenang dalam doa dan harapan yang
tiada berkesudahan
PERANCANGAN AKTIVITI IPF 2015
English Corner - Idioms
Gambar ehsan - diaridrsepet.blogspot.com
Recommended