Mutiara kata

Preview:

Citation preview

Mutiara Kata

Tambahkan ooommmpphhh dalam cerpen anda!

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya. Hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.

Usah dituruti reaksi emosi, lantaran implikasi tak serasi dengan apa yang diimaginasi.

Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tidak berteman.

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.

Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

Jika kejahatan dibalas kejahatan, itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan, itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Hari yang mendatang tidak memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.

Mengakui hakiki adalah lebih baik daripada berterusan berada dalam kesilapan.

Kita tidak mampu untuk berjabat tangan jikalau sentiasa menggenggam tangan.

Kesedaran, sekalipun hanya sesaat sahaja, sering lebih berharga daripada pengalaman sepanjang hidup.